Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

23 March, 2011

Love. 4 : My Husband-To-Be Is…


My Husband-To-Be Is…

            “HEI! Tengok jalanlah!” marah seorang pemuda apabila bahunya dilanggar Tamara. Tamara seperti tidak mendengar jerkahan itu, dia terus berjalan seperti orang hilang arah. Mukanya langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mungkin kalau dilanggar basikal, dia akan jatuh tapi bangkit balik. Hembusan nafasnya masih normal Cuma dia kelihat seperti orang yang tidak tahu apa-apa. Hilang tumpuan.
            “Tamara!” Tamara tersentak apabila terdengar seseorang memanggilnya. Tapi dia tidak tahu dari mana datangnya suara tersebut. Dia tercari-cari.
            “Tamara, sinilah!” kata suara itu lagi. Lantas Tamara menoleh ke belakang. Dahinya berkerut.
            “Edwin? Macam mana Edwin ada disini?” bisik Tamara, sementara dia melihat Edwin sedang berlari ke arahnya.
            “Kau buat apa dekat sini?” soal Edwin.
            “Dekat mana?” soal Tamara.
            “Lah, kau kan ada didepan restoran sekarang. Aku nampak kau dekat luar, so aku panggil lah kau. Kau datang nak serahkan surat perletakkan jawatan?” soal Edwin. Tamara mengerut kening lagi. Surat perletakan jawatan? Kenapa aku nak letak jawatan pula? Oh…ya, saya perlu letak jawatan. Nampaknya Tamara sudah mula mendapatakan memorinya sedikit demi sedikit. Wajahnya berubah muram.
            “Memandangkan kau dah ada disini, kita bincang lagi dengan  Madame Monica suruh pertimbangkan perletakkan jawatan kau, ya?” kata Edwin.
            “Apa gunanya…hidup saya tetap hancur walaupun saya jumpa Madame Monica,” kata Tamara lemah.
            “Kenapa kau cakap macam tu pula? Mari!” tangan Tamara terus disambar dan membawa Tamara masuk ke dapur melalui jalan belakang.

            BAM! Pintu bilik Madame Monica dirempuh dari luar. Segera Madame Monica bangkit. Tetamu Madame Monica juga terkejut. Nabis baik tetamu itu belum sempat menyentuh teanya. Ewdin terus menendang punggung Tamara, hampir terlanggar meja kecil dihadapannya itu.
            “Tamara?” terkejut Madame Monica. Tetamu itu pula terus berdiri sebaik saja melihat Tamara. Tamara kaget. Alamak! Bapa bos besar!
            “Tamara?” kata Encik Andrew. Madame Monica mengerut kening.
            “Tuan kenal dia?” soal Madame Monica.
            “Dialah gadis yang saya maksudkan tu,” Tamara menelan liur. Kali ini apa lagi? Madame Monica yang sedikit terpana itu cuba menenangkan dirinya.
            “Kalau begitu, saya tinggalkan Tuan dengan dia,” kata Madame Monica lantas beredar. Tamara kalut. Dia perlu pergi ke mana? Kiri, keluar? Encik Andrew sudah melangkah ke ruang tamu mini.
            “Duduk Tamara,” pelawa Encik Andrew. Pelan-pelan Tamara melabuh  punggung.
            “Pak cik minta maaf kalau dah buat Tamara terkejut, pak cik ingat papa Tamara dah bagitahu pasal perjanjian tu,” Tamara menghembus nafas kasar. Rupanya itu sebab bapa balik, tapi kenapa tak cakap apa-apa?
            “Macam mana pak cik kenal bapa saya?”
            “Kami kawan lama. Sama-sama sekolah dulu. Pak cik terserempak dengan dia tiga hari yang lalu,” Tamara tersenyum sinis.
            “Terserempak? Pak cik, sekarang bagi saya dah tiada perkataan kebetulan atau terserempak. Bagitau cerita yang sebenarnya, bapa saya cari pak cik kan?” soal Tamara. Encik Andrew mengeluh kecil.
            “Sebenarnya, ya. Asran jumpa dengan pak cik. Sebenarnya, selama ni Asran tak pernah datang berjumpa pak cik. Cuma kali ini, dia nampak pelik. Dan Asran ceritakan masalah dia dalam masa yang sama pak cik pun ada masalah jadi kami berdua buat perjanjian,”
            “Perjanjian apa yang pak cik dan bapa buat?”
            “Pak cik lunasakan hutang-hutang dia dan Tamara akan jadi isteri Adi, anak pak cik. Itu saja,” Tamara sudah menutup rapat matanya. Mereka memperlakukan dia seperti barang perdagangan pula.
            “Berapa hutang bapa, saya akan bayar pada pak cik,” kata Tamara. Pernahkah dia tahu berapa hutang sebenar bapanya?
            “60 ribu. Tamara boleh bayar?” soal Encik Andrew seakan mengejek. Tamara terdiam. 60 ribu? Macam mana saya nak dapatkan duit sebanyak itu?
            “Setuju sajalah, Tamara. Pak cik tahu, Tamara ada tanggungan lagi, kalau Tamara bertekad nak bayar macam mana dengan adik-adik Tamara?” Encik Andrew seakan memancing Tamara. Tamara tersentak.
            “Pak cik ugut saya?” Tamara sedikit sentap.
            “Tak. Pak cik tak ugut, itu kenyataan. Kalau Tamara menolak perjanjian tapi boleh membayar kesemua hutang bapa Tamara pada pak cik. Pak cik lepaskan Tamara. Tapi kalau Tamara menolak dan tak dapat memulangkan duit itu maka, polis terpaksa terlibat seperti yang tertera dalam kertas perjanjian,” Tamara menongkat tangan disofa. Hampir pitam dibuatnya apabila terdengar nama pihak polis.
            “Kenapa bapa sanggup buat macam ni? Apa salah saya sebenarnya, tak habis-habis menyusahakn saya,” Tamara tidak boleh menyembunyikan perasaannya lagi.
            “Tamara, tak baik macam tu. Asran bukan saja-saja nak buat perjanjian. Dia ceritakan semuanya pada pak cik hari itu. Katanya, kalau dia tak langsaikan hutang-hutang dia pada lintah darat tu, diorang akan cari anak-anak dia, maksudnya Tamara dan adik-adik Tamara. Dia tahu dia tak boleh lindungi keluarganya jadi dia datang jumpa pak cik minta tolong. Pak cik ada agenda pak cik sendiri sebab tu kami buat perjanjian,” Tamara diam. Dia tidak tahu apa yang dikatakan Encik Andrew itu betul atau tidak. Tapi apa gunanya dia menipu jika dia sudah habiskan beribu-ribu duit untuk satu perjanjian.
            “Apa yang saya dapat kalau saya berkahwin dengan anak pak cik? Saya dengar dia tu suka…”
            “Adi bukan seperti yang Tamara fikirkan, dia cuma fobia dengan perempuan,”
            “Macam mana pula dengan mamanya? Kalau dia fobia dengan perempuan macam mana dia nak berkomunikasi dengan mamanya”
            “Isteri pak cik dah lama meninggal,” Tamara segera menekup mulutnya.
            “Maaf!” pinta Tamara. Encik Andrew menggeleng.
            “Tapi, saya pun perempuan juga, macam mana tu?” Encik Andrew tersenyum.
            “Pak cik dengar Tamara yang selamatkan dia kemarin, betul? Sebaik saja Adi dekat dengan perempuan, dia akan jadi lemah dan badan dia terketar-ketar selepas itu dia akan pengsan,” jelas Encik Andrew. Tamara mengangguk-angguk Akhirnya dia faham.
            “Kenapa dia boleh fobia dengan perempuan?” soal Tamara. Tergelak Encik Andrew.
            “Kenapa tak tanya Adi sendiri since Tamara adalah bakal isteri Adi?” soalan itu membuatkan Tamara malu. Merah padam mukanya.
            “Jadi, Tamara dah setuju dengan perjanjian ni?”
            “Siapa cakap saya setuju,sebelum saya tahu apa agenda pak cik saya takkan bersetuju,” Tamara cepat balik ke sikap asalnya.
            “Okey, pak cik bagitau. Pak cik nak semua media massa lihat yang Adi bukan homo. Dengan mengumumkan bahawa Adi akan berkahwin, pak cik pasti tiada lagi gosip-gosip macam tu,”
            “Itu saja? Saya tak perlu keluar dimuka depan surat akhbar, kan? Saya cuma perlu jadi isteri atas kertas saja, kan?” soal Tamara. Encik Andrew mengangguk.
            “Sampai bila kontrak ni sah?” soal Tamara. Takkan dia perlu hidup dengan Aditya yang fobia dengan perempuan sedangkan dia adalah perempuan.
            “Sampai selama-lamanyalah. Kahwinkan hanya sekali,” kata Encik Andrew. Tamara menggeleng.
            “Ini bukan perkahwinan. Ini perjanjian. Saya tak boleh hidup selama-lamanya dengan anak pak cik, dan saya tahu anak pak cik pun mahu macam tu,” Encik Andrew berfikir sejenak.
            “Kalau begitu, setahun?” tersedak Tamara.
            “Setahun. Lama tu,”
            “Bayangkan, gaji Tamara sebulan di Restoran Aroma Rm1000. Setahun baru Tamara boleh kumpul 12 ribu. Belum termasuk nak tanggung yuran-yuran…”
            “Cukup, cukup, cukup!” Tamara mengaku kalah. Setahun pun setahunlah.
            “Okey, saya setuju tapi macam mana dengan anak pak cik?”
            “Pasal itu Tamara tidak perlu risau, pak cik boleh uruskan,”
            “Satu lagi, adik-adik saya macam mana?” bila memikirkan pasal adik-adiknya, wajah Tamara serta-merta berubah sedih.
            “Itu pun serahkan pada pak cik,” Tamara tersentak.
            “Pak cik, jangan pisahkan saya dengan adik-adik saya, saya sanggup buat apa saja asalkan adik-adik ada disisi saya. Tolonglah!” rayu Tamara sambil berlutut dihadapan Encik Andrew.
            “Tamara, bangun! Pak cik takkan pisahkan Tamara dengan adik-adik Tamara. Pak cik janji, pak cik tahu betapa pentingnya mereka pada Tamara. Tamara jangan risau,” Tamara kembali keatas sofa.
            “Pak cik, sila jaga saya!” kata Tamara sambil tertunduk dihadapan Encik Andrew.  

*****

            ADITYA memicit-micit belakang lehernya. Terasa hendak pengsan sekarang juga.
            “Pa, kepala Adi masih sakit. Boleh kita bincang esok?” kata Adi memberi alasan.
            “Ingat papa tak tahu tipu muslihat Adi. Adi nak lagi lagikan kalau papa datang esok?” kata Encik Andrew boleh membaca gerak-geri anaknya.
            “Papa ni…Adi dah cakap, Adi tak nak. Adi tak naklah,” lembut saja suara Adi menolak bapanya.
            “Perkara ni mudah saja Adi. Adi cuma perlu menandatangani borang pendaftaran perkahwinan dan umumkan pada media. Selesai. Tak perlu tinggal serumah, Adi takkan jumpa dia selepas itu lagi,” Aditya mengecilkan matanya.
            “Betul, itu saja?” Encik Andrew mengangguk.
            “Tamara pun dah setuju. Adi setuju?” soal Encik Andrew. Aditya berfikir sejenak.
            “Adi fikir-fikir dululah…”
            “Baiklah. Papa harap papa dapat dengar berita baik esok. Papa pergi dulu,” kata Encik Andrew. Awal-awal pagi lagi dia sudah terpacak di depan katil wad Aditya. Aditya turun dari katil dan mendekati Jeremy yang masih terlelap diatas sofa.
            “Oi! Oi!” panggil Aditya. Jeremy mengeliat.
            “Apa?” soalnya masih mamai.
            “Bangun. Aku ada hal nak cakap,”
            “Okey, bagi aku sejam lagi,” jawab Jeremy lalu tidur semula.
            “Eme!” panggil Aditya keras. Jeremy segera bangun. Bantal dipeluk, kepala memandang siling dan mata tetap tertutup. Aditya  duduk disebelah Jeremy.
            “Aku rasa, betul kata papa. Aku perlu kahwin,” kata Aditya.
            “Ha, baguslah tu. Apa? Kau nak kahwin?!” terjerit Jeremy mendengar keputusan mendadak sepupu sekaligus kawan baiknya itu. Aditya mengangguk perlahan.
            “Dah 6 tahun, Eme. Aku perlu lepaskan ‘dia’. Aku tau memang susah. Tapi kau akan tolong aku, kan?”
            “Kau pasti?” soal Jeremy seakan tidak percaya. Bukan dia tidak tahu masalah Aditya berhubung dengan perempuan. Semua dia tahu apa yang Adi pernah lalui sebab itu dia betul-betul terkejut apabila Aditya mengambil keputusan untuk mengahwini Tamara.
            “Okey. Aku akan sokong kau!” jawab Jeremy sambil menepuk belakang Aditya.  

4 comments:

  1. dia???
    oke tQ ntuk entri!!
    n smbung laju2 ye

    ReplyDelete
  2. Waaa~~Best tahap milky way....
    Gud job o-key...
    O-key sgt terrer dlm bab2 menyelitkan unsur2 saspen ni...
    =)

    p/s:sambung cepat tau..

    ReplyDelete
  3. sape dia?
    kaname senpai! Suka! :D

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.