Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

28 April, 2010

Substance 10 : Aura and Aqua’s Defeted Moment

Substance 10 : Aura and Aqua’s Defeted Moment

“Aqua!!” Aura yang baru saja menghempas badan atas katil empuk,terduduk tegak semula.Matanya yang kuyu menjadi lebar.Dia sendiri tidak pasti,telinganya yang sudah rosak akibat berendam dalam kolam Leon ataupun memang ada suara ynag menjerit memanggil namanya.Aura termengu seketika.

“Puan,tunggu sebentar!” suara Uncle Beck pula kedengaran.Sejurus itu pintu kamarnya terbuka kasar.Belum sempat Aura berdiri,seorang wanita berpakaian putih terus menerpa ke arahnya.Mereka sama-sama terbaring atas katil.

“I can’t breathe!” suara Aura seakan tidak kedengaran dek tubuhnya yang terhimpit.Wanita itu segera melepaskan Aura.Aura terbatuk sambil mengusap dadanya.Dia memandang Puan Narisa.

“Ma..” Aura bersuara perlahan.Nasib baik dia sudah tahu serba sedikit tentang latar belakang ‘ibunya’ daripada Aqua.

Cerita Aqua…

“Mama kau pula orangnya macam mana?aku tak pernah Nampak dia di mansion tu?Mama kau mana ah?” soal Aura sambil menaampar bola tampar itu ke arah net,sekali bole melantun tangannya cekap menangkap bola tersebut.

Aqua yang duduk memerhati pergerakan tangan Aura menjawab. “Mama doctor,jarang balik rumah..tapi perangai dia lain sikit.Kalau dia tiba-tiba balik,kau mesti bersedia sebab orang pertama yang dia cari adalah saya,”

“Tapi..cara mama lain sikit..tak kira kau dekat mana dia tetap akan masuk dan peluk kau sambil menangis,” dari Aura sudah berkerut.Adakah macam tu??

“Walau dalam tandas sekali pun?”

Aqua mengangguk. “Mama akan cari macam-macam cara untuk dapat peluk saya,contoh kalau saya dalam tandas dia akan minta master key tempat uncle Beck dan buka pintu tu,” Oh..God..mama Aqua lebih menakutkan dari mama aku..

“Tapi..kalau pasal kerja mama memang serius..dia akan asingkan masalah kerja dan masalah keluarga,” tambah Aqua lagi.

Ya..memang aku akui,mama Aqua lebih dasyat dari mama aku sendiri..tengok sekarang dia menangis macam budak yang dirampas gula-gula!

“Kenapa Aqua ada dengan Shin?” soal Puan Narisa sambil air matanya mencurah jatuh ke pipi.Aura menelan liur sambil matanya mengerling uncle Beck,Uncle Beck hanya dapat mengeluh.

“Em…”

“Kan mama dah cakap jangan sesekali dekat dengan dia,Aqua degil!” Puan Narisa sedikit pun tidak memberi peluang untuk Aura bersuara.

“Eya..tapi..”

“Aqua nak peristiwa 5 tahun lalu berulang lagi?!Aqua nak mama ketakutan sampai masuk hospital?Begitu yang Aqua nak?” Aura lantas terdiam.Mendengar luahan hati Puan Narisa membuatkan dia terus gerun,takut dengan lelaki yang bernama Leon Shinichi.

“Ma..bukan macam tu..saya takda maksud nak buat mama takut.Ma..saya boleh jelaskan,” jawab Aura sambil memegang dadanya.Menunjukkan yang dia benar-benar tiada maksud untuk menakutkan ‘ibunya’.

Puan Narisa mengesat air matanya. “Apa sebenarnya yang terjadi Aqua?Tolong cerita dengan mama,boleh?” sebak di dada Puan Narisa semakin berkurangan.Aura segera mengangguk lalu membawa ‘ibunya’ untuk melabuhkan punggung diatas katil dan dia mula bercerita.Uncle Beck sekdar berdiri beberapa tapak dari mereka dan mendengar cerita dari Aura.

*****

“FUH…!!”

Aqua menghempas tubuhnya ke katil.Sendi-sendi ototnya semua sakit-sakit.Penat sepanjang hari memasak.Kali pertama dia berasa begitu penat sekali,penat yang mendatangkan kegembiraan kepadanya.Penat-penat begitu,babirnya masih mampu untuk mengukir senyuman.Dia masih terbayang akan senyuman Encik Zurdi,Puan Newlina dan Alfa..begitu juga dengan Jun,BJ dan Micky..dia betul-betul gembira bila mengenangkan peristiwa tadi.

BZZ!BZZ!

Getaran di poket kanannya membuatkan Aqua terbangun dan pantas membawa keluar handsetnya.1 Mesej diterimanya,daripada Dave.Mesej itu segera dibuka.

Dave : kluar kejap..tempat biasa.

Tempat biasa?Gelanggang bola tampar yang tersembunyi tu kah?Nasib baik Aura bertindak cepat dengan memberi tahu sedikit sebanyak tentang tempat rahsia dia dengan Dave.

Aqua memandang jam lonceng yang ada di meja sebelah katilnya.Jarum jam menunjukkan 8.15 minit.Aqua segera bangkit dan berlalu keluar dari bilik.

“Nak pergi mana?” soal Puan Newlina sebaik melihat Aqua membuka pintu keluar.Aqua menoleh,kelihatan wajah Puan Newlina putih dibubuh dengan bedak sejuk,rambutya dibungkus dengan tuala putih.Tubuhnya pula ditutupi dengan pajama berwarna coklat.

“Dave nak jumpa kejap,” jawab Aqua tanpa berselindung.

“Jangan lama sangat..sebelum jam 10 kau mesti dah ada dalam bilik,” kata Puan Newlina pula.

“Faham,ma.Saya pergi dulu!”

“Em!” Puan Newlina berlalu ke biliknya,Aqua pula menguak pintu dan terus keluar.Rumahnya hanya berada di tingkat atas restaurant.Kawasan luar kellihatan gelap,hanya lampu-lampu jalan yang menerangi lorong itu.

“Dave nak tanya apa eh?Takkan pasal Cherry kot?” Sedar tadi soalan itu bermain di mindanya.Kaki Aqua terus melangkah walaupun hatinya masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk berjumpa dengan Dave.Entah kenapa sejak dia berdiam daam tubuh Aura,segala yang bertentangan dengan kehendakanya akan terjadi.Sebagai contoh,dia tidak tahu kenapa hatinya berasa sakit setiap kali nama Cherry di bangkitkan.

“Dave?” panggil Aqua sebaik saja dia semakin hampir dengan kawasan itu.Lalang-lalang yang menutupi jalannya ditolak ke kiri.Sebaik kakinya menapak diatas gelanggang itu,matanya terus menangkat tubuh Dave yang sedang terbaring menghadap langit terang.Kedua-dua tanganya bersilang di bawah kepala,Kaki kiri di atas kaki kanan.Dave betul-betul kelihatan santai.Aqua turut mendongak ke atas,bulan yang bulat lagi bersianar terang itu dipandang.Kemudian dia tersenyum lalu mendekati Dave kemudian duduk bersebelahan dengannya.

“Betul kau ni Aura?” soalan itu betu-betul memeranjatkan Aqua.Dia menelan liur.Aqua langsung tidak menjangkakan soalan itu keluar di bibir Dave.Tangan Aqua sudah mulai sejuk.Rasa menyesal menghimpit dadanya kerana dating ke tempat itu.

“Kenapa..kau tanya saya macam tu?” Aqua cuba mengawal perasaan gugupnya.

“Yalah..kaukan tak suka memasak.Kenapa tiba-tiba ja kau jadi ‘raja’ dalam dapur?” fuh..pasal tu aja?Ingatkan apa tadi….

“Kenapa,pelikkah?”

“Memanglah..selama kita berkawan,kau tak pernah masuk dapur.Jaga dekat kaunter tu pun kau tak pernah inikan pula memasak?Apa kes?” Dave bangun dan duduk bersila berhadapan dengan Aqua.

“Lepas tu..ayat formal ntah apa-apa.Mesra gila dengan 3 budak tu..diorangkan musuh sejati kau,” tambah Dave.Tidak sempat pun Aqua menjawab soalan pertama Dave.

“So kau panggil ni sebab nak tanya pasal ni aja?” soal Aqua pula.

“Tak juga..saja nak jumpa.Yalah kau kan sibuk dengan 3 budak tu..tengok orang pun tak sudi,” nada Dave seakan menunjukkan perasaan iri hati.Aqua tersenyum.

“Jadi yang kau tu?Berkepit sepanjang masa dengan Cherry saya tak cakap apa-apa pun.Kau cemburu eh?” Aqua mengusik.Dave berdehem.

“Manada..aku setakat cakap okey.Cemburu??Palis-palis…” kata Dave sambil mengibas-ngibas bajunya.Panas tiba-tiba.

“Lah..tak mengaku pula..cakap jalah kau cemburu dengan BJ,Jun dan Micky..” tiba-tiba Aqua terdiam,tangannya terasa seperti ditarik seseorang.Dia memandang tangannya yang sudah bersatu dengan tangan Dave.Matanya membulat.

“Aku dah cakap,aku tak cemburu!” Dave tiba-tiba menengking.Aqua sekali lagi tersentak.Dadanya berdetak laju.Orang pertama yang menengkingnya dan orang pertama yang membuatkan dadanya terasa sakit.Berbeza apabila dia ditengking oleh Leon,perasaan takut dan gerun yang menyerang.Tapi Dave..pelik..rasa sakit yang datang.

Dave tersentak. “Sorry!” tangan Aqua segera dilepaskan.Dave terus membelakangi Aqua.Aqua blank.

“Jom aku hantar kau balik,” Dave bingkas bangkit.

“Ar..ya..” Aqua turut berdiri dan membuntuti Dave keluar dari tempat itu.

Aqua bingung.Dia tidak tahu perasaan apa yang baru saja dia alami tadi.Sepanjang perjalanan pulang,tangannya itu asyik dipegang.Matanya pula sesekali menjeling kearah Dave.Sampai saja depan pintu restaurant,mereka berhenti.Tanpa mengucapkan apa-apa,Dave segera beredar.Aqua mengerut kening.Tak faham betul dengan dia..tadi mesra aja..sekarang dingin.Aqua mengeluh lemah..mungkin salah saya juga.Entah-entah tadi dia bergaduh dengan Cherry sebab dia lambat keluar?Atau betul dia cemburu?Argh!!!Tak mungkin!

Daun pintu terus dikuak dan melangkah masuk.

*****

Josephine’s Mansion

“Jadi kalau Aqua tak ikut perintah Shin,dia akan bubarkan kelab menjahit tu?” Aura mengangguk.

“Kalau begitu apa akan terjadi dengan Aqua nanti?” soal Puan Narisa risau.

“Jangan risau..Saya dah sembuh,saya dah tak takut dengan Lion King tu lagi.Mama jangan risau,okey?” Aura cuba meyakinkan ‘ibunya’.

“Tapi macam mana kalau Shin buat sesuatu yang jahat?”

“Dia dah pun buat sesuatu yang jahat ma..tapi saya boleh handle.Sekarang..mama rehat sebab..mama belum rehatkan?” Puan Narisa mengangguk.

“Biar mama temankan Aqua tidur hari ni,ya?”

erk!

“3G!!3G!!” pelajar yang lalu lalang di kawasan foyer segera memberi laluan,seperti daun kering yang ditiup angin.Aura yang sedang mengemop lantai memalingkan kepala ke belakang.Kelihatan 3 gadis rambut berkarat sedang berjalan dengan gah sekali sambil berpeluk tubuh menuju ke arahnya.Banyak mata yang memandang kea rah mereka.Aura pula mengerutkan kening.Beldi hitam ditarik mendekati dinding untuk memberi ruang.Aura bangkit,dan menunggu sehingga mereka melintasinya,tapi tidak disangka 3G berhenti pula tepat di hadapannya.Aura mengeluh dalam hati.

“Ikut kami!” kata Darinna seakan memberi arahan.

“Em..sorry..aku dibawah kawalan Lion King okey,bukan kamu,” jawab Aura selamba.

“Reddy,” panggil Darinna pula sambil menghulurkan tangan ke belakang.Reddy yang faham segera membuka fail yang ada di tangannya lalu memberi Darinna sekeping kertas.Kertas tersebut ditayangkan kea rah Aura.

PERINTAH DARI TUAN KAU,SHINICHI.IKUT SEGALA YANG MEREKA PERINTAHKAN.

Di bawahnya pula bertandatangan berserta cop rasmi jawatan President Persatuan Pelajar.Aura mengetap bibir.Ada saja cara Lion King ni nak seksa hidup aku.Apa aku ni berdosa besar kah?Tak cukup dengan denda pihak sekolah,dia juga nak tumpang sekaki seksa aku.Menyusahkan betul.

“Okey!” mahu tidak mahu,Aura terpaksa juga memenuhi perintah Leon.Darinna dan Reddy tersenyum.

“Sarah,simpan beldi dan mop ni dalam tandas!” arah Darinna pula.Sarah segera menurut.Beldi dan mop dibawa sekali masuk dalam tandas.Aura sekadar memerhati gerak-geri gadis itu.Seperti ada sesuatu yang pelik.

“Gila apa??Mana boleh!” bantah Aura sebaik saja Darinna siap memberi arahan untuk membersihkan stor peralatan sukan.

“Kalau aku cakap boleh,memang boleh..tambahan pula ini perintah dari Tuan Muda Shin,” lagak Darinna.

“Tapi aku seorang diri mana boleh..lagipun exam semester pertama ada sebulan lagi tambah dengan khidmat komuniti yang pengetua bagi.Ingat aku ni robot?” Aura naik berang.

“Jadi..kau nak aku temankan kau?” kata Darinna pula.

“Mestilah!” balas Aura.Darinna mengetap bibir.Tidak puas hati dengan jawapan Aura.

“Okey..tapi bukan aku yang akan temankan kau,tapi Sarah,” Sarah yang sedari tadi tertunduk lantas mengangkat muka memandang Darinna.Aura memandang Sarah.

“Okey..yang penting aku tidak bersendirian,” Darinna mengangguk-angguk mendengar kata putus Aura.Poket blazernya disaluk lalu membawa segugus kunci,kunci itu diserahkan kepada Sarah.Lambat-lambat Sarah menyambut kunci tersebut.

“Selepas jam 6,kamu boleh balik,”

“Hah??Jam 6?Lamanya!Takda pun tertulis dalam kertas aku perlu bersihkan stor dalam masa 5 jam?” Aura seakan terkejut.Apa tidak,dia akan berada dalam stor selama 5 jam.

“Memanglah takda..tapi Tuan Muda Shin serahkan segala-galanya pada aku.So suka hati akulah nak bagi berapa jam.Atau kau nak lebih masa?” Aura mendengus.

“Yalah..yalah..dah..buka stor tu!” arah Aura dalam ketidakpuasan hati.Sarah cepat-cepat membuka kunci tersebut.Darinna dan Reddy menunggu pintu stor tertutup semula,barulah mereka beredar.

Tepat jam 2(Masih ada 4 jam)

Tiada lagi riuh-rendah yang kedengaran di luar stor,ini bermakna semua pelajar sudah pun balik ke rumah masing-masing.Yang tinggal hanya dia dan Sarah.

“Krooooo…..” perut Aura sudah mula berkeroncong.Cacing-cacing dalam perut sudah mula berlaga antara satu sama lain.Aura meraba perutnya.Sarah yang ada di sudut stor perasaan akan tingkah Aura.

“Aku pergi beli makanan,” kata Sarah yang sedang duduk dibangku.

“Tinggalkan kunci tu,” jawab Aura sambil tangannya menggilap lembing.Sarah mendekati Aura dan melepaskan kunci itu ke atas tanah lalu keluar dari stor.Pintu kedengaran tertutup rapat.Aura mengeluh kepenatan.Dia memandang sekeliling.Suis lampu dan kipas menjadi tumpuan.Berharap agar berlaku satu keajaiban.Dia sudah bermandikan peluh akibat suis kipas yang sudah rosak.Notis yang terlekat di bawah suis itu membuktikan segala-galanya.

Stor sukan itu berbeza dengan stor sukan di sekolahnya.Stor sukan di sekolahnya tersusun rapi manakala stor sukan dari sekolah elit itu pula tungang-langgang seperti baru saja dilanggar segerombolan lembu.Walaupun sekolah kerajaan sikit facilities,tapi yang baiknya ia tersimpan kemas dan rapi.Ataupun..mereka sengaja nak kenakan aku dengan memporak-perndakan stor ni?Tak boleh jadi ni..

Aura sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena.Terasa seperti dia sudah masuk ke dalam perangkap.Aura bangkis bangkit dan mendekati suis itu lalu cuba untuk menghidupkan lamu dan kipas.Stor itu serta-merta menjadi terang,dan kipas turut mula berpusing.Sah..dia terperangkap.

Aura tersentak lagi.Tombol pintu stor segera dipulas.Terkunci dari luar.

“Tapi..Sarah…” Aura menepuk dahi.Bodoh betul kau Aura,macam mana kau boleh percaya bulat-bulat dengan diorang????

BAM!BAM!BAM!SARAH!!!!

Pintu di tumbuk berkali-kali sambil melaungkan nama Sarah.Tapi hanya suaranya sendiri yang kedengaran.Tiba-tiba lampu dan kipas mati sendiri.Aura terpinga.Suis lampu ditekan berkali-kali tapi tetap tidak berfungsi.Suis kipas dipusing berkali-kali tetap tidak berfungsi.Aura mula takut.Dadanya sudah berdegup kencang seperti mesin kerudi.Tangannya sejuk mengalahkan ice cube.Matanya sudah mulai berkaca.

“Pa..papa…” air matanya menitis saat memanggil Encik Zurdi.Perlahan-lahan Aura terduduk bersandar ke pintu.Lututnya dipeluk erat sambil tangannya mengeletar.

“Ma..” Aura menutup erat matanya.Sejurus itu imbasan-imbasan kabur mua menerpa mindanya.Aura menggeleng mengusir bayangan itu.

Ror!!Ror!!

Aura tersentak.Telinganya segera ditekup.Bunyi gonggongan anjing tiba-tiba kedengaran.Bayangan 3 ekor anjing bertubuh besar dan berwarna hitam sedang berlari mengejar sesuatu tiba-tiba menyerang minda Aura.

Nafas Aura mula tidak teratur.Seluruh tubuhnya mengeletar kuat.Air matanya mencurah-curah tanpa diminta.Rintihan kuat mula kedengaran.

“PAPA!!!!” Aura menjerit.

“MAMA!!” Aura meraung kuat.

Tiba-tiba pintu terasa seperti ditolak.Aura tersentak,dia segera berdiri dan bersembunyi di sebalik troli yang dipenuhi dengan bola tampar.Sebaik pintu terkuak,satu susuk tubuh yang tidak kelihatan berdiri sambil tercungap-cungap seperti baru saja habis berlari.

“Aqua!”

*****

Pang!! Seluruh penghuni Kelab Bola Tampar bingkas bangkit.Kaget dengan tindakan mendadak itu.

Pipi putih Aqua serta-merta berbekas tapak tangan.Aqua terpana tapi langsung tiada rasa sakit di pipinya..hatinya yang menanggung segala kesakitan itu.

“Cherry!” bentak Rozie,selaku Kapten dan Pengerusi Kelab itu.

“Apa masalah kau,huh?Datang tiba-tiba lepas tu suka hati ja lempang orang!” kata Sumiyati pula.

“Dia yang sepatutnya sedar diri,gadis kasar ada hati nak rampas Dave dari Cherry,” balas Elita,kawan Cherry.Berdesing telinga Aqua mendengar ayat ‘rampas’ itu dari Elita.

“So childish lah kamu..diorangkan dah lama kawan,7 tahun diorang bersama-sama.Kenapa baru sekarang nak cari pasal?”

“Selama ni..Aura yang tolong kau tau,kalau bukan dia sampai sekarang kau takkan dapat Dave!” tambah Rozie pula.Bengkak hatinya bila Aura diperlakukan seperti itu.Depan semua orang lagi.

“Enough!It’s enough..tolonglah..Cherry,saya minta maaf.Seperti yang kamu tahu,saya dan Dave dah lama kawan,dah macam adik-beradik…”

“Tipu!Aku nampak semalam.Kau dengan Dave.Kau tahu tak dia batalkan temu janji kami semata-mata nak jumpa kau?Aku yang sepatut korang tolong bukan dia,bukan si perampas ni!” luah Cherry.Sekali lagi ayat ‘perampas’ itu berdesing di telinga Aqua.Sesungguhnya dia betul-betul tidak suka akan perkataan itu.Ia mengingatkan dia kepada satu peristiwa yang sudah lama terkubur.

“Tolonglah..jangan guna perkataan rampas itu lagi!” suara Aqua tiba-tiba meninggi.

“Kalau bukan perampas apalagi yang sesuai?AKu memang tahu,kau nak tolong pun hanya sebab mahu mendekati Dave,kan?Kau memang suka dia selama ini,kan?Aku dah lama bersabar dengan kau tahu..kau berpura-pura!!” bentak Cherry lagi.Selesai menghabiskan ayatnya dia terus beredar dengan derap langkah yang kuat.Dua gadis yang menemani Cherry tadi membuntuti Cherry.

Aqua lantas terduduk.11 orang ahli kelab segera mendapatkan Aqua.

“Gila betul Cherry tu.Cemburu pun biarlah bertempat,ni siap nak tampar orang lagi.Ingat dia tu isteri Dave apa?” marah Jasmine.

“Em..saya keluar kejap.Teruskan mesyuarat tanpa saya.Sorry..” Aqua bangkit dan beredar.Mereka sekadar memerhati Aqua.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.Bingung dengan sikap Aqua.Selalunya,Aura akan menegakkan sesuatu yang betul tapi ini dia seperti mengalah dan membiarkan orang menginjak kepalanya.

Bersebelahan dengan pokok merimbun,Aqua menangis.Bukan kerana tamparan itu atau Cherry tapi,perkataan ‘rampas’ itu membuka sesuatu yang sepatutnya sudah tertanam kemas dihatinya.Sesuatu yang selama ini menyeksa hidupnya sebagai anak perempuan Josephine.

***********************************************************

P/s: hai guys!!!I’m back!!hehe..tapi cuti untuk 6 ari aja..2 mei balik lagi di kem..hah!Ini new chapter untuk H2O,harap kamu berpuas hati..sorry kalau ayat sudah tunggang-langgang..untuk sambungan chapter 10,sa cuba bt okey?No promises…enjoy reading!!satu lagi..miss u all!kalau bole tinggalkan komen ya?

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.