Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

20 December, 2010

Substance 7 : Disaster Cinderella



Disaster Cinderella


            KEDENGARAN bunyi piano berkumandang dari Taman Sakura. Irama yang tidak asing lagi bagi pembantu-pembantu rumah di Crown Villa itu. Jari-jemari Leon yang menari diatas papan kekunci itu telah menghasilkan satu irama yang sungguh menyentuh hati ibarat irama itu dapat melakukan keajaiban. Leon tersenyum sambil menutup matanya untuk menghayati perasaannya itu.
            “Tuan muda sungguh kacak, beruntung aku diterima kerja disini,” kata salah seorang pembantu rumah yang sedang berdiri ditingkap memerhati Leon bermain piano ditaman. Teman-temannya yang lain turun menghampiri mereka. Kedua-dua tangan dibawa ke dada.
            “Tengoklah senyuman dia tu. Aduh… kalau hari-hari nampak Tuan muda senyum, tak makan dua minggu pun boleh hidup lagi,” kata mereka lagi. Tidak serik-serik memuja putera idaman mereka itu.
            “Tuan Muda memang kacak seperti selalu!” jawab yang lain pula. Perasaan mereka terus saja gembira apabila mendengar irama piano dari Tuan Muda mereka itu. Seperti semua tekanan mereka terlepas dari dada.
            “Ehem, ehem! Dah habis kerjakah?” tiba-tiba Nanny Vdya muncul dari belakang mereka. Segera mereka berpaling dengan wajah terkejut.
            “Be..be..belum, Chief,” jawab mereka gugup.
            “Kalau belum, habiskan kerja dulu. Macam tak tahu etika kerja saja,” kata Nanny Vdya tegas. Kedua-dua tangan dibawa ke belakang. Tiga pembantu yang bertugas diruang tamu itu tertunduk-tunduk memohon maaf seketika kemudian mereka pun kembali berkerja. Nanny Vdya sekadar menggeleng. Dia tidak boleh juga menyalahkan pembantu rumah itu sepenuhnya, sudah irama Leon itu yang menarik perhatian mereka. Dia sendiri juga tidak boleh menafikan bahawa irama itu mampu memikat sesiapa saja.
            “Ada apa nanny?” jari-jemari Leon terus saja berhenti bermain setelah tersedar Nanny Vdya sedang berdiri menunggu dibelakangnya. Dia memusingkan badannya kearah Nanny Vdya. Wanita berumur 50-an itu mengukir senyuman. Menampakan sedikit kedut dihujung matanya.
            “Irama ini tidak pernah membosankan walaupun sudah kerap kali didengar, Tuan muda. Mungkinkah jari-jemari tuan muda sentiasa menyalurkan tenaga pada keyboard tu?” kata Nanny Vdya berseloroh. Leon sekadar tersenyum mendengar pujian itu.
            “Nanny nak cakap apa? Kalau dah berdiri belakang saya macam tu mesti ada apa-apa, kan?” teka Leon.
            “Betul Tuan Muda, nanny dapat tahu yang Cik muda Aqua baru saja keluar dari hospital tadi,”
            “Hmm... cepat juga dia sedar.  Saya dengar kemalangan tu teruk. Tiga-tiga kereta yang bertembung hancur teruk, tapi tiada satu pun tercedera. Pelik, macam ada sesuatu aja,” kata Leon.
            “Tapi itukan cuma khabar angin. Takda berita yang menyiarkan kemalangan tu,” kata Nanny Vdya.
            “Tak, sebab Leon ada check internet dan gambar kemalangan tu memang ada tapi sehari selepas itu berita pasal kemalangan tu dah takda. Macam berita itu sengaja dipadam, mesti ada sesuatu disebalik semua ni,” kata Leon. Dia pasti dengan kata-katanya. Masakan kemalangan teruk seperti itu tidak disiarkan dalam berita, apatah lagi mangsanya adalah Aqua, anak Uncle Josephine. Muskhil!
            “Setahu nanny, kalau dalam internet ada dan berita takda bermakna berita itu tak betul, tapi kalau ada dalam internet dan berita, kemalangan teruk memang betul berlaku. Tapi semalaman nanny tunggu berita tu keluar tapi takda pun,” Leon berfikir. Dia masih lagi pasti dengan perasaannya. Tapi tidak mahu berlaga pendapat dengan Nanny Vdya dia biarkan saja.
            Leon mengangguk. “Mungkin betul juga. So, kenapa nanny bagitau Leon pasal perempuan tu?” soal Leon.
            “Mungkin Tuan muda nak tahu,”
            “It’s okey nanny, Leon nak masuk dulu. Suruh mereka masukkan piano ni,” arah Leon lantas melangkah masuk ke dalam Mansion. Nanny Vdya hanya menghantranya dengan pandangan saja.

*****

            “Argghhh!!!” prang! Dulang yang ditatang penuh cermat itu lantas terlepas dari tangan apabila terdengar suara jeritan dari arah bilik anaknya. Puan Narisa lantas berlari menaiki tangga. Serentak itu bunyi alarm mansion berkumandang membingitkan telinga, sejurus itu berpusu-pusu pembantu rumah dan pengawal menuju ke bilik Aura.
            “Aqua, sayang! Ada apa?” soal Puan Narisa menjerit kerisauan sambil memulas-mulas tombol pintu kamar mandi yang terkunci. Sementara para pengawal memeriksa disetiap sudut bilik itu kalau-kalau ada pencuri masuk.
            “Uncle cepat buka pintu ni!” gesa Puan Narisa kepada Uncle Beck yang sedang cuba membuka pintu itu dengan master key.
            “Stop, stop! Jangan masuk!!” sejurus jeritan itu pintu terbuka dari luar. Nasib baik Aura cekap mengunakan ilmu karatenya mencapai tuala yang tersangkut menggunakan kakinya. Puan Narisa dan Uncle Beck melangkah masuk begitu juga dengan pengawal itu. Aura menelan liur. Nasib baik aku dah pakai tuala, kalau tak malulah aku!
            “Apa basah ni?” soal Puan Narisa sambil memandang lantai kamar mandi yang sudah dibanjiri dengan air. Sementara pengawal-pengawal itu pula memeriksa diseluruh pelosok kamar mandi.


            “Aku rasa paip tu dah rosak, air tu taknak keluar. Jadi aku…” Aura tidak meneruskan kata-katanya. Dia rasa malu dengan dirinya sendiri. Puan Narisa terus mengarahkan pengawal-pengawal dan pembantu-pembantu rumahnya untuk keluar. Bathrobe lebihan dicapai lantas menyarungkan ke badan Aura.

            “APA? Aqua tendang pili paip tu? Macam mana Aqua boleh tendang, mama tak faham,” soal Puan Narisa pelik. Dahinya sudah berkerut seribu tidak faham. Aish, kenapa pula tak faham? Aku dah balik-balik cerita details lagi. Aku cakap air taknak keluar jadi aku tendanglah, tak sangka pula kaki aku ni kuat sangat menendang sampai pili paip tu patah! Aura menerangkan dalam hati. Sebenarnya cuba menyabarkan dirinya sendiri.
            “Aku tendang sebab air taknak keluar,” selamba saja Aura menjawab semula. Uncle Beck yang sedar tadi menjadi pendengar sudah mula syak sesuatu.
            “Eya, mama tahu. Tapi, macam mana Aqua boleh tendang?” Aura hampir sesak nafas mendengar soalan wanita itu. Sekarang dia pula yang pening. Entah apa-apa orang tua ni cakap? Aku pula yang tak faham.
            “Guna kakilah!” kata Aura. Puan Narisa menelan liur. Dia segera memandang Uncle Beck yang berada dibelakang mereka. Seketika kemudian dia pun membawa Uncle Beck jauh sedikit dari Aura.
            “Uncle macam mana ni? Mungkin kemalangan tu buat Aqua macam tu, Aqua dah lupa macam mana nak pasang paip,” katanya dalam keadaan berbisik.
            “Saya pun fikir macam tu puan. Mungkin puan tak perasaan tapi Aqua membahaskan dirinya ‘Aku’ dengan kita. Mungkin ini effect dari kemalangan tu,” kata Uncle Beck.
            “Saya perasaan uncle. Macam mana ni, perlukah kita ke doktor lagi?” mereka sama-sama memandang Aura yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala.


            “KAKAK!” gedebum! Aqua yang sedang asyik membelek rak buku terjelupuk atas lantai. Dia mengerang kecil. Alfa yang masih berdiri memandangnya tidak bersuara. Tiga saat kemudian, tawanya meletup. Berguling-guling Alfa ketawa atas lantai. Air matanya hampir menitis. Aqua mencebik. Dia pun berdiri lalu mengusap punggungnya. Kelat wajahnya tika itu. Orang jatuh, gelak pula. Well, bukan saya tak pernah kena macam ni pun. Bisik hatinya.
            Setelah beberapa saat berlalu, Alfa pun berhenti ketawa cuma masih bersisa lagi. Dia mendekati Aqua.
            Bahu Aqua ditepuk kecil. “Yah, macam mana kakak boleh jatuh? Macam buah kelapa jatuh dari atas pokok,” Alfa ketawa lagi. Aqua sudah memuncungkan mulut.
            “Siapa suruh kau masuk macam tu aja, terkejut saya,” kata Aqua. Alfa segera terdiam. Tahulah dia, kakaknya itu sedang menahan marah. Dia pun berdiri lalu melutut dihadapan Aqua. Aqua terpinga-pinga.
            “Alfa!”
            “Maaf kak. Jangan marah, jangan pukul saya,” Alfa sudah merayu. Aqua terus berdiri. Terkejut dengan perubahan sekelilingnya. Itu terlalu drastik baginya. Sebelum ini tiada siapa yang berani melutut dihadapanya, malah dia yang selalu melutut depan orang lain.
            “Alfa, jangan macam ni. Cepat bangun!” bahu Alfa dipaut. Alfa pun berdiri.
            “Kakak tak marah?”
            “Taklah, apa pula nak marah,” jawab Aqua membuatkan Alfa terdetik seketika. Aqua memandang Alfa.
            “Kenapa? Alfa nak saya marah?” Alfa cepat-cepat menggeleng. Takut. Aqua tersenyum.
            “Hmm…semua majalah ni saya punya?” soal Aqua, dia menuju ke meja belajar. Alfa mengerut kening. Apasal kakak tanya benda pelik ni?
            “Kenapa kakak tanya benda pelik ni?” kata Alfa. Aqua segera tersentak, baru dia tersedar.
            “Mungkin sebab kemalangan tu buat saya lupa beberapa perkara. Sorry,” Alfa semakin pelik. Sorry? Pertama kali dia mendengar kakaknya menyebut perkataan itu. Tapi betul juga, mungkin disebabkan kemalangan tu dia jadi macam ni. Kesian kakak.        “Majalah ni semua kawan kakak yang punya. Manalah kakak ada duit nak beli majalah,” Alfa ketawa.
            “Oya, Dave ada bagi pesanan pada aku, dia suruh sampaikan pada kakak,”
            “Siapa Dave?” tanyanya tanpa sempat otaknya itu memproses sebab dan akibat kelancangannya.
            “Kakak! Takkan Dave pun kakak boleh lupa!” marah Alfa. Aqua menelan liur.
            “Saya gurau saja, apa dia?” cepat-cepat dia membetulkan keadaan. Aqua, sejak bila kau pandai bergurau ni?
            “Dia kata dia nak minta maaf sebab dia tak sempat jemput kakak pulang dari hospital. Dia ada pergi tapi masa tu kakak masih belum sedarkan diri lagi,” Aqua mengangguk-angguk.
            “Tapi jangan risau, dia akan sampai sekejap lagi,” Alfa tersenyum. Aqua pula terkejut. Dia belum bersedia lagi menghadapai satu lagi manusia yang belum dikenalinya.
            “Apa? Saya nak buat macam mana ni?” soalnya cemas.
            “Kenapa, kakak dah rindukan Dave? Belum bersedia lagi nak jumpa dengan Dave? Alah, maafkanlah dia,” satu lagi balah menimpahnya. Sekarang dia sudah tidak faham apa yang Alfa ingin sampaikan. Maafkan Dave? Sebab apa?
            “Tak, bukan macam tu. Papa kau mana? Eh..papa kita mana?” soal Aqua, sempat tersasul dek terlalu cemas.
            “Ada dekat bawah. Kenapa ni kak?” soal Alfa tidak lagi diendahkan, dia terus keluar dari bilik itu. Pantas kakinya menuruni anak tangga, derap langkah juga kuat sehingga menarik perhatian si ibu.
            “Aura! Kau kan baru keluar dari hospital, nak lari-lari juga. Kang jatuh, aku juga yang susah!” bebel Puan Newlina. Spontan langkahnya mati. Oh! Uncle! Bila teringat pasal lelaki yang bernama Dave, dia berlari lagi menuju ke dapur.
            Tapi, langkahnya tiba-tiba mati apabila terdengar bunyi lonceng dari arah pintu masuk.
            “Hai Aura!” wajah seorang lelaki terpampang dihadapan pintu sambil membawa 3 jambak bunga…bunga tahi ayam? Biarkan pasal bunga tu, yang penting lelaki didepan ni.
            Aqua tersentak. “Perogol bersiri!” jari telunjuk segera diangkat. Dia adalah lelaki yang dijumpainya ditengah hutan semasa cuba melarikan dari dari pengawal-pengawal peribadinya. Lelaki itu yang membuatkan separuh dari nyawanya terbang.

*****

            “MACAM mana ni uncle?” kata Puan Narisa cemas sambil mundar-mandir dihadapan Uncle Beck.
            “Bawa bertenang puan, Dr. Kumar sudah terangkan bagaimana kondisi tubuh Cik muda macam mana. Ini mungkin disebabkan psikologinya terganggu sedikit. Puan Lebih tahu dari saya,” kata Uncle Beck. Sememangnya Puan Narisa lebih mengetahui tubuh anaknya kerana dia adalah seorang doktor.
            “Ya, mungkin betul cakap uncle Beck. Kita lihat lagi dalam masa beberapa hari ni. Kalau sikap Aqua semakin pelik, kita ke doktor,” cadang Puan Narisa. Uncle Beck hanya mengangguk menurut.
            “Puan berehatlah dulu, biar saya yang tolong tengokkan Aqua,” kata Uncle Beck. Puan Narisa mengangguk langsung menuju ke biliknya.
            Uncle Beck pula beredar dari ruang tamu itu. Sebelum menuju ke bilik Aura dia singgah sebentar ke dapur. Seketika kemudian, dia keluar bersama sebiji gelas berisi susu.
           
Sementara itu, dibilik Aura.

            “Lenguhnya…kenapa aku penat sangat hari ni, aku tak buat apa-apa pun?” soalnya sendiri. Bahunya diurut. Mungkin bukan tubuh aku yang penat, tapi otak dan perasaan aku sekarang. Kalau aku Aqua, dengan kejutan berturut-turut menimpa aku campur kejadian dikamar mandi, sudah pasti aku pengsan didepan mereka. Tapi nasib baik, aku masih lagi Aura. Harap-harap Aqua boleh bertahan dengan karenah ibubapa aku yang gila-gila itu. Berurusan dengan mereka bukan perkara senang macam goreng telur, ia umpama mencipta satu resepi baru!
            Aura menghembus nafas kecil lantas berdiri lalu menarik nafas. Lagak seperti melakukan Yoga. Dia duduk diatas karpet bilik itu. Untuk menghilangkan tekanan, Puan Newlina selalu membawa Aura melakukan Yoga. Katanya itu adalah ubat terbaik untuk menenangkan diri.
            Dengan tubuh yang fleksible, dia boleh melakukan hampir kesemua pergerakan yoga. Pergerakan tubuh ibunya masih segar diminda, satu-persatu dilakukannya dengan menutup mata. Mengumpul semua unsur-unsur semangat. Biar otak dan perasaannya kembali tenang.
            Setelah beberapa minit melakukan yoga, Aura pun berdiri. Perasaannya kembali normal. Fikirannya sudah tidak kusut lagi. Namun, terasa seperti dirinya baru saja melakukan kesalahan besar. Perasaannya tiba-tiba menjadi cemas semula.
            Kedengaran bunyi pintu terkuak. Mata Aura perlahan-lahan membulat. Peluh didahi mula menitis. Dia menelan liur. Dalam hati dia berdoa. Janganlah ada sesiapa yang melihatnya melakukan yoga tadi. Dan dia pun berpaling.
            Wajah Uncle Beck jelas terpampang dimatanya. Aura tidak boleh menjawab.
            “Macam…macam mana Aqua…” uncle Beck tidak menghabiskan ayatnya melainkan berpaling dan ingin keluar dari bilik itu. Tapi, Aura terus bertindak cepat. Dia meluru kearah pintu. Untuk tidak mengambil masa, dia melompat ala-ala ahli gymnastik dan tidak sampai sesaat, pintu tertutup rapat dengan kaki kiri melekat didaun pintu. Uncle Beck tersentak lantas terduduk atas lantai. Wajahnya kelihatan cemas, pucat, risau dan macam-macam lagi.
            “Uncle, dengar dulu apa yang aku nak cakap,” kata Aura. Kaki yang ada didinding dilarikan. Pintu segera dikunci dari luar.
            “Cik Muda, ada apa-apa masalah?” soal pengawal yang berdiri dipintu.
            “Takda apa-apa, tak perlu risau,” jawab Aura. Dia memandang uncle Beck yang masih lagi terkejut. Perasaannya tika itu bercelaru, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dan dia pun mengambi keputusan melutut dihadapan lelaki tua itu. 
****************************************************** 
p/s: sorry lama tak update..enjoy!

4 comments:

  1. huhu
    ada gak n3 H2)^^
    bagus2
    semakin menarik, keep it up okie
    mnanti n3 ntuk MBJ pulak
    :D

    ReplyDelete
  2. huhu...
    agak best...

    ReplyDelete
  3. aura kena bg tau kat uncle beak..
    nti br la ader org leh backup dia..
    hihihi...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.