Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 September, 2010

Petal 7: Back To Basic


Petal 7: Back To Basic.

            “Wahhhh!!!!” hampir terjatuh Puan Neha dari kerusinya apabil anak daranya itu berteriak seperti orang ternampak hantu.

            “Ezra!” bentak Puan Neha dari ruang makan. Ezra yang sedang berdiri sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk lantas terduduk. Regina yang turut terkejut dengan reaksi Ezra mengurut dadanya. Cuba menenagkan hatinya sendiri. Tidak di sangka begitu besar reaksi Ezra setelah dia memberitahu dia adalah anak buah Pn.Kastina.

            “Jadi, kamu sebumbung dengan Kyle?!” soalnya pula. Regina sekadar mengangguk.

            “Wah…bestnya!!” kata Ezra pula sambil kedua-dua tanganya yang berpaut di rapatkan ke dada. Wajahnya bersinar warna-warni.

            “Best? Sombong nak mampus adalah!” kata Regina dalam keadaan berbisik.

            “Apa kak Jina cakap?” bisikkan Regina tadi seakan melekat di gegendang telinga Ezra. Regina pantas menggeleng. Ezra tersenyum lalu kembali semula kealam khayalannya. Regina menggeleng. Budak pelik!

            Tiba-tiba Pn.Neha menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di hadapannya.

            “Jadi, kamu ni anak buah Kas?” soal Pn.Neha. Kas? Oh..mak cik Kastina! Hm..pelik betul panggilan tu.

            “Eya,” jawab Regina pendek. Ikutkan hati, mau saja dia keluar dari rumah itu, tapi teringatkan kata En.Billion dia batalkan niatnya.

            “Kau tahu jalan pulang?” soalnya pula. Eh? Macam menghalau pula! Hem!Ingat aku nak tinggal sangat di rumah ini?

            “Aku tak tahu,” Pn.Neha bersandar lalu menyilangkan kakinya. Lagak seperti datin.

            “Kalau begitu, nanti Ezra boleh tolong tunjukkan jalan. Soalnya, aku tak suka ada orang asing di rumah aku,” katanya dengan angkuh. Kening Regina terangkat satu. Regina tergelak.

            “Aku juga tak suka berada di rumah sebegini kecil sebenarnya. Aku akan cari jalan sendiri. Tak perlu susahkan anak makcik,” balas regina dengan senyuman terpaksa. Mata Pn.Neha terbeliak mendengar balasan Regina. Dia mahu membalas tapi En. Billion datang tepat pada waktunya membuatkan dia mematikan niatnya.

            “Nasib baik kamu masih ada di sini, Jina. Ini mak cik kamu datang,” katanya sambil menghampiri ruang tamu. Pn.Neha dan regina sama-sama berdiri kecuali Ezra. Dia masih berkhayal tentang Kyle. Apabila Pn.Neha menepuk kasar bahunya barulah dia terpinga-pinga berdiri.

            “Aunty?” Pn.Kastina muncul dari pintu masuk. Regina mengerutkan kening. Dia halau aku, kenapa dia cari aku pula?

            “Mejina, mari balik!” kata Pn.Kastina. Regina berpeluk tubuh. Buat-buat tidak dengar arahan mak ciknya.

            “Kau nak terus menumpang di sini, dengan orang yang kau tak kenal?” soal Pn.Kastina pula.

            “Aunty pun orang yang aku tak kenal juga,” jawab Regina selamba. Pn.Kastina sudah mengetap bibir.

            “Alah, janganlah macam ni. Kamu tu ada pertalian darah. Tak baik bergaduh,” kata En.Billion.

            “Kata tak suka tinggal di rumah kecil ni. Kalau tak suka boleh balik dengan mak cik kau tu,” tiba-tiba Pn.Neha menyampuk.

            “Mama!” kata En.Billion. Tidak suka isterinya berkata sedemikian.

            “Kalau dengan semua rumah kamu cakap macam tu, macam mana kau nak hidup kelak dengan rumah sekecil pondok?” kata Pn. Kastina.

            “Regina tak mungkin hidup dalam pondok!” dengan angkuh dia membalas Pn.Kastina. Pn.Kastina sekadar menggeleng. Haritz, apa kau dah buat dengan akan dara kau ni?

            “Mejina, kita balik. Kita selesaikan masalah kita di rumah,” kata Pn.kastina lagi. Malas mahu bertekak dengan Regina.

            “Aku nak balik rumah, dengan papa!” tegas Regina.

            “Mejina,kau takkan boleh jumpa bapa kau. Kami ada buat perjanjian, selagi kau tak berubah selagi itu kau tak boleh balik. Dan selagi itu juga kau tak boleh berjumpa dengan bapa kau, faham?”

            “Apa? Sejak bila aunty dan papa buat perjanjian?” soal Regina geram.

            “Sebulan yang lalu,”

            “Huh?! Ini semua tidak masuk akal, papa tak mungkin buat begitu. Dia seolah-olah menjual aku pada orang lain!” Pn.Kastina mendekati Regina.

            “Tak..bukan begitu maksud Haritz. Dia nak kau berubah, dia nak Jina jadi wanita yang kuat dan berdikari kelak. Dia tidak mahu anaknya tiada hala tuju, percayalah Jina. Aunty terima perjanjian itu pun sebab selama ini aunty tak pernah berjumpa dengan anak adik aunty sendiri,” wajah Regina berubah sayu. Mendengar pengakuan ikhlas Pn. Kastina membuatkan hatinya tersenyuh. Bahu Regina dipaut.

            “Kita balik, kita selesaikan masalah ni di rumah,ya?” pujuk Pn.Kastina pula. Regina tertunduk. Dia mahu tapi ada sesuatu yang menghalangnya. Kyle! Kyle tidak pernah sukakan dia sejak dia melangkah masuk ke rumah itu.

            “Jangan risau pasal Kyle. Kyle pun dah setuju nak Jina tinggal di rumah kami,” kata Pn.Kastina seperti memahami apa yang ada di benak Regina. Regina tersenyum. Dia pun terus mengangguk dan naik ke atas mengambil bagasinya.

            “Lembut aja Jina tu,kan? Macam Helle juga,” puji En.Billion. Pn. Neha menjeling.

            “Huh, papa nak puji lebih-lebih tu kenapa?” soalnya pula. Ada aura cemburu disitu..

            “Alah mama ni, kan kawan kita juga Helle tu,” Pn. Kastina sudah mula muak dengan sikap Pn. Neha. Mereka adalah kawan pada masa dahulu. Memang benar Pn. Neha selalu cemburukan Helle kerana Helle selalu dapat apa yang dia kehendaki. Tapi, ini bukan kisah Neha-Helle. Jangan risau.

            “Aunty, saya nak ikul boleh?” sesudah lama mendiamkan diri, tiba-tiba Ezra bersuara. Pn.Neha mengerutkan kening.

            “Ezra!” tegurnya. Pn. Kastina tersenyum.

            “Nak jumpa Kyle lah tu,” katanya. Ezra tersengih sambil tersenyum.


*****


            “Simpan beg tu, dan keluar balik. Kita perlu berbincang,” kata Pn. Kastina sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah. Tanpa berkata lebih panjang, Pn.Kastina terus masuk ke biliknya menukar pakaian. Lambat-lambat dia masuk ke biliknya. Jantungnya sudah terasa hendak keluar dari sangkar. Sejak menaiki teksi, jantungnya tidak berhenti berdegup kencang. Memang sesuatu yang normal jika jantung berdegup tapi ia sudah tidak normal jika ada perkataan kencang di belakang. Dia memang takut untuk tinggal di rumah itu. Bagaimana jika dia diperlakukan seperti anak tiri? Seperti cerita Cinderella. Bermacam-macam persoalan yang menghasut mindanya.


            “Duduk!” arah Pn. Kastina sebaik saja Regina keluar dari biliknya. Regina menelan liur sebelum melabuhkan punggung. Sekeping kertas menjamu matanya di atas meja. Dia memandang Pn. Kastina yang sedang berpeluk tubuh. Wajahnya kelihatan serius.

            “Jina tahu tak Jina dah buat satu kesalahan besar?” dah agak dah! Memang aunty nak fire aku!

            “Jina tak rasa Jina buat salah,” jawabnya angkuh. Pn. Kastina meletakkan kedua-dua sikunya di atas meja.

            “Tak buat salah? Jina keluar begitu saja sedangkan aunty belum habis cakap lagi, aunty lebih tua dari Jina,tau! Dan Jina tak balik lepas tu, Jina tahu tak diluar sana tu bahaya ada binatang buas yang berkeliaran pada waktu malam. Nasib baik Billy..maksud aunty Billion. Nasib baik dia jumpa Jina, kalau binatang buas tu yang jumpa Jina, macam mana?” bebel Pn. Kastina panjang lebar. Regina memekakkan telinga. Pn. Kastina berdehem. Sudah lama dia tidak membebel sejak Helle meninggalkan rumah itu. Sehinggakan pertuturannya pun sudah tidak lancar lagi.

            “Aunty jugakan yang halau Jina,”

            “Tapi Jina boleh minta maaf, kan? Jina boleh balik ke rumah ni sebelum Jina berjalan lebih jauh. Jina tahu tak aunty tak dapat tidur semalaman sebab Jina. Nasib baik aunty jumpa Billion dekat pasar sana,”

            “Manalah Jina tahu yang Jina akan sesat. Lagi pun, Jina memang nak sesat pun biar papa risau, biar papa rasa bersalah sebab jual Jina di sini!”

            “Jina!” mulut Regina pantas terkunci saat Pn. Kastina membentaknya.

            “Sampai bila Jina nak bela diri Jina? Jina tahu tak papa Jina berusaha di luar sana, membesarkan Jina seorang diri, tanpa wanita yang dia cintai. Sebab Jina, dia boleh hidup sampai sekarang, Jina tahu tak? Jina sedar tak semua tu? Jina boleh bayangkan siang malam kerja, tengah malam bangun buatkan Jina susu, dan buat Jina tidur semula. Seorang diri! Bangun Jina, Jina dah 26 tahun!” menitis air mata Regina. Bukan sebab di tengking tapi kata-kata itu membuatkan dia terkejut, terkejut dari mimpi yang sia-sia. Mimpi yang membuatkan dia lalai sebagai seorang anak perempuan.

            “Sekarang Jina nak buat apa kalau papa Jina muflis, dan Jina tak ada asas untuk menjadi seorang wanita?” makin lebat air mata Regina menitis. Dia takut jika apa yang dituturkan mak ciknya itu bakal terjadi. Dia tidak mahu!

            “Aunty, papa akan muflis?” soalnya pula.

            “Aunty tak cakap, aunty hanya bagi andaian. Jina harus bersedia dari sekarang,”  

            “Macam mana Jina nak bersedia, Jina takut!”

            “Tak ada apa yang perlu Jina takutkan, aunty ada begitu juga papa Jina. Jina boleh bermula dengan menandatangani kontrak ni,” Pn. Kastina menyorong kertas di depannya itu mendekati Regina. Regina mengerutkan kening. Air mata diseka. Aunty ni memang suka buat kontrak,kah?

            “Aunty ni memang suka buat kontrak, kan?” soalnya sambil mencapai kertas itu. Kertas tersebut di 
belek. Nasib baik, hanya satu muka surat saja.

            “Taklah, hanya jika keadaan memaksa,” jawab pn. Kastina dengan senyuman meniti di bibir.

            “Fahamkan dan telitikan peraturan-peraturan yang ada, lepas tu sign. Mahu tidak mahu, Jina mesti sign juga sebab Jina tiada pilihan lain.” Sambung Pn.Kastina pula. Regina langsung tidak mendengar kata-kata Pn. Kastina, sebaliknya minda dan matanya lebih kepada sehelai kertas yang ada di tangannya.

            “Setahun?” kata Regina seakan menjerit. Dia memandang Pn. Kastina.

            “Macam mana Jina nak tahan dalam masa setahun? Jina tak nak!” Pn.Kastina mengeluh.

            “Beginilah Jina. Kontrak memang setahun, tapi kalau Jina langgar mana-mana peraturan, tempoh akan ditambah selama 1 bulan. Tetapi kalau Jina buat dengan baik sekali, Jina hanya perlu tinggal di sini selama 5 bulan saja. Jina perlu sign juga sebab ini untuk kebaikan Jina dan papa Jina,” Pn. Kastina cuba meyakinkan Regina. Regina berfikir seketika. Mana-mana pun ada risikonya, kalau aku tandatangan aku akan terseksa di sini, tapi kalau tidak, aku nak tinggal mana?

            “Okey, Jina setuju. Dan Jina pasti, Jina hanya akan tinggal di sini selama 5 bulan saja!” jawab Regina pasti. Dia belum pun baca peraturan selebihnya, mungkin ada lagi yang lebih mengejutkan dari tadi?

            “Terpulang pada prestasi Jina,” kata Pn. Kastina lalu menghulurkan sebatang pen kepada Jina. Pen di sambut dan terus menandatangan di sudut bawah kertas. Selepas dia menandatangan, kertas diserahkan semula pada pn. Kastina.

            “So sekarang, Jina boleh rehat selama mana yang Jina nak sebab peraturan ini akan berkuatkuasa mulai esok,” kata Pn. Kastina lantas bangkit menuju ke biliknya. Tapi sebelum melangkah masuk, dia berpaling.

            “Oya, esok jangan lupa,”

            “Kenapa?” soalnya tidak tahu.

            “Baca balik kontrak tu,” Pn. Kastina meluru masuk sebelum sempat Regina menjawab. Seketika kemudian, Puan Kastina keluar semula dengan sekeping kertas F4 dan kertas diberikan kepadanya. Kertas berganti tangan.

“Ini copy untuk kontrak tu. Baca bailk dan hafal semua perturan-peraturan itu!” pesan Puan Kastina. Regina mencebik lalu bingkas bangkit menuju ke biliknya, dia mahu mempelajari kontrak itu.
            
 Selepas melabuh di katil, dia perasaan sesuatu. Sejak dia balik, batang hidung Kyle langsung tidak kelihatan. Ataupun, dia tak nak aku ada di sini? Horrey, lebih baik dia yang pergi daripada aku! Regina gembira seorang diri.

            Barulah dia senang hati membaca kontrak itu. Senyuman yang mekar mewangi di bibirnya perlahan-lahan lesap.

            Peraturan apa ini? Rasanya dalam penjara pun tiada termaktub peraturan seperti ini! Papa!!

 ***************************************************************** 
p/s: hope u all like it!
           

2 comments:

  1. kyle is dak skola,jina is 26...klau kyle hero WR so mrk ni couple ler karang..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.