Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

08 September, 2010

Petal 8 : The Man of The House


Petal 8 : The Man of The House


            BAM! Bam! Bam!
            Pintu bilik Regina dihentak-hentak dari luar. DIsebabkan pengalaman lalu, Regina mula mengunci biliknya. Takut tiba-tiba ‘hujan’ lebat turun lagi. Kyle mendengus kasar.

            “Nek! Dia taknak bangun!Masalah betullah dia ni!” rungut Kyle. Sebal. Naik lenguh tangannya menumbuk pintu itu. Puan kastina keluar dari dapur. 

            “Nah, ini kunci. Nasib baik nenek jumpa kunci ni,” kata Puan Kastina sambil menghulurkan kunci pendua bilik Regina kepada Kyle. Kunci itu disambut. 

            “Nahaslah dia kali ni. Bukan setakat hujan, tapi hujan batu!” pintu dikuak kasar sehingga melanggar dinding. Pantas kakinya menghampiri katil Regina. Kelihatan Regina begitu nenyak tidur. Tidak terganggu langsung dengan bunyi dentuman dan suara garau Kyle itu. Regina tersenyum. Mungkinkah dia sedang bermimpi sedang tidur di awing-awangan? Jangan harap!

            “Woi!” jerit Kyle lantas menolak tubuh Regina sehingga jatuh ke lantai. Debuk! 

            “Arh…” rintih Regina sambil bangun. Dia menyentuh kepalanya yang terasa sakit bagaikan menghempuk batu. 

            “Apa ni?” soalnya masih dalam keadaan mamai. Puan Kastina hanya menjadi pemerhati. Kyle mencapai tuala mandi Regina didinding lantas melemparkannya tepat ke wajah Regina. Regina tersentak. Kali ini dia betul-betul terbangun.

            “Mandi sekarang juga. Aku bagi kau masa 10 minit. Aku tunggu di luar!” kata Kyle lantas beredar. Regina sudah memuncungkan mulut. Puan Kastina dipandang sayu, minta kasihan. Puan Kastina sekadar mengangkat bahu.

            “Agaknya Jina dah lupa isi kandung kontrak tu, kan?” kata Puan Kastina lalu meninggalkan Regina dalam keadaan geram. Regina pantas berdiri dan masuk ke dalam kamar mandi. Apa-apa pun, sekarang dia sudah tidak mempunyai kuasa, segala-galanya terletak di tangan Kyle yang bagaikan pemerintah kejam. 


            “YOU’RE LATE” kata Kyle sambil berpaling ke belakang. Terkejut Kyle apabila matanya mendarat ke pakaian Regina yang seakan mahu ke majlis tari-menari. Gaun berwarna kuning separas lutut dipasangkan dengan kasut tumit tinggi berwarna hitam. Di tangannya sedang membimbit tas tangan berwarna kuning emas. 

            “Apa kau pakai ni? Kau ingat kita nak pergi shopping? Makan malam? Majlis tari-menari? Huh? Tukar balik!” bentak Kyle. Regina tersentak. Bersusah payah dia berdandan, itu pula reaksi yang diberikan Kyle. 

            “Apa tengok-tengok? Tukar sekarang!” bentaknya lagi. Regina tersentak lantas mendengus.

            “Aku tak nak! Aku nak pakai baju ni juga! Apa kau nak cakap, cakaplah! Aku tetap dengan pendirian aku!” balas Regina. Kyle sudah menahan nafas, darahnya sudah mengeledak sampai ke otak.

            “Okey..kalau kau tetap dengan pendirian kau. Silakan. Tapi, jangan menangis!” Kyle seakan memberi amaran. Regina mendengus. Tetap dengan pendiriannya. Pakaian Kyle dengan Regina betul-betul berbeza. Seorang seperti mahu pergi ke kebun, seorang lagi mahu pergi majlis-tari menari.
           

*****

            “Mama, Kris dan nak jalan ni!” laung Crystal sambil memasukkan bekalnya ke dalam beg. Selesi memasukkan bekalnya, beg lantas disandang.

            “Cepatnya? Sarapan dah makan?” soal Puan Runi yang baru keluar dari dapur.

            “Dah, Kris jalan dulu ya? Nenek Kas cakap Kris dah ada pengganti jadi Kris mesti cepat sampai disana,” jawab Crystal.

            “Ah yalah. Baik-baik jalan!” pesan Puan Runi sambil mengucup dahi anaknya. Selepas membalas ciuman itu, Crystal pun berlalu ke pintu keluar. Senyuman terukir di bibirnya saat meninggalkan ruang itu. Tidak sabar berjumpa dengan seseorang di tempatnya berkerja.

            Dia akan berkerja sepenuh masa pada hari sabtu, manakala pada hari isnin hingga jumaat pula dia hanya akan berkerja pada sebelah petang saja. Hari ini adalah hari terakhir dia berkerja disitu, dengan alasan dia mahu menumpukan pelajarannya untuk peperiksaan STPM nanti.


*****


           “Kyle tunggu!!” jerit Regina sambil tercungap-cungap. Peluh hangat mula menitis didahi. Belakangnya pula sudah basah dek peluh. Kakinya menggeletar dek berjalan dengan sepatuh tinggi. Kyle yang sudah jauh dihadapan memandang ke belakang.

            “Aku dah kata, tapi… kau kan tetap pendirian, kau takkan menangis kalau setakat macam ni, kan?” sindir Kyle lalu menyambung perjalannya menaiki bukit. Regina mengeluh. Marah bercampur kesal. Terasa dirinya sangat bodoh! Pendirian? Pendirian apanya!

            “Kyle tunggu!” jeritnya lagi lalu terus berlari mengejar Kyle. Tiba-tiba, terdengar jeritan halus dari Regina. Kyle segera memandang belakang. Bayang Regina tidak kelihatan. Jalan itu seakan mengeleling bukit seperti tangga berputar. Dia segera berpatah balik. Sebaik matanya menangkap Regina yang terduduk atas tar, dia mengeluh. Risau sekiranya Regina terjatuh dari bukit itu.

            “Sakit!” rintih Regina sambil memegang lututnya. Gaun kuningnya sudah basah dengan cecair merah. Kyle mengeleng-gelengkan kepala, tanda tidak percaya dengan wanita berumur 26 tahun dihadapannya. Wanita yang sepatutnya sudah matang dan pandai berfikir.

            “Aku tak lari pun, aku sekadar berjalan. Yang pergi lari kenapa?” Kyle menyalahkan Regina. Mulut Regina muncung ke depan.

            “Siapa suruh kau tak tunggu aku?” jawabnya pula.

            “Siapa suruh tak dengar cakap aku?” balas Kyle. Regina terdiam.

            “Kau sepatutnya cakap baik-baik dengan aku, aku lebih tua dari kau tau tak. Aku ni dah patut kau anggap kakak!” Regina tidak mahu mengalah. Kyle menunjukkan muka sarkastik.

            “Aku taknak ada kakak macam kau! Dah, bangun! Kita perlu sampai sana sebelum 6.30am,” kata Kyle. Regina mendongak.

            “Kau nak aku jalan macam ni? Kau tak nampak kaki aku berdarah?” tempelek Regina.

            “Jadi kau nak aku buat apa? Oh… kau nak aku angkat kau macam dalam drama yang ada dalam TV? Sorry… aku dah cakap dengan kau, hidup mati kau, kau yang tanggung sendiri,” kata Kyle. Regina seakan tersentuh hati dengan kata-kata Kyle. Matanya sudah mula panas.

            “Kenapa kau benci sangat dengan aku? Apa salah aku? Belum pun seminggu kita kenal kau dah benci sangat dengan aku? Apa salah aku?” Regina meluahkan rasa tidak puas hatinya. Wajah Kyle berubah serius, memandangkan topik perbualan mereka sudah menjadi serius.

            “Sebab aku benci sikap orang seperti kau. Yang kau tahu duit, duit, duit! Apa sangat yang ada dengan duit? Dapat beli baju cantik-cantik? Makan makanan elit? Tinggal di  rumah besar? Semua tu takda gunanya Cik Regina!” kata Kyle. Regina terkesima.

            “Ingat kau di sini ada sebab, bukan nak raih simpati dari aku. Aku tak ada kena-mengena dengan keluarga kamu, jadi jangan pernah tanya bila aku akan menyukai kau sebab aku takkan pernah menyukai orang macam kau!” sambung Kyle lantas menyambung perjalannya, Regina ditinggalkan dalam keadaan terpana. Setitik air mata jatuh ke pipinya.

            “Cik tak apa-apa?” tiba-tiba seseorang mendapatkan Regina dari belakang. Regina yang tersentak lantas menyeka air matanya. Gadis yang mendapatkannya itu kelihatan risau.

            “Aku tak apa-apa,” jawab Regina.

            “Tapi kaki cik berdarah!” kata gadis itu dengan nada terkejut. Gadis itu segera membuka begnya lalu membawa keluar botol mineralnya.

            “Tahan ya?” kata gadis itu lalu menuangkan air putih itu ke ke lutut Regina. Sapu tangan yang ada di poket seluarnya dikeluarkan lalu melap basahan dilutut Regina. Regina sekadar memandang gadis itu dengan tangannya yang lincah membersihkan lukanya. Sekali lagi beg itu disaluk nak menegeluarkan beberapa plaster. Sesekali sikap gadis itu seakan menyentuh perasaannya. Sudah dua kali dia tersentuh. Pertama Uncle Billion dan kedua gadis itu.

            “Kenapa kau buat macam ni? Kau tak kenal aku pun,” kata Regina dengan nada sebak. Gadis itu menghentikan perbuatnnya, dia memandang Regina dengan persoalan.

            “Kenapa tanya macam tu? Memanglah saya tolong orang yang dalam kesusahan, sama seperti cik akan tolong orang yang dalam kesusahan. Am I right?” kata gadis itu dengan senyuman dibibir. Air mata Regina yang sudah kering menitis lagi.

            “Sorry..sakit?” kata gadis itu, takut dia sudah menambahkan sakit di lutut Regina.

            “Tak..tak sakit!” Regina pantas menggeleng.

            “Tahan ya?” dua plaster yang ada di tangannya itu dilekapkan ke luka Regina.

            “Done!” kata gadis itu lalu mengemaskan barang-barangnya dan memasukan kesemuanya ke dalam beg. Beg disandang semula.

            “Thank you,” ucap Regina.

            “Saya Crystal, panggil Kris saja,” gadis itu memperkenalkan dirinya. Salam dihulurkan tanda perkenalan. Salam itu disambut mesra.

            “Regina,” katanya.

            “Boleh jalan tak?” soal Kris. Regina bengun sambil menahan sakit dilututnya. Seluruh lututnya itu lebam membiru.

            “Cik nak pergi mana ni? Rasanya cik sudah tersilap jalan, sini hanya ada satu tempat saja,” kata Kris.

            “Aku memang nak naik ke atas. Tapi di atas ada apa?”

            “Oh, diatas bukit ni ada sebuah Rumah Hijau yang besar. Rumah yang menempatkan pelbagai jenis bunga. Kenapa cik nak naik ke atas, rasanya hanya pekerja yang dibenarkan ke atas,” kata Kris lagi. Regina mengerutkan kening. Pekerja?

            “Jadi Kris ni pun pekerja juga?” soal Regina.

            “Ya, tapi hari ini adalah hari terakhir saya bekerja. Nasih aunty Kas dah jumpa pengganti saua,” kata Kris riang.

            “Aunty Kas? Maksud Kris aunty Kastina?” Kris mengangguk.

            “Sebenarnya aunty yang suruh aku pergi Rumah Hijau tu, kalau itu yang dia maksudkanlah,” senyuman Kris bertambah lebar.

            “oh, jadi cik ni yang akan menggantikan saya? Tapi pakaian cik…”

            “Aku tahu. Salah aku juga sebenarnya sepatutnya aku dengar cakap Kyle,” giliran Kris mengerutkan kening.

            “Kyle? Cik kenal Kyle?”

            “Ya, malahan aku tinggal dengan dia sekarang. Aku ni kira makcik dia lah walaupun masih muda,” Kris hilang kata-kata. Dia tidak pernah dengar Kyle ada saudara sebelum ini.

            “Wei, berapa lama lagi kau nak…” ayat Kyle yang mengejutkan kedua-dua gadis itu mati. Langkahnya terhenti apabila terpandang Crystal.

            “Kyle!” nada Crystal kedengaran gembira. Regina memandang Crystal pelik. Dia seakan boleh membaca isi hati Crystal. Perlahan-lahan Kyle mendekati mereka.

            “Hai,” sapanya, kedengaran kekok.

            “Aku naik dulu,” kata Regina. Hatinya masih sakit dengan kata-kata Kyle. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu pun bercakap ataupun berdepan dengannya. Kyle memandang Regina yang terhinjut-hinjut berjalan.
            “Baru saya tahu, dia makcik Kyle,” kata Crystal. Tapi suara Crystal dengar tidak dengar di 
telinganya. Perhatiannya lebih kepada Regina. Tanya membalas kata-kata Crystal, dia terus mengejar Regina.

            “Tunggu!” Kyle mencapai tangan Regina dan memalingkan Regina berhadapan dengannya. Regina memandang tepi. Kyle mengeluh kecil lalu lutut Regina yang berplaster dan dikelilingi dengan lebam biru. Hatinya terselit sedikit rasa bersalah.

            “Nah, pakai kasut ni. Kurang sikit sakit lutut kau tu,” kata Kyle lalu mula membuka kasut sukannya. Regina memandang Kyle dengan pandangan pelik.

            “Apa yang kau nak sebenarnya? Sekejap baik, sekejap dingin, sekejap benci. Aku tak faham betul!” kata Regina kasar lantas menapis tangan Kyle dan beredar. Crystal yang sedar tadi sudah berasa pelik dengan situasi itu. Terutamanya dengan Kyle. Kyle mengejar Regina lantas duduk mencangkung dihadapan Regina. Seraya Regina menghentikan langkahnya, takut terpijak Kyle.

            “Wei!” Regina terkejut apabila Kyle menyambar kakinya dan melucutkan kasut tumit tinggi dari kakinya.

            “Apa ni? Aku taknak pakai kasut buruk kau ni!” bentak Regina sambil menghayun kakinya dengan harapan kasut Kyle terbuka dari kakinya. Namun Kyle pantas menangkap kakinya. Kyle mendongkak.

            “Kau nak seluruh kaki kau membiru? Kau nak menyusahkan nenek lagi? Aku buat semua ni sebab aku taknak nenek susah disebabkan kaki kau ni. Jadi pakai saja kasut ni dan naik ke atas. Rasanya aku dah tak perlu bawa kau naik lagi, Kris akan bawa kau!” kata Kyle lantas memasangkan kasut yang lagi satu ke kaki kiri Regina. Kyle berdiri lalu memandang Regina. Kelihatan mata Regina berkaca.

            “Aku dah kata, jangan raih simpati dengan aku!” kata Kyle lagi, mengingatkan. Kasut tumit tinggi Regina dikutip dan berjalan menuruni bukit tanpa kasut.

            “Take care of her!” pesan Kyle pada Crystal sambil menepuk bahunya dan terus berlalu. Crystal sekadar mengangguk lalu mendapatkan Regina. Regina membelakang.

            “Mana sesuai baju begini dan kasut sukan? Aku dah mcam orang gila tau tak!” jerit Regina, namun Kyle terus berjalan tanpa menoleh lagi.

            “Sabar kak. Kak cantik macam ni,” kata Crystal. Seakan menyedapkan hati Regina namun hati Regina bertambah sakit pula. Regina mengesat air matanya.

            “Cakap saja kalau dah macam orang gila!” balas Regina. Crystal kelat.

            “Aku tak sangka hubungan kamu dingin,” katanya pula.

            “Aku juga tidak sangka aku boleh jumpa orang macam dia,” selesai menghabiskan ayatnya, dia pun berlalu. Crystal mengeluh kecil. Belum pernah dia melihat Kyle dingin dengan mana-mana perempuan. Ini adalah kali pertama baginya. Dan dalam fikirannya, kedinginan Kyle terhadapan Regina seperti bersebab. Kyle takkan dingin dengan mana-mana orang tanpa sebab. Dia lantas menggeleng. Dia tidak boleh membuat andaian dengan begitu cepat. Dia belum pun mengenali Regina. Seketika kemudian, dia pun mengejar Regina.

***********************************************************
p/s: enjoy reading!

2 comments:

  1. regina..regina..
    tu la degil lg xnk dgr ckp kyle...
    kan da sshkn diri sendiri...

    kyle nie pn jgn la kejam sgt...
    kadang2 cian gak kat si regina tuh...
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  2. cpatlah sambung, x shabar dah ni..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.