Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 August, 2010

Substance 17 : Ugly Duckling

17

Substance : Ugly Duckling



Pintu bilik pertukaran pakaian yang ada dalam Kelab menjahit itu terkuak dari dalam. Tujuh pasang mata beralih kearah pintu. Untuk seketika, mereka tercangang dan terpana melihat gadis dihadapan mereka. Fiona yang ada dihadapan mereka seakan bukan Fiona, dia berubah dari hujung rambut ke hujung kaki. Sukar untuk digambarkan betapa cantiknya Fiona dengan dress ungu tanpa lengan dengan ikatan besar di dada kanan.Lehernya yang jinjing dan bahu yang lebar menyempurnakan lagi penampilan Fiona.Rambut yang pada mulanya seperti rambut Ju-on,kini disanggul seakan ekor merak disebelah kiri. Speck dibuka dan diganti dengan kanta lekap.Dikakinya tersarung sepasang sepatu tinggi berwarna hitam dengan tali berlilit dikaki panjangnya.


Fiona berdehem membuatkan mereka semua tersentak.Uncle Beck yang ada di sana turut kagum dengan hasil kerja tangan Cik Mudanya. Dia tidak pernah tahu Cik mudanya ada bakat terpendam. Dia tersenyum sendiri. Lapan orang gadis itu berdiri mendekati Fiona. Aura tersenyum.Rupanya menjadi ‘Aqua’ ada juga kebaikannya.


“Fiona..ini betul-betul kau?” soal Jedah,seakan tidak percaya.Fiona mengangguk.Pada mulanya dia juga tidak pecaya apabila dia berdiri dihadapan cermin,seakan dia sedang memandang orang lain.


“Aqua..kami tak tahu kau boleh buat semua ni. Dari mana kau belajar?” soal Amari.Aura sekadar tersenyum.


“Aqua, is this really you? The true you?” tiba-tiba Farah menyoal. Aura hilang kata.


“Actually…”


“Thank you!” tidak semana-mana Farah melompat memeluk Aura. “Thank you for being you..selama ini kau senyap aja.Tak pernah tunjukkan apa-apa dan sekarang,apa yang kau ada sangat-sangat besar buat kami,” Aura tersenyum.Kemudian,satu-persatu datang memeluk mereka.Uncle Beck yang menjadi pemerhati dari tadi tersenyum.


“Mulai sekarang,kamu semua takkan tunduk lagi,kamu semua akan berjalan dengan kepala memandang depan,melangkah dengan gah sekali.Itu janji aku,” kata Aura.Mata mereka sudah bercahaya,andai saja apa yang mereka dengan itu menjadi kenyataan.Mata mereka kembali sayu,masing-masing menuju ke tempat duduk dengan langkah yang lemah.Aura dan uncle Beck mengerut kening.Tadi bukan main gembira lagi.


“Kenapa?” Aura segera melabuhkan punggung.

“Aku tak yakinlah Aqua..” kata Jedah.

“Aku pun..” Amari menyokong.Yang lain ikut mengangguk.Aura mengeluh.

“Okey..memandangkan aku dapat ‘cuti’ dari Tuan Devil,kamu semua akan bersama-sama dengan aku mulai hari ini!” kata Aura.

“Hah??” serentak mereka bertanya.Pelik.Kawan diorang itu sudah banyak kali memberi mereka kejutan.Gadis dihadapan mereka itu gadis yang langsung tidak boleh dijangka!


Eya,dia sangat-sangat syukur dan berterima kasih dengan Kate yang sudi muncul tiba-tiba.Kehadiran dia Mansion Leon telah menyelamatkan dia.Pagi tadi,Leon memanggilnya untuk masuk ke Bilik Persatuan Pelajar,dia fikir dia akan dihukum lagi tapi sangkaannya meleset seratus peratus.


Aura memulas tombol pintu dan melangkah masuk.Kelihatan Leon dan tiga lagi anggota penting dalam Persatuan itu,semua mata memandangnya.


“Kita sambung esok,” kata Leon. Tiga ahli itu serentak mengangguk dan beredar dari bilik itu. Terdengar saja pintu tertutup, dia terus diserang angin kutub selatan. Seram sejuk dirasakannya apabila bersendirian dengan Leon .Glup!OMG..tajamnya mata dia!


“Duduk!” arah Leon. Lambat-lambat Aura melabuhkan punggung. Dia tidak bersuara,dia menunggu Leon memulakan hujahnya.


“Peraturan nombor 14 ditunda buat seketika,” kata Leon.Aura mengerut kening tidak faham.Peraturan nombor 14?Serta-merta kontrak perjanjian Leon berputar dikepalanya.


14.Mulai hari ini,7/06/2010..kamu,Hamba Abdi aku akan tinggal di Mansion Edifier.


“Meaning?”


“Oleh sebab Kate akan tinggal di rumah aku, jadi aku tak nak kau berjumpa dengan dia,” terang Leon, tapi masih samar-samar baginya. Adakah ia berkaitan dengan kisah yang Aqua ceritakan pada aku tempoh hari?


“Sebab..??”


“Boleh jangan banyak soal?itu arahan,perintah..faham?Atau..kau memang nak sangat tinggal serumah dengan aku?” kata Leon.Aura merengus,tunjuk muka sarkastik.Gila apa?


“Baguslah tu..lega rasanya.Aku ucapakan ribuan terima kasih pada Kate yang sudi tinggal di Mansion kau tu.Terima kasih sangat-sangatlah!” kata Aura sambil mengengenggam kedua-dua tangannya memandang siling. Leon mengetap bibir.


“Itu tidak bermakna kau boleh lari dari aku,” kata Leon.Tangan Aura jatuh ke paha.Dia memuncungkan mulut.


“Dah,keluar!” katanya seakan menghalau.Aura terus berdiri dan beredar dari bilik itu.


Buat kali pertamanya Aura membawa lapan orang kawan Aqua masuk ke dalam Beauty Center di mana dia sendiri tidak pernah pergi, tengok pun tak pernah. Nasiblah kelebihan Aqua yang blur itu membantunya sedikit, boleh juga dia bertanya pada uncle Beck di mana boleh dia bawa kawan-kawannya itu untuk dicantikkan dan jawapannya adalah Beauty Center. Di tambah pula Puan Narisa juga ikut sama dengannya.


Meliar mata mereka memandang ruang dalam bangunan itu, terkial-kial Tracy apabila terlanggar pasu besar bersebelahan dengan pintu masuk nasib baik Aura cekap menangkap pasu itu. Aura menggelengkan kepala. Aku yang tak pernah masuk sini pun boleh buat biasa aja, diorang pula yang lebih-lebih.


“Adakah puan yang menempah kemarin?” tiba-tiba datang seorang wanita berpakaian baju kerja dipadankan dengan scarf coklat terikat di leher. Paun Narisa bergerak ke depan.

“Eya saya,” jawabnya.


“Baiklah, sila ikut saya,” wanita itu menunjukkan jalan.Uncle Beck tinggal di lobby.Manakala yang lain,membuntuti Paun Narisa. Aura tenang saja menyusuri jalan itu tapi lapan orang kawannya itu tidak henti-henti berkepit dengannya macamlah mereka sedang berjalan di dalam sebuah gua. Tapi apa boleh buat, Aura harus belajar untuk memahami keadaan mereka.


Puan Narisa yang sudah berada diatas katil sedang diurut oleh seorang gadis sekadar memandang anaknya berceramah di hadapan kawan-kawannya. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat anaknya, gelagat yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Penuh dengan keyakinan.


Aura berjalan mundar-mandir di hadapan kawan-kawannya.

“Sebelum kamu semua menjalani terapi kecantikan ini, aku mahu kamu tahu bahawa kecantikan itu bukanlah terletak dari wajah luarannya sahaja tepi dari kesopanan dan hatinya yang suci,” Aura berceramah.Tiba-tiba, salah seorang dari kawannya mengangkat tangan. Sabrina, seorang gadis bertubuh gempal.


“Saya ada soalan,” katanya. Aura dan kawan-kawannya yang lain memandang Sabrina, menunggu Sabrina menyuarakan soalannya.


“Macam mana dengan saya yang gemuk ni?”


“Jangan risau..kau seorang yang cantik Sabrina.jangan takut kerana kecantikan seorang wanita itu bukanlah terletak pada tubuh badan,” jawab Aura.Sabrina tersenyum nipis. Hatinya lega mendengar jawapan Aqua.

“Tapi macam mana pula dengan saya yang banyak jerawat ni?” soal Jedah pula.

“Sebab itu kita ada di sini, faham?” kata Aura. Jedah mengangguk-angguk.

“Okey..kita akan mulakan dari muka. Sila ambil tempat masing-masing,” arah Aqua, kelapan-lapan kawannya itu terus berdiri mematuhi arahan Aura. Aura sekadar memandang mereka masuk ke bilik persalinan. Lima belas minit kemudian, mereka keluar dengan hanya berpakaian bathrobe. Mereka kelihatan agak janggal dengan bathrobe yang hanya paras lutut itu. Malu-malu pula. Aura tersenyum sendiri.


Selepas pekerja-pekerja di situ mengarahkan mereka naik ke atas katil, tanpa membantah mereka menurut. Aura memandang Puan Narisa yang sudah terlelap di atas katilnya. Tiba-tiba wajah Puan Newlina menerpa di mindanya, mukanya serta-merta berubah sayu. Terasa rindunya pada keluarga membuak-buak.


Matanya sudah terasa panas namun cepat-cepat dia membuang perasaan itu. Aku ada misi yang aku perlu selesaikan! Dia sudah bertekad.


Aura terganggu apabila poket seluarnya tiba-tiba berbunyi. Cepat-cepat dia menyaluk poket dan menjawab panggilan. Apabila melihat nama si pemanggil, Aura terus beredar keluar.


“Hello.” Suara Aqua kedengaran.


“Kenapa?”


“Sorry Aura..kita tak boleh jumpa hari ini. Restaurant sedang sibuk nak renovate. Sorry,eh?”


“Em..takpalah..aku pun sibuk sekarang. Kau nak tahu kami di mana sekarang?”


“Kami? Kami siapa?”


“Alah..kawan-kawan kaulah dengan mama kau sekali,”

“Oh..kamu di mana?”


“Beauty Centre,”


“Apa? Beauty Centre? Kamu buat apa sana?” kedengaran tawa Aura di corong handset. Macam tidak percaya saja yang mereka boleh berada di beauty center.


“Aku ada misi, iaitu ‘Misi Untuk Menjadikan Anak Itik kepada Angsa’.” berkerut dahi Aqua mendengar misi itu.


“Apa tu?”


“Aku nak kawan-kawan kau tu jadi wanita sejati..so, selagi aku ada dalam badan kau, aku akan guna kelebihan tu untuk ubah diorang,”


“So sweet..oya, diorang macam mana sekarang? Kelab macam mana?”


“ Macam biasa, selagi aku jadi hamba abdi Leon, selagi itu kelab selamat,”


“Hamba abdi?” soal Aqua seakang terkejut. Aura segera menggigit jarinya. My God..cabul betul mulut ni!


“Aura..hamba abdi apa? Hamba abdi Shin?” soalnya lagi, ingin tahu.


“Okeylah..aku rasa kau ada hak untuk tahu pasal ni. Kisahnya bermula bila aku ‘ter’patahkan tangan Leon..”


“Huh?” Aqua semakin terkejut. Kepalanya sudah mula berpusing. Tangan..patah..Aura, apa kau dah buat ni?


“Dengar dulu..jangan nak menyampuk!”


“Okey, okey..teruskan,” Aqua yang ada di luar restaurant cepat-cepat mencari tempat duduk, takut dia tumbang di situ selepas Aura meneruskan ceritanya. Aura pula bergegas mencari tandas, selepas dia masuk ke dalam tandas dia terus memeriksa semua pintu tandas. Takut ada yang akan mendengar perbualan mereka. Selepas memastikan tandas itu selamat, dia terus memulakan cerita dari A hingga Z kepada Aqua.


Hampir lima belas minit Aura bercerita, termasuk menjelaskan beberapa perkara lagi yang tidak di fahami Aqua. Dalam limabelas minit itu, ada juga yang keluar masuk, setiap kali ada yang masuk ke tandas, Aura diam.


“Sebab tulah..aku terpaksa jadi hamba dia. Kau faham sekarang,kan?”


Aqua mengangguk. “Faham..tapi macam mana kalau kau dah tak boleh tahan?”


“Jangan risau..aku bukan macam kau,okey?” Aqua tergelak.Ya, dia dan Aura memang jauh berbeza. Aura penuh dengan keyakinan, berani menyahut cabaran dan juga boleh melawan balik. Saya? Entahlah..saya sendiri tak kenal siapa saya.


“Okeylah..got to go. Diorang mesti dah tercari-cari aku. I’ll call you back, bye!”


“Okey, bye,” talian dimatikan. Aura menghembus nafas lega. Terasa bebannya sudah semakin berkurang selepas dia menceritakan semuanya kepada Aqua. Dia bernasib baik kerana dia ada tempat untuk berkongsi, kalau tidak dia memang dah jadi gila.


Aura teringat kawan-kawannya yang ada di dalam bilik terapi, dia terus bergegas keluar. Namun belum sempat tombil pintu dipulas, pintu sudah terbuka dengan kasar. Nasib baik Aura pantas mengelak dan berundur ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila pengunjung itu adalah seorang lelaki. Lelaki itu juga kaget memandang Aura. Lelaki itu memandang pula ke luar tandas. Mukanya kelihatan terkejut. Dia cepat-cepat menutup pintu.


“Wei..kamu…Hem!” Aura yang ada niat untuk memarahi lelaki itu terdiam apabila lelaki tersebut pantas menutup mulutnya dan mengheret Aura masuk ke bilik kecil. Aura meronta kuat, hampir-hampir lelaki itu tewas namun dengan cepat dia merayu pada Aura.


“Tolong..saya takda niat nak apa-apakan cik. Tolong, saya ada kesulitan. Tolonglah,” rayu lelaki itu. Aura berhenti meronta. Dia memandang lelaki yang ada di belakangnya, mata itu menjelaskan yang dia betul-betul perlukan bantuan. Kemudian Aura menunjuk-nunjuk tangan lelaki itu, isyarat agar dia melepaskan tangannya. Lelaki itu segera menurut.


“Maafkan saya,” pinta lelaki itu.


“Aku nak keluar,” kata Aura. Lelaki itu dengar tidak dengar. Dia mendekatkan pula telinganya ke pintu.

“Hei!” mulut Aura di tekup sekali lagi apabila dia terdengar pintu masuk tandas terbuka.


“Shh!” arahnya. Kening Aura sudah membentuk V, tanda dia sedang marah. “Jangan keluar..please. I’m begging you!” rayu lelaki itu dalam keadaan berbisik.


“Tapi..” lelaki itu pantas mengeleng.


“Please, please..” dia sudah menyusun 10 jari di hadapan Aura.


“Abang Allan?” tiba-tiba ada suara memanggil dari luar. Gadis itu seakan terdengar bisikan seseorang. Lelaki itu segera meletak jari telunjuk di bibirnya. Isyarat untuk berdiam diri.


Seorang gadis seusia Aura memeriksa semua bilik tandas. Tiba-tiba Aura keluar dari tandas. Gadis dihadapannya seakan terkejut, mungkin di sangkanya Allan yang keluar. Aura sekadar memandang tanpa riak dan berlalu ke sinki. Pili paip diputar dan berpura-pura mencuci tangan, walhal matanya sedang melihat ke tandas dari pantulan cermin.


“Em..ada nampak lelaki masuk di sini?’ takut-takut gadis itu menyoal. Aura menoleh.

“Lelaki? Aku rasa ini tandas perempuan..lagi pun aku baru masuk tadi,” jawab Aura bersahaja. Gadis itu tersenyum kelat, dia seperti tidak boleh berkata-kata. Gadis itu seusia dengannya, mukanya bersih tanpa make-up. Dengan dress putih dan purse kecil tergantug di bahunya.


“Takpalah kalau begitu,” katanya dan terus keluar. Aura menghembus nafas, lega hatinya apabila gadis itu sudah keluar. Lelaki itu pula keluar dari tandas, nasib baik gadis tadi tidak perasaan akan kehadiaran dia. Aura memandang lelaki itu.


“Aku rasa kau patut keluar dari sini, sebelum sesiapa nampak kau,” kata Aura.

“Terima kasih sebab tolong saya, kalau tak..”


“Eya..dan aku rasa aku taknak tolong orang macam kau lagi,” pintas Aura berani. Lelaki itu menjadi kelat.


“Em..maaf,” kata lelaki itu lagi. Dia terus beredar cepat-cepat. Alamak! Teringat kawan-kawannya, dia pun turut bergegas keluar. Tiba di hujung luar tandas, lelaki tadi berdiri seperti sedang menunggunya.

“Saya tak sempat nak tanya nama kau tadi,” kata lelaki itu.


“Aura,” entah kenapa senang sangat namanya keluar dari bibir. Aura tersentak dengan pengakuannya tadi. Aura? Aku Aqua sekarang! Don’t mine..dia bukan kenal aku pun.


“Aura,ya? Saya Allan. Maaf saya banyak menyusahkan kau tadi,”


“It’s okey..sorry, got to go!” tanpa menunggu balasan dari Allan dia terus berlalu, masuk semula ke dalam bilik terapi. Allan tidak menghalang. Dia tersenyum namun tidak sampai sesaat senyuman itu menjadi hambar. Aura..mungkin kau juga sudah sebesar dia sekarang. Semoga kau aman di sana.


link

*********************************************************


Pss~~ n3 terakhir utk 2 mggu ni sbb ujian setara minggu dpt, so nak concentrate la kononnya ni..apa2 pun, wish me luck! (-^_^-)v

EnjoY!

3 comments:

  1. huiiiiii..memang best la witch. cuma confuse adik allan tu aura ke aqua.
    apepun buat baik2 ujian tu ya..

    ReplyDelete
  2. a'ah..
    aura ke aqua adik si allan nie???
    kompius jap...

    gud luck for ur test yek...
    go go chaiyok!!

    (sambil angkat sepanduk)

    ReplyDelete
  3. wau
    mmg saspen!!! x sabar2 nak tau pe yg jd ;)
    pepun, gud luck!!!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.