Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

13 April, 2011

Love.10 : Sleeping Beauty Wanna Be



Sleeping Beauty Wanna Be

            SELEPAS Aditya memberhentikan kereta, pantas saja Tamara membukakan seatbelt dan terus keluar dari kereta menuju ke dalam rumah. Tidak pun mengucapakan selamat malam. Aditya yang baru ingin bertanya terbantut. Aditya hanya sekadar menggeleng kepala. Semakin lama dia bersama Tamara, semakin pening dia dengan sikap Tamara. Namun, Aditya tetap faham jika Tamara tidak mahu bercakap dengannya. Sejak mereka pulang dari Yes, I Do Int. Tamara asyik memandang duluar jendela sahaja. Orang bertanya pun langsung tidak menjawab. Mungkin dia perlukan masa. Kata hati Aditya lalu membawa keretanya keluar dari kawasan rumah Tamara.
            Masuk saja Tamara dalam rumah dia terus menghempas tubuh diatas tilam. Kepala ditekup dengan bantalnya. Terkejut Isabel dan Benjo dengan kemunculan Tamara yang tiba-tiba. Isabel dan Benjo bersama-sama masuk ke bilik tidur.
            “Kakak kenapa?” soal Benjo sambil memegang jari-jemari Tamara. Tapi Tamara tidak memberi sebarang respon.
            “Kakak, Benjo tanya tu jawablah!” kata Isabel.
            “Macam mana kakak nak jawab, kakak malu!” kata Tamara, hampir tidak kedengaran suaranya dek ditindih dengan bantal.
            “Kakak malu dengan siapa?” soal Isabel pula. Tamara terus melarikan bantal itu dari kepalanya.
            “Mata kakak!” terkejut Isabel melihat mata Tamara bengkak dan hampir tidak kelihatan biji matanya.
            “Kakak kenapa?” soal Benjo ambil berat. Tamara menggeleng sambil mengusap kepala Benjo.
            “Kakak okey. Cuma kakak ingat kakak cukup kuat, dah tak perlukan pertolongan sesiapa lagi tapi rupanya kakaklah yang paling lemah,” akui Tamara tanpa segan silu dihadapan dua beradiknya itu.
            “Baru kakak tahu?” sindir Isabel.
            “Taklah. Bagi Benjo kakak yang paling kuat sebab kakak dah jaga Benjo walaupun Benjo bukan…”
            “Shh!!” pantas Tamara menekup mulut Benjo. “Kan kakak bilang, jangan pernah cakap macam tu?” katanya. Benjo mengangguk pantas.
            “Apa maksud Bel tadi?” soal Tamara pula.
            “Sebab kakak dengan Bel sama-sama perempuan. Sekuat mana pun kakak itu semua hanya kepura-puraan sebab kakak nak lindung Bel dan Benjo. Siapa yang buat kakak nangis? Bakal suami kakak?” Tamara menggaru-garu dahinya. Kemudian perlahan-lahan dia mengangguk mengakui.
            “Sebenarnya, salah kakak juga sebab tak boleh kawal emosi kakak. Kakak sendiri tak tahu kenapa kakak begitu lemah didepan dia. Dia bukan siapa-siapa bagi kakak,” kata Tamara.
            “Mungkin kakak suka dia,” sampuk Benjo tiba-tiba.
            “Ish! Mana ada macam tu, Cuma Benjo aja yang kakak suka tau,” kata Tamara sambil mencuit hidung Benjo. Benjo ketawa.
            “Oya, Bel yang ambil Benjo?”
            “Tak. Lelaki yang pernah datang sini dulu, Jerami, Jarime…”
            “Jeremy!” Tamara terus membetulkan sebutan Isabel.
            “Oh, ya Jeremy,” kata Isabel. Menyimpan baik-baik nama lelaki itu dalam ingatannya.
            “Korang dah makan?” soal Tamara.
            “Belum!” pantas Benjo menjawab. Tamara tergelak.
            “Kalau macam tu, kakak masaklah!” kata Tamara lantas bangkit menuju ke dapur.


            SEMINGGU sudah berlalu selepas kejadian di Butik Yes, I Do Int. Sejak hari itu, Aditya tidak pernah lagi datang ke rumahnya. Rasa bersalah pula dia pada Aditya apabila pergi tanpa mengucapkan apa-apa. Tapi dia takut juga untuk menemui Aditya, dia masih malu dengan kejadian itu. Kalau boleh mahu saja dia menghilangkan diri dari muka bumi itu tapi bila difikirkan balik, dia masih ada tanggungjawab lain lagi. Terpaksalah dia tinggal.
            Dan sekarang ini, dia masih lagi belum menemui kerja. Makanan untuk seminggu sudah habis, bekalan wang pula sudah semakin sedikit. Sedangkan duit itu digunakan untuk pendaftaran Benjo dan Isabel nanti. Sudah seminggu dia kehulu kehilir mencari kerja namun tiada siapa pun yang sudi menerimanya berkerja. Apalah nasib kau, Tara.
            “Fuh…” keluh Tamara apabila keluar saja dia dari kedai bunga tempat dia mencari kerja. Sudah masuk kali ke-5 dia ditolak kerja dengan alasan yang sama, tiada kekosongan.
            Akhirnya, Tamara membuat keputusan untuk berehat seketika. Sebelum berlalu ke taman berdekatan Tamara terlebih dahulu menuju ke kedai membeli popsicle, panas-panas terik macam tu sesuai makan ais-krim.
            Sambil menyedut popsiclenya, sambil Tamara merenung dedaun yang merimbun diatas kepalanya. Sengaja dia memilih tempat yang tidak berapa redup supaya dia boleh melihat cahaya matahari menerusi ruang-ruang kecil dedaun yang merimbun itu. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tubuhnya di bangku panjang.
Memandangkan kawasan itu selalu sunyi, jarang dia melihat orang ramai berkumpul disitu lagipun kawasan itu langsung tidak popular tidak seperti Esplaned. Tapi, tak takutkan dia jika ada peragutkah, perogolkah, perompakkah yang tiba-tiba serang dia?
Tamara tidak mengendahkan semua itu, matanya sudah terlalu berat disebabkan tidak dapat tidur malam selama 3 hari berturut-turut, lihat saja dari segi penampilannya, orang sudah menganggap dia lelaki yang tidak berharga untuk diragut. Seketika kemudian, Tamara tidak sedar bila dia terlelap. Dia biarkan dirinya jatuh diawang-awangan, bermimpikan putera idamannya. Perlahan-lahan popsicle ditangan sudah jatuh ke tanah.

*****

            Pada suatu ketika dahulu, seorang permaisuri telah melahirkan seorang anak perempuan yang sangat comel lalu permaisuri dan raja itu telah menjemput seluruh rakyat jelatanya termasuk kesemua pari-pari dinegara itu tetapi malangnya permaisuri itu terlupa untuk menjemput salah seorang pari-pari berkuasa iaitu seorang pari-pari yang kejam dan jahat. Tapi pari-pari jahat itu tetap datang walaupun tidak diundang. Pari-pari itu menghampiri buai bayi tersebut lalu berkata :

            “Bila kau berusia 18 tahun, kau akan tercekek bawang dan akan mati!” pari-pari jahat itu pun menyumpah bayi itu akibat terlalu marah dengan permaisuri. Permaisuri itu sudah menjerit ketakutan. Ketiga-tiga pari-pari itu terus bertindak cepat dengan menukarkan sumpahan itu menjadi ringan. Dengan kuasa yang mereka ada, masih tidak cukup untuk melarikan sumpahan pari-pari jahat tersebut.

            “Jangan risau permaisuri, kami sudah meringankan sumpahan itu. Apabila dia termakan bawang dia tidak akan mati cuma akan terlelap untuk masa yang panjang,” kata pari-pari biru.

            Bertahun-tahun sudah berlalu, puteri itu membesar dengan baik sekali, malah dia adalah wanita tercantik dinegara tersebut. Semua penduduk jelata mengaguminya. Namun, malang tidak berbau kerana puteri itu langsung tidak tahu akan sumpahan keatasnya, dengan senang hati dia membantu orang-orang gajinya di dapur. Tanpa sengaja dia termakan lauk yang mempunyai bawang serentak itu dia rebah keatas lantai. Permaisuri dan pari-parinya sudah cuba beratus kali utnuk mengejutkan puteri tersebut tapi keadaan puteri itu tetap sama.

            “Bila puteri saya akan bangun?” soal permaisuri.

            “Kami tidak tahu tuanku,”
“Setahun? Dua tahun?” soal permaisuri itu lagi.

“Mungkin 100 tahun? Siapa tahu,” jawab pari-pari itu pari-pari berwarna merah jambu.
“Apa yang boleh membuatkan dia terbangun wahai pari-pari?” soal permaisuri itu mengharap.

“Cinta,” balas pari-pari biru. “Jika ada seorang lelaki yang suci hatinya jatuh cinta dengan dia, itu akan membangunkan puteri dari lena yang panjang,” sambungnya.

“Tapi bagaimana seorang lelaki boleh jatuh cinta dengan orang yang dia tidak pernah temui?” permaisuri itu sangsi. Permsiuri itu sedih sekali, hatinya terluka melihat anaknya dalam keadaan begitu dan beberapa hari kemudian dia pun meninggal. Puteri beradu itu dibawa kedalam biliknya yang dikelilingi dengan bunga.

Ketiga-tiga pari itu bersimpati dengan keadaan puteri tersebut. Seorang puteri yang sangat cantik dan mempunyai muka yang manis. Bukan seperti orang mati, wajahnya masih kelihatan seperti orang hidup.

“Apa akan terjadi apabila dia terbangun nanti? Melihat wajah-wajah yang tidak dikenalinya? Saya tidak membenarkan perkara itu terjadi. Itu terlalu sakit untuk puteri ini,” oleh itu pari-pari tersebut pun melepaskan mantra kepada seluruh rakyat jelata untuk tidur. Apabila puteri itu terbangun, rakyat-rakyat jelatanya juga akan turut terbangun.

Istana itu sudah menjadi sunyi, dinidng istana sudah dijari dengan tumbuh-tumbuhan dan sudah menjadi using.

6 tahun berlalu dengan pantas, banyak pokok-pokok tumbuh dikawasan istana itu. Hutan-hutam menjadi lebih tebal dari biasa. Ramai lelaki sudah pernah memasuki hutan itu namun tiada yang berjaya keluar dengan selamat sampailah seorang lelaki tiba di Negara itu, lelaki tersebut adalah seorang pengembara. Dia pelik melihat hutan-hutan tebal yang diselubungi kabus tebal itu lalu dia membuat keputusan untuk meneroka hutan tebal tersebut bersama kuda putihnya. Lelaki itu sebenarnya adalah seorang putera raja Negara jiran yang suka mengembara. Setelah lama berjalan, dia pun tiba dihadapan pintu istana. Tetapi pintu itu telah dihalang oleh ranting-ranting tebal yang berwarna hitam. Putera itu menggunakan sekuat tenaganya untuk memotong ranting-ranting itu menggunakan pedangnya. Usahanya tidak sia-sia, ranting-ranting itu berjaya dipatahkan.

“Milik siapakah istana ini?” soal putera itu lalu menapak masuk. Dia melihat sekitar istana itu, terkejut dia apabila ternampak banyak tubuh bergelimpangan diatas lantai. Dia turun dari kudanya lalu memeriksa nadi satau-persatu tubuh itu. Rupanya tidak mati, hanya tidur kata hatinya. Putera itu mula melangkah lebih dalam lagi. Sunyi sepi istana itu. Kosong. Akhirnya, tibalah putera itu disebuah bilik dimana puteri itu beradu. Lama putera itu memandang gadis yang sedang tertidur atas katil. Wajah puteri itu ditenung penuh kusyuk, bunga-bunga dihatinya tiba-tiba berputik, dia jatuh cinta pada pandangan pertama. Terlalu ikut perasaan dia mendekati puteri itu lalu menghadiahkan sebuah kucupan didahi puteri tersebut.

*****

MATA Tamara terbentang luas memandang langit yang sudah gelap. Dia segera tersentak dan pantas bangun dari pembaringan.
“Alamak! Alamak! Aku terlajak!!” jerit Tamara terpinga-pinga sambil membetulkan rambutnya yang sudah kucut-masai. Tiba-tiba dia terperasaan tubuhnya ditutup dengan kot putih. Dahinya berkerut. Segera dia memandang belakang
            “Adi? Sejak bila awak ada disini?” soal Tamara terkejut. Hampir terkeluar biji matanya.
            “Sejak awak tidur lagi,” jawab Aditya bersahaja.
            “Huh? Kenapa tak kejutkan…” Tamara terus menepuk dahi apabila teringat akan tabiatnya yang tidak dapat dikejutkan apabila sudah terlelap. Kot putih dikembalikan kepada Aditya.
            “Berapa lama awak tunggu disini?” soal Tamara. Aditya membelek jam tangan Rolexnya.
            “Lebih kurang 6 jam,” mahu terbuntang biji mata mendengar jawapan Aditya.
            “Awak ni betullah Adi. Kenapa tak bawa saja balik rumah, kenapa nak tunggu saya bangun? Awak kan ada kereta,” kata Tamara.
            “Saya taknak ganggu awak tidur, lagipun kata Isabel dah 3 hari awak tak dapat tidur,”
            “Alamak! Bel dan Benjo!” terjerit Tamara sebaik saja dia mendengar nama Isabel disebut.
            “Jangan risau, saya dah suruh Jeremy ambil adik awak dekat sekolah,” pantas Aditya memintas sebelum Tamara mengelabah teruk.
            “Oya, diorang mesti marahkan saya, boleh hantar saya balik sekarang?” pinta Tamara. Aditya mengangguk kecil. Tamara bangkit tapi dia pelik kerana tubuh Aditya masih kaku seperti beku.
            “Kenapa Adi?”
            “Kaki saya…kaki saya ada semut!” kata Aditya. Tidak semena-mena ketawa Tamara pecah. Comel juga Adi ni. Gumam hati Tamara. Kemudian dia duduk mencangkung dihadapan Aditya, kaki kiri Aditya diletakkan atas lututnya.
            “Awak buat apa ni?” terkejut Aditya dengan tindakan Tamara itu.
            “Diam aja, saya tahu apa yang saya buat,” kata Tamara sambil membukakan kasut jenama Gucci itu dari kaki kemudian menekan-nekan hujung jari Aditya. Sesekali Aditya tergelak kegelian. Tidak lama kemudian, rasa semut-semut dikakinya mula menghulang.
            “Sudah?” soal Tamara. Aditya mengangguk perlahan lalu menarik kakinya dari lutut Tamara. Dia memakai semula kasutnya.

            “ADI!” panggil Tamara semasa mereka ingin menuju ke kereta Aditya.
            “Macam mana awak tahu saya ada ditaman ni?” soal Tamara.
            “Adalah!” kata Aditya lalu menekan punat kunci. Mereka serentak masuk ke perut kereta. Seketika kemudian, kereta Aditya pun mula beredar dari kawasan taman itu.
            Sejak masuk ke dalam kereta, Aditya terus mendiamkan diri. Pelik Tamara. Mungkin juga dia masih rasa kekok dengan kejadian di Yes, I Do Int. Tak boleh jadi ni, saya perlu minta maaf, dia dah tolong saya.
            “Adi, saya nak minta maaf dengan awak pasal kejadian hari tu,” ucap Tamara.
            “Bukan awak perlu ucap terima kasih ka dengan saya?” soal Aditya pula tanpa menoleh kearah Tamara.
            “Saya minta maaf atas sikap saya pergi tanpa ucap apa-apa pada awak. Dan terima kasih sebab tolong saya hari tu,” kata Tamara.
            “Em!” hanya itu jawapan yang Aditya berikan. Tamara mengerut kening. Pelik tahap dewa. Bukan pelik, tapi keliru dengan sikap yang ditunjukkan Aditya. Dia tidak tahu sama ada Aditya mengambil berat tentang atau pun sengaja ingin mempermain-mainkan dirinya.
            “Adi, awak fikir apa? Saya peliklah dengan awak. Awak tiba-tiba muncul di sebelah saya tapi lepas tu awak tak pedulikan saya. Apa awak nak sebenarnya? Minta maaf, dah. Terima kasih pun dah,” kata Tamara tidak ingin berselindung lagi. Tidak semena-mena, Aditya terus memberhentikan keretanya di bahu jalan, hampir terhantuk kepada Tamara di dashboard kereta, nasib baik dia memakai seatbelt.
            “Apa ni?” marah Tamara.
            “Apa yang awak fikir sebenarnya? Awak tahu tak kawasan tempat awak tidur tu bahaya? Macam mana kalau tiba-tiba ada perompak, perogol dah lama awak dibunuh awak tahu tak?!” tiab-tiba Aditya melenting. Rupanya, itulah rasa yang ditahan Aditya sepanjang itu. Tergamam Tamara. Tidak sangka Aditya akan meninggikan suara kepadanya sekali lagi.
            “Tapi kawasan tu tak pernah…”
            “Jawapan awak tu alasan semata-mata! Apa akan jadi pada kontrak kita kalau terjadi sesuatu pada awak? Saya tak nak bertanggungjawab okey!” marah Aditya. Tamara terkesima. Jadi selama ini Aditya hanya memikirkan pasal kontrak antara mereka? Tamara terdiam seketika. Wajah Aditya direnung.
            “Jangan risau, saya janji takkan buat macam tu lagi,” jawab Tamara, suaranya dikawal sehabis mungkin. Terkilan juga hatinya bila Aditya meninggikan suara.
            “Nasib baik saya dah upah orang untuk ekori awak selama seminggu ni, kalau tak saya takkan tahu apa yang awak dah buat,”
            “Apa? Awak upah orang untuk ekori saya? Awak tengking saya, saya tak kisah. Memang betul. Tapi, upah orang untuk mengekori saya? Awak dah melampau Adi!” marah Tamara lantas menanggalkan seatbeltnya lalu melompat keluar dari kereta. Terkejut Aditya dengan tindakan Tamara itu. Dia pantas keluar. Tangan Tamara disentak kasar.
            “Awak nak pergi mana?”
            “Lepas! Lebih baik saya jalan kaki daripada ikut awak yang…! Erggh!! Awak panas baran, saya benci orang macam awak!” tengking Tamara sambil menapis tangan Aditya.
            “Kita ditengah jalan okey, bahaya! Kita bincang dalam kereta saja!” cadang Aditya apabila dia tidak dapat mengubah penderian Tamara. Tetapi Tamara langsung tidak mengendahkan Aditya. Aditya mendengus. Jangan cabar kesabaran saya, Tara!
            Tidak semena-mena, tubuh Tamara diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta. Seatbelat dipasang kasar. Tamara mendengus kasar.
            “Duduk diam-diam!” tegas Aditya. Dia pun masuk ke tempat duduknya.
            “Awak kata awak fobia dengan perempuan, boleh pula awak angkat saya,” kata Tamara, menyindir.
            “I don’t even think you as a woman!” jawapan yang Aditya baru berikan membuatkan jantung Tamara seperti dijentik. Tersentak dia. Serta-merta Tamara diam. Nafasnya yang tadi kurang teratur kembali normal.
            “Now, sit properly!” kata Aditya lagi. Tamara menurut tanpa kata. Aditya terus memandu keretanya menuju ke rumah Tamara.
            Selepas Aditya memberhentikan keretanya, Tamara segera membuka seatbelt dan melompat keluar. Aditya mengejar.
            “Tara,” Tamara berhenti lalu menoleh. Wajahnya tiada riak.
            “Saya minta maaf sebab dah berkasar tadi, saya tak bermaksud…”
            “It’s okey…saya tak kisah,” Tamara menarik nafas lalu menyambung percakapannya. “Bila tarikh perkahwinan kita? Saya harap kita boleh percepatkan tarikh tu,”
            “Kenapa nak cepat?” soal Aditya tidak faham.
            “Lebih cepat lebih bagus, cepatlah tamat kontrak kita,” jawab Tamara lalu menoleh dan melangkah meninggalkan Aditya yang masih bingung.

*******************************************************
p/s: kalau nak lempang sy skg boleh…sy bg peluang hehe ^_______^

11 comments:

  1. Haha...kenapa nak lempang Okie?
    Comel je Aditya :)

    ReplyDelete
  2. hahah...ada cerita sleeping beauty yg pelik dalam n3 ni..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaaa.... kalo xnak kena lempang..cepat2 sambung :d

    ReplyDelete
  4. x sampai hati la nk lempang okie...Okie pnye cter best...

    ReplyDelete
  5. x samapai atie la nk lempang okie....

    ReplyDelete
  6. ahaksss...
    adi yg comel..hihihihi
    okie smbung laju2 tau >.<

    ReplyDelete
  7. Saudari Okie.. sy xnak lempang awk, tp nk cium pipi awk. the best en3 SML ever. Love it... ^_^

    ReplyDelete
  8. ish rasa mcm nk lempang laju2 jer kat si adi nie...
    ader ker ckp camgitu kat tara..
    cian tara...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  9. afaish > ini kes mgugut ni..hehe

    anayue, izzy, WAS > thanks :)

    VW > SML kah? hehe...thanks :)

    nursya > hehe..kalau lelaki ckp cm tu tpt sy, sy pun marah juga..hehe

    ReplyDelete
  10. xnak lempang okie tapi nak jerit nak lagi hehehehe

    ReplyDelete
  11. i just realize i got mixed up the title. hahaaa. I mean this en3.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.