Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 May, 2011

Love.19 : Am I The One?



            TAMARA mengerut keing. Bibir sudah memuncung sedepa ke depan. Rimas memandang wajah seorang lelaki yang sedang tersengih-sengih dihadapannya. Dia tidak habis fikir bagaimana dia boleh bersama dengan lelaki dihadapannya. Seingat dia, dia terperangkap dalam rombongan pelajar itu dan tiba-tiba saja dia ditarik keluar oleh seseorang. Seakan orang tersebut tahu dia berada dalam rombongan itu.
            “Kau ikut aku, kan?” soal Tamara. Loki sekadar angkat bahu. Bukan ya. Bukan tidak. Tamara mendegus.
            “Kalau begitu, aku nak balik! Adi mesti risau!” kata Tamara lantas turun dari kerusinya namun pantas Loki menghalang.
            “Eh, jangan dulu. Kan aku dah call Adi tadi. Kejap lagi dia sampai. Kalau kau jalan sekarang, kau akan sesat!” ugut Loki pula. Tamara duduk semula. Takut juga dia bila terdensgar perkataan sesat sebab kalau dia sesat dia akan memburukkan lagi keadaan. “Minum dulu!” tambah Loki. Tamara enggan. Pandangan dibuang kearah luar kaca yang menjadi dinding café itu.
            “Kenapa kau bawa aku ke tempat ni? Tempat ni jauh dari tokong!”
            “Sebab aku nak bersendirian dengan kau, tak boleh?” kata Loki.
            “Tak boleh sebab aku dengan Adi, bukan kau!” entah kenapa Tamara geram betul dengan lelaki dihadapannya itu. Sudahlah lelaki itu pernah meluahkan perasaan terhadapnya, lelaki yang tidak dikenalinya pula tu. Tak habis Edwin, muncul seorang. Apa punya malanglah!    “Hey…relax la. Aku bukannya nak makan kau pun, saja nak berbual,” jawab Loki
selamba. Tamara sekadar merenung Loki. Entah apa niat Loki membawanya ditempat yang jauh. Takkan dia ada niat buruk pada aku pula?
            “Hey, kau ni ada niat buruk pada aku kah?” soal Tamara, terus dari hati. Hampir tersebur minuman jus itu dari mulut Loki. Loki terbatuk. Segera dia mencapai napkin yang berada dikirinya.
            “Apa kau ni? Mana aku ada niat yang tak baik pada kau? Kan aku dah cakap, aku sekadar nak berbual dengan kau,”
            “Tapi masalahnya, kau ni macam tau aja aku ada di Bali. Kau ekori kami, kah?” soal Tamara. Dia tidak puas hati selagi Loki tidak memberitahu hal sebenarnya. Loki menggeleng.
            “Tak. Sebenarnya aku tak tahu pun kau dengan Adi datang sini. Aku datang sebab bercuti,” kata Loki. Sedangkan adalagi sebab yang tersembunyi. Tamara mengeluh kecil. Pandangan dibuang kearah pintu masuk lagi. Seakan ternanti-nanti kemunculan Aditya. Aditya ni pun satu, cepatlah sampai!
            “Hey, jangan risau. Dia akan sampai tak lama lagi,” Loki cuba menenangkan Tamara. Dia tahu betapa risaunya gadis dihadapannya itu. melihat wajahnya sudah cukup membuktikan.

*****

            ADITYA bergegas turun dari tokong itu sebaik saja mendapat panggilan daripada Loki. Jiwanya tidak tenteram apabila mendengar Tamara ada bersama Loki. Apa tidak Loki sudah meluahkan perasannya pada Tamara dan hubungan dia dengan Tamara baru saja bermula. Dia tidak mahu Tamara terlepas dari tangannya.
            “Auch!” terkejut Aditya apabila terlanggar seseorang. Dia tidak sedar yang dia baru saja membuatkan seorang gadis jatuh terduduk atas lantai dipintu masuk tokong.
            “Tania!” seorang gadis tiba-tiba muncul mencapatkan kawannya.
            “Maaf!” pinta Aditya sambil memungut kamera milik gadis tersebut. “I’m so sorry!” Pinta Aditya lagi. Gadis itu menggosok tapak tangannya yang terasa sakit dek tergeger pada permukaan tanah.
            “Tak apa,” jawabnya sambil bangun. Dia mengangkat wajah dan bertentangan dengan Aditya. Serentak itu, kedua-dua wajah berubah riak. Terkejut dan tidak percaya.
            “Adi!”
            “Tania!” serentak mereka menutur nama. Tania tersenyum.
            “Saya tak sangka boleh jumpa Adi dekat sini,” katanya.
            “Korang kenal, kah?” soal kawannya itu. Aditya tidak mampu berkata apa-apa. Dia kelihatan blank.
            “Ya, dia kawan lama saya. Ini Diamond, boleh panggil dia Dai. Ini Aditya,” Tania memperkenalkan Aditya kepada temannya, Dai. Dai terus menghulurkan salam namun salam itu tidak bersambut. Aditya berundur setapak ke belakang.
            “Maaf, saya perlu pergi!” kata Aditya lantas menyerahkan kamera itu kepada pemilik. Terkial-kial Tania menyambut kamera tersebut.
            “Dia kenapa?” soal Dai. Tania tidak menjawab, pandangannya setia kepada belakang Aditya yang sedang berlari seperti mengejar sesuatu.  

            PINTU dibuka kasar, serentak itu dia memanggil nama Tamara. Tamara tersentak lantas turun dari kerusi menapatkan Aditya. Lega rasanya melihat Aditya. Tidak semena-mena tubuh Tamara terus didakap. Tamara agar tersentak. Namun selepas mendengar nafas Aditya yang turun naik tidak teratur dan degup jantung Aditya yang seperti ingin meletup itu, dia biarkan saja. Pelukan Aditya dibalas.
            “Saya minta maaf, Adi,” pinta Tamara.
            “Shhhuuu… Saya tahu. Saya yang salah. Saya tak patut biarkan awak sendiri,” kata Aditya. Pelukan semakin erat membuatkan Tamara hampir tidak boleh bernafas.
            “Adi saya tak boleh bernafas!” katanya hampir tidak kedengaran. Aditya tersentak lantas melepaskan pelukkannya. Terbatuk-batuk Tamara. Loki yang tadi memandang dari jauh turun dari kerusi dan menuju kea rah mereka. Pantas Aditya menarik Tamara ke belakangnya. Matanya tajam menikam Loki.
            “Kau tak perlu bawa dia jauh dari tokong pun boleh la Loki, kenapa kau bawa dia sampai sini?” marah Aditya. Loki tersenyum.
            “Dia tak cedera, kan? Aku tak apa-apakan dia, kan? Dia selamat dengan aku,”
            “Mungkin kau rasa Tara akan selamat disisi kau, tapi satu yang kau tak tahu, Tara hanya akan selamat bila dia dengan aku. Jom Tara!” kata Aditya lantas menarik tangan Tamara keluar dari café itu. Loki sudah menggigit bibir. Rasa iri tiba-tiba bercambah dalam hatinya. Dia tahu, dia tidak sepatutnya menaruh perasaan pada isteri kawannya itu tapi apa yang boleh dia lakukan bila hatinya sudah terpaut pada Tamara?

            TAMARA memandang Aditya yang sedang duduk dikerusi santai hadapan kolam. Sejak mereka dalam perjalan pulang, Aditya banyak mendiamkan diri daripada bercakap. Selalunya, dia akan marah kalau tidak pun bertanya. Tapi pelik. Wajahnya kelihatan resah, seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
            Tidak puas hati dengan hanya melihat dari jauh, Tamara terus mendekati Aditya. Duduk dihadapannya. Aditya seperti tidak sedar pun kedatangan Tamara.
            “Adi!” panggil Tamara, barulah Aditya tersentak.
            “Awak kenapa? Awak marah saya eh?” Aditya menggeleng.
            “Jadi? Kenapa muka awak macam orang ada masalah aja? Syarikat ada masalah kah? Jeremy ada call awak?” soal Tamara. Pun Aditya menggeleng. Naik rimas Tamara apabila soalannya hanya dijawap dengan gelenggan.
            “Awak nak cerita atau tak?”
            “Bukan taknak, tapi belum tiba waktunya lagi. Dah sampai waktunya, saya ceritakan semua pada awak,” kata Aditya.
            “Janji?” Tamara menyuakan jeri kelingkingnya. Aditya tersenyum. Jari-jermari Tamara pantas dipaut dan dikucup kudus.
            “Saya janji!” bisik Aditya. Tamara hanya tersenyum. Suka dia bila Adi melayan dia seperti seorang puteri.
            “Masa awak dengan Loki tadi, ada dia cakap apa-apa?” soal Aditya. Tangan Tamara masih dalam genggaman kemasnya.
            “Takda pula. Peliklah Loki tu, hari tu dia tiba-tiba cakap yang dia suka dengan saya. Sedangkan dia tak kenal pun saya. Dia memang macam tu, kah?”
            “Tak. Saya kenal Loki. Dia ni orang yang tak mudah jatuh cinta. Ini mesti ada sesuatu yang Tara dah buat sampai boleh buat Loki angau dengan Tara kan?”
            “Hish! Mana ada. Mana saya tahu dia boleh suka saya. Lagipun, kita tak boleh suka orang macam tu aja kan?” Aditya mengangguk, menyokong cakap tamara.
            “Memang, selama saya kenal Loki, dia hanya ada seorang perempuan saja yang dia betul-betul sayang selain keluarga dia. Tapi, perempuan tu mati,” nada Aditya tiba-tiba mendatar.  Kini barulah Aditya tahu kenapa Loki boleh menyukai Tamara. Kenapa dia boleh terlupa semua tu? Tamara mengerut kening. Dia terus berpindah ke sebelah Aditya.
            “Macam mana dia boleh meninggal?” Aditya pantas menoleh kearah Tamara. Kedua-dua pipi Tamara dipaut.
            “Tara, kalau Loki cakap apa-apa, jangan percaya selagi awak tak dengar dari mulut saya. Awak janji, ya?” kata Aditya, jiwanya mula resah. Tamara ikut takut.
            “Kenapa?” tanyanya.
            “Janji!” suara Aditya seakan meninggi.
            “Okey, saya janji!” jawab Tamara. Aditya bernafas lega. Kepala Tamara dibawa rapat ke dada. Uban-uban Tamara dikucup penuh kasih. Tamara mula pelik dengan sikap Aditya. Dia tidak pernah melihat sikap Aditya begitu. Apa yang membuatkan Aditya jadi takut? Ataupun…siapa yang buat Adi takut sampai macam ni? Loki?

*****

            SUITE bernombor 203 diketuk dari luar. Loki yang sedang menjamah makannya terus bangkit dan membukakan pintu. Wajah seorang gadis terpacul dihadapannya. Loki bersandar didaun pintu sambil memeluk tubuh dengan pakainnya bathrobenya.
            “Kau tahu Adi ada dekat tokong tu, kan? Sebab tu kau suruh aku pergi sana,” kata Tania. Loki hanya mengangkat bahu.
            “Aku tak tahu. Dah jodoh korang mungkin dipertemukan ditokong tu,” kata Loki dalam nada bersahaja. Tania sudah mengerut kening.
            “Aku taknak pertemuan macam ni. Aku nak dia bersedia untuk bertemu dengan aku,” Loki menarik nafas.
            “Hey, dah cukup bagus korang boleh jumpa dekat tokong tu tau. Kalau kau nak tahu, Adi dah…”
            Stop! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau. Ni, kau dah sediakah nak jumpa dengan Dai?” Tania terus mencelah cakap Loki takut dia terlebih informasi.
            “Siapa Dai?” soal Loki bergurau.
            “Aku takda masa nak bergurau dengan kaulah Loki. Bersedia dalam masa 30 minit, orang akan sambut kau,” pesan Tania lantas segera beredar. Dia datang hanya untuk menyampaikan pesanan seseorang saja.
            Loki menjeling tajam sebelum dia menutup pintu biliknya. Dai, Dai, Dai… tunggulah sampai esok pagi, aku takkan datang!
            Tiba-tiba handsetnya yang berada disudut sofa tiba-tiba berdering menandakan panggilan baru masuk. Tidak jadi dia duduk atas kerusi. Panggilan segera dijawab.
            Yes, Aditya! Ada apa?” soal Loki.
            “Aku nak jumpa kau sekarang. Awak ada dalam resort ni, kan?”
            “Okey, kau nak jumpa dekat mana?”
            “Aku baru saja aktifkan GPS aku. Kau akan tahu dimana tempatnya,”
            “Okey, I’ll be there!” kata Loki lalu mematikan talian. Telefon bimbit yang baru saja dibelinya itu diletakkan atas meja. Makan atas meja sudah tidak lagi menyelerakan. Dia terus berlalu ke kamar dan mengenakan pakaian.

            “AWAK nak pergi mana?” Tamara mengejar Aditya yang sedang menuju kepintu.
            “Saya pergi tak lama. Jangan keluar selagi saya tak balik. Orang ketuk, jangan buka okey?” kata Aditya.
            “Tapi kenapa? Awak nak tingglkan saya?”
            “Tak! Saya cuma perlu keluar kejap aja. Lepas tu saya baliklah. Ingat pesan saya tau!’ pesany. Tamara sekadar memandang Aditya meninggalkan bilik itu. Tamara mula resah. Entah kenapa dia merasakan hari ini agak berlainan dengan hari-hari sebelumnya. Adakah itu berkaitan dengan Loki? Soal Tamara sendiri.
           

10 comments:

  1. makin mencabar.. sape tania tu??

    budak gedix gak eh?

    ReplyDelete
  2. owh.. konflik sudah tiba. hahaaa... nice.

    ReplyDelete
  3. ..xsuke loki n tania!!...

    ReplyDelete
  4. nampaknya okie da mula buat konflik..

    ReplyDelete
  5. konflik sudah muncul la...xsuke2...skli timbul smpai 2 la..tania & loki.!!!! wa..wa xsuke nye.....next n3 plz okie..=)

    ReplyDelete
  6. ske cte nie n jln cte pn bgus tp lau bley gaya bahase 2 kasi simple n sempoi jew...nie mcm baku jew..huu tp i loikee this st0ry :)

    ReplyDelete
  7. ish naper lak nie...
    byk btl la si adi nie berahsia dari tamara...
    klw aper2 jd nti kan ssh...
    huhuhu..

    ReplyDelete
  8. best lah...
    cepat2 sambung ye....
    :)

    ReplyDelete
  9. o0o0o tidak!!! okie dah munculkan watak2 yg tidak digemari oleh lapisan masyarakat.. huhuhuhu

    hai.... apa la adi sorokkan dari tara nie???
    adakah perempuan yg loki suka ada kenemegena ngan perempuan yg buat adi fobia??? cepatla sambung wahai cik okie... jgn buatkan sye tertunggu-tunggu... ngeee~

    next n3 plez .... love amie <3

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.