Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

20 November, 2010

Petal 11 : Perfect Two Part 2



Perfect Two Part 2



            “Bam!Bam!Bam!”
            Pintu bilik Kyle ditumbuk dari luar.
            “Wei, kau nak aku kerja sorang diri, kah? Kau ni memang tak bertanggung jawab betullah!” bentak Regina dari luar. Puan Kastina sudah cemas. Dia menyuruh Regina untuk diam tapi Regina enggan. Sudahlah Puan Kastina baru saja membangkitkan isu sensitif  Kyle, Regina pula mahu menambahkan parah dihati Kyle.
            Kyle yang sudah tidak tahan, bangkit dari katil dan menguak pintu biliknya dengan kasar serentak itu kedua-dua bahu Regina dipaut ketat. Regina tersentak, serta-merta tubunya menjadi sejuk. Ditambah lagi dengan renungan Kyle yang seakan ingin membunuh.
            “Kalau kau taknak mati ditangan aku, diam dan berambus dari hidup aku!” keras nada Kyle. Serentak itu bahu Regina dilepaskan sehingga Regina terjatuh ke lantai.
            “Jina!” Puan Kastina pantas mendapatkan Regina.
            “Sakit!” rintih Regina lantas mula menangis. Sakit punggungnya menghentak lantai.         
            “Orang kaya semuanya sama saja! Semua gilakan duit!” bentak Kyle pula lantas mengorak langkah meninggalkan mereka dalam keadaan gerun.
            “Aunty, sakit!” adu Regina lagi sambil mengusap punggungnya.
            “Kan aunty dah larang Jina tadi, Jina taknak dengar,”
            “Tapi dia tu memang melampau, Jina ni perempuan, mana boleh dia layan Jina macam dia layan lelaki,” rungun Regina lagi. Air mata dikesat.
            “Sudahlah, bediri!” kata Puan Kastina sambil membantu Regina untuk bangun.
            “Kenapa dengan dia aunty?” soal Regina. Mereka melabuhkan punggung dimeja makan.
            “Mungkin sudah tiba masanya aunty beritahu siapa Kyle sebenarnya,” kata Puan Kastina. Hatinya sudah bersedia untuk memberitahu segala-galanya, cuma sebelum ini dia takut untuk memberitahu Regina kerana Regina berasal dari keluarga berada, dia takut Regina tidak mungkin menerima Kyle disitu. Tetapi setelah mengenali Regina selama beberapa minggu, dia sudah mengenali sedikit sebanyak tentang sikap Regina.
            “Apa dia?” tanya Regina ingin tahu. Dia terus mengubah posisi menghampiri Puan Kastina.

*****

            “Terima kasih sebab singgah, Cg. Hyde. Datang lagi!” kata penjaga kaunter itu dengan suara riang. Hyde tersenyum, mesra. Plastik yang ebrada dimeja diangkat.
            “Terima kasih,” ucapnya lalu beredar keluar. Hyde menghirup udara segar dipetang hari. Sudah la dia tidak keluar bersiar-siar. Selepas memegang jawatan Pengarah disekolah Tinggi Sinibulan Town, terlalu sibuk sehinggkan tidak mampu meluangkan masa untuk dirinya sendiri.
            “Kyle!” tiba-tiba terdengar suara jeritan dari arah belakangnya. Spontan, kakinya berhenti melangkah. Dia menoleh. Dari jauh dia melihat seorang gadis berambut  kembang sedang menoleh ke kiri dan kanan lagak seperti mencari kucing yang hilang.
            Entah kenapa fikirannya tertumpu kepada gadis itu. Matanya melekat kepada gadis tersebut. Semakin gadis itu hampir, semakin laju detak jantungnya. Seperti hari itu adalah hari yang ditunggu-tunggunya.
            “Rey…” nama itu terpacul dimulutnya. Regina berhenti melangkah apabila matanya menangkap sesusuk tubuh sedang berdiri tidak jauh darinya. Mata mereka bertaut. Suasana menjadi hening.
            Regina mengundur setapak kebelakang. Fikirnya tiba-tiba menjadi kosong. Jatungnya seakan berhenti berdegup seketika.
            “Hyde…” sebaris nama yang sudah hampir luput dari fikirannya. Regina tersedar. Dia lantas menoleh ingin melarikan diri namun tubuhnya pantas didakap dari belakang.
            “Aku ingat ini hanya mimpi, tapi bukan. Rey, I miss you!” luruh suara Hyde menutur kata. Regina lantas hilang kata-kata. Yang dia tahu, dia mahu lesap dari situ.
            “Lepaskan aku..kamu salah orang!” jawab Regina sambil menolak tangan Hyde yang melingkari bahunya, namun tangannya terlalu lemah untuk melepaskan diri dari Hyde.
            “Lepas!” suara Regina meninggi. Fikiranya lantas kembali normal, tangan Hyde ditolak kasar dan dia berjaya melepaskan diri dari Hyde.
            “Maafkan aku, aku tak boleh kawal diri aku,” pinta Hyde setelah tersedar dari kesilapannya. Dia hilang kawalan diri buat seketika. Regina merengus.Dia marah namun dalam masa yang sama dia mahu menangis.
            “Long time no see, Rey” Hyde terus mengubah suasana. Tangan dihulur. Senyuman terukir dibibir. Regina berfikir seketika. Jina, bukan ini yang kau nak selama ini? Bertemu semula dengan Hyde? Regina buntu, dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan, perlukah dia menyambut huluran itu, atau dia pergis aja dari situ tanpa bercakap dengannya?
            Lama-kelamaan, huluran itu disambut juga. “Hai!”
            “So, how’s life?”
            “Maaf, aku perlu pergi sekarang,” kata Regina segera meminta diri. Dia tidak mahu memulakan perbualan, kerana sebaik dia menjawab soalan lelaki itu dia tidak mungkin boleh berdiri lagi. Sesaat, Regina sudah hilang didepan matanya. Hyde kelihatan kecewa, lalu dia menoleh. Memandang langkah Regina yang semakin jauh darinya. Kemudian dia tersenyum. Macam mana kami boleh berjumpa disini? Dia tergelak pula. Takdir masih memihak kami lagi.

            “Kyle!” teriak Regina. Sudah berjam-jam dia mencari Kyle, tapi dia tetap tidak menjumpainya. Hari semakin petang. Awan sudah berubah menjadi kemerah-merahan. Tiba-tiba dia mematikan langkahnya. Teringat kembali peristiwa beberapa jam yang lalu. Macam mana boleh jumpa dia disini? Takkan semua ni cuma kebetulan? Takdir mahu mempermainkan aku sekali lagi? Tak boleh! Jina, fokus! Ingat misi utama kau, cari Kyle sampai dapat!
            Regina mengeluh lagi. Di mana lagi harus dia mencari Kyle. Kakinya sudah lenguh berlari sana sini. Dia tertanya-tanya juga, sejak bila dia mula risaukan lelaki yang berpenyakit ‘panas baran’ itu? Atau itu hanya rasa simpati setelah mendengar asal usul Kyle dari makciknya? Patutlah dia benci dengan orang seperti aku...
            Beberapa ketika kemudian,dia menyambung semula pencariannya. Dia tidak boleh berputus asa. Dia kini sedang mendaki bukit menuju ke Green House. Ada atau tiada, dia perlu mencuba.
            15 minit berlalu akhirnya sampai juga dia ke Green House. Serentak itu matanya disajikan dengan pemandangan senja, matahari berwarna oren menyelubingi tempat itu sambil cermin hijua dari Green House memancarkan cahaya.
            Regina mula mencari selepas puas menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Dia menuju ke belakang Green house, kerana dia tidak nampak pun bayang Kyle di situ.
            Regina memasuki Green House, dimana hanya pintu itu yang membolehkan dia sampai ke belakang. Entah kenapa, dia tiba-tiba berasa gemuruh. Seolah-olah dia merasa kehadiran Kyle. Dia menolak pintu Green House. Tepat firasatnya, Kyle benar-benar berada disitu.
            Kelihatan Kyle sedang duduk dibawah pokok sambil memandang kea rah matahari senja. Ada sebatang jalan dimana dikedua belah jalan tersebut ditumbuhi dengan bunga-bunga pelbagai warna.

            “Apa dia?” soal Regina ingin tahu lalu mengubah posisi mendekati Puan Kastina. Puan Kastina menarik nafas sebelum memulakan cerita.
            “Sebenarnya, Kyle bukan cucu kandung aunty,” Regina terkejut.
            “Apa maksud aunty dia bukan cucu kandung aunty?” Regina mahu tahu lebih banyak lagi.
            “Dulu, aunty berkerja di rumah kebajikan kanak-kanak, disitu aunty berjumpa dengan dia. Waktu tu umur Kyle baru saja 10 tahun. Kali pertama aunty berjumpa dengan dia, badan dia penuh dengan lebam. Sifat dia pada mulanya pendiam tapi lepas beberapa minggu dia jadi mesra malah mesra dengan semua orang di pusat itu. Semakin hari mengenali Kyle, aunty menjadi tertarik dengannya,”
            “Selepas dua bulan Kyle tinggal pusat itu, sepasang suami isteri datang mahu mengambil Kyle sebagai anak angkat,”
            “Kyle setuju tak?” soal Regina.
            Puan Kastina mengangguk. “Dia memang setuju, tapi tidak sampai sehari pasang itu hantar Kyle semula di pusat penjagaan,”
            “Kenapa?”
            “Pasangan itu tidak tahan dengan perangai Kyle, aunty pun tidak tahu diorang tak tahan pasal apa tapi menurut cerita yang aunty dengar dari kawan-kawan aunty, Kyle terus mengamuk bila tiba dirumah pasangan tu dan asyik menjerit ‘orang kaya tak guna, pentingkan diri sendiri’ katanya,”
            “Mungkin itu ada kena mengena dengan kisah silamnya kot. Aunty tahu kenapa dia buat begitu? Kenapa dia benci sangat dengan orang kaya?”
            “Aunty tak berani tanya. Sebab setiap kali aunty bertanya, Jina tengoklah kejadian tadi. Itu baru sikit,” jawabnya.
            “Lepas tu, apa jadi? Pihak puast kebajikan dah taknak jaga Kyle lagi?”
            “Mana boleh begitu, sudah tanggungjawab kami menjaga kanak-kanan.. Tapi yang peliknya, selepas beberapa hari sikap Kyle berubah normal, dia jadi mesra dengan semua orang tidak sama seperti yang pasangan itu cakap. Aunty dengan dia pun jadi rapat macam anak-beranak. Jadi, aunty pun ambil keputusan untuk mengambil Kyle sebagai anak angkat sebab tiada pasangan yang mampu menjaga Kyle. Kyle menjadi agresif bila dijaga oleh panjaga,”
            “Jadi apa yagg buat Kyle terima aunty?”
            “Mungkin sebab Kyle dah biasa dengan aunty,”
            “Tapi kenapa Kyle panggil aunty nenek? Bukankan dia patut panggil aunty, mama?”
            “Aunty tahu Regina pasti bertanya soalan ini. Kyle pernah cakap, dia tak nak mama, dia tak nak ada mama. Dia rela ada seorang nenek, sebab itu dia panggil aunty, nenek,”
            “Kenapa Kyle taknak mama, sedangkan Jina mati-mati nak mama,” keluh Regina.
            “Jina dengan Kyle sama, Cuma yang membezakan kamu ialah keluarga Kyle tinggalkan dia dipuast penjagaan kanak-kanan, sementara Jina ditinggalkan oleh mama Jina,” Regina terdiam, cuba mencerna kata-kata makciknya.
            “Kenapa aunty tak cakap dari awal?” soal Regina seakan kecewa.
            “Jina tengoklah perangai Jina masa pertama kali Jina bertemu dengan kami? Apa yang keluar dari mulut Jina tak lain tak bukan, duit dan papa. Penilaian aunty terhadap Jina masa tu ialah, Jina takkan terima orang yang tiada pertalian darah dengan Jina, sebab itu aunty takut nak bagi tau, takut Jina tak boleh terima Kyle,” Regina mengetap bibir. Buruk sangatkah aku dimata aunty sampai berfikiran seperti itu?
            “Jina nak jumpa Kyle!” kata Regina lantas bangkit. Puan Kastina terikut bangkit.
            “Nak buat apa? Jina tak takut Kyle apa-apakan Jina?”
            Regina menggeleng. “Jina tak takut. Jina dah sedar sekarang, selama Jina berada disini, Jina tak boleh biarkan Kyle terus-terusan berfikir yang Jina ni hanya nak duit semata-mata,”
            “Jina pasti Jina nak ni?” soal Puan Kastina. Regina mengangguk lantas memibta diri untuk berdedar.
           

            “Hai!” sapa Regina dari belakang. Lamunan Kyle terganggu, dia lantas memandang kiri. Wajahnya serta-merta berkerut.
            “Kau? Macam mana kau tak aku disini?” soalnya tidak senang. Dia bangkit. Regina tidak menjawab. Kyle mendengus lantas berlalu namun Regina pantas menghalang dengan mamaut hujung baju kamejanya.
            “Aku janji akan berubah, aku janji aku takkan mengadu minta papa dan duit lagi. Aku janji takkan menyusahkan kau lagi,” kata Regina. Kyle tersentak, terpana dan tergamam.
            “Apa kau nak sebenarnya?” soal Kyle.
            “Aku taknak keadaan yang tegang, aku penat. Kau tak penat asyik nak tengking dan marah aku?” Kyle menghadap Regina.
            “Mungkin kau lupa, tapi aku pernah cakap yang aku tak mungkin akan sukakan kau, dan itu maksudnya untuk selama-lamanya, kau faham?” sinis.
            “Aku faham dan aku ingat sangat. Tapi sampai bila, aku tak tak terus-terusan macam ni. Okey, aku minta maaf dari hati yang ikhlas kalau aku pernah menyakiti kau. Tapi kau tak boleh terus mengendahkan aku, aku perlu tengok aku sebab aku akan lama berada disini, tinggal sebumbung dengan kau. Aku janji akan berkelakuan baik, aku janji takkan menyusahkan kau dengan aunty lagi,” Kyle memandang anak mata Regina, mencari ketulusan kata-katanya. Kyle menggeleng, seolah-olah tidak percaya dengan Regina.
            “Apa yang terjadi? Kenapa kau tiba-tiba berubah?” tanya Kyle.
            “Takda apa-apa..aku cuma dan penat bertengkar dengan kau. Aku nak berbaik, boleh kan?” kata Regina lagi seakan merayu.
            “Bukan semudah itu, sekali aku bencikan seseorang aku akan terus membencinya sampai mati,” kata Kyle. Keras dan jelas malah tajam sehingga menusuk hati Regina. Mata Regina mula terasa panas, dia mengetap bibir. Lantas dia berpaling. Tidak ingin Kyle melihat air matanya menitis lagi. Kyle mengerut kening.
            “Wei!” Kyle menyentuh bahu Regina, tapi Regina menapis kasar.
            “Pergilah, aku akan ingat kata-kata kau sampai mati,” kata Regina cuba menahan sebak. Aku dah cuba berbaik dengan kau, aku dah cuba menerima kau dalam hidup aku Kyle. Tapi kenapa susah sangat untuk kau terima aku? Sebab aku kaya? Sebab aku tidak tahu berdikari? Kau silap, aku sudah puas mencuba tapi tiada siapa pun yang mahu menerima aku seperti kau sekarang. Jadi apa yang aku perlu buat, melutut? Tidak, 90 peratus dari harga diri aku sudah aku gadaikan untuk berbaik dengan kau dan 10 peratus lagi adalah untuk melindungi diri aku daripada terus terluka.

******************************************************

 p/s: sa tak tahu kenapa chap kali ni sad ending, sbb pd mulanya sa mau chap ni happy ending. Sa nak Kyle terima Regina tapi Kyle tolak Regina pula. Kenapa ah? Hehe..anyway, next chap nanti sa pastikan happy ending..hehe enjoy!

4 comments:

  1. alor...
    cian kat regina...
    kyle nie pn...
    tima jer la...
    x salah kan buat baik ngn org len...

    ReplyDelete
  2. tk sabar tggu smbungn.kiut la dorang 2.bila nk updat lg?hujung taun mmg bz.klau hold smpai taun dpan alahai aq plak yg bz hadap spm..cobaan.

    ReplyDelete
  3. saya akan cuba upload dalm bulan ni...sbb saya pn sibuk thn dpn..sa ada exam besar..hehe

    ReplyDelete
  4. dah tak ada sambungan lagi ke .....nak tahun ending cite ni... best sgt...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.