Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 March, 2011

Love. 6 : Sympathy For The Flower Boy

 Sympathy For The Flower Boy


            BERLAINAN dari hari sebelumnya, selepas dua minggu dia menandatangani kontrak perjanjian, dia Tamara bangun lebih awal dari sebelum-sebelum ini walaupun dia berkerja overtime. Dengan senang hati dia menuju ke kamar mandi. Selesai itu dia menuju pula ke dapur, menyiapkan sarapan dan bekalan untuk adik-adik tersayang.
            Apabila jam sudah menunjukkan 5.30am, dia terus mengejutkan Benjo dan Isabel. Memandangkan hari ini adalah hari jumaat, dia memberi kelongaran untuk Isabel tidur lebih sikit. Selalunya, dia akan membangunkan Isabel tepat jam 5 untuk menelah pelajaran selama 30 minit.
            “Kakak nampak gembira hari ni, kenapa?” soal Isabel sambil menyuapkan secubit bread dimulutnya. Tamara tersenyum.
            “Sebab kakak sangat pasti yang kakak takkan berjumpa lagi dengan big bos aka suami kakak tu sampai kontrak kami tamat,” Tamara tergelak. Betul-betul senang hati.
“Jangan gembira sangat, baru dua minggu,” kata Isabel membuatkan Tamara terus memuncung.
            “Bel ni macam menyumpak kakak pula!” marahnya. Tiba-tiba terasa lengan bajunya ditarik-tarik. Dia memandang kea rah Benjo.
            “Apa?”
            “Siapa suami kakak?” soal Benjo.
            “Benjolah!” kata Tamara sambil senyuman ditarik sehingga ke telinga. “Okey, kalau dah siap kita jalan sekarang?” kata Tamara pula. Dia mula mengemas mangkuk dan gelas-gelas diatas meja. Isabel sudah mencapai beg.
            “Tolong pakaikan Benjo kasut,” pinta Tamara pada Isabel. Isabel pun mamuat tangan Benjo ke rak kasut.
            Selepas menghantar Benjo dan Isabel ke sekolah masing-masing dia terus menuju ke restoran Aroma.


SEBELUM Tamara masuk ke bilik persalinan, Aila yang bertugas di Reception bertemunya dan menyampaikan sesuatu padanya.
            “Apahal madam nak jumpa saya pagi-pagi?” Tamara mengumam sendiri apabila Aila sudah jauh darinya. Dia berharap Madame Monica berjumpanya bukan kerana perjanjian itu. Dia berhenti 5 saat dihadapan pintu bilik Madame Monica sebelum mengetuk. Tiba-tiba gemuruh pula. Selepas mendapat kebenaran untuk masuk, dia pun menguak pintu.
            Serentak itu, tetamu Madame Monica berdiri dari kerusi. Seorang perempuan dengan haruman yang cukup mempersonakan. Rambut keemas-emasan sama seperti Madame Monica. Barangkali anaknya. Semasa berselisih, wanita itu langsung tidak memandangnya.
            “Masuklah,” pelawa Madame Monica. Tamara terus melangkah dan melabuhkan punggung.
            “Ada apa…”
            “Saya minta Tamara jangan mendekati Jeremy. Saya tahu Tamara ada perjanjian dengan Tuan dan Tuan muda Aditya, tapi saya harap Tamara jangan dekat dengan Jeremy,” potong Madam Monica. Hilang kerutan didahi Tamara. Ingatkan pasal pekerjaannya, itu saja beres. Dia boleh buat.
            “Okey!” jawab Tamara ringkas. Dengan muka senang hati lagi. Madam Monica pelik.
            “Itu saja?” soal Tamara pula.
            “Ah, ya. Itu saja,”
            “Kalau begitu, izinkan saya keluar,” kata Tamara lantas bangkit dan beredar. Langsung tiada difikirannya untuk bertanya kenapa Madam Monica melarangnya untuk mendekati Jeremy. Ah! Asalkan saya tidak dibuang kerja, sudah!

            TAMARA mencari-cari tempat yang teduh untuk menjamah makanan tengah harinya. Satu masa sudah pun berlalu, kau hebat Tamara! Pujinya diri sendiri. Dia duduk dibawah pohon yang tumbuh dibelakang Restouran Aroma.
            Baru saja dia ingin membuka tutup kontena, Edwin sudah terpekik-pekik memanggil namanya. Tamara mendengus. Tak boleh tengok orang senang!
            “Apa?” laung Tamara.
            “Marilah sini, dengan kami! Kau selalu makan sorang-sorang, ikut aku jom!” kata Edwin. Bukan Tamara tidak mahu bergaul dengan mereka tapi mereka terlalu bising sehingga makan pun dia tidak tenang, takut liur-liur berharga mereka itu terpecik dimakanannya. Dia lebih suka beresndirian tenang dan damai.
            “Tamara, kau dengar tak?” soal Edwin lagi apabila Tamara tidak memberi respon.
            “Yalah, yalah!” Tamara akhirnya bersetuju. Bekal dibawa masuk ke dalam.
            “Kau ni, aku dah kata…aku…tak…su…” perlahan-lahan suara Tamara mati apabila matanya menangkap bunyi dan gambar didalam tv. Dia kenal lelaki-lelaki yang sedang bersidang itu. Aditya, Encik Andrew dan Jeremy! Berita itu mengenai perkahwinan mendadak Aditya, seluruh wartawan dari Negara ini datang bersidang, tidak ketinggalan juga wartawan dari luar Negara. Semua dikejutkan dengan pengumuman itu.
            “Kenapa Encik Aditya mengambil keputusan untuk berkahwin?” salah satu soalan yang sempat ditangkap oleh Tamara di kaca Tv.
            “Sebab sudah tiba masanya untuk saya berkahwin. Kenapa kamu tidak mahu saya berkahwin?” Aditya berselorh dalam tv.
            “Tetapi banyak media mengatakan bahawa Encik Aditya adalah seorang ‘gay’, bagaimana Encik Aditya boleh tiba-tiba berkahwin?” soal mereka lagi. Semua pekerja-pekerja restoran yang sedang berehat itu cukup khyusuk memandang tv. Sama sepertinya. Cuma Edwin yang melambai-lambai dihadapan muka Tamara tapi Tamara tidak memberi sebarang respon.
            “Itu kata media, saya tidak pernah mengumumkan bahawa saya gay dan tidak ingin berkahwin. Saya cuma mengatakan saya belum ingin berkahwin,” jawab Aditya sambil menekankan ayat ‘belum’. Personalitinya seratus peratus berubah. Kali ini Aditya lebih tenang dan berhati-hati menjawab soalan.
            “Sejak bila Encik Aditya ada berfikiran untuk berkahwin?” soal seorang wartawan lagi. Semua wartawan dalam dewan itu rata-rata adalah lelaki kerana wartawan eprempuan dilarang untuk masuk ataupun tidak dijemput hadir ke siding itu.
            “Dua minggu yang lalu,” jawab Aditya.
            “Itu adalah bersamaan Encik Aditya kemalangan, adakah orang yang Encik selamatkan itu bakal ‘isteri’ encik?” teragak-agak wartawan itu melepaskan ayat isteri. Aditya tergelak.
            “Berkenan isu kemalangan itu, saya tidak ingin bangkitkan lagi. Tapi saya ingin memberi satu kepastian pada kamu semua, orang yang saya selamatkan hari itu adalah seorang perempuan,” terbeliak mata Tamara, suasana dibilik rehat itu pun sudah heboh sebaik saja Aditya memberitahu jantina orang yang diselamatkannya.
            “Dan, dia adalah bakal isteri saya,” bergegar dinding bilik rehat itu apabila semua golongan hawa berteriak tidak boleh menerima hakikat. Walaupun Aditya fobia dengan perempuan, tidak bererti tiada perempuan yang menginginkan dia. ¾ dari kalangan pekerja wanita di restoran itu meminati Aditya.
            “Bila tarikh perkahwinan encik Aditya? Saya dikhabarkan encik sudah mendaftarkan perkahwinan anda di JPN,”
            “Itu saya tidak boleh beritahu. Next question!
            “Saya masih tidak percaya lagi dengan perkahwinan encik Aditya. Selama 6 tahun encik senyap, dan tiba-tiba mahu bersidang. Bukankan itu seperti sebuah gimik? Ataupun encik Aditya sebenarnya adalah ‘gay’? Encik mengumumkan perkahwinan encik supaya encik boleh terlepas dari gosip-gosip yang mengatakan encik ‘gay’, betul?” salah seorang wartawan berani mengemukakan soalan itu. Agak tersentak Aditya, Encik Andrew dan juga Jeremy. Soalan yang agak berat untuk dijawab. Tapi nasib baiklah Encik Andrew bersuara, melindungi Aditya.
            Dipenghujung sidang akhbar itu, mereka dikejutkan lagi apabila sekumpulan lelaki membawa sepanduk bertulis ayat-ayat penghinaan dan menjerit-jerit menyuruh Aditya masuk neraka. Perit juga hati Tamara melihat penghinaan itu. Tidak patut mereka memperlakukan Aditya seperti itu. Mereka kejam! Tapi melihat Aditya yang dikelilingi dengan wartawan dan masih bersikap tenang, Tamara terus berfikir. Berat lagi bahu yang memikul.
            Tidak lama selepas dia menghampiri van, tiba-tiba dua biji telur busuk melayang tepat dikepala Aditya. Nasib baik pengawal-pengawal keselamatan itu cepat bertindak, menghalang lelaki-lelaki tunjuk perasaan itu daripada membaling lebih banyak telur busuk, kalau tidak mereka semua berlumuran dengan telur termasuk para wartawan yang tidak serik mengekori Aditya.
            Hampir menitis air mata Tamara menonton penyeksaan itu. Kesian Adi. Sementara dia, masih bersenang-lenang tanpa gangguan. Sedangkan dia masih terlibat dengan Aditya. Tamara tiba-tiba rasa bersalah.

            “JADI kakak nak pergi jumpa dia?” soal Isabel apabila Tamara mengutarakan keinginannya ada Isabel.
            “Eya, bila difikirkan balik. Kakak dengan dia sama-sama menandatangani perjanjian itu, secara tidak langsung saya masih sebahagian dari masalah tu,” jawab Tamara.
            “Suka hati kakaklah. Apa-apa jawapan Bel pun, kakak tetap ikut pilihan kakak. Cuma  Bel nasihatkan jangan terlalu cepat bersimpati, itu kelemahan kakak,” kata Isabel, sekadar memperingatkan Tamara.
            “Kakak tahu. Kakak pergi dululah, ya?” Tamara pun bangkit. Isabel hanya mengangguk. Memandangkan hari itu adalah hari ahad, Isabel boleh menjaga Benjo seharian. Sebelum beredar, sempat dia mengucup Benjo yang sedang bermain dengan carayonnya.
            Nasib baiklah dia meminta alamat rumah Aditya selepas sidang akhbar itu. Dua hari dia mengambil masa untuk mempertimbangkan samada datang ke rumah Aditya atau tidak. Sebenarnya dia cuma perlukan sesorang untuk memberi pendapat.

            SETELAH sejam dalam perjalanan, Tamara pun berhenti disebatang jalan yang sunyi, kawasan sekelilinginya ditutupi dengan pokok-pokok. Jauh dari bandar, jauh dari kawasan perumahan. Dihadapan jalan itu pula ada pengawal. Bererti kawasan itu sudah dimilik dan hanya pemiliknya saja yang dibenarkan untuk melintas. Selepas membayar Tamara pun keluar. Pengawal itu dihampiri.
            “Ini kawasan residence encik Andrew?” tanya Tamara.
            “Eya, cik ni siapa? Cik tidak dibenarkan masuk tanpa pass,” jawab pengawal itu.
            “Saya Tamara, saya takda pass. Tapi encik boleh menghubungi Encik Jeremy, dia tahu siapa saya,” kata Tamara. Kedua-dua pengawal itu saling berpandangan sebelum salah seorang dari mereka menghubungi Jeremy.
            “Cik boleh masuk,” kata mereka. Serta-merta penghalang jalan itu naik keatas. Tamara pun masuk.
            Lama dia berjalan menyusuri jalan nan sebatang itu barulah dia ternampak sebuah rumah bangle berwarna putih dengan bumbung coklat. Persekitaran rumah itu boleh dikatakan besarnya sebesar stadium bird nest yang terletak di Beijing.
            Sebuah garaj, sebuah green house, sebuah taman permainan dan juga sebuah kolam renang. Tidak lupa pada rumah putih yang tidak normal besarnya. Kini barulah dia tahu, kenapa Aditya layak untuk berlagak. Kerana dia mempunyai segala-galanya. Kalau tiada, buat apa mahu berlagak.
            “TAMARA! Selamat datang. Berani juga Tamara datang seorang diri,” tiba-tiba Jeremy muncul dikaki lima. Hampir terlompat isi perutnya dek terkejut.
            “Maaflah datang tak bagitahu, saya menganggukah?” soal Tamara.
            “Eh, Tak! Mungkin Tamara boleh membantu. Jomlah masuk!” ajak Jeremy. Tamara menurut. Hampir tidak terkata dia selepas menjejakkan kaki diperut rumah itu. Luas dan besar, semua perabot tersusun dengan teratur, cermin-cermin dan lantainya berkilat-kilat. Silingnya tinggi manampakkan lagi betapa luasnya banglo itu.
            “Boleh awak masak, tak?” minta Jeremy.
            “Masak? Kenapa? Kamu belum makan?” 
            “Saya dah, Adi yang belum. Saya percaya, awak dah tengok berita, kan? Awak tahu apa yang terjadi. Adi dalam bilik, berkurung. Sejak sidang akhbar tu dia tertekan sangat. Saya takut dia nak bunuh diri,” kata Jeremy takut dengan sikap Aditya. Bukan sekali dua Aditya tertekan seperti itu, kejadian pada hari mereka bersidang itu terlalu menekan Aditya.
            “Takdalah sampai macam tu,” Tamara menyedapkan hati Jeremy dan juga hatinya sendiri. “Saya perlu masak apa?” katanya pula.
            “Mari, saya tunjukkan resepinya,” Jeremy membawa Tamara ke dapur. Sekeping kertas yang melekat dipeti sejuk ditujukkan pada Tamara.
            “Ini adalah bubur kesukaan Adi. Asal dia tertekan dia akan demand bubur ni. Kalau bukan bubur ni, dia taknak,” Tamara mencapai resepi tersebut.
            “Jadi sebelum ni, siapa yang buatkan?”
            “Uncle Andrew,” jawab Jeremy. Baru Tamara ingat, Aditya juga sama sepertinya, tidak beribu.
            “Ini saja yang dia nak?”
            “Ermm… cuma…”
            “Cuma apa?” dahi Tamara sudah berkerut.

****************************************************************** 
p/s: pendek sj n3 kali ni, kan? anyway, enjoy reading!

9 comments:

  1. ngeee kesiannya Adi..
    arap2 Tamara dpt, ringankan sket beban Adi nnt..
    huhuhuhu

    tQ ntuk n3 ni ^^

    ReplyDelete
  2. siannya Adi :( Sokong ckp WAS..moga2 Tamara blh tlg dia :)

    ReplyDelete
  3. ssh jgk kalo terlampau kaya n terlampau berpengaruh ni kan.. hidup x aman.. huhu smbg lg k..

    ReplyDelete
  4. 'Cuma....'
    apa ya??x sabar nk bca next n3...
    BTW Okie...thumps up...

    ReplyDelete
  5. sambung3
    nak tau pe jadi pasni
    Tara akan baik ngan Adi, kan?
    :D

    ReplyDelete
  6. thanks for the comment guys :)

    to Hana > Tara mmg baik dgn Adi...hehe

    ReplyDelete
  7. ala...
    jahat la okie nie...
    tgh sdp2 mhayati ttiba jer da abis..
    sedey tau..
    huk huk huk..

    ReplyDelete
  8. wah best la..smbng cepat2..dh x sbar2 nk bce...kesian tengOk kt adi

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.