Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 May, 2011

Love.20 : The Decision



            ADITYA pun pulang ke resort mereka setelah lebih 7 jam keluar. Kelihatan Tamara sudah tertidur atas katilnya. Mungkin penat menunggu. Aditya tersenyum, perlahan dia merapati katil itu. Wajah Tamara tidak kelihatan kerana mengiring kearah balkoni. Aditya duduk disisi tubuh molek itu. Dia mula berfikir. Apa yang patut dia katakan jika Tamara bertanya mengapa begitu lama dia meninggalkan bilik mereka.
            Tiba-tiba dia tersentak apabila merasa katil itu bergerak. Dia memandang kearah Tamara.
            “Adi? Dah jam berapa ni?” soalnya. Tersentak Aditya. Pantas dia bangit dari katil. Wajah Tamara tika itu berlainan sangat seperti itu bukan Tamara.
            “Kau siapa?” soal Aditya cemas. Gadis itu menyelak rambutnya yang panjang mengurai hingga melimpasi pinggang.
            “Adi? Saya isteri awak, Dyana. Kenapa ni?” gadis itu mengaku dirinya isteri Aditya itu sudah menuruni katil. Aditya kelihatan terkejut. Dia menggeleng sambil mengunduru beberapa tapak ke belakang.
            “Tak, ini mimpi. Kau bukan isteri aku!” jerit Aditya lantas menguak pintu keluar. Namun baru saja dia ingin melangkah, seraut wajah putih sudah terpacul dihadapan pintu. Aditya menelan liur. Dia mengundur sehingga manapak semula ke dalam bilik.
            “Adi, awak nak pergi mana? Awak nak tinggalkan saya lagi?” soal gadis itu dengan nada sedih. Aditya sudah kelihatan pucat, bibirnya membiru.
            “Jangan dekat!” Aditya segera memberi amaran ketika gadis itu melangkah ingin mengapai tangannya.
            “Adi, ini saya, Ana. Jangan pergi,” rayu gadis itu. Pintu tandas pula terbuka. Aditya segera berpaling, sementara dua orang gadis itu pula masih memandangnya dengan wahag sayu. Seorang wanita cina lingkungan 20-an keluar dari tandas. Aditya tersentak lagi sehingga dia terduduk atas lantai.
            “Adi, saya rindukan awak. Awak nak tak pergi dengan saya?” soal gadis cina itu. Aditya menggeleng, air matanya sudah menitis keluar dari takungan.
            “Awak taknak? Awak dah lupakan saya? Ini saya, Sita!” kata gadis itu dengan nada sedikit marah.
            “Awak nak tinggalkan saya?” kata Ana pula. Aditya memandang Ana.
            “Awak nak tinggalkan saya? Saya cintakan awak, Adi,” Aditya pantas menoleh kearah Dyana. 
            “Awak nak tinggalkan kami?” soal mereka serentak. Berulang-kali ayat itu diajukan sehingga Aditya bingung hendak memandang siapa. Aditya sudah menekup telinganya rapat-rapat namun suara itu semakin menganggu fikirannya.
            “Tak! Kamu yang tinggalkan saya!” jerit Aditya kuat.

*****

            “ADI? Adi, bangun!” Tamara panik melihat wajah Aditya yang berkerut seperti menahan sakit. Tubuhnya pula sudah dibasahi dengan peluh walaupun suhu penghawa dingin berada pada 15 darjah.  Aditya terlelap disofa hadapan katil pada keesokan paginya.
Aditya menjerit lagi. “Kamu yang tinggalkan saya!”
            “Awak tinggalkan saya!” jerit. Tamara sudah ingin menangis. Pantas tubuh Aditya dipeluk. Kepala itu diusap-usap seperti menidurkan seorang bayi.
            “Adi, saya takkan tinggalkan awak. Saya janji!” kata Tamara. Esakan ekcil Aditya membuatkan jiwa Tamara tersentuh. Sakit hatinya melihat keadaan Aditya seperti itu. Tapi, dia langsung tidak boleh berbuat apa-apa.
            “Adi, saya janji takkan pernah tinggalkan awak,” sayu Tamara menuturkan ayat itu. Belakang Aditya diusap sehinggalah tidak lagi esakan daripada Aditya. Nafasnya yang berat itu pula perlahan-lahan menjadi normal. Aditya tertidur lagi. Perlahan-lahan Tamara menurunkan tubuh Aditya diatas sofa. Setelah itu dia berdiri mengambil tuala putih didalam kamar mandi.
            Sekembalinya dia dari kamar mandi, dia terus duduk diatas lantai berhadapan sofa. Peluh yang membasahi wajah dan lengan Aditya dikesan menggunakan tuala putih tadi. Suhu pengahawa dingin dinaikan sedikit. Bilik itu sudah terlalu sejuk.
            Wajah tenang Aditya ditenung penuh kasih. Uban-uban Aditya dicapai lalu diusap menggunakan ibu jarinya.
            “Saya taknak tengok awak macam tu lagi Adi, saya takut!” kata Tamara lantas mengucup mata kiri Aditya.   

*****

            ADITYA terbangun saat terasa hembusan nafas hangat seseorang menyapa wajahnya. Serentak dia menoleh kekiri. Kelihatan wajah manis Tamara yang sedang tidur betul-betul didepan matanya. Dia tersenyum. Lama wajah itu ditenung. Apa aku nak buat tanpa kau, Tara? Apa akan jadi lepas ni? Aku tak boleh dekat dengan kau lagi. Setitis air mata jatuh ke rambut Tamara saat Aditya menugup uban Tamara. Terlalu kuat kasihnya pada Tamara. 
            Aditya bangkit perlahan-lahan. Begitu cermat sekali, takut Tamara terkejut. Pasti dia penat menunggu aku semalam. Dengan berhati-hati, Aditya mengendong Tamara naik ke katil. Tubuh Tamara diselimuti.
            Belum sempat Aditya melangkah, terasa jari-jemarinya sudah ditangkap oleh Tamara. Dia memnoleh semula.
            “Adi? Awak dah bangun?” Tamara bangun. Aditya pula duduk disisi Tamara.
            “Awak tidur jam berapa semalam? Awak tunggu saya tak?” soal Aditya, berpura-pura bertanya sedangkan dia sudah tahu. Tamara segera berdehem.
            “Mana ada, saya tidur awal semalam! Awak pergi mana?” Tamara tidak mengaku. Aditya hanya ketawa kecil.
            “Saya jumpa bekas teman wanita saya yang kebetulan ada disini,” kata Aditya berseloroh. Mata Tamara membulat. Pantas dia menarik tangannya dari genggaman Aditya. Entah kenapa tiba-tiba darahnya meruap naik keatas kepala. Hatinya terasa sakit mendengar kata-kata yang dilafaskan Aditya itu.
            “Oh, baguslah kalau macam tu!” kata Tamara. Aditya sudah tergelak melihat reaksi Tamara. Tamara mengerut kening.
            “Apa yang lucu?” soalnya agak kasar. Masih marah agaknya.
            “Tara ni comel la bila marah, ini kali pertama saya nampak Tara cemburu tau,” kata Aditya sambil mencuit batang hidung Tamara.
            “Apa ni? Manada saya cemburu, perasaan awak saja tu!” kata Tamara lalu bingkas menuruni katil, namun langkahnya terhalang saat Aditya menangkap pinggangnya. Tamara terbaring semula. Tamara mandengus, tajam renungannya pada Aditya yang masih tersenyum. Dia ingin bangun tapi Aditya sudah mengunci kedua-dua tangganya. Kini wajah Aditya betul-betul dihadapannya. Mata bertentang mata. Tamara menelan liur.
            “Aw…awak cakap awak akan pengsan, kalau awak dekat dengan perempuan tapi kenapa tak pun? Awak tipu ya?” gugup-gugup Tamara menyatakan soalannya itu. Aditya trsenyum.
            “Saya tak tipu, cuba awak goda saya, tentu saya akan pengsan,” kata Aditya.
            “Oh…jadi kalau awak buat macam ni dengan saya, awak tak pengsan? Kalau saya buat begini pada awak, awak pengsan pula?” Aditya mengangguk. Tamara sudah mendengus tidak percaya.
            “Lepaskan tangan saya!” arah Tamara sambil membuang pandangannya kearah lain. Tidak tahan dengan panahan mata Aditya. Aditya tersenyum.
            “Awak takkan mengaku, tak apa. Asalkan saya tahu!” kata Aditya lantas mengucup cuping telinga Tamara. Tamara tersentak. Marah. Kalau lah tangannya terlepas sekarang, mahu saja dia membaling Aditya dengan bantal itu. Geram diperlakukan seperti itu. Tapi kenapa dia merasa sedikit kehangatan dalam kucupan Aditya? Buang fikirang tu kau Tara!
            “Saya nak bangun! Lepaskan saya!” Tamara mula membentak. Entah kenapa hatinya betul-betul tidak senang, rasa marahnya kian membuak-buak setiap kali teringat kata-akat Aditya tadi. Betulkah aku cemburu? Tapi kenapa aku nak cemburu? Kami bukan pasangan kekasih?
            “Tara, pandang saya,” lembut suara Aditya. Adi, kau ni kenapa sebenarnya? Kau kata kau taknak dekat Tara lagi, sekarang kau rasa macam nak memilik dia saja? Kau memang gila Adi!
            “Ya, saya memang gila…gilakan awak Tara,” lafaz Aditya. Tergamam Tamara mendengarnya, pantas dia memandang Aditya. Betulkah apa yang dia baru dengar tadi? Betul Adi cakap dia gilakan aku?
            “Adi…” hanya itu ayat yang keluar dibibir Tamara. Aditya senyam buat seketika. Perlahan-lahan genggaman ditangan Tamara semakin longgar. Aditya bangkit dengan wajah tertunduk. Tamara semakin pelik. Kenapa sikap Aditya hari ini pelik sangat?
            “Bersedia, saya nak bawa awak keluar sebentar lagi,” kata Aditya lantas beredar ke bilik sebelah. Tamara langusng tidak boleh bertanya, suaranya tersekat!

*****
            BAM!BAM!BAM!
            Isabel yang sibuk menyiapkan kerja-kerjanya didapur, tersentak mendengar pintu rumah mereka diketuk dari luar. Lagak seperti lindah darat yang ingin menagih hutang pula bunyinya. Pintu dibuka kasar. Terpacul wajah Jeremy dihadapannya.
            “Tolong, kalau nak ketuk pintu, pelan-pelan. Rumah ni tak berapa kukuh,” kata Isabel lantas masuk membiarkan pintu tidak tertutup. Jeremy malangkah masuk.
            “Benjo mana?”
            “Benjo atau kucing tu?” soal Isabel.
            “La… Benjo adik Bel la,”
            “Ada dekat dalam dengan Benjo. Kenapa abang datang lagi?”
            “Saya nak ajak kamu ke Bali, tempat Adi dan kakak bel berbulan madu,”
            “Huh? Nak buat apa? Tak perlu, Bel ada banyak kerja,”
            “Sehari aja, esok balik la. Lagipun, ini permintaan Adi, dia nak bagi kejutan untuk kakak Bel,” Jeremy tersenyum simpul.
            “Bila?” senyuman Jeremy semakin melebar saat mendengar perkataan bila. Itu tandanya, Isabel setuju.
            “Sekarang, flight dalam 3 jam lagi,”
            “Kenapa tak bagitau awal-awal? Orang mana ada sedia,” hampir melompat suara Isabel.
            “Wei, janganlah marah. Saya pun baru dapat tahu semalam. Kalau Bel ada kerja, saya boleh tolong packing barang Bel,” kata Jeremy dengan senyuman nakalnya.
            “Jangan harap!” kata Isabel lantas beredar masuk ke dalam bilik, mengemas baju-bajunya bersama kepunyaan Benjo. Jeremy hanya ketawa. Suka sangat menyakat Isabel.


            “WAHHHH!!” Tamara menjerit kesukaan sambil berlari ke pantai Bali. Ini kali kedua Aditya membawanya ke pantai. Aditya memang tahu macam mana untuk membuatkan hatinya gembira. Aditya yang hanya berdiri dibawah pokok kelapa hanya tersenyum memandang Tamara. Mungkin ini kali terakhir saya melihat awak ketawa Tara, tolonglah…jangan tinggalkan saya. Saya tak tahu apa patut saya buat tanpa awak disisi saya..
            “Adi…” panggil Tamara. Aditya tersentak dari lamunannya.
            “Betul awak jumpa dengan bekas awak?” soal Tamara. Straight to the point. Aditya tergelak. Dia menghampiri Tamara.
            “Tak. Saya Cuma bergurau dengan awak. Saya jumpa dengan Loki,” jawab Aditya.
            “Korang cerita pasal apa?”
            “The same old story,”
            “Sebab tu awak meracau pagi-pagi tadi? Awak terkenang kisah lama?” soal Tamara. Berkerut dahi Aditya.
            “Meracau?”
            Tamara mengangguk. “Awak menjerit ‘Awak tinggalkan saya’. Siapa awak tu?” darah tiba-tiba meresap kedalam otaknya.
            “Emm… itu… saya mimpi, awak tinggalkan saya. Kau pergi dengan Loki,” bohong Aditya. Tamara seakan tidak percaya dengan cerita Aditya.
            “Betul?”
            “Ya,”
            “Tipu, ini mesti sebab bekas teman wanita awak, kan?” duga Tamara. Sekelip mata wajah Aditya berubah.
            “Saya takda bekas teman wanita,” serius nada Aditya.
            “Takda? Jadi…teman wanita?”
            “Tara… saya takda teman wanita, saya takda bekas teman wanita, saya hanya ada awak, isteri saya,”
            “Takkanlah awak tak pernah ada teman wanita?” Aditya mengeluh kecil. Tara takkan berhenti bertanya selagi dia tak tahu jawapan.
            “Pernah. Tapi mereka dah mati,” tersentak Tamara.
            “Kenapa awak cakap macam tu? Kalau awak taknak jawab soalan saya, tak apa! Tapi jangan cakap macam tu. Please!” Tamara terus berlalu. Entah kenapa dia sebal sangat dengan sikap Aditya tadi. Tangan Tamara segera dicapai, menghalangnya daripada beredar.
            “Hey, hey…jangan marah saya dulu. Hal disini belum selesai lagi,”
            “Hal apa?”
            “Saya ada kejutan untuk awak,”
            “Kakak!” Tamara tersentak saat dia terdengar suara seorang budak memanggil kakak. Saat dia ternampak Benjo dan Isabel sedang berlari menuju kearah mereka, menitisa air matanya. Dia memandang Aditya. Perasaan marah dan geram pada Aditya tadi serta-merta hilang.
            “Thank you, Adi!” ucap Tamara lantas berlari kearah Benjo dan Isabel. Kedua-dua adiknya itu dipeluk erat. Kedengaran esakan kuat dari Tamara dan Benjo. Menangis seolah-olah sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Isabel pula hanya mampu menggelengkan kepala. Dia bukanlah perempuan yang beremosi.
            “Hey!” sapa Jeremy sambil memeluk Aditya. Aditya membalas.
            “Benjo! I miss you!” kata Aditya sambil mengambil Benjo dari tangan Jeremy.
            “Aku ingat korang tak jadi. Nasib baiklah korang sampai tepat masanya, kalau tak mesti Tamara dah pergi,” kata Aditya.
            “Kau tu, apasal tengah-tengah subuh telefon aku? Nasib baik aku terbangun awal,” Aditya hanya ketawa. Selepas saja dia selesai berurusan dengan Loki semalam, dia terus menghubungi Jeremy.
            “Kau betul-betul pasti dengan keputusan kau?” soal Jeremy. Topik perbualan mereka menjadi serius.
            “Ya, aku pasti dan aku takkan menyesal,” jawab Aditya sambil mengusap bulu tebal Benjo.
            “Entahlah Adi, aku rasa ini bukan pilihan yang terbaiklah. Kau patut terus terang dengan dia, kalau takk…”
            “Aku tahu, tapi aku tak nak dia takut dengan aku. Biarlah kami berjauhan, mungkin itu lebih baik,”
            “Adi…hmmm… okeylah kalau kau dah buat keputusan macam tu. Aku tak boleh nak cakap apa-apa lagi,” jawab Jeremy. Dia tidak harus bagaimana lagi untuk mengubah fikiran Aditya. Sekali Aditya membuat keputusan, tiada siapa boleh mengubahnya.

*******************************************************
P/s : hello~hello~hehe…baru sempat nak siapkan bab kali ni…hope u enjoy 
:)
           
           

10 comments:

  1. ala...nape2 adi nak jauhkan diri dari tara....adi plz...

    ReplyDelete
  2. Adi takut Tara mati spt teman2 wanita dia sblum ni ka. sapa yg dengki ngan hidup Adi ni. Tp Adi jgn la mengalah dgn org camtu plz la u love tamara so plz show ur feeling n protect him from ur enemy. dont give hope to other to get ur wife.

    ReplyDelete
  3. mungin betol apa yg ivoryginger.. adi takut tara mati ..huhuhuuu..knapa perlu jdi camni?

    ReplyDelete
  4. mungin betol apa yg ivoryginger.. adi takut tara mati ..huhuhuuu..knapa perlu jdi camni?

    ReplyDelete
  5. ..ala,diorang bru je epi2,nak brjauhan plak...sian tara ngan adi.hish,sape la kejam sgt tu...

    ReplyDelete
  6. ala...
    da jd sbnrnyer???
    kompius jap...
    huk huk huk..
    sape dayana ngn sita nie..
    waduh waduh...
    bikin pusing nie...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  7. warghh...
    apa berlaku??
    kenapa adi nak tinggalkan tamara??
    misteri nye kisah silam adi ni..
    cpt sambung..
    best sgt2!!

    ReplyDelete
  8. hai okie.. acik dh link blog awak kt blog acik. anyway nice story, kena spend berghari2 nk khatam ni.. huhu

    ReplyDelete
  9. To Acik > thanks sudi singgah n beri komen..nanti saya link blog Acik juga :)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.