Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 August, 2010

Special Spell 8 : In The Future


Special Spell 8 : In The Future


            “Vic!” Vic yang sudah jauh berjalan menoleh ke belakang. Kelihatan Zero sedang berlari ke arahnya. Moon pula sekadar berjalan kaki, dengan keadaannya yang berbadan dua itu dia tidak boleh berlari. Vic mematikan langkahnya sambil mengesat airmata yang mengalir. 

             “Apa?”

           “We need to see your parents.” Kata Zero. Vic tergelak.

            “What do you mean by my parents. You are my parentas,” jawabnya.

            “Maksud aku, di zaman ini. Kami perlu tahu kenapa kau sanggup merentasi masa,. Apa terjadi pada kami pada masa ini?” soal Zero. Moon sudah pun mendekati mereka.

            “Buat apa kamu nak tahu? Kamu tahu pun kamu tak boleh buat apa-apa!” dengus Vic.

            “Sekurang-kurangnya kami tahu, by the way, kau boleh panggil kami papa and mama,” jawab Moon pula. Vic mendengus.

            “Pleaselah, kamu takkan mendapatkan anak yang sama apabila kamu bersalin nanti,”

            “Maafkan aku bila aku kata Vic tak layak lahir di dunia. Sekarang walauapa pun yang terjadi, aku nak Vic jadi anak aku. I’ll be your only mother!” Moon mencapai tangan Vic. Vic memandang Moon. Hatinya sedikit tersentuh.

            “Bolehkah saya jadi anak mama bila saya cuba merosakkan hubungan mama dengan papa?” soal Vic.

            “It doesn’t matter now, Vic. Kita adalah keluarga tidak kira masa lalu atau di masa depan,” serentak itu Vic terus memeluk Moon. Erat.

            “Luahkan segala-galanya Vic. Mama tau, Vic sayangkan Sandra,” kata Moon.

            “Lelaki takkan nangislah, ma,” kata Vic.

            “Who said that?” tanya Zero pula.

            “Papa,” jawab Vic selamba. Zero terkesima. Batu yang dibaling memantul semula ke arahnya. Dia berdehem. Moon hanya tersenyum.

            “So, boleh ceritakan apa yang terjadi pada kami?” soal Moon.

            “Vic akan ceritakan tapi kita balik dulu ke rumah, Vic nak tengok mama dengan papa,”

            “Okey, tapi kita nak balik ke mana?” soal Moon.

            “Rumah kita, yang mama dan papa diami dulu,” Moon dan Zero mengangguk, faham. Patulah Vic tahu alamat rumah mereka, rupanya mereka masih tinggal di rumah yang sama selama 19 tahun.


            “Sebenarnya konfik bermula waktu Vic masih 6 tahun. Vic tak faham apa sebenarnya yang terjadi, tapi mama tahu tak yang mama akan mengandung anak kembar?”

            “Anak kembar?” kata Moon girang, wajahnya serta merta ceria.

            “Tapi ma..Vic tak sampai hati nak cerita. Vic takut, hubungan mama dengan papa akan terjejas gara-gara ni,” Moon memandang Zero. Serius sangatkah keadaan hubungan kami?

            “Aku percaya, tiada benda yang akan menjejaskan hubungan aku dengan Moon,”

            “Ya Vic. Mama pun rasa begitu juga, spill it!” Moon menyokong kata-kata Zero. Vic menarik nafas panjang lalu mula bercerita.


Moon dan Zero pernah mempunyai anak kembar perempuan, tetapi disebabkan kesibukan Zero yang melampau-lampau dia mengabaikan Vic yang waktu itu masih berumur 6 tahun dan waktu itu juga Moon mengandung anak kembar. Itu adalah permulaan kepada konflik mereka yang tidak berkesudahan.

            Zero selalu pergi awal dan pulang lewat malam. Dalam seminggu hampir Moon tidak boleh menatap Zero. Kerana, bangun pagi saja Zero sudah pergi, apabila dia sudah tidur Zero pulang. Hansetnya pula selalu tutup. Kenapa ditutup? Moon sendiri tidak tahu. Setiap kali Moon kepada PA Zero soal keberadaann Zero, dia sentiasa keluar. Hampir setiap hari. Dan akhirnya Moon mengambil keputusan untuk melihat Zero sendiri dengan matanya.

            Tidak pernah terlintas difikirnya yang Zero akan curang, sebab dia sangat percayakan Zero. Tapi, sampai satu saat Moon sudah tidak tahan lagi. Dan memang betul Zero tidak curang sebaliknya sibuk dengan projek mereka yang bertimbun-timbun. Waktu dia melawat Zero, mereka berada di conference room. Jadi Moon menunggu di pejabat Zero sendiri.


            Fyonee, PA Zero membukakan pintu baginya. Moon melangkah masuk. Bekal dari hasil buatan tangannya diletakkan di ruang tamu pejabat Zero. Matanya meliar diseluruh pelosok bilik tersebut, bilik itu kemas dan teratur. Sangat terurus seperti pemiliknya juga. Moon tersenyum. Dia bangkit menghampiri meja kerja Zero. Frame yang terletak di atas meja itu digapai. Dia tersenyum lagi menatap 3 susuk tubuh yang sedang tersenyum manis didalam foto itu. Moon mengucup gambar itu, rindunya dia pada Zero. Terasa seperti sudah bertahun mereka tidak berjumpa.

            Tiba-tiba matanya menangkap satu objek kecil berada di atas kerusi kerja Zero. Kelihatan seperti lipstick wanita berwarna merah jambu. Dia menghampiri kerusi itu lalu mengutip lipstick tersebut.

            “Takkan Zero guna lipstick kot?”

            Tiba-tiba pintu pejabat Zero terkuak. Moon berpaling kearah pintu. Kelihatan Zero agak terkejut melihat Moon ada di biliknya. Seketika kemudian dia tersenyum lalu mendekati Moon.

            “Hai,” sapa Moon. Terasa begitu janggal berdepan dengan Zero. Zero memeluk Moon.

            “Kenapa macam janggal aja ni? Buat apa?” soal Zero lalu melepaskan pelukkan. Moon tergelak.

            “Sebab kita dah lama tak jumpa. Kau tak rindu dengan diorang?” soal Moon sambil mengusap perutnya yang sudah sedikit membesar. Zero tersenyum. Sudah tentu dia merindui Moon. Kalau boleh mau saja dia bercuti panjang untuk bersama-sama dengan Moon tapi apakan daya, IE Ent. Sudah menjadi syarikat antarabangsa dan kini sudah bekerja sama dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta terbesar di dunia.

            “Tentu saja aku rindu dengan diorang Moon, terutamanya wanita yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang,” Zero mengucup lembut dahi Moon.

            “Ah, aku ada bawakan bekal. Kita makan, ya?” Moon teringat bekas yang dibawanya dari rumah. Dia segera mengambil bekas tersebut tapi langkahnya mati apabila Zero menghalangnya.

            “Tak. Aku datang ni nak ambil file saja. Mesyuarat belum habis lagi sebenarnya. Lepas ni, kita makan sama-sama,ya?” Moon mengeluh. Dia penat-penat datang disitu seorang diri, Zero pula asyik dengan kerjanya. Moon sedikit terkilan dengan sikap Zero.

            “Maaf,ya?” mahu tidak mahu, terpaksa juga Moon melepaskan Zero.

            “Okey,” jawabnya seakan terpaksa. Zero pun mencari filenya yang ada di dalam laci mejanya. Moon tiba-tiba teringat lipstick yang ada di tangannya.

            “Zero, ini siapa punya?” Zero mengangkat muka, matanya terus kepada objek kecil ditangan Moon. Dia mengerutkan kening.

            “Bukan kau punya? Aku tak guna benda-benda macam tu,” jawab Zero sambil menutup lacinya. File yang dicarinya sudah ditemuinya.

            “Em, tapi aku jumpa di kerusi tu,” jawab Moon pula.

            “Oh, ya? Mungkin Fyonee punya. Okeylah, aku pergi dulu sayang! Tunggu tau!” Zero terus beredar, tidak sempat Moon bertanya lebih lanjut lagi.


3 jam berlalu…


            Moon mengeluh lagi. Masuk itu sudah 10 kali dia mengeluh. Akhirnya dia mengeluarkan notepad lalu mencatat sesuaty ke atasnya. Selesai menulis, kertas itu di sisipkan ke bawah bekas.


Rasanya, buangkan saja makanan ni. Dah tak sedap. Kita jumpa nanti.

 Love,
Moon


            Moon lantas berdiri dan dan keluar dari pejabatnya. Saat dia membukakan pintu, Zero baru mahu membukakan pintu. Mata mereka bertaut.

            “Kau dah nak balik?” soal Zero. Mendengar soalan itu dari Zero sedikit-sebanyak meremukkan hati Moon. Moon tersenyum walaupun perit.

            “Aku penatlah Zero. Mungkin lain kali saja. Aku balik dulu!” Moon melintasi Zero. Tangan Moon dipaut.

            “Biar aku hantarkan,” katanya. Moon menarik kemas tangannya.

            “Tidak perlu. Aku tahu kau mesti masih sibuk, kan? Selesaikan dulu kerja tu,” kata Moon. Dalam masa dia memahami keadaan Zero, dia turut terseksa. Kenapa hanya dia yang perlu faham keadaan Zero?

            “Betul ni?”

            “Ya, aku pergi dulu!” Moon terus beredar tanpa menunggu balasan dari Zero. Zero pula melepaskan Moon begitu saja. Saat Moon melangkah pergi, air matanya menitis. Tidakkah Zero faham, dia mahu Zero menghalangnya dan meminta maaf. Bukan melepaskan dia begitu saja.

            Zero memasuki ruang pejabatnya. Automatik matanya tertumpu pada bekas makanan dan sekeping nota dia tas meja. Dia segera mencapai nota tersebut. Wajah Zero serta merta berubah resah. Zero, you stupid! Zero terus bergegas keluar mengejar Moon. Betapa bodohnya dia kerana menyia-nyiakan satu-satunya peluang untuk bersama Moon. Dia betul-betul bodoh.

            Saat pintu lif tertutup, Zero muncul. Zero berlari mahu menghalang lif namun tidak sempat. Lif sudah akan turun ke lobi. Zero mencari lif lain namun semua lif masih sibuk dengan destinasi masing-masing. Hanya satu cara, tangga kecemasan. Walauapa pun, dia perlu berjumpa dengan Moon. Entah kenapa, dia semakin resah. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Sesampai dia di lobi, dia menuju ke ruang lif. Satu-persatu lif terbuka.

            “Tolong, ada perempuan pengsan di sini!” tiba-tiba sebuah jeritan dari belakangnya kedengaran. Zero segera menoleh. Zero seakan ingin pitam apabila wanita yang di maksudkan itu adalah Moon!


            “Macam mana keadaan dia doktor?” soal Zero pantas apabila Doktor yang bertugas keluar dari bilik kecemasan.

            “Keadaan isteri anda sudah stabil, cuma kami tidak boleh menyelamatkan anak kembar encik. Maafkan kami,” jawab Doktor itu sambil menepuk bahu Zero, seakan memberi semangat. Zero bersandar. Rupanya sekarang seperti orang yang sudah kehilangan segala-galanya. Dengan bahu yang berdarah, rambut yang berserabut. Zero meluncur duduk ke lantai. Dia menekup kedua-dua wajahnya. Air hangat sudah mula deras mengalir. Dia mula menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dia menghalang Moon dari pergi, semua itu tidak akan terjadi.


~*~


            “Selepas itu, papa menghilangkan diri selama dua minggu. Papa Zany yang menguruskan syarikat. 
Selepas dua minggu baru papa muncul dengan keadaan yang serabut. Selepas itu keadaan mama dengan papa menjadi renggang. Papa jarang balik ruamh. Namun begitu, selepas setahun hubungan mama dan papa semakin membaik dan konflik kembali timbul. Vic sendiri tidak tahu apa lagi masalah yang papa dan mama hadapai tapi Vic sering mendengar diorang bertengkar,” akhirnya selesai juga Vic bercerita. Moon sudah memandang Zero. Zero menggeleng.

            “I won’t do that!” katanya seakan menafikan cerita Vic. Moon tersenyum.

            “Aku tahu sayang, aku tahu kau takkan buat begitu. Walaupun kau tetap buat, kau tentu ada sebab. Aku kenal kau, Zero,” kata Moon sambil menyentuh pipi Zero. Zero mengucup telapak tangan Moon. Vic menggeleng, walaupun sudah mendengar cerita yang balak terjadi mereka tetap saling percaya. Apa yang ada dalam hubungan mereka pun dia tidak tahu.

            Teksi itu berhenti di hadapan gate rumah banglo Moon dan Zero. Selepas membayar sewa mereka pun keluar.

            “Rumah ni masih kelihatan seperti dulu,” kata Moon seakan mereka sudah lama meningglkan rumah itu.

            “Rasanya papa sudah balik,” kata Vic. Ada dua buah kereta terpakir di hadapan banglo.

            “Kita masuk,” cadang Zero.

            “Tapi kalau diorang nampak kita?” soal Moon pula.

            “Kita masuk dari dapur. Vic buka kunci,” kaya Zero. Mereka bersepakan menggunakan kaedah itu lalu Moon dan Zero menuju ke halaman belakang rumah sementara Vic masuk dari pintu utama.

            Moon dan Zero masuk apabila kunci sudah dibuka. Perlahan-lahan mereka menjenguk ke laur dari dapur. Waktu itu mereka sudah terdengar suara nyaring dari Moon.


            “Siapa dia, Moon? Tell me!” bentak Zero sambil menyentap tangan Moon. Moon menapis tangan Zero.

            “Aku dah kata dia pekerja baru di syarikat aku. Part mana yang kau tak faham?” balas Moon.

            “Aku memang faham, tapi kenapa dia siap angkat kau lagi? Kau tahu tak kau masih isteri aku?” Moon mendengus. Tajam matanya menikam Zero.

            “Aku dah cakap, aku pening. Dia yang tolong aku sebab aku tak mampu pun nak berjalan. Kalau betul aku ni isteri kau, kenapa kau selalu abaikan aku. Dari dulu sampai sekarang!” Moon cuba mengungkin cerita dulu.

            “Kau jangan ungkit kisah lama Moon. Aku dah insaf, aku takkan buat lagi. Tapi kau..aku rasa kau memang sengaja nak balas dendam, kan? Okey, dulu aku memang selalu salah sebab aku abaikan kau. Tapi kau tak boleh buat aku begini, kau tahu tak?”

            “Tak pernah terlintas di fikiran aku sekali pun nak membalas dendam. Aku masih cintakan kau tapi kau..Sejak bila kau mula mencurigai aku Zero? Sejak kau daha ada Maya?” Zero tersentak. Tiba-tiba nama Maya disebut sedangkan Maya langsung tiada apa-apa kaitan dengannya.

            “Kenapa tiba-tiba ada Maya ni, huh? Aku takda apa-apa kaitan lansung dengan dia. Kau saja yang fikir bukan-bukan,” kata Zero.

            “Jadi, apa yang aku nampak dalah handset kau tu semuanya tipu? Kau curang dengan aku, Zero. Kau dah tak cintakan aku lagi!” Moon pantas beredar menaiki tangga. Zero mengerutkan kening. Dia semakin binggung dengan kata-kata Moon. Dia mengejar Moon.

            “Apa yang kau cakapkan ni Moon? Aku tak faham,”

            “Tengok dengan mata kau sendiri, mungkin dengan itu kau akan faham!” Moon mengesat air matanya lalu meneruskan langkah menuju ke kamar. Zero berhenti disitu, dia segera membawa handsetnya keluar dari poket seluar.

            Tangannya pantas menuju ke Gallery dan masuk ke Image Folder. Muncul beberapa keping gambar dia dan Maya di atas katil. Zero sangat terkejut. Seingat dia, dia tidak pernah pergi ke mana-mana dengan Maya. Pernah sekali, itu pun kerana urusan kerja. Maya terpilih sebagai model untuk model terbaru kereta ciptaan IE Int.

            “Ini tak betul!” dengus Zero. Dengan perasaan geram yang tidak tertanggung, dia menghempaskan handset changgi itu ke lantai. Bateri dan penutup bercerai dari badan. Zero mendengus lantas beredar ke pintu keluar. Dia perlu berurusan dengan Maya. Nampak Maya seperti sengaja menjadi minyak kepada hubungan dia dan Moon yang sudah sedia marak dengan api.

            Moon yang ada di dalam kamar semat menangkap bunyi dentuman atas lantai. Dia duduk menyandar di pintu bilik. Dia sangat berharap yang Zero akan masuk dan mengatakan itu semua tidak benar. Tapi Zero pergi tanpa meninggalkan apa-apa penjelasan.


            Moon dan Zero yang ada di dalam dapur saling berpandangan. Mereka serentak menggeleng.

            “I’ll won’t do that!” serentak mereka bersuara. Kemudian mereka tergelak.

            “I trust you, dear!” Zero terus memeluk Moon. Vic yang ada di tepi pelik memandang mereka. Tapi hatinya menjadi lega apabila Moon dan Zero saling mempercayai antara satu sama lain. Tiada lagi yang dia takutkan selepas ini kerana Vic Junior akan memiliki ibu bapa yang saling mempercayai nanti. Itu pun kalau Zero dan Moon berjaya keluar.

            “Aku rasa, kita perlu siasat apa yang terjadi antara diorang. Kita perlu tahu siapa Maya!” Moon memberi cadangan. Zero pantas mengangguk. Dia juga memikirkan perkara yang sama.

********************************************************
p/s: sorry lah..sa takda niat nak panjangkan cerita ni. Mungkin satu/ dua chp lagi MWMG akan tamat. Semoga terhibur!

6 comments:

  1. yes...
    sy rs cam tahu je sape maya...
    tp tak ptg, glad nk tahu kesudahannya.
    best-best. love vic

    ReplyDelete
  2. wah semakin menarik jalan citernyer...
    x sbr gak nk tau apa bkl tjadi nti...
    semoga zero ngn moon bjaya hadapi dugaan yg mendaatng...
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. witch, just nk kasi tahu smlm sy mimpi violet crescent. Sy tak bohong! fuh, gila btl. sy rs Trisha tu maya.sbb cerita ttg dia terus hilang slps lady apa entah tu accident.

    ReplyDelete
  4. Lady Yuna, Yufa..hehe..
    betul ka? wah...spi termimpi2?
    Yufa suka ka dgn VC?
    hehe..tenQ..
    happy bila ada yg spi tmimpi2 VC.
    hehe...

    ReplyDelete
  5. x sabar nk tau pasal maya
    tp, sedih sbb hbungan moon n' zero retak...
    kesian time moon gugur tue :(

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.