Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 September, 2010

Substance 1 : Wish [NV]


Substance 1 :  Wish

            “AURA!!” gedebum! Pintu kelab Bola Tampar terkuak kasar dari luar. Aura tersentak lantas berdiri. Dia memandang ke belakang. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri di kaki pintu sambil mencekak pinggang. Wajahnya bengis menandakan dia sedang marah.
            “FA…em…aku           boleh jelaskan,” katanya seperti cuba memenangkan gadis yang bernama FA itu. Gadis bernama FA itu lebih tinggi daripadanya, kira-kira 173cm. Di lututnya terpasang alat keselamatan untuk seorang pemain bola tampar.
            “Apa? Kau nak jelaskan yang kau sengaja gunting majalah Female aku? Hm...jangan harap kau boleh lepas kali ini!” tidak semana-mana FA terus menerpa kearah Aura. Aura yang tidak kisah akan keselamatannya terus melompat keluar dari jendela bangunan tingkat dua itu.
            “Aura!” jerit FA ketakutan. Dia melihat ke bawah. Aura yang sudah mendarat dengan selamat memandang atas lalu tersenyum.
            “Sorry FA, kau tau kan aku macam mana. Nanti aku ganti balik,ya? Bye, got to go!” belum sempat FA menjawab, Aura sudah melarikan diri. FA mengeluh. Sudah bertimbun majalahnya yang digunting Aura tapi kali ini ia sudah tidak boleh dibiarkan lagi. Nanti menjadi kebiasaan. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya saat melihat Aura sedang berlari ke gelanggang bola tampar.
           
            “Ha, kau berjaya lari lagi dari FA?” soal Jaz, atau nama penuhnya Jasmine. Dia duduk di lantai gelanggang. Kelihatan beberapa lagi gadis sedang membuat latihan digging untuk persediaan perlawanan peringkat negeri nanti. Aura tergelak.
            “Macam tulah. Eh! Rozie, hari ni aku balik awal ya? Dave masih cuti jadi…” Aura meminta izin kepada kapten bola tampar mereka itu.
            “Hm…yalah, yalah…aku faham. Kau boleh balik,” katanya. Aura tersenyum. Dia lantas berdiri dan mengemaskan barang-barangnya. Jam yang tertera di skrin telefon bimbitnya di kerling. Tepat jam 4.30 petang. Kalau diikutkan betul, mereka hanya akan tamat latihan pada jam 6 petang tetapi Aura diberi kelonggaran kerana masalah ekonomi keluarga.
            “Guys, balik dulu!” kata Aura seakan menjerit. Beg disandang ke bahu kanan, botol air di tangan kiri. Kawan-kawannya yang ada di dalam gelanggang sekadar melambai ke arahnya. 

*****

            Pintu bilik setinggi 10 kaki dan selebar 8m itu terbelah dua. Lelaki yang separuh abad yang bertanggungjawab membukakan pintu itu melangkah masuk dan terus menuju ke meja solek di mana seorang gadis dan beberapa orang pembantu rumah berada.
            “Sudah tiba untuk pembelajaran muzik Cik Muda,” kata Uncle Beck.
            “Uncle, boleh tak hari ni Aqua rehat. Aqua penatlah,” rengek Aqua.
            “Tak boleh Cik Muda, ada beberapa minggu lagi untuk pertandingan. Sehari sebelum pertandingan baru Cik Muda boleh berehat,” jawab Uncle Beck. Bukan niatnya untuk menyiksa gadis itu tetapi itulah tanggungjawab yang sudah diserahkan kepadanya sejak gadis itu masih kecil lagi. Aqua mengeluh.
            “Silakan Cik Muda,” kata Uncle Back membawa Aqua berdiri. Aqua menurut. Mereka pun keluar dari bilik itu dan menuju ke Ball Room Rumah itu kelihatan sungguh besar namun hanya dipenuhi dengan pembantu-pembantu rumah saja.
            Pintu Ball Room dikuak apabila dua lelaki yang berdiri di hadapan pintu melihat majikan mereka itu sedang menghampiri Ball Room tersebut. Aqua melangkah masuk di temani dengan Uncle Beck. Pintu ditutup semula.
            “Silakan duduk, Aqua,” ajak wanita yang sedang berdiri di sisi grand piano berwarna putih. Tahulah, wanita itu adalah guru muzik Aqua. Aqua tetap tersenyum walaupun tubuhnya sudah mula kejang. Itulah yang selalu dilakukannya setiap hari. Pembelajaran memasak, bahasa asing, IT dan juga muzik. Itu semua untuk mendidik Aqua agar menjadi wanita bangsawan. Pembelajaran memasak memang tiada dalam itu tetapi ia keperluan untuk menjadi seorang wanita.
            Keluarga Aqua adalah dari golongan elit. Bapanya seorang pengeluar wine yang sangat maju, dia juga mempunyai banyak ladang anggur. Sebagai anak golongan elit, Aqua diajar agar menjadi wanita yang beradab sopan.
            “Cikgu sudah sediakan lagu yang akan Aqua pertandingkan nanti, tajuknya adalah Ave Maria Minor C,” sebuah buku hijau diletakkan di atas stand kecil atas piano.
            “Saya tak pernah dengar lagu ni cikgu, bolehkah saya main nanti?”
            “Boleh, jangan takut. Cikgu akan membimbing kamu. Sekarang kita belajar sedikit saja dulu, tidak perlu tergesa-gesa,” Aqua hanya tersenyum. Walaupun sekarang terasa seperti esok adalah hari pertandingan. Tambahan lagi, pertandingan itu bukan pertandingan biasa. Semua anak-anak bangsawan akan menyertai pertandingan itu, malah mereka sudah bertahun-tahun menyertai pertandingan tersebut. Tapi dia, baru tahun ini ibunya menyuruh dia untuk menyertai.

            Aqua menghempas badan ke atas katil setelah selesai pembelajarannya. Ia adalah pembelajaran yang terakhir pada hari ini tapi pembelajarannya tidak tamat di situ, dia perlu mengulang kaji lagi note-note yang ada dalam buku hijau itu. Aqua mengeluh berat. Siling kosong yang terukir lukisan-lukisan dahulu ditenung lama.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej baru saja masuk. Telefon bimbit yang terletak di atas meja solek pantas diambil. Keningnya berkerut melihat nombor yang tidak bernama di skrin telefon bimbitnya. Mesej pantas dibuka.

            Adalah lebih baik kalau kau tidak ikut serta dalam pertandingan itu! Ini amaran! Atau kau akan berdepan dengan aku, Leon.
Sender: +60145502436

“Huh…” Aqua segera berpaut pada meja, takut terjatuh. Dia menelan liur. Sampai di sini Leon ugut saya? Handset segera di matikan. Tidak mahu menerima apa-apa lagi mesej daripada penghantar tadi. Aqua menuju ke beranda. Matanya menatap bulan yang terang lagi bulat itu. Tangan memeluk tubuh. Angin malam menyapa tubuhnya lembut.
“Andai saja saya boleh lari dari semua ni, kan bagus?” katanya, seakan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin tertunai. Aqua tersenyum kemudian masuk semula ke dalam bilik. Pintu beranda ditutup dari dalam.


*****

            Hari sudah gelap, kelihatan sebuah restoran pasta masih lagi belum menutup kedai. Puan Newlina mundar-mandir di hadapan kaunter. Encik Zurdi yang sedang mengira duit sesekali memandang isterinya. Cermin mata diturunkan ke batang hidung agar lebih jelas melihat isterinya.
            “Mama, sudahlah tu. Sekejap lagi baliklah dia,” kata Encik Zurdi seakan faham perasaan isterinya yang sedang gundah. Puan Newlina menghampiri suaminya.
            “Papa rasa Aura takda apa-apa, kan?” soalnya sedikit risau.
            “Memanglah, diakan anak mama. Siapa yang berani dengan Aura,” Encik Zurdi berseloroh.
            “Ish! Papa ni, papa tak risaukah? Dah lebih jam 8 ni, dia belum balik lagi. Kalau ada apa-apa terjadi dengan dia macam mana. Malam-malam begini bahaya tau,” Puan Newlina meluahkan kerisauannya. Memang selalu anak gadisnya itu pulang lewat tapi tidak selewat itu. Itu yang membuatkan dia risau.
            “Hm, papa rasa papa tau Aura pergi mana,”
            “Mana?” Puan Newlina pantas bertanya.


            “Kak, kak! Cepat lari, mama datang!” Alfa yang baru saja mahu keluar masuk semula dalam keadaan berteriak. Aura yang sedang berada di atas gelanggang karate itu terpinga-pinga mencari tempat bersembunyi selepas mendengar jeritan adiknya.
            “Aura!” Puan Newlina muncul di bilik itu dengan kayu besball di tangan. Penghuni-penghuni yang sedang bertarung antara satu sama lain pantas duduk melutut, ketakutan melihat Puan Newlina yang bengis. Ada yang mahu melarikan diri tapi pantas dicegah oleh kawan yang duduk bersebelahan dengannya. Alfa ikut serta duduk di kelompok itu.
            “Aura mana?” soalnya, keras. Mereka semua berdiam diri. Mereka takut kerana mereka salah. Mereka salah apabila membenarkan Aura masuk ke pusat latihan karate itu. Puan Newlina sudah memberitahu mereka agar mencegah Aura daripada masuk walauapa pun yang terjadi, tapi mereka melanggar kata-katanya.
            “Alfa, mari sini,” panggil Puan Newlina. Glup! Alfa menelan liur. Bibirnya sudah pucat mengalahkan mayat. Perlahan-lahan dia bangkit mendekati ibunya. Sebaik saja Alfa dekat dengannya, telinga itu segera dipulas kuat. Alfa menjerit kesakitan. Yang lain sudah berkerut, seperti mereka turut berasa sakit.
            “Aura, kau nak adik kau ni nangis?” soal Puan Newlina seakan mengumpan Aura untuk keluar dari tempat persembunyiaannya. Aura yang berada di dalam loker sudah menggigit bibir. Ibunya tahu kelemahannya.
            “Keluar atau Alfa jadi mangsa,” Suara ibunya kedengaran lagi.
            “Kakak, please. Sakit!” Aura segera menekup mulutnya apabila terdengar aduan dari Alfa. Aura mendengus. Pintu loker segera ditolak, Aura keluar. Telinga Alfa yang kian memerah dilepaskan. Alfa segera melarikan diri keluar dari pusat latihan itu sambil mengusap-usap telinganya.
            “Kamu semua keluar,” arahnya. Perlahan tapi cukup menyengat di cuping telinga mereka. Berpusu-pusu keluar dari pusat tersebut. Kelihatan Encik Zurdi dan Alfa menonton dari luar.

            Suasana tiba-tiba menjadi sunyi, hanya mata yang bertatapan masing-masing berperang dengan perasaan. Tiba-tiba Puan Newlina meletakkan batang basball di tangannya. Aura mengerut kening.
            “Kau nak main karate sangat,kan? Sini mama jadi lawan kau,” katanya sambil menyinsing lengan bajunya sehingga ke siku.
            “Ma?” Aura seakan tidak percaya.
            “Kenapa? Tak percaya mama pandai karate? Kau nak sangat,kan?” Puan Newlina menapak ke depan, Aura pula mengundur.
            “Mama, tak mungkin Aura lawan mama Aura sendiri,”
            “Kalau begitu kenapa lawan cakap mama? Kenapa masih nak masuk sini walaupun mama dah larang? Bukan itu maksudnya Aura nak melawan mama?”
            “Mama, Aura ada keinginan Aura sendiri okey. Aura suka karate, Aura suka volleyball. Apa Aura buat semua tak kena pada mama,” rungutnya.
            “Volleyball mama tak kisah, tapi karate? Aura, karate untuk lelaki saja tau. Kau tu perempuan, mama nak Aura jadi perempuan,”
            “Siapa cakap karate untuk lelaki saja? Perempuanlah yang perlukan semua tu sebab diorang perlu mempertahankan diri diorang sendiri,”
            “Mempertahankan diri dari siapa? Aura saja yang takut tak tentu pasal!” bentak Puan Newlina. Aura terdiam. Suasana kembali hangat. Sehangat perdebatan mereka anak-beranak. Puan Newlina mendekati Aura.
            “Aura, mama risau dengan Aura. Mama tak nak Aura terluka, semua ni bahaya,” semakin lembut tutur bicara Puan Newlina. Aura mengeluh kecil.
            “Kalau Aura nak juga?” Aura memandang ibunya. Wajah Puan Newlina kembali serius.
            “Kalau begitu, Aura perlu berhadapan dengan mama dulu,” Aura mendengus sambil menjauhi ibunya.
            “Ma..”
            “Mama buat semua ni untuk kebaikan Aura, tolonglah hentikan semua ni. Mama merayu!” jantung Aura serta-merta berdegup kencang apabila ibunya melutut dihadapannya. Dia langsung tidak boleh berkata apa-apa. Encik Zurdi dan Alfa yang masih berada di luar turut terkejut melihat Puan Newlina melutut. Sesuatu yang belum pernah terjadi seumur hidup mereka.
            Aura segera meluru kearah ibunya.
            “Ma, maafkan Aura ma...” tubuh ibunya segera dipeluk. Dia berasa sungguh bersalah apabila dia sendiri yang membuatkan ibunya melutut merayu.
            “Aura…dengarlah cakap mama, mama buat semua ni untuk kebaikan Aura. Dengar cakap mama, ya?” Puan Newlina membalas pelukan anaknya. Rambut Aura diusap. Aura mengangguk.
            “Eya ma..Aura janji, Aura akan tinggalkan karate,” walaupun hatinya berat untuk mengatakan itu, dia kuatkan juga semangatnya. Dia tidak mahu lagi melihat ibunya itu melutut. Terlalu perit untuk ditelan.
            “Ha, beginilah baru anak-beranak!” tiba-tiba Encik Zurdi dan Alfa masuk ke dalam. Puan Newlina dan Aura serentak berdiri. Aura mengesat air matanya yang sedikit. Alfa memaut bahu kakaknya.
            “Kan bagus kalau dari dulu mama guna teknik tu untuk pujuk Aura?” Encik Zurdi menyakat.
            “Papa ni, sudahlah. Yang penting Aura dah janji. Mama percaya, Aura akan kotakan janjinya, kan Aura?” Puan newlina memandang Aura. Aura mengangguk sekali dengan senyuman terpamer.
            “Papa, jom balik. Alfa lapar ni,” rengek Alfa pula sambil mengusap perutnya.
            “Ah’ah..marilah balik,” mereka sudah mula melangkah tetapi Aura masih di situ. Terasa berat kakinya untuk melangkah.
            “Aura?” panggil Puan Newlina. Encik Zurdi pantas menggeleng dan menarik isterinya itu keluar. Dia faham bagaimana perasaan Aura saat itu. Dia perlu bersendirian. Aura mengeluh. Dia menatap lama di setiap pejuru. Selepas dia keluar dari tempat itu, dia takkan jejakkan kali lagi di sana.
            Selepas mengemaskan barang-barangnya, batang basball milik Alfa dipungut dan keluar dari pusat latihan itu. Sebelum meneruskan perjalannya, papan tanda yang ada di atas bangunan di pandang. Selamat tinggal Karate. Hati Aura berbisik.
            Aura terus berjalan, tapi tidak terus balik ke rumahnya. Saat itu dia perlukan teman untuk berbicara. Dia perlu mencari Dave. Namun langkahnya mati saat teringatkan kedinginan hubungannya dengan Dave. Dia mengeluh lagi. Saat dia perlukan teman, saat itulah dia keseorangan. Aura duduk di pembahagi jalan lalu mendongak ke atas langit. Matanya lurus memandang ke bulan.
            “Kalau saja aku boleh ubah semuanya,” Aura menekup mukanya dengan beg sandang.


***************************************************************


p/s: tolong bagi pendapat ya! Enjoy reading!

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wah okie...
    mmg lain dr dulu...
    hihihi..

    ReplyDelete
  3. name kite lily..

    oke fine..lily da abes bace..so which mean h2o new version tade kene mengene lgsong la dengan h2o lame tu..oke oke..lily paham..well gud luck okie..kaly ni abeskan bebetol yer...pleeeeease??

    ReplyDelete
  4. best n3 nie..
    mmg h2o yg nie len terus dr yg asal..
    sambung sampa abis, kay?

    ReplyDelete
  5. kak.. H2O baru ke nieyh??? ok kowt... sb baru yg 1st.. habeskan ye.. jgn mcm dulu.. frust gyler ta dapat bce smpai abes... T-T

    ReplyDelete
  6. best betul laah :D .. sambung tau,sampaii epi terakhir ..haha ;D
    -meraahjambuu

    ReplyDelete
  7. hrummm blh thn... so h2o nie x kene mengena ngan yg dulu kan???
    sambung k.. chayok2..:)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.