Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

15 October, 2010

SUBSTANCE 2 : The First Meeting


SUBSTANCE 2 : The First Meeting.


            ANGIN pada waktu subuh sungguh menyegarkan. Aqua mengeliat sambil menghirup udara. Pemandangan dari balkoni mansionnya itu sungguh cantik. Kabus tebal masih kelihatan di kawasan-kawasan pergunungan dihadapan mansion itu. Mansion mereka yang sebesar 9,000 kaki persegi itu terletak di bahagian atas bukit yang rata. Sebuah mansion lagi terletak bersebelahan dengan mansion mereka, keluasan mansion itu melebihi keluasan mansion mereka. Ia boleh di katakan mansion berkembar.
Pintu bilik Aqua dikuak dari luar. Puan Narisa melangkah masuk. Dia tercari-cari kelibat Aqua. Selepas menangkap sesusuk tubuh yang sedang berdiri di balkoni, dia tersenyum. Dia segera menghampiri gadis itu.
“Selamat pagi sayang,” sapa Puan Narisa, Aqua yang sedikit terkejut memandang ke sebelahnya.
“Pagi mama,” balasnya. Kedua-duanya seperti baru saja bangun dari tidur. Sama-sama masih memakai pajama.
“Aqua tak pergi sekolah?” soal Puan narisa sambil mengusap bahu Aqua. Aqua tertunduk. Rasa takut masih bersarang dihatinya, walaupun kejadian itu sudah dua bulan berlalu. Kejadian apabila dia terpijak album lelaki bernama Shin dan lelaki itu terus menjatuhkan hukuman pemulauan kepadanya. Semua orang termasuk kawan-kawannya dari Kelab Mengait, dia dipulaukan seorang diri. Dia tidak boleh mengaduh pada sesiapa melainkan ponteng. Dia takut berjalan seorang diri, dia takut orang-orang memandangnya dengan pandangan mengejek, dia takut apabila kawan-kawannya sendiri memulaukannya.
“Sayang masih takut lagi?” tanyanya lagi. Aqua tetap berdiam diri. Seakan semua jawapannya itu disimpan kemas dalam hati.
“Dah dua bulan Aqua tak pergi sekolah, Aqua tak rindu dengan kawan-kawan?”
“Rindu,” akhirnya Aqua menjawab.
“Tak terfikir nak pergi sekolah? Dah dua bulan Aqua tak pergi, guru kelas Aqua pun dah berjumpa dengan mama. Katanya dia risau pelajaran Aqua merosot,”
“Tapi Aqua..mama tahu kan Shin, dia masih..” kata-katanya seperti tersekat dalam kerongkongnya. Kalau boleh, mahu saja dia tidak menyebut nama itu.
“Aqua, dengar sini sayang,” Puan Narisa memalingkan tubuh Aqua ke arahnya.
“Terus terang mama cakap, mama memang takut dengan Shin sebab dia pernah melukai Aqua dulu tapi dalam masa yang sama mama tak nak Aqua ketinggalan pelajaran. Sampai bila Aqua nak bersembunyi di bilik yang besar ni?” Aqua menunduk. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus dia berikan.
“Aqua pergi, ya? Nanti mama sediakan pengawal untuk Aqua. Selamat sikit,” sambung Puan Narisa. Aqua hanya tersenyum. Mahu tidak mahu, dia terpaksa pergi ke sekolah. Kalau saja ada dalam dunia ini yang boleh membantu dia melawan kuasa lelaki bernama Shin, sudah lama dia meminta tolong.

Skyscraper High School

            Sebuah kereta limousine dan sebuah lagi kereta Proton Perdana berhenti dihadapan gerbang sekolah. Aqua memandang ke luar tingkap. Bangunan besar yang bertingkat-tingkat itu ditenung lama. Walaupun dia masih berada didalam kereta, aura hitam tetap terasa sehingga ke dalam. Aqua menelan liur. Terasa tubuhnya sudah menjadi sejuk.
            Pintu belakang tempatnya duduk di buka dari luar. Aqua memandang Uncle Beck dengan wajah berkerut tanda tidak mahu keluar dari perut kereta.
            “Cik Muda, silakan,” kata Uncle Beck sambil menghulurkan tangannya. Beg ditepinya dicapai lalu menyambut tangan Uncle Beck. Dia pun keluar. Pintu ditutup semula.
            Kelihatan sudah banyak pelajar yang sampai ke sekolah, masing-masing dengan alat pengangkutan sendiri. Sesekali dia terasa jelingan dari pelajar lain. Aqua menarik nafas panjang. Besar sungguh pengaruh lelaki bernama Shin itu sehinggakan semua pelajar pun menurut memulaukan dia termasuk ahli-ahli dalam kelabnya sendiri.
            Beberapa orang berbaju kot serba hitam datang menghampiri Aqua apabila mereka dipanggil oleh Uncle Beck.
            “Aqua taknak masuk!” tiba-tiba Aqua bersuara, sedikit lantang. Uncle Beck kelihatan terkejut. Sebelum ini Aqua tidak pernah berkeras seperti itu.
            “Cik Muda, tak boleh. Cik Muda kena masuk juga,” kata Uncle Beck.
            “Aqua tak nak!” bentak Aqua lantas membaling beg sandangnya itu kearah Uncle Beck lantas berlari menyebrangi jalan. Dia tidak kisah dengan kereta yang lalu-lalang, yang penting dia boleh terlepas dari sekolah itu.
            Pengawal itu pula bertindak tanpa diarah. Mereka bergegas mengejar Aqua yang semakin menjauh. Kemudian mereka berpecah empat arah, berharap dengan kaedah mereka itu sempat mengejar Aqua.

*****

“Akak, sembunyi...mama datang!” pintu kedai dirempuh dari luar. Wajah Alfa sudah berubah. Takut. Nasib waktu itu tiada pelanggan (Memang tiada pelanggan) Aura dan Encik Zurdi terpinga. Sebelum pintu tertutup, pintu dirempuh semula. Kali ini mama singa pula yang datang bersama dengan kayu besbol kepunyaan Alfa di tangan. Mereka segera berdiri. Encik Zurdi dan Alfa segera menuju ke dapur, lalu masing-masing mengambil besen kecil dan menyarungkan besen tersebut dikepala. Lagak seperti mereka ingin berperang saja.
Aura terpinga.Tidak tahu harus pergi mana. Akhirnya dia terus naik ke atas meja di hadapannya.
“Aura! Turun!” jerit Puan Newlina. Jeritannya itu seperti singa yang mengaum, mampu meretakkan cermin-cermin yang ada didalam restaurant itu. Puan Newlina memandang tajam kearah Aura, dadanya turun naik menarik nafas. Puan Newlina menguatkan genggamannya pada batang besbol.
“Ma...i can explain…” kata Aura sambil bersedia untuk mengelak pukulan ibunya.
“Kau jangan nak speaking dengan aku Aura, kau ni betul-betul memalukan aku tau!” marah Puan Newlina sambil menyinsing tengan bajunya. Nampaknya, dia betul-betul marah. Gunung berapi sudah meletup!
“Baru seminggu kau berjanji takkan guna karate lagi, tengok sekarang berapa orang yang masuk hospital. Tiga! Bukan sikit Aura, kau pun nampak berapa banyak yang mama perlu bayar untuk membiayai bil perubatan diorang,” kata Puan Newlina sambil mengangkat-angkat batang besbol di tangannya.
“Ma, diorang tu yang salah. Aura dah beratus kali cakap Aura taknak terima cabaran diorang tapi diorang mendesak sampai Aura tak boleh buat apa-apa,” Aura cuba mempertahankan dirinya.
“Aura tak boleh buat apa-apa bila diorang bagi Aura Hamster?” kata Puan newlina. Cepat saja Aura memandang ibunya.
“Macam mana…” bam! Meja di hentak dengan batang Basball. Hampir terjatuh Aura dari atas meja.
“Sebab diorang yang bagitau mama! Sekarang turun, kamu memang nak kena dengan aku kan, sini!” desak Puan Newlina sambil menarik tangan Aura memaksanya turun. Aura akhirnya tidak dapat melawan ibunya lalu turun dari meja.
“Mungkin lepas pukulan ni….”
“Stop! Stop! Ganti dengan penyapu tu, kecil sikit!” kata Aura pula. Masih sempat berseloroh walaupun itu bukan masa yang paling sesuai untuk berlawak dengan ibunya.
“Apa? Anak tak sedar diuntung!” Puan Newlina sudah menghayun batang besbol ke udara, namun Encik Zurdi yang sudah lama memerhati terus meluru menahan isterinya.
“Mama, mama…jangan. Ini keras, nanti Aura pula yang masuk hospital!” katanya.
“Biar. Kalau dia boleh buat orang masuk hospital, takkan dia tak boleh?” jawab Puan Newlina sambil meronta-ronta minta dilepaskan. Alfa sudah menuju kearah pintu lalu menguak perlahan-lahan agar tidak didengari oleh ibu mereka yang sedang mengamuk besar.
“Tak boleh. Dia anak kita! Aura cepat keluar, keluar!” Encik Zurdi terus menyuruh Aura melarikan diri sebelum dia kehilangan tenaga untuk menahan isterinya.
“Terima kasih pa. Ma, maafkan Aura!” Aura pantas berlari kea rah pintu yang sudah lebar bukaannya. Sebelum Aura melintasi pintu, Alfa sempat melambai kearah Aura.
“Lepas papa! Anak itu perlu diajar!”
“Mama, bertenang. Bukan begini caranya, kita sedia maklumkan sikap Aura macam mana. Dia memang alah dengan binatang berbulu. Bukan salah dia, semua kawan-kawannya pun sudah tahu Aura tak suka jadi tiada alasan untuk diorang bagi Hamster tu pada Aura. Bertenang mama, sabar. Duduk dulu,” kata Encik Zurdi penuh dengan kelembutan. Belakang isterinya diusap-usap seperti menenangkan seorang budak yang sedang menangis. Encik Zurdi membawanya ke bangku. Puan Newlina seraya duduk sambil meletakkan batang besbol ke atas meja.
“Mama dah putus asa dengan Aura tu, bilalah dia nak jadi perempuan…” keluh Puan Newlina.
“Aura kan memang perempuan, apalah mama ni,” Encik Zurdi melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
“Mama tau tapi perangainya tu langsung tak sama dengan perempuan. Kan bagus kalau dia cuba memasak dekat dapur, kemas biliknya sendiri. Ini, nak mama yang buat baru kemas!”
“Jangan tergesa-gesa mama, kalau dah semakin dewasa tu berubalah. Mama tak suruh pun Aura tetap akan jadi dewasa,”
“Ish, papa ni. Asyik nak menangkan si Aura tu aja. Perasaan mama, papa tak pernah fikir!” Puan Newlina lantas bangkit setelah selesai menghabiskan ayatnya. Encik Zurdi sekadar menghantar Puan Newlina ke dapur dengan senyumannya.

*****

            “Adakah salah aku! Yang diorang bagi hamster kenapa? Diorang yang cari nahas sendiri!” dengus Aura sambil menendang batu kecil yang ada di depannya. Cap NYnya itu dibetulkan. Rambut dibiarkan terurai tidak terurus. Tapi dalam hati dia tetap bersyukur kerana bapanya itu sempat menghalang ibunya daripada melepaskan pukulan. Kalau tidak kepalanya itu yang akan menjadi bola besbol.
            Aura menggaru kepalanya. “Aku nak pergi mana sekarang?” fikirnya sambil memandang kiri dan kanan. Dia masih lagi berada di kawasan perumahannya. Kalau di balik sekarang belum tentu ibunya akan berkata, “Masuklah Aura,”. Iee..tidak, tidak!
            Pak! Aura memetik jari. Dia sudah tahu dia perlu ke mana. Sekolah! Aura bukanlah jenis pelajar yang rajin, cuma kegilaannya pada Bola Tampar yang membuatkan dia rajin. Tapi Bola Tampar saja, yang lain. Jangan harap!

            Snap! Snap!
Seorang lelaki kelihatan begitu asyik menangkap gambar di sebatang jalan atas bukit. Di sepanjang jalan itu di barisi dengan pokok-pokok yang sudah menjadi kuning daunnya. Di sepanjang jalan pula ada beberapa bangku. Seperti kewasan itu dikhaskan untuk mereka-mereka yang sedang bercinta. Pemandangannya dari sudut atas bukit sungguh indah. Terletak sebuah bandar kecil yang masih membangun, ianya kelihatan seperti semut jika dipandang dari atas bukit. Snap! Pemandangan tersebut terus ditangkap, tidak mahu membazir detik itu.
            Dalam asyik lelaki itu  menangkap gambar, telinganya pula tertangkap jeritan yang sangat kuat dan panjang dari jalan hadapannya.
            “Argghhhhhh!!!!” muncul seorang gadis bertopi dengan label NY dengan rambut terurai berlari lintang-pukang seperti dikejar hantu. Seekor anjing pula menyusul dari belakangnya. Anjing jenis Chihuahua, badannya kecil berwarna coklat dan bulunya tidak lebat. Gadis itu masih lagi menjerit seolah-olah dia akan mati esok. Leon sempat menangkap situasi cemas itu.

            Aura berlari berserta jeritan yang tidak pernah putus dari mulutnya. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki sedang menangkap gambarnya yang sedang ketakutan, cemas dan seperti orang sakit jiwa. Tapi dia tidak boleh berhenti, kalau dia berhenti pasti anjing peliharaan pengetua sekolahnya akan membaham dia walaupun kecil.
            Aura tidak mempedulikan lelaki itu dan terus berlari sehabis tenaga agar anjing kecil itu tidak dapat mengejarnya. Itulah padahnya kalau dia pergi ke sekolah tanpa teman.
            Leon tersenyum kelucuan. Pertama kali dalam hidupnya dia melihat seorang gadis sedemikian rupa. Selekeh dengan rambut panjang terurai. Setelah puas tersenyum seorang diri, dia menyambung semula kerjanya.

*****

“Oh Tuhan...saya ada di mana sekarang?” bisik Aqua sambil memandang sekeliling. Dia sendiri tidak tahu dia berada di mana, tapi yang pasti dia berada di dalam hutan tebal! Itulah padahnya jika berlari tanpa arah tujuan. Yang dia tahu, dia perlu terlepas dari genggaman pengawal-pengawal peribadinya.
Pengawal-pengawalnya itu memang tidak tahu erti putus asa, sehinggakan Aqua tidak tahu dia harus berlari ke mana sehinggalah dia masuk ke dalam hutan semata-mata mahu melepaskan diri dari mereka. Dia masih lagi berpakaian sekolah.
“Bodohnya, apasal saya buang beg tu!” Aqua kesal dengan dirinya sendiri. Beg yang dibawanya ke sekolah itu berisi baju ganti memandangkan dia sudah bersiap sedia untuk memberontak melarikan diri.
“Slak!Kerkk!” bunyi ranting dipijak tiba-tiba kedengaran. Aqua tersentak. Aqua memandang ke belakang dengan ekor mata. Janganlah beruang. Aqua berdoa dalam hati.
Perlahan-lahan Aqua menoleh tapi tidak pula memandang kearah bunyi tadi, ingin mencari jalan keluar.
“Kreek!” bunyi itu kedengaran lagi. Mau saja dia menangis di situ tapi ditahan. Kalau dia menangis, sudah pasti dia akan dikesan.
“Kau buat apa?” Aqua tersentak. Orang! Orang…bukan haiwan…Suara garau menerpa di telinganya. Air mata lantas menitis. Jangan!
“Wei! Kau buat apa dalam hutan seorang-seorang? Perempuan lagi? kau dah sesatkah?” soal suara itu. Aqua terasa seperti orang itu mendekatinya. Dia tidak menjawab sebarang soalan. Tidak juga berpaling. Orang itu memalingkan Aqua berdepan dengannya. Alangkah terkejutnya dia bila wajah Aqua seperti katak penyek dilanggar lori. Bibir dicondongkan sambil gigi atas mengetap bibir, matanya pula dijulingkan sambil memandang atas. Berharap agar orang itu akan terkejut melihatnya dan terus berlari.
 “Wow!” orang itu segera melepaskan bahu Aqua.”Orang gila!” katanya lagi.Tapi riak Aqua tetap begitu. Pakk!! kepala Aqua di tapis, kuat! Berdegung bunyinya. Serta-merta wajah Aqua berubah bentuk asal. Hah..balik pun! Bisik lelaki itu dalam hati. Bibir bawah Aqua terketar-ketar, tanda mau menangis.Terkejut dan sakit kepalanya. Orang di depannya dipandang.
Orang itu mengerutkan kening. Seinci demi seinci orang itu mendekatkan wajanya ke wajah Aqua. Aqua menjauh. Jangan-jangan dia nak rogol aku? Lawan Aqua!
“Kau…” belum sempat orang itu menghabiskan ayat. Pang! Pang! Pantas saja tangan Aqua menampar kedua-dua pipi orang itu. Itulah pertama kali dia meletakkan tangan ke atas orang lain tapi apa boleh buat, dia perlu menyelamatkan diri.
“Orang gila!” jerit Aqua ketakutan lalu berlari masuk ke dalam semak-samun.
“Arg…Aura!” orang itu mengerang kesakitan sebelum memanggil nama ‘Aura’. Merah padam mukanya dek tamparan itu.
“Kenapa dia boleh ada dalam hutan? Dia cari aku, kah?” soal lelaki itu sendirian. Dia mengurut-ngurut pipinya yang ditampar tadi. Sakit yang amat! Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu, telefon bimbit N90 di bawah kakinya bersinar-sinar. Telefon bimbit dipungut lalu dibelek.
“Sejak bila Aura ada handphone canggih macam ni?”

“Krooookk!!!” bunyi perut bergendang kedengaran. Sambil berjalan Aqua mengusap perutnya. Hari semakin gelap. Kedengaran sendu-sendu Aqua. Menyesal menghimpit dadanya. Bodohnya saya, kalaulah saya tak lari mesti saya ada di rumah sekarang ni. Mama! Aqua mengesat air matanya.
Hari sudah semakin gelap, jalan sudah pun tidak kelihatan. Hanya cahaya bulan yang menerangi. Nasib baik Aqua dapat keluar dari hutan dan jumpa sebatang jalan menuju di atas bukit kalau tidak sudah pasti dia dibaham binatang liar.
Telefon bimbitnya pula pasti tertinggal dalam hutan itu, gara-gara dia menampar orang balasan itu berbalik kepadanya. Aqua mengeluh lagi.
“Mesti mama dan uncle risau sekarang. Ma, uncle Aqua minta maaf!” Aqua duduk mencangkung, dia sudah putus asa. Dia mana-mana pun tidak menemui telefon awam. Tiba-tiba, sebuah lampu kereta memancar ke arahnya. Aqua mengangkat wajah sambil melindungi matanya daripada sinaran itu. Aqua bangkit.
“Cik Muda!” panggil uncle Beck sejurus selepas dia keluar dari kereta itu. Aqua mengerutkan kening. Macam mana uncle boleh tahu saya ada di sini?
“Uncle!” tangisan yang sedari ditahan akhirnya meletus juga. Dia memeluk uncle Beck. Tangannya sudah menggeletar akibat kesejukan dan ketakutan.
“Cik Muda jangan risau, Cik Muda selamat sekarang. Kita balik, puan sedang menunggu. Dia sangat risau apabila dia mendapat tahu Cik Muda melarikan diri,”
“Maafkan saya, Uncle. Tapi macam mana uncle tau saya ada di sini?” soal Aqua.
“Kami jejak Cik Muda dengan GPS,” jawabnya. Aqua dan para pengawal dan Uncle Beck beriringan menuju ke arah Limousine.
“Tapi setahu saya, saya…” ayat Aqua mati. Baru dia ingat, pasti orang yang ada dalam hutan itu sudah menemui handsetnya dan membuka handsetnya. Telefon bimbitnya itu mempunyai sistem GPS, sebab itu mudah untuk uncle Beck mengesan keberadaannya.
 “Kenapa Cik Muda?” soal Uncle Beck.
Aqua menggeleng. “Takda apa,” Aqua pun masuk ke dalam limousine. 5 biji kereta proton perdana mengiringi limousine itu keluar dari bukit tersebut.

 ********************************************************** 
P/S : So sorry lambat post n3 baru..sa sgt sibuk, harap kamu boleh faham ya..anyway, enjoy reading!

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.