Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

30 March, 2011

Substance 12 : The Conversation

The Conversation
         
            AURA kaku, mulutnya ternganga besar, matanya tidak berhenti berkelip seolah-olah dia baru saja berjumpa dengan seekor pari-pari. Kedua-dua beg yang dipangguhnya dibahu kiri dan kanan pantas terjatuh dari ke simen. Sekolah besar bak istana rasa itu ditenung seakan ingin menelannya.
            Leon yang terdengar bunyi terjatuh itu segera menoleh ke belakang. Matanya berkerut, bukan pelik tapi marah kerana begnya itu dibiarkan atas simen yang kotor. Dia meluruh pantas ke arah Aura.
            “Wei!” bahu Aura ditolak kasar. Aura segera terkejut.
            “Kau kenapa? Beg aku tu sampai bila kau nak biarkan atas tanah? Aku nak kau cuci sampai bersih!” arah Leon. Aura pula mengerut kening. Seperti dia tidak tahu apa yangs edang Leon katakan. Seketika kemudian barulah dia tersedar, bahunya sudah ringan sedikit rupanya beg yang disandang sudah terjatuh atas tanah. Aura mendengus lantas mengangkat semula beg-beg itu.
            “Beg sendiri pun tak boleh angkat!” rungut Aura perlahan namun sempat ke telinga Leon.
            “Apa kau cakap?” Aura segera menggleng lantas berlalu meningglkan Leon.
            Selepas melangkah masuk ke dalam pintu gerbang sekolah, dia terus menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang berlalu-lalang di sekitar kawasan itu.
            Tidak semena-mena, tiga orang gadis dari jauh kelihatan sedang berlari menuju ke arahnya sambil memegang payung. Aura terpinga. Dalam fikirannya adakah gadis-gadis itu ingin memukulnya dengan payung tersebut? Aura terus melepaskan beg-beg itu sekali lagi lalu memasang kuda-kuda. Setakat 3 orang aku boleh bereskan! Bisik hatinya. Namun sangkaannya meleset, ketiga-tiga gadis itu tidak menyerangnya malah langsung tidak memandangnya sekilas pun. Aura menoleh ke belakang. Berebut-rebut gadis itu ingin memayungkan Leon. Rahang Aura jatuh. Leon tersenyum manis, mungkin suka akan sambutan gadis-gadis itu.
            “Tidak perlu, hari ini aku nak rasa kehangatan pagi ini,” kata Leon. Aura buat-buat aksi ingin termuntah. Leon yang ternampak kelakuan Aura itu segera mendekati.
            “Kau nak muntah?” soal Leon.  Senyuman Aura pantas lesap. Ketiga-tiga gadis tadi mendekati Leon lantas memandang tajam ke arahnya.
            “Berani perempuan ni jejakkan kaki ke sekolah lagi? Tak serik-serik lagikah?” soal gadis yang berdiri disebelah kiri Leon. Berstokin panjang melebihi paras lutut dan skirnya pula pendek mengalahkan model. Aura mengerut kening sambil memancari nametag gadis itu. Darinna. Nama yang cantik tapi mulut berbisa. Aura tidak menjawab. Dia hanya membisu sambil melihat pelajar sekelilingnya sudah mula memberikan pandangan yang tajam ada juga yang menyampah.
            “Kau sedar tak kehadiran kau disini tidak dialu-alukan? Lebih baik kau berambus sekarang!” arah gadis yang berada disebelah Darinna pula. Namanya Reddy. Aura memandang Leon. Tiba-tiba Leon malangkah ke sebelah Aura.
            “Tak! Dia takkan keluar dari sekolah ni sebab mulai sekarang dia akan jadi hamba abdi aku,” kata Leon. Terbeliak mata Aura mendengar penyataan Leon. Hamba abdi? Aura lantas mendengus lalu menolak kasar tubuh Leon. Perbuatan Aura itu membuatkan para pelajar terkejut.
            “Hamba? Kau tak cakap apa-apa pun sebelum ni?” soal Aura lantang. Leon tersenyum sinis. Tidak semena-mena, kolar baju Aura dipaut, terangkat tubuh Aura mendekati tubuh Leon. Aura kaget. Tiba-tiba dia merasa ada aura yang menakutkan menyelubunginya.
            “Kau sekarang berada dibawah jelajahan aku, kau takada hak nak buat apa-apa!” kata Leon lantas melepaskan kolar Aura. Aura terdiam, kakinya sedikit menggeletar. Pandangan mata Leon tadi benar-benar melekat dikepalanya, seperti lelaki itu mahu saja membunuhnya disitu saat itu juga.
            “Padan dengan muka!” peril Darinna.
            “Tuan Muda, kalau macam tu dia ni boleh jadi hamba abdi kami juga?” soal Colley dengan suara gedik. Leon tersenyum.
            “Tak. Dia milik aku seorang saja. Kalau nak cari orang lain,” kata Leon dalam keadaan tersenyum. Plastik! Getus hati Aura.
            “Kau, aku dah kata beg ni mahal! Angkat dan ikut aku!” bentak Leon membuatkan Aura tersentak. Seperti orang yang dipukau, spontan tangannya mencapai kedua-buah beg yang berada atas tanah. Langkahnya terus membuntuti Leon. Darinna, Reddy dan Colley memandang pemergian Leon dan Aura dengan pandangan tajam.
            Dalam perjalan, Aura berfikir. Senang sangat dia mematuhi perintah Leon, seperti robot. Agaknya aku dah dijampi-jampi oleh Lion king ni?

*****

            “AURA!” sekumpulan perempuan meluru kearah Aqua sebaik saja mereka menapak ke dalam restoran. Terpinga-pinga Aqua menyambut kedatangan mereka. Lemas tubuhnya apabila dihimpat oleh 9 orang perempuan. Encik Zurdi, Puan Newlina dan Alfa hanya tersenyum melihat suasana itu.
            “Hey,hey, hey! Korang lupakah, Aura kan baru keluar dari hospital, korang himpit-himpit dia macam tu, lemas dia nanti!” marah FA sebaik melihat wajah Aqua yang kelihatan tidak selesa. Serta-merta mereka meleraikan pelukan dan memberi sedikit ruang untuk Aqua bernafas. Aqua tersenyum nipis. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan, perlukah dia membalas pelukan mereka satu-persatu atau berteriak seperti mereka tadi? Dia tidak pernah dikerumni banyak kawan sebelum ini, jadi dia tidak tahu bagaimana untuk bersosial.
            “Sorry! Kami happy sangat jumpa kau, sebab tu tak boleh control,” kata Rozie.
            “Ah’ah..sorry hari tu kami tak dapat datang sebab ada perlawanan peringkat negeri. Kami nak balik sangat tapi kata FA, hanya dia yang akan balik,” terang Jaz. Seorang gadis berambut panjang, lurus dan hitam berkilat.
            “Kau tak marahkan?” kata Rozie. Aqua pantas mengeleng.
            “Tak,” katanya. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi dan janggal. Aqua pelik. Encik Zurdi yang mula menyedari suasana ingin bertukar janggal dia terus mempelawa mereka duduk.
            “Ah, duduk, duduk! Uncle siapkan hidangan untuk kamu. FA, Aura, mari tolong papa,” kata Encik Zurdi. Gadis-gadis itu pun mengambil tempat manakala FA dan Aqua membuntutinya.
            “Macam mana sekarang?” bisik Encik Zurdi sebaik saja mereka ke dalam dapur. FA sudah menggaru-garu kepalanya.
            “Kau dah study ke profile diorang semalam yang aku bagi?” soal FA. Aqua mengangguk.
            “Kau boleh ingat tak nama-nama diorang semua?” Aqua mengangguk lagi. FA mengeluh lega.
            “Baguslah kalau macam tu, sekarang aku nak kau perhatikan gelagat-gelagat diorang supaya kau lebih selesa nanti, okey tak?” kata FA lagi seakan meminta.
            “Eya, okey!’ jawab Aqua walaupun dia kurang pasti dengan apa yang bakal terjadi nanti.
            “Kalau macam tu, aku pergi ke sana dulu,” FA pun balik ke tempat kawan-kawannya berkumpul. Aqua mengeluh kecil. Hujung apron dimain-main.
            “Aqua, jangan menegluh. Ini bukan selama-lamanya. Sekejap lagi keadaan akan menjadi seperti biasa. Percayalah,” kata Encik Zurdi seakan cuba menyedapkan hati Aqua. Aqua sekadar mengangguk. Kemudian dia tersenyum.
            “Kita nak buat apa?” soalnya pula.
            “Kita nak buat spaghetti. Tolong keluarkan mee dari peti sejuk,” arah Encik Zurdi lantas menuju ke singki. Aqua bergerak pantas.

            “SEDAPNYA!” puji Jaz sambil mengusap perutnya yang sedikit buncit akibat terlalu makan banyak tadi.
            “Sejak bila kau pandai memasak, eh?” soal Rozie pula. Turut kagum dengan rasa masakan spaghetti itu. Aqua hanya ketawa kecil sambil menemani mereka berjalan ke pintu keluar.
            “Takdalah, saya tolong papa saja. Bukan saya yang masak,” jawab Aqua.
            “Okeylah, terima kasih untuk makanan sedap tu. Cakap dengan uncle ya?” kata Rozie sebagai wakil kepada mereka untuk mengucapkan terima kasih. Aqua hanya mengangguk sambil tersenyum. Mereka sudah melangkah beransur dari kedai itu. Aqua melambai-lambai sehinggalah kawan-kawannya itu hilang dari pandangan matanya. Selepas itu dia pun masuk semula ke dalam.
            Aqua melabuh punggung lantas mengeluh kecil. Nasib baiklah kawan-kawannya tidak mengesyaki apa-apa perubahan dalam dirinya. Nasib baik FA ada untuk tolong saya kalau tak…
            “Oi!”
            “Kalau tak dalama diorang perasaan!” Aqua yang sekadar bermonolong dalam hati terkeluar dari mulutnya dek kejutan seseorang dari belakang. Pantas Aqua memegang dadanya. Dia mendongak keatas.
            “Dave, terkejut saya!” kata Aqua seakan marah. Dave tersenyum panjang lalu duduk dihadapan Aqua.
            “Apa yang diorang perasaan?” soal Dave. Aqua mengerut kening.
            “Apa?” soal Aqua pula. Semua yang difikirkannya sebentar tadi terbang dari kotak kepalanya disebabkan sergahan Dave.
            “Tadi yang kau cakap tulah. ‘kalau tak, dah dalam diorang perasaan’,” Dave mengajuk semula ayat Aqua tadi.
            “Oh..takdah la. Takda apa-apa,” jawab Aqua bersahaja.
            “So, bila kau nak start masuk kelas?” soal Dave.
            “Huh? Masuk kelas?” Aqua seperti baru tersedar. Dave mengangguk. “Er..esok?” jawab Aqua.
            “Okey, aku datang ni sebenarnya nak bagi buku-buku ni, memandangkan kau dah banyak ketinggalan pelajaran,” kata Dave sambil membawa begnya dibelakang ke atas meja lalu mengeluarkan beberapa buku latihan. Aqua mengambil buku-buku itu, satu-satu dibelek.
            “Kita satu kelaskah?” soal Aqua tanpa sedar. Dave mengerut kening.
            “Ya, takkan kau dah lupa kot,” Aqua tersenyum kelas. Bukan lupa, tapi tak tahu.
            “Taklah, by the way thanks. Kau memang baik,” puji Aqua. Dave tersenyum. Beg dikemas semula.
            “Dave…” panggil Aqua perlahan.
            “Em?” jawab Dave seperti menyahut panggil insane tersayang. Lembut saja suaranya.
            “Kenapa kau tinggalkan saya hari tu?” soal Aqua. Riak Dave berubah. Dia diam seketika. Tak tahu nak jawab apa.
            “Boleh tak aku tak jawab soalan tu? Belum tiba masanya untuk aku jawab soalan kau, boleh kan?”
            “Oh, okey!” jawab Aqua, terima saja walapun hatinya sudah melonjak-lonjak ingin tahu. Dave tiba-tiba bangkit.
            “Kau nak pergi mana?” soal Aqua. Takkan dia marah saya, kot? Fikirnya pula.
            “Aku perlu balik. Aku datang nak bagi buku nota saja,” kata Dave. Aqua berdiri.
            “Kau marah saya tanya soalan tu?”
            “Takk…aku tak marah. Cuma, aku perlu masa untuk jawab soalan kau tu. Jangan salah faham,” kata Dave. Sesekali dia mula perasaan akan perubahan sikap temannya itu.
            “Aku balik dulu,” kata Dave lalu beredar. Sebelum melangkah sempat dia menepuk kepala Aqua.

*****

            “ARGHH!!” kertas ditangannya direnyuk-renyukkan. Geram dengan sikap Leon yang berlagak seperti rajanya. Sudahlah dia dipulaukan sejak pagi tadi. Tiada siapa pun yang sudi mendekatinya. Adalah beberapa orang yang mahu berbual dengannya tapi tidak berani ingin mendekati. Geram juga Aura dibuatnya.
            “Hoi!” tiba-tiba ada suara perempuan menjerit dibelakangnya. Aura merapatkan matanya. Baru beberapa saat dia berjauhan dengan Leon, datang lagi seorang penganggu ketenteraman hidupnya. Aura bangkit mendadak.
            “Kau escape!” jerit eprempuan itu lagi. Aura tersentak. Kot merah, maksudnya pengawas. Mati! Tidak semena-mena, Aura terus memecut dari bawah pokok itu. Tidak sempat pengawas perempuan itu mengejarnya Aura sudah hilang di selekoh bangunan sekolah. Pengawas itu mendengus lalu beredar. Namun, dia sudah mengingati bentuk muka Aura jadi dia tidak akan ragu-ragu melaporkan kepada Ketua Persatuan Pelajar.
            Dalam tergesa-gesa Aura berlari, dia tidak perasaan pun ada seseorang dihadapannya menyebabkan tubuh mereka bertembung dan masing-masing rebah atas simen.
            “Kau buta, kah?!” bentak Leon. Aura terkejut. Alamak! Dialah pula.
            “Sorry, kau taka pa-apa?” soal Aura sambil cuba memberi huluran. Tanagn Aura ditapis kasar. Leon mendengus sambil bangkit. Buku-buku atas lantai dibiarkan bertabur.
            “Pungut buku-buku ni!” arahnya. Aura mengeluh. Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau! Aura menurut tanpa banyak soal. Sesudah Aura memungut semua buku-buku itu, diberikan pula pada Leon. Leon buat muka bengis. Apa lagi ni?
            “Bawa, ikut aku!” katanya lantas melangkah. Aura seperti terkunci bibirnya, sukar untuk melawan. Akhirnya dia menurut juga.
            “Kau lari dari siapa tadi?” soal Leon masuk saja mereka dalam bilik persidangan ketua-ketua pelajar. Aura meletakkan
            “Dari pengawas,” jawab Aura pendek. Leon melabuh punggung dikerusinya.
            “Duduk, aku ada benda nak cakap,” kata Leon, sejenak nadanya suaranya menjadi lembut. Aura menurut.
            “Kau kenal perempuan ni?” soal Leon sambil meletakkan sekeping gambar diatas meja. Aura berdiri lalu mencapai foto itu. Aura menelan liur. Matanya sudah terbeliak melihat wajah yang terpampang didepan matanya. Ini..gambar aku!
            “Dari mana…”
            “Jawab soal aku, kau kenal perempuan ni?” pintas Leon. Aura terpinga-pinga. Satu ayat pun tidak terkeluar dari mulutnya.
            “Siapa dia?” soal Leon lagi. Keadaan itu seakan mendesak Aura. Kemudian Leon bangkit mendekati Aura yang kaku. Aura menelan liur. Macam mana dia boleh gambar aku? Tunggu! Aura seperti perasaan akan sesuatu berkenaan gambar itu. Lokasi dalam gambar itu seperti biasa baginya. Itu, jalan ke sekolah aku!
            “Dari mana kau dapat gambar ni?” soal Aura, terluah juga soalannya.
            “Aku tak suruh kau soal aku balik. Aku suruh kau jawab!” kata Leon keras.
            “Dia…dia tu…”
            “Okey, kalau kau taknak jawab, aku pergi sendiri ke tempat tu lagi,” putus Leon, seakan berputus asa apabila Aura tidak memberikan jawapan yang dicarinya. Aura tersentak pantas dia memaut lengan Leon.
            “Jangan!” kata Aura seakan terjerit. Leon menarik tangannya kasar.
            “Dia kembar kau?” Aura pantas menggeleng.
            “Jadi kenapa muka kamu hampir seiras?”
            “Aku tak tahu,”
            “Kalau begitu kita pergi, aku nak tahu juga!” kata Leon.
            “Jangan!” halang Aura semula. Leon sudah fade-up. Dia mendegus kasar.
            “Jangan, jangan! Kau takda hak nak halang aku,” marahnya.
            “Aku ceritakan semua pada kau, tapi jangan pergi lagi ke tempat tu,” kata Aura. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia menceritakan situasinya itu pada Leon. Daripada Leon pergi menemui dirinya diseberang sana, lagi banyak masalah yang timbul.
            “Okey, start talking!” kata Leon lalu kembali ke tempatnya, begitu juga Aura. Sebelum memulakan cerita, Aura menyedut nafas panjang-panjang cuba menenangkan dirinya. Aqua, maafkan aku, aku tak dapat simpan rahsia ni dari dia.

Beberapa minit kemudian…

            HA-HA-HA…Ketawa Leon kedengaran kejam sesudah Aura selesai bercerita. Aura sudah mengerut kening.
            “Apa kau nak buat?” soal Aura segera terhidu niat jahat Leon. Bukan dia tidak tahu, lelaki dihadapannya ini sangat-sangat kejam. Orang pertama yang membuatkand ia takut hingga kecut perut.
            “Jadi yang dalam tu bukan Aqua?” soal Leon. Aura mengangguk. “Patutlah kau berani sangat nak lawan aku!” kata Leon pula.
            “Memandangkan kau tahu aku bukan Aqua, aku nak kau lepaskan aku. Aku taknak jadi hamba kau!” berani Aura menuturkan ayat itu. Leon sudah menjeling tajam. Dia bangkit lalu duduk dimeja hadapan Aura. Tapak tangan dihentak atas meja membuatkan bahu Aura tercuit kecil dek terkejut.
            “Sampai kau mati pun aku takkan lepaskan kau, kau faham?” lembut saja suara Leon tapi mampu mengetarkan hati Aura.
            “Apa kau nak huh? AKu belum pernah lagi jumpa orang sekejam kau tahu tak,” Aura terus melenting. Leon tersenyum, manis tapi menakutkan.
            “Sekaranglah masanya kau patut jumpa orang kejam macam aku, sebab lepas ni kau takkan jumpa mana-mana orang kejam selain aku,” Aura mendengus.
            “Kau memang nak kena, kau ingat kau lelaki aku takut dengan kau?! Aku yang selamatkan kau dulu, kau tahu tak? Orang tak kenang…” bum! Leon terus beridi lalu merebahkan tubuh Aura keatas meja, kedua-dua tangan Aura ditekan ke meja. Tiada lagi ruang untuk Aura bergerak. Kakinya kebas.
            “Apa kau nak buat, huh?!” marah Aura sambil cuba melepaskan tangannya. Tajam mata Leon menikam anak matanya. Aura cuba memberikan diri untuk membalas renungan tajam Leon itu tapi entah kenapa, dia tidak boleh. Mungkin kerana wajah mereka tinggal 3 inci lagi jaraknya membuatkan dia seolah-olah lemah.
            “Jangan ingat kau perempuan, aku takut nak apa-apa kan kau. Ingat, aku ada semua rahsia kau!” kata Leon dicuping telinga Aura. Aura menoleh ke kiri, menjarakkan telinganya yang sudah panas dan merah bak biji saga.
            “Cakaplah, ingat orang akan percaya?” balas Aura tanpa memadang depan. Leon sinis lantas melepaskan Aura. Dia melangkah tiga tapak ke belakang.
            “Kau cabar aku? Kau ingat orang tak tahu sikap sebenar Aqua yang penakut? Aqua tu pengecut, dan kau pula berani menentang aku. Ingat orang takkan perasaan semua tu?”
            “Hei, kau jangan…” ayat Aura segera mati apabila Leon melanggkah setapak kehadapan. Mungkin takut dirinya diapa-apakan semula.
            “Kau tak percaya? Aku boleh bawa Aqua datang ke sekolah ni,” tersentak Aura. Dia ni, memang kejam!
            “Apa kau nak buat?” Leon hanya tersenyum sinis mendengar soalan Aura, perlahan-lahan Leon mengundur dan menuju ke pintu. Aura terpinga-pinga mengejar Leon.
            “Jangan! Okey, okey…aku takkan berani lawan kau lagi. Jangan bawa Aqua datang sini!” rayu Aura sambil memaut lengan Leon. Leon menapis kasar lalu menoleh ke belakang.
            “Relaklah…aku Cuma nak jumpa dia saja, aku nak tunjukkan pada kau yang aku boleh buat apa saja asalkan aku dapat apa yang aku nak,” ujar Leon tenang. Aura semakin takut apabila Leon sudah melangkah jauh. Aura kaku, lututnya sudah bergetar hebat. Aqua maafkan aku, aku tak dapat lindungi identiti kita! Air mata Aura sudah jatuh ke pipi.


note : Dear Nursya, kamu ada award, kalau sudi terima boleh ambil dekat link ni :) [link]
***************************************************
p/s: mana2 kesalahan ejaan nnti tlg bg tau ya, ini baru draf..enjoy reading!

16 comments:

  1. eii...geramnya!!!!
    sian aura..hurm...

    ReplyDelete
  2. geram la ngan Leon tu
    berbaik jelah ngan Aura n' Aqua
    X(

    ReplyDelete
  3. huh mmg kejam giler la si leon nie..
    ingtkan dia nk time kasih kat aqua..
    tp len lak jd nyer..
    cian aqua ngn aura..
    huhuhu...

    ReplyDelete
  4. "Berstokin panjang melebihi paras lutut dan skirnya pula pendek mengalahkan model. Aura mengerut kening sambil memancari nametag gadis itu"
    "Tiba-tiba Leon malangkah ke sebelah Aura."

    okie byk typing error la...
    skirt jd skir..
    mencari da jd memancari...
    melangkah da jd malangkah...
    hihihi...

    p/s: sori xtau camner komen td leh terpost byk kali lak..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. haha..okey2..thank you nursya..nanti sy edit :)

    ReplyDelete
  6. rase cum nak kentot je kat muke leon tu!

    ReplyDelete
  7. okie...sambunglah cerita ni cepat ya.. saya suka sangat dengan entry H2O ni.. :)

    ReplyDelete
  8. smbung larh cpt...
    part yg best nie..
    cian kat aura..jhat btol si leon tu..
    huhuhuh

    ReplyDelete
  9. ble nk smbung???dh lama trgntung...

    ReplyDelete
  10. sambungla cepat..syok nie..
    huhu..

    ReplyDelete
  11. okie...cte ni da dibukukan kan???

    ReplyDelete
  12. bila nak sambung nie???? lamanyew tunggu next n3 huhuhu...

    ReplyDelete
  13. bile nk post ni tlg lah cpt cket

    ReplyDelete
  14. bila nak sambung cta ni??...lama dah cita ni xda sambungan.....

    ReplyDelete
  15. dah xda smbngan ka..??

    ReplyDelete
  16. dah xda smbngan ka..??

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.