Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 December, 2010

Substance 5 : Start Over


Start Over

            KELIHATAN seorang lelaki berpakaian kasual dengan seluar jeans dan baju putih lengan panjang sedang berdiri dibalkoni biliknya. Cawan putih berisi Nescafe yang berada ditepinya itu dicapai lalu dihirup perlahan. Mindanya kelihatan kosong dengan riak wajah yang tenang. Sesekali dia memandang kearah meja kerja yang berada didalam biliknya. Dia tidak habis fikir dengan apa yang baru saja dilihatnya tadi. Lama-kelemaan dia masuk ke dalam dan terus duduk di meja kerjanya.
            Gambar yang ada dalam skrin komputer ribanya itu ditatap lama. Lelaki itu bermain bibirnya dengan ibu jari. Macam mana Aqua boleh ada di puncak bukit tu sedangkan dah dua bulan dia tak keluar rumah? Kalau gadis ni bukan dia, dia ni siapa?
            Fikirannya kembali mengimbau peristiwa beberapa minggu lalu semasa dia tiba di satu bandar kecil yang sungguh menarik perhatiannya. Dia ke sana untuk mengambil gambar kerana pemandangannya yang sangat cantaik dari bukit tetapi ada sesuatu terjadi yang berada diluar jangkaannya. Seorang gadis tiba-tiba muncul sedang berlari ketakutan kerana dikejar anjing. Masa itulah dia mengambil kesempatan untuk menangkap gambar gadis, entah kenapa hatinya terdetik untuk menangkap gambarnya.
            “Siapa gadis ini?” persoalan itu terpacul dibibirnya. Tiba-tiba pintu terkuak. Nanny Vdya melangkah masuk. Dengan segera Leon menutup komputer ribanya.
            “Saya baru saja dapat berita tentang cik muda Aqua, kata pihak hospital sudah tiga hari cik muda tidak sedarkan diri,” kata Nanny Vdya. Leon mengangguk.
            “Em..nanny, bolehkah seseorang itu muncul dalam dua tempat dalam satu masa?” soal Leon. Nanny Vdya mendekati Leon.
            “Tidak Tuan Muda. Mungkin boleh jika seseorang itu mempunyai kuasa,” jawab Nanny Vdya berseloroh. Leon tersenyum. Betul juga, tidak mungkin seseorang boleh muncul dalam dua tempat dalam satu masa. Mungkin kerana gambar yang ditangkap hanya separuh daripada wajahnya disebabkan rambut panjang yang menutupi sebahagian dari wajahnya.
            “Tuan muda, boleh nanny bertanya?” Leon memandang Nanny Vdya.
            “Boleh, apa dia?”
            “Kenapa Tuan muda tak menjenguk cik muda terus ke hospital?”
            “Apa motif nanny tanya soalan macam tu?”
            “Tak ada… cuma, Tuan muda macam ambil berat dengan cik muda. Sebab itu nanny tanya,”
            “Aku tak ambil berat langsung pasal dia nanny, aku lagi suka dia masuk hospital! Jadi, aku taknak dengar soalan itu lagi untuk selama-lamanya, nanny,” riak wjah Leon serta-merta berubah. Kalau tadi tenang kini menakutkan. Sikapnya berubah seperti cuaca angin. Nanny Vdya berdehem. Tepat jangkaannya, dendam Leon terhadap Aqua masih belum hilang. 
            “Nanny faham Tuan Muda. Kalau begitu nanny keluar dulu,” jawab Nanny Vdya pantas. Terasa seram sejuk apabila tuan mudanya itu berkata seperti itu. Dia segera meminta diri.
            Leon kembali membuka komputer ribanya. Gambar yang terpapar itu ditatap semula.

*****

            “PASTI gara-gara Wish Maker tu kita berganti tubuh!” marah Aura. Punggung dihempas ditepi Aqua. Cepat saja dia membuat kesimpulan. Menurut cerita Aqua, dia ke Wish Maker dalam lingkungan jam 12.30 petang, begitu juga dengan dia. Mereka serentak berada ditempat yang sama tetapi mereka tidak bertemu. Selepas membuat hajat Aqua ke utara manakala Aura pula ke selatan. Mereka berpisah tidak bertembung. Aqua terus pulang ke rumah kerana cuaca waktu itu agar kurang baik. Selepas beberapa minit dalam perjalanan pulang, hujan mulai lebat dan jalan raya menjadi licin. Waktu itu dua teksi berselisih iaitu teksi yang dinaiki Aqua dan Aura. Di dalam teksi itu barulah mereka dapat bertemu. Dan tiba-tiba saja kilat berdentum sambung-menyambung dan tanpa diduga teksi yang dinaiki Aura dirempuh oleh sebuah kereta dari belakang, pemandu itu hilang keseimbangan dan secara tidak sengaja terlanggar teksi yang dinaiki Aqua. Tiga hari selepas itu, mereka sudah berada didalam hospital sedang mendiami tubuh orang lain.
            “Ini semua gara-gara Kau! Bagi balik badan aku!” tiba-tiba Aura menjerit sambil menuding ke udara. Aqua yang sedikit terkejut lantas menjauhkan diri. Aqua turut memandang ke udara. Dia nak menyalahkan Tuhan pula?
            “Aura, ini bukan salah Tuhan,” Aura pantas menghadap Aqua dengan mata tajamnya.
            “Kalau bukan salah DIA, salah siapa? Salah kau?” jerkah Aura. Aqua pantas menggeleng. Aura mendengus kasar lalu melabuhkan punggung semula.
            “Sudahlah…jadi sekarang kita nak buat apa?” soal Aura. Nampak seperti kemarahannya sudah redah. Aqua menghela nafas lega. Dia mengambil tempat disisi Aura.
            “Saya tak tahu…saya buat hajat kat Wish Maker tu pun sebab terlalu ikutkan perasaan, saya tak tahu pula perkara ni boleh berlaku,”  kata Aqua, kesal mengenangkan sikapnya.
            “Apa hajat kau?” soal Aura tiba-tiba.
            “Em..bolehkah bagitahu? Kalau tak terkabul macam mana?” kata Aqua dengan muka tidak bersalah.
            “Apalagi yang kau harapkan kalau kita dah parah macam ni?” kata Aura. Aqua lantas tersedar. Betul juga kata Aura. Aqua menyokong dalam hati.
            “Em, saya taknak jadi pengecut,” jawab Aqua.
“So, kau ni selalulah kena buli?” Aqua mengangguk.
“Kenapa?” soal Aura. Aqua tersenyum.
“Sebab saya pengecut,” ringkas saja jawapan Aqua. Aura hanya mengangguk faham. Dia tahu bagaimana rasanya dibuli, bukan kerana dia pernah dibuli tapi Alfa pernah dibuli suatu ketika dulu dan itu lebih sakit daripada dia sendiri yang dibuli. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk mengikuti persatuan karate, untuk melindung Alfa.
 “Kau pula?” soalnya pula.
            “Well..aku bukan pengecut tapi aku nak ubah sikap aku itu saja. Aku cuma nak jadi anak yang baik, yang patuh pada ibubapa tapi aku tak boleh tahan keinginan aku pada karate sebab itu aku pergi Wish Maker,” jawab Aura.
            “Argghhh!” Aura mengaru-garu kepalanya kasar. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya selepas itu.
            “Takkan takda cara lain untuk balik ke badan asal kita?” soal Aqua. Aura menggeleng. Bukan tiada maksudnya, tetapi tidak tahu!
Aura tersentak, dia teringat FA. FA yang menyarankan dia agar membuat hajat di Wish Maker, sudah tentu dia tahu apa yang perlu mereka lakukan selepas ini.
            “Aku tahu. Kawan aku mungkin boleh bantu,” kata Aura, bersemangat.
            “Tapi macam mana? Mungkin papa kau tengah cari saya sekarang dan mungkin juga Uncle Beck tengah cari kau. Kita tak boleh keluar dari bumbung ni,” kata Aqua. Aura kembali berfikir. Aqua segera memeriksa poket bajunya dan sebuah telefon bimbit dikeluarkan.
            “Aura,” panggilnya sambil menunjukkan telefon bimbit berwarna putih itu kepada Aura. 


            “YAH! Kau pergi mana? Semua orang cari kau tau tak?” sebaik saja panggilan dijawab, Aura terus menjarakkan telefon bimbit itu dari telinganya.
            “Shhuuu! Perlahan sikit suara kau. Aku masih di hospital,”
            “Wait, wait! Kenapa suara kau macam pelik aja ni?”
            “Ish…ini bukan masanya untuk kau bertanya, aku nak kau ke bumbung hospital sekarang juga,”
            “Huh, buat apa sana? Tunggu, kau nak bunuh diri? Kau kan baru aja sedar?”
            “FA! There’s no time. Cepat datang ke bumbung sekarang juga, kalau tak aku betul-betul terjun!” ugut Aura, geram dengan sikap kawannya yang lambat pick-up itu.
            “Okey, okey… kau ni,” nada FA berubah kesal.
            “Sebelum itu, ada sesiapa disebelah kau?”
            “Takda, kenapa nak aku panggilkan?”
            “Tak, tak, tak! Begini, aku nak kau naik ke atas bumbung hospital ni sekarang juga, dan ingat pastikan kau bersendirian,”
            “Wei, apasal tiba-tiba jadi macam movie james bond ni?”
            “Jangan banyak tanya boleh tak? Naik saja, tapi seorang aja tau!”
            “Okey, okey… kau nilah, banyak ragam!” talian terus dimatikan. FA memandang kiri kanan, memastikan tiada siapa yang melihatnya. Dia memandang ke atas bumbung bangunan dari taman hospital. Tertanya-tanya dia apa yang kawannya ingin lakukan.

*****

            FA diam seribu bahasa, hanya matanya yang seakan berkata-kata. Matanya bergilir-gilir memandang dua gadis yang hampir seiras. Aura dan Aqua. Nama yang hampir sama, wajah yang sampir sama dan juga bentuk tubuh badan yang sama. Ini mimpi atau reality?
            “FA!” Aura cuba mengejutkan FA sambil tangannya melambai-lambai dihadapan FA. FA yang tersentak terus memandang tubuh Aura yang kini didiami oleh jiwa Aqua.
            “Sinilah!” kata Aura sambil menarik wajah FA supaya menghadapnya. FA dan Aura bertatapan, seketika kemudian FA kembali memandang Aqua.
            “Siapa dia ni?” soal FA pada Aqua. Aura menjegilkan matanya. Aqua hanya diam melainkan memandang Aura.
            “FA, aku tahu ini memang tak masuk akal tapi percayalah sekarang aku adalah Aura,” kata Aura cuba menjelaskan keadaanya.
            “Aku tak faham..apa maksud kau?” FA meminta penjelasan yang lebih terperinci.
            “Okey, kita start dari awal. Ingat tak kau pernah suruh aku buat hajat dekat Wish Maker?” FA mengerutkan kening.
            “Macam mana kau…” ayat FA terhenti.
            “FA, aku dah cakap tadi, sekarang aku adalah Aura dan gadis yang pakai badan aku ni bukan aku, kami berdua berganti jiwa. Jiwa aku ada dalam tubuh dia, dan jiwa dia ada dalam tubuh aku.  Faham tak?” kata Aura. Sedaya upaya meyakinkan FA tentang keadaan mereka. Aqua pula hanya mengangguk apabila FA memandangnya.
            “Okey…aku rasa aku macam nak pitam!” kata FA sambil menekan dahinya.
            “Eh, jangan! Kau tak boleh pengsan, kau sajalah harapan kami FA. Kami perlu pertolongan kau!” kata Aura pantas.
            “Sekejap…aku takkan pengsan sekarang. Bagi aku sedikit udara,” katanya lalu mula menarik nafas dan menghembus nafas. Tarik dan hembus. Keadaan itu berterusan selama beberapa minit. Aura dan Aqua hanya boleh memerhati.
            “Ini memang tak masuk akal!” katanya setelah selesai menenangkan dirinya.
            Aura dan Aqua serentak mengangguk. “Kami tahu,” jawab Aura.
            “Macam mana kamu…oh! AKu tak percaya yang aku akan tanya soalan ni. Macam mana kamu boleh berganti jiwa?”
            “Sebab tulah aku panggil kau. Aku nak tanya soalan yang sama,”
            “Well, I don’t know,”
            “FA, kau juga yang suruh aku pergi Wish Maker tu, dah jadi macam ni kau tak tahu pula?”
            “Aku memang tak tahu macam mana benda ni boleh berlaku Aura, I wish I know, but I don’t. I’m sorry,” pinta FA. Aura dan Aqua mengeluh lemah.
            “Maaf FA, ini bukan salah kau. Aku tak patut cakap macam ni,”
            “It’s okey. tapi mungkin Tok sami boleh tolong,” tiba-tiba FA terfikir satu idea baru.
            “Begini, kau tahu tak kenapa kami boleh berganti jiwa?”
            “Tok Sami?” ulang Aura semula. Baru dia teringat, dia ada seorang datuk yang bergelar Sami di kampung mereka. Dia hanya pernah bertemu datuknya tiga kali saja semasa dia berumur 10 tahun dan 15 tahun, semasa dia mahu meminta restu untuk memasuki peperiksaan.
            “Kau rasa Tok Sami ada jalan penyelesaian tak?” soal Aura.
            “Kalau kita tak cuba, kita tak tahu, kan?”
            “Tapi bagaimana dengan saya? Saya tak tahu jalan ke tokong,” setelah lama menjadi pendengar, akhirnya Aqua bersuara.
            “Ingatkan dah bisu, FA kan ada. Dia tahu jalan ke Tokong,” Aqua mengangguk, kemudian dia bertanya lagi.
            “Macam mana pula dengan kau?”
            “Kenapa dengan aku?”
            “Mungkin selepas kejadian ni, mama akan ketatkan lagi pengawalannya pada kau. Tapi, kalau kita bagi tau uncle Beck, mungkin uncle boleh bantu,” jawab Aqua.
            “Siapa uncle Beck?” soal Aura.
            “Dia adalah penjaga saya, semua hal yang berkaitan dengan saya dia yang uruskan. Jadi, kita biarkan dulu keadaan ni menjadi tenang sebab saya yakin mama dan uncle Beck masih lagi trauma. Selepas seminggu barulah kita jalankan rancangan kita ni, macam mana?” kata Aqua tanpa sedikit pun kecacatan. FA dan Aura hanya mengangguk.
            “Kalau begitu kita jumpa lagi selepas seminggu. FA, kau bolehkan perhatikan Aqua. Kau tahu benar sikap aku macam mana, kan?” kata Aura. FA mengangguk faham.
            “Aqua, kau tak perlu risau pasal aku sebab aku boleh jaga diri aku sendiri. Aku takkan biarkan sesiapa membuli aku. Aku akan tunaikan hajat kau,” kata Aura. Aqua tersenyum.
            “Saya juga. Saya akan tunaikan hajat kau,” balas Aqua. Sedikit sebanyak, hatinya sudah boleh menerima keadaannya walaupun masih janggal.

*************************************** 
P/s : sy tak tahu kalau n3 kali ini cukup memuaskan.. enjoy reading~
oya~watak Leon dan Dave sudah ditukar ^.^

3 comments:

  1. sebenarnya.. sye lagy suka yang dulu~ tapi yang ni pun oke! agak menarik!! dan sye tertarik!! hehe~

    ReplyDelete
  2. suka3
    dah makin menarik :)
    tapi hana tak sabar nak baca n3 sal leon dgn aura nanti
    :p

    ReplyDelete
  3. btl2.. sy juga sma lbh suka yg lama.. tp yg nie pn okey gak.. still le layan agi...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.