Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 April, 2011

Love.9 : The Only Bride


 The Only Bride
            JEREMY yang baru balik dari syarikat terus menerpa Aditya yang masih berada diruang tamu. Kelihatan seperti fikirannya melayang entah kemana. Matanya memandang skrin tv yang gelap sambil tangannya mengusap-usap bulu lebat Benjo.. Jeremy melabuh punggung si sofa sebelah. Tali leher dilonggarkan sedikit.
            “So, macam mana?” soal Jeremy. Aditya diam, tiada respond.
            “Adi? Aditya!” lengan Aditya ditepuk kuat. Serentak itu Aditya tersentak lalu menoleh kearah Jeremy dengan muka tanpa perasaan. Benjo yang turut terkejut terus melompat dari paha Aditya menuju ke atas.
            “Kau kenapa? Pelik aja,”
            “Takda,” jawab Aditya ringkas.
            “Lagi pelik. Kenapa ni, Tamara marah kau lagi?” Aditya menggeleng lalu membetulkan kedudukannya agar menghadap Jeremy. Dia mengaru kepalanya.
            “Kau anggap Tamara tu perempuankah?” soal Aditya tiba-tiba.
            “Kenapa kau tanya macam tu, dah terang-terang dia perempuan,”
            “Tapi..kalau dia perempuan kenapa aku boleh dekat dengan dia?”
            “Kau anggap dia perempuan?” Jeremy tidak terus menjawab soalan Aditya tetapi bertanya pula.
            “Tak! Aku tak tahu.. tapi semakin lama aku bersama dia, aku takut aku tak boleh dekat dia lagi..kau tau kan,”
            “Maksud kau, kau dah mula anggap dia perempuan?” Aditya mengangguk kecil.
            “Adi, Tamara berbeza dengan perempuan tu dan dia juga berbeza dengan semua perempuan-perempuan yang kau pernah tahu dulu. Aku juga dapat rasakan yang dia akan membawa perubahan dalam diri kau. Kau pernah tanya samada aku akan sokong kau, kan? Apa yang kau perlu takut lagi. Sometimes you have to let you guard down, okey?”
            “Aku dah banyak belajar pasal perempuan, tapi hanya dia yang aku tak faham. Aku tak boleh nak capai dia, Eme,”
            “This is what we call transformation. Mungkin kau dah banyak belajar pasal perempuan, tapi itu dalam buku. Ini masanya untuk kau berubah Adi. Aku tak mungkin berada disisi kau untuk selama-lamanya, aku pun perlu kahwin juga,” seloroh Jeremy.
            “Kau nak kahwin? Dengan siapa?” pantas Aditya bertanya.
            “Dengan perempuanlah, ingat aku nak kahwin dengan lelaki?”
            “Hish kau ni!”
            “So macam mana perbincangkan kau dengan Tamara pasal rumah tu?”
            Aditya menggeleng. “Nahh…dia tak nak. Dia kata aku tak perlu buat apa-apa. Ucap terima kasih dah cukup buat dia,” Jeremy mengangguk-angguk, walapun dia tidak faham kenala Tamara ingin menolak pertolongan mereka.
            “Pasal tarikh perkahwinan kamu?”
            “Dia kata pilih tarikh dimana semua orang cuti. Hari ahad tapi dia tak nyatakan nombor. So?” soal Aditya.
            “Next month, on 28th May, amacam?”
            “Hmm… boleh juga!”
            “Borang pendaftaran tu kamu dah sign?”
            “Belum! Maybe, kau dan papa perlu jadi saksi. Kita pergi ke Jabatan Pendaftaran esok,” kata Aditya.
            “Kamu belum sign? Jadi selama ni kau tak rancang pun nak kahwin betul-betul dengan Tamara?”
            “Bukan macam tu, just..it’s complicated! Dahlah, aku nak naik, ngantuk!” Aditya pantas meninggalkan Jeremy di ruang tamu. Jeremy mendengus.
            “Kau jahatlah Adi!” pekik Jeremy sebelum menyusul naik ke biliknya.


            “TAMARA!” panggilan dari belakang membuatkan dia terus menoleh. Kelihatan Edwin sedang berlari anak menuju kearahnya.
            “Betul? Betul kau letak jawatan? Lagi?” soal Edwin sebaik saja dia berhenti dihadapan Tamara. Tamara tersenyum.
            “Ya, mungkin Madam betul, aku akan mempengaruhi prestasi pekerja-pekerja disini. Jadi aku letak jawatanlah,”
            “Tapi, apa yang kau dah buat sebenarnya?” soal Edwin. Aku tak boleh bagitau Edwin perkara sebenar, takut dia tak boleh terima.
            “Ermm…macam yang Madam cakap, aku selalu keluar awal, masuk kerja lewat..aku tak tahulah apa yang dia fikirkan. Tapi aku tahu semua tu benar. Lagipun letak atau tak letak jawatan sama juga, aku akan dipecat,” Edwin buat-buat menangis.
            “Macam mana aku nak hidup tanpa kau, macam mana kalau aku rindukan kau nanti?”       rengek Edwin. Tamara tergelak.
            “Kau ni, bukan aku pergi jauh pun. Rumah aku dekat saja dari sini. Aku boleh saja datang jenguk kau, kan?” bahu Edwin ditepuk.
            “Tamara, kita kahwin nak?” kata Edwin. Terkejut Tamara dengan lamaran Edwin. Ingat nak lamar-lamar ni macam tu aja? Kepala Edwin terus diketuk kuat.
            “Kau ingin nak lamar orang senang? Kahwin bukan perkara main-mian tau tak!” Tamara sudah cekak pinggang.
            “Yalah, aku tak nak pisah dengan kau. Kalau kita kahwin, aku boleh sama-sama dengan kau,” Edwin ketawa. Tamara sudah menggeleng kepala.
            “Kita tak boleh kahwin dengan orang yang kita tak suka, kau faham? Dah lah Edwin, jangan nak main-main boleh tak?” kata Tamara sedikit marah dengan sikap Edwin. Tamara terus berlalu selepas menyimpan apron dan mengambil barang-barangnya dalam lokar. Edwin ditinggalkan begitu saja. Kita tak boleh kahwin dengan orang yang kita tak suka? Yalah tu…yang kau tu dan nak kahwin dengan Adi, orang yang kau tak kenal, tak suka. Itu apa? Tamara bermonolong.
            Tiba-tiba tangannya disambar sewaktu ingin keluar dari pintu belakang. Tubuhnya terus menghadap semula kepada Edwin. Orang yang menyambar tangannya.
            “Aku maksudkannya Tamara, aku sukakan kau. Aku betul-betul nak kahwin dengan kau,” kata Edwin. Kali ini suaranya kedengaran serius dan sayu. Tamara betul-betul tergamam.
            “Edwin, jangan bergurau okey. Kalau kau masih bersikap macam ni, aku taknak jumpa kau lagi!” marah Tamara. Dia semakin cemas dengan sikap Edwin. Perlahan-lahan Tamara menarik tangannya dari pautan Edwin.
            “Aku serius, aku tak main-main. Aku…aku cintakan kau, Tamara,” terbeliak mata Tamara mendengar ungkapan itu. Tamara menggeleng.
            “Tak boleh, aku cuma….”
            “Aku bagi kau masa…aku bagi kau masa untuk berfikir. Tak perlu tergesa-gesa nak jawab. Okey, aku pergi dulu!” Edwin terus beredar tanpa memberikan peluang untuk Tamara menghabiskan ayatnya. Tamara mengeluh kecil. Macam mana Edwin boleh sukakan aku? Tak mungkin! Maafkan aku Edwin, aku tak boleh jadi pengantin kau…Tamara terus meninggalkan tempat itu, dan perasaannya kini berubah dia tidak akan menjejakkan kakinya di restoran itu lagi.

*****

            SEHARI berlalu selepas Tamara meletak jawatan. Hidupnya mejadi sangat membosakan selepas itu. Lepas hantar Benjo dan Isabel pergi ke sekolah, dia akan pulang mengemas rumah dan selepas itu tidur dan makan. Bangun, ambil Benjo dan Isabel pula. Sampai rumah, tidur balik. Terasa sehari berlalu terlalu lama. Tanpa kerja, Tamara bukan siapa-siapa.
            Sedang Tamara menyidai baju diluar rumah. Sebuah kereta berwarna merah tiba-tiba memakir. Tamara memberhentikan kerjanya seketika. Dia kenal pemilik kereta itu. Aditya!
            Aditya keluar dari perut kereta sambil melambai dan terus kearah Tamara. Haik! Semalam marah, taknak bercakap sekarang boleh senyum pula? Hm! Aku tak faham lelaki.
            “Yo!” sapa Aditya. Tamara hanya mengangkat dahu lalu menyambung kerjanya semula. Aditya mendekati.
            “Awak ada masa tak?” soal Aditya.
            “Ada, kenapa?”
            “Saya nak bawak pergi mendaftar,”
            “Daftar apa?”
            “Daftarkan perkahwinan kitalah, nak daftar apa lagi?”
            “Oh, okey. Tunggu siap kerja saya dulu. Awak nak masuk tak?” pelawa Tamara. Aditya kelihatan ragu-ragu. Er..nak masuk atau tak?
            “Nak atau tak?” soal Tamara lagi, kali ini dia mengeraskan suaranya. Pantas Aditya menjawab ya. Mereka pun masuk setelah Tamara menyidai semua baju-baju mereka.
            “Nah!” Tamara meletakkan segelas air diatas meja kecil lagi rendah itu setelah Aditya melabuh punggung atas lantai. Matanya meliar disetiap sudut bilik itu. Ruang yang kecil, semua sambung-menyambung. Bilik, dapur dan kamar mandi. Dapur itu walaupun nampak kosong tapi rasanya seperti ia hidup. Bucu-bucu dikaki pintu kamar madi sudah hampir habis dimakan anai-anai. Bagaimana mereka boleh hidup dalam ruang yang kecil ini?
            “Saya nak mandi sekejap. Awak jangan cuba nak fikir apa-apa!” kata Tamara seakan memberi amaran. Aditya hanya mengangguk. Tidak terlintas pun difikirannya dia untuk apa-apa. Apa yang dikatakan Tamara pun dia tidak faham maksudnya. Aditya sangat innocent. Selepas Tamara masuk ke kamar mandi, Aditya bangun dan menuju ke bilik tidur mereka. Sudah lama dia memandang sliding door yang berwarna merah jambu itu. Rasa ingin tahu apa isi dalam bilik itu membuak-buak.
            Pintu ditarik sehingga terbuka luas namun cukup perlahan takut Tamara perasaan. Kelihatn bilik itu hanya mempunyai satu tilam bersaiz king, satu almari, satu meja dan satu jam lonceng diatas meja kecil. Bantal ada 3 biji atas tilam dan hanya satu selimut tebal. Aditya tersenyum. Teringat waktu dulu-dulu masa dia masih lagi tidur bersama ibunya.  Kemudian dia melangkah masuk menuju ketilam lalu melabuh punggung. Dia perasaan sesuatu, langsung tiada gambar keluarga dimana-mana. Dinding hanya kosong dengan cat warna merah jambu. Meja pula hanya ada buku-buku pelajaran sahaja.
            Laci meja ditepi katil ditarik. Ada sebuah album tersimpan didalamnya. Album itu dicapai lantas dibelek. Satu-satu gambar diteliti. Tapi gambar didalamnya hanya beberap sahaja, kira-kira 7 keping. Kemana semua pergi gambar diorang?
            “Adi! Kenapa awak masuk bilik?” kata Tamara keras. Serta-merta Aditya bangkit. Tercicir album itu dari tangannya. Kelihatan Tamara sudah berpakaian lengkap dengan T-shirt putih dan seluar paras lutut. Pantas Tamara mencapai album itu dibawah kaki Aditya. Malang sekali, Aditya tidak sempat mengamati muka-muka yang ada dalam gambar-gambar tersebut.
            “Sss…sorry! Saya tak sengaja,” kata Aditya. “Sekejap juga awak mandi?” soalnya pula. Tamara mendengus lalu melangkah ke almari.
            “Dah awak nak cepat. Sekarang boleh keluar tak? Saya nak tukar baju,” kata Tamara. Terkulat-kulat Aditya keluar dari bilik. Sebaik keluar, dia memegang dadanya. Masih pada paras normal walapun dia terkejut tahap dewa melihat wajah Tamara yang kemerah-merahan selepas keluar dari bilik mandi. Gelas diatas meja segera dicapai dan terus diteguk sekali gus. Dia menyeka sisa air ditepi bibirnya.
            Seketika kemudian, Tamara keluar dengan berpakaian gaun putih milik Isabel. Nasib baik tubuhnya dengan Isabel tidak banyak beza. Tamara betul-betul kelihatan berbeza. Kali pertama dia melihat seorang wanita berpakaian gaun seperti budak-budak 18 tahun. Terpegun Aditya dibuatnya.
            “What?” soal Tamara kasar. Tersentak Aditya.
            “Awak nampak macam budak kecik la,” kata Aditya, entah kenapa spontan saja dia menutur ayat itu. Bibir Tamara sudah memuncung. Melihat reaksi Tamara sebegitu rupa. Cepat-cepat Aditya meminta maaf.
            “Tapi ada kelebihannya awak berpakaian macam ni,” kata Aditya selepas mereka keluar dari rumah.
            “Kenapa pula?”
            “Sebab awak tak buat saya pengsan,” jawab Aditya diikuti tawa dibelakang.  Baru saja Tamara ingin membukakn pintu, Aditya sudah dulu mencapai handle itu lalu membukakan untuk Tamara.
            “Really?” kata Tamara seakan tidak percaya.
            Today is the day you become my bride, so takda salah kalau saya buat macam ni,” kata Aditya. Tamara menggeleng.
            “Saya tak faham awak!” katanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Aditya hanya tersenyum. Walaupun dia tidak pernah mempunyai teman wanita, tapi dia tetap tahu bagaimana hendak melayan wanita. Itu yang dia belajar dari Jeremy.
            Tanpa mereka sedari, seorang lelaki sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari kawasan perumahan itu. Dan wajah lelaki itu kelihat betul-betul sedih, air matanya sudah deras mengalir.
            “Itu kaukah, Tamara? Itu sebab kau tak terima aku? Siapa lelaki tu?” soal Edwin sambil menyedut hingusnya. Air matanya menitis jua.

*****

            SELEPAS mendaftarkan perkahwinan mereka di Jabatan Pendaftaran, mereka pun keluar dari bangunan itu.
            “Papa tak nak ikut kami lunch?”  soal Aditya selepas mereka sampai ditempat pakir kereta.
            “Papa banyak kerjalah Adi. Adi pergi ajalah dengan Eme dan Tamara, ya?” jawab Encik Andrew lantas masuk kedalam keretanya. Aditya memandang Jeremy sambil mengangkat keningnya.
            “Rasanyakan Adi, kau dengan Tamara tak boleh nak makan sama-sama, tahu tak paparazzi ada dimana-mana saja? Diorang akan paparkan wajah Tamara dalam akhbar kalau kita tak hati-hati,” kata Jeremy memperingatkan. Aditya menggaru keningnya. Kemudian dia memandang Tamara pula.
            “It’s okey, kita boleh makan bila-bila saja. Sekarang kita nak buat apa?” soal Tamara.
            “Dah korang daftar, apa kata korang cuba baju pengantin?” cadang Jeremy pula. Tamara tergamam sebaik mendengar perkataan baju pengantin. Tiba-tiba dia berasa takut pula. Aditya yang perasan akan perubahan wajah Tamara terus menegur.
            “Tara, awak okey?”
            “Tak…saya tak okey!” kata Tamara. Aditya dan Jeremy sama-sama terkejut.
            “Kenapa?” Jeremy sudah bergerak ke sebelah Aditya.
            “Awak sakitkah?” soal Jeremy pula. Tamara pantas menggeleng.
            “Saya akan kahwin tak lama lagi tahu tak? Ingat saya boleh bersikap biasa macam kamu berdua? Saya tak cukup kuat, Jeremy, Adi. Saya takut! Macam mana dengan adik-adik saya, siapa yang akan jaga diorang?” mata Tamara sudah mula dibasahi dengan air hangat.
            “Siapa kata awak akan tinggalkan adik-adik awak lepas awak kahwin saya? Takda pun yang cakap macam tu,”
            “Tapi selalunya kalau orang dah kahwin, dia akan tinggal dengan suaminya. Semua macam tu!”
            “Tara, taklah. Kalau betul pun macam tu, lebih baik kita tinggal sama-sama, kan Eme?” kata Aditya. Serentak itu, Jeremy memetik jari.
            “Apa kata lepas kahwin korang tinggal sama-sama?” terlopong mulut Tamara.
            “Korang dah gila? Kita tak boleh tinggal dengan orang yang kita tak sayang okey!” marah Tamara. Air mata dikesat kasar. Aditya mendengus kecil.
            “Boleh tak jangan manja sangat? Ingat ini masa yang sesuai awak nak tinggal dengan orang yang awak sayangi? Awak dah sign kontrak tu, awak dah takda peluang lagi nak sayang mana-mana lelaki lagi!” tiba-tiba suara lembut Aditya meletup, keras dan kasar kedengaran. Tergamam Tamara.
            “Sabar Adi! Kenapa nak marah Tamara macam tu,” kata Jeremy cuba menenangkan Aditya. Tamara sudah mengetap bibir.
            “Kalau kita nak cuba baju pengantin, kita jalan sekarang juga. Tapi sebelum tu, aku nak tukar baju!” kata Tamara terus beralih ketempat duduk penumpang. Pintu dibuka lalu melangkah masuk. Aditya dan Jeremy saling berpandangan. Tidak faham dengan sikap Tamara sebentar tadi. 

            SELEPAS membelikan Tamara pakaian T-shirt dan jean mereka terus menuju ke butik pengantin milik syarikat Aditya iaitu, Yes, I do Int. Aditya bukan saja mengawal 6 cawangan restoran dibawahnya tapi dia juga banyak membuka butik pengantinnya sendiri, malah dia juga mempunyai beberapa hotel bertaraf 5 bintang di daerah itu jadi tak hairanlah dia begitu yakin dengan dirinya.
            Aditya berjalan perlahan, membiarkan Tamara mendahuluinya. Jeremy tidak ikut serta. Katanya sebagai denda kerana sudah memarahi Tamara dan dia harus memujuk Tamara. Ish..dah dia tahu aku tak pandai pujuk perempuan, sengaja aja nak kenakan aku!
            “Tara!” panggil Aditya. Dia langsung lupa tentang amaran Tamara dulu bahawa dia tidak ingin dipanggil dengan nama itu. Tamara terus menoleh.
            “Kenapa awak suka panggil saja Tara?” dahi Tamara berkerut.
            “Takda, sebab singkat. Dan awak, kenapa awak tak suka dipanggil Tara?” giliran Aditya pula bertanya.
            “Suka hati sayalah, nama saya. Saya yang tentukan orang panggil saya guna nama apa,” balas Tamara. Aditya sudah berkerut. Kenapa perempuan ni boleh jadi degil sangat?
            “Okey, kalau begitu saya pun suka hatilah. Mulut saya, suka hati sayalah nak panggil awak guna nama apa,” balas Aditya lantas berlalu mendahului Tamara. Tamara mendengus. Seketika kemudian barulah dia mengikuti jejak Aditya.
            “Tara!” panggil Aditya sebaik saja Tamara melangkah masuk. Tamara terus berlalu menuju ke ruang tetamu yang berada penuju bangunan.
            “Awak tunggu kejap ya, saya pergi panggil bos butik ni dulu,” kata Aditya. Tamara hanya menurut. Dia melabuh punggung sambil matanya meliar disekitar ruang butik itu. Cantik dengan siling yang tinggi dan dihiasi dengan lampu-lampu yang pastinya diimport dari luar negara.
            “Tamara? Is that you?” tiba-tiba Tamara disapa seseorang. Tamara menoleh kearah suara tersebut. Membulat matanya melihat wanita yang sedang berdiri dihadapannya bersama seorang lelaki. Dia kenal wanita itu, kawan sekolejnya dulu. Tamara pantas bangkit.
            “Keroline!” nampaknya Tamara masih mampu mengingati nama gadis itu. Wanita yang dipanggil Keroline itu tersengih. DIa pun membawa temannya itu mendekati Tamara.
            “Tak sangka saya boleh jumpa awak disini? Awak buat apa disini? Kerja sebagai cleaner kah?” soal Keroline, suaranya kedengaran mengejek. Tamara hanya tersenyum.
            “Awak buat apa disini?’ soal Tamara pula.
            “Oh, saya dah nak kahwin. Nak ambil baju pengantin. Kenalkan ini Samuel, bakal suami saya,” kata Keroline. Tamara hanya memberikan senyuman pada Samuel.
            “Tamara,” sebut Tamara, memperkenalkan dirinya.
            “Saya tak sangka boleh jumpa awak disini. Ah, Sam mungkin kita boleh jemput dia datang ke majlis perkahwinan kita, kan?” cadang Keroline pula. Samuel tergelak sinis.
            “Dengan pekerjaan cleaner dan pakaian macam ni, dia takkan boleh masuk hotel tu. Hotel Palace 5 bintanglah katakan.” Jawab Samuel pula serentak itu dia dan Keroline ketawa. Tamara sudah menjelingkan mata. Kalau bukan kerana Aditya, dia sudah tentu mencarik-carik rambut mereka itu sehingga botak.
            “Tara,” dalam kebisingan gelak tawa Keroline dengan bakal suaminya itu, dia sempat mendengar namanya dipanggil dengan lembut sekali. Hampir luruh hatinya. Lantas, tawa Keroline dan Samuel mati apabila Aditya berlalu diantara mereka seperti Aditya menganggap mereka tidak wujud.
            “Hei, you’re so rude!” marah Keroline.
            “Am i?” soal Aditya sambil memaut bahu Tamara dan merapatkan tubuh Tamara disisinya. Riak wajah Keroline dan Samuel sudah berubah. Tidak percaya bila lelaki kacak lagi tinggi seperti Aditya boleh berdiri disisi Tamara.
            “Kamu…”
            “Saya suami Tara, kenapa? Kamu ada apa-apa masalah?” soal Aditya dingin. Tamara yang ada disisi sudah tertunduk malu. Dia dapat merasa telinganya sudah menjadi panas.
            “Tak mungkin, kau tipu!” kata Keroline. Masih tidak percaya. Aditya tersenyum.
            “Suka hatilah. Oya, kamu kata kamu akan berkahwin tak lama lagi, kan? Dekat Hotel?” soal Aditya.
            “Palace Hotel,” jawab Samuel pantas. Aditya mengangguk kemudian mencaluk telefon bimbitnya dalam poket. Nombor seseorang didail. Keroline, Samuel dan Tamara pelik dengan gelagat Aditya.
            “Hello, boleh carikan nama Cik Keroline dan Samuel yang register untuk majlis perkahwinan di situ?” soal Aditya. Tamara semakin pelik. Apa lagi yang dia nak buat ni? Tak faham saya!
            “Okey, tolong  blacklistkan nama mereka dalam semua senarai hotel kita. Aku taknak tengok nama mereka berada didada laporan. Faham?” kata Aditya. Serentak itu Samuel dan Keroline naik angin dan mula menengking Aditya.
            “Hei, apa maksud kau cakap macam tu?” marah Keroline.
            “Apa maksud kau? Kenapa, saya tak boleh buat keputusan sedangkan Hotel tu milik saya?” kata Aditya cukup tenang walapun makhluk-makhluk dihadapan dia itu sudah menjadi merah seperti biji saga.
            “Kau…kau tak boleh buat macam tu walaupun hotel tu milik kau!” marah Samuel pula.
            “Okey, kalau begitu minta maaf dengan Tara sekarang!” arah Aditya. Tersentak Tamara. Aditya sanggup berbuat seperti itu demi dia? Keroline dan Samuel sambil berpandangan, Samuel mengangguk bermakna mereka akan meminta maaf.
            “Kami minta maaf,” ucap Keroline dan Samuel serentak.
            “Eya,” jawab Tamara pendek namun dia terima permintaan maaf itu dengan ikhlas.
            “Mari pergi!” kata Samuel lantas menarik tangan Keroline pergi dari bangunan itu. Tidak jadi mereka mengambil pakaian pengantin mereka itu.
            Selepas bayang mereka itu tidak kelihatan lagi, Tamara terus menolak tubuh Aditya jauh darinya.
            “Er, sorry! Saya takda niat…” pantas Aditya meminta maaf tapi selepas melihat Tamara menoleh kekiri sambil memegang mata dia terus menarik tangan Tamara.
            “Awak nangis eh?” soal Aditya lembut. Tamara diam dan menarik tangannya dari Aditya namun Aditya mengemaskan genggamannya.
            “Jawab dulu, kenapa awak nangis?”
            “Saya boleh lindung diri saya sendiri, awak tak perlu masuk campur!” bentak Tamara. Aditya mengeluh kecil.
            “Tara..”
            “Jangan panggil saya Tara! Saya tak suka!” tengking Tamara. Tangisannya sudah menjadi-jadi. Aditya menggelengkan kepala melihat sikap keras kepala Tamara. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang dimahukan Tamara. Untuk seketika, Aditya merapatkan tubuhnya ke tubuh Tamara dan merangkul pinggan Tamara.
            “Why don't you let me protect you, Tara? Awak dah balik-balik tolong saya, kenapa saya tak boleh tolong awak pula?” soal Aditya seakan berputus asa. Tamara mula meronta. Sesak nafasnya dipeluk seperti itu. Tapi dalam masa yang sama dia buat kali pertama dia merasa selamat.
            “Jangan panggil…”
            “Diam! Untuk kali ini saja, diam!” pintas Aditya keras membuatkan Tamara terus berhenti meronta dan membiarkan dirinya dipeluk kudus oleh Aditya.

****************************************************** 
p/s: enjoy reading. Komen kalau korang suka N3 kali ni ^__^, sebab saya memang suka tahap gaban :)

15 comments:

  1. hehhe..best2..sweet btul adi nie....

    ReplyDelete
  2. waa sweetnya.. huhu gentleman la aditya.. suka2..

    ReplyDelete
  3. sweet sangat sangat sangat .. :)

    ReplyDelete
  4. wah...bagus gile adi...tlg la lembutkan hati tamara..pliz2!!!

    ReplyDelete
  5. thanks for the comment guys...really appreciate it ^______^

    cactaceous opuntia > actually, Tara yg lembutkan hati Adi...hehe..thank you :)

    ReplyDelete
  6. sian kat Edwin...ahakssss...

    wah...wah....Adi so sweetttt ngeeeee...arap2 diorng akn sentiasa bhgia..^^

    ReplyDelete
  7. alahai...
    sweetnyer...
    suka adi ngn tara...

    ReplyDelete
  8. suke2 sgt.....sambung~~~hehe

    ReplyDelete
  9. Wahh,,unexpectable!!!
    Soooooo sweet...
    Nk lagi...cepat2..
    =)

    ReplyDelete
  10. saya suka sangat ! romantik gillerr !! >.<"

    ReplyDelete
  11. suka sangat... romantik.. he3...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.