Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

08 January, 2011

Substance 8 : Meet the Gentlemen



            “JADI, kamu bukan Aqua?” soal uncle Beck lagi, seakan meminta kepastian. Aura mengangguk lemah. Dua, tiga kali dia menjelasakan perkara itu barulah dia mendapat sedikit kepercayaan pada uncle Beck. Uncle Beck memandang Aura dengan pandangan curiga. Tiba-tiba dia menggeleng. Aura mendengus lemah.
            “Tak, ini pasti sebab kemalangan tu. Uncle pasti, sebab tak mungkin Aqua bertukar jiwa dengan orang lain. Ini pasti sebab kesan kemalangan tu!” tegasnya. Aura sudah meraup muka. Tidak tahu lagi apa yang patut dilakukannya supaya lelaki tua dihadapannya itu percaya dengannya.
            “Uncle, aku pun tak percaya semua ni boleh berlaku, tau tak? Semua ni memang tak masuk akal. Tapi, apa yang uncle baru saja nampak itu Aqua tak boleh buat, kan? Aqua tak boleh buat yoga kan sebab itu uncle nampak terkejut,” Uncle Beck terdiam. Terdetik hatinya untuk mempercayai kata-kata Aura. Apa yang Aura katakan itu memang betul, Aqua tak boleh melakukan yoga, dan lagi tentang pili paip itu. Aqua tak mungkin menendang pili paip hanya kerana air tak boleh keluar.
            “Uncle, aku tahu uncle keliru sekarang tapi aku boleh sumpah yang kami memang bertukar jiwa. Aku boleh bawa uncle jumpa dengan Aqua, kalau itu boleh membuktikan yang saya bukan Aqua,” uncle Beck segera memandang Aura.
            “Saya nak jumpa dia,”
            “No! Aku tak boleh. Kami dah janji akan jumpa seminggu kemudian, biar keadaan reda dulu,” Aura pantas menolak.
            “Tak, saya nak jumpa dia. Saya nak pastikan yang dia selamat,”
            “Tak boleh, tapi aku boleh call dia,”
            “You can?” Aura hanya mengangguk. Dia pun mendekati telefon yang berada ditepi katil itu lalu mendail nombor restoran milik keluarganya.
            “Magical Pasta Restaurant, how can I help you?” suara Alfa lembut menyambut panggilan tersebut. Air muka Aura serta-merta berubah, matanya terasa panas.
            “May I speak to Aura?”
            “Sekejap! Kakak, calling!” laungan Alfa kedengaran. Beberapa ketika kemudian suara Aqua kedengaran.
            “Hello?”
            “Aqua it’s me, I’m sorry…”
            “Cik Muda?” belum sempat Aura menghabiskan kata-katanya, Uncle Beck terus menyambar gaganang itu dari pegangannya. Aura mendengus. Rude old man!
            “Cik muda?” panggil uncle Beck lagi. Aura menganggap, Aqua pasti terkejut. Uncle Beck memandang Aura.
            “Let me!” gagang berganti tangan. “Aqua, uncle Beck kau dah tahu,”
            “Huh? Macam mana…kau bagitahu?”
            “I’m sorry, salah aku,”
            “It’s okey…mungkin lebih baik uncle tahu sebab papa kau pun dah tahu pasal ni. Dia tahu lepas saya sedar dari koma. Papa kau banyak tolong saya, mungkin uncle Beck pun boleh tolong kau,” dalam keterpaksaan, Aura terpaksa akur.
            “I know,” jawabnya lemah.
            “Boleh saya bercakap dengan uncle Beck?” Aura memandang Uncle Beck lantas menyerahkan gagang tersebut kepada Uncle Beck.
            “Cik muda, cik muda okey? Sihat?”
            “Saya sihat uncle, terima kasih. Uncle tak perlu risau, ada yang menjaga saya disini,” Uncle Beck tersenyum.
            “Saya lega, cik muda. This sound like you,” Uncle beck memandang Aura dengan pandangan menyindir. Aura menjegilkan matanya.
            “Uncle, saya perlukan bantuan uncle. Tolong jaga Aura macam uncle jaga saya. Lepas seminggu Aura akan bawa uncle jumpa saya dan kita sama-sama fikir macam mana caranya untuk dapat balik tubuh kami,”
            “Baiklah, cik muda. Uncle akan jaga dia macam uncle jaga cik muda,”
            “Uncle, saya tak boleh lama. Sampai berjumpa lagi uncle,” selepas uncle Beck membalas, talian sudah pun terputus. Gagang diletak. Uncle beck mengeluh kecil. Mukanya kelihatan terganggu.
            “Kenapa uncle?”
            “Saya risaukan cik muda, dia tak pernah jauh dari ibunya dan juga saya. Macam mana dia nak suaikan diri dengan keadaan disana?”
            “Uncle keadaan ini takkan lama. Ia akan balik kepada asal tidak lama lagi,”
            “Tapi bila?”
            “Aku tak tahu, kita fikir sama-sama lepas kita dah jumpa dengan dia. Tapi uncle, tolong simpan rahsia ni dari mama Aqua, aku taknak dia risau dan aku rasa Aqua pun harap macam tu,”
            “Baiklah.Saya cuma harap masalah ini tidak berpanjangan. Kita tunggu seminggu lagi,” Aura melepaskan nafas lega. Lega apabila Uncle Beck sudah percaya dengan situasi itu. Suasana menjadi sunyi seketika.
            “Apa kerja uncle dirumah ni? Uncle macam rapat dengan Aqua,” soal Aura memecah kesunyian. Uncle Beck mengerut kening. Pasti dia tidak faham dengan maksud ‘watak’ itu.
Tiba-tiba Uncle Beck berdiri.
            “Saya ada Butler dirumah ini, iaitu Chief kepada semua pembantu dan pengawal dirumah ini. Saya adalah penjaga cik muda sejak dia masih kecil lagi dan juga tugas saya adalah memastikan rumah dan isi rumah ini sentiasa selamat. Nama saya Beck Caller,” dia menundukkan kepala. Kening Aura terangkat.
            “Uncle tahu karate?” Aura tersenyum.
            “Saya bukan saja tahu Karate, tapi Judo, kendo, taekwando dan semua seni mempertahankan diri. Kalau saya tidak kuasai semua itu tidak mungkin saya boleh berkerja disini,”
            “Assa!!” tiba-tiba Aura menjerit, bunyi kegemberiaan.
            “Kenapa?”
            “Takda,” dia menggeleng. Dalam kepalanya, sudah tercatat langkah-langkah yang akan digunakannya untuk bertarung dengan uncle Beck.
            “Kalau begitu, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa masalah nanti, hubung saya dengan telefon tu,” telefon yang berada disebelah katil ditunjuk. Aura hanya mengangguk. Duduk dalam satu rumah pun nak guna telefon.

*****


            “AURA, walaupun kau marah sangat dengan Dave janganlah panggil dia macam tu!” marah Puan Newlina sambil memukul lengan Aqua yang sedang menuding kearah Dave. Encik Zurdi segera keluar dari dapur sejurus mendengar nama Dave.
            “Dave, duduklah. Aura boleh papa bercakap dengan Aura sekejap,” Encik Zurdi mempelawa Dave duduk. Dave hanya mengangguk lantas mencari tempat disudut restorant. Encik Zurdi menarik Aqua masuk ke dapur.
            “Uncle, saya minta maaf, saya tak tahu itu Dave,” Aqua segera meminta maaf.
            “Tak apa, Aqua tak pernah nampak dia sebelum ni kan. Tapi kenapa Aqua panggil dia ‘perogol’?”
            “Sebab hari tu aku sesat dan terjumpa dia dalam hutan,” kening Encik Zurdi terangkat.
            “Okey..biarkan dulu pasal itu. Papa cuma nak cakap, lelaki tu kawan sepermainan Aura. Dua minggu yang lalu dia bergaduh dengan Aura sebab dia tak datang masa pertandingan Karate antara sekolah-sekolah. Masa dekat hospital, dia pernah datang tapi Aqua belum sedarkan diri lagi. Jadi kalau dia minta maaf, kamu iyakan saja, ya?” Aqua mengangguk. Anggap sajalah dia faham semuanya. Dia pun keluar dan terus menuju ke meja Dave. Dengan kekoknya dia melabuhkan punggung. Muka tunduk memandang meja.
            “Wei, aku datang ni bukan nak tengok rambut kau yang kusut-masai ni, aku nak tengok muka kau. Pandang aku,” wajah Aqua diangkat dengan jarinya. Mata mereka bertaut. Dave tersentak. Dia speechless. Aqua terus menarik mukanya.
            “Yah, kenapa aku tiba-tiba rasa janggal ni,” Dave ketawa paksa. “Nah!” bunga taih ayam itu diberikan kepada Aqua. Aqua tergelak. Terasa lucu bila seseorang memberinya tiga jambak bunga taih ayam.
            Jambangan bunga itu dicapai. “Thank you!” Dave terpegun, lalu tersenyum.
            “Wah, kali pertama aku dengar kau ucap terima kasih pada aku. That’s good. Satu peningkatan yang sangat bagus,” ibu jari dinaikkan. Aqua hanya tersenyum. Rupanya, Aura tak pernah ucapkan terima kasih.
            “Pasal pertandingan tu…”
            “It’s okey… saya maafkan,” Aqua segera menjawab membuatkan Dave terpaku seketika.
            “Okey… so, macam mana dengan kesihatan kau?”
            “Sangat sihat, terima kasih!” ucapnya lagi. Dave mengerutkan kening. Sikap Aqua membuatkan dia serba salah. Sikap Aqua terlalu sopan dan dia merasa seperti kehilangan Aura yang dulu.
            “Yah! Kau cakap ajalah kalau kau marahkan aku. Jangan buat aku macam ni, pukul aku. Biar aku rasa bersalah, dan takkan ulang perkara tu lagi,” tiba-tiba Dave meledak. Aqua tersentak. Tidak faham dengan sikap lelaki itu, bukankah lebih bagus kalau dia memaafkannya? Hubungan mereka pun baik.
            “Tapi, kan lebih baik kalau saya maafkan kau? Lagipun perkara tu dah berlalu,”
            “Tapi… ”
            “Dave, Dave! Easy dude, kakak kan baru aja keluar dari hospital. Janganlah bawa dia bertengkar,” Alfa yang dari tadi memerhati segera menenagkan Dave. Dave akur.
            “Sorry,” ucapnya perlahan.
            “It’s okey… saya ambilkan kau air, ya?” kata Aqua lantas menuju ke dapur. Alfa mengambil tempat kakaknya.
            “Aku faham apa yang kau rasa. Sikapnya jadi pelik, kan? Tapi jangan risau, sebab itu mungkin kesan sampingan dari koma selama tiga hari. Kata doktor itu perkara biasa,” Alfa menerangkan situasi tubuh Aqua. Dave hanya mengangguk.
            “Aku harap,” bisik Dave. Dia membuang pandangannya kearah dapur. Perasaannya sudah lega tapi dalam masa yang sama dia merasa sesuatu yang telah hilang.


            AURA berdiri dari katil. Lama dia menatap susun atur bilik Aqua. Kemas tetapi kosong. Besar tetapi sunyi. Cantik tapi terasa usang. Dia mendekati sebuah pintu yang terletak tidak jauh dari katilnya. Pintu itu dibuka. Macam mana aku tak perasaan ini almari? Aura melangkah masuk ke dalam almari itu.
            Berjenis-jenis pakaian yang tergantung di dinding. Kasut tumit tinggi tersusun dirak bawah. Tas tangan pula tersusun di rak ketiga. Ia tidak ubah seperti sebuah kedai. Semuanya lengkap.
            Aura menyentuh semua barang-barang itu bermula dari kasut sehinggalah ke pakaian. Aura tergelak sendiri. Semua baju ni belum dipakai? Sayang. Sebelum keluar dari almari gergasi itu, dia sempat, mencapai mafela berwarna putih dan langsung mengikat dilehernya.
            “Cik muda nak ke mana?” soal dua orang pengawal itu sebaik saja Aura melangkah keluar.
            “Tak kemana-mana, aku nak jalan-jalan sekejap,” jawabnya lalu beredar menuruni tangga langsung ke pintu utama. Sebaik saja dia menapak keluar. Udara segera dihirup panjang. Dia mendongak memandang rumah besar itu. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Aku dah mula rindukan papa…
            Tiba-tiba satu irama piano berkumandang. Aura menyisipkan rambutnya ke telinga. Terasa seperti bunyi itu dekat dengan telinganya. Dia cuba mengesan dari mana datangnya bunyi itu dan dia tersenyum. 3 o’clock! Pantas matanya memandang kearah sebuah taman yang agak jauh dari rumah besar itu. Dan apa yang pasti, tempat itu diliputi dengan warna merah jambu. Tempat tu? Bisik hatinya.
            Kakinya melangkah. Perlahan dan semakin laju. Jauh mansion ke tempat tersebut adalah lebih kurang 400 meter. Aura tiba disatu tembok yang panjang dan tinggi. Ada sebuah pintu pagar yang besar dan diseluputi dengan tumbuhan menjalar. Sepertinya gerbang itu sudah lama tidak dibuka. Aura mengerut kening. Cuba memikirkan bagaimana caranya untuk masuk ke tempat itu. Bunyi piano masih lagi berkumandang. Entah kenapa, keinginnya untuk masuk ke tempat itu membuak-buak. Mungkin kerana pokok-pokoknya yang cantik atau muzik itu?
            Aura mendekati gerbang itu lalu mencabut daun-daun yang menjalar dipermukaannya. Sebaris nama tertera di gerbang tersebut.
            “Edifier Kenwood?” sebutnya. Terdapat sebuah mangga dan rantai sebesar penumbuk terikat di gerbang itu. Dan nasib menyebelahi Aura, mangga tersebut tidak terkunci. Aura tersenyum gembira. Aura menarik rantai tersebut perlahan-lahan dan senyap. Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Perasaannya tiba-tiba tidak senang. Aura ini salah, ini menceroboh rumah orang namanya! Perasaan ebrsalah tiba-tiba menyerangnya. Tapi, dah masuk… alang-alanglah! Dia tersenyum lagi. Langkah disambung. Gerbang ditutup semula, tanpa bunyi.
            Aura mendongak. Kelopak bunga berwarna merah jambu berguguran diatas tanah. Angin sepoi-sepoi meniup kelopak bunga itu ke mukanya. Senyuman manis terukir dibibir. Tempat itu boleh dikatakan syurga. Cantik dan ia seperti menyalurkan satu perasaan yang nyaman. Aura menutup mata, menikmati irama piano serta haruman dan keselesaan ditempat itu. Sambil berjalan, Aura memegang pokok-pokok besar itu yang tumbuh seperti cendawan.
            Tiba-tiba, bunyi piano itu berhenti. Kaki Aura berhenti melangkah. Matanya terbuka. Bibirnya hilang seri. Keingnya pula mengerut. Dia mula mencari. Hatinya tiba-tiba merasa tidak puas. Dia mahu tahu siapa yang memainkan piano itu sehingga boleh menariknya ke tempat itu.
            Gedebuk! Kakinya tersandung, terjatuh seperti menangkap katak.
            “Aahh!” kedengaran suara mengadu kesakitan. Aura tersentak. Dia segera berhenti sambil mengibas-ngibas bajunya. Mulutnya ternganga melihat seorang lelaki sedang duduk dibawah pokok sambil memicit-micit betisnya. Mungkin aku terpijak kakinya? Oh, God! Aura menelan liur.
            “Sorry?” minta Aura.
            “Kau?!” Lelaki itu mengangkat wajah dengan matanya tajam menikam Aura. Pandangan mereka bertemu. Agak lama. Lelaki itu berdiri sambil membuka earphone yang terpasang ditelinganya.
            “Aqua?!” kata lelaki itu. Aura mengerut kening. Tiba-tiba dia tersentak. Dia tahu wajah itu, dia ingat lelaki itu!
            “Kau…” Aura mengangkat jari telunjuk tepat ke wajah lelaki tersebut. Lelaki itu mendengus lalu menapis kasar tangannya.
            “Kau buat apa disini?” soalnya kasar. Aura kebingungan.
            “Kau tahu aku siapa?”
            “Keluar dari sini sebelum aku apa-apakan kau,” lantang lelaki itu memberi amaran.
            “Aku kata keluar!” bentaknya sambil menarik lengan Aura untuk keluar dari tempat itu. Namun, Aura pantas memulas tangan lelaki itu ke belakang.
            “Jangan berani sentuh aku!” tubuh lelaki itu ditolak menghempas tanah. Lelaki itu mengaduh lagi. Dia membalikkan tubuh memandang Aura, pandangannya terhadap Aura berubah pelik. Aura tersentak.
            “Sorry, lebih baik aku pergi!” katanya langsung berlari keluar dari tempat itu.

            LEON bangkit. Bajunya dikibas, lantas berlari mengejar Aura. Dia berhenti saat dia tiba di pintu gerbang keluarganya. Rantai dan mangga disentuh. Matanya dibuang kearah satu mansion yang agak jauh dari tempat itu. Kau akan terima pambalasan aku, Aqua!       

1 comment:

  1. aloh2..
    mcm cinta bsegi2 jer...
    aura ngn dave...
    aqua ngn leon??
    biar betik...
    hahaha...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.