Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 March, 2011

Love. 1 : The First Time I Saw You


 The First Time I Saw You

            BEL, we’re going to be late!”  laung Tamara dari pintu rumah sambil tangannya mengikat tali kasut untuk adiknya, Benjo atau nama sebenarnya Benjamin. Budak lelaki berusia 4 tahun, pipi tembam dan rambut berwarna keperang-perangan.
            “Saya tahu,” jawab satu suara yang mendatar dari belakang. Isabel, seorang pelajar perempuan yang menuntut di SM. Pringles. Sekolah kerajaan. Gadis yang pendiam dan agak dingin. Mukanya selalu menunjukkan wajah serius. Membuatkan dia lebih matang, kemas dan cantik dari kakaknya. Sementara, Tamara tidak begitu mementingkan kekemasan pakaian. Pakaian yang selalu dipakainya ialah kameja petak-petak yang kita nampak orang tua selalu pakai. Tambahan lagi, rambutnya yang berwarna hitam pekat dan pendek seperti lelaki. Kalau tidak perhatikannya betul-betul sudah pasti orang menganggap dia seorang lelaki.
            Tapi bagi Tamara, itu semua tidak penting. Apa yang penting dia ikhlas dalam apa jua yang dia lakukan. Asalkan dapat duit halal dan menampung kehidupan kedua orang adiknya, dia sudah cukup bersyukur..
            “Kakak tak perlu hantar Bel, Bel boleh pergi sendiri,” kata Bel.
            “No, kakak hantar Bel,” putus Tamara, tegas. Kalau berkaitan dengan keselamatan adiknya, dia peka.
            “Hm..suka hati kakaklah. Tapi hantar Bel dulu,” kata Bel. Akur dengan kakaknya. Tamara tersenyum. Dia pun berdiri sambil menyandang beg ultraman Benjo.
            “Jom jalan!”

            THERE you are tamara!” sebaik saja dia melangkah ke dapur, seorang lelaki meluru kepadanya.
            “Kenapa?” soal Tamara sambil mencapai apron lalu memakainya.
            “Miss Monica perlukan pekerja lelaki, jadi dia panggil awak!” kata Edwin lantas menarik tangannya. Lelaki itu adalah orang pertama yang menegurnya semasa pertama kali memulakan pekerjaannya. Edwin tidak sombong walaupun dia seorang pelayan, tidak macam yang lain. Semua pekerja seperti Tamara dipandang rendah oleh pihak yang lebih tinggi jawatannya.
            “Tapi saya perempuan,”
            “Saya tahu, dan Madame Monica pun sedar. Tapi luaran kau macam lelaki jadi…”
            “Edwin,” mendatar suara Tamara. Edwin tergagap-gagap.
            “Sorry,” pintanya. Tamarah mengeluh.
            “Kenapa? Ada apa?” soalnya.
            “Bos besar tiba-tiba nak datang melawat, jadi restoran ini akan ditutup hari ini dan semua pekerja akan dipanggil,”
            “Eya? Kenapa terlalu tiba-tiba? Jadi saya perlu pakai uniform lelaki?” Edwin tersenyum lantas mengangguk.
            Beberapa saat kemudian, Tamara pun keluar dengan pakaian lelaki. Edwin yang melihat penampilan Tamara it uterus terpikat.
            “Tamara, kau sungguh…” Pak! Dahi Edwin ditolak membuatkan dia hampir terjatuh.
            “Jom!” arah Tamara. “Saya tak perlu buat apa-apa, kan?” soalnya pula.
            “Eya, kita cuma perlu berdiri saja,” jawab Edwin.

            PELIK! Kenapa pekerja perempuan satu pun tidak berbaris? Kenapa hanya lelaki? Soal Tamara apabila melihat yang berada di restouran itu hanya lelaki saja. Manakala pegawai atasan semua berada diluar menyambut bos besar.
            “Edwin, kenapa pekerja perempuan tak berbaris, diorang dimana?” soal Tamara.
            “Sebab perempuan tidak dibenarkan, kecuali kau,” jawab Edwin sambil tersengih. Tamara menjeling.
            “Kenapa pula? Bos besar berdendam dengan perempuan kah?”
            “Tak, bos besar itu peramah. Itu yang saya dengarlah. Tapi dia bukan berdendam, dia cuma allergic dengan perempuan,” Tamara makin keliru. Allergic? Kalau begitu macam mana dia nak kahwin?
            “Pendek kata, bos besar kita tu ‘gay’,” sampuk Alan tiba-tiba. Edwin terus menyiku Alan.
            “Kalau kau taknak dipecat, jangan cakap begitu lagi,” Edwin seakan memberi amarah.
            “Apa pula, kau ni kekasih bos besar, kah?” kata Alan mengejek.
            “Hey!” marah Edwin. Tamara yang mendengar pun boleh panas teling. Sakit hatinya apabila orang senang-senang mengutuk sedangkan mereka hidup dibawa duit lelaki yang dikutuk itu.
            “Kau ni apasal? Biarlah bos besar dengan hidupnya sendiri? Bukan dia menyusahkan kau, bagi kau hidup senang adalah!” marah Tamara. Aura manly Tamara muncul lagi.
            “Dah, dah! Bos besar dah nak sampai tu,” kata Edwin, cepat-cepat meleraikan perbalahan itu takut ada pula yang terlantar atas katil hospital.

PINTU utama dibuka. Cahaya matahari yang terang itu melindungi muka bos besar mereka semasa dia melangkah masuk. Tamara sedaya-upaya menjelaskan pandangannya namun cahaya itu terlalu terang.
            Setelah dia menapak masuk, Encik Azmi pun membawa bos besar mereka itu ke sebuah meja yang sudah dihiasi kemas. Saat itu barulah Tamara nampak dengan jelas muka bos besarnya. Lelaki berkulit putih dan berambut hitam, walaupun serabai tapi nampak sesuai dengannya. Susuk tubuhnya tinggi dan bentuk tubuh yang sempurna. Wajahnya cukup tenang seperti air sungai yang mengalir.
Kenapa diorang boleh cakap dia ni ‘gay’? soalnya dalam hati. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Madame Monica tidak bersama mereka dimeja makan tapi berdiri tidak jauh dari mereka. Yang duduk dikalangan bos besar hanya lelaki saja. Saya tidak percaya, jadi betullah bos besar tu gay?
            Bos besar bangkit dan berdiri dihadapan semua pekerja lelaki dan satu-persatu lelaki ditunjuk manakala lelaki yang ditunjuk itu melangkah setapak kehadapan. Semua kelihatan gugup. Adakah mereka tahu pasal gosip mengenai bos mereka yang sukakan ‘lelaki’?
            Tamara tersentak apabila mukanya dituding seseorang. Tamara terpaksa mengangkat muka disebabkan ketinggiannya yang tidak sama paras itu. Semua pekerja lelaki itu kelihatan terkejut apabila Tamara dituding jari.
            “Tuan..” panggil Madame Monica dari jauh. Bos besar itu menoleh ke arahnya.
            “Ada apa-apa masalah?” soalnya mendatar. Tiada emosi yang ditunjukkan.
            “Tiada apa-apa, tuan,” kata Madame Monica sambil memandang Tamara penuh makna. Tamara pun mengangguk. Dia faham. Dia harus mendiamkan diri untuk menjaga restoran itu.
            “Kamu semua, layan meja kami,” kata bos besar lalu kembali ke tempatnya. 5 orang lelaki yang dipilih termasuk Tamara menuju ke meja mereka dan mula menghidang makanan diatas meja.
            Tiba-tiba bos besar itu berdiri menghadap Tamara. Pandangan bos besar itu pelik, seperti dia sudah mengesyaki sesuatu. Dia dah tahu saya perempuan?
            “Kau ni lelaki atau perempuan?” soalnya membuatakn semua pekerja lelaki termasuk Madame Monica terkejut. Encik Azmi pun nampak terkejut dengan soalan bos besar mereka itu. Yang lain seperti biasa kerana mereka tidak mengenali Tamara.
            “Emm…” Tamara tidak dapat menjawab.
            “Sudah tentu kamu lelaki. Maafkan saya,” kata bos besar lantas duduk semula. Apa itu? Dia bergurau,kah? Buat jantung aku berdegup kencang aja. Kata Tamara dalam hati. Dia pun menyambung kerjanya.

            BELAKANG Edwin terus dicubit setelah bos besar mereka sudah beredar. Edwin terjerit kecil sambil menggosok-gosok belakangnya.
            “Apa ni?” marah Edwin.
            “Kau kata saya cuma perlu berdiri saja, kau tak cakap pun bos besar nak suruh pekerja layan diorang!” kata Tamara.
            “Sorry, sebab aku tak fikir pun bos besar nak tuding kau. Selalunya sesiapa yang dituding jari itu akan dipindahkan kerja,”
            “Jadi, saya akan pindah? Tapi macam mana kalau bos besar tahu saya perempuan? Dia akan saman saya tahu tak,” Tamara mula takut. APa akan jadi kalau rahsia itu terbongkar? Siapa nak jaga adik-adiknya kalau dia dipenjarakan?
            “Dia takkan tahu kalau kau tak bagitahu,” kata Edwin seperti memandang remeh dengan perkara itu.
            “Ewdin!” marah Tamara. Edwin terus berhenti ketawa.
            “Tamara?” panggil Madame Monica dari belakang.
            “Ya bos?”
            “Masuk pejabat saya sekarang,” arah Madame Monica. Sebelum dia melangkah, sempat juga dia memberikan jelingan tajam kepada Edwin.

            “DUDUK!” arah Madame Monica sebaik saja Tamara menapak masuk. Tamara cepat-cepat melabuh punggung.
            “Kau tahu apa maksud bos besar menuding kamu pagi tadi?” soal Madame Monica. Tamara mengangguk.
            “Ya, akan dipindahkan tempat kerja,”
            “Baguslah kalau kau tahu, tapi masalahnya kau ni perempuan. Maafkan saya, salah saya juga sebab paksa kau untuk menjadi pengganti Richard,”
            “Tidak bos. Bos boleh bagitau bos besar yang saya ni perempuan,”
            “Kamu dah gila? Kamu nak dia tahu yang dia sudah ditipu bulat-bulat? Kamu tak tahu apa yang boleh dia lakukan Tamara,” kata-kata Madame Monica itu semakin menakutkan Tamara. Benjo…
            “Jadi, apa yang perlu saya lakukan bos?”
            “Letak jawatan!” membulat mata Tamara. Seperti ada batu besar yang menghempap kepalanya.
            “Letak jaa…ja..wa..tan?” terketar-ketar suaranya.
            “Ya!” jawab Madame Monica bersahaja.


            “WAHHHH!!!” raung Tamara sebaik saja dia ternampak Isabel keluar dari gate sekolah. Semua pelajar yang sudah ingn pulang melihat Isabel dan Tamara dengan pandangan pelik.
            “Kak, orang tengok,” kata Isabel dengan nada mendatar tanpa emosi. Tapi Tamara terus menangis seperti budak-budak dirampas mainan. Isabel tidak bergerak. Mukanya selamba, dibiarkan saja kakanya menangis ditengah himpunan orang ramai.
            “Kakak tak buat salah apa-apa pun, kenapa mesti nak letak jawatan?” masih bersisa sendu Tamara walaupun mereka sudah hampir di Tabika Kemas tempat Benjo bersekolah. Tamara menghembus hingusnya disapu tangan milik Isabel. Isabel pula langsung tidak mengeluar sepatah perkataan sejak Tamara mula menangis.
            “Bel, Bel dengar tak ni? Apa kita nak makan?” soal Tamara lagi.
            “Cari kerja lain,” jawab Isabel. Serta-merta tangisan Tamara berhenti.
            “Yakan, kenapa kakak tak bijak macam Bel? Hmm…sayang Bel!” puji Tamara sambil menggosok-gosokkan pipinya ke pipi Bel.
            “Kak, kotorlah!” kata Bel. Nadanya sedikit tinggi seperti biasa. Hanya naik 5% saja nada suaranya. Tamara ketawa.
            “Kak nak lari jumpa Benjo!” kata Tamara lantas berlari menuju ke Tabika Kemas. Bel hanya boleh menggeleng melihat perangai kakaknya yang mengalahkan Benjo. Rasanya Benjo lebih matang darinya.

********************************************
p/s : first ep. Sudi2 kan mengomen, kalau tak best sy takkan sambung lg
^_^

13 comments:

  1. Okie,
    Permulaan yang baik untuk FLK! =)
    Berhati-hati dengan ejaan ya! Kerana ada yang silap di sini sana.
    Overall, menarik!
    Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Thank DK...okey, nanti sy double check lain kali.
    thank 4 the comment ^-^

    ReplyDelete
  3. nice intro, walaupun sy msih x pasti siapa heroin cter ni.
    Tamara or Bel.

    ReplyDelete
  4. cantik kak ! cantik! cerita ni best! cantik gilA! macam bulan penuh!

    **apa la aku mepek ni! hehe~ pape pown.. tahniah!

    ReplyDelete
  5. VW >
    Thanks~!
    heroin mestilah Tamara, Tamara yg mcm budak2..hehe

    GGG >
    apa yang cantik tu? template? hehe...thanks :)

    Moon >
    thank u Moon. Baru ep 1, masih jauh lagi utk dinilai..hehe.

    Thank you for the comment guys <3

    ReplyDelete
  6. camne ek kalau bos besar tu dapat tau Tamara tu girl actually? hoho
    suka3
    ^^
    sambung2

    ReplyDelete
  7. best citer nie wlwpn hanya draf lg...
    nk lg okie..
    hihihi...

    ReplyDelete
  8. amira > thank you <3

    Hana > watak hero sy kali ni tak ganas macam Leon. Tapi baik hati dan berhati perut..hehe

    nursya> thank u nursya, nak upload la ni..hehe

    ReplyDelete
  9. best2... sambung lar lagi...

    ReplyDelete
  10. hahhaa best2 saye sukekannyer,,!!

    ReplyDelete
  11. wah the pic is remind me anime vampire knight and ouran host club

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.