Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 January, 2011

Substance 10 : Fire Vs. Water



Fire Vs. Water

*note : tajuk diatas merujuk kepada sikap Leon & Dave.

            AURA memandang ibu Aqua yang sudah terketar-ketar. Bayang sewaktu Puan Newlina melutut dihadapannya tiba-tiba muncul. Aura tersentak. Tanpa dia sedari, kakinya melangkah pantas  menghalang Puan Narisa dari melutut. Bukan Puan Narisa saja yang terkejut, begitu juga dengan Leon, uncle Beck dan Nanny Vdya.
            “Apa kau buat? Kalau kau tak nak melutut depan aku, biarkan saja ibu kau yang buat!” bentak Leon. Terbakar hatinya apabila keinginannya tidak tercapai. Aura sudah mengetap bibir.
            “Kau tak nampak mama aku dah bergegar ketakutan? Kau tak rasa kah kau perlu hormati dia sebagai orang yang lebih tua?” balas Aura. Leon mengerut kening. Ada saatnya dia merasa pelik dengan situasi itu. Aqua berani mempertahankan orang lain? Dan yang lebih peliknya, Aqua berani menentang dia. Aqua tidak pernah berani berbuat begitu.
            “Aqua!” marah Puan Narisa sambil menarik tangan Aura. Aura memandang Puan Narisa.
            “Aku tak tak tahu kenapa mama dan uncle Beck takut sangat dengan dia. Tapi perbuatan dia ni dah melampau! Dia tak hormat mama langsung!” Leon bangkit membuatkan Puan Narisa tiba-tiba mengundur. Aura yang melihat keadaan ibu Aqua yang ketakutan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya. Walaupun dia tiada hubungan darah dengan wanita itu, hatinya tetap sakit dan kasihan.
            “Kau tak tahu apa yang kau sedang buat. Ini namanya, kamu menempah maut,” kata Leon sambil menolak dahi Aura. Aura menghembus nafas kasar. Kalau bukan disebabkan Puan Narisa, sudah lama lelaki itu melekat ke dinding.
            “Aku tak takut dengan kau, kalau aku yang buat salah, salahkan aku tapi jangan libatkan orang lain!” tiba-tiba timbul perasaan bencinya terhadap lelaki dihadapannya itu.
            “Macam mana kau nak tebus kesalahan kau kalau kau tak nak melutut? Kau sendiri yang libatkan orang lain,” suasana didalam mansion itu seolah-olah mereka sedang membuat penggambaran filem.
            “Aku baru saja minta maaf depan-depan kau. Perlu sangatkan aku melutut?” soal Aura. Dia betul-betul tidak faham dengan keinginan lelaki itu.
            “Ya, untuk membuktikan yang kau takkan buat lagi!” Aura mendengus. Dia memandang pula Puan Narisa.
            “Aqua, jangan begini. Ikut saja katanya, kalau Aqua tak boleh, biar mama…” Aura terus mengangkat tangan membuatkan Puan Narisa terdiam.
            “Kalau aku tak melutut, apa yang akan terjadi?” soal Aura.
            “Aqua, don’t do this!” Puan narisa seakan tidak mahu mengungkit pengaruh Leon didalam keluarga itu.
            “Ma!” desak Aura dengan suara keras.
            “Papa kamu akan hilang kerja,” bahu Aura terjatuh. Aqua ada bapa? Kenapa aku tak pernah nampak?
            “Ma, kalau dengan cara ni keluarga kita selamat, aku sanggup!” akhirnya Aura akur. Dia sedar dia perlu lakukan sesuatu untuk Aqua. Aura membelakang menghadap Leon. Leon tersenyum tanda dia sudah menggenggam kemenangan. Aura maju beberapa tapak. Mata Aura tajam menikam Leon. Leon membalas dengan mengangkat kening.
            “Cepatlah! Kau nak aku tunggu berapa lama? Jangan buang masa aku,” kata Leon selamba. Aura mendengus. Dia yang nak datang sendiri nak minta orang melutut, cakap dia takda masa pula?
            “Kalau aku melutut, kau akan lepaskan mama, kan?” soal Aura.
            “Bergantung pada prestasi kau,” bersahaja. Sepantas kilat Aura mencengkam leher baju Leon. Leon terangkat. Sementara Puan Narisa, uncle Beck dan Nanny Vdya sudah terkejut tidak terkata. Entah kenapa Aura boleh bertindak seperti itu, Aura sendiri tidak pasti bila dia mencengkam leher baju Leon. Yang pastinya dia sudah tidak dapat menahan rasa marah dia terhadap Leon.
            “Aa…ap..apa kau nak buat?” soal Leon tersekat-sekat. Sebelah tangan Aura sudah mengepal penumbuk. Uncle Beck segera menahan Aura, sambil membisikkan sesuatu membuatkan Aura terus melepaskan cengkamannya.
            “Aqua!” nyaring suara Puan Narisa menyapa telinga Aura. Aura segera berundur beberapa tapak. Namun matanya masih tajam merenung Leon. Nasib baik uncle beck bertidak pantas, kalau tidak sudah lebam-lebam muka Leon dibuatnya. Leon terduduk semula. Leon menelan liur. Kecut perutnya tadi. Kemudian dia bingkas bangkit.
            “Kau memang sengaja nak menentang aku, tunggu pembalasan dari aku!” Leon menyuarakan amarannya langsung beredar dengan hati yang berang bersisa ketakutan.

*****

            “KENAPA badan Aura banyak parut?” soal Aqua sebaik saja dia bersendirian dengan Encik Zurdi dibelakang restoran.
            “Ini saja yang Aqua nak tanya?” soal Encik Zurdi. Aqua mengangguk.
            “Rasanya, pertama kali Aqua bertemu Aura, Aqua dah tahukan sikap dia macam mana? Dia kasar, agresif dan keras kepala. Dah berkali-kali dilarang, tapi dia tak nak dengar. Kebanyakan parut yang ada pada badan dia tu disebabkan dia nak ikut karate. Papa pun tak tahu macam mana dia boleh dapat parut begitu banyak, tapi siang malam dia datang ke pusat latihan untuk berlatih. Pernah sekali dia latihan outdoor dengan kawan-kawan tanpa pengetahuan kami, bila dia balik, mama kamu pula yang bertarung dengan dia. Tapi Aura biarkan diri dia dipukul, langsung tidak menangis, melawan atau merungut kesakitan. Papa masih ingat macam mana riak muka dia waktu tu, kesian. Tapi papa tak boleh buat apa-apa, sebab papa masa tu pun risau juga. Tapi mama lagi risau sebab tu papa biarkan,” Aqua hanya mendiamkan diri, mendengar jawapan yang keluar dari mulut lelaki tua itu.
            “Tapi macam mana pula dengan kesan cakaran di bahu Aura ni? Macam kesan cakaran binatang buas,” kata Aqua sambil menyentuh bahu kirinya. Encik Zurdi kelu. Tingkahnya sedaya-upaya dikawal.
            “Cakaran binatang buas? Taklah, itu parut masa dia latihan outdoor dengan kawan-kawan dia,” jawab Encik Zurdi.
            “Yakah? Kesian Aura. Semua perempuan nakkan tubuh yang cantik dan sempurna,” kata Aqua.
            “Kenapa? Aqua tak suka badan Aura?” Aqua pantas menggeleng. Bukan itu maksudnya.
            “Bukan, bukan! Aqua tak fikir macam tu…malah Aqua nak jaga tubuh ni supaya parut tidak akan bertambah lagi. Aqua dah janji dengan Aura yang Aqua akan jaga badan dia,” kata Aqua sambil mengukir senyuman manis. Dia tahu tanggungjawabnya kini.
            “Aqua sungguh berbeza dengan Aura. Papa pasti, Aqua mesti dibesarkan dalam keluarga yang serba ada, kan? Maafkan papa kalau Aqua kurang selesa tinggal disini,”
            “Tak! Aqua selesa sangat, nyaman dan mesra. Walaupun bilik tu kecil, tapi dipenuhi dengan barang keperluan. Macam hidup orang normal. Bilik Aqua dulu hanya ada katil dan tunag tamu mini,” Aqua ketawa membanding-bandingkan biliknya dengan bilik Aura.
            “Keluarga Aqua orangnya macam mana?” soal Encik Zurdi. Cuba mengenali insane yang berada didalam tubuh anak gadisnya. Aqua tertunduk sebelum menjawab pertanyaan Encik Zurdi.
            “Aqua ada mama, papa, nenek, uncle Beck dan orang gaji,” jawabnya.
            “Kakak, abang, takda?”         
            “Abang takda, kakak dah meninggal,”
            “Ow…jadi Aqua ni anak tunggal? Mesti manja!” seloroh Encik Zurdi. Aqua ketawa kecil.
            “Huh, disini pun  kamu!” tiba-tiba mereka disapa oleh Puan Newlina. Kedua-dua serentak menoleh ke pintu belakang restoran, tidak jauh dari kedudukan mereka sekarang.
            “Kenapa ma?” soal Encik Zurdi.
            “Ada banyak pesanan ni, kamu senang-senang duduk kat situ,” marah Puan Newlina. Aqua menguntum senyuman. Sesekali dia merasa lucu dengan sikap ibu Aura.
            “Yalah, yalah…datanglah ni,” kata Encik Zurdi lantas bangkit dan masuk ke dalam restoran semula.
            “Huh, yang kau tu Aura? Nak rehat sampai jam berapa?” giliran Aqua pula.
            “Ya, ya!” Aqua pun terus menurut.

            “HEY!” sedang Aqua sibuk mengelap meja, Dave tiba-tiba datang mengejutkannya. Terpana Aqua melihat Dave tanpa kaca mata. Mata sepetnya yang berwarna hitam menyerlah.
            “Ada masa tak?” soal Dave.
            “Kenapa?” soal Aqua pula.
            “Aku ada hal sikit,” kata Dave. Aqua mengerut kening. Kurang faham maksud kata-kata Dave.
            “Ya, pergilah!” jawab Aqua.
            “Tak, aku ada hal sikit dengan kau. Aku nak bercakap!” terang Dave.
            “Ow…apa dia?” soalnya pula.
            “Bukan dekat sini, diluar. Jom!” Dave terus menarik tangan Aqua keluar dari restoran.
            “Nanti, nanti. Saya nak  minta diri dulu dengan papa,” kata Aqua cuba meleraikan peganggan tangan Dave namun terlalu erat.
            “Alah, sekejap aja!” desak Dave. Akhirnya, keluar juga mereka dari restoran. Dave membawa Aqua ke tempat letak motosikalnya. Wajah Aqua kelihatan kosong memandang Dave yang sedang menghidupkan motornya.
            “Kau nak pergi mana?” soal Aqua.
            “Bukan ‘kau’, ‘kita,” kata Dave. Topi keledar diberikan kepada Aqua. Topi disambut.
            “Kita nak pergi mana?”
            “Pakai saja dan naik! Lepas ni, kau tahulah tempat tu,” arah Dave pula. Tapi Aqua masih tidak berganjak. Dia ragu-ragu dengan lelaki dihadapannya. Takut jika lelaki itu tiba-tiba menyerangnya, atau mungkin takut lelaki itu tiba-tiba pembunuh bersiri.
            “Pakailah cepat!” Aqua menggeleng.
            “Kenapa?”
            “Kita takda apa-apa hubungan, jadi…” ayatnya terhenti disitu, berharap agar Dave akan memahami kata-katanya tanpa sambungan. Tiba-tiba tawa Dave meletus. Dus! Bahu Aqua ditumbuk perlahan, namun terasa mengena tulangnya.
            “Apa kau fikir ni, Aura. Memang lah kita takda apa-apa hubungan, tapi kita kan dah berkawan lebih 10 tahun. Jangan cakap yang kau tak percayakan aku?” duga Dave. Aqua diam.
            “Aku tahu apa yang kau fikir. Aku takda perasaan dengan kau, kita hanya kawan dan selama-lamanya akan menjadi kawan. Ada faham?” kata Dave sambil mengusap rambut Aqua. Aqua tertunduk. Malu dirinya diperlakukan seperti budak kecil.
            “Janji, kau akan jaga saya,” Aqua menekankan ayatnya. Dave tidak faham dengan sikap Aqua tapi dia tetap mengiyakan.
            “Ya, ya, ya! Dah, cepat naik!”

            SEMAKIN jauh perjalan mereka semakin erat pelukan Aqua dipinggang Dave. Dave memandang sekilas ke belakang, terasa sakit pinggangnya. Aqua seperti ketakutan tetapi tidak pula dia menjerit. Dave segera memberhentikan motor dibahu jalan.
            Aqua masih tidak meleraikan pautannya walaupun motor sudah berhenti. Dave menyentuh lengan Aqua. Bergetar. Terkejut Dave. Segera dia turun dari motor dan menurunkan Aqua dari tempat duduk.
            “Aura, kenapa ni?” soal Dave sambil membuka topi keledar Aqua. Pucat tak berdarah wajah Aqua ketika itu.
            “Kenapa ni?” soal Dave. Aqua menekup mulutnya tetapi perutnya seolah-olah mendidih lantas tidak dapat menahan ‘limpahan’ itu dan….
            “Uwaakkk!” Aqua tertunduk memuntahkan sisa makanannya. Dave menjadi tunggul, tidak boleh bergerak apabila topi keledarnya menjadi tempat untuk memuntahkan semua makanannya.
           
            AQUA berdiri tidak jauh dari tempat Dave. Dia tidak berani untuk mendekati Dave. Mukanya itu serius seperti seseorang yang sedang mengasah parang walaupun realitinya Dave sedang mengelap dalam topi keledarnya dengan tisu yang baru saja dibelinya di kedai berdekatan.
            “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Aqua.
            “Kalau kau nak tolong, kau dah lama datang dekat aku, tau tak? Aku bukkannya nak makan kau pun,” kata Dave. Aqua terus menghampiri Dave dan mengambil topi keledar itu dari tangan Dave. Tisu dikoyak tebal-tebal. Dave memandang Aqua.
            “Kau mesti takutkan tadi? Sorry…aku tau yang kau baru saja sembuh kemalangan tapi aku tetap bawa motor laju-laju, sorry,” pinta Dave. Aqua tersenyum nipis. Bukan sebab kemalangan tu, tapi saya tak pernah naik motor!
            “Wei!” tangan Aqua ditepis dengan belakang tapak tangan. “Aku dengan kau dah berhenti karate, betul?”
            “Ya, saya dah berhenti,” jawab Aqua selamba.
            “Sayangnya…” keluh Dave.
            “Saya buat semua ni untuk mama, dan saya tak menyesal,” jawab Aqua. Tangannya sudah berhenti mengelap sebaik saja dia sudah memastikan sisa-sisa muntahnya sudah dibersihkan walaupun tidak bersih sepenuhnya.
            “Kau dah berubahlah Aura,” kata Dave, meluahkan rasa kelainannya. Aqua tersenyum. Memanglah, sebab saya bukan Aura.
            “Mungkin disebabkan kemalangan tu, saya mula fikir. Kita perlu menghargai orang disekeliling kita,” jawab Aqua. Dave tersenyum kecil.
            “Oya, kau nak bawa saya pergi mana tadi?”
            “Bukan disini, ditempat lain. Tapi macam mana kita nak jalan, topi dah tak boleh guna. Aku tak boleh bawah kau tanpa topi keledar,”
            “Boleh, yang penting kau tak bawa laju-laju macam tadi,” kata Aqua.
            “Kau memang dah berubah, tapi satu yang tidak berubah. Degil!” kata Dave. Aqua tersenyum, menganggap itu satu pujian.

            “WAH!” Aqua seakan terjerit apabila kakinya menginjak pantai tanpa kasut. Dia betul-betul gembira, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki atas pasir selepas 10 tahun. Dave hanya menyusul Aqua dari belakang. Sesekali dia menguak rambutnya ke belakang. Mereka sampai dipantai itu sudah jauh petang. Kira-kira 5.40pm. Awan  putih sudah bertukar oren, pasir itu sudah mula terasa sejuk. Angin pula mula bertiup kuat. Matahari sudah berada separas laut dihadapan.
            Aqua mengambil tempat duduk disebatang pokok yang terlentang atas pantai.
            “Kita nak buat apa sini?” soal Aqua girang sambil membelakang menghadap Dave.
            “Kau dah lupa? Kan kau nak tengok matahari terbenam, sebab tu aku bawa kau kat sini,” Dave duduk disamping Aqua.
            “Oh! Sorry, saya lupa…” sudah semestinya Aura pun lupa. Detik hatinya.
             “Aku dah lama nak bawak kau ke tempat ni, tapi aku selalu takda masa. Aku harap belum terlambat lagi,” kata Dave, ada tawa kecil dibelakang.
            “Well, here I’am!” jawab Aqua. Senyumannya lebar sehingga ke telinga. Senang sangat hatinya dipuaskan. Dengan hanya membawanya ke pantai itu, sudah cukup membuatkan dia teruja.
            “Aura, kau tunggu sekejap ya? Aku nak ke kedai dulu,” kata Dave lantas bangkit.
            “Jangan!” mendengar Dave ingin meninggalkannya, pantas saja dia menyentap tangan lelaki itu. Dave tersentak membuatkan dia menoleh semula. Pelik.
            “Kenapa?”
            “Saya ikut!” Aqua bingkas bangkit.
            “Lah…dekat aja kedai tu, depan pokok kelapa tu aja,” kata Dave sambil menuding jari kearah pondok kecil yang berada dibelakang pokok kelapa itu, tidak jauh dari tempat mereka duduki.
            “Tapi saya takut…”
            “Sekejap aja, aku janji takkan lama punya,” kata Dave sambil melepaskan tangan Aqua. Aqua menelan air liur.
            “Cepat-cepat, ya?” pesan Aqua. Dave hanya tersenyum lalu beredar. Aqua memandang perjalanan Dave sehinggalah dia melepasi pokok kelapa itu. Hati Aqua tiba-tiba tidak enak. Sesekali pantai itu mengingatkan dia tentang sesuatu. Dia tidak suka bila dia ditinggalakan seorang diri apatah lagi ditepi pantai.

            BAYANG Dave masih tidak kelihatan walaupun sudah lebih 20 minit menunggu. Jarak diantara tempat duduknya dengan kedai itu hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit saja. Aqua menggengam kedua-dua tangannya. Dave tak tipu saya, Dave tak tipu saya! Berkali-kali Aqua meyakinkan dirinya yang Dave tidak mungkin akan memninggalkannya disitu.
            Tiba-tiba bunyi ranting kayu terpijak kedengaran.
            “Dave!” pantas Aqua bangkit ingin menyambut Dave. Namun bukan Dave yang berdiri dihadapannya. Aqua mengeluh kecil. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang tercegat dihadapannya, mungkin mereka pelik melihat dia bersendirian disitu.
            “Kamu ni, Aura?” soal perempuan itu, gadis itu hanya berpakaian santai dengan jean pendek paras lutut dan singlet putih. Lelaki itu pula berseluar hawai dan jaket hitam.
            “Ya, saya Aura. Macam mana…” gadis it uterus mendekati Aqua sebaik saja dia mengaku. Sekeping surat diberikan kepadanya.
            “Lelaki yang datang ke kedai kami suruh sampaikan suarat ni pada kamu,”
            “Dia di mana?” soal Aqua.
            “Saya tak tahu, lepas dia bagi surat ni pada saya, dia keluar,” jawapan gadis itu membuatkan Aqua hampir-hampir jatuh tersungkur tapi gadis tadi cepat-cepat menyambutnya.
            “Dia tinggalkan saya?” soal Aqua sendiri.
            “Maaf, kami tak tahu,” kata gadis itu pula.
            “Kalau kamu tak kisah, kamu boleh tinggal dulu di pondok kami,” lelaki itu pula mempelawa. Aqua tersenyum nipis.
            “Tidak apa, masih ada perkara yang saya perlu buat,” jawab Aqua, menolak pelawaan tersebut.
            “Okey,” jawab mereka lalu beredar. Aqua melabuh punggung semula. Kertas berukuran note pad ditangannya ditenung. Dave, saya maafkan kau kalau kau ada sebab tinggalkan saya disini. Hati Aqua berdetik sayu.
**************************************************
P/s: pretty fast, huh? Hehe…nak menyama ratakan kasih syg antara H2O dan MBJ, hehe…enjoy reading!
 maaf kalau ada salah silap ejaan, ini baru draf
           

4 comments:

  1. huhu
    citer ni memang best
    tapi chenta Hana dah pada MBJ~
    huhu
    :D

    ReplyDelete
  2. haha...thank you, yang penting Hana baca...hehe

    ReplyDelete
  3. oh dear..knape dave tinggal kn die cm tu je...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.