Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

13 August, 2010

Special Spell 6: The Son of The Prince

Special Spell 6: The Son of The Prince



Pintu Moon yang terkunci tiba-tiba terbuka dari luar. Moon tersentak seraya bangkit dai kerusi pejabatnya. Wajahnya berkerut tanda kerisauan.


“Macam mana kau….” Moon seperti tidak percaya. Vic melangkah masuk densgan senyuman dan berserta sejambak bunga mawar putih di tangannya. Dengan selambanya Vic melabuhkan punggung dikerusi hadapan meja Moon.


“Get out! Macam mana kau boleh masuk? Aku dah arahkan semua orang untuk halang kau dari masuk, kenapa kau boleh ada di sini?” soal Moon. Vick tersenyum, dia meletakkan jambang bunga itu di kelompok bunga ros putih yang ada di sudut meja Moon. Moon dengan pantas menolak bunga-bunga itu dari meja sekali gus masuk ke dalam tong sampah kecil di tepi meja.


“Aku nak kau keluar sekadar juga!” kata Moon keras sambil menuding kearah pintu. Tiba-tiba tumpuannya terganggu apabila melihat suasana di luar pejabatnya sunyi sepi. Semua kawan-kawannya berdiri tegak tidak bergerak termasuk kiran. Mata mereka terbuka namun minda mereka seolah-olah kosong.


“Apa kau dah buat?”


“Aku dah cakap awal-awal lagi, kau tak boleh halang aku. Zero akan kalah dan Moon akan jadi milik aku,” akhirnya Vic bersuara. Moon mendengus lalu mencekak pinggang.


“Apa kau nak sebenarnya? Aku tak kenal kau, dan kau tak kenal aku..”


“Siapa cakap aku tak kenal kau?” tiba-tiba Vic bangkit menghampiri Moon.


“Apa kau nak buat?” Moon terundur ke belakang. Dalam keadaannya yang berbadan dua tidak mungkin dia akan melakukan sesuatu yang memberi kesan kepada bayinya. Moon meletakkan tangannya ke perut. Keringat

sudah mula membasahi dahinya.


“You pregnant, huh? Baby boy?” soal Vic.


“We don’t know yet…please, leave!” sekali lagi Moon mengarah. Vic ketawa sinis.


“Adalah lebih baik kalau Moon tak lahirkan bayi itu, sebab bayi itu tidak akan bahagi hidup dengan ibubapa macam kamu!”


Pang! Satu tamparan hinggap di pipi putih Vic. Serta merta pipinya bertukar merah. Matanya terbeliak tanda

tidak percaya. Dia menyentuh pipinya lalu memandang Moon. Dia tersentak lagi apabila melihat mata Moon sudah mula mengeluarkan cecair.


“Kau tiada hak nak cakap macam tu. Bayi ini adalah anugerah yang sangat berharga buat kami. Bayi ini buat Zero jadi orang yang paling bahagia. Dan, aku rasa ayat kau tadi itu lebih sesuai dengan kau. Kau yang tak layak lahir di dunia ni!” kata Moon, setitik air mata jatuh di pipinya.


“Well..i already said that to you. Kalau aku tak layak lahir di dunia ni, bermakna begitu juga dengan bayi tu,” Moon mengerutkan kening.


“Apa maksud kau?” soalnya.


“Because I’m your…”


“Vic, jangan! Jangan cakap apa-apa lagi!” tiba-tiba satu suara muncul dari hadapan pintu. Vic menoleh ke belakang. Kelihatan Sandra sedang bersandar di daun pintu, wajahnya pucat serta berpeluh. Seketika kemudian, Sandar meluncur jatuh atas lantai. Vic segera mendapatkannya.


“Kenapa ni?” Vic merangkul tubuh Sandra. Moon memerhati pasangan itu.


“Aku tak tahu..mungkin aku terlalu penat…”


“Tunggu sini, aku pergi ambilkan air,”


“Tak perlu, aku akan bawa dia dari sini!” Vic terus mengangkat tubuh Sandra lagak seorang putera mengangkat puterinya.


“Tapi dia nampak tenat, at lease bagi dia minum dulu,”


“Tidak perlu, dia hanya perlu keluar dari tempat ni, itu saja. Thanks anyway,” kata Vic lantas mengorak langkah. Moon mengejar mereka.


“Sekejap, biar aku hantar kamu,” kata Moon sambil memegang bahu Vic.


“Tak perlulah, mama,” Vic tersentak. Dia tersasul. Macam mana kau boleh terpanggil mama ni?


“Mama?” Moon mengerutkan kening.


“I’ve to go!” Vic terus meninggalkan Moon dalam keadaan hairan. Sepeningalah Vic dan Sandra tiba-tiba suasana berubah riuh-rendah. Moon menolah ke belakang. Melihat kawan-kawannya saling bertanya antara satu sama lain. Mereka seakan baru saja terbangun. Moon melihat kearah pintu. Dia tidak peduli dengan keadaan pejabatnya, sebaliknya dia mahu tahu apa yang Vic baru saja lakukan. Dia segera melangkah keluar.


*****


Sejurus keluar dari studio, Moon ternampak kelibat Zero di parking car luar banguan. Zero kelihatan sedang memandang kearah satu tempat. Moon menghampiri Zero sambil matanya turut memandang kearah pandangan Zero. Dia tersenyum apabila Zero ternyata sedang memandang ke arah Vic yang sedang menuju ke sebuah teksi.


“Zero, kita ikut diorang. Sekarang!” kata Moon sambil menyambar lengan Zero. Zero yang terkejut dangan kehadiran Moon terpinga-pinga mengikut isterinya. Zero terus mengidupkan enjin kereta dan mula menjejaki teksi Vic.


“Apa diorang buat dalam studio kau Moon?” soal Zero.


“Lelaki tu datang bagi bunga, aku dah berkali-kali bagi amaran pada pengawal dan juga pekerja-pekerja dalam bangunan tu agar menghalang Vic tapi Vic sentiasa boleh terlepas,” cerita Moon.


“Dia bagi kau bunga?” soal Zero.


“Ini bukan masanya tanya pasal bunga, Zero. Ini pasal keselamatan bayi kita. Dia ada ancam aku untuk tidak melahirkan bayi ni,,”


“Huh? Dia memang nak kena!”


“Sabar Zero, biar aku habiskan cerita dulu,”


“Teruskan,”


“Aku rasa dia ada buat jampi-jampi pada semua perkerja-pekerja untuk ikut cakap dia, sebab masa dia masuk semua orang tidak bergerak macam patung,”


“There is no such things..it's hipnotic,” kata Zero sepatah. Dari cerita Moon, dia terus boleh simpulkan kemahiran Vic itu.


“Hipnotis? Dia boleh buat macam tu? Dan lagi satu, seorang perempuan tiba-tiba saja muncul dan pengsan di depan kami. Aku rasa dia bersubahat dengan perempuan tu,”


“Sandra!” Zero menyebut nama itu. Moon pelik.


“Macam mana kau boleh tahu nama dia?”


“Actually, selepas kita balik dari hospital hari itu aku ekori Vic dan perempuan kau cakap tadi memang kawan Vic,”


“Vic!” sebaik ternampak susuk tubuh Vic masuk ke kawasan terpencil itu, Sandra segera mendapatkannya. Vic mengangkat kepala.


“Kau pergi mana?” soal Sandra.


“Bukan urusan kau!” jawabnya kasar. Sandra mengerutkan kening.


“Hei, aku risaukan kau tau tak! Kau pergi mana?” Sandra bertanya sambil mengejar langkah Vic yang semakin pantas.


“Aku dah kata itu bukan urusan kau dan aku tak minta kau risaukan aku, aku tahu apa yang aku buat!”


“Kau tak tahu apa yang kau buat! Kau tak tahu! Kau sepatutnya bawa aku sekali, kau tahu kan kau tak boleh pergi bersendirian. Nenek sendiri yang cakap begitu,”


“Persetankan semua tu! Aku tak percaya benda-benda karut tu!”


“Kau tak percaya? Habis, macam mana pula kita boleh sampai di sini? Macam mana kita orang biasa boleh menembusi cermin? Kalau kau tak percaya kita takkan sampai sini. Nenek juga yang cakap, untuk melakukan sesuatu kita kena percaya terlebih dahulu,”


“Argh!! Semua tu bohong. Aku nak balik!!” Vic tiba-tiba menjerit. Vic yang ingin beredar ditahan oleh Sandra. Dia berdiri di hadapannya.


“Vic, pandang aku!” Vic melarikan wajahnya. Namun cepat Sandra memegang kepala Vic agar berpaling kepadanya.


“Pandang aku! Tatap mata aku. Dengar suara aku..aku cintakan kau!” kata Sandra penuh syahdu. Vic seakan terkesima. Baris terakhir tadi betul-betul menyentuh hatinya. Pandangan ata Sandra yang kehujauan itu meresap jauh di lubuk hatinya. Namun cepat-cepat dia menapis fikiran-fikiran itu. Bahu Sandra ditolak kasar.


“Bohong! It’s bull shit!! Cinta itu tidak wujud sama sekali!” kata Vic pula dengan nada tinggi. Sandra tersenyum sinis.


“Kau memang tak percaya apa-apa mahu pun sesiapa. Vic Silvery Silvan adalah orang yang paling malang aku pernah jumpa. You’re a pathetic! Kau merentasi masa semata-mata mahu mencari makna cinta tapi kau sendiri tidak pernah percaya cinta itu wujud!” kata Sandra, kali ini giliran dia pula untuk menengking Vic. Dia terus meninggalkan Vic berdiri sendirian di situ. Semakin lama dia bersama Vic, semakin besar luka di hatinya. Dia aku, dia memang cintakan Vic. Dia juga tidak tahu macam mana dia boleh jatuh cinta dengan lelaki yang dingin, keras hati dan juga EGO!



“Jadi diorang itu datang dengan merentasi masa?” soal Moon pelik. Seperti tidak percaya. Apakan tidak, tiada orang yang boleh merentasi masa. Hanya dalam dunia komik saja yang ada benda-benda seperti itu.


“Eya, aku tak dapat jejaki dia lagi selepas beberapa minit. Diorang hilang begitu saja,” kata Zero lagi. Memang

betul, hanya beberapa langkah di hadapan saja, Sandra dan Vic sudah hilang dari pandangan matanya.


*****


“Sandra, wake up!” kata Vic sambil menepuk lembut pipi Sandra. Perlahan-lahan Sandra membuka matanya, sekaligus memandang tepat ke anak mata Vic.


“Nasib baik kau tak sempat bagitau,kan?” katanya. Vic mengangguk.


“Aku minta maaf, Sandra. Aku hampir-hampir menyebabkan kita terperangkap disini. Aku minta maaf juga

sebab aku sudah buat kau macam ni, aku pentingkan diri sendiri,” kata Vic kesal sambil merapatkan dahinya dengan dahi Sandra.


“It’s okey..anything for you. Aku sanggup buat apa saja untuk kau sebab aku cintakan kau,” hampir tumpah air mata Vic mendengar ucapan Sandra.


“Kenapa kau cintakan aku? Aku tak ada apa-apa, aku selalu sakitkan aku, selalu merendahkan-rendahkan kau, why?”


“Sebab itulah cinta, Vic. Walaupun kau dah sakitkan aku banyak kali, aku tetap cintakan kau. Cinta tidak mungkin boleh berubah benci,Vic. Tapi benci boleh bertukar cinta. Aku tahu, kau buat semua tu sebab kau cintakan aku, cuma kau tak nak mengaku sebab kau dah banyak kali menyakiti aku. Tapi aku tak kisah,Vic..aku tetap cintakan kau walaupunkau tak pernah mengakuinya,”


“Sandra..” Vic tidak tahu apa yang patut di lakukan tika itu. Dia hanya boleh melafazkan dengan pelukan erat di tubuh Sandra.


“Aku taknak kehilangaan kau, Sandra. Aku taknak!” pelukan Vic semakin erat. Sandra pula perlahan-lahan membalas pelukan Vic. Pemandu teksi yang sedang ralit memandu memandang ke cermin hadapan. Melihat adegan itu, dia malu sendiri.


“Aku sudah buat keputusan, kita akan balik. Aku taknak kau pengsan lagi. Dan lepas kita balik..” Vic tersenyum.

“…kita akan mulakan hidup baru. AKu dah tak kisah dengan keluarga aku lagi. Aku nak tinggal dengan kau,” kata Vic. Sandra tersentak. Dia bangun dan berdepan dengan Vic.


“No..kau tak boleh larikan diri. Kau perlu berhadapan dengan diorang. Diorang ibubapa kau, Vic. Wajar diorang bergaduh. Tapi itu takkan lama, okey? Kita fikir macam mana caranya untuk memulihkan hubungan diorang

balik,” Sandra menyentuh pipi Vic.


“Tapi macam mana?”


“Kita fikir nanti. Kita perlu balik sekarang, aku dapat rasa tenaga cermin itu sudah semakin kecil,”


“Adakah keadaan kau sekarang menyebabkan cermin itu lemah?” Sandra mengangguk kesal. Dia sepatutnya memberitahu Vic bahawa apabila Perantaraan lemah, cermin juga akan lemah dan itu mengakibatkan seseorang itu akan terperangkap dalam masa.


“Kenapa kau tak bagitahu aku? Kau akan terperangkap dalam masa, Sandra!” Vick seakan marah.


“Aku tahu, tapi bila aku tengok kesungguhkan kau untuk merentasi masa, aku tak sanggup,” Vic mendengus.


“Encik, tolong cepat sikit,” katanya. Dia seakan marah dengan sikap Sandra yang langsung tidak memberitahunya apa-apa pasal hubungan perantaraan dengan cermin. Hubungan antara Pengantaraan dan Cermin sangat-sangat dekat, apabila Pengantaraan lemah, maka Cermin juga lemah dan apabila Cermin lemah maka Pergantaraan akan terperangkap dalam masa.


“Baiklah!” kata pemandu itu lalu lantas mengikut arahan tanpa berlengah lagi.


Teksi itu berhenti di bahu jalan yang tidak diketahui tempatnya. Riak wajah pemandu itu seperti orang ketakutan. Apa tidak, dia belum pernah melihat tempat yang berkabus seperti itu. Kawasan itu gelap dan terasa lembab. Kawasan itu juga dihiasi dengan kabus-kabus putih yang nipis.


“Dapat jalan?” soal Vic. Sandra menggeleng. Vic terus keluar dari pintu di sebelahnya dan mendapatkan Sandra. Sandra diangkat keluar dari kereta. Selepas membayar sewa, Vic terus masuk ke sebuah jalan yang sunyi dan berkabus.


Sesudah teksi beredar dari tempat itu, datang pula sebuah kereta dan berhenti di tempat yang sama. Moon dan Zero sama-sama keluar. Mereka mengerutkan kening.


“Tempat apa ni?” soal Moon sambil menghampiri Zero. Zero menggeleng.


“Tak tahu. Tempat ni terlalu sunyi dan menakutkan, berkabus pula tu,” kata Zero. Kabus-kabus putih yang nipis menghiasi penglihatan mereka.


“Kau nak masuk?” soal Moon.


“Eya, kau tunggu sini,” baru saja Zero setapak di hadapan, tangannya sudah dipegang.


“Apa maksud kau tunggu sini? Aku nak pergi dengan kau,” Moon berdegil.


“Tapi…”


“Kalau tiba-tiba ada penjahat, aku tak boleh buat apa-apa. At lease kalau kau ada, aku selamat!” pintas Moon. Zero berfikir seketika. Kemudian dia tersenyum.


“Sorry, jom!” Zero memaut tangan Moon dan mereka bersama-sama menyeberangi kabus itu.


Moon dan Zero berjaya melepasi jalan itu tanpa gangguan sedikit pun. Dan apabila keluar saja dari kabus putih itu, terpampang sebuah pemandangan yang sangat mengagumkan. Mereka seolah-olah berada di dunia fantasi yang mempunyai pelbagai jenis dan warna bunga. Tiba-tiba seekor rama-rama berwarna biru hinggap di batang hidung Moon, matanya menjuling melihat rama-rama tersebut. Seketika kemudian, rama-rama itu pun terbang.

“Adakah tempat macam ni?” soal Moon. Zero yang leka memerhati setiap tempat kawasan itu memandang Moon.

“Aku tak pernah tau ada tempat macam ni,” jawabnya

“Zero, itu bukan rumah?” soal Moon sambil matanya lurus kepada sebuah rumah kayu yang tidak bertiang. Pintunya berbentuk bujur dan berpagarkan kayu. Di hadapan ruma kayu itu adalah sebuah tasik yang dikelilingi dengan bunga-bunga pelbagai warna.

“I think so,” Zero turut kagum dengan pemandangan rumah itu.

“Aku rasa, Vic dan Sandra datang ke rumah tu,” kata Zero pula. Moon mengangguk, pendapatnya sama dengan Zero.

“Jom!” Zero mencapai tangan Moon dan mereka mula mengorak langkah menghampiri rumah tersebut.


*********************************************


p/s : hello…sorry lambat post, enjoy reading!

Oya..untuk yang berpuasa, selamat berpuasa,ya..(-^.^-)

Sorry la..cerita ni dah macam fantasi dah…tapi apa-apa pun, ini utk kamu. So, enjoy!


7 comments:

  1. layout dia kurg elok ckit.. kdg2 tulisan x nmpk.. tp crita yg awk tulis mmg best..

    ReplyDelete
  2. ala naper abis tgh2 suspen nie...
    eee...
    geramnyer...
    okie cpt smbg...
    x sabar nie....huhuhu...

    p/s: sokong ayat org atas nie...
    tulisan tu ader yg x nmpak...terutamanya yg warna hijau tu...
    ade salah eja la..
    sepeninggalan...bkn sepiningalan...
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  3. Okey..nanti saya betulkan. Sorry...

    and thanks 4 the comment! (-^.^-)

    ReplyDelete
  4. okie!!!xsabar nk tau....best3

    ReplyDelete
  5. next n3 for ss pliz!!
    hehe ;) x sabar nk tau!!!

    ReplyDelete
  6. next n3 plezzz.... waaaaa.. vic 2 anak diorang kew? hohoohohoho

    moon n zore akan berpisah ke?
    oh tidakkkkkkk... jgn benda 2 berlaku....

    ReplyDelete
  7. miss okie.... next plezzzz.... huhuhuhu... x sabar nak tau apa yg berlaku nanti...eiiiiii geramnyaaaa... u make my life up side down la writer...

    x sabaq nak tau....:)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.