Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

26 November, 2010

Substance 4 : Exchange



Exchange


            Kedengaran esakan kecil dari Puan Newlina. Setiap kali dia datang ke hospital dan melihat Aura tiada apa-apa perkembangan dia semakin sedih. Sudah tiga hari Aura terlantar dikatil itu sejak dia kemalangan. Encik Zurdi sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Puas dia menenangkan hati isternya itu, tapi nampaknya semua sia-sia.
            “Papa sampai bila Aura nak tidur ni? Kata doktor dia akan bangun, tapi takda apa-apa pun,” kata Puan Newlina. Sedih.
            “Kita tunggu sajalah mama. Kalau doktor dah cakap dia keadaan dia dah stabil, dia dah okeylah tu,” jawab Encik Zurdi. Masa risaunya sudah berlalu.
            “Beginilah mama, mama balik dulu. Makan. Dah beberapa hari mama tak makan. Nanti mama pula yang sakit,” kata Encik Zurdi memberi nasihat. Walaupun isterinya itu pulang ke rumah,dia tidak akan makan. Dia hanya akan memasak untuk Alfa dan kembali semula ke hospital.
            “Tak pelah..mama nak tunggu Aura bangun,” kata Puan Newlina lagi lalu memaut tangan anak gadisnya.
            “Kalau begitu, mama tolong belikan papa makanan. Papa belum makan lagi ni,”
            “Ah yalah. Kalau ada apa-apa perkembangan mengenai Aura, telefon mama secepat mungkin ya?”
            “Yalah, yalah!” jawab Encik Zurdi lalu menyusul isterinya sehingga ke pintu wad. Sempat dia melambai isterinya walaupun Puan Newlina tidak menoleh ke arahnya. Apabila dia sudah pasti isterinya sudah melangkah jauh. Pintu terus ditutup dan menghampiri anaknya.
            “Kamu dah boleh bangun,” kata Encik Zurdi. Gadis di hadapannya segera membuka mata.
            “Terima kasih uncle. Saya rasa saya perlu balik sekarang. Saya perlu cari badan saya,” kata gadis itu.
            “Jangan Aqua, mama Aura akan risau kalau Aqua tiba-tiba hilang. Biar uncle yang cari dia. Rasanya, kalau Aqua ada dalam tubuh Aura sudah pasti Aura berada dalam tubuh Aqua,” gadis yang mendiami tubuh Aura itu mengeluh. Namanya adalah Aqua. Dia juga tidak tahu apa yang terjadi sebelum ini, bila saja dia bangun dari tidur yang panjang dia sudah berada di dalam tubuh gadis yang bernama Aura. Dia langsung tidak mengenali gadis itu begitu juga dengan lelaki yang mengaku dirinya ayah kepada Aura.
            Tapi dia sangat ingat kejadian sebelum dia kemalangan. Waktu itu dia berada didalam teksi ingin menuju ke rumahnya dan waktu itu hujan lebat turun. Dia baru saja pulang dari satu tempat yang bernama Wish Maker. Dia ternampak seorang gadis yang seakan menyerupainya di sebuah teksi yang menuju kearah bertentangan, waktu seakan terhenti seketika. Dan semuanya menjadi gelap serta-merta.

Dua hari yang lalu.

            Selepas mengelap badan anaknya itu Puan Newlina pun keluar, Encik Zurdi pula masuk. Dipandang anaknya itu dengan perasaan sedih. Harap-hapar hari ini ada perkembangan. Doanya dalam hati. Katil anak gadisnya itu dihampiri lalu duduk di bangku yang tersedia.
            “Aura, bangunlah nak. Papa tak sanggup tengok mama kau tu sedih begitu. Alfa pun taknak datang ke sini. Takut mendengar berita yang sama. Bangunlah nak,” kata Encik Zurdi seakan merayu. Tangan anaknya itu digenggam. Tiba-tiba dia terasa seperti peganggannya berbalas. Dia segera memandang anaknya. Wajah itu berkerut-kerut.
            “Aura?” nada suara Encik Zurdi berbaur riang. Gadis itu perlahan-lahan membuka matanya. Pandangannya yang samar-samar perlahan-lahan menjadi jelas. Seorang lelaki kira-kira berumur 40 lebih sedang berdiri dihadapannya.
            “Aura, kamu sedah sedar? Syukurlah!” kata Encik Zurdi lantas memeluk anaknya. Gadis itu kelihatan kurang selesa, dia menolak lembut tubuh lelaki itu.
            “Maaf, anda siapa?” soalnya. Encik Zurdi mengerutkan kening.
            “Ini papa, sayang. Aura tak kenal papa? Ini papa!” kata Encik Zurdi. Gadis itu menggeleng.
            “Maaf.. saya rasa encik sudah salah faham. Saya bukan Aura. Saya Aqua. Saya ada dimana?” soalnya pula.
            “Aura, tolong jangan bergurau dengan papa. Aura jangan buat papa takut!” Encik Zurdi seakan sebal dengan sikap yang ditunjukkan gadis itu.
            “Encik, saya betul-betul bukan Aura, ataupun anak encik. Saya Aqua. Sekarang saya perlu balik, mama mesti risau dengan saya,” kata gadis itu lagi.
            “Tidak. Mungkin Aura mengalami gegaran otak yang membuatkan Aura lupa siapa Aura. Aura jangan pergi, papa panggilkan doktor,” Encik Zurdi yang baru saja mahu melangkah dihalang.
            “Tidak perlu Encik. Saya ingat siapa saya, saya Aqua Arenneta Josephine. Anak kepada Josephine Joshua dan Narisa Joshua. Berumur 19 tahun, bersekolah di Skyscrapert High School dan menatap di GreenValley, Daisy Mansion. Tengok, saya ingat siapa nama saya, saya bukan Aura anak encik. Percayalah, encik dah salah orang,” terang gadis itu sejelas-jelasnya. Terangkat kening Encik Zurdi mendengar penjelasan itu.
            “Ini gurauan, kan?” soal Encik Zurdi. Masih tidak percaya.
            “Betul encik. Saya juga ada keluarga yang akan risaukan saya jika ada sesuatu terjadi. Saya perlu balik sekarang juga,” pinta Aqua.
            “Nanti, nanti! Kalau betul kamu bukan Aura. Buktikan,”
            “Nak buktikan apa? Saya tak kenal encik mahupun anak encik, yang saya tahu saya Aqua,”
            “Okey, kamu boleh berdiri?” soal Encik Zurdi. Aqua mula bangkit dan turun dari katilnya.
            “Kita ke tandas. Mungkin  dengan melihat wajah kamu, kamu ingat siapa kamu,” kata Encik Zurdi. Aqua mengangguk. Dia sanggup buat apa saja asalkan dia boleh buktikan dia bukan Aura. Encik Zurdi memapah Aqua masuk ke dalam tandas. Masuk saja mereka di tandas, langkah Aqua terhenti. Matanya langsung kearah cermin. Matanya seakan tidak berkelip. Dia mula menghampiri cermin itu sambil meraba-raba wajahnya. Encik Zurdi kehairanan.
            “Encik, ini bukan muka saya!” katanya. Encik Zurdi semakin bingung.
            “Apa maksud kamu bukan muka kamu?”
            “Betul..tapi wajah ini dengan wajah saya,” dia tersentak. Dia teringat akan sesuatu. Ya, sebelum dia mengalami kemalangan, dia pernah ternampak gadis itu semasa ingin pulang ke rumahnya. Gadis itu berada di teksi yang menuju kearah bertentangan. Dan selepas itu keadaan menjadi gelap tiba-tiba.
            “Ini bukan muka saya, ini muka orang yang saya jumpa sebelum kemalangan. Betul, saya tak tipu. Memang dia!” katanya. Cuba meyakinkan Encik Zurdi. Tapi Encik Zurdi memandangnya pula dengan wajah curiga. Takut anaknya itu sekadar menipunya, tapi dia kenal Aura. Aura seorang yang jujur dan tidak suka membohongi sesiapa terutamanya dia. Tidak mungkin anaknya akan membohonginya.
            “Encik percayalah, saya bukan anak encik. Saya boleh buktikan tapi bagi saya masa. Saya tidak tahu mcam mana tapi ini bukan tubuh saya, juga bukan muka saya. Saya boleh rasa saya adalah Aqua!” kata Aqua lagi. Encik Zurdi membisu namun matanya langsung kepada anak mata Aqua.
            “Kalau betul apa yang kamu katakan, kita buktikan sama-sama. Tentu ada maklumat tentang kamu dimana-mana, kita cari dan tengok sama-sama!” kata Encik Zurdi. Dia mahu percaya tapi sekurang-kurangnya dia smesti ada bukti yang m,enyokong kata-kta gadis itu. Aqua tersenyum girang.
            “Terima kasih encik sebab percayakan saya. Kita boleh keluar, tentu kita boleh pinjam mana-mana komputer,” kata Aqua. Mereka pun melangkah keluar dari tandas. Tiba-tiba, pintu wad terbuka, terpacul wajah Puan Newlina yang terpana memandang anaknya. Aqua mengerutkan kening lantas memandang Encik Zurdi.
            “Aura, sayang! Kamu sudah sedar!” Puan Newlina lantas berlari mendapatkan Aqua lalu memeluknya dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya lagi.
            “Sakit!” hampir tidak kedengaran suara Aqua. Encik Zurdi cepat meleraikan Puan Newlina dari Auqa.
            “Mama Aura kan baru sedar..dia masih sakit lagi!” kata Encik Zurdi. Puan Newlina menyeka air matanya sambil tersenyum.
            “Maafkan mama..mama betul-betul gembira tengok Aura dah sedar,” katanya sambil mencapai jari-jemari Aqua. Aqua kelat, sanggupkah dia mengatakan dia bukan Aura? Melihat wanita itu begitu gembira, mesti dia sudah mengalami mimpi ngeri selama dia tidak sedarkan diri. Aqua mematikan niatnya.
            “Tak apa,” kata Aqua. Puan Newlina terus membawa Aqua ke katil. Encik Zurdi memandang Aqua.
            “Aura lapar tak?” soal Puan Newlina. “Ini ada makanan,” plastik yang berisi makanan dikeluarkan.
            “Ma, itukan makanan papa?” soal Encik Zurdi tiba-tiba. Terasa suasanan itu sungguh berbeza. Kalau Aura, sudah tentu dia melonjak kegembiraan walaupun dia mengalami kecederaan serius tapi sekarang ianya sungguh berbeza. Mungkin betul kata gadis ini, dia bukan Aura.
            “Alah..orang sakit yang perlu diutamakan,” kata Puan Newlina lantas menyuap Aqua. Aqua dengan senangnya membuka mulut. Kali ini saja, lepas saya sudah jumpa tubuh saya, saya akan balik!

*****

            PUAN Newlina dan Encik Zurdi kusyuk memandang kearah Aqua yang sedang bermain ditaman bersama-sama pesakit kanak-kanan. Sudah sehari berlalu sejak dia tersedar dari koma.
            “Papa, papa tak rasa Aura dah berubah?” soal Puan Newlina yang sedang duduk di bangku taman.
            “Kenapa cakap macam tu?”
            “Yalah, Aura mana ada suka kanak-kanak tapi lepas dia sedar, dia macam dah berubah,” Encik Zurdi mengakui dalam hati. Ya, kalau Aura, dia tidak akan tahan berkurung dalam hospital, bagi dia hospital adalah zon larangan. Tapi Aqua, dia menurut tanpa bantahan. Mereka sangat berbeza, sehinggakan Puan Newlina perasaan akan kelainan itu.
            “Ah, mama ni. Bersyukurlah Aura dah sedar dan masih nak tinggal dalam hospital ini untuk sehari lagi. Lagipun doktor dah cakap dia tidak mengalami kecederaan serius. Mungkin sikapnya itu hanya sementara,” kata Encik Zurdi. Sedaya-upaya menyakinkan isterinya itu.
            “Betul juga. Papa tinggal dulu dengan Aura, mama nak naik atas kemas barang-barangnya,” kata Puan Newlina lantas bangkit meninggalkan Encik Zurdi. Encik Zurdi mengeluh lega. Nasib baik isterinya itu tidak banyak soal. Matanya kembali kepada Aqua. Entah kenapa, dirinya terasa kosong. Sekarang, dia sudah betul-betul yakit, gadis dihadapannya bukan Aura.

WAD KANAK-KANAK.

            “Kakak dah nak balik?” soal salah seorang kanak-kanak yang mengerumuni Aqua. Budak itu kelihatan pucat dan bawah matanya terdapat gelung hitam. Budah itu disahkan mendapat penyakit HIV, kesemua kanak-kanak yang ada didalam wad itu juga mempunyai penyakit yang sama. Aqua tidak kisah berada dekat dengan mereka, malah dia menyukainya. Selama ini, dia tidak pernah bergaul dengan mana-mana orang kecuali rakan-rakan sekolahnya. Meluangkan masa bersama-sama kanak-kanak itu adalah sesuatu yang sangat berharga baginya.
            “Eya, kakak dah boleh keluar tapi jangan risau kakak akan selalu datang sini, kita main sama-sama macam selalu,” kata Aqua sambil mengusap kepala mereka satu-persatu.
            “Tapi, macam mana kalau kakak datang dan saya dah takda?” soal budak itu tiba-tiba. Aqua tersentak, rakan-rakanya yang lain pula mengangguk. Seakan menyokong kata-kata budak itu.
            “Tak baik cakap macam tu, kakak janji kakak akan sentiasa ada dengan kamu,ya?”
            “Janji?” budak itu mengangkat jari kelingking.
            “Janji?” kata kawan-kawannya serentak. Mereka juga mengangkat jari kelingking. Aqua tersenyum lalu mengangkat jari kelingkingnya.
            “Janji!” Aqua terus menyilangkan jari kelingkaingnya dengan 10 orang kanak-kanak itu.
            Kedebum! Serentak mereka berpaling pada pintu wad. Kelihatan seorang gadis berbaju hospital berdiri di pintu. Aqua mengerutkan kening. Gadis itu melihat dicelah pintu yang terkuak kecil. Gadis itu menutup semula pintu wad. Dia menghembus nafas lega. Gayanya seperti ada orang yang sedang mengejarnya. Dia memandang hadapan apabila dirinya terasa seperti diperhatikan.
            “Hai!” sapa gadis itu. Aqua tersentak. Begitu juga dengan gadis tadi. Kanak-kanan itu sudah bingung, wajah Aqua dan gadis itu ditatap bergilir-gilir.
            “Huh?” kata budak-budak itu seakan terkejut.
            “Muka aku…” gadis itu seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia berdiri di sebelah pintu tapi tubuhnya jauh dihadapannya.

*****

            TERASA tubuhnya sudah kebas dek kesejukkan. Dia membuka matanya.
            “Cik Muda?” Uncle Beck seakan terkejut. Puan Narisa yang sedang tidur disisinya lantas terbangun.
            “Aqua? Aqua dah sedar?” soalnya lantas memeluk gadis tersebut. Gadis itu terpinga-pinga. Siapa dia ni? Main peluk saja! Gadis itu menolak tubuh Puan Narisa. Uncle Beck dan Puan Narisa tersentak.
            “Kamu siapa? Aku dimana?” soal gadis itu kasar. Mata mereka berkerut memandang gadis itu.
            “Aqua, ini mama. Aqua tak kenal mama?” soalnya pula. Air mata sudah mula menitis.
            “Siapa Aqua? Aku bukan Aqua. Aku ada dimana ni?” gadis itu menyelak kasar selimut dan terus turun dari katil. Uncle Beck terus menghalang gadis itu.
            “Ada apa lagi? Lepaskan aku!” dia menapis kasar tangan Uncle Beck lantas menuju ke pintu. Macam mana aku boleh ada dalam hospital ni?
            “Cik Muda, jangan pergi! Cik Muda belum sembuh lagi!” Uncle Beck terus mengejar gadis itu apabila gadis itu melarikan dari. Sementara Puan Narisa sudah terduduk menangis disitu.
            “Hish, apasalh orang tua tu kejar aku pula!” getus hati Aura sambil berlari.
            “Jangan lari!” marah seorang jururawat apabila melihat dua orang sedang berkejaran. Gadis itu mendengus. Apa pasal dengan orang tua ni? Tanpa mengira empunya wad, dia terus masuk bagi mengelakkan diri dari lelaki tua yang mengejarnya. Dia terus bersandar di pintu. Tanpa disedarinya, sudah banyak mata yang memandang ke arahnya. Gadis itu membalas pandangan mereka, dia tersenyum kelat.
            “Hai!” sapanya. Aqua tersentak. Begitu juga dengan gadis tadi. Kanak-kanan itu sudah bingung, wajah Aqua dan gadis itu ditatap bergilir-gilir.
            “Huh?” kata budak-budak itu seakan terkejut.
            “You must be Aura,” kata Aqua, tanpa disedari air matanya sudah mengalir keluar. Gembira dia sudah menemui tubuhnya.

            “MACAM mana? Macam mana aku boleh ada dalam badan kau, huh?” soal Aura lantang. Aqua sedari tadi tunduk membisu. Ayatnya seakan terkunci.
            “Jawablah, aku tanya ni!” bentak Aura. Aqua tersentak.
            “Sabar, Aura,”
            “Apa sabar-sabar? Kau ingat aku boleh sabar dalam keadaan macam ni? Aku nak badan aku balik!” tegas Aura. Aqua meneluh.
            “Saya pun nak badan saya balik, bukan kau aja,” balas Aqua. Aura memandang Aqua tajam. Aqua lantas tertundunk. Aura mendengus.
            “Okey, mesti ada sesuatu yang terjadi sebelum kemalangan,” kata Aura mula mengingati peristiwa sebelum kemalangan.
            “Aura, kau ingat tak kita ada bertembung sebelum kemalangan. Waktu tu hujan lebat, saya ada dalam teksi begitu juga kau. Ingat tak?” Aura mengerut kening. Cuba mengingati peristiwa itu.
            “Ingat, masa tu aku baru saja balik dari Wish…” ayat Aura mati. Kepalanya lantas berpaling kepada Aqua. Mata mereka terbeliak.
            “Wish Maker!” sebut mereka serentak.

************************************************************ 
P/S: enjoy your reading and feel free to comments!

3 comments:

  1. 2nd version ni lg menarik dr 1st version of H2O :)
    ksilapan ejaan pon dh bkurangan, bhasa pon makin menarik
    good job!
    ;)

    ReplyDelete
  2. yay! bestnya. saya rasa yg kedua ni lagi banyak misteri n fantasi dr yg pertama.

    ReplyDelete
  3. wah mcm dh terungkai lak misteri dlm versi 1 tu...
    jln citer pn mkin suspen nie..
    hihihi..

    saper kata okie xleh buat...
    yakin boleh..
    aja-aja fighting...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.