Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

20 March, 2011

Love. 3 : Just Laugh Gags


Just Laugh Gags

            “KAU dah sedar?” kata Jeremy sebaik saja Aditya mengeliat. Aditya memegang kepalanya yang terasa benjolan.Segar bugar matanya sebaik ternampak Benjo dalam pelukan Jeremy.
            “Benjo! Bawa sini!” kata Aditya. Jeremy pun bangkin dan menyerahkan Benjo dalam pelukan Aditya.
            “Adi, Adi, baru sedar dah cari Benjo. Aku yang penat menjaga kau, kau tak cari pula,” kata Jeremy sedikit cemburu.
            “Sebab kau masih sihat lagi, Benjo lain, dia terlibat dengan pergaduhan,” kata Aditya. Jeremy tersenyum kecil.
            “Ah, macam mana dengan perempuan kemarin?” soal Aditya sambil mengusap-usap bulu putih Benjo.
            “Perempuan? Siapa?” soal Jeremy.
            “Alah..yang badan kecil, rambut pendek tu. Kau tak nampak dia kemarin?”
            “Dia? Dia perempuan? Aku ingat dia lelaki. Macam mana kau tahu dia perempuan?” soal Jeremy seakan terkejut.
            “Tidak sengaja. Dia tiba-tiba muncul dan tolong aku. Dia hampir dibelasah kemarin, tapi lepas orang nampak inner perempuan tanpa ‘itu’, habis dia kerjakan samseng-samseng tu,” cerita Aditya. Jeremy tergelak.
            “Perempuan berdada lapangan terbang? Jadi kau nampak…”  
            “Taklah. Mestilah dia pakai inner walaupun ‘takda’,” jawab Aditya pantas. Merah padam mukanya.
            “Kau tak pitam juga masa kau tahu dia perempuan?” soal Jeremy. Aditya menggeleng. Dia juga tidak faham kenapa. Selalunya jika dia berada dekat dengan perempuan, dia terus terasa macam nak pengsan, badan terketar-ketar tapi bila dengan perempuan itu, dia langsung tidak rasa apa-apa, malah dia rasa selesa seperti dia berada disisi ibunya.
            “Tak, aku rasa macam aku dekat dengan kau. Biasa dan selesa,” kata Aditya.
            “Tapi dia betullah kuat, kemarin mahu saja dia membawa kau dengan kaki sendiri ke hospital, katanya ambulance lambat sangat. Nasib baik aku lalu situ dan hantar kamu ke hospital. Kau perlu berterima kasih dengan dia ni Adi,” kata Jeremy.
            “Memang pun, malangnya aku tak kenal dia siapa, nama pun aku tak tahu. Kau ada tanya dia?” Jeremy tersenyum kelat.
            “Takda, sorry!” pinta Jeremy. Tiba-tiba pintu wad itu diketuk. Jeremey membukakan pintu. Terpacul wajah Encik Andrew, bapa kepada Aditya dihadapannya. Jeremy terundur beberapa tapak kebelakang.
            Encik Andrew terus menghampiri katil Aditya. Sebuah surat khabar dihempaskan diatas meja katil.
            “Bapa nak Adi berkahwin!” kata Encik Andrew terus kepada isi utama, tiada mukadimah. Aditya dan Jeremy berpandangan.
            “Berkahwin? Kenapa tiba-tiba aja ni? Papa kalau nak bergurau, tunggu Adi sembuh dulu,” kata Aditya.
            “Muka papa ni macam orang berguraukah? Papa tak kisah pun kalau Adi belum sembuh, salah Adi sendiri sebab nak sangat jaga kucing tu,” kata Encik Andrew. Aditya berdehem. Benjo dalam pelukannya diusap-usap. Jeremy terus menghampiri Aditya, membaca surat khabar itu bersama-sama. Tajuk besar dimuka surat depan bertulis :

PENERAJU RICH CORPORATION CEDERA, LINDUNG KEKASIH SAMA JENIS

Ayat itu terbentang luas dihadapan  Aditya dan Jeremy. Kemudian, Encik Andrew mencapai remort lalu memasang tv dihadapan mereka. Siaran pertama yang terpampang ialah berita mengenai Aditya yang cuba melindungi seorang perempuan yang disalah anggap sebagai lelaki.
            “Macam mana…” Aditya hampir tidak terkata. Encik Andrew mematikan tv semula.
            “Seorang wartawan secara kebetulan lalu dikawasan itu masa kejadian tu berlaku, jadi apa yang kelihatan akan menjadi bahan bualan orang. Inilah jadinya bila Adi berkeras tidak mahu berkahwin,” kata Encik Andrew.
            “Ya, tapi papa tahu masalah Adi, bukan senang nak buang rasa takut ni. Dan mungkin tidak untuk selama-lamanya,” tegas Aditya. Jeremy sudah menepuk bahu temannya, menyuruh agar bertenang.
            “Papa dah muak dengan semua gosip-gosip ni, Adi. Adi cakap ini cuma sementara tapi gosip ni berlarutan sampai 6 tahun. Papa pun dah malu nak jumpa dengan kawan-kawan papa. Papa nak cakap yang sebenarnya pun, papa hormatkan Adi. Papa tahu Adi ada ego, tapi papa pun  ada. Tak boleh fikir pasal papa sikit pun? Mungkin ini tiba masanya Adi berdepan dengan ketakutan Adi. Papa pun nak cucu juga, papa pasti Eme pun nak anak buah, kan?” kata Encik Andrew. Jeremy mengangguk-angguk, menyokong bapa saudaranya itu.
            “Pa, kahwin bukan perkara muda. Kahwin sekali seumur hidup. Adi minta kita tunggu setahun lagi,” kata Aditya.
            “Tak, papa dah ada calon untuk Adi,” Aditya dan Jeremy tersentak. Sekeping envelop dikeluarkan dari kotnya lalu diletakkan atas meja.
            “Semua infomasi tentang bakal isteri Adi ada dalam tu,” kata Encik Andrew pula.
            “What? Mana boleh papa buat keputusan sendiri!”
            “Kenapa tidak? Adi anak papa, papa tahu apa yang papa buat untuk anak papa,” kata Encik Andrew. Aditya merengus. Jeremy mencapai envelop itu lalu mengeluarkan isinya. Makin lama helaian itu ditatap, makin membesar biji matanya.
            “Adi…ini…”

*****

            “HELLO!” sapa Tamara riang pada dua orang pengawal yang menjaga pintu wad Aditya. Kedua-dua lelaki itu menoleh tanpa membalas dengan senyuman.
            “Ingat saya lagi tak? Saya nak masuk boleh?” kata Tamara sambil mengangkat sebakul buah epal dihadapan dua orang pengawal itu. Nasib baiklah lelaki yang bernama Jeremy memberitahu Tamara bahawa dia boleh datang melawat bila-bila saja.
            “Tak boleh. Tuan ada pelawat sekarang,” kata pengawal itu.
            “Hm..tapi macam mana, kata Jeremy saya boleh masuk. Lagipun saya cuma nak hantar buah ni aja, bolehlah ya?” rayu Tamara. Kedua-dua pengawal itu saling berpandangan.

            “INIKAN gadis yang tolong kau kemarin? Macam dia boleh jadi calon isteri kau Adi?” soal Jeremy terkejut. Aditya tersedak air liurnya sendiri. Envelop ditangan Jeremy dirampas.
            How can this possibly happen?!” Aditya seakan menjerit setelah melihat gambar seseorang diatas kepala kertas.
            “Apa Eme kata tadi? Perempuan yang tolong Adi?” soal Encik Andrew. Jeremy mengangguk dengan muka innocent.
            “Ya, dia juga yang jumpa Benjo,” kata Jeremy. Aditya menyiku perut Jeremy.
            “Patutlah dia panggil aku big bos! Lupakan pasal tu, ni kenapa mesti dia?” Aditya masih tidak puas hati. Jeremy sudah mengusap-usap perutnya.
            “Dia boleh tolong kita, Adi. Tengok, kalau penampilan dia ni macam setiausaha papa, Adi dapat tahan tak? Untung penampilan dia macam ni. Lagipun papa nampak dia tu macam perempuan elok saja,”
            “Papa nampak?” soal Aditya dengan kening kiri diangkat.
            “Ya, papa ekori dia dalam dua hari ini,” Aditya sudah memicit-micit kepalanya. Mau mati aku macam ni.
            “Tapi cantik juga dia ni ya kalau ditengok betul-betul,” kata Jeremy sambil menelitih gambar gadis itu. Aditya mengambil semula kertas itu dari tangan Jeremy. 
            “Tamara Faye Asran. 24 tahun. Pekerjaan, dishwasher. Dishwasher? Orang cuci piring? Ada lagikah macam tu, bukan sekarang guna mesin?” kata Aditya seakan memandang rendah dengan pekerjaan Tamara.
            “Sekejap, dia kerja di Aroma Restaurant, jadi dia ni pekerja dibawah syarikat kita?”
            “Adi,” panggil Jeremy. Aditya terus saja kusyuk menelliti info itu.
            “Adi!” suaranya ditinggikan sedikit.
            “Apa?!” Aditya terus memandang Jeremy, melihat wajah Jeremy serius memandang kearah pintu membuatkan dia pelik. Terlompat dia apabila mengalihkan matanya kearah pintu wad. Terpacak tubuh Tamara dihadapannya.
            “Apa yang kamu cakap ni?” Encik Andrew berpaling ke belakang. Terkejut dia melihat Tamara berada disitu.
            “Kamu Tamara anak Asran kan? Mesti bapa kamu dah bagitau pasal perjanjian tu, kan?” tegur Encik Andrew. Tamara blur. Matanya berkerut seribu.
            “Pernanjian? Pak cik kenal bapa saya?” soal Tamara. Bagaimana bapanya boleh berkenalan dengan bapa kepada bekas bosnya?
            “Ya, dia kawan lama pak cik. Dan Tamara adalah bakal isteri Adi, anak pak cik,” kata Encik Andrew. Tamara semakin pelik. Gurauan jenis apa ni? Macam dalam rancangnan tv Just Laugh Gags?
            “Serisukah ni papa?” soal Aditya, masih tidak percaya.
            “Ya, bapa Tamara tak bagi tau? Sebab katanya dia akan balik untuk beritahu Tamara pasal ni,” Tamara hampir-hampir pitam. Jadi itu sebabnya bapa balik semalam? Dia tak bawa apa-apa sebab dia dah jual saya? Mata Tamara sudah berair.
            “Ya, kamu berdua akan berkahwin,” kata Encik Andrew. Mendengar perkataan kahwin sekali lagi membuatkan Tamara hampir hilang jasad. Bakul yang berisi buah epal terlepas dari tangannya. Bertabur biji epal itu diatas lantai. Serentak itu Tamara berlari keluar.
            “Tamara!” panggil Encik Andrew tapi dia terlambat Tamara sudah lenyap.
            “Pa, macam mana papa dengan kawan papa boleh buat kami macam ni? Dah jelas dia pun tak nak. Mungkin juga dia langsung tidak tahu pasal ni, papa tak nampak muka dia tadi?” kata Aditya. Sedikit kecewa dengan tindakan bapanya itu.
            “Bapa faham. Tapi cuba fikir baik-baik, Adi. Dengan mengahwini Tamara, kita boleh selesaikan masalah khabar-khabar angin yang tak baik tu. Lagipun papa dah buang 60 ribu untuk dapatkan perjanjian tu,” serta-merta kening Aditya berkerut.
            “Papa habiskan 60 ribu untuk dia? Papa tahu tak papa dah buat dia macam anak patung?” kata Aditya. Dia bukannya marah sebab bapanya melakukan Tamara seperti itu, dia tidak kenal pun siapa Tamara tapi disebabkan rasa kemanusiannya masih adalah dia tidak puas hati.  
            “Dia bukan anak patung, dia berharga untuk lunaskan hutang-hutang bapanya. Macam bunuh dua ekor burung dengan satu batulah. Papa bagi Adi masa untuk berfikirakan. Papa akan berbincang dengan dia nanti,” kata Encik Andrew lantas bengkit. Dia pun keluar tanpa menunggu jawapan Aditya.
            “Eme! Kau boleh percaya semua ni? Macam mana aku nak kahwin? Beritahu aku!” marah Aditya.
            “Aku harap aku boleh jawab soalan kau, Adi,” jawab Jeremy selamba. Bertambah sakit luka dikepala Aditya. Melayan kerenah bapanya yang suka buat keputusan sendiri ditambah lagi dengan sikap Jeremy yang selamba kura-kura. Nak terbuka jahitan dikepalanya. Nasib baik tengkoraknya tidak retak. Koyak sikit aja.
************************************************************* 
p/s: enjoy reading!

6 comments:

  1. Kebetulannya... diorg dua kena kahwin camtu.

    ReplyDelete
  2. adey....
    ttiba jer kena kawin...
    cian kat tamara...

    ReplyDelete
  3. VW > sbb tu tajuk kecil dia 'just laugh gags'..haha

    nursya > out of nowhere...Adi pun kesian jg :( :)

    WAS > thanks..on da way..hehe

    Moon > hehe..

    ReplyDelete
  4. sian tapi... lawakla!!!
    ahahaha
    tak sangka pulak jadi camni
    X)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.