Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

18 January, 2010

Blog dan Karya



Hai!!


Firstly..saya minta maaf sbb mgkn dlm masa terdekat ini saya tida ble post sbrg n3 sbb saya mau pi merantau…hehe..nda lah..saya pi ruma kakak sa ba..jadi nanny untuk anak2 dia..mgkn lama la jg saya di sana..jadi kalu dapat post n3 tu dptlah,kalau nda..ba,apa ble buat..tengok..sa bhsa saya pun cam gini sda..kalau ada yang nda fhm minta maaf…


Dan satu lagi..saya sudah menjadi ahli RF..apa itu RF??RF ini bermaksud Rumah Fantasi..sa nda tau mcm mna mau kasi terng jadi kamu msuk lah blog RF tu kalau mau tahu lebih lanjut lagi..


Http://ilhamdanfantasi.blogspot.com


Okey..dan disana saya ada mghntr satu lg karya bergenre fantasy bertajuk Violet Crescent,kalau mau tau itu ttg cerita apa..bacalah prolognya yg sa suda antar..baru prolog ba..


Dan lagi..masih ada lagi ni..

Ini blog ketiga saya,sila kunjung kalau ada masa ya??


http://violetcrescent.blogspot.com

16 January, 2010

Substance 4 : Who are you?


Substance 4 : Who are you?


“Uncle Beck!!!”


Lima orang pembantu rumah berpakaian uniform hitam putih yang sedang melap tangga segera menoleh kearah si pemanggil.Terkejut.Uncle Beck yang sedang membawa dulang berisi jar dan secawan pantas memandang atas tangga.Hampir terjatuh dulang itu dari tangannya.


Bukan mereka saja yang terkejut tapi begitu juga dengan pembantu-pembantu yang lain.Aqua tidak pernah berkelakuan begitu,kalaupun dia memanggil dia akan datang dekat dan bercakap.Bukan macam tadi,menjerit mengalahkan singa lapar.


Ada apa cik muda?” soal uncle Beck.Aura tersengih lantas berlari menuruni anak tangga.Mereka-mereka yang ada di sisi tangga itu sudah menadanh tangan,bersedia untuk menyambut cik muda mereka daripada terjatuh.Uncle Beck membeliakkan mata,dia juga takut perkara yang sama berlaku.


“jangan lari cik muda!” tegus Uncle Beck.


“Hayk!” Aura melompat dari anak tangga ketiga dan berdiri tepat-teoat dihadapan mereka.Uncle Beck menutup mata,takut dia dirempuh tapi tidak pula dia melarikan diri.


“Aku nak jalan-jalan kejap..jangan ada sesiapa yang ikut aku,okey?” kata Aura seakan memberi arahan.Uncle melihat jam ditangannya.9am??


“Tapikan masih pagi ni…”


“Ya..aku tau..tapi aku nak jalan juga..please??” Aura buat muka merayu.

“Ah’ha..yalah..tapi boleh uncle ikut?”” Aura berfikir seketika.Kemudian dia tersenyum.


“Okey!”


“Cik Muda itu bukan kawasan kita!” kata uncle Beck sambil menunjuk kearah belakangnya.Suaranya kedengaran sedikit risau.Aura seperti tidak mendengar suara uncle Beck.Matanya melekat di satu tempat yang ditumbuhi dengan pokok-pokok bunga sakura,besar dan tinggi.Bunga-bunganya pula berterbangan ditiup angin.Kawasan itu dipagari dan ada sebuah gate besar setinggi 15 kaki membentaginya.


Kalau dilihat melalui sudut atas,ada dua mansion bersebelahan,besarnya hampir sama tetapi mansion disebelahnya lebih besar yaitu mansion milik keluarga Edifier.


Dia ingat mau meneliti kawasan Mansion itu dan mencari tempat strategi untuk melarikan diri secara senyap-senyap tapi,Pokok bunga sakura itu terlalu menarik perhatian.Bukan dia tidak pernah tengok pokok bunga sakura,tapi ada satu aura yang memaksa dia untuk tetap memandang keanggunan itu.


Kaki Aura berjalan tanpa paksaan,bahkan Aura seakan telah di pukau.Dia berjalan dengan sendirinya.Uncle Beck bingung sendiri.Dia segera mendapatkan Aura.


“Cik muda!” bahu Aura ditolak perlahan.Aura tersentak.


“Boleh aku pergi sana?” Tanyanya sambil menunjuk pokok tersebut.


“Tak boleh..kawasan itu bukan milik kita..itu milik keluarga Edifier,”


“Tapi..aku bukan jumpa dengan keluarga Edi..bla..bla..pun?Aku cuma nak tengok pokok tu aja,”


“Tapi..”


“Jangan risau..diorang bukan selalunya ada di sana pun,kan?Aku pergi dulu..tak perlu tunggu aku..bye!” Aura terus berlalu sebelum sempat uncle Beck membalasnya.


“Cik muda!!” pangginya tapi panggilan itu seperti angin yang hanya melintasi Aura.


“Cik muda lupakah yang tempat itu tempat kegemaran Tuan muda Shinichi?” uncle Beck mengumam sendiri.Aura sudah pun membuka pagar setinggi 15 kaki itu.Uncle Beck hanya boleh berdoa dalam hati agar Tuan Muda Shin yang dikatanya tadi tiada di sana.


“Uwahhh!!!” Aura seakan menjerit sambil berpusing-pusing di bawah pokok sakura itu.Ada beberapa pokok lagi yang tumbuh merimbun di sekelilingnya.Aura duduk.Rumput hijau itu sudah ditutupi dengan daun bunga sakura,macam salji.Kemudian Aura berbaring sambil membelahkan tanganya menyentuh rumput.Segar dan cantik.


“Rorr!!” Aura segera duduk tegak.Anjing??Ada anjing???Kenapa uncle tak cakap???Aura memandang ke kanan di hadapan gate,dari juah dia boleh nampak ada seekor anjing Chichewa,kecil tapi matanya garang menikam Aura.Aura bingkas bangkit.Ini tak boleh jadini,macamana aku nak lari..dia ada depan gate?????Okey..relax..relax..fuh..sup..fuh..Aura tarik hembus nafas.Aura mengundur.


Setapak..dua tapak..tiga tapak..dan berlari sekuat hatinya,namun anjing itu cekap,dia terus mengejar Aura sebaik Aura berlari.Aura memandang belakang.Dia kejar aku???Alah..kenapa keadaan ini selalu terjadi pada aku??!!Aura berlari lagi sehingga anjing kecil itu tidak dapat mengejar langkahnya.Sebuah pokok bunga sakura menghadang dihadapannya lalu cepat-cepat dia menyorok di sebalik pokok tersebut.


Aura duduk sambil tercungap-cungap macam orang lemas.Tangannya mengusap-ngusap dada.Tanpa dia sedari,seorang lelaki sedang duduk disebelahnya sambil merenungnya dengan riak terkejut,kening berkerut seribu.Di tangannya ada sebuah kamera berwarna hitam.Aura memndang ke tepi.


“Hai!” sapanya tanpa sedar.Tiba-tiba,dia menahan nafas.Perlahan-lahan dia memalingkan kepala kearah lelaki tersebut.Lelaki itu bingkas bangkit.Aura kaget.


“Apa kau buat disini,huh??” bentak lelaki itu sambil menolak kasar paha Aura dengan kakinya.Aura terkejut tidak terkata.Matanya terbeliak memandang tanah.Mulutnya sudah bulat semacam.Aura segera berpaling kea rah lelaki itu dengan muka bengisnya.Dia bangkit.


“Kau sapa,hah?kau ingat kau boleh tandang aku sesuka hati kau??!” teriak Aura macam orang hysteria sambil tangannya terbang sana-sini.Lelaki itu terundur sedikit.Wajahnya berkerut.


“Kau dah pandai melawan hah sekarang Aqua?Bukan aku lelaki yang paling kau takut seumur hidup kau?” kata lelaki itu dengan wajah bengis.Sebelah mata Aura pandang atas,berfikir.Aqua?Lelaki itu panggil aku Aqua?jadi dia kenal Aqua?Oya..aku sekarang adalah Aqua..so,be Aqua!Aura berubah tingkah.


“Jadi..kau ingat..aku..tak boleh berubah?” soalnya sedikit gagap.Maklumlah..tak pernah bercakap lembut macam Aqua.Lelaki itu tergelak.


“Oh..baru dua bulan tak pergi sekolah dah berubah?Hem..ingatkan dah membusuk dekat rumah,” kata lelaki itu kasar.Aura mengenggam penumbuk.Marah tahap merah,sekejap lagi lelaki yang ada di depannya akan melekat kat pokok.


“Apa-apalah..tapi kau takda hak nak tendang aku macam aku ni tin kosong,” tapi ditahan.Dia sekarang bukan Aura,dia Aqua!


“Kau memang pun tin kosong..lagipun yang kau marah sangat kenapa?Bukan aku tak pernah buat begitu pada kau pun..” kata lelaki itu selamba sambil melindungi kameranya dengan tangan.Aura tercangang.Bukan tak pernah??


“Dah..keluar dari tempat ni atau aku heret kau keluar!” kata lelaki itu lalu duduk semula,langsung tidak mempedulikan Aura yang sudag merah padam menahan marah.


“Apa kau cakap??!Jadi kau ingat tempat ni kau punya?Kau boleh usir aku macam tu aja??” marah Aura lagi,tidak puas hati.Lelaki itu memandang atas lalu bangkit.Aura mendongak keatas.Nampaknya lelaki itu terlalu tinggi baginya.Lelaki itu memandang Aura dengan wajah berkerut.Takkan dia tak tahu kot?


“Apa kau cakap ni?Sejak berkurun-kurun dulu lagi tempat ni milik aku dan selain aku,tiada seorang pun yang boleh jejakkan kaki disini..kau sendiri cukup tahu.Tempat ni aku punya,faham?” tegas lelaki itu.


“Jadi kau ni..Edifier?” lelaki itu mengerutkan kening.


“Apa kau cakap ni?Dia tu bapa akulah!” kata lelaki itu.Kemudian dia tergelak kecil “Ingat kau berubah jadi berani,tapi berubah jadi gila pula!” sindirnya.Aura menarik nafas.Dia belum pernah berhadapan dengan orang macam lelaki didepannya.


“Dah..pergi balik!Kaukan dengar cakap aku??” kata lelaki itu sambil mengusap kepala Aura seperti yang selalu dia lakukan kepada Aqua.Aura menahan geram. Dia paling pantang bila orang memegang kepalanya.“Kalau tidak..aku heret kau keluar!!” buk!pinggul Aura ditolak kasar dengan kaki sehingga Aura terduduk atas tanah..sekali lagi.Aura mengangkat wajah lalu bingkas bangkit.Mukanya sudah berubah merah padam.Aura genggam penumbuk kanan.Lelaki ni memang cari pasal dengan aku!!Lelaki itu tersentak.Keadaan ini pernah terjadi.


“Aku dah cakap..jangan tendang aku!!!Haiiiiyahhhhkkkkkk!!!!!” dushhh!!!Sebiji tumbukan dilepaskan di perut lelaki itu.Kamera terlepas dari tangan lantas lensenya meretak sementara lelaki itu terguling atas tanah.Dia terbatuk,kemudian dia memandang Aura dengan wajah tergamam.Dia macam….


Aura mengibas-ngibas tangannya. “Sakit?Tau pun sakit!” katanya sambil mencuit batang hidungnya sendiri.Lelaki itu tersentak lagi.Bayang gadis didepannya tiba-tiba berubah seperti gadis tempoh hari.Gadis yang menumbuknya.Tapi hanya sementara,fikirannya terganggu dek bunyi gonggongan anjing.


Tubuh Aura tiba-tiba mengeras.Lehernya keras memandang kebelakang.Anjing kecil itu lagi??Aura menelan liur.Wajahnya yang tadi merah padam serta merta bertukar warna putih.Lelaki itu mengerutkan kening,pelik memandang Aura yang tiba-tiba bertukar tingkah.


Zupp! “Papa!!” jerit Aura sambil berlari macam angin.kelajuannya mengalahkan pelari pecut, Jason bolt.Lelaki itu tercangang.Sekelip mata Aura sudah hilang dari matanya.Dia memandang kearah gate,bunga-bunga sakura berterbangan atas tanah,seperti baru ditiup angin.


Lelaki itu tersentak.Dia teringat sesuatu yang sama seperti hari ini.Dia ditumbuk dan seorang gadis berlari ketakutan anjing.Persis sekali.


Ting!Tiba-tiba matanya disilaukan dengan cahaya dari cermin retak.Lelaki itu memandang

kearah cahaya tadi.Dia tercangang.


“Kamera aku??!!” dia lantas menghampiri kameranya lalu dipeluk erat seperti memeluk bayi.Matanya berubah tajam.


“Nahas kau Aqua!!!” bergema satu taman dek jeritan itu.

BAM!!Pintu utama dihentak kuat.Melepaskan geram di hati.Pembantu-pembantu rumah yang sedang sibuk mengemas seluruh kawasan mansion itu tersentak dek bunyi hempapan tersebut.Semua memandang kea rah Leon Shinichi.Ada pula yang ebrbisik apabila Leon bersikap demikian.


“Bawakan aku air.Cepat!!” bentak Leon separuh menjerit sambil menghempaskan badan di sofa buatan itali.Kameranya yang rosak diletak kemas disisinya.Matanya tajam menikam pasuk bunga yang terletak di tepi jendela.Macamlah pasu bunga itu yang bersalah.


Nanny Vdya yang berada didapur sempat menjengah ke ruang tamu yang besarnya seperti gelanggang tenis.Cepat-cepat dia membawakan segelas air sejuk ke ruang tamu.Saat itu hanya Nanny Vdya yang berani mendekati Tuan Muda.Kalau pembantu lain,sudah psati akan dipecat.


Nanny Vdya meletakkan gelas di meja depan Leon.Leon terus mencapai gelas itu lalu meminum air itu dengan rakus sekali.Dia mengesat sisa air dibibirnya.Gelas kace itu dihempas kelantai.DIa tidak kisah tentang keselamatan orang lain,apa yang dia tahu dia sedang marah dan dia akan membalas dendam kepada Aqua.Pembantu-pembantu itu segera beredar sebaik Nanny Vdya mengangguk ke atas sekali.


Nanny Vdya tenang menghadapi situasi itu.Dia kenal benar dengan sikap tuan mudanya.Kaca yang bertaburan atas lantai marmar itu sekadar ditenung dari jauh.Pandai-pandailah diorang kemas sendiri.


Leon menyelak rambutnya kebelakang,butang baju pertama dibuka kasar.Nafasnya susah untuk keluar.


“Nanny..nanny tahu tak budak sial tu dah dua kali rosakkan camera aku??Dua kali,nanny..dua kali!” Leon melepaskan amarahnya.


“Dan..dia tumbuk aku!!Berani budak tu..tengok sajalah..dia akan menyesal seumur hidup.Aku akan seksa dia sampai dia dah tak hidup lagi!” sambungnya lagi.Nanny Vdya sekadar mendiamkan diri.Dia tahu,ketika itu dia tidak boleh berkata-kata melainkan berdiam diri.


Leon diam buat seketika.Nampak seperti dia sedang menyusun strategi,strategi untuk membuat hidup Aqua(Aura) merana!


*****



“Argghhh!!!!” Aqua yang sedang duduk disebelah Aura terkejut buat kali ketiga.Masuk itu,sudah tiga kali Aura menjerit.Bila mengenangkan peristiwa di taman sakura itu,hatinya membara sehinggakan api kemarahannya itu sudah tidak boleh dipadam lagi.


Mereka terpaksa menangguh perjalanan mereka untuk ke tokong.Mereka berhenti di pondok bawah bukit.Melihat Aura yang seperti itu,Aqua mula cemas.Takut Aura menjadi gila,dia pun jadi gila selepas tubuh mereka bertukar balik.


Aqua memandang Aura sambil menyedut kotak minuman perisa strawberry.Sesekali terlintas difikiran Aqua yang dia tidak mahu balik semula ke tubuhnya.


“Eeee!Geramnya!!” jerut Aura sambil mengenggam kedua-dua penumbuknya.


“Ingat dia siapa?!Keluarga Edifier konon!” buk!Kotak minuman yang dipegang Aqua meluncur jatuh sebaik terdengar nama ‘Edifier’.Aura mengerutkan kening.Berkuasa sangatkah nama tu sampai terkejut menakutkan orang?


“Kenapa?” soal Aura.


“Ed..E..Edifier?” terketar-ketar Aqua menyebut nama itu.


Aura mengangguk. “Kenapa?” kali ini suara Aura seakan mendesak.


“Takda apa..?” Aqua memungut kotak minumannya.


“Eee..Geram!!Kau tahu,aku jumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul menjengkelkan!Sepanjang hidup aku,aku belum pernah jumpa orang sekejam dia(Selain Puan Newlina)..aku cuma masuk dalam dalam tamannya pun nak marah orang..bagus kalau dia sekadar usir aku,ni..siap tendang orang lagi.Ingat orang ni tin kosong apa?“


“Taman?Taman mana?” soal Aqua.


“Alah..taman yang banyak pokok bunga sakura tu..”


Erk! “kenapa kau pergi sana?Tempat tu tempat larangan tau!Macam mana muka orang yang kau jumpa?”


“Tinggi,macam cina..matanya sepet.Dan lagi..dia pegang camera macam camera tu anak dia,” Aqua tepuk dahi.Masalah,masalah!


“Dan lagi,dia kata..dia orang yang paling kau takut dalam hidup kau..adakah?”


“Leon Shinichi!” serta merta nama itu terbit dibibir Aqua.Aura memandang Aqua. “Siapa tu?"


“Dialah lelaki yang kau jumpa kat taman.Dan..dia memang betul-betul menakutkan.Lebih baik jangan dekati dia atau melawan dia,kalau tidak kau takkan terlepas dari genggamannya,” Aqua memberi nasihat.


“Kau gila??Hem..ini Auralah…ingat orang macam dia boleh takutkan aku??Belum cuba belum tahu!” katanya dengan penuh keyakinan.Aqua menggeleng.Anak hantu sekalipun,tetap tak boleh lawan kejahatanya Aura..


Aqua memandang tangga yang menuju ke Tokong.Tiba-tiba,matanya menangkap kelibat seseorang.Diteliti wajah orang itu yang sedang menaiki tangga menuju ke Tokong sambil mengangkat dua buah guni.Satu diatas bahu,satu lagi ditangan kiri.


“Ah!” Aqua tersentak sambil menuding jari kearah lelaki itu.lelaki yang dijumpanya di dalam hutan.Aura yang masih geram memandang Aqua.Dia turut memandang kearah tangga.Serta merta marahnya hilang.Dave???Macam mana ni?


“Sini!” dengan tiba-tiba tangan Aqua ditarik keluar dari pondok itu lalu bersembunyi disemak-samun belakang pondok.Aqua terpinga-pinga mengikut langkah Aura.


“Kenapa?”


“Diam!” kata Aura keras tapi dalam nada berbisik.


“Itu lelaki tu yang aku jumpa waktu sesat dalam hutan hari tu,” Aqua mula bercerita.


“Apa kau kata?”


“Hari kita bertembung kat Tokong,hari tulah aku jumpa dia.Dalam hutan.Apa dia buat kat Tokong?Bukan dia tu perogolkah?” Aqua menuduh sembarangan.


“Ish..manada..itu Davelah.Kawan aku.Dia bukan perogol.Mungkin dia terkejut nampak kau dalam hutan,dia ingat kau tu aku.Kitakan hampir serupa,” Aura cuba mempertahankan Dave.


“Yakah?Kalau begitu,dia pun kawan aku juga,kan?” Aura mengangguk.Selepas kelibat Dave tidak kelihatan barulah Aura dan Aqua keluar dari tempat itu.


“Dia tu orang baikkah?” Aura memandang Aqua dengan mata kuyu.


“Aku dah cakap dia tu baik,yang kau takut sangat ni kenapa?Tapi..dia tu taklah baik sangat,” Aqua terbeliak.Dia pun macam si ‘setan’ jugakah?


“Tida la..kadang-kadang dia jahat,tapi selalunya dia baik.Believe me,” segera Aura menyenangkan hati Aqua sebaik melihat reaksinya.Aqua tersenyum.Okey..percaya ajalah..Aura mencekak pinggang lalu memandang Aqua.Aqua kerut kening.


“Tapi..yang aku hairan sangat-sangat ni,kenapa dalam banyak-banyak penduduk bumi,aku harus bertukar badan dengan kau?Muskhil..muskhil..” kata Aura sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu beredar meninggalkan Aqua.Aqua mengerutkan kening.Hodoh sangatkah muka saya?


****************************************************

p/s: harap korang berpuas hati..hehe..enjoY!

06 January, 2010

Substance 3 : Changing Partner



Substance 3 : Changing Partner



“ARGGRHHH!!!”



Pranggg! Dulang yang berisi segelas tea itu lantas terlepas dari tangan sebaik saja terdengar jeritan nyaring dari bilik atas.Tangga yang baru separuh di daki itu,disambung dengan tergesa-gesa.Kaca yang bertaburan atas anak tangga itu tidak dipedulikan.Wajahnya nampak betul-betul cemas.Dua orang pengawal yang menjaga pintu utama itu bertindak segera dengan menekan butang alarm dan mereka pun pantas menaiki tangga menuju ke bilik atas.Satu mansion berbunyi alarm.


“Cik Muda!!” jerit uncle Beck sambil merempuh bilik tersebut.Gadis yang ada di atas katil itu segera melompat sambil membawa selimut tebal bersama keluar dari katil.Dia berdiri di sudut bilik.


“Kamu siapa?Jangan dekat!” kata gadis itu sambil memeluk selimut.Tangan sebelah lagi menahan agar uncle Beck tidak mendekatinya.Beberapa saat,muncul empat orang pengawal berpakaian serba hitam sambil berkaca hitam di bilik tersebut lalu memeriksa di setiap bilik,dalam almari,dalam tandas..pokoknya semua tempat tidak ketinggalan termasuk bawah katil.


Gadis itu mengerutkan kening.Diorang ni siapa?Macam mana aku boleh ada di sini?Setahu aku lepas balik dari tokong,aku terus balik rumah..kenapa aku boleh ada di sini?Jangan-jangan aku diculik???Papa…


“Semua kawasan selamat,” lapor salah seorang pengawal kepada uncle Beck.Uncle Beck sekadar mengangguk.Ibu Aqua seorang pengarah Hospital dan itu membuatkan ibunya sibuk separuh mati.Jadual pembedahannya terlalu ketat.Langsung tiada peluang menjejakkan kaki di rumah sendiri.Bapanya pula seorang usahawan berjaya yang baru saja menapak di Loganberry dan sekarang pula berada di luar Negara untuk beberapa hari.Uncle Beck sudah pun membuat persediaan dengan mengupah ramai bodyguard di mansion itu.


“Cik Muda…Cik Muda takda apa-apa?” Tanya uncle Beck dengan nada cemas yang masih bersisa.


“Cik Muda??!Siapa Cik Muda kamu?Aku bukan cik muda!Kamu siapa?Apa tempat ni?!” marah gadis itu.Bertubi-tubi soalan yang meluncur di bibirnya.Sudalah baju tidur beranggi-ranggi macam ni..geez..rimas!Uncle Beck mengerutkan dahi.


“Cik Muda maafkan kami kalau kami telah membuat Cik Muda marah..kami akan memperbaikinya..” pinta uncle Beck.Pembantu-pembantu rumah yang berdiri di pintu bilik itu pula mengangguk-angguk bersetuju dengan kata uncle Beck.Gadis itu terdiam,dia sendiri juga binggung.Kenapa diorang minta maaf??Dan..kenapa diorang panggil aku Cik Muda?Aku bukan cik Muda,aku Aura anak Zurdi!


“Okey..okey..beginilah..mungkin kamu sudah tersilap orang dan mungkin juga aku yang tersilap masuk rumah jadi maafkan ketidaksopannan aku,ya?Aku mahu meminta diri dulu,selamat tinggal” kata Aura sambil melipat hentam selimut di tangannya lalu dilemparkan ke atas katil.


“Cik Muda..janganlah begini..jangan takutkan kamu…” baru saja Aura melangkah uncle Beck sudah berlutut sambil memeluk kakinya.Aura terpinga.Gila apa???


“Pak cik..lepas!Aku bukan cik muda kamu..kamu silap orang!” kata Aura.Pembantu-pembantu rumah itu berpandangan sesama sendiri.Cik Muda tak pernah berperangai pelik seperti ini.


“Cik Muda…”


“Stop calling me Cik Muda..aku bukan Cik Muda kamulah!” Aura sudah bosan.Orang cakap baik-baik,mau juga orang naik marah!


“Cik muda..maafkan kami..adakah cik muda kemalangan semalam?Mari..saya hantar cik muda pergi hospital,” kata uncle Beck,langsung tidak peduli dengan amarah Aura tadi malah membawa ‘cik muda’nya.Aura mendengus.


“Eh orang tua,tak faham bahasa kah?Aku bukan cik muda,dan..tak perlu bersikap formal dengan orang yang kamu tak kenal faham??” kemarahan Aura sudah memuncak.Tinggal taburkan api,sudah meletup.


“Cik Muda…!!!” tiba-tiba tangisan seseorang kedengaran.Aura tersentak.Lelaki tua itu menangis?Dan pembantu-pembantu itu pula segera melutut Cuma perngawal-pengawal itu saja yang masih cool.Aura terpinga.Aku buat orang tua menangis????


“Okey..okey..jangan nangis,jangan nangis…shuuu….” Aura duduk mencangkung lalu mengusap-ngusap belakangnya uncle Beck.Aura tersenyum kelat.


“Cik muda tak pernah panggil saya orang tua selama ni..maafkan saya cik muda…” walaupun begitu uncle Beck masih lagi memohon maaf.Ha..ha..ha...


“Ya,ya,ya…sudahlah…aku tak marah..aku tak marah…eh,kamu semua..dah,berdiri!” kata Aura sambil mengarahkan pembantu-pembantu rumah itu berdiri.Mereka menurut.


“Beginilah…aku,” Aura pegang dada. “Bukan cik muda kamu..kamu tersilap orang,okey?” Aura masih mencuba membuat diorang faham akan situasinya.


“Cik muda..janganlah takutkan kami..cik muda memang cik muda kami,” uncle Beck pula mempertahankan.


“Kamu silap orang..tengoklah muka aku ni,aku bukan cik muda kamu,”


“Cik muda cakap apa ni?Mari..kita tengok,” kata uncle Beck sambil bangkit lalu menarik Aura berdiri di hadapan cermin.Aura ternganga.Matanya berkelip-kelip memandang wajahnya di hadapan cermin.Kepalanya tiba-tiba terasa pening.


“Okey..kita pergi hospital,” kata Aura,tiba-tiba bersetuju dengan cadangan uncle Beck pergi ke hospital.


‘Pelik…muka itukan bukan muka aku???????Apa yang sedang berlaku ni?????’



*****



“Ma..mama sakit?” soal Encik Zurdi sambil memegang dahi isterinya.Puan Newlina menggeleng.”Papa?” Tanya Puan Newlina pula.


“Ah’ah” Encik Zurdi juga menggeleng.


“Kau Alfa???” soal ENcik Zurdi dan Puan Newlina pada Alfa serentak sambil memandang Alfa yang masih pelik memandang kakaknya mengemas dapur.Alfa menggeleng-gelengkan kepalanya tanpa mengalihkan mata dari kakaknya.


“Jadi..siapa yang sakit sebenarnya??” soal Encik Zurdi.


“Tentulah kakak..tengok tangannya,lembut semacam aja.Piring tu pun berkilat.Bukankah dia tu sakit namanya?” kata Alfa.Puan Newlina dan Encik Zurdi mengangguk,setuju dengan kata-kata Alfa.


“Mungkin mama pukul punggung dia kuat sangak kot lagipun dia menangis pagi tadi sebab mama pukul dia,” kata Alfa lagi.


“Tapi..kita kan dah bawa dia pergi hospital dan doctor cakap dia sihat sepenuhnya,tiada kecederaan mana-mana,” Jawab Encik Zurdi.


“Pa..papa pergilah tanya Aura,mana tau hati dia yang sakit..mama takutlah tengok perangai dia yang macam tu” kata Puan Newlina.


“Ah..okey,” Encik Zurdi segera berdiri dari tempat duduknya lalu mendekati anak gadisnya yang sedang berkerja di dapur.


“Em..Aura..Aura okey?” Tanya Encik Zurdi.Gadis itu angkat kepala lantas tersenyum,hampir tertutup matanya dek senyumannya yang lebar itu.


“Okey!” jawabnya sambil menggeleng.Encik Zurdi tersenyum kelat lalu memandang belakang.Dia memberi isyarat pada mereka untuk pergi ke dapur juga.Alfa dan ibunya sama-sama menuju ke dapur.


“Aura..Aura marah dengan mama,ya??” soal puan Newlina.


“Taklah,” jawab gadis itu,senyuman masih melekat di bibirnya.Semua mereka berubah riak wajah,ada yang tersenyum kelat ada yang keningnya berkerut kepelikan.Segera Encik Zurdi membawa Alfa dan isterinya menjauhi tempat itu lalu mereka berbisik antara satu sama lain.


“Alfa rasa,kakak dah kena rasuk hantu..” puk!Kepala Alfa diketuk dengan tulang jari.


“Jangan cakap sembarangan!” marah puan Newlina.Alfa sekadar mengangguk sambil mengusap bekas ketukan tadi.


“Papa rasa apa yang Alfa cakap tadi ada betulnya..mana tau masa balik dari tokong semalam dia di rasuk,siapa tau kan?” Encik Zurdi bersetuju dengan Alfa.


“Adakah macam tu?” soal Puan Newlina,sangsi.



Jom,rewind balik apa yang terjadi pagi tadi..



PAKK! Punggug gadis yang sedang nenyak tidur itu di pukul dengan kipas kertas.Gadis itu segera terbangun,duduk tegak.Lalu tangisan pecah.Macam budak-budak yang dirampas patung.Air mata bercucuran,lebat dan deras menuruni pipinya.Puan Newlina terpinga.Serentak itu Encik Zurdi dan Alfa yang terkejut mendengasr tangisan itu segera menuju ke bilik itu.


Alfa dan Encik Zurdi berpandangan,Puan Newlina menoleh ke mereka lalu mengangkat bahu tanda tidak tahu.Selama ini,itulah cara dia untuk membangunkan anak gadisnya sebab kalau bukan begitu dia takkan bangun.Tidur tak ingat dunia.


“Sakit…” rengek gadis itu sambil mengosok kedua-dua matanya.Mereka semakin pelik dengan situasi itu.Aura menagis????????


“Aura..mama selalu guna cara tu untuk bangunkan kaulah,tak pernah-pernah kau menangis sebab tu,” kata puan Newlina.Alfa dan Encik Zurdi mendekati katil.Tangisan gadis itu tiba-tiba terhenti.Dia berhenti mengosok matanya lalu memandang puan Newlina.


“Aura??Siapa Aura?Saya bukan Aura..nama saya Aqua.Mungkin kamu silap orang,” kata gadis yang mengakui dirinya Aqua,lalu cuba menuruni katil.Puan Newlina segera memandang suaminya.


“Kakak..janganlah bergurau..kalau nak main-main pun,kena pada tempatnya lah,” kata Alfa,tidak suka dengan gurauan kakaknya.Aqua mengerutkan kening.Saya tak main-mainlah dengan orang yang lebih tua dari saya…


“Main-main?Em..kenapa saya boleh ada di sini?” soal Aqua,baru perasaan dia sekarang berada di bilik kecil nan semak dengan buku-buku dan pakaian berselerak di atas lantai.Katilnya pun penuh dengan kain yang sudah dicuci dan kering.Langsung tidak dilipat dan disimpan dengan kemas di dalam almari.Bilik itu pula gelap tak berlampu.Encik Zurdi kerut kening


“Papa..Aura mungkin sakit..kita pergi hospital,sekarang!”kata Puan Newlina lalu segera berdiri dan menuju ke biliknya..bersiap untuk pergi ke hospital.Aqua terpinga memandang mereka semua keluar dari bilik.Aqua menyentuh kepalanya sambil memandang seluruh bilik itu,kalah semaknya dengan sarang burung.Pelik..kenapa saya boleh ada di sini?Saya ingat semalam..saya memang ada balik rumah dan terus tidur,bilik saya sendiri.Tapi saya ada di sini???macam mana saya boleh ada di sini..takkan saya tidur berjalan kot???


Aqua bangkit,niat untuk keluar dari bilik tapi dia terpandang cermin di meja solek.Hampir pitam dibuatnya.Dia menggosok matanya,seperti tidak percaya dengan matanya.Cermin itu sekali lagi dipandang.Rasa macam kepalanya baru saja dihempuk dengan tukul.Siapa dia ni???



HOSPITAL.



Sepanjang perjalan Puan Newlina dan Encik Zurdi langsung tidak mendengar penjelasan Aqua,terlebih risau dengan keadaan anak mereka.Aqua sudah penat bercakap,setiap ayat yang keluar di bibirnya langsung tidak mendapat perhatian.Tapi tidak pula dia membantah cakap dua orang tua yang mengheretnya masuk ke dalam hospital.Dia adalah Aqua yang tidak suka membuat orang kecewa dan semalam adalah yang terakhir kalinya dia mengecewakan uncle Becknya.Walaupun wanita dan lelaki berusia 40-an di hadapannya itu tidak dikenali,tetapi oleh kerana mereka lebih tua darinya..dia rasa mereka harus dihormati.


Aqua memandang hospital mencakar langit itu.Hospital milik keluarganya.Mungkin Doktor Young-Jun boleh bantu saya.



“Doktor,macam mana dengan keadaan dia?” soal Puan Newlina tidak sabar-sabar.Doktor itu mematikan torchlight kecil berwarna putih lalu berpusing memandang kearah mereka.Aqua yang duduk di atas kati pesakit itu mengelip-ngelipkan matanya.Silau.


“Dia nampaknya sihat..tiada apa-apa yang pelik di badannya,” kata doctor itu.Aqua turun dari katil lalu berdiri di belakang ibubapanya.Puan Newlina mengusap dada.Walaupun dia selalu berkasar dengan anak perempuannya,tapi dialah yang paling berharga buatnya.


“Nasib..kami takut dia terhantuk masa balik dari tokong semalam..rupanya tiada apa-apa.Baguslah..” Encik Zurdi melepaskan nafas lega.Aqua memandang dua orang tua di hadapannya.Sayang sangatkah mereka dengan anak mereka?Kan bagus kalau mama dan papa pun macam diorang?Aqua sayu sendiri.Aqua memandang Doktor Young-Jun.Percayakah doctor kalau saya cakap saya ini adalah Aqua???Tak..mana mungkin..tak perlulah..


“Terima kasih,Doktor..kami pergi dulu,” Encik Zurdi meminta diri.Mereka bertiga keluar dari bilik itu bersama.



“Aura..sini!” panggil Puan Newlina sambil mencekak pinggang di hadapan Aqua.


“Kau ah..kalau kau main-main dengan mama lagi awas kau..kau tahu tak kami semua risau dengan kau.Kalau nak main-main pun,bukan begini.Faham?” marah Puan Newlina.Aqua sekadar mengangguk.iyakan sajalah…


“Ni..kau tolong jaga kedai.Papa dan mama nak jalan sekejap.Jangan timbulkan masalah.” Perintah puan Newlina lagi.Aqua mengangguk lemah.Puan Newlina sudah mendahului Encik Zurdi.Encik Zurdi menghampiri anak perempuannya.


“Aura ada masalah?” soal Encik Zurdi.Aqua menggeleng.


“Kalau Aura ada masalah..Aura tahu,Aura boleh cakap dengan papa bila-bila saja,kan?” mata Aqua sudah mula berkaca.Rindu kepada uncle Beck tiba-tiba menerjah.Selain Uncle Beck,inilah kali pertama dia merasa dia disayangi dan difahami.Walaupun dia bukan Aura,rasa di sayangi itu tetap terasa.Aqua mengangguk sambil air matanya menitis.


“Aura..kenapa menangis?Papa salah cakap?” Aqua menggeleng pantas.Cuma,dia rasa terharu dengan sikap ‘bapanya’


“Sudahlah..kalau Aura marah dengan mama,biarkan saja..faham-faham saja perangai mama kamu tu,ya?Papa pergi dulu.ingat,terus balik rumah,” arah Encik Zurdi.Aqua mengangguk lagi.Encik Zurdi sudah pun keluar dari bangunan hospital itu.


Aqua melabuhkan punggung di bangku yang disediakan di koridor.Dia mengeluh.Ini bukan badan aku???Apa yang terjadi sebenarnya???Mesti tuan punya badan marah sebab saya ambil badan dia?Tapi…kalau badan kami teberganti,macam mana?Itu bererti saya masih boleh berjumpa dengan badan saya lagi..tapi



Tap!Tap!Tap!Bunyi tapak kaki yang ramai mengejutkan Aqua dari lamunan.Dia memandang ke tepi.Kelihatan sekumpulan doctor,masing-masing memegang file putih berjalan di koridor itu.Mereka seperti sibuk dan tergesa-gesa.Sambil bercakap sambil berjalan.


Tiba-tiba Aqua serentak.Dia terpandang seseorang yang selama ini dia nantikan.Puan Narisa,ibunya.Aqua lantas bangkit.Dalam masa yang sama,sekumpulan itu sudah melintasinya.Mama…Aqua memgekori mereka dari belakang.Tiba di selekoh,tiba-tiba dia,terlangar badan seseorang.Aqua tidak dapat menahan perlanggaran tersenut lantas jatuh terduduk,orang yangf dilanggar tadi sekadar terdorong sedikit ke belakang.


“Arh…” rintih Aqua sambil memandang atas,mata mereka berpaut.Lama.Sama-sama terkejut.


“Aku?”


“Saya?”


Serentak mereka menjerit.Aqua segera bangkit.Sakit di punggungnya sudah tidak terasa.Mukanya serupa dengan sayalah..No!It’s me!!!


“Kau!Pulangkan balik badan aku!” bentak Aura(Badan Aqua).Aqua(Badan Aura) tersentak,mukanya berubah orang ketakutan.Seumur hidupnya dia tidak pernah ditengking sebegitu rupa.


“Minta maaf..” minta Aqua sambil mengenggam kedua-dua tangannya.Aura buat muka meluat.Apa punya orang…


“Cik Muda?” tiba-tiba suara uncle Beck kedengaran memanggil.


“Ya..” Pap!baru saja Aqua mahu menjawab mulutnya ditekup dengan tapak tangan.


“Shuuh!!” Aura meletakkan jari telunjuk di bibir.Lalu menjenguk di sebalik selekoh.Hanya kepala yang kelihatan.


“Sekejap..aku nak pergi tandas.Tunggu di situ!” arah Aura.Uncle Beck mengangguk faham.Dia berdiri di situ,tidak bergerak.


“Kita perlu bercakap!” kata Aura.


“Ya!”



*****



Sudah 5 minit Aura dan Aqua berdiri di hadapan cermin tandas.Aura asyik memandang wajah mereka bergilir-gilir.Pelik,wajah kami hampir seiras,dan yang paling pelik,kenapa badan kami boleh bertukar hah?


“Saya tahu maksud pandangan itu,wajah kita memang seiras..” kata Aqua seakan faham.Aura memandang Aqua dengan ekor mata.


“Macam mana kau boleh dapat badan aku?” soal Aura sambil mencekak pinggang di hadapan Aqua yang juga badannya.


“Macam mana pula kau dapat badan saya?” Aqua pula menjawab dengan soalan.Aura mengenggam penumbuk.Aqua memucungkan mulut.


“Kau jangan nak menjawab..kau tahu aku tengah panas sekarang,semua orang ingat aku ni cik muda,cik muda apanya?!” marah Aura sendiri.Aqua sekadar memandang.


“Jadi,saya pula macam mana..semua orang pun ingat saya ni kau.Jadi serilah,” balas Aqua selamba.


“Kau diam..kalau aku tengah marah,jangan menjawab!” bentak Aura lagi.Aura menumbuk dinding tandas.Aqua tersentak.


“Eh..itu badan sayalah..” kata Aqua.


“Peduli apa aku!” Aura mendengus.Aqua turut mendengus.Apalah dia ni…


“Beginilah..nama saya Aqua..”


“Kau ingat kalau kau bagitau nama kau,badan kita bertukar balik?” pintas Aura.Aqua mengeluh lemah.


“Saya tahu..nama kau Aura,kan?” Aura mengangguk sekali.


“Okey..” hanya itu yang keluar di bibir Aqua.Aura memandang Aqua dengan wajah bengis.


“Okey??!Itu aja yang kau boleh cakap.Apa punya bodohlah kau ni!Dan kenapalah aku boleh tersangkut dalam badan kau.Eh..bodoh betul..” Aura terhenti.Tiada suara lagi suara kedengaran.Dia memandang Aqua.Muncung sedepa,muka merah dan mata berkaca tanda mahu menangis.Aura terpinga.


“Kau jangan nak menangis…rugi air mata aku ja..” kata Aura tersekat-sekat.Sebenarnya dia takut,dia susah mahu berdepan dengan orang menangis,macam uncle Beck juga.Wajah Aqua tetap begitu,mau menangis.Aura menghembus nafas lemah.


“Okey..okey..sorry..dah..jangan menangis..” Aura cuba menenangkan Aqua.Kedengaran sendu-sendu Aqua.Tak jadi menangis.


“Sekejap…kita pernah berjumpa dimana-mana sebelum ini?” soal Aura.Aqua berfikir,sesaat kemudian dia mengangguk.


“Di tokong,masa turun tangga.”


“Owh..” Aura mengangguk-angguk.Dia tersentak lantas memandang Aqua.Dia seperti teringat sesuatu.


“Ada apa-apa kau cakap semalam?Something like…wish???” soal Aura.Aqua berfikir lagi.


“Wish….ada.”


“Di mana?Depan tokong?Bawah bulan mengembang?” soal Aura lagi.Dia kelihatan cemas.


Aqua mengangguk. “Eya!”


“Oh..my…” Aura mendengus sambil membenamkan mukanya ke dinding tandas.Aqua pelik.


“Kenapa?Tak boleh?” soal Aqua.


“Bukan tak boleh..kata Tok Sami,tak boleh buat wish di hadapan tokong waktu bulan mengembang dan kadang-kadang apa yang kita hajati itu akan tertunai tapi bukan seperti yang kita mahu,”


“Kalau terbuat juga?” soal Aqua sambil menekankan ayat ‘ter’


“Takda apa-apa kalau terbuat juga,tapi masalahnya..aku pun ada wish juga!Geez…kenapalah kau pergi tokong tu,” kata Aura sambil menyelak rambutnya kebelakang.Muncung Aqua kembali sedepa.


“Sorry..aku tak tahu..” mintanya.Aura memandang Aqua.


“Oi..kau dengar sini..kalau kau selalu minta maaf atas perkara yang remeh,dan menangis bila di bentak,orang akan curiga.Itu bukan perangai aku,kau faham?” Aqua mengangguk.


“Tapi..kalau kau membentak dan suka marah-marah pun,orang akan curiga juga.Saya bukan orang macam tu..” balas Aqua.


“Diamlah!” marah Aura.Tidak suka kata-katanya dibidas.Aqua mendegus.Kasar betul.


“Begini..esok kita jumpa lagi,di Tokong.Kita minta bantuan dengan Tok Sami.Kau tahu jalan ke sana?”


“Ingat,” jawabnya pendek.


“Aku tak suruh kau ingat,aku suruh kau ‘Tahu’ jalan itu.Kalau kau sesat, bapa aku yang susah,’ kata Aura.


“Yalah..tahulah..” Aqua mengalah.


“Dan lagi..jangan buat sesuatu yang buat orang curiga dengan kau..aku tak nak diorang risau…” tiba-tiba suara Aura berubah kendur.


“Yalah..kau pun macam tu juga..”


“Dah..kau tak perlu cakap..aku dah faham dengan perangai kau,budak manja!” pintas Aura lalu beredar dari tempat itu,meninggalakan Aqua termengu-mengu di situ.



********************************************


P/s: Hehe..sorry lambat post..sorry juga kalau ada yang ter’ Confuse’…kalau ada yang kamu tak faham,Tanya sa aja ah?Enjoy ur reading!!





Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.