Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 April, 2011

Love.8 : Water and Stone


Water and Stone

            SEPERTI kebiasaan Tamara akan bangun lebih awal daripada adik-adiknya itupun kalau dia tidak terlajak. Sekali dia terlajak, tiada siapa yang mampu mengejutkan dia lagi walaupun jam lonceng berdering melekat ditelinganya, tunggulah gempa bumi pun dia tidak akan bangun. Mungkinkah Tamara bercita-cita hendak menjadi Puteri Aurora seperti dalam cerita dongeng Sleeping Beauty? Sungguh lucu jika dia ingin menjadi Puteri Aurora, mungkin Isabel lebih layak.
Selepas menghantar Isabel dan Benjo ke sekolah masing-masing dia kembali ke rumah untuk menghabiskan kerjanya sebelum menuju ke tempat kerja. Sudah menjadi rutin hariannya untuk menghantar Isabel dan Benjo lagipun jarak diantara sekolah adik-adiknya tidaklah jauh sangat. Kira-kira 2km sahaja.
            Tiba-tiba langkahnya mati apabila melihat sebuah kereta mewah berwarna merah terpakir dihadapan rumah. Pelik, hanya Jeremy yang pernah datang ke rumahnya itu pun dengan kereta warna kuning. Ah, mungkin dia tukar kereta. Diakan kaya. Tamara terus berlari mendapatkan kereta itu.
            “Hai Jerr….” Ayatnya terhenti apabila mendapati lelaki yang sedang bersandar dihadapan kereta itu bukan Jeremy tapi bos besarnya, Aditya.
            “Jeremy takda, kita perlu berbincang,” kata Aditya. Tamara mengerut kening.
            “Saya tak nak bincang dengan awak!” Tamara memeluk tubuh. Aditya mendengus kecil.
            “Okeylah, pasal kemarin tu saya minta maaf. Saya tak tahu awak yang masak bubur tu,” kata Aditya. Dia sedar yang dia sudah melakukan kesalahan kemarin dan dia patut minta maaf. Selepas mendengar kata maaf dari Aditya, hati Tamara terus lembut.
            “Ehm! Awak nak bincang pasal apa?” tapi suaranya masih lagi kasar. Berpura-pura menyembunyikan perasaan sebenarnya.
            “Pasal perkahwinan kita, awak pasti awak nak tolong?” soal Aditya. Bukan dia tidak percaya cuma dia takut Tamara akan mengubah fikirannya pada saat-saat akhir.
            “Ya, saya nak tolong. Jadi apa yang saya perlu buat sekarang?”
            “Okey, kalau itu keputusan awak. Dengan balasan, saya akan belikan awak rumah,” kata Aditya. Tersentap hati Tamara mendengar ayat akhir Aditya tadi. Belikan saya rumah? Tamara menggeleng, nampaknya Aditya tidak faham maksudnya.
            “Apa maksud awak ‘dengan balasan’, awak ingat saya tolong kamu sebab nak balasan?” soal Tamara, suaranya sudah sedikit pecah.
            “Bukankah itu yang awak nak? Lagipun, kalau awak tolong saya, saya pun tolong awak juga. Bukan begitu?” Tamara sudah mengetap bibir.
            “Pergi dari sini! Pergi!” tengking Tamara tiba-tiba, terkejut Aditya.
            “Kenapa ni? Saya cakap benda salah lagikah?” soal Aditya tidak faham dengan perubahan mendadak sikap Tamara itu. Wajah merah padam Tamara dipandang, nampaknya Tamara betul-betul marah. Saya buat salah apa lagi kali ni?
            “Apa yang awak fikir? Awak ingat saya nak tolong sebab saya nak balasan? Saya benci orang macam awak! Pergi dari sini!” bentak Tamara lagi lantas berlari masuk ke dalam rumah. Sementara Aditya sudah terpinga-pinga melayan sikap Tamara. Aditya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            Tapi dia tetap melangkah menuju ke pintu. Dengan hati-hati dia memijak papan rapuh itu, takut tiba-tiba runtuh dengan berat badannya yang hampir 70kg itu. Pintu diketuk.
            “Tara, keluar dulu. Kita belum habis bincang lagi. Tara!”
            “Jangan panggil saya Tara. Awak bukan siapa-siapa!” terkejut Aditya apabila Tamara tiba-tiba menjerit kuat. Macam mana ni, belum jadi isteri dah susah nak pujuk. Dah la saya tak pernah pujuk perempuan. Aditya mengeluh lemah.
            “Okey, saya takkan panggil awak Tara. Puas hati? Sekarang boleh keluar tak?”
            “Saya dah kata, pergi dari sini. Saya benci orang macam awak. Awak tak faham, saya ikhlas nak bantu dan saya tak harap apa-apa balasan dari kamu. Saya tak nak jumpa awak lagi!” kata Tamara. Aditya sudah menggigit bibir. Degil betullah budak ni.
            “Kenapa awak tak nak? Saya tengok awak betul-betul perlukan rumah, saya pun sudi tolong awak juga. Takkan itu pun tak boleh,” kata Aditya. Tiba-tiba pintu itu terkuak kasar, terundur Aditya beberapa tapak ke belakang. Serentak itu…buzz! Habis basah tubuh Aditya dek disiram dengan sebeldi air sejuk. Aditya tergamam. Matanya tidak berkelip memandang mata Tamara yang sudah merah. Penglihatannya tidak berapa jelas tika itu kerana matanya dikaburi dengan air.
            “Pergi sebelum saya buat sesuatu yang lebih teruk lagi!” marah tamara lantas menutup semula pintu rumah. Berdegug dinding itu. Aditya meraup mukanya, rambunya dikuak ke belakang.
            “Aku tak faham perempuan!” kata Aditya sepatah lantas berlalu ke keretanya.

            TAMARA terduduk dengan mata yang sudah basah. Dia mengesat kasar air matanya. Orang kaya memang takkan faham maksud keikhlasan! Marah Tamara dalam hati. Seketika kemudian, dia terdengar bunyi deruan engin kereta. Cepat-cepat Tamara berdiri lalu mengintip dicelah jendela kecil didinding rumahnya.
            “Kejam sangatkah saya tadi?” kata Tamara, tiba-tiba dia rasa menyesal pula sudah berkelakuan seperti itu pada Aditya. Tapi, dia tetap salah. Dia tak faham, saya buat semua ni sebab nak tolong saja bukan nak minta apa-apa balasan! Nak belikan rumah pula, isu sensitif tu! Walaupun rumah kami nak runtuh dengan hanya sekali tumbuk, saya tetap takkan terima. Walaupun dia nak ganti dengan rumah besar seperti rumahnya, saya tetap takkan keluar dari rumah ni!
            Tamara duduk seketika. Cuba menenangkan dirinya. Kenapa kau emosi sangat Tara? Kenapa kau tak boleh kawal perasan kau? Ini tak baik tahu tak! Hati Tamara seperti cuba menenangkan perasaannya.

*****

            “HEI, Tamara. Madam Monica nak jumpa!” kata Auni sebiak saja Tamara selesai mencuci piring-piring terakhir untuk hari ini. Tamara terus membuka apronnya dan menuju ke bilik Madam Monica. Entah, sejak kebelakang ni selalu saja dia keluar masuk di pejabat bosnya.
            “Ada apa madam?” soal Tamara sambil mendekati meja Madam Monica. Selepas menerima pelawan untuk duduk, Tamara melabuh punggung.
            “Saya tahu kerja ni penting untuk Tamara, tapi dengan situasi Tamara sekarang adalah lebih baik kalau Tamara letak jawatan. Maafkan saya, sebagai pengarah restoran ni saya nak yang terbaik samada pekerja saya ataupun restoran ni. Saya harap kamu faham,” kata Madam Monica sekali hembus.
            “Aa..apa? Boleh Madam ulang lagi?” Tamara pasti dia dengar dengan jelas tapi kenapa dia seperti tidak mendengar sepenuhnya.
            “Saya cakap, saya nak Tamara letak jawatan atau saya pecat Tamara. Tamara buat pilihan,” kata Madam Monica lagi. Kali ini cukup jelas sehingga menjentik gegendang telinganya.
            “Tapi…kata pak cik Andrew…”
            “Saya tidak kisah pasal Tuan Andrew, saya tahu dia bos saya, tapi restoran ini dibawah arahan saya sekarang. Hari itu saya cuma tiada pilihan lain, sekarang kamu selalu keluar awal dan saya taknak itu akan mempengaruhi pekerja disini Kamu taknak pekerja lain tahu kamu bakal berkahwin, kan? Lagipun, kamu akan jadi isteri Tuan Muda tidak lama lagi, kamu takkan kerja disini buat selama-lamanya, kamu faham tak?”  Tamara seperti baru disimbar air apabila terdengar Madam Monica menyebut Tuan Muda atau lebih dikenali sebagai Aditya. Dia teringat bagaimana dia melayan Aditya pagi tadi. Adakah Aditya ingin membalas dendam? Saya perlu minta maaf!
            “Tak, madam  bagi saya sedikit masa. Saya akan betulkan semuanya. Saya janji!” kata Tamara panik lantas berdiri dan segera beredar.

*****

            PINTU kelas 5 Sains diketuk. Guru yang sedang memberi penerangan terpaksa menunda P&P buat seketika.
            “Ada orang nak berjumpa dengan Cik Isabel,” kata pengawal itu. Isabel terus berdiri meminta kebenaran untuk keluar dari kelas. Terkejut Isabel apabila melihat Tamara berada diluar kelasnya dengan wajah cemas.
            “Kenapa kak?”
            “Walauapapun yang terjadi maafkan kakak Bel, tapi untuk hari ni percaya dengan kakak. Tolong ambil Benjo nanti ya, kakak akan pulang lewat hari ni!” kata Tamara. Terpinga-pinga Isabel mendengar kata-kata kakaknya.
            “Nanti! Ada apa sebenarnya?” soal Isabel turut ikut cemas.
            “Nanti kakak bagitau, Bel masuklah dulu. Kakak dah lambat ni,” kata Tamara pula sambil menolak tubuh Isabel untuk masuk ke dalam. Tidak sempat Isabel bertanya lagi, Tamara sudah beredar dengan langakh yang pantas. Pelik dia melihat Tamara tiba-tiba berada disekolahnya, jarang kejadian itu berlaku. Kakak hanya bersikap begitu apabila berkaitan dengan bapa mereka. Tapi bapa dah janji takkan pulang-pulang lagi, jadi ini masalah berkaitan dengan siapa? Isabel mula berfikir.

            PINTU ofis Aditya dikuak kasar oleh Jeremy. Aditya segera berdiri. Dia tahu maksud kedatangan Jeremy itu. Apa tidak mereka baru saja bercakap mengenai Tamara dicorong telefon sebentar tadi. Tidak sampai 15 minit, Jeremy sudah masuk ke biliknya.
            “Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal, Adi?” soal Jeremy sambil menghempas tubuh dikusyen. Aditya menghampiri ruang tetamu.
            “Inilah sebabnya kenapa saya tak bagitau kau awal-awal, kau sanggup drive jauh-jauh hanya untuk perkara ini. It’s dangerous!”
            “Aku tak kisah pasal tu. Apa sebenarnya yang kau cakap dengan dia sampai dia marah macam tu?”
            “Mana aku tau, aku cakap benda yang sama macam yang kau bagitau aku pasal rumah tu. Jangan nak salahkan aku pula. Kau ada tanya dia samada dia nak rumah tu atau tak?” Jeremy menggeleng.
            “Tengok, kau sendiri tak tanya dia. Habis basah badan aku dipergi simbah dengan air. Ini semua salah kau,” kata Aditya. Rasa marahnya mula kembali menyerang apabila teringat bagaimana Tamara menyimbahnya dengan air.
            “Wei, wei, sorry, sorry..mana aku tahu dia boleh marah sampai macam tu sekali. Kau tau tak kenapa dia marah?” soal Jeremy. Hm..nasib baik bukan saya yang pergi jumpa Tamara, kalau tak saya akan menerima nasib yang sama seperti Adi. Jeremy ketawa dalam hati.
            “Tanya aku pula. Macam aku tahu pasal perempuan ni, kau lebih arif. Tapikan, dia ada cakap dia kata ‘Awak tak faham, saya ikhlas nak bantu dan saya tak harap apa-apa balasan dari kamu’. Kau faham maksud dia?” kata Aditya, bercakap persisi seperti Tamara.
            “Tak tahulah. aku pun tak faham, lagipun kita nak tolong dia saja, takkan dia nak marah pula?” 
            “Aku rasa aku dah buat sesuatu yang menyakitkan hati dia la, aku nampak dia menangis. aku perlu pergi, tolong jaga urusan disini ya?” putus Aditya lantas bangkit mencapai kotnya di penyangkut baju.
            “Eh, takkan nak tinggalkan aku sendiri?”
            “Kalau kau pun pergi, siapa nak jaga syarikat?” kata Aditya sambil menyarungkan kotnya ke tubuh. Butang tengah dipasang. Aditya senyum lantas terus beredar memotong pertanyaan Jeremy.
            Jam digital di dashboard kereta dikerling. Sudah jam 7.30 bermakna masa kerja Tamara sudah tamat, mungkin dia sudah berada dirumahnya. Getus hati Aditya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk. Dia terus memasang ear phone dan menekan butang jawab. Suara seorang lelaki kedengaran.
            “Bos, ini Almond,” kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Almond. Pengawal keselamatan yang berjaga dibahagian entrance banglonya.
            “Ada apa?”
            “Ini, perempuan hari tu datang lagi. Dah dekat 4 jam dia tunggu di sini. Saya dah cakap yang bos takda tapi dia kata dia nak tunggu bos juga. Sekarang dah lewat. Shift kami pun dah nak tamat,” lapor Almond.
            “Perempuan?” suara Aditya seakan terkejut. Itu mesti Tamara.
            “Okey..tunggu sekejap lagi sampai saya datang!” talian terus dimatikan. Aditya membuat u-turn setelah ternampak tanda U-turn. Padel minyak ditekan sehingga mencecah 120km/j.

            “IT’S bos!” kata Almond seakan menjerit apabila ternampak lampu kereta sedang menyuluh kearah mereka. Tamara yang sedang menunggu dalam pondok segera keluar selepas terdengar jeritan itu.
            Porsche  merah yang dinaiki Aditya pagi tadi berhenti mendadak dihadapan penghadang jalan. Aditya pantas melompat keluar.
            “Mana dia?” soal Aditya pada Almond. Almond berpaling kearah belakang dimana Tamara berada. Tamara menghampiri mereka.
            “Saya minta maaf pasal pagi tadi, saya takda niat nak buat macam tu. Saya minta maaf tapi tolonglah jangan pecat saya,” kata Tamara seakan merayu. Aditya mengerut kening.
            “Pecat awak? Apa maksud awak?”
            “Saya minta maaf, saya sanggup buat apa saja tapi jangan pecat saya. Kalau awak nak, saya terima rumah tu tapi jangan pecat saya,” kata Tamara. Berulang kali dia menyatakan kata maaf yang langsung tidak difahami Aditya.
            “Tunggu, tunggu! Saya masih tak faham, apa benda awak cakap ni?”
            “Bukan awak yang suruh madam Monica pecat saya?”
            “Pecat awak? Takdalah. Begini, memandangkan awak dah ada disini, apa kata kita masuk dulu. Saya pun ada benda nak cakap dengan awak,” kata Aditya sambil mempelawa Tamara masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak soal Tamara menurut.

*****

            “NAH!” Aditya menghulurkan mug berisi Nescafe itu kepada Tamara. Tamara menyambut dengan hati-hati kemudian Aditya pun melabuhkan punggung.
            “Thank you,” ucap Tamara. Aditya meletakkan mugnya atas meja.
            “So, kenapa awak cakap saya pecat awak?” soal Aditya terus memulakan bicara.
            “Sebab Madam cakap saya selalu keluar kerja lebih awal dan saya ni dah nak jadi isteri awak tak lama lagi. Sebab tu dia nak pecat saya,”
            “There’s no such things! Saya tak mungkin pecat awak,”
            “Sebab saya ni bakal isteri awak?”
            “Bukan sebab tu. Tapi restoran tu kan dibawah arahan Monica, saya takda kuasa nak pecat siapa-siapa,”
            “Oh!” kata Tamara. Entah kenapa dia merasa sedikit kecewa dengan jawapan Aditya. Kenapa dia ada perasaan macam itu pun dia tidak tahu.
            “Saya nak tanya, kenapa awak marah bila saya cakap saya nak belikan awak rumah?” soal Aditya. Giliran Tamara pula meletakkan mugnya.
            “Awak nak belikan rumah sebab saya cakap saya nak tolong kamu bukan?” Aditya mengangguk.
            “Jadi, maksudnya disini, saya tolong kamu sebab nak dapatkan rumah tu?”
            “Bukan begitu?” soal Aditya pula. Muka Tamara kembali tegang. Kening membentuk V, telinga sudah menjadi merah. Aditya terkejut. Aura yang sama dirasainya pagi tadi apabila dia diserang Tamara.
            “Ini yang saya tak suka. Saya tolong korang bukan nakkan balasan. Awak faham tak? Awak ingat, orang nak tolong sebab hanya nakkan balasan? Tak!” bentak Tamara.
            “Jadi kenapa awak nak tolong? Hari tu pun, masa saya diserang awak tolong saya juga. Why, there must be an explanation!”
            “Because it necessary! Kalau saya tak tolong awak masa tu awak dah mati kena belasah! Dan saya tolong hari ni atas sebab yang sama! Macam mana saya nak cakap supaya awak faham?”
            “Saya tahu saya miskin, tinggal di rumah buruk macam tu. Saya tak layak nak terima hadiah sebesar tu. Saya lebih rela duduk dirumah dengan adik-adik saya walaupun rumah tu macam dah nak runtuh tapi lebih bermakna kalau saya beli rumah dengan duit yang saya kumpul. Kita tinggal dengan orang yang kita sayang. Macam awak dengan Jeremy dengan pak cik Andrew. Bukankah diorang orang yang awak sayangi?” lama Aditya diam. Seakan otaknya baru saja dicuci dan diberus oleh kata-kata Tamara. Selama ini, apa yang dipelajarinya ialah jika orang membantu itu pasti kerana dia inginkan bantuan. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu orang seperti Tamara.
            “Jadi apa yang saya perlu buat?” soal Aditya.
            “Tak perlu buat apa-apa, kita cuma peru jalankan rancangan kita itu saja,” kata Tamara.
            “Saya tak tahu nak cakap apa, awak dah dua kali tolong saya dan saya tak boleh buat apa-apa. Sebenarnya ini dah kali yang ketiga, betul tak?”
            “Ketiga?”
            “Ya, masa saya demam minta mama dengan bubur. Kalau awak takda mungkin sekarang saya masih berkurung,” Tamara ketawa.
            “Adi, awak ucap terima kasih pun dah cukup buat saya. It’s simple!” kata Tamara. Aditya tergamam saat mendengar Tamara menyebut namanya dengan panggilan Adi. Jarang orang memanggilnya Adi lebih-lebih lagi seorang perempuan. Perempuan? Tak, aku tak anggap dia perempuan! Tak mungkin! Wajah Aditya serta-merta merona merah.
            “Adi, muka awak merah. Kenapa?” soal Tamara sambil ingin mencapai dahi Aditya tapi dengan pantas Aditya menapis tangan Tamara. Tamara terduduk semula. Tergamam.
            “Sorry, saya hantar awak balik!” katanya dingin lantas bangkit dan terus keluar dari banglo. Terpinga-pinga Tamara mengikut jejak Aditya.

************************************************ 
p/s: enjoy reading <3

12 comments:

  1. oops... cinta mula berputik (?) hahaa... nice shot, okie.

    ReplyDelete
  2. first commenter :)
    thanks VW, hehe...belum lg kot..masi terlalu awal :)

    ReplyDelete
  3. Liyana > tau itu Moon, hehe...thanks :)

    ReplyDelete
  4. huhu.. xsabar nk tunggu diorg kawin.. nk tgk cmaner khdpn diorg bila dh kawn.. n rasanya jeremy ada ht kat isabel.. kalo xsilap laa.. hehe

    ReplyDelete
  5. nukse : sy pun tak sabar tunggu diorg kahwin...pasal jeremy, mgkn ya, mgkn tak...kita tengok nanti :)

    ReplyDelete
  6. hrap2 lpas diorg kawen nnt xde la gaduh sangat..heheh
    bila la trauma si adi nie nak hlang....

    ReplyDelete
  7. bila the true rival muncul..jeng, jeng,jeng! hehe..nantikan..masi panjang lg perjalan diorang ni amira :)

    ReplyDelete
  8. wah cinta sedang bputik ya..
    wakakaka...

    ala adi xyah la jual mahal sgt...
    klw nti dibuatnyer si tamara suka kat org len camner???
    huhuhu...

    ReplyDelete
  9. nk komen jugak~ adi tu mmg camtu ke??? kesian kat tamara

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.