Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

17 March, 2011

Love. 2 : Daredevil.



.Daredevil.

            “ADI!” jerit Jeremy apabil Aditya tiba-tiba melompat keluar ditengah-tengah bandar raya Loganberry semasa kereta yang dinaiki mereka itu berhenti menunggu lampu hijau. Dia turut keluar, tapi Aditya terlalu pantas. Dia hanya terlepas dua tiga saat Aditya sudah hilang dari matanya. Jeremy menyeka rambutnya emasnya ke belakang. Cermin mata ditolak kecil.
            Sementara Aditya masih berlari seperti mencari sesuatu. Tidak lama kemudian dia melaung nama seseorang.
            “Benjo? Keluarlah Benjo!” nada Aditya kedengaran sedih. Kawasan sekeliling bangunan diteliti. Dia pasti benda yang dicarinya itu menuju kearah itu. Tidak mungkin dia silap. Aditya berhenti mencari apabila dia sudah masuk ke ruang diantara bangunan. Seekor kucing parsi kelihatan sedang menjilat-jilat tangannya diatas tong sampah hijau. Aditya terus tersenyum. Segera dia mendapatkan kucing tersebut.
            “Benjo!” kucing yang diberi nama Benjo it uterus dipeluk walaupun badan Benjo sudah dipenuhi dengan lumpur.
            “He, tengok sini” Aditya tersentak tatkala terdengar suara garau dari belakang. Dia pantas menoleh. Tubuh Benjo sudah dibungkus dengan kot birunya. Tiga orang lelaki bersama seorang perempuan mendekatinya. Aditya menelan liur. Melihat penampilan mereka, sudah tidak salah lagi mereka adalah samseng jalan. Satu-persatu wajah mereka dipandang. Wanita yang berpakaian seksi dengan seluar jean low-cut paras paha dan baju singlet berwarna pink mendekati dia. Aditya menelan liru, dalam hati dia berdoa agar perempuan itu tidak mendekatinya. Aditya segera berundur. Menyebabkan perempuan itu tersentak. Marah.
            “Hey, pegang dia,” arah perempuan itu, serta-merta  kedua-dua tangannya dipaut ke belakang. Benjo terlepas dan terus melarikan diri. Benjo! Suara Aditya bahkan tidak mahu keluar kerana terlalu takut. Matilah aku! Jangan dekat! Jangan dekat!
            “Hm, nampak macam kau ni ‘sedap’ aja, orang kaya?” soal perempuan itu sambil memegang dagu Aditya. Sejurus itu, pipinya dijilat. Aditya langsung tidak boleh bergerak, tubuhnya sudah pucat tidak berdarah. Kakinya terketar-ketar. Kepalanya sudah berpinar-pinar dan tidak lama kemudian dia sudah terkulai pengsan. Tubuh Aditya dihempas keatas tanah. Nyawanya sudah melayang dari badan.
            “Hei, kau buat apa dengan dia?” soal salah seorang lelaki. Perempuan itu mengangkat bahu. Dia tidak buat apa-apa pun.
            “Hei, hei, memandangkan dia dah pengsan geladah poket dia kalau ada apa-apa!” mereka sudah mula berfikir mahu merompak Aditya. Pakaian Aditya digeladah. Mungkin nasib samseng-samseng itu agak baik kerana mereka menjumpai dompet tebal Aditya. Mereka bersorak dan mula menyelongkar. Aditya? Masih tidak sedarkan diri.
            “Polis! Polis! Ada perompak!” tiba-tiba mereka terdengar jeritan seseorang, mereka terus menoleh. Kelihatan seorang lelaki cilik sedang berdiri tidak jauh dari mereka sabil memeluk seekor kucing.

            LELAKI cilik dan Aditya ditolak ke dinding. Disebabkan kepala Aditya terhentuk pada dinding konkrit, dia terus terbangun. Terkejut dia apabila ada seseorang disisinya. Dia terkejut lagi apabila menyedari mereka sudah dikerumuni. Tubuh Aditya mula menggigil balik. 
            “Ingat kami takut kau berteriak macam tu? Suara macam perempuan ada hati nak takutkan kami!” kata lelaki berkaca mata hitam itu. Lelaki cilik itu mendengus. Ingatkan nak menolong, tambahkan masalah lagilah.
            “Kamu nak apa? Saya bagi apa saja kamu nak…asalkan kamu tinggalkan kami,” kata Aditya tergagap-gagap. Terus lelaki cilik itu berpaling kearah Aditya.
            “Hei, big bos! Kalau bos bagi diorang apa saja yang diorang minta. Apa akan jadi dengan orang yang diorang peras ugut? Kita mesti lawan, bagi diorang pengajaran. Bukan tunaikan permintaan diorang,” marah lelaki itu. Keras dan tegas namun suaranya nyaring. Belum akhil baligh barangkali. Fikir Aditya. Kemudian dia mengerut. Terasa pelik pula bila lelaki itu memanggilnya Big Bos. 
            “Hey, kau ajar budak kecil ni, aku ajar budak besar ni,” kata perempuan itu lantas menarik tangan Aditya.
            “Jangan sentuh big bos aku!” jerit lelaki cilik itu sambil menapis kasar tangan perempuan tersebut.
            “Hey!” lelaki tegap berdiri disebelah kawan perempuannya itu terus memeras kolar baju lelaki cilik itu menyebabkan dia terangkat, begitu juga baju kamejanya sehingga menampakkan dadanya. Aditya tersentak selepas terpandang inner lelaki itu. Inner? Lelaki tak pakai inner! Dia perempuan!
            “Kyaaa!!!” jeritnya, serentak itu sebiji tumbukan melepas dihidung lelaki tegap itu. Lelaki itu hilang keseimbangan lantas terjatuh diatas himpunan sampah. Lelaki cilik itu sudah memeluk tubuhnya.
            “Oh, kau perempuan rupanya!” lelaki berkaca mata berkata. “Haha, ada makanan malam ini!” mereka tergelak terbahak. Perempuan yang disalahanggap lelaki itu sudah mengerut kening. Tiba-tiba dia menjerit kuat membuatkan mereka semua terkejut.
            “Diam!” marah perempuan itu tapi dia enggan berdiam diri. Aditya yang segera menangkap maksud jeritan itu ikut serta menjerit. Itu salah satu cara meminta bantuan.
            “Wei, mari kita pergi. Orang ramai dah mula datang!” kata lelaki berkaca mata hitam. Salah seorang dari mereka membantu rakan mereka yang terdampar diatas timbunan sampah. Sebelum dia meninggalkan tempat itu, dia mahu membalas dendam atas tumbukan yang diterimanya tadi. Sebatang kayu baseball yang terbuang disitu dicapai lalu mendekati Benjo yang sedang duduk tidak jauh dari tempat itu. Aditya mula takut selepas melihat senyuman sinis lelaki itu.
            “Benjo, lari!!” jerit Aditya. Gadis disebelahnya kelihatan tersentak selepas mendengar nama Benjo. Serentak itu kakinya melangkah sebaik saja lelaki jahat itu ingin menghayun kayu baseball tersebut dan memeluk Benjo. Aditya terpana. Melihat lelaki jahat itu seperti tidak mahu menghentikan tindakannya, dia terus melompat memeluk gadis itu dan kepalanya menjadi mangsa pukulan.
            Lelaki itu terus melemparkan batang baseball itu lantas melarikan diri. Orang ramai sudah mula bercakap-cakap.
            “Tolong, telefon ambulance!” jerit gadis itu hampir menangis apabila melihat darah pekat sudah mengalir keluar dari kepala Aditya.

*****

            “KAKAK!!” jerit Benjo sebaik saja melihat bayang kakaknya bukit menuju ke rumah kecil mereka.
            “Benjo!” Tamara terus mendukung Benjo.
            “Kenapa badan kakak busuk?” soal Benjo. Tamara terketawa paksa. Memang badannya terus berbau selepas dia mengalami kejadian petang tadi. Sungguh tidak disangka di menjadi wonderwoman hari ini kerana menyelamatkan bos besarnya sendiri.
            “Kak, kenapa dengan baju kakak ni?” soal Isabel.
            “Nanti kakak ceritakan, kita masuk dulu,” jawab Tamara.
            “Tapi kak,” kata Isabel, dibiarkan ayatnya tergantung. Tamara mengerut kening, sepasang kasut yang asing baginya terdampar dihadapan pintu. Wajahnya serta-merta menjadi tegang. Langkahnya dipercepatkan masuk ke rumah.
            Tepat sangkaanya, seorang lelaki berumur sedang duduk bersantai diruang tamu mini mereka. Pakainya seperti seorang lelaki pub, baju berbunga-bunga dan seluar kembang dihujung. Ala-ala Elvis Presley. Benjo diturunkan dari dukungannya.
            “Kenapa bapa ada disini?” soal Tamara dingin. Encik Asran berpaling kebelakang, lantas tersenyum.
            “Tara! Lama bapa tak jumpa Tara!” Encik Asran terus melompat ingin memeluk Tamara namun Tara pantas menolak dahi Encik Asran menyebabkan lelaki tua itu berhenti.
            “Jangan panggil saya Tara. Bapa buat apa balik rumah ni?” soal Tamara sambil menuju ke dapur. Tiba-tiba dia tersentak. Disebabkan kejadian petang tadi, dia lupa membeli barang-barang. Cis! Marah Tamara. Benjo memeluk kaki Tamara. Tamara tersenyum. Ya, saya perlu tenangkan diri, banyak perkara yang terjadi hari ini jadi jangan stress!
            “Bapa ada beli barang-barang untuk kamu, semua ada dalam peti sejuk,” kata Encik Azran. Tamara mendengus. APa lagi kali ini!
            “Maaflah bapa, saya belum gaji lagi jadi saya tak boleh bagi bapa duit,” kata Tamara seakan faham maksud kedatangan Encik Asran. Encik Asran mengeluh kecil.
            “Tamara, bapa datang bukan nak duit, Bapa rindu dengan kamu,” kata Encik Asran. Tamara tersenyum sinis. Dia tahu, dia tidak patut membuat reaksi macam begitu pada bapanya sendiri tapi dia sudah tidak tahan dengan sikap bapanya yang suka berfoya-foya itu. Mungkin dua atau tiga hari, dia akan datang balik bersama seorang bayi dipelukannya.
            “Bapa boleh datang asal tak bawa ‘apa-apa’,” kata Tamara. Ayatnya itu seperti tersirat. Hanya bapanya dan Isabel saja yang memahami maksudnya.
            “Bel, boleh Bel masak? Kakak nak mandi,” kata Tamara. Bel tidak menjawab, dia terus berdiri menuju ke dapur yang hanya bersambung dengan ruang tamu.

15 minit kemudian, Tamara selesai mandi siap berpakaian lengkap. Rambut pendeknya dikeringkan dengan tuala. Apabila ternampak Benjo bermain dengan Encik Asran dengan mesra sekali, serta-merta dia menjadi takut dan terus mengambil Benjo dari sisi Encik Asran. Perbuatan itu diluar jangkaan Tamara dan juga Encik Asran.
“Bapa boleh ambil semua barang-barang dirumah ni, tapi jangan Benjo!” kata Tamara, matanya sudah memerah. Encik Asran menjadi serba salah.
“Okey, okey…mungkin sebab pasal tu Tamara benci bapa sangat, kan?” kata Encik Asran.
“Kak, Benjo nak main dengan papa,” rengek Benjo. Tamara mengeluh kecil. Mungkin reaksinya tadi sudah keterlaluan. Tamara melepaskan Benjo.
“Banyak lagi benda yang papa dah buat membuatkan saya benci dengan bapa,” kata Tamara lantas bangkit ke dapur, membantu adiknya.

            TAMARA terbangun  tepat-tepat jam 5am. Matanya luas memandang siling. Dia segera menoleh ke kiri. Benjo dan Isabel masih lagi berada disisinya, nenyak tidur. Dia pun berdiri, melangkah mendekati sliding door. Pintu ditarik sedikit. Matanya terbeliak sebaik saja melihat bapanya sudah tiada disana. Cepat-cepat dia menutup pintu dan mendekati almari dibilik mereka. Perasaannya tiba-tiba menjadi tidak enak. Laci paling bawah digeladah.
            “Tiada?” kata Tamara sedikit menjerit. Dia terus menghampiri Isabel dan menggoncang-goncangkan tubuh Isabel.
            “Bel, bangun Bel. Duit kita dah hilang, bapa dah bawa pergi! Bel, bangun!” Pak! Tamara berhenti menjerit apabila dahinya ditepuk dengan sepucuk sambul surat tebal berwarna kuning.
            “Bel dah awal-awal simpan. Dan langsung takda niat nak ambil duit ni pun. Papa baru saja pergi tadi. Papa ada tinggalkan surat untuk kakak diatas meja,” kata Isabel. Tamara tidak menjawap. Sampul kuning itu dibawa rapat ke dada. Selepas mendengar Isabel, perasaannya terus bercampur baur. Rasa bersalah tiba-tiba menendang rusuknya.
            “Kakak…” rengek Benjo. Terbangun dek teriakan Tamara pagi-pagi buta itu. Tamara beralih ke sisi Benjo. Dada Benjo ditepuk pelan-pelan sehingga Benjo terlelap kembali. Setelah itu, dia pun keluar. Sekeping kertas berlipat tiga terdampar di atas meja. Surat itu ditenung lama sebelum melangkah ke dapur. Menyediakan sarapan untuk Benjo dan Isabel.
            Sesekali Tamara melihat kearah meja. Mahu saja dia melangkah tapi dia takut. Takut dengan isi kandungan surat itu mengatakan bahawa dia perlukan duit. Bukan dia tidak mahu tolong, tapi dia sudah mempunyai tanggungjawap yang banyak. Adik-adiknya lebih penting walaupun bapa pun orang yang penting juga. Akhirnya Tamara melangkah juga untuk mendapatkan surat itu. Perlahan-lahan surat itu dibuka.

            Tamara,
Papa tahu papa banyak menyusahkan Tara dan adik-adik. Ini adalah kali terakhir papa menjenguk Tara, jangan risau. Papa nak Tara sentiasa tabah dan jaga adik-adik, terutamanya Bel. Jangan biarkan dia jumpa lelaki macam papa, ya? Selamat tinggal sayang. Peluk cium untuk Benjo dan Bel <3.

            Menitis air mata Tamara membaca setiap aksara yang tercatit diatas kertas putih itu. Maafkan Tara, papa…Tara tak sengaja.
            “Selamat tinggal? Apa maksud papa selamat tinggal?” soal Tamara seperti terlepas pandang pada perkataan ‘selamat tinggal’ Tiba-tiba dia ternampak sebaris lagi ayat di bawah.

P/S : jangan marah, tapi papa ada minta Rm100 dari Bel. Hehe.

            Kertas itu terus diremuk-remukkan. Buang air mata saya aja menangis! Marah Tamara. Tidak  lama kemudian, mukanya kembali muram. Dia tahu, dia sudah bersikap kasar dengan bapanya semalam dan dia tak patut buat begitu.

 *********************************************************************
p/s: takut2 sy post sambungannya ni, tp minggu dpn dah buka sek, jd baik post skg. hehe (gatal tangan!) hehe..enjoy your stay! Terima kasih kerana membaca <3

3 comments:

  1. nice2.. ta sabar tuk next episode

    ReplyDelete
  2. aper jd pasni yek...
    jgn bapa tamara wat hal suda...

    ReplyDelete
  3. suka3
    sian Tara dapat bapa camtu :(

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.