Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 November, 2010

Substance 3 : The Destiny Call


The Destiny Call 



SUDAH seminggu kejadian dia melarikan diri berlalu. Ketakutan Puan Narisa menyebabkan dia jatuh sakit selama beberapa hari. Itulah salah satu kepelikan yang ada pada ibu Aqua, apabila dia sudah mulai takut terutamanya berkaitan dengan anaknya, dia akan jatuh sakit dan akan mengambil masa beberapa hari untuk sihat kembali. Kepalanya akan berpinar-pinar dan tidak boleh bangun dari katil. 
Aqua mengeluh kecil, terasa dirinya sangat bersalah apabila dia bertindak bodoh dengan melarikan diri. Dia hampir-hampir menyebabkan ibunya itu masuk hospital. Dia memandang ibunya yang terbaring atas katil. Wajah ibunya itu sudah kembali segar berbanding beberapa hari yang lalu, sangat tidak bermaya dan pucat.
“Mama, maafkan Aqua. Aqua salah!” tanpa disedarinya, dia mengucapkan kata-kata itu. Aqua menggengam erat tangan ibunya. 
“Sudahlah sayang. Mama okey. Mama dah sihat ni, lagi pun Aqua kan sudah minta maaf seminggu yang lalu?” kata-kata Aqua yang perlahan itu didengari oleh Puan Narisa. Aqua tersenyum. Puan Narisa bangun lalu menyandarkan belakangnya dikepala katil. 
“Tapi Aqua masih rasa Aqua ni sangat jahat. Aqua berani memberontak apabila mama dan uncle bertungkus-lumus mendidik Aqua,” 
“Bukan begitu sayang. Aqua tak salah, mama faham jauh disudut hati Aqua, ada tersimpan sesuatu iaitu kebebasan. Mama tahu Aqua mahu bebas dari sangkar besar ini, kan? Mama takkan pernah halang Aqua kalau Aqua nak bebas, terbanglah. Tapi, jangan lupa ini adalah rumah mati dan hidup Aqua, ya?” kata Puan Narisa. Aqua tertunduk. Dia mengakui kata-kata ibunya itu, tapi tegahkah dia meninggalkan ibunya yang tidak bersuami? Dia tidak mahu menjadi seperti bapanya yang terlalu mementingkan kerjaya daripada keluarga. Tapi siapa dia untuk menegur bapanya? Sedangkan dia dengan bapa pun tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi berbual mesra. 
“Taklah ma. Aqua takda niat pun nak buat macam tu. Itu cuma tindakan bodoh aja. Takkan ada lagi selepas ni, janji!” Aqua pantas mengangkat tangan. Puan Narisa tersenyum.
“Ada-ada saja Aqua ni. Mama tak kisah kalau Aqua nak pergi jalan-jalan yang penting Aqua boleh pulang sendiri,” perlahan-lahan senyuman berbunga terukir dibibir Aqua. Sudah lama dia mendambakan untuk keluar dari mansion itu. Bukan apa, mansion itu terlalu sunyi untuknya. Hanya pembantu rumah dan tukang-tukang yang tinggal di situ. Dia mahu sesuatu yang berbeza.
“Betul, ma? Aqua boleh keluar?” soalnya girang. Puan Narisa mengangguk mengiyakan.
 
“Tapi harus ditemani uncle, okey?” kata Puan Narisa. Aqua mengangguk beberapa kali. 
“Aqua pergi sekarang, ya?” dia bangkit. “Tapi, tak apakah Aqua tinggalkan mama dalam keadaan begini?” soalnya pula.
“Tak, mama dah sihat. Aqua tak perlu risau, Aqua pergilah. Hati-hati,ya?” Aqua mengangguk. Sebelum keluar dari kamar itu dia sempat mengucup kedua-dua pipi ibunya. 

*****

            “Aura!” Suara panggilan Puan Newlina dari bawah sampai ke cuping telinganya. Dia yang asyik membelek majalah InTrend segera meninggalkan buku itu dan keluar dari biliknya.
            “Apa ma?” soalnya dari tangga. Kelihatan Puan Newlina sedang memasukkan beberapa tempahan ke dalam kotak aluminium. Aura segera mendekati ibunya.
            “Nak Aura hantarkan?” 
            “Ah’ah, nak suruh Alfa tapi dia tengah belajar. Kau sibuk, kah?” 
            “Taklah. Mari, biar Aura yang angkat. Mana alamatnya?” katanya lantas mengangkat kotak aluminium itu dari meja. 
            “Tak perlu alamat. Hantar dekat rumah si Millan,” Aura tersentak.
            “Rumah pengetua? Ma, biar betul. Di situkan ada anjing, kalau anjing tu gigit aku macam mana? Mama lupakah kasut sebelah Alfa rosak teruk sebab anjing tu gigit, boleh mati aku,” 
            “Kamu saja yang fikir yang bukan-bukan. Kata nak tolong hantarkan. Alah, kamu tak perlu masuk dalam pun, biar pembantu diorang yang ambil dari luar, lepas dapat duit kamu baliklah,” 
            “Tapi, kalau anjing tu keluar macam mana?” 
            “Kamu ni fikir yang bukan-bukan aja, sebab tu kamu selalu takut. Dah, cepat jalan. Kang sejuk tak sedap! Kamu ni, ganas-ganas macam tu pun boleh takut anjing, sepatutnya anjing tu yang takutkan kamu,” bebel Puan Newlina lantas menolak tubuh Aura keluar dari restoran itu. Aura hanya tersengih mendengar bebelan ibunya itu. Kunci skuter diberikan pada Aura.
            “Hati-hati masa jalan tu,” 
            “Yalah!” jawab Aura. Topi keledar dipasangakan dikepala. Kotalkaluminium itu diletakkan didalam bekasnya yang berwarna kuning

Betul kata-kata ibunya, dia saja yang terlalu banyak berfikir. Nasib baik anjing peliharaan pengetua mereka itu tidak keluar. Kalau anjing itu keluar, kejadian tempoh hari akan berulang lagi. 
            Setelah kotak itu dikembalikan, dia terus memasukkan kotak tersebut ke dalam bekasnya lalu menghidupkan skuter. Perlahan-lahan skuternya itu keluar dari perkarangan rumah pengetua mereka.
            Aura memberhentikan skuternya dibahu jalan apabila ternampak dua orang lelaki sedang mengerumuni sesuatu. Nampak seperti mereka membelasah seseorang. Aura terus turun dari skuternya apabila menyedari dua lelaki itu adalah Mat dan Rody. Topi keledarnya dibuka dan disangkutkan ke pemegang skuter. Dia berjalan pantas menghampiri mereka. 
            “Kamu tak puas lagi kena minggu lalu?” soal Aura lantang. Dia tidak mengambil masa yang panjang untuk bersedia berhadapan dengan samseng jalanan itu. Rody dan Mat menghentikan perbuatan mereka ke atas seseorang yang sudah tertiarap lemah diatas aspal.
            “Kau muncul lagi? Hem! Kebetulan sangat sebab kali ini aku bawa teman,” kata Rody. Sejurus selepas itu, muncul dua orang lelaki lagi dari semak-samun. Aura tersentak, dia menelan liur. Mati aku!


            “Kau ingat aku takut dengan kamu empat orang? Kau belum kenal aku siapa!” Aura masih lagi berlagak tenang walhal jantungnya sudah berdetak tidak tentu arah. 
            “Wei, apa lagi kerjakan dia!” arah Rody pada dua orang kawannya itu. Tanpa membuang masa dua lelaki itu terus menghampiri Aura. Aura memasang kuda-kuda, bila-bila masa saja mereka akan membuka langkah. Tidak semena-mena salah seorang dari dua orang lelaki itu melompat dengan sebuah tendangan ke arahnya. Walaupun pergerakan itu pantas namun Aura sempat menghalang tendangan itu dengan kedua-dua lengannya lantas dengan peluang terbuka itu, Aura terus menangkap kakinya dan menarik tubuhnya ke depan sehingga tubuh lelaki itu terhempas ke atas aspal. Erangan itu cukup kuat membuatkan kawannya yang satu itu rasa tercabar dengan Aura.
            Lelaki itu merluru kearah Aura. Dengan pergerakan yang kucar-kacir dari lelaki itu Aura boleh membaca pergerakkannya. Setiap serangan boleh dielak. Itu lebih membuatkan lelaki itu bengang lantas dia mengeluarkan sebilah pisau lipat. Aura tersentak. Pergerakannya serta-merta terhenti. Dia merenung pisau lipat itu dimain-mainkan oleh lelaki dihadapannya. Kemudian dia memandang pula wajah lelaki itu. Nampak seperti dia seronok bermain dengan pisau tersebut. Tidak tahukah dia bahawa sebilah pisau boleh mencabut nyawa seseorang? Arh! Orang yang sedang marah tidak akan sedar apa-apa!
            “Sekarang kau nak buat apa lagi? Kau dah tak boleh buat apa-apa!” jeritnya penuh dengan kemarahan. 
            “Masih sempat berhenti kalau kau nak!” kata Aura. Dia tidak mahu sesiapa tercedera apatah lagi dia. 
            “Mori jangan!” jerit Rody dari jauh. Jeritan dari Rody menganggu tumpuan Aura lantas itu membuatkan lelaki yang sedang memegang pisau mendapat peluang untuk mencederakan Aura. Lelaki itu menghaunkan pisau tersebut. Aura sempat mengelak namun muncung pisau itu terkena lengan Aura. 
            Aura menjadi kurang waras apabila dia terluka. Dia terus membuka tendangan ke bahagian dada lelaki itu. Lelaki itu terpelanting dan jatuh atas aspal. Aura sudah dikuasai oleh perasaan marahnya. Dia segera menekup lukanya, darah pekat sudah mula menitis. Dia menghampir lelaki itu.
            “Kau buat aku cedera, kau akan terima padahanya!” Aura terus mengutip pisau yang terjatuh tadi. 
            “Aura, jangan! Kami merayu. Kami akan pergi dari sini!” Rody terus menghalang Aura sebelum Aura bertindak lebih jauh lagi. Aura melemparkan pisau itu jauh darinya. 
            “Pergi sebelum aku ubah fikiran!” kata Aura. Sepantas kilat, keempat-empat lelaki itu bergegas beredar. Aura terduduk. Dia melihat lukanya, luka itu kecil saja cuma mungkin dalam sedikit sebab itu banyak darah yang mengalir keluar.
            “I hate blood!” dengus Aura. Dia segera berdiri menghampiri lelaki yang masih tertiapar sambil bergolek-golek menahan sakit. 
            “Kau okey tak?” soal Aura sambil menolak tubuh lelaki itu agar wajahnya kelihatan. Aura tersentak apabila lelaki itu adalah lelaki yang ditemuinya beberapa hari yang lalu. Pelik, lelaki itu buat apa di sini. Tangkap gambar? Tapi mana kameranya? 
            Lelaki itu tidak menjawab, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas yang tidak teratur. Mungkin kerana sudah dibelasah teruk oleh Rody dan Mat membuatkan dia tidak boleh bercakap. 

            “Kau okey tak? Aku hantar kau ke hospital, mau?” soal Aura pula. Perlukah dia bertanya apabila keadaan mangsa sedang tenat?

            “Boleh tak kau pegang kuat sikit? Kau jatuh kang aku tak nak bertanggungjawab!” Aura terpaksa menjerit kerana mereka sedang melawan arus angin. Dengan lemahnya, lelaki itu memeluk pinggang Aura. 
            “Apa kau kata?” soal Aura tiba-tiba. Dia seakan terdengar lelaki itu memanggil namanya tapi tidak berapa jelas. 
            “Aqua…” lelaki itu menyebut lagi. Tapi tetap tidak jelas. Aura terus memecut, memandangkan hari sudah semakin gelap, tentu Puan Newlina akan mengamuk lagi kalau dia pulang lewat.

*****

            “Kamu ke mana Aura?” soal Puan Newlina sejurus selepas Aura menapak masuk ke dalam restoran. Aura menggaru kepalanya yang tidak gatal. 
            “Anu...em…Aura dari rumah FA,” jawab Aura tergagap-gagap. Memang betul pun dia pergi ke rumah FA setelah menghantar lelaki misteri itu ke hospital berdekatan. Kalau dia terus balik, sudah pasti darah dibajunya itu akan menjadi persoalan terbesar ibunya. Bajunya juga sudah ditukar, nasib baik bajunya itu tidak menjadi tumpuan.
            “Kenapa tak bagitahu?” soalnya lagi.
            “Alah sudahlah tu mama, kan Aura dah balik. Biarkan dia naik dulu, mandi. Dia tentu penat,” tiba-tiba Encik Zurdi muncul mencelah. Aura tersenyum sambil mengenyit mata dengan bapanya. 
            “Hem, kamu dua beranak. Asyik nak sepakat saja. Aku ni risau dengan si Aura, tak baik perempuan pulang lewat malam!” kata Puan Newlina lagi lantas bangkit menaiki tangga menuju ke kamarnya. 

            “Aura dah makan?” soal Encik Zurdi.
            “Dah, dekat rumah FA tadi,” jawab Aura. Aura melabuhkan punggung. Penat juga sebenarnya, terpaksa mengangkat lelaki misteri itu dengan lengan yang terluka. 
            “Kalau Aura lapar, makan masih ada dalam almari,” kata Encik Zurdi sambil meletakkan tangannya ke bahu Aura. Spontan Aura mengerang kecil.
            “Kenapa?” soal Encik Zurdi.
            “Tak ada apa-apa, Aura naik dulu!” Aura terus bangkit dan berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Encik Zurdi hanya memandang Aura dengan pandangan pelik. Jangan saja Aura sembunyi-sembunyi pergi ke Pusat latihan.

*****  

            Bahu Aqua dipaut dari belakang. Aqua memandang ibunya dari pantulan cermin meja soleknya. Dia tersenyum.
            “Nervous ya sayang?” kata Puan Narisa seperti boleh membaca riak muka Aqua. 
            “Tak juga, sikit-sikit!” Aqua tersenyum. 
            “Jangan takut, Aqua cuma perlu buat yang terbaik. Mama tak pernah harapkan yang lebih dari Aqua,” 
            “Aqua tahu,” 
            “Okeylah, mama dah nak pergi ke depan ni. Aqua sedia ya?” 
            “Em!” Aqua mengangguk sekali. Puan Narisa mengucup dahi Aqua sebelum keluar dari bilik persalinan itu. Aqua terus membelek semula buku hijau yang pernah cikgu berikan kepadanya. Dia sudah boleh memainkan lagu itu walaupun tidak sesempurna penciptanya. 
            Tiba-tiba handsetnya yang ada di atas meja bergegar. Aqua mencapai handsetnya lalu mesej tersebut dibaca.

Aku tak sangka kau berani melanggar kata2 aku. Betul kau nak rasa semula apa yg ko pernah rasa  dulu? Kau berani? Ko sudah aku listkn dlm senarai ‘Maut’! SHIN.
Sender: +60145502436

            Telefon bimbit yang dipegangnya lantas terjatuh atas lantai. Kedua-dua tangannya sudah menggeletar hebat. Apa-apa yang dipeganggnya akan jatuh ke atas lantai. Peserta-peserta wanita yang ada didalam sudah mula memberikan perhatian padanya. Aqua menelan liur. Dia terus bangkit keluar menuju ke tandas. Telefon bimbit dibiarkan di situ.

            “Aqua Arenneta Josephine!” termasuk itu, sudah tiga kali nama Aqua disebut oleh Pengacar. Puan Narisa yang ada ditempat duduk penonton sudah mula resah. Dia terus berdiri dan masuk semula ke bilik persalinan. Kini, nama Aqua sudah tersenarai peserta yang menarik diri kerana gagal muncul pada panggilan ketiga.

*****
“Kalau Aura nak juga?” Aura memandang ibunya. Wajah Puan Newlina kembali serius.


            “Kalau begitu, Aura perlu berhadapan dengan mama dulu,” Aura mendengus sambil menjauhi ibunya.


            “Ma..”


            “Mama buat semua ni untuk kebaikan Aura, tolonglah hentikan semua ni. Mama merayu!” jantung Aura serta-merta berdegup kencang apabila ibunya melutut dihadapannnya. Dia langsung tidak boleh berkata apa-apa. Encik Zurdi dan Alfa yang masih berada di luar turut terkejut melihat Puan Newlina melutut. Sesuatu yang belum pernah terjadi seumur hidup mereka.


            Aura segera meluru kearah ibunya.
            “Ma, maafkan Aura ma..” tubuh ibunya segera dipeluk. Dia berasa sungguh bersalah apabila dia sendiri yang membuatkan ibunya melutut merayu.


            “Aura..dengarlah cakap mama, mama buat semua ni untuk kebaikan Aura. Dengar cakap mama,ya?”

            Aura menggaru kepalanya. Sudah seminggu kejadian dia menyelamatkan lelaki misteri menghantuinya. Dia tidak boleh berhenti membayangkan wajah ibunya saat ibunya itu melutut. Dia sudah berjanji untuk tidak menggunakan karate lagi, tapi gara-gara lelaki misteri itu, dia melanggar sumpahnya sendiri. Dia sangat takut kalau-kalau ibunya tahu pasal itu. Dia tidak mahu mengecewakan ibunya lagi walaupun Puan Newlina bersikap sedikit kasar dengannya, tapi percayalah orang yang paling dia sayangi adalah Aura sendiri. 
            Dave pula belum muncul-muncul lagi. Dia sudah menghantar beberapa mesej kepadanya tapi semua tiada balasan. Dia betul-betul perlukan kawan untuk berbicara. Apatah lagi Dave adalah teman yang rapat sedunianya. Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan FA semasa dia pergi ke rumah FA.

            “Parah ni. Kau perlu buat sesuatu supaya kau tak lagi terlibat dalam karate,” kata FA sambil membalut luka di lengan Aura.


            “Tapi apa yang aku perlu buat?”


            “Yah, aku ada satu cara tapi aku rasa kau tak mungkin akan percaya benda karut ni. Tak perlulah!” kata FA.

            “Wei, kau dah cakap, bagitaulah terus!” desak Aura pula. FA kelihatan ragu-ragu memandangkan dia kenal Aura bagaimana. Aura tidak mungkin akan percaya benda-benda karut itu.


            “Em..ada satu tempat di Loganberry CyberJaya yang boleh menunaikan apa-apa saja hajat. Tempat itu adalah sebuah kolam buatan manusia,” 


            “Oh, aku tahu tempat tu. Tapi masih ada lagikah benda-benda macam tu?” Aura menyampuk.


            “Kan, kau takkan percaya!”


            “Yalah, tapi habiskan dulu. Please?” 


            “Okey. Cara buat hajat senang saja. Masukkan duit siling selepas buat hajat. Itu aja,” 


            “Itu aja?” soal Aura. FA mengangguk. 


            “Kalau kau tak percaya, jangan buat!” FA seakan memberi amaran.


            “Kenapa pula?”


            “Sebab kau tak percaya. Kalau kau buat tetapi kenyataannya kau tak percaya bukankah itu hanya sia-sia?” terangguk-angguk kepalanya mendengar kata-kata FA.


            “Dah siap. Kau boleh balik sekarang!” kata FA pula seakan mengusir.


            “Huh? Alah..aku lapar. Lepas makan baru aku balik, okey?”

            Aura memetik jari. Dia segera bangkit lantas menuju ke tempat yang dikatakan FA. Walauapa pun, dia perlu buat sesuatu agar dia tetap memegang janjinya.

            Setelah jauh berlari, Aqua duduk berehat di sebuah kolam buatan manusia di mana ada dua dolphin terukir membentuk love di tengah-tengan kolam itu. Aqua tersenyum. Tapi pelik, kolam itu tercemar dengan duit-duit siling. Separuh dari kolam itu dipenuhi dengan duit siling.
            Tiba-tiba seorang gadis berkaca mata dengan snow cap dikepala mendekati kolam itu. Gadis itu menggengam kedua-dua tangannya lalu memejamkan mata tanpa bersuara selama beberapa saat. Aqua mengerutkan kening. Apabila gadis itu membuka mata, dia membuang duit siling 20sen ke dalamanya. Aqua semakin pelik. Apa yang baru dia buat tadi?
            Tanpa diminta, kakinya pantas mengejar gadis tadi. 
            “Apa yang cik baru buat tadi?” soalnya.
            “Wish,” jawapnya sepatah.
            “Apa maksud cik?”
            “Kolam itu namanya adalah Wish Maker, kau boleh buat hajat dan hajat itu akan ditunaikan,” Aqua tidak mengerti. Gadis itu pun berlalu meninggalkan Aqua dalam kebinggungan. Dia berusaha mencerna kata-kata gadis itu dan akhirnya dia faham. Dia segera menyaluk poket skirtnya dan ternyata ada beberapa keping duit RM50 dan RM1. Tanpa mengambil kira air mukanya, dia menghampiri pengunjung-pengunjung yang ada disitu untuk menukarkan duit kertas RM1 itu kepada siling. Tapi, salah seorang dari pengunjung itu terus memberikannya sekeping duit siling. Selepas mengucapkan terima kasih, Aqua terus menghampiri kolam itu.

Dalam masa yang sama…
            Sejerus saja dia tiba dikolam itu, Aura terus mengeluarkan duit silingnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Tanpa dia sedari ada seorang gadis lagi yang melakukan perkara yang sama. Mereka menggengam duit siling mereka serentak, menutup mata juga serentak. Dan mereka bersama-sama membuat hajat.

Aura
“Tolong jadikan aku seorang yang menurut kata-kata orang tua, jadikan aku seorang gadis yang lembut tidak kasar seperti saya ssebelum ini. Aku taknak mama melutut lagi depan aku..walaupun ini hanyalah permintaan remeh tapi aku mahu berbakti pada ibu bapa aku. Tolong pertimbangkan hajat aku…”

Aqua.
“Saya Aqua. Saya nak buat hajat. Tolonglah, jadikan saya seorang gadis yang kuat, saya sudah cukup dibuli oleh mereka-mereka. Tapi saya tak boleh mereka kerana saya tidak dididik untuk membenci sesiapa pun jadi saya serahkan segala-galanya pada kau, atau apa-apa pun kau,”

            Aura dan Aqua membuka mata serentak. Mereka tersenyum lega. Tiba-tiba langit yang cerah berubah gelap. Mendadak sekali. Awan-awan putih mula berarak disekitar kawasan itu. Aura dan Aqua serentak mendongak. Semua pengunjung yang ada sudah berlari meninggalkan tempat itu memandangakan cuaca seperti ingin hujan. Aura dan Aqua berlari ke haluan masing-masing. Aura ke timur, Aqua ke barat. Arah yang bertentangan. Dalam hati, wujud satu pertanyaan yang sama. Adakah hajat itu akan tertunai? 
            Hujan sudah mulai turun dengan lebat. Masing-masing mencari tempat berteduh tapi Aura tidak mahu berteduh mana-mana sebaliknya dia ingin pulang ke rumah. Jadi, dia menahan sebuah teksi. Selepas pemandu itu tahu lokasi Aura dia terus menyambung perjalannya.
            “Lebat betul hujan ni,kan?” soal pemandu itu. Sekadar ingin berbual.
            “Ya, tadi cerah aja,” jawab Aura sambil memandang langit dari tingkap. Di sebabkan hujan yang lebat pergerakan teksi itu turut menjadi perlahan. Sebuah kereta dari arah bertentangan melintas, disebabkan pergerakan kereta masing-masing lambat. Aura dan penumpang dari kereta bertentangan sempat berpandangan. 
            Aura tersentak begitu juga penumpang tersebut. Masa seakan-akan berhenti buat seketika. Yang wujud hanyalah dia dan penumpang tersebut. Kilat mula berdentum bertalu-talu seperti pukulan pada gegendang. Jantung mereka sama-sama berkocak hebat.
            Druumm!!! Sebuah lori dari arah belakang teksi Aura merempuh kedua-dua teksi itu. Keadaan berlaku begitu pantas sekali. Pandangan mereka serta merta menjadi gelap.

*************************************************************** 
p/s : maaf sbb terpaksa tutup SOULMATE utk seketika. Enjoy my new N3!
p/s2: anda sudah habis baca? mcm mana dgn fontnya? boleh baca tak?

5 comments:

  1. okie ade salah eja la..
    kotal=kotak
    tepas = lepas
    hihihi..
    aper pon mmg best..
    thumb up 4 u..

    ReplyDelete
  2. writer font nya okay. boleh baca :) cuma ada sikit salah eja. keep it up :)

    ReplyDelete
  3. makin best la okie
    mmg len drpd versi asal
    thumbs up
    :)

    ReplyDelete
  4. to Anonymous: Okey, nanti edit! Thanks...

    to Hana : thanks...actually, versi lama bg saya terlalu cepat, dan skrg sa mau ambl pluang utk kasi kembang lagi sbb tu dah jd lain..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.