Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 November, 2010

Petal 10 : Collaboration



Collaboration




            “EH, MAK CIK!! kayu ukiran yang sudah hampir siap itu serta-merta terjatuh dari tangannya apabila Kyle menyergahnya dari belakang. Tubuhnya mengeras buat seketika. Terdengar derap langkah yang kuat dan laju mendekatinya. Tidak semana-mana, tubuh Regina menghadap Kyle dengan kasar. Lengan Regina dipegang ketat.
            “Kyle, sakit!” rintih Regina sambil meronta kesakitan.
            “Siapa suruh kau masuk bilik aku, huh?!” tengking Kyle lantas melontarkan badan Regina ke katil. Lutut Regina yang belum sembuh sepenuhnya terasa sakit semula. Dia mengusap kedua-dua lengannya.
            “Aku cuma nak cari alat aja. Aku ingat bilik kau ada alat mengukir,” jawab Regina. Mata Kyle masih tajam merenungnya.
            “Ingat bilik aku ni stor apa? Kalau nak cari alat mengukir, pergilah cari dekat stor, yang kau masuk bilik aku kenapa?” bentaknya lagi. Kayu yang terjatuh dari tangan Regina tadi segera dikutip dan langsung di simpan di dalam laci meja belajarnya.
            “Keluar!” keras suara Kyle. Regina mendengus.
            “Kau ni memang tak beradab! Kau seharusnya hormat aku, aku ni lebih tua dari kau!” balas Regina. Ini semua salah kau juga Regina, yang kau pergi masuk bilik dia kenapa? Ada sedikit kekesalan dihatinya.
            “Hormat?” ajuk Kyle sambil mendekati Regina perlahan-lahan. Regina menelan liur. Dia tiba-tiba merasa germuruh.
            “Ka..kau..nak buat apa?” soalnya gugup. Dia berudur mendekati dinding sementara Kyle sudah pun berada diatas katil dan sedang mendekatinya.
            “Kau nak aku hormat kau? Kau masuk bilik aku itu bermakna kau sedang menyerahkan segala-galanya kepada aku, bukan begitu Cik Regina?” mata Kyle tajam menusuk matanya. Jantung Regina semakin laju berdegup. Dia merapatkan lagi tubuhnya ke dinding, memberi sedikit ruang antara wajahnya dengan Kyle.
            “Jangan!” kata Regina seakan merayu. Tangannya segera memeluk tubuh. Kyle tergelak lantas turun dari katil itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Ini baru amaran, sekali lagi kau masuk tanpa kebenaran aku. Aku tak boleh jamin apa yang akan jadi nanti. Keluar!” katanya. Regina pantas memandang Kyle. Terasa maruhanya baru saja dipijak-pijak oleh Kyle. Tanpa disedari, air mata menitis dipipinya. Dia segera turun dari katil dan terus beredar.  
            “Kau bodoh Regina! Kenapa kau boleh menangis depan dia? Bodoh!” sumpahnya kepada dirinya sendiri sejurus dia memasuki biliknya. Dia memandang lututnya yang masih berbalut. Kalau lutut aku tak sakit macam ni, dah lama aku belasah kau! Dengus hatinya.
            Dia menghampiri meja kerja ibunya lantas melabuhkan punggung. Laci meja ditarik. Di dalam laci tersebut terdapat beberapa jenis ukuran kayu yang sudah siap sepenuhnya. Satu-persatu dikeluarkan dari meja. Ada 3 buah semuanya. Kotal kayu yang terukir rama-rama diatas penutupnya dan sebuah patung malaikat yang hanya bersayap satu. Satu lagi berbentuk segi empat dengan ukiran tebuk tembus berbentuk bunga daisy. 
            Regina mengusap ukiran-ukiran itu. Macam manalah agaknya muka mama? Pelik..bilik ni langsung takda gambar mama. Entah-entah, aunty buang? Regina mula berperasangka buruk. Sejak dia menjejakkan kaki dirumah itu, tiada sekeping gambar pun yang ada di bilik itu.
            Regina tersentak apabila pintu biliknya diketuk. Tanpa diminta masuk, Puan Kastina terus menguak daun pintu dan melangkah masuk. Di tangannya ada sebuah beg kecil yang berwarna kelabu yang sudah usang. Puan Kastina menghampiri Regina lalu melabuh punggung dimeja solek berhampirannya.
            “Nah!” beg usang itu dihulurkan kepada Regina. Regina mengerutkan kening.
            “Apa ni?” soalnya tanpa menyambut huluran tersebut.
            “Ini alat-alat mengukir mama Jina, dah lama aunty simpan diatas loteng. Ingatkan alat-alat ni dah takda gunanya lagi, jadi Jina gunalah,” kata Puan Kastina. Regina tiba-tiba berasa sebak. Perlahan-lahan beg kecil itu diambil dari tangan Puan Kastina.
            “Terima kasih aunty,” ucapnya tanpa sedar. Puan Kastina tersenyum. Misi pertama, selesai!
            “Sama-sama,” balasnya pula.
            “Oya! Kenapa bilik ni langsung takda gambar mama?” soal Regina pula.
            “Gambar-gambar ibu kamu ada, tapi tersimpan atas loteng. Nanti aunty ambilkan untuk Jina, SELEPAS Jina dapat gaji pertama Jina,” jawab Puan kastina pula, perkataan selepas ditekankan. Regina menunjukkan muka tidak puas hati.
            “Aunty ni, tak bolehkah bagi aja pada Jina? Nak dapat gaji, ada sebulan lagi,”
            “Kalau begitu tunggulah. Sabar. Masa tu akan tiba juga,” kata Puan Kastina bersahaja lantas berdiri dan terus beredar. Regina mendengus perlahan. Memang tak adil!

*****
           
            SUDAH tiga hari berlalu semenjak kejadian itu. Kaki Regina pun sudah semakin pulih. Dalam tiga hari itu juga, Regina dan Kyle langsung tidak bertegus sapa. Mereka lebih rela mendiamkan diri daripada bersua muka. Kyle membuat halnya sendiri dengan berkurung dibiliknya manakala, Regina pula tidak suka berkurung dibilik maka dia lebih senang duduk diluar kedai sambil mengukir kayu. Banyak juga orang-orang kampung yang singgah sebentar untuk melihatnya mengukir kayu.
            “Berapa harga kotak ni kalau dah siap nanti?” soal seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan itu. Dia berhenti sebentar kerana tertarik dengan ukiran tangan Regina. Kotak berbentuk hati sebesar kotak penyimpan aksesori.
            “Ini bukan untuk dijual,” kata Regina sambil menarik kotak itu dekat dengannya. Macamlah wanita itu mahu merebut kotak itu daripadanya. Puan Kastina memerhati dari luar. Regina pantas mengemaskan peralatannya dan segera masuk ke dalam. Wanita yang berdiri ditepinya tidak sempat menghalang Regina. Puan Kastina mengerutkan kening. Budak nilah, tak tahukah dia boleh buat duit kalau dia jual kotaknya itu?
            Puan Kastina segera keluar dan mendapatkan wanita itu.
            “Maaflah, Suti. Budak tu memang begitu, dia tak suka bergaul dengan orang lain. Tapi kalau kau berkeras nakkan kotak ukirannya tu aku boleh bercakap dengannya, macam mana?” cadang Puan Kastina kepada wanita sekampungnya itu. Suti atau nama penuhnya Surti. Surti ketawa.
            “Ah, cantik betul ukirannya tu. Tapikan, aku rasa aku macam pernah nampak budak tulah. Anak siapa?” soal Surti.
            “Anak Helle, bapanya hantar di sini beberpa minggu yang lalu,”
            “Oo..jadi dia tu anak orang kayalah. Selesakah dia tinggal disini?” soal Surti pula.
            “Selesa tak selesa, nak buat macam mana. Dah tanggungjawab aku nak buat dia selesa disini,”
            “Hm..cerita pasal budak tu. Aku ada dengar orang cakap yang budak tu angkuh dan sombong, betulkah?” soal Surti meminta kepastian.
            “Dari mana kau dengar? Ini mesti dari si Neha ni,” kata Puan Kastina membuat kesimpulan sendiri. Surti terkeheh-keheh ketawa.
            “Dia tu tak sombong, cuma si Neha tu yang tak sukakan anak buah aku, kan dia memang tak suka Helle dari dulu,” Puan Kastina cuba membela Regina. Surti mengangguk-angguk, seakan menyokong penjelasan Puan Kastina.
            “Eyalah kan..Neha tu memang tak pernah lupa dendamnya pada Helle,”
            “Kalau macam tu, kau pujuk-pujuklah budah tu supaya dia nak jual kotak tu pada aku. Aku sanggup bayar berapa saja, ya?” sambung Surti.
            “Ah yalah,” jawab Puan Kastina sepatah. Perbualan mereka tamat disitu. Puan Kastina masuk semula kedalam manakala Surti menyambung perjalannanya tadi. Tidak lama kemudian, Kyle pula melangkah masuk. Baru saja pulang dari sekolahnya.
            “Eh, Kyle. Kyle nak tahu tak?” Puan Kastina teruja.
            “Nak tahu apa nek?” soal Kyle sambil meletakkan beg sandangnya diatas meja makan. Dia berlalu ke peti sejuk. Puan Kastina mengejarnya. Nampak seperti wajahnya ceria semacam aja.
            “Ni, tadi si Suti tu nampak Jina menukir diluar dan dia nakkan ukiran Jina tu. Apa pendapat Kyle?”
            “Apa kena-mengena dengan Kyle pula?”
            “Tak. Kyle tak rasa kah ukiran Regina tu dah cukup bagus sampaikan boleh menarik perhatian orang ramai. Pertama kali Regina mengukir diluar dah ramai yang berminat dengan ukirannya itu. Rasanyakan, kita boleh buat bisnes dengan ukirannya tu, kan?” Puan Kastina mengeluarkan buah fikirannya.
            “Nek, nenek patut tanya perempuan tu. Itu kan hasil kerja dia, kenapa nak tanya Kyle pula? Kyle ni bukan cikgu dia,” jawab Kyle. Puan Kastina mengeluh kecil. Bilalah Kyle nak berbaik dengan Jina ni?
            “Kyle tak bolehkah nak berbaik dengan Jina?” soal Puan Kastina. Dia berharap sangat cucunya dan anak buahnya itu berbaik. Terasa rumah itu seperti rumah berhantu apabila mereka bertembung. Aura hitam menjalar disetiap sudut rumah kecil itu.
            “Nek, Kyle taknak ada apa-apa kaitan dengan dia, okey. Cukuplah Kyle terima dia tinggal disini. Lagipun, dia bukan nak benda yang sama seperti yang nenek nak, betul tak?”
            “Eyalah, tapi...”
            “Dahlah nek..baik nenek bercakap dengan dia sebab Kyle penat. Nak tidur!” kata Kyle mengelak daripada terus disoal. Beg sandanganya dicapai dan terus masuk ke biliknya. Puan Kastina hanya boleh menggeleng melihat sikap keras cucunya itu.
            Kyle tidak bersikap seperti itu apabila berjumpa dengan orang baru, hanya dengan Regina dia bersikap keras dan dingin. Puan Kastina sendiri tidak tahu apa punca utama Kyle bersikap seperti itu walaupun sudah 9 tahun mereka hidup bersama.
            Kyle sangat peramah, tidak sombong dan juga ringan tulang. Itulah sikap yang ditunjukkan Kyle pada kali pertama Puan Kastina melihatnya di rumah anak yatim 9 tahun yang lalu. Tapi satu yang pelik terjadi apabila dia bertemu dengan orang berada, sikapnya jadi lain. Sama seperti kali pertama dia dan Kyle berjumpa dengan Tuan Haritz, mahu saja Kyle membisu sepanjang perbicaraan mereka. Dia tidak sekalipun memandang wajah Tuan Haritz.
            Puan Kastina pula tidak berani bertanya, kerana setiap kali dia bertanya Kyle akan mengelak dan langsung tidak akan keluar dari biliknya. Lebih baik dia mendiamkan diri dan menunggu Kyle sendiri yang membuka mulut. Samalah seperti kejadian Regina. Regina anak orang kaya yang terpaksa tinggal disitu, ditambah lagi dengan sikap Regina yang memilih semasa makan. Mahu saja Kyle makan didalam biliknya.

          PINTU bilik Kyle diketuk. Kunci di tangannya dimain-main sementara pintu itu terbuka. Puan kastina menarik nafas panjang, lalu menghembusnya. Pintu terbuka.
            “Nah!” segugus kunci disuakan ke wajah Kyle. Kyle mengundur sambil menyambut kunci tersebut.
            “Ini kan kunci bilik bawah tanah?” soalnya. Puan Kastina tersenyum.
            “Ya, nenek nak kamu berdua bersihkan bilik bawah tanah tu, lagipun kaki Jina dan semakin sembuh dan Kyle pula cuti seminggu, jadi kamu ada masa nak bersihkan bilik bawah tanah tu” hampir sesak nafas Kyle mendengar idea neneknya itu.
            “No way! Nek?” Kyle terus masuk kebiliknya berserta dengusan. Puan Kastina menyusul.
            “Nek, tolonglah jangan buat Kyle macam ni. Kyle taknak!” Kyle menentang sepenuhnya. Aku dahlah alergik dengan mak cik tu, okeylah nak berkerjasama tapi kalau bersihkan bilik bawah tanah sama-sama? Chickenpok aku!
            “Alah..anggap saja ini pertolongan nenek, ya? Kyle takkan ingkar kan?” kata Puan Kastina sambil menunjukkan matanya yang bercahaya.
            “Nek…” Puan Kastina mengangkat jari telunjuk lalu mengoyang-goyangkannya ke kiri kanan. Kyle pantas terdiam.
            “Nenek dah cakap dengan Jina, dan dia pun setuju. Kalau Jina boleh setuju takkan Kyle tak boleh, kan? Nenek harap, dengan cara ini hubungan kamu akan bertambah baik. Nenek keluar dulu,” kata Puan KAstina lagi sebelum beredar. Kyle langsung tidak boleh bercakap. Suaranya seakan tersekat dikotak suaranya. Tapi yang pasti, telinganya sudah merah padam menahan geram.

*****

            “APA? Bersihakan bilik bawah tanah? Aunty ni dah tak betulkah?” marah Regina tanpa penapis. Puan Kastina memandang Regina. Ini lagi satu budak ni, cakap main lepas aja! Marahnya dalam hati. Tapi, memandangkan dia sudah sedia maklum dengan sikap anak buahnya itu dia diamkan saja.
            “Jadi ka nisi satu peluang untuk berbaik dengan Kyle. Jina tak tertanya-tanyakah macam mana sikap Kyle bila Jina dah rapat nanti dengan dia?” pancing Puan Kastina pula. Regina pantas menggeleng.
            “Tidak sama sekali. Jina langsung tak ingin nak berbaik dengan dia. Tak berbaloi pun!”
            “Jina!” nada Puan Kastina mengeras.
            “Aunty, tak bolehkah kami buat kerja ditempat masing-masing? Kan itu lebih elok, aman sikit,” cadang Regina pula. Puan Kastina pantas mengangkat tangan.
            “Kalau aunty dah cakap hitam, hitamlah! Jadi, kamu berdua kena ikut cakap aunty selagi kamu berlindung dirumah ni. Jangan takut, aunty dah pun bercakap dengan Kyle dan Kyle pun dah setuju. Jadi ini kesempatan kamu untuk berbaik, bolehkah?” kata Puan Kastina. Regina mengeluh, dalam hatinya dia masih punya banyak kata-kata untuk menentang mak ciknya itu tapi satu perkataan pun tak keluar.
            “Jina rehatlah sebab kamu akan mula berkerja esok, dan ingat bangun awal!” Puan Kastina memperingatkannya. Tanpa menunggu jawapan dari Regina, dia pun berdiri dan keluar dari bilik itu. Regina merebahkan tubuh dikatilnya. Bilik bawah tanah tu mesti berhabuk, bertikus, banyak labah-labah even anai-anai, macam mana dengan kulit aku yang aku jaga selama bertahun-tahun ni? Muka aku mesti berjerawat lepas ni!
            Tidak, aku perlu buat sesuatu!


****************************************** 
p/s: Hello~ enjoy your reading, feel free to comments!

2 comments:

  1. misteri btl la si kyle nie..
    aper agaknyer rahsia dia yek...
    xkn dia bcinta ngn regina kot???
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  2. tq for the comment.
    ada byk lg misteri selepas ini..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.