Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

08 December, 2010

Substance 6 : I’m Aqua, She’s Aura


I’m Aqua, She’s Aura


            “AQUA! Aqua pergi mana?” soal Puan Narisa risau sejurus melihat Aura sedang menghampirinya diiringi Uncle Beck dan beberapa lagi pengawal peribadi. Puan Narisa yang sedang menunggu bersama doktor yang bertugas merawat anaknya segera membawa Aura masuk ke dalam wadnya. Aura yang sedikit janggal membiarkan saja wanita itu memapahnya masuk.
            “Aqua nak buat mama takut lagi, nak mama pengsan lagi macam hari tu?” kata Puan Narisa. Aura menggeleng dengan senyuman kelat dibibir. Sebenarnya dia tidak tahu-menahu apa yang wanita itu sedang perkatakan kepadanya. Puan Narisa terus mendekap Aura, rasa risaunya semakin hilang apabila melihat Aura berada didepannya.
            “Kenapa Aqua tiba-tiba lari? Aqua ada apa-apa yang tak kena?” soal Puan Narisa pula. Aura sekadar menggeleng. Tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun.
            “Dr. Kumar, ada apa-apa yang berlaku dengan anak saya selepas kemalangan tu?” soalnya pula kepada Doktar Kumar.
            “Seperti yang saya katakan pada puan semalam, anak puan tidak mempunyai sebarang bentuk kecederaan, tubuhnya tidak mempunyai masalah,” terang Dr. Kumar lagi.
            “Dia berkelakuan seperti itu pagi tadi adalah perkara biasa bagi orang yang mengalami koma. Pesakit seperti ini biasanya masih terkejut dengan kejadian yang telah menimpa mereka, jadi Puan tidak usah risau kerana anak Puan baik-baik saja,” kata Dr. Kumar. Puan Narisa menghembus nafas lega.
            “Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu Puan,” Dr. Kumar pun meminta diri. Uncle Beck menutup pintu wad itu. Puan Narisa memandang anaknya. Wajah Aura diusap. Melihat anaknya yang sudah sedar dari koma membuatkan perasaannya betul-betul tenang dan damai.
            Tapi berlainan dengan Aura, dia betul-betul gementar. Tangannya sudah sejuk apabila memikirkan wanita dan lelaki dihadapannya itu langsung tidak dikenalinya. Bolehkah dia meyakinkan mereka bahawa dia masih Aqua?
            “Aqua betul-betul buat mama risau tadi, mama macam tak boleh bernafas bila Aqua lari macam tu aja,” kata Puan Narisa. Aura tersenyum kelat. Mulutnya langsung tidak boleh menjawab.
            “Aqua lapar tak?” soal Puan Narisa sambil mengesat air matanya yang hampir menitis. Dia pernah mengalami perkara seperti itu dulu, sudah tentu kejutan yang diterimanya dua kali ganda hebtnya daripada dahulu.
            “Aura, please…kalau Aura dah balik ke wad, jangan buat mama risau ya? Buat seperti tiada apa-apa,” kata-kata Aqua tadi tiba-tiba terngia-ngia ditelinganya. Aura tersenyum.
            “Oh, saya betul-betul lapar. Saya nak makan banyak-banyak hari ini!” jawab Aura riang diikuti dengan tawa. Puan Narisa terikut senyum.
            “Uncle, tolong bawakan makanan untuk Aqua ya,” kata Puan Narisa. Uncle Beck segera menurut. Dia pun keluar dari wad.


            “KAKAK!” Alfa yang ternampak Aqua dan FA berlalu di koridor menuju ke wad tiba-tiba menjerit. Aqua terpinga, dia segera memandang FA.
            “Jangan risau, dia Alfa adik Aura,” bisik FA seakan faham dengan pandangan Aqua.
            “Kakak pergi mana?” soal Alfa sebaik saja tiba ditempat Aqua dan FA berdiri.
            “Dia bersiar-siar sekejap, jangan risau dia tiada apa-apa,” jawab FA.
            Bahu Aqua ditapis kecil. “Yah, kalau nak pergi mana-mana lagi, bagitau dulu. Mama dah risau macam cacing kepanasan diwad,” kata Alfa lagi. Dia juga terikut risau sejurus saja mendengar kakaknya tiba-tiba saja menghilang. Sudah cukup kakaknya mengalami kemalangan 3 hari lalu, janganlah dia hilang tiba-tiba pula. Silap-silap ibu mereka pula yang koma 3 hari. Palis-palis.
            “Jomlah,” kata FA pula membawa Aqua balik ke wadnya.

*****

            AURA ternganga. Hidungnya kembang-kempis memandang rumah yang ada dihadapannya itu. Kakinya seperti ingin patah dek terkejut. Rumah dihadapannya itu betul-betul besar, lebih besar daripada sekolahnya, lebih besar daripada Santina Town, bandar kecil tempat tinggalnya. Aku tak sangka Aqua ada rumah sebegini besar..bukan! Ini bukan rumah, ini istana!
            Aura memandang ke belakang. Ada sebuah tasik terletak tidak jauh dari Mansion itu. Kawasan Mansion itu dikeliling dengan pokok-pokok subur menghujau. Asyik matanya bergerak dari kiri ke kanan, matanya tiba-tiba berhenti sebaik saja terpandang warna selain daripada hijau. Merah jambu. Cantik.
            “Aqua?” bahu Aura disentap. Dia tersentak.
            “Huh?” soalnya kembali ke alam reality. Puan Narisa tersenyum.
            “Kenapa? Rindu sangat dengan rumah?”
            “Huh? Eh…yah!” jawabnya tertawa kelat.
            “Jom masuk,” tangan Aura ditarik masuk. Dua orang pengawal yang berdiri disebelah-menyebelah pintu membukakan pintu untuk mereka.
            “Selamat pulang, cik muda!” bom! Sejurus dia melangkah masuk, berbaris pembantu rumah berdiri dihadapannya sambil memegang banner bertulis ‘WELCOME HOME, YOUNG MISTRESS’. Wajah mereka kelihatan ceria menyambut kepulangannya.
            Buat kedua kalinya, Aura ternganga lagi. Kali ini rahangnya seperti ingin tercabut dari wajahnya. Tumpuannya bukan pada pembantu-pembantu rumah yang berbaris panjang dihadapannya tapi ruang tamu didepannya itu luas sebesar sebuah dewan. Lantai marmar bercahaya putih keemas. Licin. Disudut kiri ruang tamu terletak sebuah piano berwarna putih. Disebelah kanan pula lengkap dengan perabot-perabot yang sudah semestinya diimport dari luar negara. Itu baru ruang tamu, entah apa lagi yang akan menyusulnya selepas ini.
            “Aqua? Kenapa ni, macam pertama kali masuk rumah,” kata Puan Narisa. Aura tersentak.
            “Oh, ya! Aku rindukan ruamh, itu saja,” Aura segera memberi respon. Tiba-tiba datang seorang pembantu rumah menghampiri Aura dengan sebuah troli berisi sebuah kek bertingkat tiga. Diorang sambut kepulangan aku…I mean, Aqua? Aura sempat berfikir dalam hati.
            “Wah,” pujinya tanpa sedar.
            “Aqua macam tak suka aja dengan sambutan ni?” kata Puan Kastina seakan kecewa.
            “Oh, tak, tak, tak! Aku suka, suka sangat! Suka macam kali pertama orang sambut kepulangan aku,” jawab Aura cepat. Puan Narisa tersenyum lagi.
            “Potonglah kek tu,” arah Puan Narisa. Aura memandang kek tersebut. Rasa sayang pula nak potong kek ni, aku mana ada pernah ada kek begini besar tiga tingkat lagi. Tapi memandangkan aku ni Aqua..hmmm…
            Aura mencapai pisau plastik yang terletak disebelah kek itu dan perlahan-lahan memotong kek tersebut. Sejurus dia siap memotong, tepukan gemuruh terus berkumandang.

           
            AQUA melabuhkan punggung dibucu katil milik Aura. Matanya meliar diseluruh ruang bilik itu. Dia tersenyum. Bilik yang kecil tapi membawa perasaan yang nyaman. Bilik yang kecil tapi mempunyai segala-galanya. Meja yang kecil tapi lengkap dengan alat elekrtonik, cuma sedikit bersepah dengan majalah-majalah fesyen.
Aqua menghirup udara dan serentak itu dia terbatuk. Pancaran matahari yang memantul ke bilik itu menampakkan ketebalan habuk yang berterbangan.
            Dia memandang lantai pula. Baju-baju bersepah, raga kecil pula dipenuhi dengan pakaian. Katil itu pula ditimbuni dengan pakaian bersih. Macam manalah Aura boleh hidup dalam bilik yang macam ni? Soalnya dalam hati. Lalu dia berdiri. Baju-baju yang berselerak diatas lantasi satu-persatu dikutip dan dimasukkan ke dalam raga. Baju-baju bersih yang bertimbun diatas katil satu-persatu digantung didalam almari.
            Aqua menuju pula ke meja. Majalah-majalah yang berselerak disusun dan diletakkan disudut meja. Pen dan pensil yang merata dimasukkan ke dalam gelas kecil yang dipercayai tempat penyimpan pensil.
            Puan Newlina yang sudah lama berdiri diluar, memerhati Aqua seakan tidak percaya. Masakan tidak, anaknya itu tidak pernah mengemas bilik sekalipun dipaksa.
            “Kenapa mama?” soal Encik Zurdi sambil mendekati isterinya dengan sebuah dulang berisi makanan ditangannya.
            “Tu,” jawapnya sepatah sambil memuncungkan mulut kearah Aqua yang sibuk mengemas bilik. Encik Zurdi tersenyum.
            “Mama, papa tau mama terkejut. Mama turun dulu, ya?” kata Encik Zurdi sambil menolak kecil bahu isterinya untuk turun ke bawah. Dia pula melangkah masuk ke bilik Aqua dan menutup pintu itu.
            “Aqua, mari makan,” katanya. Dulang diletakan diatas katil. Aqua segera mendekati Encik Zurdi.
            “Terima kasih uncle, tapi uncle tak perlu bawa makanan ke atas. Menyusahkan uncle saja,”
            “Tak, untuk anak papa, duduk dulu makan. Kang mama kau masuk, terkejut pula dia,” kata Encik Zurdi. Tetap membahaskan dirinya sebagai ‘papa’ walaupun sudah jelas ditelinganya Aqua memanggilnya sebagai ‘Uncle’.
            “Terima kasih, uncle,”
            “Jangan panggil uncle, panggil papa. Nanti ada orang dengar,” kata Encik Zurdi sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Aqua sekadar mengangguk. Dulang dicapai lalu diletakkan atas pahanya.
            “Pasta?” katanya seakan terkejut. Hidangan dihadapannya seperti hidangan di rumahnya.
            “Kenapa dengan pasta?”
            “Takda, uncle… maksud saya… pa… pap..” suara Aqua seperti tersekat dikerongkong. Wajah Aqua tuba-tiba berubah sedih.
            “Tak apa, ambil masa. Aqua boleh panggil papa perlahan-lahan,”
            “Uncle tau masak pasta?”
            “Mestilah. Macam yang Aqua nampak, dibawa tu restoran pasta cuma tak banyak pelanggan, maklumlah tangan saya ni dah hilang rasa,”
            “Oh, Aqua suka memasak. Aqua selalu memasak dirumah, kalau boleh nak juga belajar masak pasta,” kata Aqua. Encik Zurdi tersenyum.
            “Tapi Aura tak suka memasak, pergi dapur pun tak pernah. Macam mana Aqua nak jadi dia?” Aqua mengaru belakang kepala. Wajahnya kelat. Saya bukan nak jadi Aura pun. Dia menjawab dalam hati.
            “Tak apalah. Aqua habiskan makanan ni, nanti hantar kat bawah, ya,” kata Encik Zurdi. Aqua sekadar mengangguk. Encik Zurdi pun beredar keluar.
           
*****

            DUA orang pembantu rumah membukakan pintu bilik untuknya. Dalam hati, dia berdoa janganlah ada kejutan lagi selepas inji walaupun dia tahu apa yang bakal menyusul. Pintu bilik itu pun sudah selebar pintu dewan sekolahnya, apalagi isi bilik itu.
            Mulut Aura perlahan-lahan ternganga. OH. MY. GOD. Ayat itu perlahan-lahan disebut dalam hati.
            Zup! Aura lantas terduduk. Tidak dapat menanggung perasaan gemuruhnya. Melihat susun atur dan keluasan bilik Aqua membuatkan dia langsung tidak boleh berdiri. Dia menelan liur berkali-kali.
            “Cik Muda!” Uncle Beck seakan menjerit. Aura terus dipapah berdiri.
            “Kenapa cik muda? Cik Muda sakit?” soalnya risau. Aura menggeleng perlahan. Dia mengalihkan wajah tanpa riak itu kepada Uncle Beck. Uncle Beck mengerut kening.
            “Ini bilik aku?” soalnya. Lelaki separuh abad itu mengangguk. Aura terus melepaskan tubuhnya dari tautan Uncle Beck. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Serentak itu matanya terus meliar disetiap sudut bilik. Wah, besarnya bilik ni. Lebih besar dari kedai kami. Berapa agaknya duit yang diorang guna untuk beli rumah ni. Satu juta? Aura menggeleng.
Aura membelakang menghadap uncle Beck. “Uncle, mungkin aku tak pernah tanya sebelum ini, tapi berapa harga rumah ni?” soal Aura tanpa berfikir panjang. Terletus tawa dua orang pembantu rumah yang masih berdiri dikaki pintu itu. Uncle Beck segera menoleh kearah mereka, memberi renungan yang bererti amaran. Serta-merta mereka senyap dan beredar.
“Mansion ini bukan dibeli, tapi dibina oleh nenek moyang cik muda sejak berkurun-kurun lagi. Kos17 million,” Aura segera menekup mulutnya seakan telah mendengar satu berita buruk. Oh my God…17 million? Aura mula berjalan ke katil yang terletak berdekatan balkoni dan dia mula mengira dengan jari-jarinya. pembinannya mencecah
Pendapatan keluarga kami setahun cuma RM 5000, untuk mencapai 17 million, kami perlu…. Tak, kami tak boleh buat apa-apa!
Uncle Beck yang masih berdiri ditempatnya hanya memerhati tingkah-laku Aura yang risau bagaikan sudah membunuh seseorang. Kepalanya digaru sehingga rambutnya menjadi kusut masai. Uncle Beck menggeleng kepala. Dia mendekati Aura.
            “Cik Muda?” panggilnya. Tapi Aura masih lagi berfikir seperti hari itu adalah hari terakhirnya.
            “Cik Muda!” Uncle Beck meninggikan sedikit suaranya. Aura akhirnya tersentak. Dia segera memandang lelaki tua itu. Dia bingkas bangkit dan membetulkan rambutnya.
            “Uncle tau, mungkin perasaan cik muda masih terganggu jadi uncle akan tinggalkan cik muda. Cik muda berehatlah,” kata Uncle Beck sambil tertunduk dihadapnnya. Aura terkulat-kulat.
            “Oh, ya. Okey!” jawabnya. Uncle Beck pun beredar. Pintu ditutup. Sebaik saja pintu itu tertutup rapat, Aura terus menghempaskan tubuhnya ke katil sambil melepaskan satu keluhan lega. Senyuman terukir dibibirnya. Aku…aku kaya!
            “Yes, yes, yes!!” jerit Aura lantas bangkit dan melompat-lompat diatas katil itu. Hatinya betul-betul senang dengan keadaannya sekarang, boleh menikmati kehidupan yang mewah, rumah besar, makanan sedap-sedap, pakaian mahal-mahal dan lagi, dia jauh dari masalah disekolah, jauh dari mamanya yang selalu menghalangnya menyertai karate.
            Tetapi perasaan itu hanya meninggalkan sedikit kesan. Senyuman yang mekar dibibirnya perlahan-lahan pudah. Dia terduduk lemah. Wajahnya berubah sedih secara drastik.
            Bolehkah aku hidup tanpa mama? Boleh aku hidup tanpa papa, Alfa, FA, Dave dan kawan-kawan yang lain? Sekarang pun aku dah mula rindukan diorang. Apa patut aku buat?
             

********************************************************** 
P/s : ya, saya tahu chapter kali ini agak membosankan, betul? sorry...kita pelan2 ya? 
enjoy and drop some comment please ! <3

5 comments:

  1. cepatlah sambung!!

    ReplyDelete
  2. hm....nak ckp jujurnya, sy ttp bc gak.

    ReplyDelete
  3. lifestyle diorang mmg totally bezala^^
    huhu

    ReplyDelete
  4. waaa....best2... lain skit dari yg lama... interesting... chayok2... :)
    love amie

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.