Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 May, 2011

Love.18 : A Distraction




            LOKI menghempas telefon bimbitnya ke atas lantai. Pecah berkecai telefon bimbitnya itu.  Rasa geram dihatinya bercambah-cambah selepas bercakap dengan seseorang didalam talian tadi. Semua pun nak benda yang sama! Yang aku nak aku tak dapat pula! Dengus Loki. Lepas papa, mama. Lepas mama pula, kakak. Bila aku nak dapat apa yang aku nak? Getus hati Loki lagi. Dia berlalu ke balkoni. Ingin menenangkan fikirannya. Setiap hembusan nafas yang diambil akan mengingatkan dia kepada peristiwa seminggu yang lalu.

            “Bila Loki nak sampai ni? Dah dua jam tunggu!” marah Luca atau nama penuhnya, Lucretcia. Loki mendengus dalam talian.
            “Loki dah cakap, Loki takkan ikut kemahuan papa. Loki ada hidup loki sendiri!”
            “Hidup apa kalau pekerjaan Loki itu tak membawa apa-apa untung pada keluarga ni? Kakak nak Loki balik sekarang..” belum sempat Luca menghabiskan ayatnya, telefon bimbit sudah dirampas oleh Tuan Sakuraba.
            “Kalau Loki tak sampai dalam masa 30 minit, Loki bukan lagi akan papa dan jangan harap loki boleh bertemu dengan mama lagi!” kata Tuan Sakuraba lantas mematikan talian tanpa semapt Loki menarik nafas. Telefon bimbit diserahkan semula kepada Luca. Luca dan Puan Velinah sudah tercangang. Betulkah kata-kata suaminya itu? Belum pernah lagi lelaki itu mengugut Loki sampai macam itu sekali. Nampaknya, Tuan Sakuraba betul-betul maksudkan kata-katanya.
            “Kenapa papa cakap macam tu” soal puan Velinah.
            “Biar! Selama ni pun asyik kita aja yang ikut kata dia? Perkara sekecil ini pun dia tak boleh buat untuk kita,”
            “Yalah, mama tau. Tapi ugut Loki macam tu, tak bagus!” tegur Puan Velinah.
            “Mama tengok saja, kejap lagi Loki akan sampai,” kata Tuan Sakuraba penuh kepastian. Puan Velinah hanya bias menggelengkan kepala.
           
            20 minit berlalu. Tepat sekali kata Tuan Sakuraba. Sebelum 30 minit, Loki sudah pun tiba di perkarangan banglo. Loki melangkah pantas merempuh pintu rumah. Semua penghuni serentak menoleh kearah pintu.
            “Datang pun. Tau takut!” sindir Tuan Sakuraba. Loki berdiri tepat dihadapan 3 kepala itu.
            “Papa tak boleh buat Loki macam ni. Loki tak boleh kahwin, Loki dah ada orang yang Loki sayang!” ucap Loki. Berkerut kening mereka mendengar pengakuan Loki. Lebih-lebih lagi kakaknya, kerana selama ini hanya Luca menjadi tempat Loki meluahkan perasaan.
            “Apa Loki bilang? Orang yang Loki sayangi?” soal Tuan Sakuraba.
            Loki segera mengangguk. “Ya, dan Loki takkan kahwin dengan perempuan tu walau macam mana papa ugut Loki. Loki datang ni Cuma nak sampaikan itu saja,” putus Loki lalu mula melangkah keluar semula dari rumah itu.
            “Loki!” panggil Puan Velinah. Langkah Loki mati.
            “Jangan Loki berani membelakangi keluarga ni, Loki. Loki tak kesian dengan mama? Mama bertungkus-lumus nak selamatkan syarikt nasib baik ada orang yang sudi menghulurkan pertolongan,” Puan Velinah sebak melihat kedegilan Loki. Loki terus menoleh.
            “Dengan balasan Loki berkahwin dengan anak mereka? Itu bukan pertolongan mama, ini urusan business mama!” balas Loki pula.
            “Loki!” bentak Tuan Sakuraba. Terdiam Loki.
            “Loki dah lupa janji Loki dulu masa Loki nak jadi PI? Loki cakap Loki akan turuti permintaan kami jika kami menyokong keputusan Loki untuk menjadi PI. Loki lupa?” Taun Sakuraba mula mengunkit kisah lama. Loki terpana seketika. Memang betul dia pernah berjanji akan menuruti segala keputusan ibu bapanya jika mereka menyokong dia untuk menjadi PI.
            Loki kembali semula ke ruang tamu, tempat duduk sebelah Luca diambil. Wajahnya gusar.
            “Tapi pa, kahwin? Bukankah itu terlalu awal untuk Loki? Tak bolehkah Loki kahwin saja dengan perempuan yang Loki sayangi?”
            “Boleh memang boleh. Tapi adakah perempuan itu boleh selamatkan syarikat kita, syarikat yang mama bangunkan dengan darah dan peluhnya sendiri? Bagaimana pula dengan latar belakang perempuan itu? Adakah pendapatnya mencecah 6 nombor sifar dalam masa setahun? Pendidikannya macam mana?” bertubi-tubi soalan yang Tuan Sakuraba lontarkan membuatkan Loki terpinga-pinga untuk menjawab.
            “Tak… tapi semua tu tak penting, kan? Yang penting kita kahwin dengan orang yang kita sayang, kan mama?” Loki cuba mengharap balas kasihan dari ibunya. Tapi Puan Velinah sekadar membisu.
            “Loki, terima saja perkahwinan ni. Jangan keras kepala, jangan sampai gara-gara Loki, kita sekeluarga merempat tepi jalan,” celah Luca pula. Bertambah-tambahlah kegusaran Loki.
            “Mama pasti, ini yang mama nak Loki buat?” soal Loki kepada Puan Velinah. Puan Velinah bangkit dan duduk disisi Loki. Dahi Loki diusap perlahan.
            “Mama sangat menghargai kalau Loki buat semua ni untuk mama. Dan mama fikir, mungkin ini masanya Loki untuk berkahwin. Loki kan dah mencecah 29, lagipun wanita pilihan kami tu sayang sangat dengan Loki. Dia kata dia pernah satu U dulu dengan Loki,” dahi Loki terus berkerut sebaik saja dia mendengar perempaun itu mengenalinya.
            “Betul? Siapa dia?” Puan Velinah tersenyum.
            “Hmm..kalau Loki nak tahu, minggu depan Loki kena pergi ke Bali. Disana, keluara pihak perempuan dah atur pertemuan Loki dengan dia. Dia cantik Loki, tak rugi Loki pilih dia,” Puan Velinah memberi Loki sehabis baik yang boleh mengenai bakal tuning Loki itu.
            “Bailklah. Tapi Loki tak janji kalau suatu hari nanti perkahwinan ini gagal. Sebab Loki tak mungkin mencintai dia seperti mana Loki mencintai perempuan idaman Loki,” putus Loki lantas bangkit lalu beredar menaiki tangga menuju ke biliknya. Puan Velinah, Tuan Sakuraba dan Luca hanya sekadar berpandangan.

*****
            TAMARA terbangun. Terasa badanya kebas semacam aja, patutlah Aditya masih lagi memeluknya walaupun matahari dah naik ke atas kepala. Lama Tamara merenung wajah tampan milik Aditya. Bibirnya tiba-tiba tersenyum. Entah kenapa dia betul-betul merasa bahagia saat itu. Berkilat-kilat wajah Aditya dalam matanya. Saya dah kena penangan Aditya kah? Soalnya dalam hati. Tuhan, janganlah biar Aditya terbangun sekarang, bagi saya lima minit untuk bersama dia. Doa Tamara sambil menutup rapat kedua-dua matanya. Tanpa dia sedari, gelagatnya itu sedang diperhati oleh Aditya. Sebaik Tamara mambuka mata, bulat membuntang macam nak terkeluar biji mata dari matanya. Aditya tersenyum sementara Tamara sudah mengelabah. Berkali-kali air liur ditelan. Kedua-dua tapak tangannya sudah basah dek peluh.
            “Em…saya nak bangun!” kata Tamara lantas cuba untuk bangkit namun Aditya pantas menghalang. Kakinya terus mengunci kaki Tamara. Tamara mengerut kening.
            “Adi!” marahnya tapi Aditya acuh tak acuh.
            “Saya bagi awak masa 5 minit untuk tatap muka saya,” kata Aditya lalu menutup kedua-dua matanya. Tamara tidak terkata. Terkulat-kulat Tamara melihat Aditya. Tidak semena-mena, tubuh Aditya terus ditolak dengan sepenuh kekuatannya. Hampir terjatuh Aditya dari katil.
            “Jangan nak perasaan la Adi!” marah Tamara lantas melompat dari katil dan menuju ke bilik sebelah. Aditya tersenyum melihat gelagat Tamara. Cakap ajalah malu! Aditya turut turun dari katil. Pintu biliknya dihampir.
            “Tara, cepat bersiap tau. Kita nak keluar,”  
            “Saya tak nak keluar!’ laung Tamara. Dahi Aditya berkerut. Aik? Takkan marah kot?
            “Saya tunggu dalam masa sejam, kalau awak tak sedia juga saya rempuh bilik awak,” jawab Aditya berbaur ugutan. Sebenarnya bergurau, manakah si Aditya itu berani nak rempuh bilik isteri tersayang. Tamara mendengus kecil. Dah pandai ugut ya sekarang? Tapi dalam geram-geram itu, tersenyum juga dia. Dia sudah mula rapat dengan Aditya, dan Aditya pula dah mula anggap dia sebagai perempuan. Kalau tak tak mungkin dia boleh cakap dia suka aku. Tamara ketawa kecil.
            Tamara sekadar mengenakan baju lengan pendek berwarna coklat dengan seluar jean berwarna biru gelap. Cuma rambutnya yang sudah berubah panjang disebabkan memakai rambut palsu seperti yang Aditya arahkan setiap kali mereka keluar dari bilik itu. Selepas dia keluar, terkejut Aditya melihat penampilannya.
            “Wow, kenapa pakai baju takda lengan?”
            “Ada lengan apa? Jomlah, jomlah!” desak Tamara pula, dia sudah tidak sabar keluar dari bilik itu. Lama-lama dengan Adi, boleh pengsan dia.
            “No! Kita takkan keluar selagi awak pakai baju cam ni, tukar atau cari jaket,” kata Aditya pula berlagak seperti ibu Tamara. Tamara sudah mengerutkan kening. Apa ni? Selalu juga dia nampak saya pakai baju ni, kenapa sekarang baru nak larang?
            “Tapi Adi, kan awak dah lama nampak saya pakai baju ni?”
            “Itu dekat Negara kita sendiri, ini Negara orang lain. Saya cuma nak jaga keselamatan awak aja. Dah pergi tukar!” desak Aditya pula sambil menolak tubuh Tamara masuk semula ke dalam biliknnya. Mahu tidak mahu terpaksa Tamara menurut.

            “KITA nak pergi mana ni Adi?” soal Tamara selepas saja mereka turun dari kereta. Aditya hanya tersenyum sambil membawa Tamara berjalan ke satu tempat.
            “Wah…banyaknya orang!’ teruja Tamara melihat sebuah pasar yang dikeumuni dengan orang-orang setempat mahu pun pelancong-pelancong asing. “Apa nama tempat ni?” soalnya pula.
            “Inilah  Pasar Denpasar, banyak benda awak boleh beli barang-barang tradisional dari Bali. Kalau awak nak, kita boleh beli untuk Benjo dan Bel. Nak?” cadang Aditya. Pantas Tamara menoleh kearah Aditya. Aditya ingat adik-adik saya?
            “hey, jangan tunjuk muka macam tu dekat saya boleh?” kata Aditya, hidung Tamara dicubit perlahan. Melihat wajah Tamara yang tiba-tiba berubah, dia tahu Tamara sudah ingin menangis.
            “Saya fikir awak tak ingat adik-adik saya,” Aditya ketawa mendengar penyataan Tamara itu.
            “Siapa cakap? Diorang adik saya juga. Dah, jom. Senyum!” arah Aditya. Pantas Tamara mengukir senyum. Kemudian, Aditya terus memaut tangan Tamara dan membawa Tamara masuk ke dalam kerumunan pasar raya.
            Banyak barangan-baranagn antik yang Tamara jumpa namun tiada satu pun yang akan menepati cita rasa Benjo dan Bel. Mereka bukanlah penggemar barang antic, lagi-lagi Bel. Yang dia tahu hanya buku. Kalau bukan buku, dia memang tolak sebelum Tamara menyebut pasal barang itu. Kalau Benjo, sah memang crayon. Di rumah berlambak buku-buku lukisan dan crayon.
            “Takda?” soal Aditya.
            “Diorang bukanlah suka sangat dengan barang-barang macam ni Adi. Hmm..mungkin salah saya juga, saya terlalu berjimat sampai saya lupa nak belikan diorang barang-barang perhiasan. Bel tu, kalau bukan buku latihan atau buku pelajaran memang dia taknak. Kalau Benjo, buku lukisan. Hidup diorang tak enjoy langsung sebab saya,” Tamara mula mempersalahkan dirinya. Aditya mendekati Tamara.
            “Wei, itu bukan salah awak la. Lagipun diorang faham kenapa awak buat macam tu, untuk kebaikan diorang juga. Saya pun faham juga kalau saya ni adik awak. Awak dah didik diorang, Tara,”
            “Didik apanya! Kalau setakat melatih diorang untuk berjimat, itu bukan didik,”
            “Siapa cakap? Kalau bukan Tara, Bel takkan jadi pelajar cemerlang selama 5 tahun tau tak? Kalau bukan Tara, Benjo akan jadi lelaki macam saya ni, takut dengan perempuan,”
            “Betul?” soalnya. Aditya mengangguk. “Tapi macam mana awak tahu Bel jadi pelajar cemerlang selama 5 tahun berturut-turut?”
            “Awak ingat saya ni siapa? Tak kisah langsung pasal adik-adik awak. Saya pernah juga datang ke sekolah Bel. Saja-saja nak bercakap dengan guru-guru Bel,”
            “Hey, napa tak cakap dengan saya? Bila lagi?” terkejut Tamara mendengar kata-kata itu.
            “Lama dah. Saya tak suruh Bel bagitau awak, takut awak tambah tak suka dengan saya,” Aditya bermain-main dengan jarinya. Tamara terenyum. Itu dulu, sekarang…Hmm!
            “Lupakan ajalah pasal tu. Sekarang ni, kita nak beli apa?”
            Key-chain ni boleh? Kah awak nak barang-barang perhiasan untuk perempuan?” pantas Tamara menggeleng. Dia tidak mahu menyusahkan Aditya.
            “Tak apa, ini pun dah cukup. Kalau jumpa lagi, kita beli,” kata Tamara sambil mencapai dua bentuk tokong yang sama-sama terukir nama Bali diatasnya.  Selesai membeli barang-barang keperluan yang lain, Aditya dan Tamara pun menaiki scooter sambil mengelilingi bandar Denpasar itu. Banyak tempat-tempat menarik yang diceritakan Aditya kepada Tamara.Berharap semua tempat-tempat yang diceritakannya itu mereka boleh kunjungi. Lagi-lagi mereka hanya ada masa sehari lagi untuk melancong. Mungkin tidak sempat untuk mengunjungi semua tempat-tempat bersejarah itu. 
            Salah satu tempat yang mereka dapat lawati ialah candi yang mempunyai sejarahnya sendiri iait Tokong Lempuyang Luhur. Lempuyang Luhur Temple adalah kuil suci yang terletak di bahagian atas Bukit Belibis, timur laut Gunung Agung, Karang Asem di egency. Lempuyang merupakan salah satu daripada enam Pura besar di Bali selain Tokong Andakasa, Tokong Uluwatu, Watukaru Candi, Pura Ulun Danu Pura Batur dan Pura Besakih. Dalam kosmogoni Bali, Lempuyang Luhur dianggap bait Timur, tempat tinggal Iswara dewa, penjaga keamanan.
            “Awak nak ambil gambar tak?” kata Aditya sambil mengeluarkan handsetnya. Sekarang ni, tak guna kamera pun sudah boleh mengambil gambar. Guna handset saja. Semua sudah tersedia.
            “Nak gambar di mana?” soalnya pula. Tamara bukannya tahu sangat pasal bergambar ni. Aditya terus menarik Tamara berpindah ke satu tempat strategi untuk mengambil gambar. Dia membawa Tamara berdiri diantara batu yang terukir cantik seperti dua tanduk itu.
            Selepas Aditya mengambil gambarnya, bergegas Tamara mendapatkan handset Aditya. Konon ingin melihat posingnya tadi namun tiba-tiba saja orang ramai muncul seperti satu rombongan pelajar. Tamara tidak dapat melihat Aditya, walaupun dia terdengar suara Aditya berteriak namanya.
            Tidak semena-mena, tubuhnya tergerak dek pusuan orang itu.
            “Eh, kejap! Aku nak lalu!” jerit Tamara namun semakin jauh dia dari tempat asalnya tadi.
            Aditya mendengus. Dia memanjangkan kepalanya untuk mencari Tamara disebalik kerumunan itu namun berlalu saja rombongan itu Tamara sudah tiada.
            “Tara!” jerit Aditya sambil mengejar rombongan itu, dekat saja Aditya pada rombongan itu dia terus menyusup masuk. Jiwa Aditya sudah tidak tenteram, dia gusar, dia resah, dia risau bila Tamara tiada didepan matanya lagi. Kau bodoh, Adi! Kenapa kau biarkan dia sendirian! Tara, awak dekat mana!

9 comments:

  1. hehe..lawak la adi ni...
    cpt la smbng...
    xsbar dh ni..

    ReplyDelete
  2. Sy plg suka ayat adi, "saya bagi awak masa 5 minit untuk tatap muka saya." *blushing. heheee

    ReplyDelete
  3. wah!
    tamara dah hilang..
    gabra betul Adi..
    hehe..

    ReplyDelete
  4. suke2 nye...adi gan tara sweet nye....:) tpkan loki suka tara ke okie...?.ala jgn bg loki rmpas tara...

    ReplyDelete
  5. alamak...
    camner la si tara ngn adi nie leh tpisah lak...
    tara nie wlwpn bpakaian ala2 tomboy pn ramai gak yg minat kat dia...
    skrg nie da ayu2 lg ramai lak dok kejar dia...
    cian kat adi cam nie..

    ReplyDelete
  6. best la adi ngan tara dah rapat...smbg lg ye!..

    ReplyDelete
  7. Aida > ok ^__*

    shasha > saya pun suka part tu jg :)

    Tora > org dah syng, mcm tu la..hehe

    Zatie > okey ^___*

    rose > nanti akan diceritakan pasal loki selepas ni..hehe

    nursya > haha..tulah, kalau tambah ayu, lagilah byk yg suka dia tu..

    just kd > sokong kd ^__^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.