Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

07 November, 2010

Petal 9 : Satu Permulaan

Petal 9 :  Satu Permulaan



            “Awal balik? Kerja dah siap?” sebaik saja Regina melangkah masuk ke dalam kedai, Puan Kastina terus bertanya. Regina memuncungkan mulut.
            “Nek, bukan begitu. Kak Jina terjatuh tadi. Dia balik ni pun sebab Kris yang paksa, takut ada jangkitan kuman,” terang Crystal.Puan Kastina mengerut kening lantas keluar dari kaunter pembayaran. Lutut Regina yang berplaster kecil ditenung. Seluruh lutut Regina lebam membiru.
            “Bawa dia duduk,” arah Puan Kastina lalu menuju ke dalam. Crystal mengangguk lantas memapah Regina untuk duduk. Mata Regina segera meliar di serata tempat, takut ‘Tuan Muda’ itu ada di rumah. Itulah sebabnya Crystal terpaksa memaksa Regina untuk balik, dia tidak mahu pulang sekiranya Kyle ada di rumah. Lebih baik berada di hutan dengan kaki yang lebam daripada bertemu muka dengan lelaki itu.
            “Rasanya, kakak mesti tak dapat berkerja di Rumah Hijau tu, kan?” kata Crystal sambil melabuhkan punggung. Regina menghembus nafas perlahan. Ya, itu lebih baik…aku dapat cuti. Horry!! Dalam diam, terselit kegembiraan dihatinya. Terima kasihlah dengan lelaki garang tu.
            “Apa yang kau senyumkan?” tiba-tiba Puan Kastina muncul. Regina tersentak lantas senyumannya hilang. Crystal memandang Regina.
            “Takda apa,” jawabnya. Puan Kastina duduk bersebelahan dengannya sambil meletakkan kotak First Aid di atas meja.
            “Nenek, kalau begitu biar Kris balik dulu,ya?” Crystal meminta diri. Puan Kastina sekadar senyum tanda membenarkan dia untuk balik. Kemudian dia memandang pula Regina lalu menepuk pahanya. Regina tersentak.
            “Apa?”
            “Dari tadi aunty tak dengan Jina ucap terima kasih, dah cakap belum?” Crystal tergelak kecil mendengar kata-kata Puan Kastina.Regina hanya membenarkan matanya.
            “Takapa lah nenek, Kris ikhlas nak tolong dia,” kata Crystal cepat-cepat. Mahu menyedapkan hati Regina.
            “Kris balik dulu,” sambungnya pula lantas terus beredar sebelum Puan Kastina meminta apa-apa lagi dari Regina. Puan Kastina hanya memandang Regina dengan mata kecewa.
            “Kenapa tak balik terus kalau dah luka teruk sampai macam ni?” soal Puan Kastina sambil membuka plaster yang terlekat dilutut Regina. Regina sekadar mendiamkan diri. Puan Kastina menyapukan iodine di sekutar lututnya yang lebam. Riak wajah Regina langsung tidak menunjukkan kesakitan.
            “Kalau dah macam ni, apa yang kau boleh buat?” soal Puan Kastina.
            “Aku tak nak buat apa-apa,” jawab Regina bersahaja. Puan Kastina memandangnya lantas mengeluh.
            “Biarkan sajalah nenek. Kalau dia taknak buat apa-apa, jangan bagi dia makan. Biar dia kelaparan!” tiba-tiba muncul suara lelaki dari bilik Kyle. Regina tersentak melihat Kyle muncul dari kamar sambil bersandar di pintu. Di tangannya terdapat satu ukiran kayu yang belum siap sepenuhnya. Ukiran kayu itu ditiup sambil matanya memandang tajam kepada Regina.
            “Kyle!” marah Puan Kastina.
            “Kenapa? Betullah..jangan ingat boleh tinggal free di sini. Mungkin dia sengaja jatuh sebab nak elak buat kerja,” kata Kyle lagi. Regina mengetap bibir. Ingatkan takda, rupanya bersembunyi!
            “Kyle, masuk dalam! Biar nenek yang bercakap dengannya,” Kyle hanya tersenyum sinis lantas masuk semula ke dalam biliknya. Pintu dihempas agak kuat. Puan Kastina memandang Regina.
            “Jina, aunty nak Jina kerja bukan untuk bayar sewa di sini. Tapi itulah perjanjian antara aunty dan papa Jina. Kalau aunty tak bagi Jina apa-apa kerja, sampai bila-bila pun Jina tak boleh kembali pada papa. Jina hanya perlu kerja setahun saja di sini, lepas tu Jina boleh balik,” terang Puan Kastina. Regina mengeluh.
            “Macam mana Jina nak kerja kalau lelaki garang tu selalu nak sakitkan hati Jina. Jina dah ada semangat nak kerja tapi dia selalu nak jatuhkan semangat Jina. Kenapa dia benci sangat dengan Jina?” Regina mula mempersoalkan ketidakpuasan hatinya.
            “Dia baik sebenarnya cuma dia tak biasa dengan orang baru. Pasal Kyle, Jina tak perlulah risau biar aunty yang cakap dengan dia,”
            “Sekarang ni, aunty nak tanya. Ada apa-apa yang Jina boleh buat untuk gantikan kerja Jina di Rumah Hijau?” Regina berfikir. Dia teringat tentang kayu ukiran yang ada di bilik ibunya, sama seperti yang ada di tangan Kyle.
            “Em..boleh Jina tanya?” soalnya.
            “Apa dia?”
            “Em..mama dulu suka mengukir tak?” Puan Kastina kelihatan tersentak dengan soalan Regina, tapi dia cepat-cepat berkelakuan seperti biasa.
            “Ya, mama Jina memang suka mengukir. Macam mana Jina tahu?”
            “Jina nampak kayu yang diukir dalam bilik mama, semua cantik-cantik,”
            “Jadi, Jina nak mengukir? Pandaikah Jina?” Regina tersenyum. Walaupun dia tidak habis semesternya, dia percaya kerja itu adalah sesuatu yang ditakdirkan untuknya.
            “Sebenarnya, waktu masuk U dulu, Jina ambil kelas seni. Jadi, Jina tahu dalam ukur-mengukir ni,” Regina tersenyum.
            “Kalau begitu, Jina boleh kerja dengan Kyle,”
            “Huh? Kerja dengan dia? Taknaklah! Itu gali kubur sendiri namanya,” tempelek Regina.
            “Jina, kalau Jina nak hidup aman di rumah ni, berbaiklah dengan Kyle. Aunty percaya, walaupuan Kyle selalu cakap yang kasar-kasar tapi lama-lama mesti dia layan Jina dengan baik. Percayalah! Lagi pun Kyle expert dalam hal ukir-mengukir ni,” Regina kelihatan kecewa. Dia betul-betul tidak mahu berkerja sama dengan Kyle.
            “Jina taknak, biarlah Jina tak aman di sini, yang penting Jina tak perlu bercakap dengan dia,”
            “Tak! Sekali aunty cakap begitu, Jina perlu ikut!” Puan Kastina berkeras. Regina mengerutkan kening. Tadi baik-baik saja, tiba-tiba jadi keras pula. Pelik betullah keluarga ni. Dua kali lima aja dengan lelaki garang tu!
            “Tapi…”
            “Takda tapi-tapi!” pintas Puan Kastina lantas mengemas kotak First Aid itu lalu beredar. Regina mengeluh. Papa…kenapa perlu hantar Jina di rumah berhantu ni!

*****

            “Apa? Kerja dengan dia? No way!” bentak Kyle setelah mendengar cadangan Puan Kastina. Regina tergelak dalam hati. Tantang aunty, tantang dia habis-habisan. Lepas tu, aku tak perlu kerja dengan kau!
            “Kyle berani bantah nenek?” soal Puan Kastina berbaur ugutan. Kyle berdehem. Regina mengerut kening. Rasa takut mula menular. Jangan setuju!
            “Kyle tahukan apa yang nenek boleh buat kalau Kyle tak dengan cakap nenek?” Kyle masih diam. Dia berfikir sebenarnya. Dia tahu apa yang neneknya boleh lakukan jika kata-katanya tidak dipatuhi. Pernah sekali, dia bergaduh semasa di sekolah rendah dan dia dikurung selama seminggu kerana tidak mahu meminta maaf dengan budak lelaki yang dipukulnya. Dia hanya di beri makan sekali dalam dua hari dan air kosong. Neneknya itu tiada balas kasihan dalam mendidiknya. Tapi kali ini, dia nekad!
            “Kyle tak nak kerja dengan dia dan Kyle tak takut langsung degan ugutan nenek!” cabar Kyle. Puan Kastina terkesima.
            “Nenek tanya sekali lagi. Betul korang taknak kerja sama-sama?”
            “Ya! Keputusan muktamad!” serentak Regina dan Kyle menjawab. Kyle terus memandang Regina. Kalau dia juga tak nak, kami akan dikurung sama-sama dalam bilik bawah tanah!
            “Okey, kalau itu keputusan kamu!” kata Puan Kastina lantas berdiri dan masuk ke dalam biliknya.
            “Wei, kenapa kau jawab soalan nenek?” tanya Kyle dalam nada berbisik.
            “Mestilah, dah aku taknak kerja dengan kau,” jawabnya.
            “Bukan itu masalahnya sekarang. Kau nak kena hukum sekali dengan aku?” Regina kurang faham dengan maksud Kyle.
            “Maksud kau?”
            “Kamu berdua ikut saya!” kata Puan Kastina. Kyle menutup rapat matanya. Sekarang, aku terpaksa berkurung pula dengan dia! Nak kerja atau tak ni?
            “Nak pergi mana aunty?” soal Regina tidak tahu-menahu. Puan Kastina memalingkan tubuhnya.
            “Nak kurung kamulah, apa lagi?”
            “Kurung? Sebab?”
            “Okey…Kyle setuju. Kyle nak kerja dengan dia,” jawab Kyle tidak semana-mana. Dia berdiri lantas mendepani neneknya. Regina pantas memandang Kyle.
            “Aku tak nak kerja dengan kau!” tempelek Regina. Kyle menarik lengan Regina supaya dekat dengannya.
            “Kalau kau taknak dikurung dibilik bawah tanah selama seminggu, ikut aja cakap nenek!” Regina serta-merta menjadi takut mendegar kata-kata Kyle.
            “Huh? Betul ni? Aunty betul-betul akan kurung aku?” soalnya tidak percaya. Kyle mengangguk lantas melepaskan lengan Regina.
            “Okey, okey..Jina setuju, Jina setuju kerja dengan dia,” jawab Regina perlahan, takut. Puan Kastina tersenyum.
            “Bagus! Kalau begitu nenek tinggalkan kau, biar kamu berbincang sama-sama,” kata Puan Kastina puas hati. Dia masuk semula ke dalam biliknya. Kyle mengeluh berat sejurus saja pintu bilik neneknya tertutup rapat. Keptutsan yang baru saja dibuatnya seperti kata pepatah diluah mati emak, ditelan mati bapa. Dia terperangkap.
            Regina mengeluh perlahan. Dia sudah pernah masuk ke dalam bilik bawah tanah, walaupun hanya sesaat dia tidak mahu lagi masuk ke bilik untuk yang ke dua kalinya.
            “AKu cakap dengan kau, aku setuju kerja dengan kau sebab ugutan nenek. Jadi, aku taknak hubungan kita dekat sangat,” kata Kyle. Regina mendengus.
            “Kau ingat aku nak sangat kerja dengan kau? Palis-palis, jauh-jauh!” jawab Regina. Kyle memandangnya tajam.
            “Kalau kau taknak kerja, kau boleh tolak arahan nenek lepas tu boleh aku hidup aman selama seminggu!” Regina menjeling.
            “Tapi, nenak tu seriuskah nak kurung kalau tak ikut arahan dia?” soal Regina. Sekarang barulah dia faham dengan sifat-sifat keluarga ibunya itu.
            “Kau tak pernah hidup di tempat aku, kau tak tahu lagi macam mana perangai nenek. Jadi, jangan sesekali pernah ingkar arahan dia,” kata Kyle. Regina mengangguk-angguk. Tiba-tiba Kyle tersedar.
            “Kenapa aku boleh berbual dengan kau ni? Hish!” dengusnya lantas segera beredar. Regina hanya memndang Kyle dengan riak menyampah. Ingat aku nak sangat berbual dengan kau? Regina bingkas berdiri. Akibat tergesa-gesa, dia terlupa yang lututnya tercedera. Dia terduduk semula. Lututnya yang dibalut dengan bandage berdenyut-denyut dari dalam. Dia mengerutkan kening menahan sakit. Dia mengeluh lagi. Selama ini, dia tidak pernah mengeluh banyak kali seperti itu. Tiba-tiba dia teringat waktu-waktu indahnya membeli-bela bersama kawan-kawannya. Kalau saja bapanya itu tidak membuat perjanjian dengan Puan Kastina, sudah pasti dia sedang bersenag-lenang bersama kawannya.
            Setelah lama duduk di meja makan itu, dia pun berdiri dan menuju ke bliknya. Dengan kaki yang sakit, dia gagahkan dirinya untuk berjalan tanpa bantuan. Seperti yang Kyle selalu katakan kepadanya, hidup matinya ditanggung sendiri.

*************************************************
P/s: Hello~ wah..memang dah lama tak update White Rose, harap masih ada yang ingat WR..hehe..enjoy reading!

2 comments:

  1. ish quiries tul la saper si kyle nie...
    xkn adik si regina plak kot...
    huhuhu...
    smbg lg..smbg lg...

    ReplyDelete
  2. jan takut nursya, kyle bukan adik Regina..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.