Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 March, 2011

Love. 5 : Qualification To Be His Wife


Qualification To Be His Wife

            “KAKAK!!” marah Isabel sebaik saja dia terbangun dan jarum jam sudah melebihi nombor 7. Itu adalah kali pertama Isabel naik angin. Selimut terus diselak dan bergegas ke kamar mana, tidak sampai dua saat Isabel kembali lagi untuk mengejutkan Benjo. Nak harapkan kakaknya, takkan terbangun walau berjuta kali dikejutkan. Itulah salah satu kepelikan yang ada pada kakaknya. Apa bila dia sudah terbangun, tiada siapa yang boleh mengejutkan dia melainkan dia terbangun sendiri. Dan Tamara juga tidak perlukan alarm kerana dia boleh bangun pada masa yang dia tetapkan sendiri. Tapi kali ini, Tamara terlajak. Mungkin kerana kepalanya sarat dengan masalah sehinggakan otaknya tidak dapat menerima apa-apa input lagi. Pelik memang pelik. Tapi Isabel tidak boleh mengelak, dia sudah hidup hampir semuru hidupnya dengan Tamara.
            Pak! Kaki Tamara dipijak. Geram Isabel dengan sikap kakaknya itu. Melihat Tamara tidak memberi apa-apa reaksi, mau saja dia memijak balik namun apabila teringat dia sudah terlewat hendak ke sekolah. Dia batalkan niatkanya, tambahan lagi dia perlu menghantar Benjo ke Tabika Kemas.
            “Mari Benjo!” Isabel terus membawa Benjo, tapi Benjo pantas menarik tangannya dan berlari ke tubuh Tamara. Pipi kanan Tamara dikucup penuh kasih. Benjo tergelak. Isabel sekadar memerhati. Benjo memaut semula tangan Isabel dan mereka pun keluar beriringan.  

8.30 am.

            MATA Tamara membulat memandang siling. Kepalanya segera dipalingkan ke kiri. Isabel tiada. Kanan, Benjo juga sudah tiada. Kemudian, jam lonceng di atas meja kecil dipandang. Terlopong mulutnya melihat jarum jam itu. Dia segera bangkit.
            “Mampus, mampus! Mesti Bel marah habis ni!” Tamara kalut. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik. Tiba-tiba dia berhenti. Teringat sesuatu. Alamak! Kedua-dua tangan memegang kepala seolah-olah kepalanya itu hendak tercabut. Dia teringat yang dia diterima kerja lagi kemarin disebabkan Encik Andrew. Dan dia sangat pasti semalam, dia sudah melakukan perkara yang paling memalukan didepan Isabel. Disebabkan terlalu gembira diterima kerja semula dia menari-nari dihadapan Isabel.

            “Kakak kerja balik~, kakak kerja balik~,” berpusing-pusing Tamara dihadapan Isabel dan Benjo. Lagak seperti seorang penari Ballet. Isabel dan Benjo saling berpandangan sejenak kemudian mengalihkan pandangan mereka pula dihadapan meja. Kuih-muih yang dibeli Tamara lebih banyak dari kebiasaan. Berbaris kuih-muih atas meja.
            Sebaik teringat semula yang dia akan berkahwin tidak lama lagi, Tamara terus berhenti berpusing dan rebah atas lantai. Kedua-dua tangan menongkat ke lantai. Isabel pelik. Ada apa dengan kakak saya sebenarnya? Soalan itu terpendam dalam hati. Isabel jenis yang tidak suka bertanya, dia lebih suka kalau orang itu sendiri yang meluahkan sesuatu kepadanya.
            “Bel…kakak sedih~” kata Tamara. Isabel mengangkat kening. Tamara merangkak mendekati Benjo. Benjo dibawa ke riba.
            “Kakak nak begitau sesuatu,” katanya pula.
            “Ada apa kakak?” soal Benjo.
            “Benjo, Benjo nak tak jadi putera kakak macam dalam buku cerita dongeng yang selalau kakak ceritakan pada Benjo?”
            Benjo mengangguk-angguk. “Nak, nak, nak! Kakak nak Benjo jadi apa? Jadi Putera Philips?” kata Benjo excited.
            “Tak…Putera Philips tugas dia Cuma untuk bangunkan puteri dia aja,”
            “Kalau begitu, Prince Charming la. Sebab kalau Benjo jadi Prince Charming, Benjo boleh bawa kakak lari dari mama tiri dan kakak-kakak tiri kakak,” kata Benjo. Wajah Tamara berubah sayu. Itu sama saja dengan masalah yang dihadapinya. Cinderella berkahwin dengan putera dan dia pun terlepas dari keluarga tirinya. Sama juga dengan Tamara. Kalau dia mengahwini Aditya, dia dapat melarikan diri dari masalahnya. Tapi betulkah begitu?
            “Wahhhh! Kakak nak Benjo jadi Prince Charming la!” tubuh Benjo dipeluk erat-erat. Isabel yang melihat keintiman mereka itu berdehem. Tamara terdiam.
            “Benjo ada kerja rumah tak?”
            “Ada,”
            “Pegi buat, jangan lupa bawa kuih ni sekali,” kata Tamara. Sengaja menghantar Benjo ke bilik, alasan buat kerja rumah. Benjo menurut tanpa membantah.
            “Kenapa?” soal Isabel, seakan memahami apa yang bermain dijiwa Tamara. Serentak itu Tamara memeluk Isabel dan mula menangis. Isabel mengerut kening. Ini bukan sikap kakak, walaupun dia menangis dia tidak akan menitiskan air mata tapi kali ini bahunya terasa basah. Perlahan-lahan Isabel mengusap belakang Tamara.
            “Kakak akan kahwin tak lama lagi,” lauh Tamara.
            “Dengan?” soal Isabel, tiada riak terkejut diwajahnya. Tamara meleraikan pelukan. Mukanya kelihatan marah.
            “Kenapa Bel selalu bersikap dingin dengan kakak? Kenapa Bel tak risau bila kakak cakap kakak akan kahwin tak lama lagi?” marah Tamara. Isabel diam. Riaknya masih sama. Dia ni hanya ada satu muka, kah?
            “Sebab Bel tahu apa saja keputusan kakak, itu adalah terbaik. Sebab Bel tau, kakak takkan tinggalkan kami walauapapun,” jawab Isabel. Tamara mengesat air matanya.
            “Jadi kenapa Bel tak terkejut? Muka sama aja?”
            “Bel terkejut. Tapi nak buat macam mana, dah muka Bel macam ni,” jawab Isabel selamba. Tamara tergelak.
            “Bel ni, luculah!”
            “Tapi kak, kahwin sekali saja seumur hidup. Kakak boleh buat?” kata Isabel. Tamara tergamam. Soalan yang sama dia pernah lontarkan kepada Encik Andrew. Masa itu dia tidak mempunyai apa-apa perasaan, tapi apabila melihat mata serius Isabel, tiba-tiba dia berasa gelisah.
“Kakak tak tahulah. Bagi kakak, ni bukan perkahwinan, tapi perjanjian. Kontrak. Lepas semua ni berlalu, kakak akan bebas, kita akan bebas,” jawab Tamara.
“Kalau begitu, Bel dengan Benjo ada disisi kakak,” kata Isabel. Tamara menekup bibirnya, tubuhnya sudah menggigil menahan ketawa. Tak sesuai langsung Isabel berdrama. Dengan muka serius tanpa emosi mengatakan yang dia ada disisi Tamara, Tamara pun terus hilang feeling.
“Jadi siapa bakal suami kakak?” soal Isabel, tidak menghiraukan kakaknya. Tamara berrehat seketika. Tegang pipinya ketawa. Dia menghembus nafas sebelum menceritakan hal itu dari A hingga Z.  

*****

            ADITYA sudah dibenarkan keluar dari hospital. Nasib baik kecederaan dikepalanya tidak bertambah teruk disebabkan bapanya. Jeremy kelihatan sedang berlari kearahnya sebaik saja dia melangkah keluar.
            “Adi, wartawan banyak dekat bawah. Kita tunggu 10 minit lagi, aku dah call security protection,” kata Jeremy. Jeremy adalah setiausaha peribadi dan juga penasihat kepada Aditya. Apa-apa masalah, dia akan berhubung dengan Jeremy. Pendek kata Jeremy adalah ‘kekasihnya’ yang perlu berkepit 24/7. Kecuali kejadian yang menimpah Aditya. Itu dikecualikan kerana ia melibatkan Benjo. Kucing kesayangannya yang ditemuinya didalam kotak dua tahun yang lalu.
            Aditya menyarungkan lather jacket warna hitam itu ke tubuhnya. Setelah Jeremy mendapat panggilan bahawa semua pengawal keselamatan yang diupah sudah bersedia dibawah, mereka pun beredar.
            Berpusu-pusu wartawan dari perlbagai agency menyerbu Aditya, nasib baik ada pengawal keselamatan yang menjadi dinding agar Aditya dan Jeremy tidak ditarik oleh mereka. Perlbagai soalan yang dilontarkan namun Aditya langsung tidak tergerak hati untuk menjawab. Mereka memasuki sebuah van hitam yang sedang menunggu dihadapan hospital.  

           
            SEKALI Jeremy melangkah masuk dalam Restoran Aroma, semua pelanggan menoleh kearahnya seperti ada tarikan manget. Memang diakui, Jeremy adalah lelaki yang mempunyai daya tarikan. Kemana saja dia pergi, dia mesti menjadi tumpuan ramai. Jeremy menghampiri kaunter.
            “Encik Jeremy!” terkejut Aila, pekerja di ruang reception.
            “Boleh panggilkan Cik Tamara? Dia kerja disini, kan?” kata Jeremy. Wajah Aila berubah kelat.
            “Dia memang pekerja disini, tapi sekarang tidak lagi. Dia dah letak jawatan dua hari lalu,” dahi Jeremy berkerut.
            “Letak jawatan? I thought…sekejap!” kata Jeremy lantas menjauhi Aila. Nombor Encik Andrew dihubungi.
            “Uncle, kata Tamara kerja sini? Tapi kata diorang dia dah letak jawatan,” lapor Jeremy segera sebaik saja Encik Andrew menjawab panggilannya.
            “Memang, tapi dia dah kerja balik, uncle sarankan Eme jumpa dengan Monica. Dia yang tahu semuanya,”
            “Oh, okeylah kalau macam tu,” talian dimatikan. Jeremy kembali ke tempat Aila.
            “Madame Monica ada?” tanyanya. Aila segera menekan butang intercom untuk menghubungi Madame Monica.
            “Puan, Encik Jeremy ada disini. DIa ingin berjumpa dengan puan,” kata Aila. Kemudian dia memandang Jeremy. “Encik boleh masuk,” katanya sambil meletakkan gagang. Jeremy hanya tersenyum tanda terima kasih lalu dia pun beredar menuju ke bilik Madame Monica. Dalam perjalanan dia terdegar derap langkah yang bertubi-tubi dari hadapannya.
            “Lambat, lambat, lambat!” bertubi-tubi perkataan itu dikeluargan. Kelihatan pemilik suara itu sedang tergesa-gesa masuk ke bilik persalinan. Jeremy tersenyum. Kalut betullah perempuan ni.
            “Tamara!” panggil Jeremy. Terlepas kunci ditangan Tamara dek terkejut.
            “Jeremy! Opss! Sorry, Encik Jeremy,” Tamara membetulkan panggilannya memandangkan dia masih pekerja bawahan Jeremy. Kunci dibawah kaki dipungut.
            “Hari ini awak tak perlu masuk kerja sebab awak akan jumpa dengan Adi,” kata Jeremy terus ke isi utama. Tidak sempat Tamara menghilangkan rasa terkejutnya, satu lagi kejutan datang.
            “Tapi saya baru mula kerja lepas dibuang kerja. Saya takut Madame marah,” Tamara seakan memberi alasan. Jeremy menggeleng.
            “Jangan buat alasan!” kata Jeremy lantas memheret Tamara masuk ke pejabat Madame Monica.
            “Madame, boleh saya pinjam dia sekejap. Bos besar nak jumpa,” sebaik saja dia membuka pintu, dia terus meluahkan permintaannya tanpa mengambil kisah sama ada madame Monica punya tetamu atau tiada. Madame Monica menanggalkan cermin matanya.
            “Jeremy, apa yang pernah saya ajar dulu? Ketuk pintu sebelum masuk!” marahnya. Jeremy mengiggit bibir.
            “Sorry, tapi ini urusan penting. Lepas ni madame boleh suruh Tamara overtime, okey? Pergi dulu!” pintu terus ditutup tanpa sempat Madame Monica menjawab.

            “BERANINYA encik buat madame macam tu,” kata Tamara seakan kagum dengan sikap yang Jeremy tunjukkan sebentar tadi. Jeremy tergelak. Handbrake ditarik ditolak ke bawah dan kereta itu mula keluar dari perkarangan restoran.
            “Hey, panggil saja Jeremy atau nak manja sikit lagi, Eme,” kata Jeremy. Hampir termuntah Tamara dibuatnya.
            “Jeremy sajalah,” katanya. Jeremy tersenyum nipis.
            “Hm, kenapa big bos nak jumpa? Dia dah setuju pasal kontrak tu?”
            “Awak akan tahu nanti. Pakai seat belt, pegang kuat-kuat sebab Adi cuma bagi saya masa 15 minit saja untuk menjemput awak dari restoran,”
            “Oh, okey!” Vroom! Belum sempat Tamara berpaut, Jeremy sudah menekan minyak. Hampir terhantuk kepalanya di dashboard kereta.

*****

            “EME!” hampir terlompat isi perut Aditya melihat Jeremy yang pucat seperti Joker, penjahat dalam Batman Begins. Rambutnya berselerak seperti baru saja dicakar oleh kucing. Tamara pula muncul dari belakangnya. Berpakaian kemeja lusuh dan seluar jean berlubang dilutut. Muka pucat juga tapi tangan menggigil dengan banyak bulu seakan rambut ditangannya. Sejurus itu tawa Aditya pecah. Terguling-guling dia atas sofa. Jeremy menghembus nafas, kasar. Dipandang Tamara yang masih pucat seperti tadi. Adakah patut dia berteriak sambil mencarik-carik rambut saya? Kelajuan 120km/j pun nak takut. Habis rambut kesayangaan saya!
            “Dahlah tu!” tegur Jeremy, merah padam mukanya melihat Aditya teresak-esak ketawa.
            “Aduh~~ kamu buat apa tadi?” soal Aditya.
            “Datang sinilah. Aku nak pergi tandas kejap,” kata Jeremy. Tapi Aditya pantas menidakkan.
            “Sebelum kau pergi, biar aku test kejap,” katanya lantas berdiri. Dia memandang Tamara takut-takut. Tamara pula sudah menelan liur. Apa dia nak buat kali ini? Kalau buat perangai macam Jeremy, saya takkan segan-segan jadi catwoman disini!
            “Awak jangan gerak!” arah Aditya. Tubuh Tamara menjadi kaku. Langkah demi langkah diatur menghampiri Tamara. Dia berhenti setelah berada tiga tapak kehadapan. Bermakna ada 5 langkah lagi baru tiba dihadapan Tamara. Dia cuba merasa degup jantungnya. Masih lagi berada diparas normal. Sementara Tamara sudah mula kalut. Kenapa saya boleh rasa macam ni?
            Aditya menyambung langkahnya semula. Setapak sehinggalah ke tapak yang kelima. Dia berjaya mengawal dirinya daripada pengsan. Tamara pula sudah menutup mata. Takut.
            “Well done! Awak lulus test yang pertama,” kata Aditya sambil bertepuk tangan lalu kembali ditempat asalnya. Tamara mengerut kening. Pelik dan pelik.
            “Dah kan? Sekarang boleh aku pergi tandas?” kata Jeremy. Sepanjang perjalan orang memandang dia dengan dahi berkerut. Hilang ke-macho-annya.
            “Okey. Kalau orang tanya kenapa dengan rambut kau, jawab kau jumpa catwoman tadi,” ejek Aditya. Jeremy mendengus lantas beredar. Aditya memandang Tamara.
            “Sini!” Aditya tersenyum sambil menepuk-nepuk sofa disebelahnya. Tamara menurut.
            “Kenapa nak jumpa ditempat macam ni?” soal Tamara.
            “Sebab senang, bangunan ni milik saya,” jawab Aditya, tiada niat pun ingin meninggi diri. Tamara mendengus kecil.
            “Jadi saya dah lulus ujian pertama? Macam mana dengan ujian kedua pula?” soal Tamara. Aditya mengetuk-ngetuk bibir bawah.
            “Seduce me!” arah Aditya. Berkerut dahi Tamara.
            “Awak dah gila? Kita belum kahwin lagi!” tempelek Tamara. Aditya tergelak.
            “Hey, kita bukan kahwin betul-betul pun. Dan awak kena ingat. Saya fobia dengan perempuan. Tapi dengan awak ada pelik sikit sebab itu saya perlu uji awak. Boleh?” kata Aditya dengan cara baik-baik.
            “Tapi, macam mana nak seduce? Saya tak tahu,”
            “Macam mana, saya pun tak tahu juga. Saya tak pernah seduce orang,” kata Aditya.
            “Kalau begitu kita tak perlu buat ujian. Tandatangan saja kontrak tu, sudah. Selesai!” Tamara memeluk tubuh. Perangai Aditya sangat berbeza hari ini berbanding hari pertama dia bertemu Aditya di restoran.  
            “Okey, okey!” kata Aditya. Sebungkus envelop dalam briefcase-nya dikeluarkan.
            “Pasal hari tu, saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya. Awak betul-betul berani!” puji Aditya. Tamara menggeleng.
            “Macam mana awak jumpa saya?” soal Aditya sambil mengeluarkan surat perjanjian itu dan diletakkan diatas meja.
            “Sebab kucing tu, kucing tu nampak pelik jadi saya ikut dia. Terus saya nampaklah big bos kena serang,” cerita Tamara.
            “So semua ni jasa Benjolah! Benjo memang bijak!”
            “Benjo? Nama adik saya,” kata Tamara sambil mengukir senyuman. Aditya hampir-hampir terpesona. Tapi segera dia melarikan fikiran-fikiran yang merosakkan itu.
            “Okey, tandatangan disini,” arah Aditya. Siapkanya berubah serius. Kertas perjanjian itu ditolak kearah Tamara.
            “Lepas awak dah tandatangan kontrak ni, awak sudah selesai,” kata Aditya.
            “So maksudnya, kita tak jumpa lagi lepas ni?” soal Tamara pula. Cuma inginkan kepastian saja.
            “Ya, lainlah kalau awak nak jumpa saya. Tapi saya sibuk,” kata Aditya bersahaja. Tamara tergelak. Macam aku nak jumpa dia!
            “Okey. Kira lepas semua ni, kita tak perlu jumpa dan berhubung lagi, kan? Big bos kena pegang janji bos!” kata Tamara lantas mencapai pen Aditya dan menurunkan tandatangnnya keatas kertas itu.
             
************************************************** 
P/S: please, enjoy your reading!

8 comments:

  1. wahh diorg akan kawin.. xsabar nk tunggu entry seterusnya.. hehe

    ReplyDelete
  2. heheee... comelnya dorang, okie.

    ReplyDelete
  3. wahaha..ada lak Adi suruh Tamara seduce dia..wahaha...sakit perut dh sbb gelak kuat sgt...

    ReplyDelete
  4. sweet jer tamara ngn adi nie..
    adi nie br kena penangan senyuman si tamara da kemaruk..
    blm kena goda ngn tamara lg tuh...
    da cair da...

    ReplyDelete
  5. kepada Nursya, ada award untuk anda. sila ambil dari link ni ya :)

    http://powerfullspell.blogspot.com/p/blogger-award.html

    ReplyDelete
  6. to nukse, VW, Moon dan Izzy > thanks for the comment. Hehe..sebab tu saya pun mula suka dgn Adi. Unpredictable!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.