Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

02 September, 2010

Special Spell 9 : The Power of Love [END]


Special Spell : The Power of Love [END]

Note: Moon* Zero* = dari masa lampau.
          Moon dan Zero= dari 19 tahun dihadapan.


            VIC mengetuk pintu bilik Moon. Moon segera berdiri dan membukakan pintu itu.

            “Vic?” Vic melangkah masuk lalu duduk di bucu katil. Moon menyusul.

            “Vic tahu masalah mama, Vic dah dengar perbualan mama dengan papa tadi,” Vic mengakui tanpa rasa takut pun. Moon tersentak. Pantas matanya beralih pada Vic. Dia tidak sangka anak lelakinya itu akan mendengar perbualan antara dia dengan Zero.

            “Vic, mama minta maaf, mama takda niat nak…”

            “It’s okey mama. Vic faham. Tapi siapa Maya yang mama cakap tadi?” Vic mula menyoal siasat. Moon kelihatan ragu-ragu untuk menjawab soalan itu.

            “Just tell me ma…Vic perlu tahu siapa Maya. Vic bukan budak kecil lagi,” Moon memandang Vic. Kemudian dia menarik nafas panjang. Bersedia untuk memberitahu Vic siapa Maya.

            “Maya adalah salah seorang model mama yang dijadikan sebagai peragawan untuk syarikat papa. Minggu lalu, papa dan semua kumpulannya termasuk Maya pergi ke Bali. Lepas dua hari, papa balik. Papa suruh mama charge handphonenya, so mama pun berani-berani la masuk ke folder papa dan mama nampak gambar-gambar papa dengan Maya,”

            “Kesimpulannya?” soal Vic.

            “Nak simpulkan apa lagi. Papa curang dengan mama!” Vic menggeleng. Tidak bersetuju dengan kesimpulan ibunya.

            “Cuba mama fikir, kalau betul papa curang kenapa papa biarkan mama pegang handphonenya? Handphone adalah benda yang paling dijaga kalau seseorang lelaki itu curang. Okey Vic tanya. Macam mana bentuk gambar tu?” soal Vic pula. Moon mengingati rupa bentuk gambar itu.

            “Maya gambar diri sendiri dengan berlatar belakangkan papa yang sedang tidur tanpa baju,”

            “So, kalau dah macam tu. Ada kemungkinan Maya dah tipu mama. Sebab sekeping gambar tidak mampu membuktikan segala-galanya. Kalau betul papa tipu mama, dah lama papa delete gambar-gambar tu. Tapi nampak sangat yang Maya sengaja nak porak-perandakan keluarga kita. Mama percayalah dengan papa, papa tak mungkin akan curang dengan mama,” Moon berfikir seketika. Mungkin ada betulnya kata-kata Vic.

            “Vic, kenapa mama rasa macam Vic dah matang?” Vic tergelak mendengar pujian itu.

            “Mungkin sebab Vic dah bertahun tengok mama dan papa bergaduh,” Vic berseloroh.

            “Mungkin betul cakap Vic. Mama perlu percaya dengan papa. Mama nak cari papa!” Moon bangkit sebaik dia sudah pasti dengan keputusannya. Vic tersentak. Dia juga ikut bangkit.

            “Betul ni? Nak pergi sekarang juga?” soalnya seakan risau.

            “Eya, mama takut papa akan lari lagi dari kita,” kata Moon.

            “Okey, Vic ikut sekali!”

            “Jom!”

*****


            Moon dan Zero keluar dari teksi sebaik tiba dihadapan IE Ent. Pakaian mereka sudah bertukar. Moon berdandan persis seperti Moon dimasa itu, begitu juga dengan Zero. Harap tiada siapa yang cam akan kelainan itu.

            “Bolehkah kita masuk Zero. Kalau diorang perasaan sesuatu macam mana?” soal Moon.

            “Boleh, kita masuk saja,” kata Zero. Pasti.

            “Selamat petang Tuan, Puan!” ucap pekerja-pekerja yang lalu-lalang. Moon hanya tersenyum. Nasib baik tiada sesiapa yang perasaan akan kelainan itu. Tetapi ada juga yang memandang Zero dengan pandangan pelik. Zero sudah masuk dua kali di syarikat itu, sudah tentu itu sesuatu yang pelik.

            Moon dan Zero sudah masuk ke dalam lif dan akan naik ke tingkat paling atas iaitu pejabat Zero.


            “Why are you doing this Maya?” soal Zero lantang. Maya yang sedang duduk tenang di ruang tamu mini itu selamba saja meniup kuku-kunya yang dihias cantik itu. Dia memandang Zero.

            “Kau tak tahu lagi, kah? Sudah tentu aku nakkan kau,” akui Maya tanpa berselindung.

            “Tapi aku ada isteri, majikan kau sendiri. Aku tak mungkin akan mengkhianati dia!”

            “So, kalau Moon tak ada kau akan terima aku?” soal Maya lagi.

            “Apa maksud kau?” Maya berdiri lalu mendekati Zero yang berdiri dihadapan  meja kerja.

            “Takda. Saja. Mungkin aku boleh lesapkan dia dari muka bumi ni,” serta-merta Zero mencekek kolar baju Maya. Dia sudah tidak kisah dengan jantina Maya, dia sangat marah sehinggakan dia tidak boleh mengawal emosinya lagi.

            “Watch your mouth! Kalau kau berani sentuh Moon, kau akan lesap dari muka bumi. Itu janji aku!” Zero menolak kasar tubuh Maya. Maya terundur ke belakang. Dia mendengus. Dia segera meluru dan  memagut bibir Zero. Serentak dengan itu, pintu bilik terbuka kasar dek tendangan Zero* dari luar. Zero segera menolak Maya, dia menyeka bibirnya dengan lengan baju.

            Pang! Sepantas kilat Moon* masuk dan melepaskan satu tamparan di pipi Maya. Maya tersentak begitu juga dengan Zero. Tapi Zero lebih terkejut apabila dia terpandang seorang lelaki yang seiras dengannya di kaki pintu. Maya sudah menekup pipinya.

            “You bitch!” Maya meluruh kearah Moon* dengan niat ingin membalas serangan Moon* namun Moon* lebih pantas. Tangan maya dipulas kebelakang dan menghempas badan Maya ke meja kerja Zero.

            “Moon!” jerit kedua-dua Zero. Mereka berpandangan.

            “Who are you?” soal Zero. Zero* tersenyum.

            “I’m you!” jawabnya bersahaja. Dia segera mendapatkan Moon dan menarik Moon agar melepaskan Maya. Maya bingkas bangun dari meja itu dan keluar dari bilik itu dengan segera. Kini dia betul-betul diserang ketakutan.

            “Moon, kaukan tengah mengandung. Be careful!” kata Zero*. Zero memandang mereka pelik. Dia langsung tidak boleh bersuara.

            “Aku perlu ajar perempuan ni! Dia berani letakkan bibirnya ke bibir kau. Dia memang nak kena!” bentak Moon*. Zero* tergelak.

            “Siapa suami kau, Moon. I’m here!” jawab Zero* pula. Zero sudah tidak tahan dengan situasi itu lantas membentak.

            “Stop! Stop! Stop! Who are you, kenapa kau sentuh isteri aku?” Zero segera menarik tangan Moon* sehingga mendampinginya. Zero* mengerutkan kening.

            “She is mine!” balas Zero* lantas menarik semula tangan Moon*. Moon* sudah mula pening.

            “Shut up! Stop! Aku milik kamu berdua!” katanya. Zero tersentak. Milik kamu berdua?

            “What’s going on?” tiba-tiba Moon muncul dari pintu pejabat bersama Vic yang sudah serba salah. Zero tersentak. Matanya selang-seli mamandang Moon dan Moon*. Moon* memandang Zero*.

            “Aku rasa kita perlu lari sekarang,” bisik Zero*

            “Kau siapa? Kenapa…” Moon menunjuk wajah Moon* dan Zero*. Pelik dengan kehadiran dua orang yang seiras dengan wajah mereka. Zero mendekati Moon.

            “Zero, kenapa muka diorang sama dengan muka kita?” soal Moon pelik.

            “Aku pun tak tahu. Aku rasa diorang ni penjahat!” teka Zero. Zero* tergelak.

            “Kami bukan penjahat ataupun siapa-siapa. Dan rasanya, kamu sekarang sudah boleh berbincang pasal masalah kamu. Semuanya salah faham saja,” kata Zero*

            “Masalah? Macam mana kau tahu…”

            “Itu kamu tidak perlu tahu. Kami perlu pergi sekarang,” kata Zero* lantas menarik Moon* keluar dari pejabat itu.

            “Tapi kita nak pergi mana?” soal Moon* pula.

            “Baliklah. Ke rumah nenek Zafura!” jawab Zero*. Zero dan Moon terpinga-pinga apabila dua orang itu pergi begitu saja. Lama mereka berdiri seketika kemudian mereka terus keluar mengejar Moon* dan Zero*. Vic yang sedari tadi di luar pejabat sekadar menggeleng. Betulkah ini ibu bapa aku?
           

            Moon* dan Zero* pantas berlari apabila mereka mula mengejar. Lif yang pada masa itu terbuka lantas dimasuki. Mereka sempat berlaga bahu dengan pekerja yang keluar dari lif itu. Butang tutup segera ditekan. Pekerja yang baru keluar tadi terkejut melihat Zero dan Moon berlari. Pintu lif sudah ditutup dan sedang menuju ke lobi pada waktu mereka tiba di situ.

            “Peliklah. Siapa diorang?” soal Moon.

            “Entahlah.Tapi wanita yang seiras dengan kau tadi sempat tolong aku dari Maya,” jawab Zero. 
Serta-merta wajah Moon berubah. Dia baru teringat tujuannya ke sana. Zero yang perasaan akan perubahan riak Moon segera didampingi. Kedua-dua lengan Moon dipegang.

            “Moon percayalah, aku tak ada apa-apa dengan Maya. Dia nak perangkap aku, dia sengaja nak rosakkan hubungan kita. Percayalah,” Zero menatap mata Moon. Moon tersenyum.

            “Aku memang percaya dengan kau, Zero. Aku cuma tunggu penjelasan dari kau. Tapi bila kau pergi begitu saja, kepercayaan aku terhadap kau mula goyah. Aku percayakan kau kalau kau kata kau tak ada apa-apa hubungan dengan Maya,” jawab Moon. Vic yang tidak jauh dari mereka sudah mula merasa cinta antara ibu bapanya.

            “Thank you, Moon!” Zero mendakap Moon.

            “Aku pun begitu. Aku takda apa-apa dengan lelaki tu. Dia cuma tolong aku,” jelas Moon.

            “It’s okey. Itu semua tidak penting lagi. Yang penting kau dah maafkan aku!” Zero mengeratkan pelukkannya. Moon tersenyum.

            “Tapi macam mana dengan dua orang tu?” Zero melepaskan pelukkannya.

            “Biarkan. Mungin diorang dihantar oleh malaikat untuk membantu kita,” jawab Zero berseloroh. Moon tergelak kecil.

            “Jom, kita masuk!” Zero membawa Moon menuju ke pejabatnya. Vic ikut serta. Itu kali pertama dia berkumpul dengan ibu bapanya selepas 5 tahun berlalu.


Dalam masa yang sama…


Zrgg! Zrgg!! Zero dan Moon tersentak. Lampu tiba-tiba pejam celik. Kedengaran besi dengan besi berlaga. Moon segera memeluk Zero.

            “Zero, what’s going on?” soalnya mula takut.

            “Entahlah. Jangan saja ada masalah,” tiba-tiba lif itu bergoncang. Lama-kelamaan lif tersebut mula bergegar hebat dan tekanan didalammnya mula tinggi.

            “Zero, aku takut!” Zero sgera memeluk Moon. Jangan saja mereka terperangkap dalam lif yang rosak.

            Zrgh!!! Lif tersebut perlahan-lahan menjadi laju dan akhirnya lif itu terus mendadak laju dengan tekanan yang tinggi.

            “Zero, apa-apa pun yang terjadi aku tetap cintakan kau!” ucap Moon. Seperti dia akan mati esok.

 

          “Don’t say that! Kita takkan apa-apa. Kau akan selamat, baby kita akan selamat!” balas Zero. Sebetulnya dia juga sangat takut. Dia juga tidak mahu kehilangan Moon dalam keadaan begitu. Dia membalas pelukkan Moon dengan erat sambil berpaut pada dinding. Lif semakin laju menjunam ke bawah. Lampu yang berkelip-kelip tiba-tiba meretak tanda tidak dapat menampung tekanan tersebut. Dari luar lif, bunyi besi bergeser kuat sehingga ketelinga pengawal bertugas. Dia segera berhubung dengan operator bangunan itu dengan walkie-talkienya.


            “Zero!!”

*****

            “Zero!” Moon bingkas bangkit. Zero yang terkejut dengan jeritan Moon itu turut bangun. Dia menggosok matanya sambil memaut bahu Moon. Kelihatan Moon berpeluh-peluh, rambutnya sudah basah dek peluh.

            “Kenapa Moon?” soal Zero. Moon masih tercungap-cungap, dia memandang Zero. Kemudian dia tersenyum. Syukur, ia hanya mimpi!

            “I love you Zero!” Moon terus memeluk Zero, Zero tersentak dengan perilaku Moon. Tapi dia tetap 
tersenyum.

            “Why? Kenapa ni?” soalnya lagi. Moon melepaskan Zero.

            “Nothing!” Zero mengecilkan matanya, pelik.

            “Hem..nasib baik baby kita tak terkejut, kan Vic?” perut Moon yang sudah lebih 8 bulan diusap sambil dikucup lembut. Moon tersenyum. Tiba-tiba, dia memegang perutnya, terasa kesakitan yang belum pernah dia rasai sebelum ini. Ada cairan yang mengalir dari pahanya.

            “Zero…” rintih Moon. Zero tersentak.

            “Kenapa ni? Kenapa ni?” Zero mula cemas.

            “Aku rasa, Vic dah nak keluar! Hospital! Hospital!” jerit Moon sambil memegang perutnya. Zero yang tadi blank sudah mula bergerak. Dia pantas melompat dari katil mencari kunci keretanya.

            “Meja solek! Meja solek!” kata Moon, seakan tahu apa yang Zero sedang cari. Zero pantas mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja solek. Tubuh Moon diangkat menuruni katil dan terus keluar dari kamar.


19 tahun berlalu…


            Riuh-rendah kediaman banglo itu. Suara gelak-tawa dua orang budak perempuan kedengaran walaupun dari kawasan luar rumah banglo. Sandra tersenyum.

            “Kalau saya dah besar saya akan kahwin dengan abang Vic,” kata Margaret sambil memaut tangan Vic yang sedang bermain bersama mereka. Manda pula menarik tangan Vic yang ada di tangan Margaret.

            “Abang Vic akan kahwin dengan Manda, bukan dengan akak!” Mandy tidak mahu mengalah. Vic hanya tersenyum dengan membiarkan tangannya ditarik oleh adik-adiknya. Moon dan Zero yang ada di meja berdekatan dengan swimming pool hanya tersenyum.

           “Saya!” Margaret menarik tangan Vic.
 
            “Saya!” jerit Manda. Tangan Vic dikebas dari Margaret. Margaret mendengus.

            “Dah, dah..abang dah  ada girlfriend okey. Nanti girlfriend abang marah pula,” kata Vic sambil mengusap kedua-dua kepala adiknya.

            “Boleh saya tahu siapa girlfriend Vic?” serentak mereka menoleh kearah pintu masuk halaman belakang. Vic terpinga. Moon dan Zero hanya tergelak. Mandy dan Margaret pula serta-merta berlari kearah Zero dan Moon. Lagak seperti mereka takut akan kehadiran Sandra di situ. Sandra hanya tersenyum lantas menghampiri Vic.

            “Kamu dah nak jalan?” soal Moon dari arah meja.

            “Eya aunty,” jawab Sandra sambil berdiri disamping Vic.

            “Apalah Vic ni. Adakah Sandra pula datang jemput Vic, sepatutnya Vic yang jemput Sandra,” kata Zero pula. Mandy dan Margaret sudah naik ke atas paha Zero. Vic mencebik.

            “Tak apa uncle. Sebab 3 tahun dari sekarang Sandra akan hidup dengan dia,” kata Sandra. Tanpa apa-apa amaran, tangan Vic dipaut. Vic tersentak seperti terkena renjatan elektrik. Wajahnya sudah merona merah. Dia menelan liur. Sama seperti Moon apabila Zero memperlakukan dia seperti itu. Vic adalah copycat Moon.

            “Wei!” Vic pantas menarik tangannya lantas mengorak langkah meninggalkan tempat itu. Sandra ditinggalkan begitu saja.

            “Aunty, uncle, pergi dulu, ya? Bye Mandy, bye Margaret!” ucap Sandra sambil melambai kearah Mandy dan Margaret. Mandy dan Margaret serentak berpaling kearah lain. Mencebik. Marah apabila abang mereka itu diambil orang. Sandra hanya tersenyum. Budak-budak.

            “Ah’ ah, pergilah. Kang Vic lari lagi,” kata Moon.

            “Dia takkan terlepas dari saya aunty,” kata Sandra bersahaja lalu beredar. Moon sekadar tersenyum. Entah kenapa, terasa seperti Sandra sangat mirip dengan Zero. Selalu yakin, tenang, bersahaja dan selamba.

            “Mama, kenapa biarkan perempuan sihir tu ambil abang?” soal Mandy. Moon mengangkat kening.

            “Mana ada kakak Sandra perempuan sihir, kakak Sandra tu sangat baik. Cuma dia yang boleh buat abang kalian jatuh cinta tau,” jawab Zero pula sambil mencuit hidung Mandy.

            “Tapi dia tu nampak jahatlah papa,” kata Margaret pula.

            “Dia tak jahat sayang. Dia sangat baik macam mama kamu ni. Kalau kamu cakap kak Sandra jahat, itu bermakna mama pun jahatlah tu, kan?” kata Zero.

            “Tak!Tak! Kak Sandra sangat baik! Sangat baik!” serentak Mandy dan Margaret mengiyakan. Moon hanya tersenyum.

            “Kalau begitu, siapa nak ikut papa mandi kolam?” soal Zero sambil bangkit. Bajunya lantas dibuka. Mandy dan Margaret sudah melompat-lompat kegembiraan.

            “Zero! Kalau diorang sakit macam mana?” soal Moon. Cuaca sekarang tidak menentu, sebab itu di risaukan kesihatan anak-anaknya.

            “Alah Moon ni..cakap saja kalau nak!” kata Zero lantas menarik tangan Moon dan menolak Moon masuk ke dalam kolam. Besar air yang menempias keluar. Mandy, Margaret dan Zero serentak ketawa.

            “Zero!” jerit Moon dari kolam. Geram. Zero memegang tangan Mandy dan Margaret dan…

            “Jom, lompat!!” Moon menekup wajahnya. Splashh!!!


[End of the Potion]
“A baby is born with a need to be loved - and never outgrows it,”
Frank Howard Clark

**************************************************************

Terima kasih sebab sudi membaca MWMG sehingga tamat, saya harap kamu terus menyokong saya v(^-^)v. Peace!

P/s: sorrylah ending tak berapa baik. But I hope you all will like it!

14 comments:

  1. YAY...sy yg pertama. ISH!!!BERANI MAYA CIUM ZERO, TAK GUNA!.
    isk...sy x kn forget criter ni....u r so great my master!. love you Vic!!!

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    sweet..

    maya tu nk kena bunuh..
    :P

    ReplyDelete
  3. waaahhhhhhh.......
    da abis ker????

    aper2 pn ending dia ttp best...
    thanks okie...

    ReplyDelete
  4. crta ni mmg best...
    akhrnya moon n zero bhgia jg....

    ReplyDelete
  5. wa....
    best2
    hepinya dgn ending nie :)
    so sweet moon n' zero
    ;)

    ReplyDelete
  6. name kite lily..

    hehe~~best cite ny..lily sukee sgt..hik3..
    hmm..h2o akan dismbungkan??tapee..lily tggu..(^_^)

    ReplyDelete
  7. ishhh maya nie... bunuh jek dia huhuhu
    bgos tol moon pukul dia..:)

    bestt!!!! x pernah menghampakan syew... sume cter kat sini best2... terutama cter moon n xero..(my witch is angel) chayok2..:P

    love amie

    ReplyDelete
  8. look into your heart n u'll find love,lav,lurv,luve.........
    MWIA is full l0v3....
    bez banget..thanx ya okie.snyuman aq sih udah cecah tlinga lho.
    ^_^

    -mizidonnolav-

    ReplyDelete
  9. kpd semua yg komen :)

    terima kasih sbb baca MWMG sampai abis. Sorry kalau selama kamu baca, byk kesalahan bahasa dan tatabahasa, saya akan buat yg lebih baik lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
  10. lps bc je sumer ni...release tensi0n..really enj0y it!!bgsla...kreatif..=)

    ReplyDelete
  11. wa!! sOo sweet!!
    krang ajar tul si maya tuh...padan muka dye kna dngan si mOon..
    cayOoKk la okie!!
    besh cngat citer nie!!

    ReplyDelete
  12. best sgt cter nie...
    walaupun sy xsuka crita fantasi tp cter nie mmg best...
    hurm rase mcm nak tau jer kisah cinta sandra n vic lps nie...
    msti sweet kn...
    pape pun gud lark...

    ReplyDelete
  13. best arr cite ney..
    i likee..huhu

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.