Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 August, 2010

Substance : The consequences

Substance : The consequences




Bum!

Allan yang sedang duduk bersendirian di sebuah café tersentak dengan kehadiran Erika secara tiba-tiba. Matanya bulat memandang Erika, dia tidak sangka yang gadis itu akan menemuinya di situ. Erika duduk bertentangan dengan Allan, gelas berisi lemon tea milik Allan dicapai lalu dihirup rakus, lagak seperti orang kehausan.

“Abang pergi mana tadi?” soalnya. Allan mengeluh kecil.

“Ika..” Erika mengangkat tangan, tanda menyuruh lelaki itu berdiam diri.

“Lupakan tentang itu..sekarang Ika tanya, kenapa abang tinggalkan rumah tanpa berbincang dengan Ika?” soal Erika, lagak seperti isteri kepada Allan.

“Ika, abang tak perlu laporkan pada Ika setiap apa yang abang buat. Abang ada kehidupan abang sendiri, abang taknak bergantung pada papa sampai bila-bila,”

“Alasan! Abang pergi sebab Ika,kan?” Erika menduga.

“Salah satu sebab juga,” jawab Allan bersahaja.

“Abang, jangan buat Ika macam ni..jangan pergi. Jangan tinggalkan Ika,” Erika seakan merayu. Dia tidak boleh bayangkan macam mana hidupnya tanpa Allan disisi, Allanlah yang selama ini banyak membantunya, Allan sajalah yang selalu berada di sisinya tika dia tiada tempat untuk bersandar sehinggalah perasaan yang melebihi sayang seorang adik bertukar kepada sayang seorang wanita. Dia tahu dia tidak patut menaruh perasaan itu kepada abangnya tapi, dia manusia biasa yang tidak mampu mengawal perasaan. Hari demi hari, dia semakin meningkat dewasa dan perasan itu bertukar menjadi cinta.

“Ika tolong faham abang. Abang tak boleh,”

“Apa yang abang tak boleh? Cinta dengan Ika? Kita boleh sebab kita bukan adik-beradik kandung,”

“Ika! Walauapa pun yang Ika cakap, tiada apa yang boleh merubah itu. Ika tetap adik abang sampai akhir hayat abang. Ika adik abang dan saya abang Ika. Nothing can change that!” Mata Erika sudah mula berkaca. Langsung tiada ruang buatnya untuk menjadi insan yang istimewa di hati Allan.

“Boleh..abang cuba untuk mencintai Ika, Ika janji akan jadi sempurna untuk abang,”

“Masalahnya, abang tak boleh pandang Ika sebagai perempuan. Cinta abang pada Ika sebagai adik perempuan,” kata Allan sambil menekankan perkataan adik.

“Abang!”

“Dah..abang hantar Ika pulang. Hari dah gelap ni,” Allan bingkas bangkit. Niatnya tidak mahu memperpanjangkan perbincangan itu.

“Taknak!” bentak Erika. Allan mengeluh kecil. Susah melayan kerenah adiknya itu sebenarnya, berkat kesabarannya sahaja yang buat dia bertahan.

“Kalau Ika tak nak, abang balik,” putus Allan lalu malangkah pergi. Erika tersentak, dia seraya bangkit.

“Abang, tunggu Ika!” dia terus mengejar Allan.

*****


Hari ini adalah hari kedua Aura dan kawan-kawannya berada di Beauty Center, tak lupa juga kepada Puan Narisa dan Uncel Beck. Kadang-kadang Aura kasihan juga kepada Uncle Beck yang terpaksa menunggu berjam-jam dengan ditemani Nescafe. Entah berapa gelas yang dia habiskan kelamarin. Pokoknya, meja tempatnya duduk itu di penuhi dengan cawan-cawan kecil.

Kawan-kawan Aura pula sudah semakin selesa dengan keadaan itu, bukan tinggi diri tapi disebabkan ceramah-ceramah yang Aura sampaikan dari semalam sampailah hari ini. Aura tidak pernah penat berleter. Walaupun kadang-kadang apa yang Aura sampaikan itu tidak logik tapi ia amat berguna pada mereka. Apatah lagi pada Sabrina yang bertubuh gempal, Aura suka berpesan kepadanya untuk bersenam, bersenam bukan untuk melangsingkan badan tapi untuk menyihatkan badan. Macam mana mahu jadi cantik jika tubuh tidak sihat?

“Okey hari ini kita akan bersenam untuk menyihatkan badan,” kata Aura sambil mula meregangkan badan. Dia memandang lapan orang kawannya yang sedari tadi memandang sekeliling Gym yang ada di dalam Mansion. Dia hanya boleh menggelengkan kepala. Nampak sangat yang Aqua tidak pernah mengajak kawan-kawannya itu pergi ke Mansion itu.

“Sabrina, Jedah, dengar tak aku cakap?” mereka serentak berpaling ke rah Aura lalu bergegas menghampirinya.

“Kamu ni, aku bawa kamu ke sini bukan tujuan pameran tapi exercise. Kecantikan bukan saja ada pada muka dan tubuh tapi kecantikan juga terletak pada kesihatan tubuh badan, ada faham?” mereka mengangguk, mata tertunpu pada Aura.

“Okey..kita hanya ambil masa 2 jam untuk senaman. Tracy, aku nak tanya kau. Kau ni nak pergi pasarkah apa? Yang kau pergi pakai skirt labuh tu buat apa?” Aura sudah gatal mulut untuk menegur pemakaian Tracy. Baju lengan panjang dan skirt labuh tapi pakai kasut sukan.

“Tapi..kita kan nak datang ke Mansion kau ni. Aku ingat perlu pakai formal,” jawabnya malu-malu. Semua kawannya memakai baju sukan hanya dia yang memakai baju pergi pasar.

“Sudahlah..baju lengan tu kau boleh lipatkan. Hujung skirt tu aku nak kau ikat sampai paras pinggang. Faham?” dia mengangguk-angguk.

“Tapi macam mana?”

“Biar aku buat,” celah Amari. Dia mendekati Tracy dan duduk mencangkung. Hujung skirt di ikat seperti yang diminta oleh Aura. Serta-merta skirt itu menjadi pendek paras paha. Terpamer sedikit keputihan pahanya.

“Tapi..” Tracy berasa jenggal dengan skirt pendek itu.

“Jangan banyak tanya..masa dah terbuang ni. Aku mahu kita semua berlari di atas Treadmill itu selama 15 minit dengan kelajuan sederhana. Bergerak sekarang,” arah Aura sambil menepuk tangan. Dia kenal semua peralatan yang ada di mini gym itu kerana dia di sekolahnya juga ada mini gym seperti itu.

Mereka pun bergegas ke arah Treadmill dimana ia adalah tempat untuk kita berjogging. Aura ikut serta bersama mereka.



*****




“Dave, kau dah bersedia?” soal Aqua. Dia dah Dave berada di semak-samun di jauh dari kawasan tempat Cherry dan kawan-kawannya berbual. Dave menggeleng.

“Aku belum bersedia!” katanya.

“Dave..macam mana kau nak dapat Cherry kalau kau taknak berusaha. Dia sendiri cakapkan yang dia nak kau berusaha untuk mendapatkan dia lagi,” dahi Dave berkerut.

“Dari mana kau tahu dia cakap macam tu? Kau curi dengan eh?” Aqua terpinga. Matanya meliar mencari jawapan. Lama-kelamaan dia beralah.

“Eya..hari tu. Saya tak sengaja terdengar perbualan kau dengan Cherry..sorry,”

“It’s okey..soalannya, macam mana aku nak dapatkan Cherry balik kalau aku tak berani nak berdepan dengan dia?”

“Dengar sini..kau juga yang cakap kau akan dapatkan dia, sebab dia masih cintakkan kau, betul?” Dave mengangguk.

“So, di situ kau sudah bersedia untuk mengambil risikonya. Jadi sekarang, tiba masanya untuk kau lontar jauh-jauh ego kau. Kalau kau nak dia, move! Go to her..kau nak dia dimiliki orang lain?” soalan terakhir Aqua betul-betul membuatkan Dave bertekad.

“Okey..aku pergi!”

“Tunggu sekejap!” Aqua tiba-tiba menyambar tangan Dave. Dave terduduk semula.

“Kenapa?”

“Er…Good luck!” Aqua melepaskan tangan Dave. Dave mengangguk sekali sambil tersenyum. Dia terus bangkit dan menuju kearah Cherry. Aqua sekadar menghantar Dave dengan matanya.

Aqua bangkit, namun tiba-tiba tubuhnya terasa sakit sehinggakan dia terduduk semula. Dia memagang dadanya. Terasa sakit sangat, seperti jantungya itu disiat-siat. Dia memandang tangannya pula, pelik. Tangannya seolah-olah berubah lutsinar, tidak kelihatan. Namun hanya sekejap dan tangannya kembali seperti biasa. Jantungnya juga sudah tidak terasa sakit seperti tadi. Apa yang barus aja berlaku tadi? Aura!



Aura rebah sebaik saja dia masuk ke dalam tandas. Dadanya sakit yang amat sangat. Bibirnya sudah kebiru-biruan. Tiba-tiba dia terpandang kakinya, dia segera duduk menegak. Dia meraba kakinya yang kini sudah berubah lutsinar. Sakit di dadanya lantas dilupakan. Perlahan-lahan, kakinya berubah semula ke bentuk asal. Sakit di dadanya sudah berkurangan. Apa itu? Aqua..aku mesti jumpa dengan dia. Tidak, sudah tiba masanya kami berjumpa dengan Tok Sami.



Aku dah agak dah! Setiap kali kami ingin berjumpa dengan Tok Sami mesti ada saja halangan. Sekarang, halangannya terbesar adalah Leon Shinichi. Tak bolehkah dia bagi aku senang sikit? Lagi-lagi Kate the annoying ada dengan dia. Asyik-ayik menjeling, juling mata tu baru tahu!

Aku sendiri tidak tahu kenapa Leon mahu sangat nak aku ada di mansion ini? Kata nak seksa aku, tapi aku tak buat apa-apa pun di Mansion ini. Duduk diam sambil melihat kemesraan dia dengan Kate? Hum! Bagi aku tak mesra langsung..mesra lagi aku dengan Alfa.

“Alfa..i miss you,” tiba-tiba saja ayat itu terpacul di bibir Aura.

“Siapa Alfa?” Kedengaran suara Kate dari belakangnya. Aura yang sedang menggunting pokok-pokok pendek dan menghijau itu segera memandang belakang.

“Bukan hal kau,” selamba saja Aura menjawab tanpa mengambil kira akibatnya. Kate tersenyum sinis.

“Em..boleh buatkan aku air?” tiba-tiba Kate meminta. Aura mengerut kening.

“Excuse me..aku bukan orang gaji kau,okey? Buat sendiri!”

“Tapi..hamba abdi Shin, hamba abdi aku juga,”

“Well, tiada dalam peraturan aku perlu jadi hamba abdi kawan kepada Master Shin,” Aura berpura-pura gedik. Body Language-nya mengikut seperti Kate.Kate hilang kata.

“Shin!!” tidak semana-mana dia menjerit membuatkan Aura terkejut sedikit. Aura memandang kearah beranda. Kelihatan Leon keluar dengan bersahaja, tangan kiri dimasukkan ke dalam poket.

“Shin, betulkan? Hamba Shin, hamba Kate juga?” kata Kate sambil memeluk lengan Leon. Mata Aura dan Leon bertentangan. Leon memandang pula Kate di sebelahnya.

“Ya, hamba aku, hamba Kate juga,” mulut Aura ternganga. Leon merenung Aura dengan mata bersinar. Bukan sinar biasa, sinar luar biasa!

“Lepas kau dah siapkan semua kerja kau di sini. Masuk, ada yang perlu kita bincangkan,”

“Bincangkan?”

“Jangan banyak tanya!” pintas Leon. Aura lantas terdiam. Tanpa banyak bicara lagi, Kate dan Leon terus masuk meninggalkan Aura dengan kerja-kerjanya. Terkumat-kamit mulut Aura mengajuk kata-kata Leon tadi. Gunting besar disuakan kepada mereka berdua, geram diperlakukan seperti itu.


*****


Dave terus meluru masuk ke dalam Bilik Kelab Bola Tampar tanpa mengambil kira siapa dan siapa yang ada didalamnya. Semua mata memandang kearah Dave yang sudah duduk di meja bulat, kepala di lekapkan ke meja tanpa alas tangan.

“Boleh tinggalkan kami sekejap?” kata Aqua. Mereka yang sedang memasang peralatan keselamatan untuk latihan bola tampar segera mengangguk. Ada juga yang tidak sempat memakai peralatan dengan lengkap sudah pun keluar dari bilik itu. Aqua mendekati Dave dan duduk si sebelahnya.

Niat untuk menegur Dave dilupakan. Nampak seperti dia tidak mahu beritahu apa-apa. Aqua mengeluh perlahan. Mungkin ada sesuatu terjadi antara dia dengan Cherry. Aqua membaringkan kepalanya di atas meja dengan berbantalkan lengan. Wajah Dave yang separuh kelihatan itu ditenung lama. Lama dia merenuh wajah lelaki itu sehingga dia tidak sedar bila dia lelapkan mata.



Entah berapa lama mereka dalam keadaan begitu, akhirnya Dave yang tiada niat untuk melelapkan mata terbangun. Dia sedikit terkejut melihat Aqua terlelap di tepinya dengan mata menghala kepadanya. Dave tersenyum. Dia memegang pula pipi kirinya. Sakit di hati dan pipinya sudah hilang. Wajah mulus Aqua ditenung. Rambut yang menutupi wajahnya di sisipkan ke telinga.

Aqua yang tergerak sedikit membuatkan Dave cepat-cepat menarik tangannya. Perlahan-lahan Aqua membuka matanya.

“Dave?” pandangan Aqua masih samar-samar.

“Yo!” suaranya kedengaran lemah.

“So, macam mana?” soal Aqua terus kepada hubungan Dave dengan Cherry.

“She has a boyfriend,” Aqua terkedu. Patutlah Dave nampak lain saja.

“Betul? Dia bagi tau sendiri?” soal Aqua seakan tidak percaya. Dave mengangguk.

“Actually, boyfriend dia datang sebaik kau jalan,” kata Dave. Aqua sudah tidak dapat bersuara. Sepi memenuhi ruang itu.



“Hai,” sapa Dave sambil mendekati Cherry dengan kawan-kawannya. Cherry lantas bangkit. Dia agak terkejut dengan kedatangannya Dave.

“Dave..kau buat apa sini?” soal Cherry.

“Aku nak bincang dengan kau,”

“Tapi, aku tak boleh. Lepas ni kami ada benda nak buat lagi,” Cherry seakan memberi alasan.

“Please..boleh tinggalkan kami sebentar?” Dave memandang kearah kawan-kawan Cherry. Mereka memandang Cherry pula, seolah-olah keputusan ada di tangan Cherry. Cherry mengeluh kecil lantas mengangguk. Faham dengan anggukan itu, mereka terus beredar.

“Apa dia?”

“Aku nak kita bersama lagi,” Dave mencapai ke dua-dua tangan Cherry. Cherry menggeleng sambil menarik lembut tangannya.

“It’s too late, Dave,” dahi Dave mengerut.

“What’s too late, it’s never too late..Kita sentiasa boleh bersama kalau kau terima aku balik. I lo…lov…” keras lidah Dave. Anak tekaknya seakan tidak membenarkan Dave untuk meluahkan ayat itu. Cherry masih menanti.

“I lov…”

“Cherry!” mata Cherry membulat. Dia kenal benar suara itu. Dave pula segera memandang ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki berkaca mata sedang menuju kea rah mereka. Perlahan-lahan Cherry menolah.

“Siapa dia ni?” soal lelaki itu.

“Dia Dave, Dave ini Khan, my boyfriend,” dengan senang saja Cherry menuturkan kata-kata itu. Dave hampir pitam mendengar perkataan itu.

“Boyfriend? So, ini maksud kau dengan ‘too late’? Cherry…kau pernah janji dengan aku, yang takkan ada sesiapa yang boleh menggantikan aku,” lelaki yang ebrnama Khan itu memandang Cherry.

“Cherry, apa maksud dia?” soal Khan.

“Ya, aku memang pernah cakap macam tu, tapi itu dulu. Tiada apa yang akan kekal di dunia ni. Sejak kita putus, kau bukan siapa-siapa lagi pada aku, dan aku ambil keputusan untuk memilih Khan. Dia lebih menghargai aku dari kau,” Dave mendengus, tidak percaya.

“Kita tak pernah putus! Kau milik aku, Cherry. Tiada siapa yang boleh memiliki kau kecuali aku. Aku takkan putus asa. Aku tahu, kau pilih dia bukan atas dasar cinta tapi kau nak lari dari aku,” pang! Sekelip mata saja, tapak tangan Cherry menyinggah di pipi Dave. Dave seakan terpana.

“Jangan pernah cakap aku milik kau. Dan jangan cakap seperti aku masih cintakan kau, aku tak cintakan kau lagi. Dah Khan, jangan dengar cakap dia. Dia tidak layak untuk aku. Jom!” Cherry terus menarik tangan Khan dan segera beredar. Dave kelihatan betul-betul kosong, pipinya sudah bertanda tapak tangan. Seketika kemudian, dia tergelak. Apa yang melucukan pun dia tidak tahu, atau mungkin juga dia sedang mengetawakan dirinya sendiri.

“You’re a pathetic, Dave!” Dave menyelak rambutnya ke belakang.



“I’m so sorry, Dave,” Aqua tiba-tiba meminta maaf seolah-olah dia yang bersalah. Dave tersenyum nipis.

“Sorry for what..kau tak buat salah pun. Semua ni salah aku,”

“Khan nampak baik untuk Cherry. Mungkin dia lebih berhak untuk Cherry. Memang betul kata Cherry, takkan ada dalam dunia ni yang kekal. Semua akan tinggalkan kita, just like my mother,” suara Dave kedengaran sayu. Aqua tersentak mendengar ayat terakhir dari Dave.

“Just..like my mother?” Aqua mengajuk semula kata-kata Dave. Dave tersenyum sambil mengangguk.

“Ya..dia pun tinggalkan aku, dan apa yang Cherry cakap sama seperti yang dia cakap. Tiada benda yang akan kekal di dunia ni,” Aqua semakin sayu melihat Dave. Walaupun lelaki di hadapannya itu asyik tersenyum saja, tapi entah kenapa senyuman itu kadang-kadang menyakitkan hatinya.

“Kenapa dia mesti tinggalkan aku, dia kata dia takkan tinggalkan aku. Tapi hanya satu sebab dia pergi tanpa tinggalkan jejak, dia lari tanpa membawa aku bersama dia. Dia pergi dan takkan kembali lagi. Aura, boleh kau janji yang kau takkan tinggalkan aku?” Aqua terpana dengan permintaan Dave.

“Boleh?” Dave betul-betul mengharap. Aqua akhirnya tersenyum. Dia yang mendiami tubuh Aura akan tinggalkan Dave tapi bukan Aura.

“Ya, I won’t leave you,” kata Aqua. Tidak semana-mana, Dave terus menariknya masuk ke dalam dakapan. Aqua tersentak. Tapi dia tidak mampu menolak sebaik dia terdengar esakan kecil Dave. Itu adalah kali pertama dia melihat seorang lelaki menangis di hadapannya. Aqua membiarkan saja Dave mendakapnya.

Awan yang sedang berarak itu sudah berubah warna ke warna oren. Ianya bermaksud hari sudah petang.



*************************************************************

p/s : seperti yang dijanjikan, ini adalah last n3 utk H2O. never say good bye to H2O ok? Hehe..semoga terhibur!

4 comments:

  1. waaa... last ke??? takpe2... bieyla akn sbr utk tggu bku dia...

    ReplyDelete
  2. aper yg si leon nk dr si aura nie???
    mcm2 ar leon nie...
    alamak da last episod ker???
    okie cepat2 siapkan manuskrip yek..
    x sbr nk tggu buku okie di pasaran...

    gud luck...

    ReplyDelete
  3. name kite lily..

    hee..ny last betol2 ke last tipu2 ny??

    ReplyDelete
  4. to lily:
    ya..ini mmg last n3 utk H2O, lepas ni saya takkan upload lg..sbb H2O akan dirombak semula utk dijadikan manuskrip.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.