Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

03 April, 2011

Love.7 : Together


Together

            TAMARA menguak daun pintu Aditya sambil membawa sedulang mangkuk berisi bubur. “Adi~,” panggilnya dalam nada bernyanyi. Kelihatan Aditya sedang berbungkus dengan selimut di atas katil behadapan dengan balkoni. Takut-takut Tamara apabila dia terfikirkan cerita dari Jeremy mengenai Aditya apabila dia depress.
            “Adi~ Mari makan?” panggil Tamara lagi. Dia kini bukan lagi Tamara tapi berlakon sebab ibu kepada Aditya. Itulah yang diminta Jeremy sebelum dia memasak bubur tersebut. Tamara menghampir Aditya. Dia duduk disebelah Aditya namun Aditya langsung tidak menoleh kearahnya, matanya yang bergelung hitam dan kuyu itu lurus keluar balkoni.  Bubur itu disuakan dihadapan muka Aditya, Aditya memandang mangkuk itu seketika kemudian menolak jauh-jauh darinya. Tamara mengerut.
            “Adi~ mama masak ni special untuk Adi, Adi taknak cuba?” sekali lagi Tamara mencuba. Tapi kali ini tolakkan Aditya lebih kuat dari tadi menyebabkan sedulang itu jatuh keatas lantai .Bertabur bubur itu. Tamara mengeluh, dia memandang Aditya. Pandangan ‘saya tak boleh tolong dia langsung’.
            Tidak, sekali lagi. Saya dah pernah melayan kerena yang lebih teruk dari ini. Ini biasa saja kalau taknak makan. Kata hati Tamara. Dia pun berdiri memungut dulang dan mangkuk itu lalu beredar. Dia tersenyum bila teringatkan cerita Jeremy, Benjo dan Isabel pun merungut meminta ibu mereka jika sakit.


            “CUMA apa Jeremy?” soal Tamara sudah mula panik.
            “Itu…boleh tak awak berpura-pura jadi ibu Adi?”
            “Huh? Kenapa?”
            “Sebab, selalu kalau Aditya macam ni, dia bukan saja demand bubur mamanya, tapi mamanya sekali. Adi takkan makan kalau awak tak berpura-pura jadi ibunya. Boleh, kan?” rayu Jeremy.
            “Tapi, saya mana pandai berlakon,”
            “Taka pa, selain awak ada lagi yang pernah berpura-pura jadi mama Adi. Uncle, dapat bayangkan tak? Tidak kan, jadi apa kata awak cuba,”
            “Kenapa Jeremy tak buat?”
            “Sebab saya tak pandai buat bubur tu. Dah, cepat! Cepat! Kang kebuluran bos kita,” kata Jeremy sambil menolak tubuh Tamara ke meja dapur dimana semua bahan-bahan sudah tersedia. Tanpa bertanya apa-apa lagi, Tamara pun mula memotong sayur-sayur itu seperti yang diingini dalam resepi. Jeremy berdiri dikaki lima dapur, hanya memerhati gerak tangan Tamara yang dianggapnya cekap.  30 minit pun berlalu, bubur sudah siap sedia dimakan.
            “Mungkin agak kecoh sedikit, tapi jangan putus asa, ya?” kata Jeremy semasa Tamara ingin masuk ke bilik Aditya.
            “Kenapa?” soal Tamara lagi. Sejak dia tiba disitu, tiada perkataan lain diungkapkannya selain kenapa. Berada disitu cukup mengerunkan baginya.
            “Mula-mula tu, Adi akan tolak tapi jangan putus asa sampai dia panggil awak mama, ya? Tolong!” Jeremy sudah menyusun sepuluh jari dihadapan Tamara.
            “Rasa-rasa berapa kali agaknya dia tolak saya?”
            “Mungkin 5 atau 6?” terasa dunia Tamara sudah mahu hitam. Tak apa, Benjo pun selalu menolak dia setiap kali dia sakit.

            TAMARA kembali bersama sedulang lagi mangkuk. Dia mendekati Aditya lagi.
            “Adi, mari makan. Dah dua hari Adi tak makan. Kang Adi sakit,” kata Tamara. Halus dan lembut. Tiba-tiba Aditya menoleh kearahnya dengan pandangan tajam. Seperti mahu membunuh Tamara. Tamara sudah menelan liur, peluh hangan mula menitis didahi walaupun air condituionar terpasang bawah 20 darjah.
            “Kau bukan mama! Aku nak mama! Aku nak mama! Aku nak mama!” jerit Aditya sambil menapis dulang itu dari tangan Tamara sehingga mengena pintu balkoni yang beralaskan cermin. Berkecai pintu itu dibuatnya. Tamara mengerut kening. Ini sudah lebih! Tidak semena-mena sebiji bantal dihentak dikepala Aditya.
            “Kau nak mama? Mama kau dah meninggal. Yang ada hanya Jeremy dan pak cik Andrew. Masih ada yang sayangkan kau! Masih ada beribu-ribu pekerja dibawah kau yang perlukan kau! Benda sekecil ini boleh buat kau jatuh?! Mama kau akan sendiri cakap yang kau ni bukan Adi, Adi yang dia kenal kuat! Tak mudah putus asa! Kalau kau nak mati atas perkara kecil macam ni, pergilah! Aku tak kisah, lagi aku suka. Perjanjian kita tamat!” bentak Tamara. Tercungap-cungap dia, sekaligus saja perkataan itu keluar dari bibirnya macam machine gun. Aditya diam, dia seperti mayat hidup. Seperti tidak dengan papa yang baru saja diperkatakan oleh Tamara.
            Tiba-tiba Aditya berdiri. Wajahnya diangkat memandang balkoni. Tamara menelan liur. Takkan dia betul-betul nak bunuh diri. Matilah saya!
            “Mama~” serentak itu tubuh Tamara dipeluk erat dan Aditya mula menangis. Tamara lega. Akhirnya…
            “Mama~ nak bubur…” rengek Aditya. Kening Tamara terangkat. Mama? Dia ingat saya mama dia?
            “Haha…okey!” terasa pipnya terus tegang. Dia membawa Aditya turun dari bilik. Nasib baik dia masak bubur itu lebih sikit kalau tak tunggu lagilah 30 minit.

            JEREMY yang sedang mundar-mandir dibawah terkejut melihat Tamara dengan Aditya sedang berpimpin tangan. Tamara menunjukkan thumbs up, bererti dia berjaya menengani masalah Aditya. Dengan masa yang singkat? Tak sampai 15 minit.
            Sedang Aditya makan dimeja, Tamara dan Jeremy bercakap tidak jauh dari tempat itu.
            “Awak memang hebat. Tak sampai 15 minit awak boleh bawah Adi turun, selalunya kalau uncle mesti sampai sejam,” kata Jeremy.
            “Saya tak buat apa-apa pun, saya tengking dia adalah. Lepas tu tiba-tiba dia panggil saya mama. Peliklah big bos tu,” kata Tamara.
            “Aunty meninggal masa dia 22, masa tu Adi dah banyak masalah dalam masa yang sama pula aunty meninggal. Mungkin Adi nampak pelik, ceria diluar tapi didalam dia masih lagi seperti budak-budak yang tidak tahu mana betul dan mana salah. Kita kena sabar,” kata Jeremy. Kata-kata Jeremy membangkitkan persoalan didadanya.
            “Jadi, kematian mamanya punca dia fobia dengan perempuan?” Jeremy menggeleng.
            “Mama! Nak bubur lagi!” jerit Aditya manja. Tamara terus bergerak mengambil mangkuk kosong itu dari tangan Aditya. Jeremy melihat Aditya, dia kelihatan seperti dulu sebelum kejadian ngeri itu menimpanya. Kemudian dia melihat Tamara, Tamara awak adalah titik perubahan dalam hidup Adi, semoga awak boleh melindungi Adi.
            “Mama, nak mandi!” kata Aditya. Tersedak Jeremy. Apatah lagi Tamara, hampir terkeluar biji matanya terkejut. Tamara memadang Aditya, saat itu dia merasaakan Aditya begitu banyak persamaan dengan Benjo.
            Tamara tersenyum. “Okey, jom!” katanya. Dia dan Aditya pun bangkit. Jeremy sudah melopong.
            “Adi nak pakai sabun apa?” soal Tamara. Kedengaran gelak tawa Aditya.
            “Adi!!” tiba-tiba Tamara menjerit membuatkan Jeremy terus bangkit dari kerusi dan mendapatkan Aditya yang sudah pengsan diatas lantai.
            “Jeremy, badan Adi panas!”

*****

            “APA rancangan kamu pasal perkahwinan Adi?” soal Tamara. Mereka berdiri berduaan dibalkoni bilik Aditya.
            “Saya tak tahu. Takkan kamu nak langsungkan perkahwinan betul-betul,”
            “Kalau saya cakap saya sanggup tolong, bagaimana?” dahi Jeremy berkerut.
            “Macam mana awak nak tolong? Masuk akhbar, keluar tv?”
            Tamara mengangguk. “Ya, memang itu idea saya. Biar saya keluar, supaya media percaya. Kalau bakal isteri Aditya tak keluar, banyak lagi spekulasi-spekulasi yang diorang lontarkan,”
            “Awak seriuskah ni?”
            “Apa korang cakap ni?” sama-sama mereka menoleh kearah katil. Kelihatan Aditya sudah duduk menghadap mereka. Jarum yang melekat dilengannya ditanggalkan.
            “Adi, badan kau kurang air!” marah Jeremy.
            “Aku sihat. Kenapa dia ada disini?” soal Aditya dingin. Tamara mengerut kening, mulut memuncung.
            “Baguslah awak dah sedar. Korang bincanglah pasal yang saya cakap tadi, saya sekadar nak menolong,” kata Tamara lantas mula beredar.
            “Eh, awak nak pergi mana?” soal Jeremy sambil membuntuti Tamara.
            “Saya nak balik, hari dah nak malam,”
            “Kalau begitu, saya hantar!” Jeremy sukarela. Tamara mengangguk.
            “Yo, kau dah sedar, kan? Aku hantar dia dulu!” kata Jeremy sebelum beredar keluar bersama Tamara. Aditya merengus. Dia menuruni katil lalu keluar dari bilik.
            Aditya membuka peti sejuk sebaik saja dia berada dalam dapur. Sebiji botol air dikeluarkan. Gelas dicapai. Tiba-tiba dia berhenti, dia seperti terhidu sesuatu. Bau yang amat dikenalinya.
            “Bubur mama?” ujar Aditya. Siapa yang masak? Takkan papa kot. Emy? Aditya menggeleng. Nah… tak mungkin dia boleh masak bubur tu. Biarlah…memandangkan hari ni aku cuti, lebih baik layan Gundam! Senang hati Aditya.
            Selepas membancuh 3 in 1, Aditya terus berlalu ke ruang tamu. Menyambung semula marathon Gundam yang tertundah hari itu.

*****

            “ERR…” Jeremy seakan tidak terkata. Hanya matanya yang mampu bercakap berkenaan rumah kayu yang sudah uzur dihadapannya. Mungkin sekali tumbuh, habis rumah itu roboh. Tamara tergelak kecil.
            “Thank sebab hantar saya pulang,” kata Tamara membuatkan Jeremy segera sedar. Tamara membuka tali pinggang keselamatan.
            “Tunggu, tunggu!” pantas Jeremy menghalang sebelum Tamara melompat keluar.
            “Kenapa?”
            “Ini rumah awak?” soal Jeremy.
            “Ya, awak nak masuk?” ajak Tamara.
            “Em..ah…” Jeremy serba salah. Nak jawab apa? Masuk atau tak? Tapi rumah tu…
            “Rumah tu takkan runtuhlah Jeremy!” kata Tamara lantas membuka pintu. Tidak semana-mena Benjo muncul dari pintu depan diikut Isabel.
            “Kakak!” jerit Benjo. Jeremy yang masih berada dalam kereta terpandang Isabel. Mata mereka bertaut seketika.
            “Siapa tu?” soal Isabel.
            “Oh, dia kawan kakak,”
            “Kawan?” soal Isabel. Mana ada kawan yang tengok rumah kawan dia macam tu? Jeremy yang sedar dia sudah bersikap biadap cepat-cepat keluar dari kereta.
            “Hai, saya Jeremy!” kata Jeremy. Entah kenapa, dia seperti gugup dihadapan Isabel. Isabel hanya mengangkat kepala kemudian masuk semula ke dalam rumah.
            “Benjo masuk dulu ya? Kejap lagi kakak masuk,” kata Tamara. Tanpa benyak soal Benjo menurut.
            “Benjo? Nama kucing Adi,” kata Jeremy. Tamara senyum. Sesungguhnya dia tidak tahu bagaimana untuk bersosial dengan orang seperti Jeremy dan Aditya. Mereka terlalu ‘bersih’ baginya.
            “So, itu adik awak?” soal Jeremy.
            “Ya, dua-dua adik saya. Yang perempuan tu Isabel, yang lelaki Benjamin. Saya panggil Benjo,”
            “Adik awak tu, maksud saya Isabel memang macam tu? Dingin?”
            “Taklah. Muka dia memang macam tu sejak kecil. Percayalah, dia sangat lucu!” kata Tamara.
            “Yeah, I bet! So, saya balik dululah. Saya risau risau dengan Adi,” kata Jeremy.
            “Okey. Bye!” Tamara menghantar Jeremy masuk ke perut kereta dan dia menunggu sehingga Jeremy keluar dari perkarangan rumahnya barulah dia masuk ke dalam rumah.

            HEY, your back!” sapa Aditya sebaik saja Jeremy menghempas tubuh ke sofa. Rambut diraup kebelakang.
            “What’s up?” soal Aditya pula.
            “Tiada…cuma..i feel sorry for Tamara,” kata Jeremy. Aditya segera menekan butang pause.
            “Why is that?”
            “Aku hantar dia pulang rumah tadi, dan rumah dia…fuhh!” kata Jeremy, tidak tahu ingin mengunakan perkataan apa untuk mempamerkan perasaannya.
            “Kenapa dengan rumah dia?”
            “Adi, kau rasa kau boleh berdiri bila kau nampak tempat tinggalnya? Even aku sendiri, aku bukan nak merendah-rendahkan dia tapi aku ada perasaan nak tolong dia,” Aditya mendengus.
            “Apalah, aku ingat apa tadi. Then, kalau kau nak tolong dia, tolonglah,” kata Aditya.
            “But I can’t!”
            “Kenapa?”
            “Sebab aku bukan suami dia?”  
            “Oh, jadi kau suruh aku untuk tolong dia, begitu?” kata Aditya. Menyiarap darah dikepalanya.
            “Tak. I mean, yes. Sebab dia pun nak tolong kita juga. Dia kata dia sanggup jadi ‘pengantin’ kau, dia sanggup keluar tv,”
            “So, in return kita tolong dia. Okey, sound fair!”
            “Betul?” soal Jeremy meminta kepastian. Aditya mengangguk pasti.
            “So, kau nak tolong dia macam mana?”
            “Belikan diorang rumah,”
            “What? Diorang? Siapa diorang?”
            “Diorang, adik-adik Tamara. Kau tak tahu dia ada adik-beradik?”
            “Tak,” jawab Aditya bersahaja. Jeremy menggeleng kepala.
            “Aku bagitau kau Adi, kalau bukan Tamara kau masih stuck dengan dunia kau, tau tak,”
            “Kenapa kau nak marah aku tiba-tiba?”
            “Sebab dia yang tolong kau, masa kau sakit petang tadi. Dia yang masakkan kau bubur, dia jaga kau macam kau tu adik dia, dan kau tak tahu apa-apa tentang dia? Adi, you are too much!” marah Jeremy lantas dia bangkit dan meninggalkan Aditya dalam keadaan terkejut. Aditya mengerutkan kening. Pelik.
            “Wait! Jadi dia yang masak bubur tu?” Aditya menggeleng. Dia tidak percaya. Rasa masakan itu sama seperti rasa masakan ibunya. Tidak mungkin ada orang lain yang boleh membuat bubur itu sama dengan bubur buatan mamanya, sekalipun Encik Andrew.
            “Mungkin aku perlu minta maaf,” gumam Aditya. Kemudian dia bangkit menuju ke bilik Jeremy. Pintu bilik Jeremy diketuk.
            “Eme, kau marah aku eh?” soal Aditya dari luar.
            “Tak..sorry, aku terlalu ikut perasaan tadi. Aku Cuma simpati dengan Tamara, itu saja,” jawab Jeremy dari dalam.
            “Wei, boleh aku masuk?”
            “Masuklah, pintu tak kunci,” Aditya terus melangkah. Kelihatan Jeremy sedang meneliti sesuatu dimeja kerjanya.
            “Apa tu?” soal Aditya sambil menghampiri Jeremy.
            “Ini doc. Yang mengandungi semua latar belakang Tamara. Kau bacalah!” kata Jeremy. Aditya tersenyum. Dokumen itu ditolak tepi. Jeremy mengerut kening.
            “Tak perlu. Kalau aku nak tahu, aku tanya dia sendiri. Sekarang, kita nak buat apa?”
            “Apa maksud kau?”
            “Yalah, pasal perkahwinan tu. Kita buat announcement la, pasal tarikh perkahwinan aku jumpa Tamara sendiri,”
            “Kau nak buat announcement? Lebih baik tanya Tamara dulu. Kita bincang dengan dia,” kata Jeremy. Dia mahu berhati-hati dalam membuat perancangan itu, takut perjanjian antara Aditya dan Tamara akan terbongkar.
            “Okey. Kita jumpa dia esok,”
            “Adi,sekejap!” pantas Jeremy menghalang Aditya sebelum dia sampai ke pintu.
            “Kenapa?”
            “Pasal rumah tu macam mana?”
            “Ya, I will do it. Don’t worry!” kata Aditya lalu beredar keluar. Jeremy tersenyum. Dia berharap sangat, dengan perkahwinan ini, Aditya boleh melupakan kenangan pahitnya dan teruskan hidup seperti biasa itu pun kalau Tamara berjaya membuatkan Aditya berpaling kepadanya.

*****

            ENCIK Andrew yang sedang menonton sidang akbar Aditya tertawa ditempat duduknya. Sebuah majalah GLAM edisi baru sedang berada dalam genggamannya. Akhirnya setelah penat menunggu, Aditya mengumumkan juga perihal perkahwinannya. Tiba-tiba, seorang wanita berpakaian serba putih datang menyentuh bahunya.
            “Papa, Adi akan berkahwin…mama macam tak percaya saja,” suara lembut itu kedengaran. Encik Andrew mengangkat kepala lalu tersenyum dihadapan wanita itu. Tangannya digengam lalu dikucup kudus.
            “Anak kita akan berkahwin, Sumira. Ini adalah berkati dari mama,” kata Encik Andrew. Sumira sudah melenok dibahu suaminya.
            “Mama dapat datang ke majlis perkahwinan tu?” soal Encik Andrew. Sumira tersenyum. Pipi suaminya diusap perlahan.
            “Sayang, you know I can’t,” jawab Sumira, wajah Encik Andrew berubah sayu.
            “Kenapa mama tinggalkan papa awal sangat? Kenapa Dia tak bagi kita peluang untuk bersama-sama dalam perkahwinan Adi?” air mata lelaki milik Encik Andrew sudah mengalir keluar. Sumira menyeka air jernih itu.
            “Papa, jangan cakap macam ni. Jangan mempersoalkan kuasaNya, His plan are absolute,”
Encik Andrew mengangguk, namun air matanya tumpah juga. Sejurus kemudian, dia tersentak tatkala angin bertiup kencang dalam biliknya. Encik Andrew menyentuh pipinya tapi basahan itu sudah tiada. Encik Andrew tersenyum lagi. Thanks for coming, dear wife.

****************************
p/s: selamat membaca di hari minggu :)

10 comments:

  1. hehehh.. kelakar la Adi mrengek cam kanak2 ribena. comel.. ^^

    ReplyDelete
  2. adi dah mcam nak ok jer..heee
    hrap2 dia dh xtrauma lg dngn prmpuan....

    ReplyDelete
  3. VW > hehe..agreed!

    amira > ujian sebenar belum datang lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. haha.. lawak la adi ni.. tergelak jer saya bila baca entry kali ni.. lucu..

    ReplyDelete
  5. Lucu gak part ni...Comel pon ada..Ringkasnya,,,best glerr..

    ReplyDelete
  6. Comel je Adi.Nak bermanja..hehe :D

    ReplyDelete
  7. betuk ke tu adi?? macam tak caya je.... comelnya adi kalau sakit~

    ReplyDelete
  8. encik Andrew berhalusinasi ke?? -.-'"

    hahahah...adi sgguh comel!!!!>.<

    ReplyDelete
  9. sweet jer..
    ttiba ilang fobia si adi..
    terus jd anak manja tamara...

    ReplyDelete
  10. comelnya^^
    Adi merengek camtu
    pepun kesian sebab dia ada kenangan pahit..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.