Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 April, 2011

Love.16 : Beautiful Night




            MATA Tamara perlahan-lahan terbuka. Terasa hidungnya dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Baru saja dia ingin mengangkat tangan, terasa tubuhnya sudah kebas. Matanya pantas terbuka luas. Objek pertama yang menerpa mata Tamara adalah bibir Aditya. Serta-merta jantung Tamara berdetak laju, kalah-kalah kereta api. Dia memandang ke bawah pula. Tubuhnya dengan Aditya betul-betul rapat. Tangan Aditya pula melingkari bahu dan pingganganya.
            “Kyaa!!” serta-merta Tamara menjerit lantas menolak tubuh Aditya.
            Buk! “Auch!” aduh Aditya apabila kepalanya terhantuk dipapan katil itu dek tolakan dari Tamara. Tamara terlupa barangkali yang tempat itu terhad untuk bergerak bebas. Mata Aditya juga sudah terbuka. Dilihatnya Tamara sedang memeluk tubuh seakan-akan dia akan dirogol nanti.
            “Auww…what was that?” tanya Aditya dalam kesakitan. Tamara masih memandangnya dengan mata tajam. Bibirnya muncung ke depan.
            “Awak dah okey?” soal Aditya, kepalanya yang terasa panas-panas itu diusap. Kening Tamara sudah berkerut.
            “Kenapa awak peluk saya?” balas Tamara pula.
            “Awak tak ingat?” soal Aditya. Tamara berfikir. “Masa saya peluk awak, awak tak bantah pun jadi saya peluklah,” kata Aditya dengan wajah tidak bersalah. Kini barulah Tamara teringat, memang dia tidak membantah kerana sakit perutnya itu.
            “Awak ingat saya boleh bantah waktu saya sedang sakit?” kata Tamara pula lantas berguling keluar dari bawah katil. Aditya ikut sama.
            “Maaflah,” pinta Aditya. Ada rajuk kedengaran dalam nadanya.
            “Saya rasa Adi, awak perlu keluarlah,” kata tamara pula tiba-tiba, tersentak Aditya.  
            “Awak usir saya? Saya kan dah minta maaf,”
            “Bukan tu la. Ini benda lain, saya nak mandi,” kata Tamara tersipu-sipu. Wajah Aditya yang masam bertukar riak. Pantas dia mengangguk.
            “Sebelum tu,” kata Aditya pula  sambil mendekati timbunan bagasi mereka, sebuah kotak berwarna biru diikat dengan reben merah jambu dibawa ke atas katil. “Saya nak awak pakai baju ni,”
            “Apa ni?” soal Tamara.
            “Ini dress awak. Saya nak bawah awak ke satu tempat. Boleh, kan? Tolong?” rayu Aditya. Tersentak Tamara saat dia memandan wajah Aditya. Entah kenapa wajah Aditya itu kelihatan berkilau-kilau. Matanya sudah rosakkah? Tamara menggelengkan kepalanya, mengusir kilauan itu.
            “Okey, okey. Awak boleh keluar sekarang,” baru saja Tamara ingin melangkah, Aditya menghalangnya lagi. Tamara mencebik. Rasa macam nak ketuk aja kepala Aditya sekarang ni.
            “Minum air halia ni dulu,” arah Aditya sambil mencapai gelas yang berhampiran katil. Tamara memandang gelas itu.
            “Awak tahu dari mana air halia ni?” soal Tamara, gelas dicapai dari tangan Aditya.
            “Adik awak,” Tamara mengangguk. Ya tak ya, siapa lagi yang tahu pasal saya kalau bukan Isabel. Thank you Bel!
            “Thanks..” ucap Tamara, air halia itu diteguk sekali gus.
            “Sakit lagi tak?” tanya Aditya, ambil berat.
            “Okey dah kot. Sekarang saya nak mandi, awak boleh keluar?”
            “Tak, saya takkan keluar. Saya pun nak bersedia juga,” bantah Aditya. Tamara memandang Aditya semula.
            “Aa…awak nak mandi dengan saya?” soal Tamara tergagap-gagap.
            Aditya pantas tergelak. “Awak nak saya ‘tidur selama-lamanya’? Taklah! Kan bilik ni ada dua kamar mandi. Awak guna kamar mandi dibilik ni, saya guna sebelah,” kata Aditya sambil menarik bagasinya dari timbunan beg. Baru Tamara perasaan, bilik itu mempunyai dua bilik tidur dengan pemandangan laut dibalkoni yang sungguh cantik, mungkin kerasa dia dalam kesakitan tadi sebab itu dia tidak menumpukan perhatian dengan keadaan sekelilingnya.
            Aditya tersenyum seklias sebelum dia berlalu ke bilik sebelah. Tamara terpinga-pinga. Sebab tu Aditya pilih bilik ni, ada dua bilik yang berbeza. Kemudian da tersenyum lalu lalu menuju ke kamar mandi.
            Selepas Tamara memasuki kamar mandi itu, terkejut dia apabila melihat banyak kelopak bunga rosa bertaburan atas lantai, dalam thub mandi pula dipenuhi dengan kelopak-kelopak bunga. Tamara tersenyum sendiri. Begini rupanya pengantin baru berbulan madu. Sweet!
            Dua puluh minit kemudian, Tamara sudah pun selesai mandi. Tubuhnya hanya dibaluti dengan tuala putih.
            “Argh!” jerit Tamara dek terkejut apabila dia keluar dari kamar mandi. Berbaris pekerja wanita dihadapannya. Tersenyum-senyum mereka memandang Tamara.
            “Kamu… buat apa ni?” soal Tamara. Gadis yang berada ditengah-tengah menjawab,
            “Kami diarahkan Tuan Aditya untuk bantu Puan Faye bersedia,”
            “Ah…okey,” jawab Tamara, walaupun dalam hati masih lagi tidak puas hati apabila Aditya suka-suka saja buat keputusan sendiri.
            “Okey, kita nak buat apa?” soalnya seakan sudah bersiap sedia untuk dimakeover-kan.

            Sementara itu, di bilik sebelah. Aditya sudah tidak senang duduk, tidak sabar menanti kemunculan Tamara. Rambut yang sudah cukup kemas dibelek semua, terserlah ketampanan Aditya. Bow hitam dibaiki semula. Sudah berkali-kali bow itu disentuh. Macam kucing kehilangan anak, duduk tidak senang, berdiri pun tidak senang.
            Seketika kemudian, pintu biliknya diketuk. Aditya tersentak lantas menuju ke pintu. Sebelum memulas tombol itu, dia menhirup nafas dalam-dalam. Kejadian petang tadi membuatkan hati Aditya tidak senang. Itu bukan perkara biasa baginya kerana dia tidak pernah sedekat itu dengan seorang perempuan selama 6 tahun. Dia tidak mahu pengsan pula dihadapan Tamara apabila dia melihat perubahan Tamara nanti.
            Pada hari perkahwinan mereka pula, tiada perasaan apa-apa yang dirasakan Aditya, mungkin kerana dia tahu itu sekadar lakonan tapi petang tadi. Itu bukan lakonan, layanannya pada Tamara petang itu lahir dari hati yang tulus ingin melindungi. Kini dia tahu dan sedar, dia sudah mula sukakan Tamara.
            Dalam kiraan tiga, Aditya memulas tombol pintu. Terpacul tubuh Tamara dalam dress hitam yang dibeli Aditya. Aditya menelan liur. Matanya bergerak dari atas rambut Tamara sehinggalah pada hujung kaki Tamara yang berkasut tumit tinggi.
            “Okey tak?” soal Tamara sambil melebarkan hujung gaunnya. Aditya tersentak, pantas dia mengangguk.
            “Okey, cantik!” pujinya tanpa sedar.
            “Selamat berbulan madu, tuan, puan,” ucap 3 pekerja itu lalu serentak tunduk dihadapan mereka.
            “Kami akan pimpin tuan dan puan ke meja makan,” kata salah seorang pekerja tersebut. Aditya hanya mengangguk. Pekerja-pekerja itu sudah beredar ke pintu keluar.
            “Awak tak sakit lagi?” soal Aditya.
            “Okey dah, tapi mungkin kejap lagi datang balik sakit tu. So, cepat-cepatlah kita jalan,” arah Tamara pula sambil berlalu ke pintu. Aditya membuntuti.

*****

            “KITA nak pergi mana ni Adi?” soal Tamara apabila mereka sudah keluar dari resort menuju ke pantai pula.
            “Ikut saja, saya pun tak tahu dekat mana tempat tu,” jawab Aditya.
            “Awak bawa makan, awak pula yang tak tahu!” kata Tamara seakan marah, penat barangkali berjalan, sudahlah dia memakai sepatu tinggi empat inci.
            “Sorrylah…saya suruh diorang pilih tempat yang romantik sikit, mungkin sinilah tempat  yang sesuai kot,” jawab Aditya pula. Penuh hati-hati agar Tamara tidak naik angin, maklumlah musim bulan. Tiba-tiba langkah Tamara mati, matanya langung terus ke matahari terbenam di hujung laut. Terpegun Tamara buat seketika. Aditya pun begitu. Tidak sia-sia dia menyuruh pihak resort menyediakan makan malam mereka ditempat itu.
            “Sila duduk tuan, puan,” kata pelayan itu. Aditya dan Tamara menoleh ke kiri. Kelihatan sudah ada tersedia sebuah meja yang dipenuhi dengan santapan dengan dua buah bangku. Dua batang lilin berwarna merarh jambu dan jambang bunga ros merah menghiasi meja makan tersebut. Tamara memandang Aditya, buat seketika hatinya seakan tersentuh. Namun apabila teringat akan kata-kata Jeremy tempoh hari serta-merta rasa senang dihati diusir jauh-jauh. Ini sekadar lakonan untuk membuktikan betapa bahagianya ‘Faye’ dengan Aditya. Tiada kena-mengena dengan kau, Tamara!
            Tamara segera berpaling, Aditya yang baru saja ingin tersenyum tidak jadi. Dia membuntuti Tamara ke meja makan.
            “Sampai sini saja, biar saya yang buat,” pintas Aditya saat seorang pelayan lelaki ingin menarikkan kerusi untuk Tamara. Pelayan-pelayan itu pun beredar seperti yang diinginkan Aditya. Selepas Tamara duduk, giliran Aditya pula. Keadaan menjadi hening seketika.
            “Adi, kenapa pantai ni takda orang?” soal Tamara apabila tersedar kawasan pantai itu tidak berpenghuni. Kebiasaannya waktu petang-petang beginilah yang banyak orang sebab orang nak menyaksikan pemandangan matahari terbenam.
            “Saya dah sewa seluruh pantai ni, jadi hanya kita yang akan berada disini. Pantai ni hanya untuk awak,” kata Aditya. Tamara memandang lelaki dihadapannya. Adi..awak tahu tak awak buat begini, saya akan jatuh cinta dengan awak? Awak taknak kan perkara tu terjadi? Soal Tamara dalam hati. Tidak berani untuk meluahkan perasaan itu. Bukan tidak berani, tapi tak boleh terima kenyataan. Kenyataan dimana, dia mula sukakan lelaki yang fobia dengan perempuan itu.
            “Tara, pasal kejadian dibawah katil tu saya nak minta maaf kalau itu buat awak marah,” soal Aditya selepas tiada lagi ayat yang keluar dari bibir Tamara. Tamara hanya tersenyum kecil.
            “Tak apa Adi. Cuma saya tak selesa bila awak layan saya dengan baik, saya dah biasa tahan sakit sorang-sorang,” kata Tamara berterus-terang dengan perasaannya. Aditya sudah kelat. Betul juga, saya bukan siapa-siapa bagi Tara jadi tidak mungkin saya boleh buat sesuka hati saya.
            “Okey, lain kali saya tak buat lagi. Saya janji,” kata Aditya. “Unless, awak suruh dan awak benarkan,” sambung Aditya. Terasa merah mukanya saat mengajukan ayat belakang itu. Kedengaran deheman Tamara, tidak ingin menjawab soalan itu.
            “Lepas ni, nak tak kita jalan-jalan tepi pantai? Saya tak pernah datang tepi pantai,” kata Tamara, mengubah topik perbualan mereka.
            “Tak pernah langsung?” soal Aditya, riak wajahnya seperti orang tidak percaya.
            “Taklah, pernah dulu dengan family tapi itupun sekali saja,” jawab Tamara. Teringat Tamara dengan adik-adiknya diseberang. Kan bagus kalau Bel dan Benjo ikut sekali, lebih seronok.
            “Kalau begitu, hari-harilah saya bawa awak datang tepi pantai, nak?” Aditya menawarkan. Tamara menggeleng.
            “Saya taknak susahkan awak lagi Adi, awak dah lupakah kata-kata Jeremy kelmarin?” soal Tamara membuatkan Aditya teringat Jeremy. Bagimana agaknya Jeremy dengan ibunya?
            “Tara, saya minta maaf bagi pihak Eme. Dia ada masalah sebenarnya, saya percaya dia tak sengaja cakap macam tu dengan awak. Awak akan maafkan dia, kan?” Tamara tidak menjawab permintaan Aditya.
            “Saya laparlah, jom makan!” jawabnya pula sambil membuka penutup dulang perak itu. melihat sikap Tamara begitu, Aditya tahu dia tidak perlu bertanya lagi.
            “Okey, lepas ni kita jalan-jalan tepi pantai,” kata Aditya pula. Tamara tersenyum. Kemudian mereka pun menjamah makanan yang terhidang.

            “So, awak umur berapa masa kali terakhir awak sekelurga bercuti di tepi pantai?” soal Aditya sambil memandang Tamara yang sedang bermain air laut. Sepatu tingginya sudah dibuka, hujung gaun diangkat sedikit.
            “Masa umur saya 7 tahun, Bel pula masa tu baru saja 2 tahun,” jawab Tamara, terbayang-bayang wajah comel Isabel semasa dia berumur 2 tahun. Pipi yang tembam dengan mata yang bulat. Sungguh comel! Tamara tersenyum sendiri.
            “Kenapa awak tak pernah pergi tepi pantai lagi lepas tu?” soal Aditya. Tangan Tamara yang sedang bermain air laut berhenti. Wajahnya berubah riak. Tamara berdiri tegak lalu bermain-main dengan sepatuh tingginya.
            “Lepas mama saya meninggal, bapa dah mula hilang arah. Dia tak dapat terima pemergian mama, jadi dia pilih jalan mudah iaitu minum arak dan berjudi. Dia buat semua tu bukan nak lupakan mama, tapi dia nak hukum dirinya sebab dia anggap dialah penyebab mama mati. Lepas tu, awak tengoklah keadaan kami sekarang dah jadi macam mana,” kata Tamara, walaupun bibirnya tersenyum tapi hatinya tetap perit semasa menceritakan kisah itu. Aditya tiba-tiba diserang rasa bersalah. Memang salah saya pilih soalan ni! Marah Aditya dalam hati.
            “Maaf, saya tak berniat nak buka kisah lama awak,” pinta Aditya. Tamara menggeleng. Cepat atau lambat, Aditya akan tau juga kisah hidupnya suatu hari nanti. Mungkin ini adalah langkah yang baik untuk berada dekat dengan Aditya.
            “Adi, boleh saya tanya?” Tamara menghadap Aditya. Aditya mengangguk pantas. Tanyalah apa-apa Tara, biar saya kenal awak lebih dekat lagi.
            “Masa dekat bawah katil tu, kenapa awak peluk saya?” tersipu-sipu Tamara menyoal Aditya. Kening Aditya terangkat.
            “Emm…mungkin... sebab… saya tak senang tengok awak dalam kesakitan, sebab tulah…” Aditya sendiri tidak tahu ayat apa yang terkeluar dari bibirnya. Tiba-tiba Aditya tersentak, teringat kata-kata yang dia lafazkan dicuping telinga Tamara tengah hari tadi.
            “Kenapa awak tanya? Awak terdengar apa-apa yang saya cakapkah?” soal Aditya mula tidak keruan. Tamara mengerut kening.
            “Tak. Ada apa-apa yang saya perlu dengarkah?” soalnya. Pantas Aditya menggeleng. Tamara mula pelik. Jarang dilihatnya Aditya kelam-kabut seperti itu.  
            “Hey, kita jangan tidur malam ni, nak?”
            “Kenapa?”
            “Yalah…kita jarang sama-sama, so saya nak tahu pasal awak, dan awak pun boleh tanya saya juga,” cadang Aditya. Tamara sudah mengecilkan matanya.
            “Betul? Apa-apa saja soalan yang saya tanya awak akan jawab?”
            Aditya mengangguk sekali. Yakin dengan jawapannya.
            “Okey, jangan menyesal nanti!” kata Tamara lantas berlari anak menyusuri pantai. Terpinga-pinga Aditya apabila Tamara tiba-tiba meninggalkannya. Pantas dia mengejar langkah Tamara.
            Tanpa mereka sedari selain paparazzi yang mengambil gambar, ada seorang lagi yang berada dipantai itu, memerhati setiap gerak-geri Aditya dan Tamara.

6 comments:

  1. aduh...
    saper lak nk kacou daun nie..
    cibuk btl la...

    ReplyDelete
  2. sape tu yg slaen paparazzi yg intai dorang nie....musykil tol...arap dorang nie lebih romantik sket bwu tamara suke ngan aditya....

    ReplyDelete
  3. bla la part romantik diorang nie yer...xsabo nak tggu aditya jd romeo ngan tara tu..hik hik hik..

    ReplyDelete
  4. waaaahhh,,x tau cmne nk gmbarkn perasaan sy bila bc n3 ni...
    hehehe..btw okie,,isn't it supposed to be 'unless' instead of 'unlease'??
    mmg susah teknologi ms kini..typing error x habis2...
    ;)

    ReplyDelete
  5. Izzy : sepatutnya teknologi kepala sy ni yg ada masalah..btw, thanks sbb tegur :)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.