Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

18 November, 2010

Petal 11 : Perfect Two Part 1





Perfect Two



            BALUTAN dikaki Regina sudah boleh ditanggalkan. Kini dia sudah boleh bergerak bebas. Tidaklah dia perlu menyusakan Puan Kastina lagi untuk menukarkan balutan itu setiap hari. Selesai masalah tapi, datang pula masalah baru. Hari ini, dia dan Kyle akan membersihakn bilik bawah tanah. Bersama!
            Kalau boleh mahu saja dia lari dari rumah itu, dia asyik ditimpa malang saja selepas dia menjejakkan kakinya di rumah itu. Entah apa lagi yang menunggunya selepas ini, mungkin patah tangan? Patah kaki? Putus jari? Berdoa sajalah supaya tiada apa-apa berlaku.
            Regina mengeluh perlahan. Kain lap yang ada ditangannya itu dimainkan atas rak. Kyle yang berada tidak jauh dari Regina memerhati tingkahnya. Walaupun suasana bilik itu gelap dan ditemani dengan lempu mentol bercahaya oren yang tergantung di tengah-tengah bilik, Kyle masih dapat melihat wajah Regina yang sedang memikirkan sesuatu. Huh, menyesalah tu. Ingat dia saja yang menyesal?
            “Oi, makcik! Yang kau termenung panjang buat apa? Ingat aku ni banyak masa sangat nak dibuang bersama kau?” lamunan Regina mati saat Kyle menyergahnya dari belakang. Dia pantas berpaling.
            “Tak perlu panggil aku makcik okey? Aku tak tua sangat sampai kau perlu panggil aku makcik,” balas Regina.
            “Dah kau tu anak buah nenek, mestilah kau tu makcik! Itupun tak boleh fikir!” sindir Kyle. Regina mendengus. Dia berpaling semula.
            “Nasib baik kau ada kaitan darah dengan aku, kalau tak dah lama aku karate kau!” rungut Regina.
            “Apa kau bilang?” tapi Kyle yang dari jauh masih terdengar bisikannya. Regina menutup mulutnya. Berpura-pura seperti dia tidak berkata apa-apa. Regina mengeluh, sepertinya masih ada lagi yang menganggu fikirannya selain Kyle.
            “Bilalah diorang nak sampai ni? Takkan nak tunggu sampai rambut aku ni penuh dengan habuk kot,” rungutnya. Dia mengeluh lagi. Kyle yang sedari tadi memerhati tingkah Regina semakin hairan.
            “Jina!” tiba-tiba Puan Kastina muncul dimuka pintu. Regina dan Kyle serentak menghadap kearah pintu. Regina bingkas berdiri.
            “Tu, ada orang cari dekat luar,” serta-merta bibir Regina mengukir senyuman. Panjang. Dia pun berlari keluar meninggalkan Kyle sendirian di bilik itu. Kyle mendengus. Berani kau tinggalkan aku seorang? Ini mesti alasan taknak buat kerja! Rungutnya dalam hati. Seketika kemudian, dia pun keluar dari bilik itu bersama Puan Kastina.
            Sebaik tiba di pintu kedai, langkah Kyle mati. Matanya tertumpu pada sebuah kereta Ferrari berwarna kuning dengan tiga orang penumpang, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Lihat dari cara berpakaian mereka, mereka pasti kawan-kawan Regina. Pakaian mengalahkan model, malah mungkin juga mengalahkan seorang puteri. Rambut keriting ala-ala alicates berwarna coklat, baju berwarna warni-warni. Macam budak-budak pun ada…
            “Korang ada bawa apa yang aku minta?” soal Regina. Gadis yang duduk dibahagian belakang terus memberikan protective suit berwwarna silver dengan kasut boot berserta gas mask. Regina seolah-olah mahu mencipta sebiji bom dengan adanya sut kuning itu.
            “Sorrylah, kami sesat tadi. Jalannya teruk sangat, dahlah berhabuk!” rungut lelaki itu. Namanya James.
            “Kau memang ada bagitau kami yang kau akan pindah, tapi aku tak tahu pula kau pindah ditempat macam ni,” kata gadis yang ada disebelah James pula. Sunny namanya.
            “Dahlah, jangan nak ungkit. Okeylah, terima kasih untuk sut ni, and sorry guys,” mintanya pula.
            “It’s okey..kalau ada apa-apa lagi, call saja!” kata James.
            “Eh, kejap, kejap! Rei, siapa lelaki tinggi lampai tu?” kata Linda, gadis yang duduk dibelakang kereta. Semau pasang mata memandang kearah Kyle. Regina mengerut kening.
            “Dia tu anak buah aku. Kenapa? Berminat?” jawab Regina seakan faham dengan fikiran kawannya. James dan Sunny tergelak. Linda hanya tersenyum.
            Regina pantas menggeleng. “Lebih baik jangan, dia tu ada penyakit pelik, penyakit panas baran. Silap-silap kalau kau tackle dia, kau akan merana 25 jam sehari!” Regina memberi amaran. Linda kelihatan kecewa.
            “Dah, dah! Ada banyak lagi lelaki didunia ni.  Yang glamour, kaya. Bukan macam dia tu,” kata James pula. Regina terkedu mendegar kata-kata temannya.
            “Okeylah, kami balik dulu, ya? See you around!” kata James lagi.
            “Thanks guys. See ya!” Regina melambai-lambai saat mereka sudah ingin beredar. Setelah kereta itu hilang dari pandangan matanya, dia pun masuk ke dalam semula. Namun, sebaik ternampak Puan Kastina dan Kyle sedang berdiri dikaki pintu, langkahnya mati.
            “Apa kau nak buat dengan sut tu?” soal Puan Kastina.
            “Bilik tu berhabuk. Kang, muka aku berjerawat, rambut aku rosak. Aku juga yang susah!” katanya sambil menyambung langkahnya. Kyle tergelak seakan mengejek.
            “Kau boleh tahan, kah? Dalam tu panas, kalau kau pakai sut tu lagi, kau tak rasa yang kau ni pendek akal?” kata Kyle, pendek.
            “Suka hati akulah, yang penting aku boleh jaga muka aku!” dengus Regina lantas meluru masuk terus ke bilik bawah tanah.
            “Kau kena Heat Stroke jangan susahkan aku pula!” sempat Kyle menjerit dari tempatnya tapi Regina pekakan telinga.
            “Kyle, tak baik cakap macam tu!” tegur Puan Kastina. Ia seakan mengharapkan perkara buruk menimpa Regina.
            “Ah, biarlah! Itu pengajaran buat dia,” jawab Kyle pula lantas meninggalkan Puan Kastina. Puan Kastina hanya bisa menggeleng melihat sikap Kyle dengan Regina yang bagaikan tikus dan kucing.

*****

            PRANG!
“Tikus!!” pasu bunga  yang dipenuhi dengan habuk itu pecah berkecai atas lantai sejurus ternampak seekor tikus besar berlari dibawah kakinya. Regina pantas menggengam kedua-dua tangannya apabila Kyle sudah memandang tajam kearahnya. Mampus!
            “Kau ingat pasu tu kau punya? Setakat tikus nak takut, belum lagi ular!” bentak Kyle. Kali ini marahnya sudah tidak tertanggung lagi. Dia masih boleh bertahan jika setakat satu pasu yang dia pecahkan, tapi dah masuk tiga buah. Nak kata gelabah sangat, nampak normal pula.
            “Ingat kau kaya kau boleh suka hati aja lepaskan pasu tu?” kata Kyle. Kening Regina sudah membentuk V. Setiap kali Kyle mahu menyerang dia mesti dia menggunakan perkataan ‘kaya’. Bukan aku sengaja nak pecahkan pasu tu, dah terkejut apa-apa pun boleh terlepas! Regina sekadar menjawab dalam hati.
            “Inilah masalahnya kalau kau pakai sut tu, semua benda kau tak boleh buat!” sambung pula.
            “Sorry...” pintanya perlahan. Tapi aku perlu jaga kecantikan muka aku? Sambung pula dalam hati. Kyle hanya mengeluh kecil.
            “Kalau luar aja cantik tapi didalam buruk, tak guna juga,” gumam Kyle. Bagaikan boleh membaca fikiran Regina.
            “Bersihakan tu, kalau aku terpijak kaca tu, aku yang susah. Kau tu takpalah ada boot!” kata Kyle lagi. Regina menjadi pelik. Tak pernah-pernah Kyle membebel seperti itu. Membebel mengalahkan aunty! Mungkin sebab bilik bawah tanah yang panas buat dia membebel? Hmm… pelik!
            Regina terus mengambil penyapu dan penyeduk sampah yang berada dibelakang pintu. Sambil berjalan dia menyentuh-nyentuh lehernya. Tubuhnya didalam sut semakin membahang. Tekaknya sudah mula kering.
            Kaca yang berkecai atas lantai itu disapu bersih lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah. Setelah itu, kotak-kotak yang bertimbun yang ada disudut bilik pula dihampiri. Satu-persatu kotak itu disusun kedalam rak yang sudah di bersihkannya tadi. Bilik itu dikelilingi dengan rak buku yang mempunyai tiga tingkat dan semuanya berisi barang-barang yang sudah tidak berguna.
            Rak-rak itu dibahagikan kepada dua, setangah dibersihkan oleh Regina, setengah lagi dibersihkan oleh Kyle. Itu saja cara mereka agar tidak berdiri ditempat yang sama.
            Kyle yang berada disatu sudat lagi, melihat gerak-geri Regina. Dia tahu, gadis itu sudah mula kepanasan. Sedangkan dia, belakangnya sudah menitiskan air peluh, bahkan kalau diperah sudah tentu sebeldi penuh dengan peluhnya. Makcik ni sanggup buat apa saja asalkan mukanya terjaga? Perempuan, perempuan…
            Regina menghembus nafas berat. Baru saja 30 minit dia memakai sut itu, dia sudah mula pening. Tekaknya terasa mual. Dia cepat-cepat mengambil tempat di meja yang terletak ditengah-tengah bilik itu. Gas mask terus dibuka dari kepala dan mengambil nafas sebanyak yang boleh. Botol air yang berada diatas meja terus dituang ke dalam gelas dan diteguk sekali gus. Kyle memandang Regina. Meja dihampiri.
            “Aku sarankan, lebih baik kau buka sut tu. Kau kena heat stroke aku taknak tanggung apa-apa. Nanti jadi macam hari itu lagi,” kata Kyle. Prihatin. Prihatin? Dia saja tidak mahu disusahkan oleh Regina. Regina hanya memuncungkan mulut. Memang pun kau tak peduli. Getus hatinya.
            “Yalah…” mahu tidak mahu, dia iyakan juga. Kata-kata Kyle ada betulnya. Kalau dia pengsan disebabkan terlalu panas, yang susah Puan Kastina juga. Dia bingkas bangkit dan berdiri membelakangi Kyle. Kyle mengerutkan kening.
            “Tolong buka zip,” katanya. Kyle dengan hati yang berat menurut juga. At lease, dia cakap tolong. Sut dilipat dan diletakkan atas meja berdekatan dengan gas mask.
           
            Tiga jam kemudian…

            PUAN Kastina yang sedang menatang dulang berisi dua biji mangkuk besar melangkah masuk kedalam bilik bawah tanah.
            “Kyle, Jina berhenti dulu, makan ni,” kata Puan Kastina sambil meletakkan dulang tersebut ke atas meja. Kyle dan Regina terus berhenti berkerja dan melabuhkan punggung. Wajah Regina kelihatan gembiara apabila makciknya itu masuk membawa makanan, tetapi setelah melihat makanan tersebut dia tiba-tiba menjadi tidak bersemakngat. Mi segera?
            “Ha, kau kenapa Jina?” soal Puan Kastina sejurus menyedari perubahan wajah Regina. Kyle yang sudah memulakan suapan memandang Regina.
            “Mi segera?” katanya.
            “Kalau kau taknak makan, sudah. Biar aku yang habiskan!” kata Kyle lantas mengangkat mangkuk itu, namun cepat-cepat Regina menahan.
            “Naa… takpa. Aa…aku makan!’ katanya teragak-agak. Kyle melepaskan tangannya.
            “Tapi, aku makan dekat luar, ya? Disini banyak habuk,” katanya pula. Puan Kastina sekadar mengangguk. Regina pun beredar membawa mangkuk itu.
            “Mungkin dia saja keluar sebab nak buang mi tu. Mentang-mentang makanan kampung!” kata Kyle terus membuat kesimpulan.
            “Ish, Kyle ni! Tak mungkinlah Jina nak buat begitu. Kalau dia memang taknak, kenapa dia tak biarkan Kyle ambil saja mangkuk dia?” kata Puan Kastina.
            “Tapi buktinya dia teragak-agak! Selalunya orang yang ragu-ragu ni tak ikhlas,” jawab Kyle pula.
            “Kalau betul apa yang Kyle cakap, kita tintai Jina sekarang,” kata Puan kastina pula. Untuk membuktikan sesuatu, kami perlu tengok sikap Regina depan mata. Kalau Kyle terus-terusan membuat kesimpulan, sampai bila-bila mereka tidak akan berbaik.
            Kyle dan Puan Kastina sudah berdiri dikaki pintu, menjenguk kearah meja di tempat Regina makan. Puan Kastina tersenyum apabila melihat Regina sedang makan mi segeranya dengan lahap. Dia mendongak ke atas, memandang Kyle. Kyle berdehem lantas balik semula ke tempatnya. Mi yang tertinggal tadi dimakan. Puan Kastina menyusul.
            “Kan nenek dah cakap, Kyle saja yang suka buat kesimpulan,” Kyle hilang kata-kata.
            “Kenapa Kyle susah sangat nak berbaik dengan Jina?” akhirnya soalan itu diutarakan juga kepada Kyle. Kyle berhenti menyuapkan mi itu ke mulutnya., tetapi tidak pula dia menjawab soalan neneknya.
            “Nenek terpaksa tanya juga walaupun Kyle tak suka, apa sebabnya? Dengan orang lain Kyle okey aja, dengan Mike, dengan Kris. Kenapa dengan Jina tak boleh?” tanya Puan Kastina lagi.
            “Sebab diorang tu kawan Kyle,” akhirnya dia menjawab.
            “Takkan Kyle dengan Jina tak boleh kawan? Nenek tengok prestasi Jina semakin baik, dah tahu berterima kasih. Kalau sebelum ni, jangan harap nak dengan semua tu dari mulut dia. Tapi tengok sekarang, dia dengarkan cakap Kyle bila Kyle suruh dia tanggalkan sut tu?” Kyle terus hilang selera. Hanya tangannya yang mengacau-ngacau mi itu dengan chopstick. Dia diam buat seketika.
            “Kyle nak rehat,” Kyle lantas berdiri dan pergi begitu, sahaja meninggalkan neneknya seorang dibilik itu. Puan Kastina yang agak terkejut dengan perubahan mendadak itu tidak dapat berkata-kata. Dia hanya memandang Kyle keluar dari bilik itu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.