Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

20 January, 2011

Substance 9 : The Lion King



The Lion King

            AURA mundar-mandir dalam kamarnya. Ibu jari digigit. Dahi berkerut seribu. Jantungnya pula sudah berdegup lagu. Macam mana dia boleh ada disini? Dia dah nampak muka aku hari tu, dan sekarang dia nampak muka aku dengan badan Aqua? I’m going to die!
            Aura menghempas tubuhnya ke katil. Dalam masa yang sama kedengaran derap langkah yang laju sedang menuju ke biliknya. Aura segera bangun. Pintu biliknya terkuak. Terpacul wajah Puan Narisa dan uncle Beck dihadapannya. Mereka meluru kearah Aura. Aura bingung melihat muka mereka yang seperti ketakutan.
            “Apa Aqua dah buat?” soal Puan Narisa.
            “Apa yang aku dah buat?” soalnya sambil mendapatkan Puan Narisa. Puan Narisa melabuhkan punggung diruang tamu mini bilik Aqua.
            “Bertenang puan, biar Aqua jelaskan apa yang dia dah buat,” kata uncle Beck, cuba menenangkan majikannya. Aura memandang uncle Beck.
            “Apa yang aku dah buat? Uncle?” soal Aura masih tidak faham.
            “Shin ada dibawa sekarang, dia kata Aqua pergi ke taman sakura. Betul?” soal Puan Narisa. Aura mengerut kening. Satu taman yang dia ingat adalah tempat yang baru saja dilawatinya. Jangan cakap yang…
            Aura mengeluh. “Ya, betul. Aku memang ada pergi ke taman tu, tapi sekejap saja,”
            “Bukan itu saja Aqua.Shin kata, Aqua baru saja buat sesuatu yang menakjubkan,” kata Puan Narisa lagi. Kening kiri Aura segera terangkat.
            “Apa dia?”
            “Aqua pulas tangan dia dan tolak dia sampai jatuh! Apa Aqua dah buat ni?” uncle Beck hanya bisa menggelengkan kepala.
            “Sebab dia terlalu kurang ajar,” lafaz Aura. Segera kepala uncle Beck menoleh ke arahnya dan lantas menggeleng, isyarat untuk tidak berkata apa-apa lagi.
            “Apa yang Aqua baru saja cakap tadi?”
            “Tak ada apa-apa. So, dia ada dibawah? Dia nak jumpa aku?”
            “Jangan Aqua. Mama akan bagitau Shin yang Aqua tak berapa sihat,” Puan narisa segera menggeleng. Dia pun bangkin, ingin keluar dari bilik itu.
            “Kenapa mama takut sangat dengan dia? Apa yang hebat sangat dengan dia?” langkah uncle Beck dan Puan Narisa berhenti serentak. Mereka berpaling. Aura memandang uncle Beck dengan wajah kosong. Uncle Beck menundukkan muka, menyembunyikan keresahannya.
            “Am…maksud aku, aku boleh jumpa dia kan, aku boleh minta maaf,” kata Aura sebaik saja menyedari sikap uncle Beck.
            “Tak, Aqua. Perkataan maaf dari Aqua langsung takda makna baginya, Aqua tak perlu jumpa dia,” kata Puan  Narisa. Aura sudah mengerutkan kening.
            “Then, macam mana aku nak betulkan kesilapan aku? Mama dan uncle Beck cakap aku salah, jadi biar aku minta maaf,” kata Aura. Dalam hati, dia berbisik. Selepas itu, aku akan tahu kau orang macam mana, dank au akan kenal aku!
            Puan Narisa memandang uncle Beck.
            “Biar saya bercakap dengan dia, puan,” kata uncle Beck. Dia terus mendekati Aura dan membawa Aura di tepi jendela, sedikit jauh dari puan Narisa.
            “Kalau kamu tetap nak jumpa dia, puan akan syak sesuatu. Aqua tak pernah berdepan dengan Shin sebelum ini, sekalipun dia dan Shin terserempak Aqua takkan boleh bersuara. Sebab itu puan larang kamu berdepan dengan dia,” kata uncle Beck, cuba memahamkan Aura tentang situasi Aqua.
            “Aku bukan Aqua dan aku nak buat ni untuk dia. Aqua tak boleh lari selama-lamanya dari lelaki ni. Mungkin, ada sebabnya kenapa kami bertukar jiwa. To help each other! Uncle perlu percayakan aku, aku takkan bertindak bodoh lagi,” uncle Beck diam, memberi sedikit masa untuknya berfikir.
            “Okey, tak jangan tinggikan suara. Apa yang kamu perlu buat ialah, minta maaf. Faham?” akhirnya uncle Beck akur. Aura tersenyum.
            “Copy that!”
*****
            AQUA mengibas-ngibas lehernya dengan buku. Rambutnya sudah basah dek peluh. Walaupun kipas di bilik Aura sudah terpasang, bahang panas dari matahari tetap menembusi bilik tersebut. Mungkin juga, dia tidak biasa dengan keadaan panas seperti itu.
            “Nak mandilah!” katanya lantas bangkit menuju ke bilik mandi. Pakaian lantas dibuka. Namun pantas saja matanya menangkap sesuatu. Matanya tertumpu pada parut-parut di tubuh dan belakang Aura.
            Satu parut berada di pinggulnya, dan beberapa kesan cakaran dibahu sebelah kirinya. Kenapa saya tak perasaan ada parut sebelum ni?

            “PAPA,  boleh kita bercakap?” tiba saja dipintu dapur, dia terus menyapa Encik Zurdi.
            “Ah, kemari sekejap. Papa nak Aura rasa masakan baru papa. Sini!” kata Encik Zurdi. Aqua terus melangkah masuk. Sebuah piring berisi kek bulat berwarna putih dan coklat berbentuk hati diatas dan beberapa lagi hiasan cantik ditepinya diberikan kepada Aqua.
            “Wah, cantiknya!” puji Aqua. Sudu kecil yang berada ditepi kek itu segera dicapai dan menyuapkan sedikit kek itu kemulutnya. Serentak senyumannya berubah kelat. Wajahnya berkerut menelan kek tersebut.
            “Kenapa?”
            “Masin!” katanya lantas mencapai botol dan menuangkan air kedalam gelas.
            “Masin?” tanya Encik Zurdi lalu merasa sendiri kek itu. Wajahnya tetap sama. “Tak pun,” katanya. Aqua terkesima. So, papa Aura kehilangan deria rasanya?
            “Papa, saya perlu tanya sesuatu pasal Aura,” kata Aqua.

            “HEI,  Dave!” laung Tony sebaik saja ternampak Dave melangkah masuk ke dalam Pusat Latihan Karate itu. Dave melambai kearahnya.
            “Aku ingat kau takkan datang lagi. Kau pergi mana dua minggu lalu?” soalnya. Dave duduk dalam kumpulan itu sambil bertapak tangan dengan ahli yang lain.
            “Aku cuti, dengan keluarga,” jawab Dave.
            “Liar!” kata Max. Dave tergelak kecil.
            “Kerjalah. Tanya lagi,” jawab Dave.
            “So, macam mana kau dengan Aura? Sudah pulih?” soal Tony.
            “Ya, kami dah berbaik. Tapi dia macam dah berubah lepas kemalangan tu,”
            “Aura bertuah sebab selamat dalam kemalangan tu,” ujar Max.
            “Eh, kamu tahu tak kemalangan tu teruk, dua buah teksi bertembung disebabkan satu lori ni yang hilang kawalan,” kata Jacky.
            “Macam mana kau tahu?” mereka sudah menoleh kearahnya.
            “Internet dan abang sepupu akulah. Dia pasukan penyelamat yang bertugas hari itu,”
            “Kalau kemalangan tu teruk, kenapa tak masuk dalam surat khabar, berita atau apa-apa aja? Jangan nak pandai-pandai reka ceritalah,” kata Max.
            “Tak nak percaya sudah!” dengus Jacky.
            “Oya, kau dah tahu yang Aura dah berhenti dari sini?” soal Tony. Segera mengubah topik kurang logik dari kawannya.
            “Dia berhenti? Kenapa?” soal Dave. Wajahnya kelihatan kosong. Seperti kertas putih. Tidak tahu apa-apa.
            “Sebab aunty Lina tak bagi lagi. Dia melutut depan Aura! Aura pun, mana sanggup kan tengok mama dia buat macam tu, so dia berhentilah,” jawab Tony. Dave diam. Kini mukanya seperti tepung dilunat-lunat.
            “Kenapa dia tak bagitau aku?”
            “Hello? Macam mana dia nak bagitau kau, kau hilang macam tak nak balik-balik lagi!” marah Jacky.
            “Sorry…okeylah. Aku nak balik dulu,” pinta Dave seraya bangkit.
            “Eh! Kau nak pergi mana?” panggil Max namun Dace tetap meneruskan langkahnya juga. Tiba-tiba siku Jacky dicuit. Jacky mengangkat wajah kepada Tony tanda bertanya.
            “Mana aku tau!”

*****

            PERLAHAN-LAHAN Aura menuruni tangga, matanya lurus kepada seorang lelaki yang sedang duduk bersilang kaki disofa antik milik keluarga Aqua. Dalam masa yang sama, hatinya turut berdebar-debar. Banyak soalan yang bermain dimindanya tika itu. Dia takut kalau-kalau lelaki itu mengingati wajahnya beberapa hari sebelum dia berganti jiwa dengan Aqua. Dia juga berdebar apabila melihat betapa takutnya ibu Aqua dan uncle Beck terhadap dia.
            Aura terus duduk setibanya dia diruang tamu. Leon mengangkat wajah.
            “Siapa suruh kau duduk?” soalnya. Aura memandangnya dengan dahi berkerut.
            “Sebab ini rumah aku,” jawab Aura selamba. Puan Narisa yang masih berdiri sudah menggaru belakang leher. Kemudian Aura memandang pula kearah ibu Aqua.
            “Ma, duduk!” arah Aura. Puan Narisa teragak-agak. Tapi dia tetap menurut.
            “Okey…aku faham, kau datang sini sebab aku dah masuk kawasan larangan kau, kan? So, aku minta maaf. Lain kali aku tak buat lagi,”
            “On your knees!” tersentak Aura mendengar suara keras itu. Dahinya membentuk V.
            “Excuse me? Melutut?” suara Aura turut berubah keras. Mata Leon dan matanya bertaut.
            “Ya, melutut dan minta maaf!” tanpa perasaan Leon menuturkan kata-kata itu. Dia seperti menganggap dirinya seorang raja yang boleh memerintah sesiapa saja untuk berbuat apa saja. Aura memandang uncle Beck dengan mulut dan mata terbuka. Uncle Beck mengangguk sambil bibirnya berbisik ‘Please…’
            Aura menghembus nafas. Sebenarnya menahan dirinya daripada meletup. Tangannya sudah mula berpeluh. Dia tidak biasa melutut depan orang lain. Terasa ego seperti dicarik-carik! Di tepi, puan Narisa sudah memengan lengannya, menyuruh Aura untuk menurut kata-kata Leon.
            “Apa lagi, melutut!” arah Leon lagi. Aura mengetap bibir. Kau ingat kau siapa, Raja? Anak raja? Kau boleh arah aku suka-suka hati? Aura pantas bangkit dan menghampiri Leon.
            “Ada sesuatu yang perlu aku bagitau, aku bukan Aqua yang dulu lagi!” kata Aura sambil membongkok, mendekatkan wajahnya dengan wajah Leon. Kepala Leon spontan bergerak ke belakang. Aura berdiri semula.
            “Aku, minta maaf banyak-banyak. Memang salah kalau aku menceroboh kawasan larangan milik orang lain, tapi aku takkan melutut merayu minta diampuni demi kesalahan macam tu. Kau boleh arah ak,u untuk minta maaf, tapi melutut. Tiada siapa yang boleh!” kata Aura. Berpegang kepada pendiriannya. Leon terpaku. Begitu juga dengan isi mansion itu. Uncle Beck pula sudah menggeleng. Leon tersenyum sinis, namun seketika. Wajahnya berubah drastik.
            “Then, aunty boleh melutut, kan?” Leon memandang kea rah Puan Narisa. Dari bunyi nadanya, seolah-olah ada maksud tersirat. Aura terpana. Macam mana lelaki ni boleh mengarah ibu Aqua sesuka hati? Dia ni siapa?
            “Kalau kau tak boleh, aku pasti aunty sanggup melutut untuk kau, betul tak aunty?” kata Leon lagi, nadanya lembut tapi seolah-olah nafas naga yang boleh menghembur api. Puan Narisa sudah menelan liur. Kelat wajahnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. Leon tersenyum, puas. Ada pelbagai riak yang terpamer diwajah setiap penghuni mansion itu. Uncle Beck tertunduk, sementara Nanny Vdya pula tenang sambil membetulkan kedudukan cermin matanya. Tapi yang pasti Aura terkejut.
            “Kau jangan nak ugut aku, dia lebih tua dari kau. Kau sepatutnya hormat dia!” bentak Aura, kecewa dengan sikap lelaki bongkah dihadapannya.
            “Aku tidak kisah. Siapa-siapa boleh ganti kau untuk melutut. Aku pasti semua sanggup, kan?” kata Leon lagi. Aura seakan tidak percaya. Masih wujudkah orang seperti dia? Aku ingat sudah pupus! Leon memandang Puan Narisa.
            “I’m waiting!” seru Leon. Puan Narisa ragu-ragu untuk bangkit. Aura pula seolah-olah terperangkap dalam balang. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. 
 ********************************************************* 

p/s: maaf kalau ada kesilapan, ini baru draf. So sorry kalau buang mood kamu utk baca..enjoy!

6 comments:

  1. cepat sambung !! :)

    ReplyDelete
  2. cpat smbung......
    kejam giler mamat tu.........

    ReplyDelete
  3. eee...
    rs mcm nk tembak2 jer si leon nie...
    geramnyer....

    ReplyDelete
  4. Anonymous > tunggu, ya? :)

    Mizz > Leon mmg kejam..hehe

    nursya > saya pun sama (",)

    ReplyDelete
  5. yang kejm tu yg best tuh!! ta sabarnyer~

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.