Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 August, 2010

Substance : The consequences

Substance : The consequences




Bum!

Allan yang sedang duduk bersendirian di sebuah café tersentak dengan kehadiran Erika secara tiba-tiba. Matanya bulat memandang Erika, dia tidak sangka yang gadis itu akan menemuinya di situ. Erika duduk bertentangan dengan Allan, gelas berisi lemon tea milik Allan dicapai lalu dihirup rakus, lagak seperti orang kehausan.

“Abang pergi mana tadi?” soalnya. Allan mengeluh kecil.

“Ika..” Erika mengangkat tangan, tanda menyuruh lelaki itu berdiam diri.

“Lupakan tentang itu..sekarang Ika tanya, kenapa abang tinggalkan rumah tanpa berbincang dengan Ika?” soal Erika, lagak seperti isteri kepada Allan.

“Ika, abang tak perlu laporkan pada Ika setiap apa yang abang buat. Abang ada kehidupan abang sendiri, abang taknak bergantung pada papa sampai bila-bila,”

“Alasan! Abang pergi sebab Ika,kan?” Erika menduga.

“Salah satu sebab juga,” jawab Allan bersahaja.

“Abang, jangan buat Ika macam ni..jangan pergi. Jangan tinggalkan Ika,” Erika seakan merayu. Dia tidak boleh bayangkan macam mana hidupnya tanpa Allan disisi, Allanlah yang selama ini banyak membantunya, Allan sajalah yang selalu berada di sisinya tika dia tiada tempat untuk bersandar sehinggalah perasaan yang melebihi sayang seorang adik bertukar kepada sayang seorang wanita. Dia tahu dia tidak patut menaruh perasaan itu kepada abangnya tapi, dia manusia biasa yang tidak mampu mengawal perasaan. Hari demi hari, dia semakin meningkat dewasa dan perasan itu bertukar menjadi cinta.

“Ika tolong faham abang. Abang tak boleh,”

“Apa yang abang tak boleh? Cinta dengan Ika? Kita boleh sebab kita bukan adik-beradik kandung,”

“Ika! Walauapa pun yang Ika cakap, tiada apa yang boleh merubah itu. Ika tetap adik abang sampai akhir hayat abang. Ika adik abang dan saya abang Ika. Nothing can change that!” Mata Erika sudah mula berkaca. Langsung tiada ruang buatnya untuk menjadi insan yang istimewa di hati Allan.

“Boleh..abang cuba untuk mencintai Ika, Ika janji akan jadi sempurna untuk abang,”

“Masalahnya, abang tak boleh pandang Ika sebagai perempuan. Cinta abang pada Ika sebagai adik perempuan,” kata Allan sambil menekankan perkataan adik.

“Abang!”

“Dah..abang hantar Ika pulang. Hari dah gelap ni,” Allan bingkas bangkit. Niatnya tidak mahu memperpanjangkan perbincangan itu.

“Taknak!” bentak Erika. Allan mengeluh kecil. Susah melayan kerenah adiknya itu sebenarnya, berkat kesabarannya sahaja yang buat dia bertahan.

“Kalau Ika tak nak, abang balik,” putus Allan lalu malangkah pergi. Erika tersentak, dia seraya bangkit.

“Abang, tunggu Ika!” dia terus mengejar Allan.

*****


Hari ini adalah hari kedua Aura dan kawan-kawannya berada di Beauty Center, tak lupa juga kepada Puan Narisa dan Uncel Beck. Kadang-kadang Aura kasihan juga kepada Uncle Beck yang terpaksa menunggu berjam-jam dengan ditemani Nescafe. Entah berapa gelas yang dia habiskan kelamarin. Pokoknya, meja tempatnya duduk itu di penuhi dengan cawan-cawan kecil.

Kawan-kawan Aura pula sudah semakin selesa dengan keadaan itu, bukan tinggi diri tapi disebabkan ceramah-ceramah yang Aura sampaikan dari semalam sampailah hari ini. Aura tidak pernah penat berleter. Walaupun kadang-kadang apa yang Aura sampaikan itu tidak logik tapi ia amat berguna pada mereka. Apatah lagi pada Sabrina yang bertubuh gempal, Aura suka berpesan kepadanya untuk bersenam, bersenam bukan untuk melangsingkan badan tapi untuk menyihatkan badan. Macam mana mahu jadi cantik jika tubuh tidak sihat?

“Okey hari ini kita akan bersenam untuk menyihatkan badan,” kata Aura sambil mula meregangkan badan. Dia memandang lapan orang kawannya yang sedari tadi memandang sekeliling Gym yang ada di dalam Mansion. Dia hanya boleh menggelengkan kepala. Nampak sangat yang Aqua tidak pernah mengajak kawan-kawannya itu pergi ke Mansion itu.

“Sabrina, Jedah, dengar tak aku cakap?” mereka serentak berpaling ke rah Aura lalu bergegas menghampirinya.

“Kamu ni, aku bawa kamu ke sini bukan tujuan pameran tapi exercise. Kecantikan bukan saja ada pada muka dan tubuh tapi kecantikan juga terletak pada kesihatan tubuh badan, ada faham?” mereka mengangguk, mata tertunpu pada Aura.

“Okey..kita hanya ambil masa 2 jam untuk senaman. Tracy, aku nak tanya kau. Kau ni nak pergi pasarkah apa? Yang kau pergi pakai skirt labuh tu buat apa?” Aura sudah gatal mulut untuk menegur pemakaian Tracy. Baju lengan panjang dan skirt labuh tapi pakai kasut sukan.

“Tapi..kita kan nak datang ke Mansion kau ni. Aku ingat perlu pakai formal,” jawabnya malu-malu. Semua kawannya memakai baju sukan hanya dia yang memakai baju pergi pasar.

“Sudahlah..baju lengan tu kau boleh lipatkan. Hujung skirt tu aku nak kau ikat sampai paras pinggang. Faham?” dia mengangguk-angguk.

“Tapi macam mana?”

“Biar aku buat,” celah Amari. Dia mendekati Tracy dan duduk mencangkung. Hujung skirt di ikat seperti yang diminta oleh Aura. Serta-merta skirt itu menjadi pendek paras paha. Terpamer sedikit keputihan pahanya.

“Tapi..” Tracy berasa jenggal dengan skirt pendek itu.

“Jangan banyak tanya..masa dah terbuang ni. Aku mahu kita semua berlari di atas Treadmill itu selama 15 minit dengan kelajuan sederhana. Bergerak sekarang,” arah Aura sambil menepuk tangan. Dia kenal semua peralatan yang ada di mini gym itu kerana dia di sekolahnya juga ada mini gym seperti itu.

Mereka pun bergegas ke arah Treadmill dimana ia adalah tempat untuk kita berjogging. Aura ikut serta bersama mereka.



*****




“Dave, kau dah bersedia?” soal Aqua. Dia dah Dave berada di semak-samun di jauh dari kawasan tempat Cherry dan kawan-kawannya berbual. Dave menggeleng.

“Aku belum bersedia!” katanya.

“Dave..macam mana kau nak dapat Cherry kalau kau taknak berusaha. Dia sendiri cakapkan yang dia nak kau berusaha untuk mendapatkan dia lagi,” dahi Dave berkerut.

“Dari mana kau tahu dia cakap macam tu? Kau curi dengan eh?” Aqua terpinga. Matanya meliar mencari jawapan. Lama-kelamaan dia beralah.

“Eya..hari tu. Saya tak sengaja terdengar perbualan kau dengan Cherry..sorry,”

“It’s okey..soalannya, macam mana aku nak dapatkan Cherry balik kalau aku tak berani nak berdepan dengan dia?”

“Dengar sini..kau juga yang cakap kau akan dapatkan dia, sebab dia masih cintakkan kau, betul?” Dave mengangguk.

“So, di situ kau sudah bersedia untuk mengambil risikonya. Jadi sekarang, tiba masanya untuk kau lontar jauh-jauh ego kau. Kalau kau nak dia, move! Go to her..kau nak dia dimiliki orang lain?” soalan terakhir Aqua betul-betul membuatkan Dave bertekad.

“Okey..aku pergi!”

“Tunggu sekejap!” Aqua tiba-tiba menyambar tangan Dave. Dave terduduk semula.

“Kenapa?”

“Er…Good luck!” Aqua melepaskan tangan Dave. Dave mengangguk sekali sambil tersenyum. Dia terus bangkit dan menuju kearah Cherry. Aqua sekadar menghantar Dave dengan matanya.

Aqua bangkit, namun tiba-tiba tubuhnya terasa sakit sehinggakan dia terduduk semula. Dia memagang dadanya. Terasa sakit sangat, seperti jantungya itu disiat-siat. Dia memandang tangannya pula, pelik. Tangannya seolah-olah berubah lutsinar, tidak kelihatan. Namun hanya sekejap dan tangannya kembali seperti biasa. Jantungnya juga sudah tidak terasa sakit seperti tadi. Apa yang barus aja berlaku tadi? Aura!



Aura rebah sebaik saja dia masuk ke dalam tandas. Dadanya sakit yang amat sangat. Bibirnya sudah kebiru-biruan. Tiba-tiba dia terpandang kakinya, dia segera duduk menegak. Dia meraba kakinya yang kini sudah berubah lutsinar. Sakit di dadanya lantas dilupakan. Perlahan-lahan, kakinya berubah semula ke bentuk asal. Sakit di dadanya sudah berkurangan. Apa itu? Aqua..aku mesti jumpa dengan dia. Tidak, sudah tiba masanya kami berjumpa dengan Tok Sami.



Aku dah agak dah! Setiap kali kami ingin berjumpa dengan Tok Sami mesti ada saja halangan. Sekarang, halangannya terbesar adalah Leon Shinichi. Tak bolehkah dia bagi aku senang sikit? Lagi-lagi Kate the annoying ada dengan dia. Asyik-ayik menjeling, juling mata tu baru tahu!

Aku sendiri tidak tahu kenapa Leon mahu sangat nak aku ada di mansion ini? Kata nak seksa aku, tapi aku tak buat apa-apa pun di Mansion ini. Duduk diam sambil melihat kemesraan dia dengan Kate? Hum! Bagi aku tak mesra langsung..mesra lagi aku dengan Alfa.

“Alfa..i miss you,” tiba-tiba saja ayat itu terpacul di bibir Aura.

“Siapa Alfa?” Kedengaran suara Kate dari belakangnya. Aura yang sedang menggunting pokok-pokok pendek dan menghijau itu segera memandang belakang.

“Bukan hal kau,” selamba saja Aura menjawab tanpa mengambil kira akibatnya. Kate tersenyum sinis.

“Em..boleh buatkan aku air?” tiba-tiba Kate meminta. Aura mengerut kening.

“Excuse me..aku bukan orang gaji kau,okey? Buat sendiri!”

“Tapi..hamba abdi Shin, hamba abdi aku juga,”

“Well, tiada dalam peraturan aku perlu jadi hamba abdi kawan kepada Master Shin,” Aura berpura-pura gedik. Body Language-nya mengikut seperti Kate.Kate hilang kata.

“Shin!!” tidak semana-mana dia menjerit membuatkan Aura terkejut sedikit. Aura memandang kearah beranda. Kelihatan Leon keluar dengan bersahaja, tangan kiri dimasukkan ke dalam poket.

“Shin, betulkan? Hamba Shin, hamba Kate juga?” kata Kate sambil memeluk lengan Leon. Mata Aura dan Leon bertentangan. Leon memandang pula Kate di sebelahnya.

“Ya, hamba aku, hamba Kate juga,” mulut Aura ternganga. Leon merenung Aura dengan mata bersinar. Bukan sinar biasa, sinar luar biasa!

“Lepas kau dah siapkan semua kerja kau di sini. Masuk, ada yang perlu kita bincangkan,”

“Bincangkan?”

“Jangan banyak tanya!” pintas Leon. Aura lantas terdiam. Tanpa banyak bicara lagi, Kate dan Leon terus masuk meninggalkan Aura dengan kerja-kerjanya. Terkumat-kamit mulut Aura mengajuk kata-kata Leon tadi. Gunting besar disuakan kepada mereka berdua, geram diperlakukan seperti itu.


*****


Dave terus meluru masuk ke dalam Bilik Kelab Bola Tampar tanpa mengambil kira siapa dan siapa yang ada didalamnya. Semua mata memandang kearah Dave yang sudah duduk di meja bulat, kepala di lekapkan ke meja tanpa alas tangan.

“Boleh tinggalkan kami sekejap?” kata Aqua. Mereka yang sedang memasang peralatan keselamatan untuk latihan bola tampar segera mengangguk. Ada juga yang tidak sempat memakai peralatan dengan lengkap sudah pun keluar dari bilik itu. Aqua mendekati Dave dan duduk si sebelahnya.

Niat untuk menegur Dave dilupakan. Nampak seperti dia tidak mahu beritahu apa-apa. Aqua mengeluh perlahan. Mungkin ada sesuatu terjadi antara dia dengan Cherry. Aqua membaringkan kepalanya di atas meja dengan berbantalkan lengan. Wajah Dave yang separuh kelihatan itu ditenung lama. Lama dia merenuh wajah lelaki itu sehingga dia tidak sedar bila dia lelapkan mata.



Entah berapa lama mereka dalam keadaan begitu, akhirnya Dave yang tiada niat untuk melelapkan mata terbangun. Dia sedikit terkejut melihat Aqua terlelap di tepinya dengan mata menghala kepadanya. Dave tersenyum. Dia memegang pula pipi kirinya. Sakit di hati dan pipinya sudah hilang. Wajah mulus Aqua ditenung. Rambut yang menutupi wajahnya di sisipkan ke telinga.

Aqua yang tergerak sedikit membuatkan Dave cepat-cepat menarik tangannya. Perlahan-lahan Aqua membuka matanya.

“Dave?” pandangan Aqua masih samar-samar.

“Yo!” suaranya kedengaran lemah.

“So, macam mana?” soal Aqua terus kepada hubungan Dave dengan Cherry.

“She has a boyfriend,” Aqua terkedu. Patutlah Dave nampak lain saja.

“Betul? Dia bagi tau sendiri?” soal Aqua seakan tidak percaya. Dave mengangguk.

“Actually, boyfriend dia datang sebaik kau jalan,” kata Dave. Aqua sudah tidak dapat bersuara. Sepi memenuhi ruang itu.



“Hai,” sapa Dave sambil mendekati Cherry dengan kawan-kawannya. Cherry lantas bangkit. Dia agak terkejut dengan kedatangannya Dave.

“Dave..kau buat apa sini?” soal Cherry.

“Aku nak bincang dengan kau,”

“Tapi, aku tak boleh. Lepas ni kami ada benda nak buat lagi,” Cherry seakan memberi alasan.

“Please..boleh tinggalkan kami sebentar?” Dave memandang kearah kawan-kawan Cherry. Mereka memandang Cherry pula, seolah-olah keputusan ada di tangan Cherry. Cherry mengeluh kecil lantas mengangguk. Faham dengan anggukan itu, mereka terus beredar.

“Apa dia?”

“Aku nak kita bersama lagi,” Dave mencapai ke dua-dua tangan Cherry. Cherry menggeleng sambil menarik lembut tangannya.

“It’s too late, Dave,” dahi Dave mengerut.

“What’s too late, it’s never too late..Kita sentiasa boleh bersama kalau kau terima aku balik. I lo…lov…” keras lidah Dave. Anak tekaknya seakan tidak membenarkan Dave untuk meluahkan ayat itu. Cherry masih menanti.

“I lov…”

“Cherry!” mata Cherry membulat. Dia kenal benar suara itu. Dave pula segera memandang ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki berkaca mata sedang menuju kea rah mereka. Perlahan-lahan Cherry menolah.

“Siapa dia ni?” soal lelaki itu.

“Dia Dave, Dave ini Khan, my boyfriend,” dengan senang saja Cherry menuturkan kata-kata itu. Dave hampir pitam mendengar perkataan itu.

“Boyfriend? So, ini maksud kau dengan ‘too late’? Cherry…kau pernah janji dengan aku, yang takkan ada sesiapa yang boleh menggantikan aku,” lelaki yang ebrnama Khan itu memandang Cherry.

“Cherry, apa maksud dia?” soal Khan.

“Ya, aku memang pernah cakap macam tu, tapi itu dulu. Tiada apa yang akan kekal di dunia ni. Sejak kita putus, kau bukan siapa-siapa lagi pada aku, dan aku ambil keputusan untuk memilih Khan. Dia lebih menghargai aku dari kau,” Dave mendengus, tidak percaya.

“Kita tak pernah putus! Kau milik aku, Cherry. Tiada siapa yang boleh memiliki kau kecuali aku. Aku takkan putus asa. Aku tahu, kau pilih dia bukan atas dasar cinta tapi kau nak lari dari aku,” pang! Sekelip mata saja, tapak tangan Cherry menyinggah di pipi Dave. Dave seakan terpana.

“Jangan pernah cakap aku milik kau. Dan jangan cakap seperti aku masih cintakan kau, aku tak cintakan kau lagi. Dah Khan, jangan dengar cakap dia. Dia tidak layak untuk aku. Jom!” Cherry terus menarik tangan Khan dan segera beredar. Dave kelihatan betul-betul kosong, pipinya sudah bertanda tapak tangan. Seketika kemudian, dia tergelak. Apa yang melucukan pun dia tidak tahu, atau mungkin juga dia sedang mengetawakan dirinya sendiri.

“You’re a pathetic, Dave!” Dave menyelak rambutnya ke belakang.



“I’m so sorry, Dave,” Aqua tiba-tiba meminta maaf seolah-olah dia yang bersalah. Dave tersenyum nipis.

“Sorry for what..kau tak buat salah pun. Semua ni salah aku,”

“Khan nampak baik untuk Cherry. Mungkin dia lebih berhak untuk Cherry. Memang betul kata Cherry, takkan ada dalam dunia ni yang kekal. Semua akan tinggalkan kita, just like my mother,” suara Dave kedengaran sayu. Aqua tersentak mendengar ayat terakhir dari Dave.

“Just..like my mother?” Aqua mengajuk semula kata-kata Dave. Dave tersenyum sambil mengangguk.

“Ya..dia pun tinggalkan aku, dan apa yang Cherry cakap sama seperti yang dia cakap. Tiada benda yang akan kekal di dunia ni,” Aqua semakin sayu melihat Dave. Walaupun lelaki di hadapannya itu asyik tersenyum saja, tapi entah kenapa senyuman itu kadang-kadang menyakitkan hatinya.

“Kenapa dia mesti tinggalkan aku, dia kata dia takkan tinggalkan aku. Tapi hanya satu sebab dia pergi tanpa tinggalkan jejak, dia lari tanpa membawa aku bersama dia. Dia pergi dan takkan kembali lagi. Aura, boleh kau janji yang kau takkan tinggalkan aku?” Aqua terpana dengan permintaan Dave.

“Boleh?” Dave betul-betul mengharap. Aqua akhirnya tersenyum. Dia yang mendiami tubuh Aura akan tinggalkan Dave tapi bukan Aura.

“Ya, I won’t leave you,” kata Aqua. Tidak semana-mana, Dave terus menariknya masuk ke dalam dakapan. Aqua tersentak. Tapi dia tidak mampu menolak sebaik dia terdengar esakan kecil Dave. Itu adalah kali pertama dia melihat seorang lelaki menangis di hadapannya. Aqua membiarkan saja Dave mendakapnya.

Awan yang sedang berarak itu sudah berubah warna ke warna oren. Ianya bermaksud hari sudah petang.



*************************************************************

p/s : seperti yang dijanjikan, ini adalah last n3 utk H2O. never say good bye to H2O ok? Hehe..semoga terhibur!

Special Spell 8 : In The Future


Special Spell 8 : In The Future


            “Vic!” Vic yang sudah jauh berjalan menoleh ke belakang. Kelihatan Zero sedang berlari ke arahnya. Moon pula sekadar berjalan kaki, dengan keadaannya yang berbadan dua itu dia tidak boleh berlari. Vic mematikan langkahnya sambil mengesat airmata yang mengalir. 

             “Apa?”

           “We need to see your parents.” Kata Zero. Vic tergelak.

            “What do you mean by my parents. You are my parentas,” jawabnya.

            “Maksud aku, di zaman ini. Kami perlu tahu kenapa kau sanggup merentasi masa,. Apa terjadi pada kami pada masa ini?” soal Zero. Moon sudah pun mendekati mereka.

            “Buat apa kamu nak tahu? Kamu tahu pun kamu tak boleh buat apa-apa!” dengus Vic.

            “Sekurang-kurangnya kami tahu, by the way, kau boleh panggil kami papa and mama,” jawab Moon pula. Vic mendengus.

            “Pleaselah, kamu takkan mendapatkan anak yang sama apabila kamu bersalin nanti,”

            “Maafkan aku bila aku kata Vic tak layak lahir di dunia. Sekarang walauapa pun yang terjadi, aku nak Vic jadi anak aku. I’ll be your only mother!” Moon mencapai tangan Vic. Vic memandang Moon. Hatinya sedikit tersentuh.

            “Bolehkah saya jadi anak mama bila saya cuba merosakkan hubungan mama dengan papa?” soal Vic.

            “It doesn’t matter now, Vic. Kita adalah keluarga tidak kira masa lalu atau di masa depan,” serentak itu Vic terus memeluk Moon. Erat.

            “Luahkan segala-galanya Vic. Mama tau, Vic sayangkan Sandra,” kata Moon.

            “Lelaki takkan nangislah, ma,” kata Vic.

            “Who said that?” tanya Zero pula.

            “Papa,” jawab Vic selamba. Zero terkesima. Batu yang dibaling memantul semula ke arahnya. Dia berdehem. Moon hanya tersenyum.

            “So, boleh ceritakan apa yang terjadi pada kami?” soal Moon.

            “Vic akan ceritakan tapi kita balik dulu ke rumah, Vic nak tengok mama dengan papa,”

            “Okey, tapi kita nak balik ke mana?” soal Moon.

            “Rumah kita, yang mama dan papa diami dulu,” Moon dan Zero mengangguk, faham. Patulah Vic tahu alamat rumah mereka, rupanya mereka masih tinggal di rumah yang sama selama 19 tahun.


            “Sebenarnya konfik bermula waktu Vic masih 6 tahun. Vic tak faham apa sebenarnya yang terjadi, tapi mama tahu tak yang mama akan mengandung anak kembar?”

            “Anak kembar?” kata Moon girang, wajahnya serta merta ceria.

            “Tapi ma..Vic tak sampai hati nak cerita. Vic takut, hubungan mama dengan papa akan terjejas gara-gara ni,” Moon memandang Zero. Serius sangatkah keadaan hubungan kami?

            “Aku percaya, tiada benda yang akan menjejaskan hubungan aku dengan Moon,”

            “Ya Vic. Mama pun rasa begitu juga, spill it!” Moon menyokong kata-kata Zero. Vic menarik nafas panjang lalu mula bercerita.


Moon dan Zero pernah mempunyai anak kembar perempuan, tetapi disebabkan kesibukan Zero yang melampau-lampau dia mengabaikan Vic yang waktu itu masih berumur 6 tahun dan waktu itu juga Moon mengandung anak kembar. Itu adalah permulaan kepada konflik mereka yang tidak berkesudahan.

            Zero selalu pergi awal dan pulang lewat malam. Dalam seminggu hampir Moon tidak boleh menatap Zero. Kerana, bangun pagi saja Zero sudah pergi, apabila dia sudah tidur Zero pulang. Hansetnya pula selalu tutup. Kenapa ditutup? Moon sendiri tidak tahu. Setiap kali Moon kepada PA Zero soal keberadaann Zero, dia sentiasa keluar. Hampir setiap hari. Dan akhirnya Moon mengambil keputusan untuk melihat Zero sendiri dengan matanya.

            Tidak pernah terlintas difikirnya yang Zero akan curang, sebab dia sangat percayakan Zero. Tapi, sampai satu saat Moon sudah tidak tahan lagi. Dan memang betul Zero tidak curang sebaliknya sibuk dengan projek mereka yang bertimbun-timbun. Waktu dia melawat Zero, mereka berada di conference room. Jadi Moon menunggu di pejabat Zero sendiri.


            Fyonee, PA Zero membukakan pintu baginya. Moon melangkah masuk. Bekal dari hasil buatan tangannya diletakkan di ruang tamu pejabat Zero. Matanya meliar diseluruh pelosok bilik tersebut, bilik itu kemas dan teratur. Sangat terurus seperti pemiliknya juga. Moon tersenyum. Dia bangkit menghampiri meja kerja Zero. Frame yang terletak di atas meja itu digapai. Dia tersenyum lagi menatap 3 susuk tubuh yang sedang tersenyum manis didalam foto itu. Moon mengucup gambar itu, rindunya dia pada Zero. Terasa seperti sudah bertahun mereka tidak berjumpa.

            Tiba-tiba matanya menangkap satu objek kecil berada di atas kerusi kerja Zero. Kelihatan seperti lipstick wanita berwarna merah jambu. Dia menghampiri kerusi itu lalu mengutip lipstick tersebut.

            “Takkan Zero guna lipstick kot?”

            Tiba-tiba pintu pejabat Zero terkuak. Moon berpaling kearah pintu. Kelihatan Zero agak terkejut melihat Moon ada di biliknya. Seketika kemudian dia tersenyum lalu mendekati Moon.

            “Hai,” sapa Moon. Terasa begitu janggal berdepan dengan Zero. Zero memeluk Moon.

            “Kenapa macam janggal aja ni? Buat apa?” soal Zero lalu melepaskan pelukkan. Moon tergelak.

            “Sebab kita dah lama tak jumpa. Kau tak rindu dengan diorang?” soal Moon sambil mengusap perutnya yang sudah sedikit membesar. Zero tersenyum. Sudah tentu dia merindui Moon. Kalau boleh mau saja dia bercuti panjang untuk bersama-sama dengan Moon tapi apakan daya, IE Ent. Sudah menjadi syarikat antarabangsa dan kini sudah bekerja sama dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta terbesar di dunia.

            “Tentu saja aku rindu dengan diorang Moon, terutamanya wanita yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang,” Zero mengucup lembut dahi Moon.

            “Ah, aku ada bawakan bekal. Kita makan, ya?” Moon teringat bekas yang dibawanya dari rumah. Dia segera mengambil bekas tersebut tapi langkahnya mati apabila Zero menghalangnya.

            “Tak. Aku datang ni nak ambil file saja. Mesyuarat belum habis lagi sebenarnya. Lepas ni, kita makan sama-sama,ya?” Moon mengeluh. Dia penat-penat datang disitu seorang diri, Zero pula asyik dengan kerjanya. Moon sedikit terkilan dengan sikap Zero.

            “Maaf,ya?” mahu tidak mahu, terpaksa juga Moon melepaskan Zero.

            “Okey,” jawabnya seakan terpaksa. Zero pun mencari filenya yang ada di dalam laci mejanya. Moon tiba-tiba teringat lipstick yang ada di tangannya.

            “Zero, ini siapa punya?” Zero mengangkat muka, matanya terus kepada objek kecil ditangan Moon. Dia mengerutkan kening.

            “Bukan kau punya? Aku tak guna benda-benda macam tu,” jawab Zero sambil menutup lacinya. File yang dicarinya sudah ditemuinya.

            “Em, tapi aku jumpa di kerusi tu,” jawab Moon pula.

            “Oh, ya? Mungkin Fyonee punya. Okeylah, aku pergi dulu sayang! Tunggu tau!” Zero terus beredar, tidak sempat Moon bertanya lebih lanjut lagi.


3 jam berlalu…


            Moon mengeluh lagi. Masuk itu sudah 10 kali dia mengeluh. Akhirnya dia mengeluarkan notepad lalu mencatat sesuaty ke atasnya. Selesai menulis, kertas itu di sisipkan ke bawah bekas.


Rasanya, buangkan saja makanan ni. Dah tak sedap. Kita jumpa nanti.

 Love,
Moon


            Moon lantas berdiri dan dan keluar dari pejabatnya. Saat dia membukakan pintu, Zero baru mahu membukakan pintu. Mata mereka bertaut.

            “Kau dah nak balik?” soal Zero. Mendengar soalan itu dari Zero sedikit-sebanyak meremukkan hati Moon. Moon tersenyum walaupun perit.

            “Aku penatlah Zero. Mungkin lain kali saja. Aku balik dulu!” Moon melintasi Zero. Tangan Moon dipaut.

            “Biar aku hantarkan,” katanya. Moon menarik kemas tangannya.

            “Tidak perlu. Aku tahu kau mesti masih sibuk, kan? Selesaikan dulu kerja tu,” kata Moon. Dalam masa dia memahami keadaan Zero, dia turut terseksa. Kenapa hanya dia yang perlu faham keadaan Zero?

            “Betul ni?”

            “Ya, aku pergi dulu!” Moon terus beredar tanpa menunggu balasan dari Zero. Zero pula melepaskan Moon begitu saja. Saat Moon melangkah pergi, air matanya menitis. Tidakkah Zero faham, dia mahu Zero menghalangnya dan meminta maaf. Bukan melepaskan dia begitu saja.

            Zero memasuki ruang pejabatnya. Automatik matanya tertumpu pada bekas makanan dan sekeping nota dia tas meja. Dia segera mencapai nota tersebut. Wajah Zero serta merta berubah resah. Zero, you stupid! Zero terus bergegas keluar mengejar Moon. Betapa bodohnya dia kerana menyia-nyiakan satu-satunya peluang untuk bersama Moon. Dia betul-betul bodoh.

            Saat pintu lif tertutup, Zero muncul. Zero berlari mahu menghalang lif namun tidak sempat. Lif sudah akan turun ke lobi. Zero mencari lif lain namun semua lif masih sibuk dengan destinasi masing-masing. Hanya satu cara, tangga kecemasan. Walauapa pun, dia perlu berjumpa dengan Moon. Entah kenapa, dia semakin resah. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Sesampai dia di lobi, dia menuju ke ruang lif. Satu-persatu lif terbuka.

            “Tolong, ada perempuan pengsan di sini!” tiba-tiba sebuah jeritan dari belakangnya kedengaran. Zero segera menoleh. Zero seakan ingin pitam apabila wanita yang di maksudkan itu adalah Moon!


            “Macam mana keadaan dia doktor?” soal Zero pantas apabila Doktor yang bertugas keluar dari bilik kecemasan.

            “Keadaan isteri anda sudah stabil, cuma kami tidak boleh menyelamatkan anak kembar encik. Maafkan kami,” jawab Doktor itu sambil menepuk bahu Zero, seakan memberi semangat. Zero bersandar. Rupanya sekarang seperti orang yang sudah kehilangan segala-galanya. Dengan bahu yang berdarah, rambut yang berserabut. Zero meluncur duduk ke lantai. Dia menekup kedua-dua wajahnya. Air hangat sudah mula deras mengalir. Dia mula menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dia menghalang Moon dari pergi, semua itu tidak akan terjadi.


~*~


            “Selepas itu, papa menghilangkan diri selama dua minggu. Papa Zany yang menguruskan syarikat. 
Selepas dua minggu baru papa muncul dengan keadaan yang serabut. Selepas itu keadaan mama dengan papa menjadi renggang. Papa jarang balik ruamh. Namun begitu, selepas setahun hubungan mama dan papa semakin membaik dan konflik kembali timbul. Vic sendiri tidak tahu apa lagi masalah yang papa dan mama hadapai tapi Vic sering mendengar diorang bertengkar,” akhirnya selesai juga Vic bercerita. Moon sudah memandang Zero. Zero menggeleng.

            “I won’t do that!” katanya seakan menafikan cerita Vic. Moon tersenyum.

            “Aku tahu sayang, aku tahu kau takkan buat begitu. Walaupun kau tetap buat, kau tentu ada sebab. Aku kenal kau, Zero,” kata Moon sambil menyentuh pipi Zero. Zero mengucup telapak tangan Moon. Vic menggeleng, walaupun sudah mendengar cerita yang balak terjadi mereka tetap saling percaya. Apa yang ada dalam hubungan mereka pun dia tidak tahu.

            Teksi itu berhenti di hadapan gate rumah banglo Moon dan Zero. Selepas membayar sewa mereka pun keluar.

            “Rumah ni masih kelihatan seperti dulu,” kata Moon seakan mereka sudah lama meningglkan rumah itu.

            “Rasanya papa sudah balik,” kata Vic. Ada dua buah kereta terpakir di hadapan banglo.

            “Kita masuk,” cadang Zero.

            “Tapi kalau diorang nampak kita?” soal Moon pula.

            “Kita masuk dari dapur. Vic buka kunci,” kaya Zero. Mereka bersepakan menggunakan kaedah itu lalu Moon dan Zero menuju ke halaman belakang rumah sementara Vic masuk dari pintu utama.

            Moon dan Zero masuk apabila kunci sudah dibuka. Perlahan-lahan mereka menjenguk ke laur dari dapur. Waktu itu mereka sudah terdengar suara nyaring dari Moon.


            “Siapa dia, Moon? Tell me!” bentak Zero sambil menyentap tangan Moon. Moon menapis tangan Zero.

            “Aku dah kata dia pekerja baru di syarikat aku. Part mana yang kau tak faham?” balas Moon.

            “Aku memang faham, tapi kenapa dia siap angkat kau lagi? Kau tahu tak kau masih isteri aku?” Moon mendengus. Tajam matanya menikam Zero.

            “Aku dah cakap, aku pening. Dia yang tolong aku sebab aku tak mampu pun nak berjalan. Kalau betul aku ni isteri kau, kenapa kau selalu abaikan aku. Dari dulu sampai sekarang!” Moon cuba mengungkin cerita dulu.

            “Kau jangan ungkit kisah lama Moon. Aku dah insaf, aku takkan buat lagi. Tapi kau..aku rasa kau memang sengaja nak balas dendam, kan? Okey, dulu aku memang selalu salah sebab aku abaikan kau. Tapi kau tak boleh buat aku begini, kau tahu tak?”

            “Tak pernah terlintas di fikiran aku sekali pun nak membalas dendam. Aku masih cintakan kau tapi kau..Sejak bila kau mula mencurigai aku Zero? Sejak kau daha ada Maya?” Zero tersentak. Tiba-tiba nama Maya disebut sedangkan Maya langsung tiada apa-apa kaitan dengannya.

            “Kenapa tiba-tiba ada Maya ni, huh? Aku takda apa-apa kaitan lansung dengan dia. Kau saja yang fikir bukan-bukan,” kata Zero.

            “Jadi, apa yang aku nampak dalah handset kau tu semuanya tipu? Kau curang dengan aku, Zero. Kau dah tak cintakan aku lagi!” Moon pantas beredar menaiki tangga. Zero mengerutkan kening. Dia semakin binggung dengan kata-kata Moon. Dia mengejar Moon.

            “Apa yang kau cakapkan ni Moon? Aku tak faham,”

            “Tengok dengan mata kau sendiri, mungkin dengan itu kau akan faham!” Moon mengesat air matanya lalu meneruskan langkah menuju ke kamar. Zero berhenti disitu, dia segera membawa handsetnya keluar dari poket seluar.

            Tangannya pantas menuju ke Gallery dan masuk ke Image Folder. Muncul beberapa keping gambar dia dan Maya di atas katil. Zero sangat terkejut. Seingat dia, dia tidak pernah pergi ke mana-mana dengan Maya. Pernah sekali, itu pun kerana urusan kerja. Maya terpilih sebagai model untuk model terbaru kereta ciptaan IE Int.

            “Ini tak betul!” dengus Zero. Dengan perasaan geram yang tidak tertanggung, dia menghempaskan handset changgi itu ke lantai. Bateri dan penutup bercerai dari badan. Zero mendengus lantas beredar ke pintu keluar. Dia perlu berurusan dengan Maya. Nampak Maya seperti sengaja menjadi minyak kepada hubungan dia dan Moon yang sudah sedia marak dengan api.

            Moon yang ada di dalam kamar semat menangkap bunyi dentuman atas lantai. Dia duduk menyandar di pintu bilik. Dia sangat berharap yang Zero akan masuk dan mengatakan itu semua tidak benar. Tapi Zero pergi tanpa meninggalkan apa-apa penjelasan.


            Moon dan Zero yang ada di dalam dapur saling berpandangan. Mereka serentak menggeleng.

            “I’ll won’t do that!” serentak mereka bersuara. Kemudian mereka tergelak.

            “I trust you, dear!” Zero terus memeluk Moon. Vic yang ada di tepi pelik memandang mereka. Tapi hatinya menjadi lega apabila Moon dan Zero saling mempercayai antara satu sama lain. Tiada lagi yang dia takutkan selepas ini kerana Vic Junior akan memiliki ibu bapa yang saling mempercayai nanti. Itu pun kalau Zero dan Moon berjaya keluar.

            “Aku rasa, kita perlu siasat apa yang terjadi antara diorang. Kita perlu tahu siapa Maya!” Moon memberi cadangan. Zero pantas mengangguk. Dia juga memikirkan perkara yang sama.

********************************************************
p/s: sorry lah..sa takda niat nak panjangkan cerita ni. Mungkin satu/ dua chp lagi MWMG akan tamat. Semoga terhibur!

28 August, 2010

Minta Maaf & Terima Kasih @ H2O




Firstly, saya sangat-sangat bersyukur bila kamu sudi membaca dan memberi komen yang ada kalanya selalu buat saya tersenyum macam orang angau. Setiap hari saya mendambakan komen dari kamu. Dan walaupun tidak banyak, saya sudah betul-betul bersyukur. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi datang, sudi menjadi Follower saya. Tengok Follower saya yg pd mulanya hanya 11 sudah hampir 200...hehe..(amboi bangganya...) harap semakin byk Follower saya ^-^v. Terima kasih sekali lagi. Semoga kamu juga suka karya2 saya yang bakal di publish di blog ini.


Secondly, saya betul-betul minta maaf, memandangkan tajuk di atas pun berkenaan dengan terima kasih dan minta maaf so, di sini saya mau minta maaf. Mungkin ini terlalu pantas buat kamu tapi saya memang sudah rancang memandangkan saya mahu jadikan H2O manuscript. Ya, ini pasal H2O. Saya dapat mesej dari One Nusantara, kata diorang, diorang mau nilai H2O. Walaupun ini belum tentu lagi sebab nama pun nak nilai,kan? so jangan takut kalau tidak diterima saya akan publish sampai tamat di sini. Tapi ada satu lagi, saya akan rombak balik H20 dari awal hingga bab yg ada dalm blog ni. Mungkin tak byk yg saya akan rombak. Saya akan publish dekat blog kalau permintaan tinggi, kalau tak tidaklah,kan? hehe..

So, kalau ada apa-apa pertanyaan yang private, ceh..taklah. Kalau ada apa2 nak tanya just emali saya. Saya akan jawab semuanya. satu lagi, perlukah saya remove H2O?

Love,
Okie aka Witch

22 August, 2010

Special Spell 7 : True Love


Special Spell 7 : True Love


            Selepas saja melepasi kabus itu, Vic bergegas membawa Sandra masuk ke dalam rumah kayu. Dia tidak mahu melengah-lengakan masa ataupun Sandra akan terkurung dalam masa.

            “Vic, sekejap. Letakkan aku dulu, I need rest..” kata Sandra. Nafasnya sudah tercungap-cungap, wajahnya pucat dan berpeluh. Vic segera meletakkan Sandra di bangku kayu di ruang tamu. Kemudian dia menuju pula ke almari bersebelahan dengan pintu ingin mengambil tuala bersih. Setelah itu dia menuju ke dapur, mengambil segelas air. Rumah itu kecil saja namun barang-barang yang ada di dalam semuanya lengkap.

            Sandra meneguk air yang di bawa Vic. Sambil Sandra menghirup air itu Vic melap peluh-peluh Sandra.

            “Jangan risau, aku takkan apa-apa,” kata Sandra seakan faham dengan tingkah-laku Vic. Gerak tangan Vic saja sudah cukup membuktikan yang dia sedang risau, cara dia membuka pintu almari pun Sandra sudah tahu yang Vic cemas. 

            Vic memandang wajah Sandra. Kemudian dia tertunduk di kepala lutut Sandra.

            “Aku tak nak kehilangan kau seperti aku kehilangan ibubapa aku…aku perlu kasih sayang dari kau,” kata Vic. 

            “Kau takkan kehilangan sesiapa, Vic..percayalah. Aku percaya, cinta Moon dan Zero masih ada. Kau adalah hasil cinta diorang, Vic. Diorang tak mungkin akan berpisah,”

            “Aku lebih rela diorang berpisah daripada hari-hari tengok diorang bergaduh…aku lebih rela tengok diorang berpisah sekarang daripada berpisah selepas aku dilahirkan, aku taknak mama tersiksa…” Vic sudah mengalirkan mata. Sandra mengusap lembut kepala Vic. 

            “Kau tahu kau tak boleh ubah masa lampau,kan? Jangan begini Vic, kau mesti kuat!” Sandra mengangkat wajah Vic. 

            “Apa maksud semua tu?” tiba-tiba satu suara muncul dari arah pintu masuk. Serentak Vic dan Sandra berpaling. Vic lantas bangkit. 

            “Mama..” tanpa disedari panggilan mama terpacul di bibir Vic. Tidak semana-mana, rumah itu tiba-tiba bergegar seperti gempa bumi berskala kecil menimpa. Barang-barang yang ada atas meja perhiasan jatuh ke lantai, pintu almari yang tertutup rapat terbuka dan semua barang-barang di dalamnya mulai jatuh. Pintu jendela tertutup-buka dek angin yang tiba-tiba menjadi ganas. 

            Zero terpaksa memeluk Moon agar Moon tidak terjatuh akibat goncangan kuat itu. Vic turut melindung Sandra daripada daun-daun kering yang mula masuk ke dalam rumah.

            “Vic, semua sudah terlambat…diorang sepatutnya tak boleh datang tempat ini!” Sandra terpaksa menjerit untuk melawan bunyi angin itu.

            “What’s happening?” jerit Moon pula bertanya. 

            “Vic, the book!” kata Sandra. Tanpa berlengah lagi, Vic terus mendapatkan buku berukuran F4 yang sudah terjatuh dari dalam almari perhiasan. Buku itu dibawa kepada Sandra. Moon dan Zero mendekati mereka.

            “Moon, Zero..kamu mesti keluar dari sini segera, sebelum terlambat!” kata Sandra. 

            “Apa semua ni? Kenapa Vic panggil aku mama?” soal Moon pula. 

            “Kamu tidak perlu tahu, yang penting kamu mesti keluar dari tempat ini dengan segera!” Sandra menekankan ayat segera. Sekiranya Moon dan Zero tidak keluar dari tempat itu, Moon dan Zero akan dibawa ke masa depan dan dia pula akan terperangkap dalam masa.

            “Cepat keluar! Papa, bawa mama pergi sekarang juga, tolonglah!” kata Vic pula. 

            “Moon kita pergi sekarang!” Zero memaut bahu Moon dan perlahan-lahan membawa Moon keluar dari tempat itu.

            Namun keadaan bertambah ganas, buku yang ada di tangan Sandra tiba-tiba bergegar dan jatuh ke atas meja. Dengan sendirinya helaian-helaian buku terselak hingga ke akhir muka surat. Dan perlahan-lahan terapung ke udara. Muncul cermin kecil yang sama saiznya dengan buku itu di bahagian belakang pentutup buku.

            Sandra semakin cemas. Ini bukan penanda yang baik. Ini malapetaka! Cermin itu tiba-tiba bercahaya terang, terang mengalahkan cahaya matahari. Zero dan Moon berpaling ke belakang. Cermin yang bercahaya terang itu meretak.

            “Tunduk!” jerit Sandra sambil menekup kepala Vic. Begitu juga dengan Zero, dia bertindak cepat dengan mambawa Moon meniarap atas lantai. Cermin itu berkecai serentak dengan itu, cahaya terang itu menjadi besar sehingga menutupi seluruh penjuru bilik itu, cahaya itu tembus sehingga ke luar rumah.

            Dari luar, cahaya yang membesar itu beransur menjadi malap dan rumah yang didirikan di tempat itu serta merta hilang.

*****

            Cermin bulat yang ada dalam peganggannya itu semakin hebat bergoncang seakan terkena renjatan elektrik. Wanita tua itu semakin menguatkan pegangannya pada pemegang cermin yang berwarna keemas-emasan itu. 

            Tiba-tiba, cermin itu meretak lalu muncul cahaya yang semakin membesar. Wanita tua itu segera menghalakan cermin itu kea rah tuang tamu. Dia segera menekup tubuhnya dengan lengan baju yang panjang sebelum cermin itu berkecai. 


            Serentak dengan itu, seorang lelaki jatuh dari atas ke lantai diikuti pula dengan dua orang pasangan lelaki dan perempuan di atas sofa empuk. Wanita tua itu segera menerpa kea rah lelaki yang terjatuh atas lantai.

            “Vic, mana Sandra?” soalnya cemas. Walaupun dia pasti jawapannya. Vic yang menahan sakit di lutut tersentak.

            “Nenek? Aku di mana? Sandra?” bertubi-tubi soalan yang keluar di bibirnya. Dia lantas berdiri ingin mencari kelibat Sandra namun wanita tua itu cepat mencegah.

            “Kenapa? Mungkin Sandra terjatuh dalam bilik dia, aku perlu cari!” kata Vic lagi seakan tidak boleh menerima kenyataan, kenyataan bahawa Sandra terperangkap dalam Masa.

            “Moon, kau okey?” soal Zero. Moon yang menindih badan Zero mengangguk.

            “Nasib baik aku jatuh atas badan kau,” Moon berdiri begitu juga Zero.

            “Kita di mana ni?” soalnya. Nenek Zafura  memandang kea rah dua pasangan itu.

            “Kamu masih berada di tempat yang sama,” jawab Nenek Zafura. Vic pula tidak mendengar kata-kata wanita tua itu lalu mencari Sandra.

            “Tempat yang sama?” soal Moon pelik.

            “Ya, tempat yang sama tapi masa yang berbeza, kamu berada 19 tahun ke hadapan,” jawab nenek Zafura tanpa apa-apa ekspresi muka. Dia kembali ke meja kerjanya yang berserabut dengan buku-buku dan botol-botol kecil. 

            “Apa maksud kamu?” soal Leon. Dia dan Moon mendekati meja kerja tersebut.

            “Seperti yang kamu dengar, kamu berada 19 tahun ke hadapan. Kamu baru saja merentasi masa dan itu menyebabkan cucu saya terperangkap dalam Masa!” jawab Nenek Zafura, nadanya keras. Moon memandang Leon

            “Macam mana kami boleh ada di sini?” soal Leon.

            “Semua ini disebabkan permintaan bodoh anak kamu! Dan cucu saya turut menjadi bodoh apabila dia jatuh cinta dengan anak kamu!” 

            “Anda masih tidak menjawab soalan,” kata Moon tiba-tiba.

            “Moon, kamu boleh ada di sini sebagai barang pertukaran, dan barangnya adalah Sandra. Kalau kami berdua menurut saja kata-kata Sandra dan keluar dari rumah itu dengan segera kamu berdua takkan berada di sini dan Sandra tidak akan terperangkap,”

            “Nenek, Sandra takda!” tiba-tiba Vic muncul dari dapur dan sedang menuju kea rah mereka.

            “Vic, nenek tahu kamu tidak boleh terima kenyataan itu tapi Sandra terkurung dalam Masa. Kita tak boleh buat apa-apa lagi melainkan menerimanya dengan hati yang terbuka,” kata Nenek Zafura.

            “Apa? Nenek nak Vic terima dengan hati yang terbuka apabila Sandra terkurung dalam masa? Tidak, Vic tak boleh terima semua ni! Ini semua mengarut!” bentak Vic lantas melarikan diri. Moon yang ingin menahan dicegah Zero. 

            “Nenek, bagaimana kami boleh…”

            “Tiada jalan pulang lagi ke dunia asal kamu, kalau kamu mahu balik kamu terpaksa mencari barang pengantaraan. Tapi bukan semua orang layak menjadi Pengantaraan seperti Sandra,” jawab Nenek Zafura seakan tahu apa yang bakal Moon persoalkan.

            “jadi, selama-lamanya kami akan terkurung di sini? Begitu juga dengan Sandra?” Soal Zero.

            “Eya, kamu mungkin masih boleh pulang tetapi Sandra tiada harapan lagi. Dia akan selama-lamanya terkurung di situ,” Moon segera mencari tempat untuk melabuh. Terasa kepalanya berputar-putar. Zero membuntuti Moon.

            “Dia perlu rehat, dia masih dalam keadaan terkejut. Saya akan sediakan air,” kata Nenek Zafura lantas menuju ke dapur. Zero sekadar memandangnya sehingga dia masuk ke dapur.

            “Nenek tu macam robot, takda perasaan. Cucunya terkurung dalam Masa dia masih lagi tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku,” kata Moon. 

            “Kita tak tahu apa yang dia rasa,Moon. Mungkin dia lagi sendih dari Vic,” jawab Zero sambil memicit-micit kepala Moon.

            “Kita tak boleh terus di sini Zero, kita tak tahu apa akan terjadi 19 tahun kebelakang. Mungkin Kiran sudah tercari-carikan aku,” kata Moon. 

            “Aku juga nak balik tapi macam mana, kita tak boleh buat apa-apa,” 

            Prang!! Bunyi kaca pecah dari arah dapur membuatkan Moon dan Zero tersentk lantas sama-sama menuju ke dapur. Kelihatan Nenek Zafura tertunduk lama merenung kaca-kaca di atas lantai. Moon memandang Zero, simpati dengan keadaan Nenek Zafura. Moon segera menghampiri Nenek Zafura dan mengemaskan kaca-kca tersebut. 

            “Nenek, kami minta maaf. Kami tak tahu ini bakal terjadi. Maafkan kami,” ikhlas Moon meminta maaf. Zero terus menerpa mereka, dia mengangkat Nenek Zafura agar duduk di bangku meja makan. 

            “Kamu tidak salah sebenarnya, nenek yang salah sebab membenarkan Sandra dan Vic merentasi masa,” kata Nenek Zafura, menyalahkan dirinya sendiri.

            “Apa sebab Vic nak merentasi masa?” soal Zero.

            “Sebenarnya, kamu langsung tidak boleh tahu apa-apa pasal 19 tahun ke hadapan tapi memandangkan kamu sudah beradadi dunia ini maka kamu perlu cari tahu sendiri kenapa Vic bertekad ingin merentasi masa,” 

            “Maksud nenek?” Moon bertanya.

            “Kamu pergi cari Moon dan Zero dan telitikan apa sudah terjadi dengan hubungan mereka sehinggakan Vic sampai ke tahap ini,” 

            “Maksud nenek cari kami yang sekarang ni? Kami ada masalah?” 

            “Itu kamu perlu cari tau sendiri, sebab nenek tak boleh bagitau,” jawab Nenek Zafura. Moon dan Zero berpandangan. Hati mereka tiba-tiba berdebar, bayangkan mereka perlu berjumpa dengan diri mereka sendiri. Ini memang tidak masuk akal, tapi apa lagi yang perlu mereka buat. Sudah tiada jalan pulang.

***************************************************************** 
p/s: enjoy reading, please comment!

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.