Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

24 April, 2011

Love.13 : The Beginner


The Beginner

            Dua minggu telah berlalu selepas Aditya dan Tamara sah menjadi suami isteri dimata-mata masyarakt dan media masa. Dalam dua minggu itu juga Tamara berkerja keras untuk mencari kerja dan berkat usahanya yang berterusan dia telah pun mendapat pekerjaan walapaun gajinya tidak lumayan seperti pekerjaannya yang lalu.
            Tidak banyak yang berlaku dalam dua minggu itu, cuma dunia media saja yang menjadi gila kerana tertanya-tanya siapakan pengantin perempuan Aditya. Wajah Tamara 24/7 keluar dalam tv ataupun surat-surat khabar tempatan. Tapi, Tamara seperti biasa. Orang-orang disekeliling Tamara langsung tidak mengetahui bahawa dialah wanita yang diperkatakan. Memang jauh berbeza Tamara yang memakai baju pengantin dan Tamara yang biasa. Mereka tidak dapat membezakan. Sebab itu Tamara bebas bergerak dimana-mana saja yang dimahukan.
            Teringat Tamara sewaktu dia dipimpin oleh ayahnya semasa berjalan permaidani merah, masih tersimpan reaksi Aditya melihat dia didalam baju pengantin putih. Berkali-kali Aditya menelan liur, nasib baik tidak pengsan. Terpaksa bertahan, kalau tidak rosak majlis itu gara-garanya sendiri. 
            Aditya dan Jeremy pula terpaksa ke luar Negara atas urusan kerja. Sudah dua minggu berlalu, Tamara langsung tidak mendengar apa-apa khabar berita. Ada pun, khabar-khabar angin dari media masa yang mengatakan Aditya bulan madu bersama isterinya di Paris. Tamara tergelak sendiri mendengar desas-desus itu. Kalaulah betul kami bulan madu? Macam manalah agaknya tu.
            Sedang Tamara menyiram bunga-bunga diluar café tempatnya berkerja, terasa seperti ada orang memerhatikannya dari belakang. Tamara menoleh dan meliarkan matanya diseluruh tempat. Banyak orang lalu-lalang tapi tiada yang mencurigakan. Setelah memastikan tiada sesiapa yang memerhatikkannya, dia pun masuk ke dalam kedai bunga di tempatnya berkerja.
            “Tamara, kau nak ikut kami makan tengahari?” soal Floris. Kawan sekerja Tamara. Tamara tersenyum. Floris dan seorang lagi kawam mereka bernama Anne memahami maksud senyuman itu.
            “Nak jemput boyfriend lagi? Hm..kau ni, sepatutnya boyfriend yang datang jemput kau, betul tak Anne?” kata Floris. Anne mengangguk, menyokong kata-kata temannya.
            “Kalau kau taknak tak apalah. Tapikan, kami nak tahu juga rupa teman lelaki kau ni,” kata Anne. Tamara tergelak. Dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa teman lelaki yang dia maksudkan itu adalah Benjo.
            “Tiba masa nanti, korang akan tahu juga. Aku pergi dulu,” ujar Tamara lalu beredar dari bilik rehat mereka. Selepas dia keluar dari café itu, dia terus menuju ke sebuah perhentian bas berdekatan.
            Semasa dalam perjalanan menuju ke perhentian bas, Tamara menyedari ada seseorang yang sedang mengekorinya dari belakang. Tapi Tamara tidak ingin membuat apa-apa kesimpulan. Dia ingin membuktikan dahulu sama ada benar lelaki itu mengekorinya ataupun tidak.
            Tamara terus menyimpang jauh dari perhentian bas. Sebuah kedai runcit menjadi destinasi. Dan dia tahu, lelaki itu mengikutinya dari belakang. Serius, lelaki ni nak apa dari aku? Takkan dia ni wartawan? Kalau betul dia ni wartawan, aku perlu menjauhkan diri. Getus hati Tamara.
            Sudah banyak kali Tamara cuba mengalihkan perhatian lelaki itu namun, dimana saja dia pergi lelaki itu pasti ada dan dia sudah terlewat untuk menjemput Benjo dan Bel. Kalau dia terus pergi, lelaki itu akan mengetahui kewujudan adik-adiknya. Dia tidak ingin adik-adiknya terlibat dalam masalah itu. Jadi Tamara membuat keputusan untuk bersemuka dengan lelaki itu.
            Tamara segera menoleh, membuatkan lelaki itu sedikit terperanjat. Tamara menghampiri lelaki itu. Belum sempat lelaki itu berlari, Tamara sudah memaut tangannya.
            “Kau ikut aku, kan? Jawab! Kalau tidak aku menjerit disini sekarang juga!” ugut Tamara.
            “Eh, jangan cik Tamara. Saya bukan orang jahat!” pantas lelaki itu bersuara. Tamara sudah mengerut kening.
            “Macam mana kau tahu nama aku?” soalnya sambil mencekak pinggang, dahu dinaikkan ke atas.
            “Er…saya kawan Adi. Jangan risau,” jawab lelaki itu sambil membuka top hatnya.
            “Jadi, kau ni siapa? Kau nak apa dari aku? Entah-entah, kau ni wartawan?” teka Tamara pula.
            “Bukan! Saya bukan wartawan. Er… sebenarnya, saya tak patut keluar dari tempat persembunyian saya tapi…”
           

            ADITYA meraup mukanya. Beberapa keping gambar diletakkan atas meja. Tubuh disandarkan, kepala memandang siling.
            “Kenapa kau tak balik saja kalau kau risau pasal dia?” soal Jeremy yang baru muncul dari dapur sambil membawa dua mug berisi coklat panas. Jeremy duduk dihadapan Aditya lalu mengambil beberapa gambar diatas meja.
            “24/7, huh?” soal Jeremy sambil menggeleng. Aditay terus merampas gambar-gambar ditangan Jeremy.
            “Shut up!
            “Kau ni dah mula sukakan Tamara, kah?” soalan Jeremy membuatkan Aditya hampir-hampir terlepas mug ditangannya.
            “Jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak? Aku buat semua ni untuk keselamatan dia. Kami baru saja ‘kahwin’, berita tu masih hangat sampai sekarang tau tak. Manalah tau, tiba-tiba wartawan serang dia. Kesian pula,” kata Aditya. Gambar-gambar itu disusun semula lalu dimasukkan ke dalam envelop kuning. Jeremy tersenyum penuh makna.
            “Macam tu ka?”
            “Ya, jawapan apa lagi yang kau nak dengar?”
            Jeremy ketawa pula. “Hey, sebelum kita balik nak tak kita belikan diorang hadiah?”
            “Hadiah? Hadiah macam mana?”
            “Hadiah apa-apalah, yang penting diorang boleh guna setiap hari,” kata Jeremy.
            “Tapi kalau dia tak nak macam mana, kalau dia marah macam hari tu lagi?” Aditya teringat semula pengalaman lalu. Pengalaman di mana dia cuba-cuba membelikan Tamara rumah. Dia tidak mahu lagi mengulang kejadian.
            “Kita belilah benda lain, benda yang boleh diterima umum,” cadang Jeremy. Aditya berfikir. Melihat keadaan Tamara didalam gambar-gambar membuatkan dia terfikir akan sesuatu benda. Benda yang boleh digunakannya hari-hari. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergegar. Aditya pantas menjawab.
            “Loki? Ada apa?” soal Aditya.
            “Oh, nama dia Loki?” suara perempuan kedengaran menjawab. Aditya tersentak lantas memandang Jeremy. Jeremy mengangkat kening tanda bertanya.
            “Tara?” hampir tersedak Jeremy mendengar nama Tamara disebut. Aditya sudah menggaru belakang kepala.
            “Macam mana…”
            “Lain kali, kalau nak suruh orang ikut saya, bagi tugas ni dekat orang yang professional atau pekerja perempuan. Sebab perempuan takkan jatuh cinta dengan perempuan!” suara Tamara kedengaran marah.
            “Apa? Loki sukaa…” ayat Aditya mati. “Maksud awak, Loki suka awak?” mata Jeremy sudah membulat, tidak percaya. Kedengaran dengusan kecil Tamara.
            “Ya, tapi itu bukan poin utama. Sekarang ni, saya nak awak suruh dia berhenti ikut saya. Saya tak suka!”
            “Tapi, ini untuk kebaikan awak, Tara. Saya taknak awak dalam bahaya,”
            “Tak perlu. Selama ini pun saya yang jaga diri saya sendiri. Tapi walauapapun, terima kasih sebab ambil berat pasal saya, saya boleh jaga diri saya sediri. Please, make him stop, okey?” kata Tamara, bukan arahan tapi lebih kepada rayuan. Aditya mengeluh lemah. Jeremy sudah memandang penuh pertanyaan.
            “I’m sorry… saya akan suruh dia berhenti,” kata Aditya, akur.
            “Okey, thank you!” klik. Talian putus. Aditya meletak semula telefon bimbit. Rambut dikuak kasar.
            “Adi, apa maksud Loki suka dengan Tamara?” soal Jeremy.
            “Takkan tak tahu lagi. Macam kau suka perempuan lah,” jawab Aditya acuh tak acuh.
            “Bukan begitu maksud aku, Loki tu betul-betulkah suka dengan Tamara? Sebab Loki yang aku kenal tak mudah jatuh cinta,” kata Jeremy seakan betul-betul arif tentang Loki. Loki adalah kawan semasa mereka masih disekolah tinggi lagi sehinggalah mereka belajar di university. Selepas tamat pengajian, Loki terus memohon untuk menjadi berkerja penyiasat peribadi, untuk memudahkan urusan kerja, Aditya meminta tolong Loki untuk mengekori Tamara. Tapi lain pula yang jadi.
            “It’s must be serious then!” kata Aditya. Entah kenapa dia berasa takut tiba-tiba. Jeremy mengerut kening memandang Aditya yang tiba-tiba pelik.
            “Hey, you okey?”
            “No… I’m not okey!” jawab Aditya lantas bangkit lantas menuju ke dapur.

*****

            “KAK!”  panggil Isabel dari luar rumah. Mendengar suara Bel seperti dalam kecemasan dia terus bergegas keluar.
            “Ada apa? What the…” melompat isi perut Tamara melihat 3 buah basikal berbaris dihadapan rumahnya. Dua buah basikal orang besar dan sebuah lagi basikal budak kecil. Perlahan-lahan dia mendekati basikal itu.
            “Kakak tahu apa-apa pasal basikal ni?” soal Bel.
            “Wahhh!! Ada basikal! Terima kasih kakak!” jerit Benjo girang sebaik saja dia keluar dari rumah dan melihat basikal-basikal itu. Tamara menggeleng.
            “Kakak tak tahu! Benjo, jangan dekat basikal tu!” pantas Tamara memeluk Benjo dari belakang, menghalang Benjo dari mendekati basikal tersebut.
            “Kenapa? Nak main,” rengek Benjo.
            “Itu bukan kita punyalah,” kata Tamara sambil melepaskan pelukkannya pada Benjo, peganggan berganti ke tangan Benjo pula.
            “Kalau itu bukan kita punya, kenapa ada depan rumah?” soal Bel. Tamara menggeleng.
            “Kak, betul ka ini bukan kita punya?” soal Benjo, wajahnya sudah bertukar sayu. Tamara sekadar tersenyum kelat. Dia tahu betapa Benjo inginkan sebuah basikal. Dia sering kali melihat Benjo memandang budak-budak yang bermain basikal ditaman berdekatan setiap kali mereka bersiar-siar waktu pagi. Ia seperti sudah menjadi rutin harian mereka. Dia tahu benar dengan sikap Benjo. Benjo tidak dapat menyatakan kemahuannya, tapi dia akan mempamerkan keinginan pada wajahnya.
            “Kakak minta maaf, tapi ini bukan kita punya,” Tamara tetap menjawab walaupun itu menyakiti Benjo.
            “Selamat pagi, Tamara!” tiba-tiba ada suara menegur mereka dari depan rumah.
            “Selamat pagi, Aila?” kata Tamara seakan tidak percaya Alia ada didepannya.
            “Hai!” ucap Isabel. 
            “Boleh kita bercakap didalam?” pinta Aila pula. Tamara segera mengangguk lalu mempelawa Aila masuk ke dalam rumah. Isabel dan Benjo menyusul.
“Ada apa? Tak pernah kau datang pagi-pagi macam ni,” soal Tamara selepas mereka melabuh punggung. Isabel pula ke dapur membuat air untuk tetamu mereka.
            “Memang tak pernah. Aku datang nak sampaikan sesuatu,”
            Dahi Tamara berkerut. “Ada apa?”
            “Ini pasal Edwin,”
            “Edwin? Ada apa dengan dia?”
            “Dah seminggu masuk hospital. Dia demam teruk, lepas tu taknak makan, taknak minum. Aku risau tengok dia,” cerita Aila.
            “Apa? Kenapa dia taknak makan?”
            “Aku tahu, aku tak patut masuk campur. Tapi boleh kau datang jenguk dia, suruh dia makan? Sebab setiap kali aku datang, dia akan panggil nama kau dalam tidur,” Tamara seakan tidak percaya. Peristiwa dimana kali terakhir dia bercakap dengan Edwin berputar kembali dalam mindanya.
            “Kau pasti aku boleh buat dia makan? Sebab aku rasa dia bencikan aku,”
            “Kenapa pula kau cakap macam tu, ada sesuatu terjadikah antara kamu?” dahi Aila sudah berkerut. Tamara pantas menggeleng. Takkan dia nak bagitahu yang Edwin pernah meluahkan perasaan padanya dan pernah mengajaknya berkahwin.
            “Takda apa-apa. Okey, aku akan pergi, dekat hospital mana?” putus Tamara. Mungkin ada baiknya dia bertemu Edwin, dia juga mahu selesaikan masalah antara mereka.
           
            “INGAT, jangan sentuh basikal tu!” pesan Tamara sebelum dia dan Aila beredar menuju ke hospital tempat dimana Edwin ditahan. Hanya Benjo yang mengangguk faham.
            “Bel, Bel dengar apa kakak cakap?”
            “Dengar. Tapi buat apa Bel sentuh, Bel tak pandai tunggang basikal pun,” kata Isabel.
            “Ya right!” jawab Tamara seakan baru teringat. “Benjo, kakak minta maaf untuk kali ni ya, kakak tak boleh bawa kamu jalan-jalan,” kata Tamara sambil mengusap kepala Benjo. Benjo hanya tersenyum.
            “Selamat jalan, kak!” ucap Isabel. Tamara dan Aila pun mengatur langkah.
            “Kak Bel, kita nak buat apa dengan basikal ni?” soal Benjo.
            “Entah, jom masuk!” kata Isabel sambil membawa Benjo masuk ke dalam rumah. Niat untuk bersiar-siar terbantut. Terpaksalah mereka berada dalam rumah seharian.
            Beberapa minit selepas keberangkatan Tamara, deruan sebuah kereta dari luar kedengaran. Benjo yang sedang meniarap mewarna terus bangun dan keluar. Isabel mengejar Benjo.
            “Benjo?!” panggil Isabel seakan marah dengan sikap Benjo yang suka keluar tanpa usul periksa.
            “Abang Eme!” panggil Benjo teruja. Jeremy yang baru keluar dari kereta terus mendukung Benjo. Isabel sudah pelik memandang Jeremy. Kenapa banyak sangat orang datang pagi-pagi ni? Soal Isabel dalam hati. Seperti tidak menyenangi kehadiran Jeremy. Mata Isabel dan Jeremy bertembung.
            “Kakak awak mana?” soal Jeremy sambil meletakkan Benjo ke tanah semula.
            “Maaf, dia baru pergi tadi,” jawab Isabel. Jeremy mengalih pandangan kearah basikal.
            “Dia tak guna basikal ni?” soal Jeremy.
            “Oh, jadi ini semua kerja abang Eme? Basikal ni milik abang?” soal Isabel sambil turun ke tanah mendapatkan Benjo.
            “Kenapa, awak tak suka?”
            “Kakak tak suka,”
            “Tapi Benjo nak main!” rengek Benjo pula.
            “Benjo, kakak dah cakap tadi jangan sentuh basikal ni, ini bukan kita punya!” Isabel seakan mengulang semula pesanan Tamara.
            “Apa salahnya Benjo main?”
            “Memang takda salahnya, tapi menerima pemberian orang lain tanpa sebab itu salah. Jangan manjakan kakak, jangan manjakan Benjo. There is no point on doing that,” kata Isabel. Jeremy sudah menggelengkan kepala. Kenapa dua beradik ni sama degil. Tak bolehkah terima pemberian orang lain tanpa banyak soal?
            “Bel ni memang setia dengan kakak Bel kan? Apa saja cakap Tamara, Bel turuti. Bel takda kemahuan Bel sendiri?” Isabel mengerut kening. Menunjukkan ketidakpuasan hati pada kata-kata Jeremy. Benjo sudah memandang Isabel dan Jeremy.
            “Saya bukan setia, itu prinsip saya. Prinsip kakak, jangan abang berani mempersoalkannya!”
            “Well, mungkin prinsip Bel dengan kakak Bel sama, tapi bukan Benjo. He deserve it! I don't care what you say, but i’m gonna let him do what he wanted to do!” balas Jeremy sambil membalas pandangan tajam Isabel. Tidak semana-mana, Benjo ditarik dari Isabel dan membawa Benjo bersama basikal kecil itu pergi.
            “Abang Eme! Abang Eme!” panggilan Isabel tidak diendahkan. Isabel mendengus kecil. Kemudian dia pun mengatur langkah mengejar Jeremy dan Benjo.

*****

            Tamara menguak daun pintu wad Edwin kemudian dia memandang Aila yang berada dibelakangnya. Dia seakan ragu-ragu untuk menemui Edwin tapi setelah melihat isayarat tangan Aila menyuruhnya untuk masuk, dia pun masuk.
            Katil Edwin dihampiri. Edwin kelihatan lena diatas katil. Bantuan air yang tergantung disebelah direnung sebentar. Kau jadi macam ni disebabkan aku, Edwin?
            “Tamara… Tamara…siapa dia?” Tamara tersentak tatkala terdengar Edwin meracau. Tamara segera duduk ditepi katil.
            “Hey, Edwin? Edwin?” bahu Edwin digoncang.
            “Siapa dia Tamara? Siapa dia?” racau Edwin lagi. Air mata lelaki Edwin sudah mengalir ditubir mata.
            “Edwin!” panggil Tamara lagi, kali ini lebih kedengaran seperti menjerit. Edwin pantas tersedar, matanya terbuka luas. Tapi selepas menyedari Tamara berada disisinya, cepat-cepat dia bangun menegakkan badan.
            “Tamara? Apa kau buat dekat sini?” soal Edwin sambil mengesat air matanya.
            “Datang melawat kaulah. Kau kenapa, kata Aila kau taknak makan, taknak minum. Apa kau dah buat pada diri kau ni?” soal Tamara seakan kesal dengan sikap Edwin. Edwin mengali pandangannya kearah tingkap.
            “Keluar!” kata Edwin menghalau.
            “Apa?”
            “Aku kata keluar. Aku taknak jumpa kau lagi! Biarkan aku, aku mati sekali pun kau takkan kisah!” bentak Edwin. Tamara sudah mula bengang dengan sikap Edwin. Tapi cepat-cepat dia menarik nafas.
            “Edwin, kenapa kau cakap macam ni?”
            “Sebab aku tahu, aku tak bernilai! Pada kau dan pada siapa-siapa!”
            “Siapa cakap? Kau kawan aku, kau berharga buat aku,”
            “Kalau aku berharga pada kau, kenapa kau tolak lamaran aku dan terima orang lain?” Tamara tersentak. Terkejut.
            “Apa maksud kau cakap macam tu?” soalnya gagap.
            “Aku nampak kau masuk kereta lelaki tu. Siapa dia, Tamara? Apa yang dia ada aku takda? Sebab dia kaya, boleh beri kau apa saja yang kau nak?” soalan Edwin dirasakan seperti machine gun yang bertubi-tubi mengena telinganya sehinggakan dia tidak tahu soalan mana yang perlu dijawab dahulu.
            “Lelaki mana?”
            “Jangan buat tak tahu. Lelaki tu nampak kaya, dengan kereta mewah warna merah. Aku nampak depan mata aku sendiri, Tamara,” kata Edwin. Tahulah Tamara sekarang siapa yang dimaksudkan Edwin, siapa lagi kalau bukan Aditya.
            “Aku tahu aku miskin, kerja sekadar pelayan. Tapi sekurang-kurangnya aku nak bina hidup dengan kau? Kenapa kau tak boleh terima aku?” kata Edwin sayu. Air matanya sudah mengalir deras. Kali pertama Tamara melihat lelaki menangis sedemikian rupa dihadapannya. Tamara menghembus nafas berat.
            “Edwin, bukan macam tu…it’s complicated,”
            “Kau cakap kita tak boleh bersama dengan orang yang kita tak suka, jadi kau suka lelaki tu?” soalan Edwin membuatkan Tamara mengelabah.
            “Tak… aku anggap dia macam aku anggap kau sebagai kawan,” jawab Tamara.
            “Kalau begitu, kau sudi beri aku peluang untuk buat kau suka aku? Bagi aku peluang, aku akan buat yang terbaik. Boleh, kan?” Ewdin sudah mencapai tangan Tamara. Tamara tersentak.
            “Edwin…” Tamara buntu. Dia tidak mahu memberi Edwin harapan palsu.
            “Kamu akan bagi dia peluang bukan?”
            Tamara dan Edwin serentak memandang kearah pintu. Tamara terus menarik tangannya yang berada dalam genggaman Edwin. Seorang wanita lingkungan 50-an sedang melangkah masuk sambil membawakan sedulang hidangan.
            “Mama,” panggil Edwin. Tamara segera tunduk.
            “Hai aunty,” ucap Tamara. Puan Runi meletakkan dulang itu ke atas meja lalu mendekati Tamara.
            “Kamu akan bagi anak saya peluang, kan?” soal Puan Runi penuh pengharapan. Tamara tidak dapat menjawab. Dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang, dia dah ada suami! Benjo, Bel, tolong kakak! Batin Tamara sudah menjerit meminta pertolongan. 

**************************************************
 P/s: sy ada soalan, apa pendapat korang dgn jalan cerita FLK sekarang? Lame? lambat? atau tak suka? tolong jawab ya ^_^, anyway, enjoy reading n thanks for reading <3

8 comments:

  1. okie:suka cerita flk!!cerita ni sgt comel..
    edwin tak tau ke yg tara dah kwen ngan adi??

    ReplyDelete
  2. edwin tak tau Tara dah kawin sbb tara tax bg tau, kn ada dlm chapter sblumny edwin ada luahkan isi hati dia pd tara, sbb tu tara xbg tau :)

    ReplyDelete
  3. alahai...
    complicated nyer..
    ttiba ramai sgt llaki suka kat tamara nie...

    tamara...
    bgtau je la yg awk da kawin..
    nti lg terjerat diri sendiri nti..
    huhuhu...

    ReplyDelete
  4. jeng..jeng..jeng.. mesti Tara rasa serba salah.

    ReplyDelete
  5. betul tu..kenapa sekarang ni ramai sangat yg suka kat tara?setuju ngan VR...

    ReplyDelete
  6. Sian Tamara. Mesti dia serba salah.

    ReplyDelete
  7. ske cte nie..bez2..cpt2 smbng ea...hee~~

    ReplyDelete
  8. hahaha...ada sebab napa semua org suka Tara, sbb Tara kan berdikari..khekhe (jwpn tak masuk akal sbb semua org berdikari) tp kita lihat nanti, mcm yg shasha ckp...jeng, jeng, jeng!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.