Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 April, 2011

Love.15 : The Real Wife-Husband



            ADITYA memandang Tamara yang duduk disisinya. Selepas naik ke kapal terbang itu, Tamara terus mendiamkan diri pandangan dilemparkan ke tingkap. Aditya mengeluh kecil. Baru saja tadi dia melihat senyuman Tamara semasa Isabel dan Benjo menghantar mereka ke lapangan terbang. Walaupunbegitu, Tamara memangis saat mereka sudah ingin memasuki gate menunggu. Sedih kerana terpaksa meninggalkan Isabel dan Benjo. Tapi melihat sikap Tamara seperti itu membuatkan dia risau. Setiap kali dia ingin memulakan bicara, Tamara akan memintas atau mengubah topik perbualan dan akhirnya Aditya langsung tidak boleh berkata apa-apa.
            Walaupun penerbangan mereka kelas pertama tetap tidak itu langsung menarik perhatian Tamara. Selalunya orang yang tidak pernah menaiki kapal terbang akan merasa teruja. Tapi Tamara tidak, dia seolah-olah layang-layang yang terputus tali.
            Setelah 3 jam dalam penerbangan, akhirnya kapal terbang itu mendarat juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar, Bali, Indonesia. Selepas itu, Aditya dan Tamara terus menaiki teksi menuju ke Amankila Resort, perjalanan itu akan memakan masa selama lebih kurang sejam daripada lapangan terbang itu.
            “Ini kali pertama kalian datang ke Bali?” tanya pemandu teksi itu dan loghat Indonesia.
            Aditya tersenyum mesra. “Ya,” jawabnya sambil memandang Tamara.
            “Ini isteri kamu, ya? Dia sungguh cantik,” puji pemandu itu lagi. Tamara masih tiada reaksi dengan perbualan mereka itu.
            “Dia memang cantik,” sokong Aditya pula. Berharap agar pujian itu membuatkan Tamara memberi respon namun sangkaannya meleset. Orang seperti Tamara tidak akan termakan dengan kata-kata pujian.
            “Tuan datang ini mahu berbulan madu, ya?” tanya pemandu itu sambil memandang Aditya dari cemin hadapan.
            “Ya, kami baru saja kahwin,” jawab Aditya. Dan perbualan mereka itu berterusan tanpa celahan daripada Tamara dan sehinggalah mereka tiba di Amankila Resort. Sebuah resort yang sungguh cantik di Bali. Sengaja Aditya memilih tempat itu kerana tempat tersebut dikelilingi dengan pokok-pokok jadi agak terlindung daripada paparazzi yang akan mengekori mereka nanti.

            SEBAIK saja Aditya dan Tamara turun dari kereta, beberapa orang pekerja resort itu sudah menunggu Aditya dipintu utama. Seperti yang Aditya minta, semua adalah pekerja lelaki dan resort itu sudah disewa selama 3 hari.
            “Welcome to our Resort, Sir Aditya!” sambut seorang pengurus lelaki diresort itu. Aditya hanya mengangguk. Sementara pekerja-pekerja lelaki yang menyambut kedatangan Aditya bersama Tamara sudah mengangkat bagasi-bagasi mereka.
            Tiba-tiba Aditya tersedar Tamara tiada disisinya, tercari-cari Aditya disekitar bangunan resort itu.
            “Tuan, isteri Tuan,” kata pemandu teksi itu sambil memandang ke bawah disebalik teksi. Aditya bingkas bergerak ke sebelah teksi. Kelihatan Tamara sedang duduk mencangkung memeluk lutut.
            “Tara, awak okey ka?” soal Aditya, dia mula cemas melihat keadaan Tamara. Tamara menggeleng tanpa mengangkat wajahnya.
            “Hey, awak sakit ka? Mana sakit?” soal Aditya lagi sambil mencapai tangan Tamara, namun reaksi Tamara menarik tangannya semula mengejutkan Aditya. Aditya mula berfikir, adakah Tamara masih marahkannya pasal Jeremy?
            “Janganlah macam ni. Bagitau saya, awak sakit? Awak nak muntah?” soal Aditya, lembut. Akhirnya Tamara mengangguk perlahan.
            “Awak nak muntah? Mari, saya bawa awak masuk ke dalam,” kata Aditya lalu berdiri.
            “Saya tak boleh,” jawab Tamara masih dalam keadaan muka terbenam diantara lutut. Aditya duduk semula. Tidak semana-mena, tubuh Tamara terus diangkat seperti sorang putera mengangkat puterinya. Tamara kaget dengan tindakan Aditya mengangkatnya. Serta-merta hilang sakit diperutnya itu.
            “Adi!” marah Tamara.
            “Shuuu!!” arah Aditya pula membuatkan Tamara terus terdiam. Sakit diperutnya kembali menyerang lalu dia merebahkan kepalanya dibahu sasa Aditya. Pekerja-pekerja lelaki itu seakan terpegun dengan layanan Aditya terhadap Tamara. Mungkin tidak pernah melihat seorang lelaki begitu bersikap romantik.
            “Bawa kami ke bilik, cepat!” arah Aditya pada pengurus itu. Pekerja-pekerja itu sudah tersengih-sengih mendengar arahan Aditya.
            “Mungkin dah tak sabar, kot!” bisik salah seorang pekerja itu. Walaupun perlahan tapi masih sayup-sayup ditelinga Aditya namun dia tidak mahu mengambil kira, keadaan Tamara lebih penting sekarang.

*****
            ADITYA meletakkan Tamara diatas katil setelah mereka tiba didalam kamar mereka. Sebaiks aja mendarat, Tamara terus menarik selimut sehingga menutup seluruh tubuhnya. Aditya pelik lalu duduk disisi Tamara.
            “Hey, Tara. Awak sakit apa? Boleh saya beli ubat,” kata Aditya. Risau dia melihat Tamara begitu.
            “Tak perlu…lepas tidur okeylah,” jawab Tamara. Di dalam selimut, dia sudah memicit-micit perutnya yang terasa seperti dihiris-hiris dengan pisau Rambo. Tidak mahu Aditya risau, dia paksakan diri untuk meluruskan tubuhnya.
            “Kalau macam tu, buka selimut ni. Saya nak tengok awak,” kata Aditya sambil menarik selimut itu namun Tamara pantas menggengam semua selimutkan agar tidak lurut dari tubuh.
            “Tak perlu saya okey!” jawab Tamara. Aditya yang mendengar suara Tamara seakan terdengar bunyi orang menahan sakit. Aditya bingkas bangkit beralih tempat ke sebelah kanan katil pula. Tanpa sebarang persediaan Tamara, selimut itu terus diselak. Tamara tersentak lantas melarikan tangannya yang sedang menekan perut.
            “Awak sakit perut?” soal Aditya.
            “Bukan masalah awaklah, Adi. Leave me alone!” marah Tamara lalu mengiring membelakangi Aditya.  Aditya mengeluh lemah.
            “Tara… please, let me help you. Jangan tanggung kesakitan tu seorang diri,”
            “Adi, saya dah puas terima pertolongan dari awak. Saya dah tak perlukannya lagi, lagipun awak guna saya cuma nak selamatkan reputasi awak saja dan saya faham itu. Jadi, tolonglah…biarkan saya,”
            “Saya ambilkan awak panadol, tunggu!” kata Aditya pula seolah-olah tidak mendengar kata-kata Tamara tadi.
            “Awak tak dengarkah saya cakap apa tadi? Ubat tu takda gunanya untuk saya!” marah Tamara. Aditya yang sedang menunju ke pintu menghentikan langkahnya.
            “Sekurang-kurangnya, ubat tu boleh tolong awak,” ujar Aditya lembut lalu meneruskan langkahnya. Tamara sudah mengeluh kecil. Sakit perempuan takkan sembuh dengan hanya dua biji panadollah Adi!

            SELEPAS mendapatkan ubat yang diminta Aditya. Dia pulang semula ke bilik mereka namun dia mendapatai tamara sudah tiada diatas katil. Aditya mula risau, tidak mungkin Tamara boleh berjalan dengan perutnya yang sakit itu. Aditya berlalu ke kamar mandi apabial teringat yang Tamara rasa mual-mual tapi tiada pun Tamara didalam. Dia keluar ke balkoni pula, tetap sama.
            “Tara!” panggil Aditya. Lama dia menunggu sahutannya berbalas tapi tetap tiada balasan. Aditya resah, tapak tangannya mula basah. Dia tinggalkan aku? Tara tinggalkan aku? Aditya terjelepuk atas lantai. Separuh wajahnya ditekup dengan tapak tangan.
            “Tara…jangan tinggalkan saya…” Aditya bersuara lemah.
            “Adi…” Aditya pantas mengangkat kepala saat terdengar suara seseorang memanggilnya.
            “Tara? Is that you?” Aditya mula tercari-cari. Selepas dia betul-betul pasti suara itu datang dari bawah katil, cadar tilam terus diselak ke atas. Kelihatan Tamara sedang memeluk perut, lutut dibawah rapat ke dada.
            “Tara, kenapa awak ada dekat bawah katil?” soal Aditya pelik. Belum pernah dia melihat atau mendengar orang sakit pergi ke bawah katil. Tamara menggeleng. Saya takda masa nak jawab soalan awak Adi!
            “Hey, come here!” kata Aditya namun Tamara tidak ingin berganjak. Sakit diperutnya semakin mencucuk-cucuk. Terasa seluruh tubuhnya sudah ingin mengejang.
            “Awak taknak keluar?” Tamara menggeleng. Perutnya terlalu sakit sehinggakan sukar untuknya bergerak sana-sini, kecuali semasa dia berguling dibawah katil. Itu kerana lantai biliknya sejuk membuatkan rasa sakitnya kurang sedikit.
            “Naik atas katilah, lantai ni keras,” tegur Aditya. Memang betul kata Aditya, lantai ni memang keras. Tapi jika diberi pilihan, Tamara lebih rela berada diatas lantai daripada atas tilam. Sedangkan dirumah sendiri pun dia akan bertiarap atas lantai untuk menghilangkan rasa sakitnya.
            “Saya dah ada ubat tu, awak keluar dulu, makan ubat ni,” kata Aditya lagi. Aditya seolah-olah bercakap dengan kaki katil. Pertanyaannya langsung tidak terjawab. Aditya memgeluh kecil.
            “Sakit sangatkah sampai tak boleh jawab?” soal Aditya sudah mula marah.
            “Awak cubalah jadi perempuan dulu!” marah Tamara pula selepas menyedari nada Aditya sudah berubah agak keras. Aditya menekup mulutnya. Barulah dia tahu kini sakit apa yang Tamara sedang alami. Period.  
            “Tara, awak nak saya temankan awak kat bawah tu?” soal Aditya. Tamara menggeleng. Dia memang sudah terbiasa menahan sakit itu sendirian. Benjo sendiri tidak dibenarkan untuk mendekatinya apatah lagi orang yang tidak pernah rapat dengannya. Aditya mula berfikir, bagaimana caranya untuk mengurangkan sakit perut Tamara tidak ingin mengambil ubat penahan sakit.
            Aditya terus bangkit, nampaknya dia sudah temui jalan bagaimana mengurangkan kesakitan perut Tamara. Isabel. Isabel adalah pilihan yang terbaik kerana Isabel seorang perempuan dan tambahan pula mereka tinggal serumah sudah pasti Isabel tahu dengan keadaan kakaknya itu.

*****
           
            DALAM setengah jam, Jeremy sudah pun sampai dihadapan rumah Tamara selepas Aditya menghubunginya. Sedang Isabel membuat kerja-kerja sekolahnya diruang tamu, sebuah deruan kereta kedengaran di luar rumah. Isabel terus melemparkan pensil ditangannya. Wajahnya kelihatan bengang. Seolah-olah dia tahu bunyi kereta itu milik siapa. Isabel pantas bangkit dan terus membukakan pintu sebelum sempat Jeremy memulas tombol. Terkejut Jeremy dengan tindakan pantas Isabel itu.
            “Macam dah tak sabar jumpa saya aja,” kata Jeremy sambil melangkah masuk. Isabel sudah menjeleng.
            “Pembetulan! Tak sabar tunggu abang Eme tinggalan tempat ni cepat-cepat,” jawab Isabel pula. Jeremy sekadar tersenyum.
            “Apa abang Eme buat dekat sini lagi?” soal Isabel dingin lalu duduk semula dihadapan meja belajarnya.
            “Jangan salah faham. Saya datang ni sebab Tamara. Adi kata dia sakit perut,” pantas kepala Isabel terangkat memandang Jeremy.
            “Ah! Macam mana keadaan kakak?” soal Isabel seakan terkejut. Baru dia teringat, minggu itu adalah minggu terakhir dalam bulan tersebut jadi perkara biasa jika Tamara sakit perut.
            “Dia tak sihat. Kata Adi, Tamara taknak makan panadol,”
            “Kakak memang tak makan panadol. Awak suruh abang Adi buatkan kakak air halia,” kata Isabel pula, langsung tidak sedar dia telah memanggil Jeremy dengan panggilan ‘awak’. Jeremy tersenyum. Tapi dibiarkan saja. Telefon bimbit dikeluarkan dari saku lalu mendail nombor Aditya.
            “Hello, huh…aku dah ada dekat rumah Tamara ni, kata Bel air halia boleh kurangkan sakit Tamara. Kau cubalah buat,”
            “Er, boleh Bel bercakap dengan abang Adi?” kata Isabel. Jeremy memandang Isabel.
            “Bel nak cakap dengan kau ni,” kata Jeremy sambil matanya tidak lepas dari memandang Isabel. Handset bertukar tangan. Isabel terus menuju ke dalam dapur, membiarkan Jeremy berdiri diruang tamu.
            “Abang Adi, kakak ada dekat mana?” soal Isabel.
            “Dia ada dekat bawah katil. Dia memang selalu macam tu ka?”
            “Ya, Bel minta abang jangan dekat dengan dia waktu dia sakit-sakit macam tu sebab memang dia akan mengamuk. Tapi abang boleh buatkan dia air halia,” cadang Isabel.
            “Tapi takkan abang nak tengok dia macam tu aja? Abang tengok Tara tu betul-betul kesakitan,”
            “Dia dah biasa seorang diri abang. Abang tak perlu risau pasal dia, sekarang ni buat air halia yang paling penting sebab itu yang selalu bapa buatkan untuk kami waktu datang bulan,” kata Isabel. Kedengaran deheman kecil Aditya didalam talian.
            “Okeylah..nanti abang buatkan. Tapi abang tak boleh tengok Tara macam tu, biarlah Tara nak mengamuk nak belasah abang sekalipun, dia dah jadi isteri abang. Abang letak dulu,” putus Aditya lalu mematikan talian. Isabel tersenyum. Buat kali pertamanya kata-kata seseorang buat dia tersenyum.
            “Terima kasih abang Adi,” ucap Isabel dalam keadaan berbisik.

            “TARA, awak dah tidur? Saya ada bawakan awak air halia ni, awak keluar dulu,” kata Aditya sambil meletakkan dulang berisi segelas air halia. Tamara mendengus kecil. Macam mana dia boleh tahu pasal air halia ni?
            “Awak letak dulu, nanti saya minum,” jawab Tamara. Aditya sudah mengeluh kecil.
            “Sorry…kalau awak tak nak keluar biar saya masuk,” kata Aditya lantas berguling ke bawah katil. Tamara kaget.
            “Hey, keluarlah!” kata Tamara seakan menjerit, tubuh sasa Aditya cuba ditolak keluar namun kesakitan yang melampau-lampau membuatkan dia lemah.
            “Awak taknak keluar jadi saya masuklah!” balas Aditya pula.
            “Adi, pelase! Biarkan saya, awak boleh pergi mana-mana saja tapi jangan dekat dengan saya!” marah Tamara.
            “Awak marahlah berapa banyak awak nak, pukullah saya sekuat mana awak nak tapi saya takkan biarkan awak dibawah katil seorang diri, kalau awak sakit biar kita sakit sama-sama!” marah Aditya pula. Tamara seakan terkejut.
            “Awak lelaki, saya perempuan. Awak mana tahu sakit perempuan macam mana!” berang Tamara.
            “Saya tak dengar!” kata Aditya berpura-pura tidak dengar. Tamara sudah menggelengkan kepala.
            “Sudahlah Adi…saya malas nak bergaduh dengan awak!”
            “Hey, saya takkan kacau awak. Saya takkan bising, saya takkan bercakap dengan awak. Janji!” kata Aditya pula. Tamara mendengus.
            “Suka hati awaklah!” katanya lantas mengiring membelakangi Aditya. Aditya ikut mengiring, tangan dijadikan tongkat. Mata terus memandang Tamara. Kusyuk benar dia memandang Tamara. Walaupun mereka berada dibawah katil, terasa ada sedikit kegembiraan dihati Aditya.  Jarang sekali dia berada dekat dengan Tamara seperti itu. Kalau diikutkan ke-fobia-an Aditya, dah lama dia pengsan tapi bila bersama Tamara, perasaannya lain sekali. Dia bukan ingin menjauhi tapi ingin mendekati. Semakin hari, Aditya dapat merasakan kesan yang ditinggalkan Tamara dalam dirinya.
            Tanpa disedari, tangan kanan Aditya sudah naik ke rambut Tamara. Rambut yang pendek itu diusap perlahan. Tamara yang masih sedar terasa jari-jemari Aditya mengulas lembut rambutnya. Entah kenapa seakan ada arus elektrik yang mengalir diseluruh wajahnya membuatkan wajahnya terasa panas membahang. Spontan, Tamara menarik kepalanya menjauhi tangan Aditya. Dia tidak bersuara. Aditya kaget. Marahkan dia saya usap kepala dia? Rimaskah dia?
            “Awak masih marah dengan saya?” soal Aditya. Tamara menggeleng perlahan.
            “Awak tak suka saya buat macam tu?” soalnya lagi. Tamara tidak beri sebarang reaksi. Tubuhnya semakin dilipat, sakit dalam perut semakin menjadi-jadi. Aditya terus mendekati Tamara. Wajah separuh milik Tamara ditenung, kelihatan berkerut-kerut menahan sakit.
            Lantas, kepala Tamara diangkat sedikit untuk memasukan lengannya dibawah kepala Tamara sebagai alas, Tamara tidak membantah. Perutnya yang sakit itu menjadi fokus utama. Melihat Tamara yang tidak membantah, Aditya merapatkan lagi tubuhnya ke belakang Tamara.
            “Adi... saya taknak buat awak pengsan, jadi tolonglah jauhkan diri awak dari saya,” Tamara hanya mampu untuk berkata-kata namun tidak untuk bertindak.
            “Shhh!!! Saya tahu..” bisik Aditya lantas memeluk pinggang Tamara seperti memeluk bantak peluk. Tamara tidak mampu lagi berkata-kata, dibiarkan dirinya dalam pelukan hangat Aditya. Walaupun Aditya bersama Tamara dibawah katil yang sempit dan agak panas, tapi dia tetap merasa selesa. Selesa kerana dapat membuatkan Tamara tertidur disisinya.
            Aditya mengusap rambut pendek Tamara, sesekali rambut itu dikucup. Entah kenapa, ada satu perasaan tiba-tiba menjalar dihatinya. Satu perasaan yang kuat, membuatkan Aditya semakin sukar untuk mentafsir siapa Tamara dalam hatinya. Sekadar ‘gimik’ atau seseorang yang telah menjadi orang terpenting dalam hidupnya?
            “I think I like you, Tara…” bisik Aditya di cuping telinga Tamara. Dia tidak tahu sama ada Tamara terdengar bisikan itu ataupun tidak kerana apa yang keluar dari bibir Aditya itu adalah diluar kawalannya sendiri.

12 comments:

  1. nGaaa.... pasni tara lak yg pengsan hihihii

    ReplyDelete
  2. aditya da mula feel something2....haha ilang da fobia dye tuuu...

    ReplyDelete
  3. dh lama xkomen... br ari nie bksmptan jeguk blog...

    cite baru... mnarik..i suka..hehe

    ReplyDelete
  4. aww... so sweet~
    sweet kan bila baca citer org da kahwin. haha...

    ReplyDelete
  5. okie, senyum2 sy baca en3 awk kali ni. terbaek.. hahaa.. sgt sweet.

    ReplyDelete
  6. adi da fallin' kat tamara..
    bila lak tamara nk fallin kat adi nie...
    tamara ubat adi dr pengsan dkt ppuan...

    senyum sorg2 bc n3 nie...
    hihihi..

    ReplyDelete
  7. Moon, Zatie > ^___^ hehe

    afaish > Tara pula yang pengsan, ya?

    Ven > terima kasih pd tara sbb jd penawar utk adi..hehe

    eija > it's okey..thanks for the comments ^___^

    n.haliban > org yg dh khwin sj sweet ka? haha

    shasha > thanks...suka ble buat awak senyum..hehe

    nursya > dah mula dah ada perasaan si tara tu..hehe

    ReplyDelete
  8. waa.. romantiknya.. jeles2.. huhu

    ReplyDelete
  9. akhirnya~~haaahhh...
    romantiknya,,,,hahaha..so sweet...
    okie pnya n3 mmg x pernah menghampakan sy...
    keep up the good work,,kay...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.