Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 April, 2011

Love.12 : The Wedding

The Wedding

            TAMARA memandang ke belakang dengan riak yang sedih.  Wajah-wajah insan yang tersayang ditatap lama sebelum dia masuk ke dalam kereta. Tamara cuba sedaya-upaya menahan air matanya daripada jatuh. Isabel mengeluh lemah. Dia tahu kenapa Tamara membuat riak seperti itu.
            “Kak, tolonglah jangan buat muka macam tu. Kakak jalan kan sehari, dua saja, bukannya berbulan-bulan,” kata Isabel dari depan pintu, disebalahnya berdiri Benjo dengan riak yang sama seperti Tamara. Tamara memandang Jeremy yang sedang menunggu dihadapan pintu pemandu. Jeremy menggaru kepalanya.
            “Okey, okey…diorang boleh ikut,” kata Jeremy. Serta-merta Tamara mengukir senyuman besar. Dia terus berlari mendapatkan Benjo dan Isabel.
            “Masuk, kita kemas barang,” kata Tamara teruja sambil menolak kedua-dua tubuh adiknya.
            “Kakak ni, kakak akan menyusahkan abang Jeremy dan abang Aditya kalau bawa kami berdua tau tak,” kata Isabel sambil memasukkan sepasang dua bajunya ke dalam beg.
            “Kakak faham tu, tapi takkan kakak nak tinggalkan kamu sendirian? Lagipun ini kan perkahwinan kakak, mestilah kamu perlu datang,” kata Tamara. Tidak sanggup rasanya membelakangi darah daging sendiri. Tiba-tiba Benjo merapatinya lalu memeluk belakang Tamara. Tamara sedikit terkejut akan tindakan Benjo itu. Namun dia tetap tersenyum.
            “Kakak, lepas ni kakak akan tinggalkan kami?” soal banjo. Ada satu kedengaran dalam nadanya. Tamara menggeleng pantas.
            “Walapun kakak akan mati, kakak takkan sesekali tinggalkan Benjo dan Bel tau? Jangan tanya macam tu lagi, okey?”
            “Tapi…lepas kakak kahwin nanti, kakak nak tinggal mana? Dengan kami atau abang Aditya?” soal Isabel pula. Lengan Isabel ditapis kecil.
            “Mestilah dengan kamu, takkan nak tinggal dengan dia pula. Dah, dah, dah! Cepeat kemas barang kang Jeremy marah lagi,” kata Tamara. Benjo terus kembali ketempatnya dan memasukkan beberapa pakaian lagi yang belum dikemaskan.
            Jeremy yang sejak tadi menunggu diluar pintu, tersenyum kecil. Begitu kudusnya perhubungan mereka, kan bagus kalau aku pun ada keluarga macam ni?

            “WAH, besarnya rumah ni!” kata Benjo seakan menjerit. Kali pertama melihat rumah sebesar itu dia betul-betul teruja. Dengan ruang yang luas, macam-macam benda yang dia boleh lakukan. Tamara tersenyum sambil meletakkan bagasi kecil mereka atas lantai. Dia melihat Isabel yang masih berdiri tegak ditempatnya, tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan sepeti Benjo.
            “Mari, biar saya tunjukkan bilik,” pelawa Jeremy lantas menuju ke tingkat atas. Tamara, Isabel dan Benjo menyusul Jeremy.
            “Eh, Jeremy… Aditya mana?” soal Tamara. Baru soalan itu dibangkitkan, sebenarnya sudah lama dia ingin bertanya tapi takut.
            “Dia ada dekat Singapore, mungkin sebelum perkahwinan tu berlangsung dia akan sampai,”
            “Tapi sempatkah dia?” soal Tamara ragu-ragu.
            “Have some faith, will ya?” kata Jeremy sambil tersenyum kecil. Tamara tergelak.
            “Okey, ini bilik awak, depan ni bilik Bel dan sebelah kiri tu bilik Benjo,” kata Jeremy sambil menunding satu-persatu daun pintu ditingkat itu. Isabel dan Benjo segera memandang Tamara. Jeremy kehairanan.
            “Boleh tak kami bertiga tidur sebilik?” minta Tamara.
            “Kenapa nak tidur sebilik? Kan ada tiga bilik lagi?” wajah Tamara bertukar kelat. Tidak sopan pula membuat banyak permintaan pada Jeremy.
            “Tak apa, kak. Kami boleh tidur dibilik lain, kan Benjo?” kata Isabel sambil mengelip mata pada Benjo. Benjo segera mengangguk.
            “Tak apalah kalau macam tu,” jawab Tamara lemah. Jeremy tersenyum.
            “Okey! Kejap lagi saya nak keluar. Kamu buat macam rumah sendiri ya? Semua bahan masakan ada dalam peti sejuk. Apa-apa korang nak makan korang ambil saja, ya?” pesan Jeremy. Mereka bertiga serentak mengangguk.
            “Saya pergi dulu,” sambung Jeremy lalu mula beredar. Sebaik saja Jeremy menuruni tangga, siku Tamara terus dicuit.
            “Kenapa tanya macam tu tadi?” soal Isabel, mengunkit semula mengenai persoalan bilik itu.
            “Alah, kakak tak biasalah tidur sorang-sorang, kakak nak tidur dengan Benjo dan Bel,” kata Tamara manja. Isabel mendengus.
            “Kak, stop it, okey? Bel dah mula rasa malas dengan sikap kakak ni, satu hari nanti kakak perlu lepaskan kami juga,” kata Isabel. Tamara tersentak. Pertama kali Isabel mengerasakan suara terhadapnya.
            “Apa Bel cakap ni?”
            “Kak, even Benjo faham keadaan kakak, kenapa kakak taknak bagi kerjasama? Kakak selalu pentingkan diri sendiri. Kakak taknak faham perasaan kami, abang Jeremy dan abang Aditya. Diorang dah buat banyak untuk kakak, kenapa nak mempertikaikannya lagi?”
            “Cukup Bel! Bel tak tahu apa yang kakak rasa, Bel bukan berada ditempat kakak!” tersentak Isabel begitu juga dengan Benjo.
            “Mungkin Bel bukan berada ditempat kakak, tapi sekurang-kurangnya Bel faham, itu yang Bel nampak dalam diri abang Aditya dan abang Jeremy. Diorang ambil berat pasal kita, pasal kakak. Suka hati kakak la,” kata Isabel lantas beredar meninggalkan Tamara menuju ke bilik yang disediakan untuknya. Tamara mendengus kecil. Tanpa mempedulikan Benjo yang sedkit terkejut dengan perselisihan faham itu, Tamara terus masuk ke biliknya. Benjo kebingungan, Kedua-dua kakaknya sudah masuk ke bilik.
            Benjo merapati bilik Isabel lalu memulas tombol pintu cuma membuka tapi terkunci. Kemudian Benjo menuju pula ke bilik Tamara. Tombol dipulas dan terkuak. Benjo tersenyum lalu melangkah masuk. Kelihatan kakaknya itu sedang duduk dibirai katil sambil memeluk kedua lututnya.
            “Benjo, kakak nak bersendirian kejap, boleh?” pinta Tamara. Benjo tertunduk sedih.
            “Okey,” jawabnya sayu lalu menoleh. Namun cepat saja Tamara menghalang.
            “Benjo, Benjo! Maafkan kakak, kakak tak bermaksud. Mari sini, temankan kakak,” Tamara menepuk-nepuk tilam disebelahnya. Benjo terus menaiki katil.
            “Benjo rasa kakak jahat tak?”
            “Benjo tak rasa kakak jahat, kakak baik sangat!” kata Benjo. Tamara tersenyum lalu mengucup uban-uban adiknya. Pandangannya dibuang ke luar balkoni. Fikirnnya mula melayang pada kejadian tadi.  Cuma Isabel yang tahu perasaan aku yang sebenarnya…

            “BEL?” Tamara menguak daun pintu Isabel. Kelihatan Isabel sedang kusyuk menelah pelajaran diatas katil. Isabel tidak menjawab, hanya memberikan padangan sekilas. Tamara tersenyum. Katil Isabel dihampiri.
            “Kakak minta maaf pasal tadi, Bel betul. Kakak Cuma takut, itu saja,” Isabel duduk tegak.
            “Kakak nak takut apa? Abang Aditya baik pun, hari tu abang Adi ambil Bel dengan Benjo dekat sekolah. Dia bertanya pasal kakak,” Tamara tersentak. Betul Adi bertanya pasal dirinya?
            “Adi tanya pasal apa?”
            “Tanya kalau-kalau kakak dah dapat kerja. Bagus juga abang datang sebab Bel risau pasal kakak, dah tiga hari kakak tak dapat tidur, takut-takut kakak tertidur mana-mana,” cerita Isabel. Tamara sudah mengerut kening. Ya, malam bersamaan mereka bergaduh. Kata Adi, dia ada mengupah seseorang untuk mengekori aku. Adi, jangan beri aku layanan baik, biarlah sentiasa dinding antara kita.
            Selepas mereka menjamah makanan, mereka pun masing-masing balik ke bilik kecuali Tamara kerana dia perlu mengemaskan meja dan piring-piring dulu sambil menunggu kepulangan Jeremy.
            Tiba-tiba telefon yang melekat didinding dapur berdering, pantas Tamara menjawab. Suara Jeremy kedengaran di corong telefon.
            “Korang dah tidur?”
            “Bel dan Benjo dah masuk tidur. Awak balik jam berapa?”
            “Mungkin lambat lagi, memandangkan Adi takda, sayalah yang jadi bos dekat sini,” Jeremy ketawa.
            “Yalah tu, nak saya sediakan makanan untuk awak?”
            “Tak perlulah, dan nak tengah malam ni. Saya makan dekat café saja. Okey, bye bye!” selepas mengucapkan selamat malam, Tamara meletak gagang semula. Selesai membersihakn dapur dia pun naik ketingkat atas. Dia terus menuju ke biliknya.
            Tamara tersentak saat dia melangkah masuk, Isabel dan Benjo sudah berada atas katilnya dengan bantal masing-masing. Tamara tersenyum luas lalu menghampiri katil.
            “Thank you, Bel,” ucap Tamara. Isabel tersenyum.
            “Dahlah, Bel nak tidur. Selamat malam!” kata Isabel sambil meletakkan bantal lalu berbaring.
            “Benjo tidur sebelah kakak,” kata Tamara sambil menaiki katil dan tidur disebelah Benjo yang berada diantaranya dengan Bel.
           
            BEBERAPA jam kemudian, setelah ketiga-tiga beradik itu terlena diatas katil. Pintu bilik itu terkuak dari luar. Bayang-bayang hitam kelihatan sedang bergerak mendekati katil disebelah Tamara. Bayang-bayang hitam itu duduk mencangkung dihadapan Tamara. Dahi Tamara dicapai. Perlahan-lahan, pintu yang terkuak tadi tertutup dengan sendirinya. Seketika kemudian, ruang itu sudah menjadi gelap-gelita.

*****
            JEREMY masuk ke bilik persolekan Aditya dengan langkah cekapt. Terkejut dia apabila mendengar Aditya sudah berada dalam bangunan hotel itu.
            “Hei, aku ingat kau masih dekat Singapore?” soal Jeremy lantas melabuh punggung disebelah Aditya. Aditya tersenyum, tidak dapat berpaling kearah Jeremy kerena muka sedang disapukan bedak.
            “Bila kau balik?” soalnya lagi.
            “Semalam, sorry aku tak bagitau kau dulu,”
            “Memang kau patut minta maaf, risau aku dengar kau dah check out dari hotel,” Aditya hanya ketawa mendengar ceramah Jeremy.
            “Tara dengan adik-adiknya dah sampai?” soal Aditya. Jeremy mengerut kening.
            “Macam mana kau tahu adik-adik dia ikut sini?”
            “Aku ada balik semalam, tapi aku tak tidur dekat rumah tu. Isabel ada,” jawab Aditya. Jeremy hanya mengangguk. Faham benar dengan sikap kawan baiknya itu. Sekalipun jurumekapnya adalah lelaki.
            “Okey, kau sambung dulu. Aku check Tamara,” kata Jeremy lantas bangkit lalu keluar dari bilik itu. Aditya tersenyum panjang. Tidak sabar pula dia melihat Tamara. Mungkinkan masih sama seperti minggu lalu?

            TAMARA menggengam kedua-dua tangannya yang bersarung tangan putih paras siku. Nafas berat dilepaskan. Agak gemuruh sedikit menunggu dalam bilik menunggu itu. Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Encik Asran melangkah masuk.
            Encik Asran berhenti dihadapan Tamara, memerhati anaknya yang cantik bagaikan bidadari, seiras ibunya waktu mereka mula-mula berkahwin dulu.
            “Tara macam mama Tara, tau tak?” kata Encik Asran lalu melabuh punggung dibangku sebelah Tamara. Kedua-dua tangan Tamara digengam. Air mata Encik Asran perlahan-lahan mengalir.
            “Kenapa bapa menangis?”
            Encik Asran menggeleng. “Bapa minta maaf. Sekarang ni, bapa hanya mampu menangis. Bapa tak boleh lindung anak bapa sendiri,” kata Encik Asran penuh kekesalan. Tamara tersenyum. Sudah berkali-kali dia mendengar ungkapan yang sama dari bibir bapanya itu.
            “Bapa, yang lalu biarlah berlalu. Sekarang ni, kita mulakan hidup baru, ya?”
            “Bapa janji Tara, bapa akan cari duit banyak-banyak supaya kita boleh bayar balik duit Andrew,”
            “Bapa kenapa cakap macam ni?”
            “Bukankah Tara tidak cintakan Aditya? Bapa taknak Tara terseksa,”
            “Bapa, kontrak ni hanya tinggal 11 bulan lagi. Biarlah 11 bulan itu Tara habiskan masa Tara dengan dia. Bolehkah? Lagipun, selepas kontrak ni tamat, Adi juga akan melepaskan Tara,”
            “Begitukah?” soal Encik Asran. Tamara mengangguk.
            “Kalau begitu, bapa harapakan Tara boleh hidup sebagai isteri Aditya. Mari, masa sudah tiba,” ujar Encik Asran lantas berdiri dan menghulurkan tangannya. Tamara memandang huluran itu seketika. Selepas dia menyambut tangan bapanya, itu bererti dia akan menjadi isteri sah Aditya. Dah ketika itu, dia tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Perlahan-lahan, tangannya menyambut tangan Encik Asran.

            SEMUA kepala jemputan di Gereja itu menoleh ke belakang setelah terdengar bunyi pintu terkuak. Aditya yang berpakaian tuxedo putih turut menoleh. Kelihatan Tamara sedang dipimpin oleh Encik Asran. Saat itu Aditya seakan hilang seluruh kekuatannya, dimata Aditya, Tamara seperti memakai baju yang berselubung dengan kilauan bintang.
            Tamara menarik nafasnya dalam-dalam. Tempat duduk para jemputan sebelah kiri paling hadapan dipandang, kelihatan Isabel dan banjo berpakaian cantik sedang tersenyum sambil memandang ke arahnya.    

********************************************** 
p/s : enjoy reading...sorry saya tak pandai describe perasaan org masa kahwin :)

7 comments:

  1. yehhh!! diorng da kawen..
    arap2 Adi, tak pengsan nnt ^^

    ReplyDelete
  2. jgn kata yg adi cuma jemput lelaki jer ke majlis perkahwinan dia..

    ReplyDelete
  3. Moon > moment yg ditunggu2..hehe

    VW > agreed!

    WAS > hahah..knp pula adi nak pengsan??hehe

    anayue > semua yg dtg tu smstnya pekerja dibawah sykt Adi sj :)

    ReplyDelete
  4. adeh...
    jgn ttiba si adi nie pengsan plak da la..
    iyer la tpegun sgt tgk si tamara kn..
    smpai lemah2 lutut la katakan..
    hehehe...

    ReplyDelete
  5. okie,
    dia terkejut sbb Tara cntik sgt ..ahhahaha ^^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.