Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

30 April, 2011

Love.17 : Sweetheart




            “ADI, cepatlah!” laung Tamara yang sedang menunggu Aditya diluar.
            “Ish, takkan saya nak bawa semua barang-barang ni, kan banyak. Awak tolong saya!” marah Aditya pula. Tamara sudah tersenyum. Pantas lembaran kertas ditangannya dilipat dan dimasukkan ke dalam poket, kemudian dia pun melangkah masuk semula.
            Kelihatan Aditya sedang memegang botol panas dengan dua biji gelas serta sebungkus plastik ditangan kirinya. Pantas plasik itu dicapai dari tangan Aditya.
            “Awak ni plan tak nak tidur sampai malam esok, kah? Punya banyak 3 in 1, mana nak habis,” kata Tamara. Aditya memandang Tamara dengan mata galak.
            “Sekurang-kurangnya saya ada usaha nak dekat dengan awak,” kata Aditya, suaranya kedengaran merajuk. Tamara tersenyum.
            “Yalah, yalah!” Tamara beralah.
            “Awak patut tolong suami tau!” kata Aditya.
            Tamara tergelak. “Yalah tu. Jom cepat, bulan malam ni nampak cantik sangat!” teruja Tamara lalu berlari keluar ke kawasan kolam renang yang berada diluar suite mereka. Tamara terus menuju ke kerusi santai dihadapan kolam renang menghadap bulan.
            “Awak ni, sakit-sakit pun boleh lari lagi!” tegur Aditya. Tamara tergelak, nakal. Sesampai saja Aditya di ruang santai mereka, Tamara terus mencapai botol panas yang diminta Aditya daripada pihak resort lalu membancu dua 3 in 1 dalam gelas. Satu diberi kepada Aditya.
            Tamara terus mengeluarkan lipatan kertas yang tersimpan dalam poketnya. Kening Aditya sudah berkerut.
            “Untuk apa kertas tu?”
            “Laa..kan awak cakap awak sanggup jawab apa saja soalan saya? Inilah senarai soalan yang saya nak awak jawab,” kata Tamara.
            “Nak baca!” kata Aditya sambil ingin mencapai kertas itu namun pantas Tamara menjauhkan kertas tersebut dari Aditya.
            “Tak boleh. Biar saya tanya,” Tamara berkeras. Kedengaran keluhan kecil Aditya, mampuslah saya kalau dia tanya benda-benda yang saya belum bersedia lagi. Tapi apa-apa pun demi Tara, saya sanggup cuba.
            Aditya mengangguk-angguk. “Okey, tanyalah!” jawabnya pula seakan mencabar.
            “Okey, emm..soalan No.1, siapa nama sebenar awak, dan bila awak lahir?” soalan pertama diajukan.
            “Bukan awak dah tahu, kah?” rungut Aditya.
            “Shh!! Jawab saja!” marah Tamara pula.
            “Okey…Nama penuh saya Aditya  Estarda, saya lahir pada bulan Mei, 29th,”
            “Kenapa awak diberi nama tu?”
            “Sebab, mama saya orang Filipina so dia nak saya ni ada ciri-ciri orang Filipina, Estarda itu adalah sempena nama nenek saya,” jawab Aditya. Tamara mengangguk. Gelas ditepi dicapai lalu diteguk perlahan. Gelas diletak semula.
            “Apa warna kegemaran awak?”
            “Perlukah semua tu?” kata Aditya pula, banyak songeh.
            “Ish Adi ni, saya tanya jawab ja la!” Tamara seakan merajuk.
             “Saya suka warna merah,” Aditya terus menjawab, kang melenting susah pula nak memujuk. Tamara tersenyum mendengar jawapan Aditua. Dah agak dah…kereta pun warna merah!
            “Okey.... Em, kalau awak nak sambut birthday awak, awak nak sambut dimana?” Aditya berfikir sejenak.
            “Saya nak sambut dengan awak,” jawabnya. Tamara tersenyum.
            “Bagi jawapan lainlah,”
            “Tak, saya memang nak sambut birthday dengan awak. Tempat tak kisah, asalkan saya boleh bersama dengan awak. Ini kali pertama saya terfikir nak sambut birthday,” entah kenapa ringan saja bibir Aditya menuturkan ayat itu.
            “Huh? Sebelum ni awak tak pernah sambut birthday?”
            “Bukan macam tu, pernah… tapi sekarang dah berumur, jadi saya lupakan niat saya tu,” Aditya ketawa kecil.
            “Hmm, okey. Soalan seterusnya…”
            “Eh, asyik awak aja nak tanya. Giliran saya pula!” potong Aditya lantas merebut lembaran kertas itu dari tangan Tamara, terkejut Tamara.
            “Jangan!” marah Tamara sambil Cuma merampas balik kertasnya tapi Aditya terus bangkit membuatkan Tamara sukar untuk mencapai kertas tersebut. Sudahlah Aditya tu tinggi macam zirafah jika dibandingkan dengannya, lepas tu angkat tangan pula.
            “Duduk!” arah Aditya. Tamara tidak berganjak.
            “Okey, tapi bagi balik kertas tu,” Tamara sudah menghulurkan tangan berharap agar Aditya memulangkan balik kertasnya tapi tidak, Aditya membacanya pula.
            “Kenapa nak takut sangat? Ada apa-apa yang awak tulis sini yang saya tak boleh baca?” soal Aditya dengan mata yang tidak lepas dari membaca setiap aksara yang ada diatas kertas. Tamara sudah menutup rapat matanya. Janganlah dia perasaan dengan soalan terakhir itu. Doa Tamara dalam hati.
            Tiba-tiba mata Aditya menangkap sesuatu dibawah kertas, satu baris soalan telah dipadamkan dengan pen. Tapi kesan padaman itu tidak terlalu tebal membuatkan soalan itu masih jelas dibaca. Aditya menelan liur, dia memandang Tamara yang sudah tertunduk 90 darjah.
            “Hey, janganlah nangis. Okeylah, saya tak baca!” kata Aditya, sedaya-upaya menahan debaran dihatinya. Berpura-pura seperti dia tidak pernah membaca soalan itu. Pantas Tamara mengangkat kepalanya. Huluran kertas itu segera diambil dari Aditya. Aditya duduk semula ke tempatnya. 3 in 1nya diteguk hinggah separuh. Suasana menjadi sunyi sesunyi malam itu. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran.
            Tamara memandang Aditya. Dahinya berkerut. Dia nampakkah soalan tu? Dia terbacakah? Harap-harap tidak, kalau ya, malunya saya! Saya tak nak hidup lagi!
            “Hah, saya nak soal awak ni. Dah sedia ka belum?” kata Aditya pula. Kini pastilah Tamara bahawa Aditya tidak terbaca soalan ‘itu’. Dia kembali tersenyum.
            “Okey, tanyalah!”
            “Saya nak tanya, siapa first love awak?” terkesima Tamara mndengar soalan Aditya, dia seakan tidak menjangka soalan itu yang meniti dibibir Aditya. Apa saya nak jawab? Kalau saya jawab takda, malulah pula sebab saya memang tak pernah ada teman lelaki. Tapi kalau saya cakap ada, menipulah pula.
            “Saya…” Tamara sudah menggaru-garu belakang leher.
            “Hmm…awak tak pernah ada teman lelaki?” teka Aditya, seakan mengejek pula. Tamara sudah mengetap bibir.
            “Ada. Ingat saya ni tak pernah bercinta, kah? Ingat saya ni kesian sangat? Ada..banyak!”
            “Tipu!” jawab Aditya spontan. “Saya tak percayalah... kalau betul ada, bagitau nama dia, tarikh lahir dia, tempat dia tinggal dan tahap pendidikan dia,” kata Aditya seakan mendesak Tamara ke jalan buntu.
            “Er…okeylah…saya tak pernah bercinta. Puas hati?”
            Aditya tersengih panjang. “Baguslah!” bunyi nada suara Aditya seakan lega mendengar jawapan Tamara.
            “Kenapa bagus?”
            “Takda…soalan seterusnya. Saya nak tahu semua tentang awak, boleh?”
            “Kalau awak nak tahu semua tetang saya? Apa lagi yang tinggal untuk bakal boyfriend saya nanti?” kata Tamara pula, sekadar ingin membalas usikan Aditya tadi. Tapi, wajah Aditya berubah menjadi serius. Matanya galak seakan ingin membaham Tamara tika itu. Tamara kecut perut. Ini kali pertama dia melihat wajah serius Aditya.
            “Adi…”
            Aditya pantas berdiri membuatkan Tamara terkejut. Tamara mendongak untuk memandang tubuh Aditya yang berjalan menghampirinya. Dadanya sudah sakit dek debaran yang semakin kuat. Aditya berhenti tepat dihadapannya.
            “Adi, aww…awak pengsan kang, saya tak nak angkat awak, ya?” kata Tamara tergagap-gagap sambil cuba menjarakan diri dari Aditya. Aditya tertunduk, tangan memegang kerusi santai Tamara. Wajah didekatkan ke wajah Tamara.
            “Saya dah cakap, saya takkan pengsan sedekat mana pun saya dengan awak sebab awak istimewa, Tara,” kata Aditya, berbisik. Tamara mula gusar. Aditya ni dah mabuk 3 in 1 kah? Pelik benar perangainya!
            “Okey…saya ingat! Boleh awak duduk tempat awak balik? Saya…”
            “Sebelum itu, hanya saya yang akan tahu semua tentang awak, itu bererti hanya saya lelaki yang ada dalam hidup awak. Tiada orang lain,” kata Aditya seakan memerintah Tamara. Aditya berganjak balik ke tempatnya. Dia duduk seperti biasa. Berlainan dengan Tamara, wajahnya sudah terasa panas hanya dengan ungkapan Aditya itu.
            “Ke..kenapa pula? Awak bukan teman lelaki saya, lagipun bukan awak saja lelaki yang ada dalam hidup saya, Jeremy ada, Benjo ada, bapa pun lelaki juga. So, semua ada tiga lelaki dalam hidup saya Ah! Termasuk pak cik Andrew. Jadi ada 5 semuanya,” jawab Tamara. Tidak sedarkah dia bagaimana perasan Aditya sekarang? Walapun lelaki itu kelihatan biasa namun hatinya sudah bergelojak dengan perasaan iri. Sakit hati Aditya apabila Tamara menganggapnya seperti lelaki biasa dalam hidupnya tidak seperti dia yang menganggap Tamara satu-satu perempuan yang ada dalam hatinya.
            “Jadi awak tak pernah anggap saya istimewa seperti mana saya menganggap awak istimewa dalam hati saya?” soal Aditya. Tamara sudah mengerut kening.
            “Adi, awak cakap apa ni, berbelit la saya tak faham,”
            “Saya angggap itu jawapan awak,” kata Aditya lantas bangkit dan berlalu meninggalkan Tamara ditepi kolam itu sendiri.
            “Adi, Aditya!” panggil Tamara namun Aditya terus berlalu. Tamara mendengus kecil. Apalah Adi ni, macam budak-budak betul. Orang nak bergurau pun tak boleh! Sensitif betul! Tamara memandang kerusi santai yang sudah tidak berpenghuni itu. Tiada lagi semangat untuk melihat bulan yang terang itu. Ish Aditya ni, dah besar panjang pun nak merajuk lagi! Dengus Tamara lantas bangkit menuju ke suite mereka.
            PINTU kamar Aditya diketuk. “Adi, awak buat apa?” tanya Tamara. Tiada balasan dari Aditya. Tamara mengeluh kecil. Semakin berat nafas Tamara, sakit diperutnya datang lagi. Alah..janganlah datang sekarang, orang nak pujuk Aditya…
            “Adi…awak buat apa dekat dalam?” soalnya semula. Tamara sedaya-upaya menahan suaranya agar tidak kedengaran seperti orang dalam kesakitan.
            “Kan kita dah janji taknak tidur malam ni? Awak dah janji, kan?” pujuk Tamara lagi. Sejujurnya, dia mahu sangat rancangan mereka malam itu berjalan lancar, dia ingin sangat untuk mengenali Aditya. Banyak soalan-soalan yang tersedia untuk Aditya, jadi dia tidak mahu rancangan mereka itu berakhir begitu saja. Tiba-tiba Tamara terfikir sesuatu. Lebih baik umpan Adi untuk keluar daripada saya sibuk-sibuk nak pujuk dia.
            “Adi..” Tamara memulakan drama. “Adi..perut saya sakit lagi…sakit..” rintih Tamara sambil berpura-pura duduk atas lantai. Lama dia menunggu respon Aditya namun tiada. Oh? Kita tengok sejauh mana awak kisah pasal saya.
            “Maa..sakit…Adi, awak ada cakap tadi kan yang awak akan berada disisi saya kalau saya benarkan, kenapa awak taknak keluar… sakit ni!” Tamara sudah berbaring. Nampaknya Tamara betul-betul nekad. Serentak itu Tamara terdengar derap langkah kaki Aditya. Yes, berjaya! Sorak Tamara dalam hati.
            Pintu terbuka. Terpacul muka Aditya dihadapan pintu. “Tara, sorry… sakit sangat?” Aditya terus mendapatkan Tamara, memapah Tamara duduk diatas katil. Tamara tidak bersuara melainkan tunduk. Tahan gelak sebenarnya.
            “Sakit sangat eh? Awak nak saya buatkan awak air halia lagi?” soal Aditya, prihatin sungguh. Sisi telinga Tamara dibelai. Janganlah awak sakit sebab saya Tara.
            Tiba-tiba Tamara mengangkat kepala menatap muka Aditya. Aditya tersentak. Tamara akhirnya tersenyum manis. Berjaya juga dia mempermainkan peneraju Rich Cop. yang kaya raya itu. Melihat senyuman Tamara, barulah Aditya tersedar dia sudah dijerat.
            “Awak main-main eh?” Aditya berdiri tegak.
            “Ya, sebab kalau saya tak buat macam tu memang awak takkan keluar, kan?” Aditya sudah membelakang, pinggang dicekak. Kedengarn nafas berat dihembus. Tamara memandang Aditya yang masih membelakang.
            “Adi…saya nak cakap yang, awak pun penting juga dalam hidup saya,” lafaz Tamara. Bukan niat dia nak mempermainkan Aditya tadi, tapi dia tahu bagaimana keadaan Aditya sebab itu dia mahu simpan semuanya seorang diri tapi selepas dengar kata-kata Aditya semasa mereka berada diluar, Adi sudah mula bagi orang peluang untuk mendekatinya jadi kenapa dia nak lepaskan peluang pula?
            Perlahan-lahan Aditya menoleh. Raut wajahnya kelihatan seperti dia tidak percaya dengan kata-kata Tamara. Dia melangkah duduk disisi Tamara.
            “Kita tinggal sama-sama, nak?” cadang Aditya tiba-tiba. Dahi Tamara sudah berkerut. Bukan itu topik perbualan mereka, kenapa boleh sampai disitu sekali?
            “Kita tak boleh nak tinggal sama-sama, Adi. Awak lupa, kita kahwin atas dasar kontrak. Kontrak tetap kontrak,”
            “Ya, saya tahu. Tapi, awak tak nak cuba kah? Kita cuba dulu hidup sama-sama, nak?”
            “Saya tak boleh Adi. Saya minta maaf,” kata Tamara lantas bangkit. Semakin lama dia mendengar pujuk rayu Aditya, semakin cair hatinya untuk menerima cadangan Aditya. Namun baru saja Tamara ingin melangkah, tangannya sudah disentap kuat Aditya sehinggalah dia terduduk atas riba Aditya.
            “Adi!” marah Tamara cuba melepaskan diri dari Aditya namun Aditya memeluk pinggangnya dengan kuat. Tamara terduduk semula. Tamara mendengus kasar.
            “Kalau awak pengsan, jangan salahkah saya!” marah Tamara tapi Aditya langsung tidak memberi respon malah matanya terus menatap wajah Tamara yang diterangi dengan cahaya dari bulan. “Lepaslah Adi…” rayu Tamara sambil menolak bahu Aditya. Dia sudah tertunduk tidak tahan dengan renungan Aditya yang mampu mencabut jantungnya saat itu.
            “Tara, look at me,” kata Aditya lembut, entah kenapa ringan saja kepala Tamara menoleh membalas pandangan Aditya. Tamara sudah menelan liur. Wajahnya dengan wajah Aditya kini semakin dekat. Jantung Tamara semakin kuat berdentum. Mungkin bukan Aditya yang akan pengsan tapi Tamara! Terasa nafas hangat Aditya menyapa bibirnya.
            Tidak semana-mana, Tamara terus mengaduh kesakitan. Perutnya ditekan kuat. Terkejut Aditya. Kepala Tamara sudah melentok dibahu Aditya menahan sakit.
            “Eh, awak ni sakit betul-betul atau saja-saja nak bergurau?” soal Aditya tidak ingin ditipu untuk kali kedua.
            “Perut saya memang sakit dari tadi..” hampir tidak kedengaran suara Tamara.
            “Awak sakit betul-betul eh?” Tamara mengangguk perlahan. Aditya terus memapah Tamara dan meletakkannya diatas katil. Tamara sudah mengeraskan tubuhnya, sakitnya itu lebih kuat dan pedih dari petang tadi. Terasa seperti isi-isi perutnya didalam seolah-olah dicarik-carik. Air mata Tamara sudah mengalir.
            “Awak nak saya buat air halia?” soal Aditya namun Tamara tidak menjawab melainkan menggengam erat jari Aditya. Dahi Aditya sudah berkerut. Aditya terus duduk disisi Tamara.
            “Hmm siapa yang ada halia malam-malam buta macam ni? Apa kata awak makan panadol?” Tamara pantas menggeleng. Dia memang bencikan ubat sejak dia kecil lagi. Ayat yang selalu dikaitkan dengan ubat ialah pahit! Kadang-kadang bila ubat itu tersangkut ditekaknya, dia terus akan muntah. Takda gunanya juga dia menelan.
            “Awak ni memang betul-betul degil, kan?” suara Aditya seakan memarahi Tamara. Tamara mengesat air matanya. Menjawab pun tak boleh, nangis ajalah.
            “Kalau awak bising, balik ke bilik awak!” marah Tamara lantas mengiring. Kepala terus ditekup dengan bantal. Memberontak.
            “Hey, awak tak boleh bernafas nanti!” kata Aditya lantas mencabut bantal itu dari pautan tangan Tamara.
            “Tunggu sekejap, saya buatkan awak air halia,” kata Aditya lantas nbangkit namun Tamara pantas memaut baju belakang Aditya.
            “Jangan…” larang Tamara. Aditya terpana. Sesaat kemudian dia tersenyum. Itu bererti, Tamara inginkan dia berada disisinya. Aditya terus berbaring disisi Tamara.
            “Susah sangatkah awak nak mengaku yang awak dah sukakan saya?” soal Aditya tiba-tiba, mata Tamara yang tertutup rapat pantas terbuka. Terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.
            “Tak apa, saya tunggu. Tapi saya takkan biarkan awak tertunggu-tunggu. Saya pun sukakan awak Tara,” ucap Aditya lantas mengucup kudus dahi Tamara. Saat itu hampir-hampir Tamara putus nafas. Tubuh Tamara dibawa rapat kedada. Rasa sayangnya kini sudah menjalar diseluruh hatinya. Tamara tidak mampu berkata apa-apa.
            “Ya, saya terbaca soalan terakhir awak yang awak padam tu. ‘Awak suka saya, tak?’ dan jawapannya, ya saya suka awak Tara,” terang Aditya pula. Kerja Tamara hanya mendengar setiap bait kata yang lahir dibibir Aditya.
            Tanpa sedar, air matanya semakin deras mengalir. Terharu, gembira, suka dan takut bercampur baur. Betulkan kata-kata Aditya ini? Bagaimana jika saya melafazkan isi hati saya pada dia dan dia akan pengsan? Bolehkah Aditya terima saya? Bagaimana pula dengan kontrak perkahwinan kami? 

************************** 
p/s: rasa malu sndr tulis cerita ni. sorry kalau tak best >_<. Read, comment and enjoy :)

9 comments:

  1. hahaha..best best...romantik nyer..nak adi

    ReplyDelete
  2. best..best...sukenye...=) xsbr nak tggu new n3....

    ReplyDelete
  3. yes!...adi dah ngaku die suke tara..hihiii,mmg best..best ssgt..next plizz..

    ReplyDelete
  4. nama saya norma...saya lahir 28 mei..heheh..
    arghh...adi dah ngaku...

    ReplyDelete
  5. haha..
    yea! Adi dah ngaku..
    Okie, gud luck! terbaikkk...

    ReplyDelete
  6. wah..
    adi da luahkan perasaan dia da...
    bila lak si tamara nie nk ngaku lak...
    malu tp mahu..
    cmner nie...
    hik hik hik...

    ReplyDelete
  7. Ahahahahaha...camne nk cakap ek??
    BESTTTTTTTTTTTTT SGTTTTTTTTTTTTTTTTTT....(Bleh cakap cmni??)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.