Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 April, 2011

Love.11 : Before and After

 Before and After

            SEDANG sibuk Tamara ruangan mencari kerja dalam surat khabar itu, pintu rumah tiba-tiba diketuk dari luar. Tamara segera bangkit untuk membukakan pintu. Terpacul wajah Encik Asran dan Encik Andrew dihadapannya.
            “Bapa?!”
            “Tamara…” kata Encik Asran takut-takut menyebut nama anaknya. Tamara berundur memberi laluan kepada dua orang tua itu. Mereka pun melangkah masuk dan duduk dihadapan meja. Tamara menutup pintu itu semula. Dia terus ke dapur ingin membancuh jus oren. Seketika kemudian Tamara kembali bersama dua gelas berisi jus oren.
            “Kata bapa, bapa takkan muncul lagi?” sindir Tamara. Encik Asran tersentak sedikit mendengar kata-kata anaknya. Encik Asran memandang Encik Andrew.
            “Kan aku dah kata, dia takkan terima aku lagi!” kata Encik Asran dalam keadaan berbisik. Encik Andrew tidak menjawab, dia hanya menggeleng, bermaksud dia mahu temannya itu menyerahkan segala-galanya pada dia.            
            “Jangan salahkan dia, Tamara. Pak cik yang bawa dia datang sini,”
            “Kali ni apa lagi yang bapa saya dah buat? Berhutang lagi?” Tamara masih bersikap dingin. Walaupun dia tidak mengakui, tapi dia betul-betul risaukan bapa sejak kali terakhir bapanya itu balik ke rumah.
            “Sumpah, bapa dah tak berhutang lagi!” jawab Encik Asran sambil mengangkat tangan.
            “Em, minumlah!” kata Tamara, tidak mengendahkan sumpah bapanya itu.
            “Apa pak cik dengan bapa buat dekat sini?” soal Tamara.
            “Kan sekejap lagi hari perkahwinan Tamara, jadi pak cik jemputlah bapa Tamara sekali,”
            “Tapi ini bukan perkahwinan betul-betul pun sekadar lakonan saja,” kata Tamara. Encik Andrew sudah mengeluh kecil.
            “Tamara, pak cik harap sangat Tamara jadi menantu pak cik yang betul-betul. Tak bolehkah Tamara hidup selama-lamanya dengan Adi sebagai suami isteri?” Tamara sedikit kaget dengan permintaan bakal mentuanya itu.
            “Maafkan saya pak cik, saya tak cintakan Adi jadi tidak mungkin saya boleh hidup dengan Adi,” tolak Tamara. Dia tidak mahu berselindung apa-apa, lebih baik kalau dia tidak memberikan harapan pada orang tua. Tamara memandang bapanya yang sudah tertunduk, mungkin sedang memikirkan segala kesalahan yang telah dilakukannya pada Tamara.  
            “Tara, bapa minta maaf sebab buat Tara macam ni. Maafkan bapa, ya?” kata Encik Asran sambil mengensot ke hadapan Tamara lalu menundukkan badan sehinngga dahinya mengena lantai. Tamara tersentak.
            “Bapa, bangun!” Encik Asran berkeras.
            “Tak, bapa takkan bangun selagi Tara tak maafkan bapa,” rayu Encik Asran lagi.
            “Eya, eya… Tara maafkan bapa, Tara sudi maafkan bapa,” jawab Tamara sambil memeluk belakang Encik Asran. Lega hati Encik Andrew dua ebranak itu sudah berbaik. Tamara bangun begitu juga Encik Asran.
            “Tapi, bapa janji bapa takkan berhutang lagi, janji dengan Tara,” kata Tamara. Encik Asran mengangguk berkali-kali.
            “Bapa janji!” jawab Encik Asran. Tamara memandang Encik Andrew.
            “Terima kasih pak cik,” ucap tamara lembut.
            “Jangan ucap terima kasih dengan pak cik, ucap pada Adi, dia yang dah bertungkus-lumus mencari bapa Tamara ni,” Tamara sudah mengerut kening.
            “Adi? Adi yang cari bapa?” soal Tamara seakan tidak percaya. Encik Andrew mengangguk.
            “Ah, Tamara dah dapat kerja?” soal Encik Andrew pula sambil menghirup jus orennya.
            “Belum lagi, masih mencari,”
            “Kalau begitu, Tamara kerja aja dekat café syarikat Adi. Adi dah buat arrangement untuk Tamara,”
            “Huh? Taknak la saya. Pak cik dan Adi dah buat banyak untuk saya, saya tak boleh terima apa-apa lagi,” tolak Tamara.
            “Tara, tak baik tolak permintaan orang. Lagipun Tara nak guna apa untuk beli makanan adik-adik?”
            “Saya tau tu bapa, tapi saya tak boleh terus-terusan terima pertolongan orang lain, saya tak nak terhutang budi,”
            “Tara ni, cuba jangan ego sangat. Bapa tau, Tara dah biasa buat kerja sendiri, Andrew ni kan bapa mentua Tara,”
            “Tak apalah Asran, beri Tamara masa dulu untuk berfikir,” pintas Encik Andrew.
            “Maafkan saya pak cik,” pinta Tamara.
            Deringan telefon Encik Andrew memecah suasana. Talian segera dijawab.
            “Adi, kejap lagi. Kami dah nak jalan,” kata Encik Asran seraya itu memutuskan talian.
            “Pak cik dan bapa nak pergi mana?” soal Tamara.
            “Bukan pak cik dengan bapa Tamara tapi Tamara dengan pakcik,”
            “Saya? Nak pergi mana?”
            “Nak buat photoshot gambar perkahwinan Tamara dengan Adilah. Adi tak bagitau?” Tamara menggeleng. Macam mana nak tahu kalau Aditya langsung tidak mahu bersemuka dengannya? Atau lebih tepat dia juga tidak mahu bertemu Aditya langsung.
            “Kalau begitu, marilah. Adi dah lama tunggu disana,”
            “Bapa?”
            “Bapa tak ikut, Tara. Biarlah bapa dekat rumah,”
            “Kalau macam tu, nanti tolong ambil Bel dengan banjo, ya?” minta Tamara lantas bangkit menukar pakaian.

*****

            KELIHATAN Aditya sedang berdiri menunggu dihadapan pintu masuk Eternity Wedding Studio. Sebaik melihat sebuah kereta berhenti dihadapannya, Aditya terus berdiri tegak. Encik Andrew dan Tamara seiring keluar dari kereta. Mata Tamara dan Aditya bertembung. Aditya melarikan matanya lantas berdehem. Entah kenapa dia merasa janggal tiba-tiba. Encik Andrew membawa Tamara menaiki tangga.
            “Adi, papa serahkan Tamara pada Adi. Baik-baik!” pesan Encik Andrew sebelum masuk semula ke dalam kereta.
            “Eh, pak cik!” panggil Tamara tapi Encik Andrew buat tidak tahu. Keretanya sudah meluncur beredar dari kawasan studio itu. Suasana menjadi sunyi seketika. Tiada suara yang lahir sama ada dari bibir Tamara atau Aditya.
            “Jom masuk!” kata Aditya setelah lama berdiam. Mendatar saja suaranya. Tamara menurut.
            “Lady J!” terkejut Tamara apabila Aditya tiba-tiba melaungkan nama seseorang, Aditya sudah berlari mendekati seorang lelaki berpakaian baju pink dan lagging berwarna hitam, sehelai selendang berwarna putih berbalut dilehernya.
            “Tara cepat!” arah Aditya, Tamara pun berlari. Lelaki yang dipanggil Lady J itu memandang Tamara dari bawah sehingga ke atas, seperti sebuah alat pengimbas.
            “This is my future wife, Tamara,” Aditya memeprkenalkan Tamara pada Lady J. Lady J berjalan mengelelingi Tamara sambil mulutnya itu bergerak ke kiri dan kanan. Ertinya dia tidak berapa pasti dengan pilihan Aditya.
            “Hm..are you sure she is a woman?” soal Lady J seakan menyindir. Tamara buat muka. Hello, mulut tu takda insurans kah?
            “She is!” kata Aditya. Tiba-tiba Lady J mengangkat dagu Tamara. Agak terkejut Tamara diperlakukan seperti itu. Dagu dan bibir Tamara direnung kusyuk.
            “She’s beautiful!” pujinya pula sambil melepaskan jarinya dari dagu Tamara. Tamara terus menyeka dagunya.
            “Tapi Adi, she is too short!” kata Lady J pula. Sekejap puji sekejap sindir, macam menghina pun ada juga.
            “Hey, enough! Just do your work!” kata Aditya, suaranya dikeraskan sedikit. Banyak songeh pula! Lady J sudah mengangkat kedua-dua tangannya.
            “Mari, ikut aku,” kata Lady J pada Tamara, Tamara membuntuti namun kepala masih memandang Aditya, seperti tidak mahu dia pergi bersendirian. Tamara sudah hilang disebalik tabir bilik persalinan.
            “Er, Lady J, kamu ada pekerja perempuan?” soal Tamara. Lady J kebingungan. Dia mencekak pinggang dengan tangannya yang lemah gemelai itu.
            “What? I’m not good enough?” soal Lady J seakan marah. Mungkin terasa dirinya diperkecilkan.
            Tamara pantas menggeleng. “Tak, tapi saya nak perempuan, awakkan lelaki,” kata Tamara. Lady J sudah buat muka bengis. Alamak, marah lagi?
            “Hey, watch your mouth!” tengking Lady J, terkejut Tamara. Serentak itu Aditya menyelak tabir.
            “Apa ni? Tara? Lady J?”
            “I can’t work with her!” dengus Lady J lalu beredar keluar. Tamara mendengus kasar. Dari tadi cari pasal dengan aku? Ingat aku ni tak pandai marah?
            “Salahkah kalau aku nak pekerja perempuan? Rasanya tak salahkan? Takkan nak tukar pakaian depan dia,” akhirnya terluah juga rasa marah Tamara. Aditya sudah menggaru dahinya.
            “Sorry, nanti saya cakap dengan dia. Mari keluar,” jawab Aditya, sedaya-upaya dia merendahakan suaranya. Sudah Tamara menjadi ‘api’ takkan dia nak tuang minyak lagi.
            “Lady J, tolonglah, perkahwinan saya lagi seminggu. Saya disini sebab saya percayakan kerja-kerja kau. Tolonglah,” kata Aditya seakan merayu. Lady J yang duduk dihujung ruang, mengeluh kecil. Seketika kemudian, dia bangkit dan mendekati Aditya.
            “Okey, okey…I’m sorry. Let’s get started!” kata Lady J, nada suaranya sudah berubah ceria. Dalam diam Tamara tersenyum, agak tersentuh dengan kelembutan Aditya.

            SETELAH 30 minit menunggu, akhirnya Lady J pun mengumumkan yang dia akan membawa Tamara keluar dari bilik persalinan. Tabir putih itu diselak. Aditya yang sedang duduk dihadapan bilik persalinan itu tergamam melihat Tamara yang baru, Wajahnya sudah siap disolek cantik seperti bidadari. Buat pertama kalinya dia melihat seorang wanita yang memakai baju pengantin, apatlah lagi wanita itu adalah bakal isterinya.
Tamara tersenyum sambil cuba mengayakan baju pengantin berwarna biru cair tanpa lengan dan kembang dibawah. Ala-ala pakaian seorang puteri. Atas kepalanya dihiasi tiara mutiara. Lady J sudah tersenyum melihat reaksi Aditya. Ini baru pakaian pertama, ada lagi 3 baju pengantin, Aditya oi!
            “Adi?” panggil Tamara. Aditya tersentak. Pantas dia berdiri.
            “Okey tak?” Tamara tersenyum. Aditya mengangguk. Sepertinya dia tidak dapat mengeluarkan sepatah pun perkataan. Adi… buang rasa itu kalau kau masih nak bersama Tamara. Jangan anggap dia perempuan!

            “HEY, if you want to convince others, act like she is your real wife!” marah Lady J yang bertugas sebagai pengarah. Aditya berdehem.
            “Taulah!” kata Aditya. Pinggang langsing Tamara segera dirangkul dan dibawa rapat ke tubuhnya. Bibir dilekatkan ke dahi Tamara. Tamara tergamam. Dia menelan liur.
            “Hey, Tara… bagi kerjasama. Ini baru pengambaran pertama. Penatlah!” kata Aditya dalam keadaan berbisik. Tamara sudah memuncung. Okey, fine! Serentak itu, Tamara membalas pelukan Aditya. Sebelah tangan Tamara pula memeluk lengan Aditya. Terkejut Aditya dengan tindakan drastik Tamara tapi sedaya-upaya dia menenangkan dirinya. Kalau dia terlalu memikirkan Tamara, dia boleh pengsan!
            “Hah, ini baru macam ‘fall in love’,” kata Lady J. Randy yang bertugas sebagai photographer segera meneruskan pekerjaannya.

*****

            SEMAKIN lama Aditya dan Tamara berkerja bersama, mereka semakin serasi dihadapan kamera, tiada lagi rasa janggal. Yang ada hanya gelak tawa dan seri diwajah masing-masing. Lady J juga tidak perlu lagi menjerit-jerit menyuruh mereka untuk mengayakan tubuh mereka.
            “Adi, can you kiss her?” serentak Tamara dan Aditya memandang lady J. Mata mereka membulat.
            “Apa? Tak perluah!” bantah Tamara.
            “Wei, cium pipi aja! Kamukan dah sah jadi suami isteri, lagipun ini last picture kamu,” kata Lady J. Tamara dan Aditya berpandangan.
            “Buat ajalah. Dah nak petang ni,” kata Aditya. Tamara mengeluh lega.
            “Okey!” Tamara kembali mendekati Aditya. Dia mengangkat kepalanya, mencari mata Aditya.
            “Hey, saya nak cakap sesuatu… lepas kita buat fotoshot ni, saya rasa saya dah semakin selesa disisi awak walaupun saya tahu awak perempuan. Mungkin hari itu, saya terlepas cakap. Saya minta maaf, saya tak bermaksud. Selama saya bersama awak, saya dapat rasa ibu saya ada disisi saya jadi saya harap awak pun rasa macam tu. So, untuk gambar terakhir ni, biarlah kita jadikan ia sebagai tanda persahabatan kita, boleh?” lama Tamara diam sambil menatap mata Aditya. Entah kenapa, jantungnya sudah mula berdegup tidak teratur. Hey, Tamara…ingat Adi tak pernah fikir kau sebagai perempuan, jadi kau pun tak boleh anggap dia sebagai lelaki! Namun sebaik teringat akan kejadian tempoh hari, Tamara seakan tersedar. I don’t even dare to dream!
Seketika kemudian dia tersenyum lalu mengangguk. Perlahan-lahan Tamara menutup mata, dan Aditya merendahkan tubuhnya untuk mencapai pipi kiri Tamara.
            Klik!


            SETELAH berakhirnya penggambaran itu, Aditya dan Tamara tidak terus pulang ke rumah tapi mereka singgah ke satu tempat untuk menghabiskan ais-krim yang dibeli Aditya.
            “Adi,” panggil Tamara sambil menggigit popsicle jagungnya. Aditya memandang Tamara.
            “Kenapa wedding studio tu takda pekerja perempuan?”
            “Sebenarnya bukan takda, tapi saya suruh diorang balik,” jawab Aditya selamba.
            “Tapi kenapa?”
            “Takkan awak tak tahu lagi, Tara. Saya tak boleh dekat dengan perempuan,”
            “Kenapa tak boleh? Saya, awak boleh dekat pun?”
            “Sebab awak lain. Awak tak macam diorang, saya tak boleh anggap awak macam perempuan lain. Awak special,” Tamara tersenyum mendengar kata-kata Aditya. Pujian ataupun kutukan? Tamara tidak tahu, tapi hatinya berasa gembira mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Aditya.
            “Hey, awak taknak cerita kenapa awak tak boleh dekat perempuan?” soal Tamara. Sudah lama pertanyaan itu bersarang dikotak fikirnnya cuma dia tidak berani untuk meluahkannya. Wajah Aditya tiba-tiba berubah. Lebih kelihatan tergamam.
            “Erm, saya tak nak cerita pasal tu. Kita balik?” kata Aditya lantas bangkit. Tamara turut berdiri.
            “Sorry, saya tak berniat…” ayat Tamara terus mati apabila Aditya tiba-tiba mengatur langkah.
            “It’s getting late, Tara,” kata Aditya, nada suarnya kedengaran lain. Wajah Tamara berubah sayu, dia melangkah perlahan sambil memerhati pandangan belakang Aditya. Tiba-tiba dia merasakan yang Aditya ketika itu sungguh kesunyian. Pada saat itu, dia memutuskan untuk berbuat apa saja agar Aditya tidak lagi dibelengu kenangan silamnya ataupun kenangan pahitnya, gelarlah apa saja tapi itu sudah menjadi pegangan Tamara. Biarlah Aditya tidak menganggapnya seorang perempuan, mungkin itu lebih baik.

********************************************* 
p/s: sbb sy terlalu gembira hari ni so saya post n3 lebih awal..hehe hope u enjoy tapi in return, sy takan aktif untuk tempoh seminggu ni, sorry ^____^ komen, ya?

7 comments:

  1. wah..tara dh mula sukakn adi!
    bila adi nk gtw knapa dia x leh dekat ngan perempuan ni??

    ReplyDelete
  2. ya, cinta sdg berputik...hehe..pasal tu, kejap lg sy akan bg tau...hehe

    ReplyDelete
  3. So sweet...
    Smpai snyum sorang sy dibuatnya...
    Good job okie~~

    ReplyDelete
  4. ala...
    naper la tara ngn adi nie x btl2 falling in luv..
    nk dorg 2gether2 la...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  5. adi yg sweettt..tara yg comelll hihihhi

    ReplyDelete
  6. mereka dh makin intim.. hihi sweet2.. hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.