Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 August, 2010

Special Spell 4 : New Rival


Sp 4 : New Rival


Zero sekadar memandang wajah Moon yang masih merah padam setelah keluar dari teater. Moon sedari tadi tunduk, jantung masih hebat berdegup. Hampir pitam dia dengan kucupan Zero tadi.


“Wei, takkan kau nak tunduk saja? Nanti terlanggar sesuatu macam mana?” soal Zero. Moon berhenti melangkah.


“Zero, macam mana ni? Jantung aku dah tak normal,” katanya tanpa berselindung. Zero tersenyum. Dia memang tahu, setiap kali dia berbuat demikian sudah pasti Moon akan bertanya begitu.


“Itu maknanya kau tak boleh berhenti mencintai aku, faham?”


“Tapi, aku akan lemas kalau macam ni,”


“Kalau begitu, mungkin satu lagi kucupan boleh mengubati ‘penyakit’ kau tu?” kata Zero, cepat-cepat Moon menutup bibirnya. Kalau Zero buat sekali lagi, dia mungkin boleh pengsan di situ juga apatah lagi mereka di tempat awam. Zero tergelak.


“It’s okey..malam ini adalah malam yang panjang buat kita,kan?” kata Zero lagi dengan lirikan mata yang bermaksud.


“No!” Zero terkejut dengan reaksi Moon.


“Why?”


“Sebab..untuk 9 bulan ini, kita tak boleh buat apa-apa,” kata Moon tersipu malu. Harap Zero faham apa yang Moon cuba sampaikan. Dahi Zero berkerut.


“Lama tu sembilan bulan,” keluh Zero. “Sembilan bulan? Don’t say you…” kata Zero sekali lagi dengan wajah terkejut. Moon mengangguk-angguk sambil tersenyum. Perlahan-lahan senyuman terukir dibibir Zero.


“Yes!Yes!Yes! Hooray!! I’m gonna be a father!!” jerit Zero di tengah-tengah shopping complex itu. Dia tidak kisan dengan pandangan sekeliling, yang penting dia sangat gembira.


“Zero, orang tengoklah!” Moon menepuk lengan Zero. Pengunjung-pengunjug yang tadinya seronok dalam dunia masing-masing terganggu dengan jeritan itu, sudah banyak mata yang memandang mereka. Moon malu sendiri.


“Yes!!” jeritnya sekali lagi sambil berlari mengelilingi Moon, Moon tidak boleh berbuat apa-apa melainkan ketawa dengan sikap kebudak-budakkan Zero itu.


“Zero, stop it!” kata Moon namun Zero masih dalam dunianya. Moon terus menyentap tangan Zero dan membawanya pergi dari situ.


“Why? Kita mesti kongsi dengan semua orang tau,” kata Zero.


“Eya, tapi bukan dengan cara ni,”


“So, kita umumkan dalam TV, nak?” Moon mengerutkan dahi, pelik dengan sikap Zero. Teruja sangat Zero dengan berita itu, sedangkan yang mengandung tidak seperti dia, dia yang melebih-lebih.


“Tak perlulah..kita hanya perlu kongsi dengan keluarga kita saja,ya?” Moon tersenyum. Zero mematikan langkah.

“Okey, what ever you say My Queen,” Zero mengetatkan lagi pegangannya pada tangan Moon, seperti tidak mahu melepaskannya lagi.


Kemudian mereka beriringan keluar dari Shopping complex itu. Namun belum sempat menapak di luar bangunan, langkah mereka terhenti tatkala seorang lelaki muda lingkungan 19 tahun berhenti tepat dihadapan Moon. Moon dan Zero mengerutkan kening. Moon segera menukar arah ke kiri, tapi lelaki itu juga ke kiri. Moon melangkah pula ke kanan tapi lelaki itu tetap ikut kemana sana Moon melangkah. Lelaki muda itu langsung tidak mengendahkan Zero yang berdiri di sebelah Moon.


Moon memandang lelaki muda di hadapannya. Memandangkan lelaki itu masih muda, dia mahu bertoleransi.


“Boleh aku tolong?”

“Finally, I found you!” kata lelaki itu tiba-tiba. Zero mengerut kening.

“Kau jumpa siapa? Aku rasa kau dah salah orang,” kata Moon lalu segera melintasi lelaki itu. Namun pantas dia menghalang perjalanan Moon dan Zero, Zero segera berdiri di hadapan lelaki itu sambil memandang dengan wajah dingin.


“Sila bersopan dengan isteri aku,” kata Zero. Lelaki itu pantas memandang Zero dengan mata tajam. Zero tersentak. Pandangan itu seperti mengingatkan dia tentang seseorang. Mata itu juga sangat dikenalinya.

“Step a side!” arahnya kasar dengan mata yang seakan ingin membunuh. Moon mengerutkan kening.


“Excuse?” kata Moon, dia masih boleh bertoleransi jika lelaki muda itu bersopan, tetapi jika dia kurang ajar dengan Zero, dia memang mahu kena.


“Kau yang sepatutnya pergi, kau faham?!” kata Moon sambil membalas pandangan lelaki muda itu dengan mata tajam. Pandangan yang selama ini tidak asing lagi bagi Moon yang sering digelar Witch. Zero terpana seketika, mata tajam milik Moon seakan seperti lelaki muda di hadapan mereka.


Lelaki muda itu tersentak, bukan kerana bentakan dari Moon tapi renungan itu. Tapi perlahan-lahan, senyuman terukir di bibirnya. Zero dan Moon serentak menerutkan kening.


“I love you!!” tidak semana-mana lelaki muda itu memeluk Moon, Zero tersentak. Moon lagilah, mukanya sudah berubah merah. Di tambah lagi apabila lelaki muda itu bertindak berani dengan mengucup pipi gebu Moon. Tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar dan dengan tangan dan kaki yang pantas, Zero menghempas badan lelaki muda ke lantai itu dengan style Judo.


Sudah pasti ramai yang sedang memerhatikan mereka. Namun Zero tidak kisah akan semua itu, yang penting dia mahu membela maruah isterinya. Lelaki muda itu batuk-batuk menahan dadanya. Nafasnya tiba-tiba sesak. Dia tercungap-cungap di atas lantai itu. Zero dan Moon saling berpandangan pelik.


*****


“Macam mana keadaan dia doktor?” soal Zero sebaik saja dia dan Moon duduk di hadapan meja kerja doktor itu. Tag name yang terpasang di kot putih labuhnya terukir nama Doktor Zainal. Tahulah Zero itu namanya.


“Keadaannya baik-baik saja. Tapi dia sepatutnya bersedia memandangkan dia ada penyakit asma. Dia tidak membawa inhalernya bersama?” soal Dr.Zainal. Mereka menggeleng.


“Tak..tak tahu. Kami tak kenal dia, dan ID nya pun tiada bersamanya. Kami tidak kenal budak itu,” jawab Moon.


“Jadi bagaimana dengan kos perubatannya?”


“Jangan risau..kami akan tanggung,” jawab Zero. Dr. Zainal mengangguk.


“Baik, anda boleh mengambil ubat di farmasi,”


“Terima kasih Doktor, kami keluar dulu,” sebaik Dr. Zainal mengangguk, mereka berdiri dan terus beredar.


“Moon, aku rasa peliklah dengan lelaki tu. Dia macam ada kuasa macam kau juga,” kata Zero. Bukan niat untuk berlawak tapi Moon tergelak pula mendengar kata-kata suaminya.


“Apalah..aku takda kuasa, begitu juga dengan budak tu,”


“Tapi renungan tajam dia tadi mengingatkan aku pada kau. Dulu pun kau ada mata macam tu. Lagi satu, masa kau pandang tajam kea rah dia, mata kamu sama,” kata Zero lagi. Dia betul-betul rasa pelik dengan lelaki itu. Seperti ada sesuatu yang misteri tentang lelaki itu. Aku mesti siasat siapa dia!


“Takda benda semua tulah, Zero. Lepas kita bagi ubat ni pada dia, dia takkan jumpa kita lagi,” kata Moon.


“Kau pasti?” Moon mengangguk pasti.


*****


Ding!Dong!


Moon yang sedang kusyuk membaca majalah Female di ruang tamu memandang kea rah pintu. Majalah Female ditutup lalu diletakkan atas meja. Dia bingkas bangkit.


Ding!Dong!Ding!Dong!


Wajah Moon berkerut, benci bila orang berkali-kali menekan lonceng, seperti mahu bergaduh saja. Moon mempercepatkan langkahnya dan pantas memulas tombol. Orang yang terpacul di hadapannya tersenyum. Moon kaku, dengan pantas tangannya menolak daun pintu agar tertutup semula. Lelaki itu datang? Macam mana dia tahu kami tinggal sini? Moon bingung. Dia segera mencari handsetnya yang terletak di sofa buatan Itali itu lalu cepat-cepat mendail nombor Zero.


“Hello?Moon aku ada meeting sekarang, kita cakap nanti,”


“Tunggu sekejap, lelaki tu datang lagi. Dia depan pintu sekarang!” kata Moon. Zero yang ada di bilik mesyuarat bersama-sama ketua-ketua Group mengerutkan kening.


“Okey..em. Jangan benarkan dia masuk, tunggu sampai aku balik,ya?jangan buka!” tegas Zero. Selepas Moon menjawab, talian dimatikan.


Moon mundar-mandir di ruang tamu. Sudah dua jam lelaki muda itu menunggu di luar banglo. Moon semakin resah. Banyak benda yang menakutkan berlegar di fikirannya. Sudahlah dia sedang mengangung, kalau lelaki itu berbuat sesuatu yang buruk dia tidak boleh melawan. No Moon, kau tak boleh stress! Biarkan lelaki itu di luar..anggap tiada siapa yang ada di luar sana!


Moon memandang ke luar tingkap. Dia tidak sedar bila langit itu menjadi mendung. Seperti apa yang Vince lablekan pada Moon, Moon memang Workholic. Dia tidak akan sedar walaupun bumi bergoncang. Seperti sekarang, walaupun dia sedang bercuti, dia tetap menyiapkan kerjanya yang sudah ditinggalkannya 3 hari lalu.

Awan-awan tebal sudah mula memuntahkan air, sedikt demi sedikit. Moon mengeluh kecil sambil mengurut tengkuknya. Gelas yang berisi jus manga itu di capai lalu dihirup namun malang, jusnya sudah lama habis. Moon bangkit dan keluar dari bilik kerjanya.


Hujan semakin lebat menjunam ke bumi. Tiba-tiba Moon berasa pelik. Dia teringat sesuatu, atau seseorang? Moon mengeleng-gelengkan kepala, mengusir fikiran-fikiran itu. Mana mungkin lelaki muda itu masih ada, sudah beberapa jam berlalu. Tidak mungkin!


Moon pantas melangkah ke dapur namun di pertengahan jalan, kakinya berhenti. Moon memandang kearah pintu utama. Dia seperti terdengar orang sedang memanggil’mama’, atau dia hanya tersalah dengar. Namun ketukkan demi ketukkan menghentak pintu membuatkan Moon berfikir dia tidak tersalah dengar. Mungkinkah lelaki itu masih di sana? Bodohnya!


Moon segera melangkah ke pintu utama dan menguak pintu, serentak itu sekujur tubuh rebah di bawah kakinya. Moon terkejut melihat lelaki itu terbaring sambil tercungap-cungap, tangannya menggigil.


*********************************************

pss~~another chapter...mahu habiskan terus supaya x perlu upload utk beberapa minggu dpn..hehe..semoga terhibur!

4 comments:

  1. suspen btl la...
    camner ader org len lak nie...

    ReplyDelete
  2. witch..budak tu ank mrk kan..
    tp masa dpn nnt mrk berpisah ke?

    ReplyDelete
  3. okie... kacaulah bdak tu :(
    sian moon n' zero

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.