Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 April, 2011

Love.14 : Honey Moon, Honey




            ISABEL mendengus kecil. Entah kenapa dia tidak begitu sukakan kewujudan Jeremy dalam kehidupan mereka. Tapi Aditya, dia tidak kisah sebab Aditya langsung tidak pernah bertegur sapa dengannya malah, tengok dia pun macam orang yang tak ada perasaan.

Tapi Jeremy? Jeremy sangatlah menyibuk. Pertama, pandangan mata Jeremy terhadapannya membuatkan dia tidak keruan, kedua, Jeremy cuba-cuba untuk mengubah prinsip yang telah dipegangnya selama dia hidup. Ketiga, suka sangat menyibuk pasal orang lain. Keempat, walaupun dia sedang marah, Jeremy masih boleh tersenyum. Perit hati ni nak tengok dia senyum! Dia tidak suka orang lain menggangu-gugat keadaannya.
Sesekali Jeremy yang sedang kusyuk mengajar Benjo berbasikal memandang kearah Isabel yang sedang duduk tidak jauh dari tempat dia berteduh. Isabel sudah menggeleng. Jeremy hanya tersenyum.
“Benjo boleh belajar sendiri, kan?” kata Jeremy.
Benjo mengangguk lalu menjawab. “Benjo boleh, Benjo nak belajar sendiri,”
“Baiklah, abang pergi dekat kak Bel dulu, ya? Hati-hati!” pesan Jeremy sebelum dia berlalu pergi.
Isabel melihat Jeremy sedang mendekati tempatnya, cepat-cepat dia buat muka muak. Jeremy melabuh punggung disebelahnya.
“Bel benci saya atau suka saya?”
“Benci!” tanpa berselindung, Isabel jujur. Jeremy tergelak.
“Tak pernah orang cakap dia benci saya. Kenapa Bel benci sangat dengan saya?”
“Perlu ada sebab?” kata Isabel tanpa memandang wajah Jeremy.
Of course, kecuali kalau Bel suka saya, saya tak perlukan sebab,” balas Jeremy pula. Sengaja mengusik Isabel. Suka sangat dia melihat Isabel naik darah.
“Satu, sebab saya benci orang macam abang Eme. Dua, abang Eme suka masuk campur dalam urusan hidup kami. Tiga, saya tak suka abang Eme mempersoalkan prinsip saya. Empat, saya tak suka tengok abang Eme senyum. Puas hati?” jawab Isabel. Isabel kini bukan lagi seperti Isabel dulu. Dia seperti tidakd apat mengawal emosi dihadapan Jeremy, lebih jujur, dan ternyata degil. Di hadapan orang lain, dia seperti robot, tiada reaksi. Tapi bersama Jeremy, banyak reaksi yang tertera diwajah cantik miliknya.
“Empat saja? Hm..tapikan, dari apa yang saya dengar dari sebab-sebab Bel tu, Bel bukanlah benci sangat dengan saya,” Isabel pantas menoleh ke kiri.Matanya membulat macam nak telan orang pun ada juga.
“Kenapa abang Eme cakap macam tu?”
Hello, Bel panggil saya dengan panggilan abang Eme. Itu bukan benci, kan?”
“Walaupun saya benci abang Eme, tak semestinya saya tak hormatkan abang. Abang lebih tua dari saya, jadi itu panggilan yang sesuai untuk abang,” Jeremy sudah tergelak mendengar penjelasan Isabel. Serius dia rasakan. Isabel pelik, semua ahli dalam keluarga Tamara memang pelik-pelik belaka. Sukar untuk difahami. Kecuali Benjo. Dia tidak pernah fikirkan bahawa seorang perempuan boleh jadi begitu misteri padanya.
“Saya rasa, lebih baik Bel panggil saja saya Eme,” kata Jeremy. Isabel sudah mengerut kening.
“Kenapa pula?”
“Sebab saya bukan abang Bel,” jawabnya. Isabel sudah menjulingkan mata. Eme? Lebih baik saya panggil awak mangkuk.
I ‘d rather call you ‘mangkuk’ than Eme,” hah, ambil kau Jeremy. Nak sangat saya tunjukkan yang saya bencikan awak? Jeremy sudah tergelak kecil.
“Really, Eme is fine,” jawab Jeremy dalam bibir yang tersenyum manis. Isabel sudah rasa pelik dengan sikap Jeremy. Boleh pula dia senyum! Tiba-tiba Isabel pantas bangkit dan menghampiri Benjo. Lebih baik bersama Benjo daripada sakit jantung. Jeremy hanya tersenyum melihat kelatah Isabel. Adakalanya dia rasa macam nak cubit-cubit saja pipi Isabel, comel sangat!
Sedang Isabel bermain dengan Benjo, tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu dihujung taman, sebelah pokok. Kelihatan seorang lelaki sedang mengambil gambar kearah mereka. Kelakuan lelaki itu mencurigakan. Sebaik Isabel melihat kearah pokok itu, lelaki itu gian mengambil gambar. Seperti Isabel seorang model kepadanya. Tapi pelik, tidak pernah pula Isabel melihat lelaki itu ditaman tersebut sebelum-sebelum ini. Mungkinkah ia hanya perasaannya sahaja?

*****

“WILL you, Tamara?” soal Edwin lagi. Tangan Tamara sudah dicapai lalu digengam kemas. Tamara mula kekok. Janggal diperlakukan seperti itu oleh teman baiknya sendiri. Perlahan-lahan Tamara menarik tangannya namun cepat saja Edwin mengemaskan genggamannya.
“Tamara? Kau akan bagi aku peluang, kan?” kata Edwin lagi, wajahnya jelas menunjukkan kesungguhan. Tamara semakin serba-salah. Apa lagi apabila ibu Edwin sedang melihat mereka seperti itu. Puan Runi mendekati Tamara lalu mengambil sebelah tangan Tamara.
“Anak mak cik tidak pernah seserius ini dengan orang lain, Tamara. Hanya dengan Tamara mak cik dapat melihat kesungguhan Edwin dan mak cik nak lihat dia bersemangat kembali. Tamara akan beri dia peluang, kan?” kata Puan Runi. Tamara binggung, kedua-dua pihak pun inginkan benda yang sama, malah anak-beranak. Apa yang patut dia lakuakan? Apa akan jadi pada kontrak dia dengan Aditya jika dia memberi peluang kepada Edwin?
Tamara melihat Edwin, mencari anak matanya. Wajahnya yang pucat dengan gegelung hitam dibawah mata mewujudkan rasa simpati dalam harinya. Tamara akhinrya mengeluh kecil.
“Baiklah, kita cuba. Kalau ini tidak berhasil, maafkan aku,” kata Tamara. Serentak itu Edwin melonjak kegembiraan, menjerit-jerit keseronokan.
“Edwin! Shuu!!!” Tamara sudah menepuk lengan Edwin. Puan Runi pula sekadar tersenyum melihat anaknya kembali bersemangat.
“Terima kasih Tamara. Ini bubur untuk Edwin, kamu boleh tolong suapkan dia, kan?” pinta Puan Runi pula. Err! Suap Edwin?
“Er…sebenarnya…saya…”
“Boleh, kan?” potong Puan Runi membuatkan Tamara tiada pilihan lain selain mengangguk. Mangkuk berisi bubur itu bertukar tangan. Tamara duduk dibangku bersebelahan katil. Edwin sudah tersenyum-senyum seperti orang terkena durian runtuh.  

            ISABEL mengeluh kecil lalu menjenguk semula ke ruang tamu. Tamara yang sedang Mundar-mandir dihadapan tv diperhati kejap. Kemudian dia menggeleng perlahan. Selesai mencuci gelas yang terakhir, Isabel terus keluar dari dapur dan meluru kearah Tamara.
            Tamara mengangkat wajah apabila Isabel tiba-tiba berdiri dihadapannya.
            “Boleh kakak duduk?” soal Isabel.
            “Kenapa? Kakak tak boleh berdiri?” kata Tamara pula.
            “Bukan begitu, tapi kakak tak nampak Benjo ni dah tertidur atas lantai?” soal Isabel. Tamara lantas tersedar. Isabel sudah mengangkat tubuh Benjo masuk ke dalam bilik. Tamara menyusul.
            “Apa masalah kakak sebenarnya? Tadi pun kakak makan sikit saja? Kakak risau pasal apa?” soal Isabel sambil perlahan-lahan meletakkan tubuh Benjo ke atas tilam lalu menyelimutkan separuh tubuh Benjo. Kedengaran keluhan kecil dari Tamara.
            “Kakak rasakan Bel, kakak dah buat dosa besarlah,” kata Tamara.
            “Memang kita semua berdosa, kak,” jawab Isabel tenang pula.
            “Bukan tu lah. Kakak tak setia pada Adi, kakak dah khianati dia,” kata Tamara. Isabel memandang kakak tersayangnya itu.
            “Kenapa kakak cakap macam tu?”
            “Bel tahukan Edwin tu siapa? Dia sukakan kakak dah hari ini habis kakak dihentam oleh Puan Runi dan Edwin suruh kakak beri dia peluang untuk jadi teman lelaki kakak. Kakak tak tahu nak jawab apa, tengok muka puan Runi dah cukup kesian pada kakak,” cerita Tamara.
            “Jadi kakak jawab ya?” teka Isabel. Perlahan-lahan Tamara mengangguk. Isabel sudah menggaru kepalanya.
            “Kenapa kakak jawab ‘ya’?”
            “Jadi kakak nak jawab apa? Takkan ‘tak’, Bel tak nampak muka diorang amcam mana, tau tak? Rasa macam kakak sedang tunggu hukuman gantung saja,”
            “Kita kan sentiasa ada pilihan jawapan sama ada ‘ya’ atau ‘tak’, yang kakak pergi jawab ‘ya’ kenapa? Jawab sajalah ‘tak’. Kalau terjadi sesuatu, itu bukan salah kakak,” kata Isabel pula, selamba.
            “Bel ni, memang tak berhati perutlah. Edwin tengah sakit teruk, mama dia pula dah nak menangis tunggu jawapan kakak. Tak sampai hati pula nak lukakan hati dia,”
            “Sebab itu Bel cakap, jangan terlalu cepat bersimpati nanti kakak sendiri yang susah. Nah…sekarang kakak dah dapat padahnya,”
            “Eee… Bel ni, langsung tak boleh tolong kakak la!” marah Tamara pula.
            “Bel pula yang salah? Kakak kan yang jawab ‘ya’, Mungkin Bel tak boleh tolong kakak tapi ada seorang tu boleh tolong kakak,” kata Isabel. Tamara sudah mengerut kening. Tertanya-tanya siapakah orang yang dimaksudkan adiknya itu.
            Siapa lagi kalau bukan Aditya. Aditya? Sanggupkah dia dengar masalah ni sedangkan aku yang dah khianati dia? Entah-entah ditendangnya aku keluar dari rumahnya sebab dah khianati janji kami. Tapikan, Aditya tak perlu tahu masalah ni sebab ini hal peribadi aku. Kenapalah aku risau sangat? Heh! Tamara, Tamara!
            Tamara sudah tersengih-sengih lega sambil mengetuk kepalanya kerana terlalu berfikir yang bukan-bukan. Tamara yang sedang mengemas meja segera berpaling kearah pintu masuk restoran apabila terdengar suara dari kaunter menyambut tetamu. Matanya berkerut sebaik saja melihat seseorang yang berpakain pelik. Cermin mata hitam dengan snow cap serta mafela terlilit dilehernya sehingga menutupi separuh dari wajahnya. Tamara sekadar menggelengkan kepala. Orang sekarang memang pelik-pelik, panas-panas begini pun nak pakai mafela.
            “Tamara!” baru saja Tamara ingin balik ke dapur, namanya sudah dipanggil oleh pekerja di kaunter. Tanpa berfikir panjang dia terus menghampiri kaunter. Orang yang berpakaian pelik itu masih lagi berdiri dihadapan Polin, pekerja kaunter.
            “Kenapa?” soal Tamara.
            “Encik ni cari awak,” kata Polin sambil memuncungkan mulutnya kearah orang yang berpakaian pelik. Tamara memandang orang tersebut.
            “It’s me, Tara. Adi!” orang itu berbisik. Hampir terlompat isi perut Tamara mendengar nama itu.
            “Adi? Apa awak buat dekat sini dengan pakaian macam ni pula tu?” soal Tamara sambil membawa Aditya ke tempat yang tiada pelanggan.
            “Saya perlu jumpa dengan awak. Saya ada masalah besar!”
            “Huh? Adi, saya ni takda apa-apa macam mana saya nak tolong awak selesaikan masalah besar awak tu?”
            “Senang. Ikut saya!” jawab Aditya seraya menarik tangan Tamara ingin meninggalkan restoran itu tapi Tamara cepat menegah.
            “Wei, saya masih kerjalah!”
            “Awak dah tak kerja disini lagi, saya dah uruskan semuanya. Jom!”
            “Apa? Wei, Adi! Tunggu!” amarah Tamara tidak diendahkan, langkahnya cepat diatur menuju ke porchesnya yang terpakir dihadapan cafe.
            “Hei, awak tak jawab pertanyaan saya lagi!” marah Tamara sebaik saja Aditya masuk ke dalam kereta. Handbreak terus ditekan dan membawa kereta itu keluar dari kawasan restoran tersebut.
            “Adi!” panggil Tamara seakan menjerit. Aditya menoleh. Cermin mata hitam serta akseori-aksesori pelik ditubuhnya ditanggalkan lalu dilemparkan ke tempat duduk belakang.
            “Saya minta maaf Tara, sampai rumah baru saya ceritakan semuanya, ya?” kata Aditya. Tamara sudah mengigit bibir.
            “Adi, saya baru saja kehilangan kerja disebabkan awak jadi saya berhak untuk tahu sekarang juga!” bentak Tamara.
            “Okey, kalau awak berkeras. Saya nak bawa awak berbulan madu!”
            “Apa? Bulan madu?” hampir terjerit Tamara mendengar ‘pelawaan’ Aditya itu. Aditya hanya mengangguk. Segala pertanyaan Tamara tidak lagi dilayan kerana mereka perlu beredar segera.

*****

            “WEI, kenapa balik ke rumah saya pula?” soal Tamara apabila sedar kereta itu sedang menuju ke rumahnya.
            “Sebab rumah saya dah dikepung dengan wartawan, lepas diorang tahu saya dah balik diorang terus serbu saya,” terang Aditya.
            “Tapi kenapa rumah saya?” soal Tamara pula seakan tidak puas hati. Aditya memandang Tamara.
            “Saya menyusahkan Tara, ka? Kalau gitu kita pulang ke villa saya la, biar semua pemberita tu nampak Tara,” kata Aditya berbaur ugutan.
            “Eh, jangan, jangan! Okey, okey…rumah saya,” Tamara mengalah akhirnya. Beberapa minit kemudian, mereka sudah pun tiba di perkarangan rumah Tamara. Isabel dan Benjo masih lagi berada disekolah. Jeremy pula sedang menunggu diluar rumah.
            “Boleh ulang sekali lagi?” soal Tamara seolah-olah tidak jelas dengan penjelasan Jeremy itu.
            “Awak dan Adi perlu berbulan madu sebab isu perkahwinan Adi sekarang masih hangat diperkatakan lagi. Masih banyak pihak yang belum yakin dengan perkahwinan kamu ni, malah pelabur-pelabur dari syarikat Adi sendiri ada yang mempersoalkan kesahsihan perkahwinan ni. Kalau diorang tahu perkawhinan ni palsu, saya pasti diorang takkan suka, maksud saya betul-betul TAK SUKA,” terang Jeremy sekali lagi sambil menekankan ayat tak suka.
            “Tapi kenapa bulan madu? Kenapa tak buat sidang akhbar saja?” soal Tamara.
            “Kalau kami buat sidang akhbar, awak akan muncul dalam tv dan saya taknak awak dikenali ramai sebab itu akan menambahkan lagi masalah,” jawab Aditya.
            “Eh, kamu pastikah ‘bulan madu’ pilihan yang tepat untuk selesaikan masalah ni? Bukankah tiu sama saja dengan saya bersidang akhbar sebab orang akan nampak juga muka saya”
            “Tak, sebab awak akan guna rambut palsu,” jawab Aditya pula. Kening Tamara terangkat. Pakai rambut palsu?
            “So, kalau saya pakai rambut palsu, orang takkan kenal saya?”
            Jeremy mengangguk. “Itu cuma nak alihkan perhatian diorang saja, lagupun diorang mana berani nak dekat dengan kamu. Diorang Cuma berani nak ambil gambar dari jauh aja,” Tamara kelihatan faham dengan isi Jeremy.
            “Saya percaya banyak paparazzi yang akan ikut korang selama korang ‘berbulan madu’ lepas tu, perkahwinan korang akan terbukti benar,” terang Jeremy pula. Tamara berfikir sejenak. Entah apa yang difikirkannya.
            “Emm…nak tanya. Maksud ‘bulan madu’ tu bukan yang…” Tamara tidak terus menyambung kata-katanya berharap mereka akan dapat menangkap maksudnya sendiri.
            “Of course not!” jawab Aditya cepat. Pantas Tamara mengangguk.
            “Okey, so berapa lama dan dimana?” soal Tamara.
            “Tak lama, tiga hari saja. Bali, Indonesia,” jawab Jeremy. Wajah Tamara tiba-tiba berubah sayu.
            “Jauh tu. Er, boleh Bel dan Benjo ikut?”
            Jeremy segera menggeleng. Aditya sudah memandang Tamara, wajahnya ikut sayu. Dia tahu benar perangai Tamara jika dia berjauhan dengan adik-adiknya.
            “Tak bolehkah? Kenapa pula?”
            “Sebab, ini hanya untuk awak dan Adi saja. Lakonan awak sebagai Faye, isteri Aditya,” kata Jeremy lagi.
            “Eme!” tegur Aditya.
            “Faye? Siapa Faye?” soal Tamara pelik. Wajah Aditya dan Jeremy dipandang bergilir-gilir.
            “Tamara Faye Asran, saya ambil nama Faye sebagai awak, isteri saya,”
            “Jadi korang terus decide apa korang nak buat tanpa bincang dengan saya?” soal tamara, ada rasa marah dalam nadanya.
            “Bukan begitu, Tara. Tapi kita takda masa nak bincang…”
            “Takda masa?” soal Tamara sambil bangkit. “Takda masa awak cakap? Masa siapa, awak atau saya? Basikal tu, awak terus beli tanpa berbincang dengan saya, pasal kerja saya, awak terus berunding dengan majikan saya dan buat saya kehilangan kerja dan sekarang pasal bulan madu? Awak terangkan pada saya, Adi. Adakah semua ni pasal awak aja? Awak pernah fikir pasal saya? Perasaan saya?” kata Tamara, entah dari mana dia dapat semangat untuk meluahkan rasa hatinya. Terkejut Aditya dan Jeremy dengan kata-kata Tamara itu. Tidak sangka yang Tamara akan berkata begitu. Tadi okey ja, tiba-tiba boleh bergaduh ni apa hal?
            “Bukan begitu, saya minta maaf…tapi…”
            “It’s okey, I’ll do it!” potong Tamara.
            “Tamara, awak tahu apa yang Adi dah buat hanya untuk awak? Takkan hal sekecil ni awak nak berkira? Lagipun awak dah tandatangan perjanjian tu bermakna dalam setahun ni awak akan berkerja-sama dengan Adi. Jadi boleh tak awak buat saja apa yang kami dah rancang? Ingat, awak berhutang dengan Adi,” kata Jeremy, keras dan tajam menyentap jantung Tamara.
            “Eme! Aku tahu kau marah, tapi tolong kawal emosi kau boleh tak?” marah Aditya pula. Jeremy sudah menguak rambutnya ke belakang. Dia mendengus kecil. Wajah Tamara yang masih terkejut masih dipandang.
            Tanpa meminta maaf, Jeremy terus keluar dari ruang kecil itu.
            “Tara, saya minta maaf, ya? Bukan begitu maksud…”
            “It’s okey…tak perlu jelaskan lagi. Saya faham, saya akan ikut semua rancangan yang korang dah tetapkan. Jangan risau,” kata Tamara. Aditya semakin dihimpit rasa bersalah. Terpaksa memilih antara satu, Tamara atau Jeremy.
            “Bila kita nak jalan?” soal Tamara seperi biasa.
            “Emm..esok. Flight kita jam 12, so saya akan ambil awak sekitar jam 9,” jawab Aditya. Tamara sekadar mengangguk kemudian dia berlalu ke daun pintu dan menguak pintu tersebut. Aditya yang segera faham dengan tingkah Tamara itu terus berdiri mendekatinya.
            “Tara, saya…”
            “Saya dah cakap, tak perlu explain. Saya faham!” kata Tamara hampir meningikan suaranya. Aditya tidak jadi meneruskan kata-katanya. Tamara mengalihkan pandangannya ke tepi, dia tahu Aditya sedang merenungnya dengan pandangan simpati. Renungan itulah yang paling dia benci, simpati! Dia tidak perlukan simpati dari siapa-siapa.
            Aditya terus melangkah keluar. Tamara pula terus menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Entah kenapa dia betul-betul terasa dengan kata-kata Jeremy tadi, perkataan ‘hutang’ itu betul-betul menyentap hatinya. Membuatkan dia terimbau kembali kenangan pahitnya dulu. Gara-gara hutang, dia hampir kehilangan kedua-dua orang yang paling disayanginya. Sebab itu dia terus beralah dan menurut segala rancangan Aditya dan Jeremy. Walaupun dia tahu, Aditya tidak akan berbuat jahat terhadapnya tapi dia masih takut lagi..                                            

4 comments:

  1. Okie, firstly, cuba tgk perenggan kedua. okie skip ketiga.

    sy suka bel ngan jeremy. comel!! watak dorang agak menyerupai iris n venn. hahaa... keep up the good work.

    Tamara Faye ASran. Seperti pernah kudengar nama itu, tp dimana ya? hahaaa.... *wink-wink

    ReplyDelete
  2. ya kan..okey nanti sy edit..huhu susah ni...Tamara Faye Asran? Faye dan Asran ka? hehe...kebetulan aja tu..haha..^_____^

    ReplyDelete
  3. honey moon.....
    VR; faye dan asran?hahha..mmg selalu dengar..

    ReplyDelete
  4. ooohhh tidak...
    naper la si tamara nie tima edwin tu..
    aduh..
    btambah complicated la nti..
    aper tamara nk bgtau kat edwin nti dia xde g honeymoon??
    huk huk huk..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.