Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 August, 2010

Special Spell 5 : Love Does Exists

Special Spell 5 : Love Does Exists



Moon meletakkan inhaler berwarna putih itu ke atas meja. Keadaan lelaki itu sudah bertambah baik daripada tadi. Moon mengengus kecil memandang lelaki yang terbaring lesu di sofa. Gila! Aku langsung tak kenal dia, macam mana aku boleh bawa dia masuk? Masti Zero marah nanti..harap-harap dia faham.


Moon mencapai tuala bersiah yang sedang berendam di dalam besin dengan air suam lalu memerah perlahan. Kain putih itu diletakkan diatas dahi lelaki tersebut. Tiba-tiba tangannya disentap.


“Mama..” lelaki itu mula meracau memanggil mama. Moon mengerutkan kening, dia ingin menarik tangannya tapi lelaki itu pantas mengemaskan pegangannya.


“Jangan...jangan gaduh lagi..” lelaki itu semakin teruk. Aku harus buat sesuatu. Moon berdiri lantas mencangkung di hadapan lelaki itu.


“Wei, bangun!” Moon mengoyang-goyangkan tubuh lelaki itu.

“Hm…er…” suaranya kedengaran.


“Bangun!” semakin tinggi suara Moon. Kelopak mata lelaki itu perlahan-lahan terbuka. Matanya lurus kepada Moon. Moon mengeluh lega. Lelaki itu bangun sambil membuka tuala basah itu dari kepalanya. Moon bangkit lalu melabuhkan punggung di sofa hadapan.


“Kalau kau dah baik, sila keluar. Jangan sampai suami aku nampak kau!” kata Moon seakan mengusir.


“Saya masih tak sihat..saya lapar,” kata lelaki itu pula. Moon mendengus. Suda diberi betis, mahu paha lagi.

“Kau tak boleh berada di sini, kau faham? Aku tak kisah, kau sakit, kau lapar atau kebuluran. Aku minta kau keluar dari sini!” tegas Moon. Dia betul-betu tidak mahu Zero tahu yang lelaki itu ada di rumah mereka. Namun, malang tidak berbau, pintu utama terbuka dan wajah Zero terpangpang di muka Moon. Moon bingkas bangkit.


“What did I say, Moon?” soal Zero sambil menghampiri ruang tamu. Briefcase diletakkan atas lantai. Zero merenung lelaki asing itu.


“Dia sakit tadi, dia ada di luar rumah lebih 3 jam. Asmanya datang lagi,” jelas Moon. Zero duduk di sebelah Moon.

“Oh..so, Vic. Vic right?” Moon memandang Zero. Vic pula sudah berkerut. Bagaimana dia boleh tahu nama saya?

“Eya..macam mana kau boleh tahu nama saya?”

“Tidak penting. Kamu sudah baik?” soal Zero lagi. Sangka Moon Zero akan marah tapi suaranya kedengaran tenang saja.


“Apa nama pernuh kamu?” soal Zero sekali lagi. Moon semakin pelik dengan sikap Zero, dia sepatutnya menghalau saja budak kecil itu bukan siap bertanya nama lagi.


“Vic Silvery Sil…Vic Silvery,” katanya. Nama di hujung tidak disebut.


“Oo..so, boleh kau ceritakan apa motif kau datang sini?” soal Zero. Moon sekadar mendengar dan menjadi pemerhati.


“Saya sayangkan dia,” tanpa berselindung, ayat itu lurus keluar dari bibirnya. Moon hampir tersedak mendengarnya. Zero pula kelihatan tenang, sedikit pun dia tidak berasa tergugat.


“Macam mana kau boleh sayangkan dia? Kau kenal dia dari mana?” soal Zero lagi.


“Saya tahu semua tentang dia, saya juga tahu semua tentang kamu. Moon Morgana adalah idola saya sejak kecil. Saya tahu semua latar belakangnya,” Zero memandang Moon, Moon pula mengangkat bahu.


“Walaupun dia sangat menakutkan sewaktu dia masih di sekolah tinggi Skyscraper, tapi dia sangat baik. Dia tahu menjaga dirinya sendiri, dan itu yang paling saya suka tentang dia,” cerita Vic.


“Sampai di situ sekali?” kata Moon seakan tidak percaya.

“Ya..kan saya dah cakap saya tahu semua tentang kau dan dia,”

“Siapa kau sebenarnya?” soal Moon.

“Saya Vic Silvery,” dia menyebut semula namanya.

“Bukan itu maksud aku, siapa kau sebenarnya? Macam mana kau boleh tahu alamat rumah kami sedangkan hanya keluarga terdekat saja yang tahu akan alamat rumah ini,” Moon sudah bingung melayan Vic, namun Zero masih tenang seperti tadi.


“Zero, do something!” kata Moon seakan menjerit. Vic tersenyum.

“Kamu ada niat untuk merampas Moon dari aku?” soal Zero. Moon tersentak mendengar pertanyaan Zero.

“Tak, saya mahu merampas cinta Moon dari kau,” jawabnya selamba. Moon sudah pening. Dia belum pernah mengalami situasi seperti itu. Moon, kau tak boleh stress! Moon mengingatkan dirinya sendiri.

“Kau betul-betul yakin kau boleh rampas cinta dia dari aku?”

“Eya, saya boleh!” jawab Vic penuh yakin. Zero memandang Moon.

“So, Moon? Apa kata kau, kau rasa dia boleh ambil kau dari aku?” Moon mendengus.


“Kau tak perlu cakap apa-apa,Moon. Saya pasti kau akan jadi milik saya,” kata Vic pula. Moon menahan amarah yang sudah membuak di hatinya. Mahu saja dia melempag kedua-dua lelaki di hadapannya itu. Tapi dia harus mengawal kemarahan yang itu atau nyawa anaknya itu berada dalam bahaya.


“Aku nak kamu berdua keluar dari rumah ini sekarang juga!” perlahan tapi keras. Zero tersentak. Apa, dia ingat dia suami aku, aku boleh bertolak ansur? Tidak, jangan bermain dengan api! Dan budak kecil ini, dia ingat dia ada penyakit aku akan kasihankan dia? Dia belum kenal aku lagi, aku boleh jadi kejam sekejam-kejamnya!


“Berdua? Not me!” Moon memandang Zero dengan mata tajam, ada sejenis aura yang membuatkan Zero dan Vic terpana.

“Serahkan kunci pendua!” arah Moon lagi, matanya masih tajam menikam Zero.

“But..”


“I said get out! Kamu ingat aku ni barang dagangan? Aku bukan patung,Zero! Tergamak kau tanyakan soalan itu pada aku? Aku tak pentingkah pada kau? Dan kau, Vic or whatever..aku tak kenal kau dan aku tak akan pernah sukakan orang lain selain Zero. Now, get out!” usir Moon lagi. Nada suaranya rendah namun jelas di pendengaran Vic dan Zero.


“Kau juga Zero. Selagi kau tak sedar dengan kesalahan kau, jangan balik di rumah ini. Aku minta kamu berdua keluar sekarang juga sebelum aku bertindak kasar!” Zero dan Vic seraya bangkit. Zero meletakkan kunci pendua berwarna perak itu di atas meja lalu mencapai inhaler Vic lantas menarik tangannya keluar dari banglo itu.

Setelah Zero dan Vic keluar, Moon seraya terduduk. Dia meraup mukanya. Biar bagi pengajaran! Ingat aku perempuan, kamu boleh mempermainkan aku? Jangan harap!


“This is your fault!” bentak Vic sebaik saja mereka menjejakkan kaki di luar banglo. Zero berpaling menghadap Vic. Dia tersenyum.

“Aku sengaja,” dahi Vic mengerut.

“Apa? Sengaja?” Zero mengangguk.

“Aku nak selesaikan masalah ni bersendirian dengan kau. Aku kenal benar Moon. Hanya dua yang Moon akan buat sekiranya dia marah. Dia yang pergi atau dia mengusir orang itu. Sebab itu, aku buat begitu. Aku taknak dia tinggalkan rumah ni,” satu hembusan keluar dari mulut Zero. Zero memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. Wajahnya masih tenang walaupun dalam hati dia risaukan Moon.


Vic masih tidak faham. Kenapa lelaki di hadapannya itu sangat tenang walaupun isterinya sedang marah.

“Tell me, siapa kau sebenarnya? Kau datang dari dunia lain?” soal Zero tiba-tiba. Vic tersentak. Wajahnya serta merta berubah pucat. Dia menelan liur.

“Apa kau cakap ni? Aku tak faham,”


“Jangan nak tipu! Aku dah cari maklumat kau, Vic Silvery Silvan!” mata Vic semakin membesar. Nama penuh aku!


“Tiada dalam semua rekod persekolahan dan juga hospital. Ibu pejabat polis juga tidak mempunyai apa-apa rekod tentang kamu. Kamu siapa sebenarnya?” Zero semakin menggasak Vic dengan soalan-soalannya.

“Kau..macam mana kau..”


“Actually, aku ekori kau kemarin dan saya terdengar perbualan kau dengan seorang perempuan. Kamu bercakap tentang ‘Love’ dan ‘cermin’?” Zero menduga Vic. Memang betul, semalam Moon balik rumah sendirian. Zero memberi alasan ingin pergi ke Syarikat IE tetapi sebenarnya dia menunggu Vic keluar dari bangunan mencakar langit itu. Vic menelan liur dua kali! Jangan saja dia mendengar semua perbualan kami, rosak rancangan aku!


“Nonsence!” bentak Vic lantas terus beredar keluar dari perkarangan banglo 3 tingkat itu. Zero tersenyum puas hati. Tapi, sesuatu masih membelengu fikirannya. Siapa Vic? Kenapa tiada sebarang rekod mengenai Vic di Ibu pejabat Polis? Dia juga tidak mempunyai laporan kesihatan di mana-mana hospital kecuali kemarin. Itu adalah rekod yang pertama. Dan, serasa aku, dia berumur lingkungan 19 tahun tapi kenapa tiada sebarang rekod persekolahannya di seluruh sekolah yang ada di Logenberry mahupun seluruh dunia?


*****


“Moon, please! I’m wrong..maafkan aku,ya?” pekik Zero dari luar. Dia terpaksa menjerit memandangkan Moon langsung tidak menjawab panggilan dari Zero. Moon yang sedang menonton TV kegemarannya sengaja memekakkan telinga. Siapa suruh, huh..buat lagi!


“Moon, I freezing here!” Pekikan Zero kedengaran lagi. Kali ini ianya membuatkan Moon resah seketika. Freezing? Tak, tak, tak..jangan! jangan ubah fikiran, Moon!


Tapi, kau sanggupkah biarkan dia kesejukan di laur,Moon. Kau nak dia jadi macam budak kecil tu juga?Menggigil? Lupakan maruah kau dulu, Zero yang paling penting sekarang!

Moon bingkas bangkit lantas mengambil selimut tebal yang ada di bilik tetamu dan terus menuju ke pintu utama. Pintu segera dibuka.


“Kenapa lambat sangat?” katanya. Moon terus meliputi badan Zero.

“I’m so sorry..sejuk?” Zero mengangguk. Mereka sama-sama masuk dalam banglo.



Dari jauh ada dua pasang memerhati Moon dan Zero tadi. Vic mengeluh, sampai sekarang dia masih tidak faham apa yang ada dalam cinta Zero dan Moon.

“So, kau ada dapat apa-apa? Dah dapat analisis cinta ibu bapa kau sendiri?” soal seorang gadis yang sedang bersandar di tembok dinding sambil berpeluk tubuh. Gadis itu berpakaian kot coklat labuh paras lutut.

“Diamlah Sandra, kau tak tahu apa-apa!” marah Vic tiba-tiba.

“Apa yang aku tak tahu? Kau yang tak tahu apa-apa. Cinta semua orang sama saja, Vic. Cuma terpulang pada orang itu bagaimana dia menunjukkan cintanya. Seperti aku, aku cintakan kau. Aku berani berterus terang. Tapi kau tidak, kau terlalu takut kehilangan seperti mana kau kehilangan kasih sayang ibu bapa kau. Dan sekarang kau mencari bukti apakah cinta wujud antara ibu dan bapa kau. Ianya wujud, Vic!”


“Kau diam Sandra! Kau tak rasa apa yang aku rasa, kalau cinta mereka wujud kenapa diorang seperti tidak mengenali antara satu sama lain? Kenapa diorang sentiasa bertengkar!” mata Sandra sudah terasa panas.


“Nampaknya kau seperti lupa siapa aku. Aku rasa apa yang kau rasa. Kau masih boleh dikira beruntung sebab masih ada ibu bapa, aku? Aku anak yatim piatu..yang hanya menumpang kasih dengan seorang tua. Percayalah Vic, cinta masih wujud antara mereka dulu, sekarang mahupun di masa hadapan dimana kita sepatutnya berada,”


“Jangan pernah mencari jika kau tak boleh menerimanya di kemudian hari,” tambah Sandra lagi. Vic terdiam seketika. Otaknya masih memproses kata-kata Sandra. Dia salah apabila membawa Sandra bersamanya merentasi masa, tapi dia tiada pilihan lain. Dia harus berteman kalau tidak dia akan terkurung di situ selama-lamanya dan jika itu berlaku, ia mungkin menghuru-harakan masa hadapan nanti.


“Aku rasa kita patut balik sekarang dan kita tak patut kembali lagi,” kata Sandra.

“Tidak!Aku takkan balik selagi aku tak jumpa bukti itu, aku nak tahu sejauh mana cinta mereka sekarang,” dengus Vic lantas berlalu melintasi Sandra. Sandra hanya boleh menggelengkan kepala. Sikap keras kepala Vic memang tidak boleh disangkal lagi, Vic sama saja dengan ibunya, Moon. Sandra mengorak langkah membuntuti Vic.

[link1] [link2]

****************************************************

5 comments:

  1. wah ader smbgn lg...
    best..best..
    xsbr nk tau aper akn jd pas nie...

    ReplyDelete
  2. rancak je n3..kami pun rancak je baca..hehehe...

    ReplyDelete
  3. bestnya smbung la g ek.. x sbr nk tau.. moon dgn zero brpisah ke nti??

    ReplyDelete
  4. alamak!
    zero n' moon bcerai ke in future?
    x nak!!!!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.