Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 May, 2011

Love.21 : I Say Hello, You Say Good Bye!



            SETELAH puas bermain didalam kolam, Tamara dan Benjo pun keluar. Tamara membungkus tubuh Benjo dengan tuala resort yang berwarna putih bersih itu.
            “Seronok tak Benjo?” soal Tamara sambil mengelap rambut banjo. Benjo ketawa kecil.
            “Suka kak. Rugi Kak Bel tak ikut kami,” kata Benio. Isabel yang sedang duduk di kerusi santai sambil membaca buku sekadar menjeling tajam.
            “Tak apa. Dia tu memang macam tu. Tak enjoy langsung, kan?” kata Tamara pula. Benjo mengangguk-angguk. “Mari, kita tukar baju,” dengan tubuh yang masih basah kuyup, Tamara dan Benjo beriringan masuk ke dalam suite.
            Tamara terus meluru kearah bagasi Benjo dan Isabel lalu mula menyelongkar pakaian Benjo. Tiba-tiba si kucing Benjo berlari dan menyisip dikaki Tamara.
            “Adi mana, Benjo?” soalnya sambil mengusap kepala Benjo sebelum memakaikan adiknya pakaian. Si kucing Benjo hanya bermain-main dikaki kirinya.
            “Mesti Benjo bosan, kan? Abang Adi dan abang Eme takda,” ujar Benjo sambil mengangkat Benjo dan menuju ke luar semula. Giliran Tamara menukar pakaian. Dia masuk ke bilik sebelah. Entah kenapa, saat itu dia merasa kosong tiba-tiba. Seakan dia kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Tapi apa dia?
            Selesai mengenakan pakaian, Tamara pun keluar dari bilik tersebut. Pada masa yang sama juga, Jeremy masuk.
            “Eme, Adi mana?” soal Tamara cepat. Jeremy memandang Tamara lama. Tamara sudah mengerut kening. Cara pandangan Jeremy itu membuatkan dia tidak senang hati. Jeremy berlalu ko sofa dan terus menghempaskan tubuhnya.
            “Ada apa Eme?” Tamara segera mendekati Jeremy.
            “Saya ada sesuatu nak cakap,” kata Jeremy. Dada Tamara semakin berdebar. DIa melabuh punggung disisi Jeremy.
            “Adi dah pulang ke Loganberry,”
            “Apa?” soal Tamara terkejut.
            “Tunggu, biar saya terangkan dulu. Adi pergi atas urusan kerja, dia tak sempat nak bagitau awak,”
            “Tapi takkan tak ucap apa-apa sebelum pergi? Tak sampai sejam pun kalau nak ucap bye aja,” kata Tamara seakan tidak puas hati. Sakit hatinya diperlakukan seperti itu.
            “Saya dah cakap, dia pulang tergesa-gesa. Pakaian dia pun dia tak bawa,” kata Jeremy. Tamara terus bangkit dan menjenguk ke bilik satu lagi. Betulah, beg Aditya masih ada didalam. Kenapa tergesa-gesa sangat? Tak ucap apa-apa pun.
            “Saya nak call dia boleh?” pinta Tamara. Jeremy seakan teragak-agak memberikan telefon bimbitnya tapi dia hulurkan juga. Pantas jari-jemari Tamara menekan butang bawah, mencari nombor telefon Aditya. Butang memanggil seraya ditekan.
            Jeremy memandang Tamara yang mula muncar-mandir. Agak lama dia memanggil tapi talian tidak bersambut. Tamara mendail semula. Tetap tidak bersambut.
            “Kenapa dia tak angkat?” soal Tamara. Kecewa.
            “Mungkin dia sibuk, kot,” kata Jeremy.
            “Besar sangatkah masalah dia tu? Kalau besar, kenapa awak masih disini?” Tamara memberikan telefon  itu semula kepada Jeremy.
            “Saya disini sebab nak jaga korang. Esok pagi kita balik,” jawabnya lalu bangkit menuju ke kolam renang. Tamara menghempas tubuhnya ke katil. Tubuh mengiring ke kiri, bertentangan dengan pintu ke kolam renang. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Entah-entah, bukan masalah syarikat? Takkan papa Andrew sakit?

            “SO, abang Adi betul-betul tinggalkan sini?” soal Isabel sebaik saja Jeremy tiba ditempatnya. Jeremy memandang Isabel.
            “Harap Bel tak bagitau kakak Bel, ya?” ujar Jeremy seakan merayu. Isabel menutup bukunya lalu memandang Jeremy.
            “Apa masalah sebenarnya? Kenapa abang Adi tiba-tiba nak tinggalkan kakak? Apa salah kakak?”
            “Tamara takda salah apa-apa. Takda kaitan dengan siapa-siapa pun,”
            “Kalau begitu, baik abang Eme ceritakan pada saya. Semuanya!” kata Isabel seakan berkeras.
            “Tapi Bel dah dengar semuanya, kan?”
            “Saya tak faham, saya nak dengar dari A hingga Z,” desak Isabel. Jeremy sudah tergelak. Nampaknya masih ada sedikit personaliti Isabel yang belum kelihatan.
            “Bel ni pandai memaksa juga, kan? Ingat tak pandai,” kata Jeremy.
            “Saya takda masa nak bergurau dengan abang Eme. Cepat bagitau,” wajah Isabel masih serius. Dia bukan berniat untuk masuk campur urusan abang iparnya itu, tapi kalau masalah itu berkaitan dengan kakaknya, dia tidak akan lepas tangan. Jeremy mengeluh kecil. Terpaksalah aku cerita, kang dia ugut aku pula nak bagitau semuanya pada Tamara. Habis aku dipanggang Adi!
            “Okey, tapi Eme nak Bel janji yang Bel takkan bagitau kakak Bel apa-apa. Sebab ini urusan Tamara dengan Adi. Biar diorang yang selesaikannya,” Isabel mengangguk.

*****

            “EME, saya nak pinjam telefon awak kejap boleh?” laung Tamara dari dalam bilik. Jeremy dan Isabel segera menoleh.
            “Nak buat apa?” soalnya sambil bangkit memberikan telefonnya pada Tamara. Tamara hanya tersenyum nipis.
            “Kejap lagi saya balik,” kata Tamara dan seraya beredar sebaik saja telefon itu berada dalam genggaman.
            “Kakak pergi mana?” soal Isabel. Jeremy hanya mengangkat bahu. Sambil berjalan keluar, sambil itu dia mendail nombor telefon Aditya. Sehinggalah dia sampai ditepi pantai, telefon Aditya masih lagi tidak bersambut. Tamara sudah mengeluh kecil Hampir dia berputus asa. Namun baru saja dia ingin mematikan talian, dia terdengar suara menjawab dihujuang talian.
            “Hello, Adi?” kata Tamara cepat. Sesaat dalam keadaan sunyi. Tiba-tiba talian putus. Entah sengaja diputuskan, atau rangkaian yang bermasalah. Tamara mendail semula. Tiada lagi sambutan. Kenapa macam ni? Aku nak Adi, nak Adi, nak Adi! Air mata Tamara sudah mengalir keluar. Di saat dia mula pasti dengan perasaannya, Aditya pula pergi tanpa mengucapkan apa-apa. Adakah ini permainan takdir sejak awal lagi? Kalau ini sekadar permainan takdir, kenapa biarkan aku jatuh cinta?
Tamara mengesat air matanya. Dia terus berjalan menyusuri pantai. Biarlah kakinya itu membawa dia sehingga ke hujung pantai, asalkan dia boleh tenangkan hatinya yang sedang bergelocak.
Tamara menoleh ke belakang. Dia sendiri tidak tahu dia sudah sampai ke mana, tapi resort Amankila masih lagi kelihatan dari situ walaupun jauh jaraknya. Tamara menyambung langkahnya semula, entah berapa jauh dia merancang untuk berjalan-jalan.
Tidak semena-mena tiba-tiba dia terdengar suara jeritan nyaring. Pantas matanya menangkap arah bunyi itu. Dari semak-sambun belakang batu besar. Tanpa berfikir dua kali, dia terus membuka langkah besar-besar.
“Ada sesiapa tak? Tolong!” jeritnya lagi. Suara perempuan.
“Tunggu!” jawab Tamara sambil menginjak lalang-lalang yang menutupi jalannya.
“Siapa?” suara perempuan itu seakan terkejut.
“Tak apa, saya datang nak selamatkan awak,” kata Tamara sebaik saja mengesan nada ketakutan dalam suara wanita itu. Tamara segera menghulurkan tangannya kepada wanita tersebut sebaik saja dia ternampak tubuhnya.
“Saya tak boleh berdiri,” kata wanita itu sambil memandang kakinya. Tersentak Tamara melihat kaki itu berlumuran dengan darah kerana tersepit pada duri-duri yang menjalar atas tanah.
“Sabar eh!” kata Tamara lalu membuka lingkaran duri itu dari kaki wanita tersebut. Beberapa minit kemudian, Tamara pun membawa wanita itu keluar dari semak.
“Terima kasih sebab tolong saya, kalau awak takda sampai ke pagilah saya disini,” ujar wanita itu. Tamara hanya mengangguk sambil memapah wanita itu duduk disebuah pokok tumbang.
“Saya Tania. Nama awak siapa?” wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Tania. Wanita itu memiliki seraut wajah yangb sungguh mempersonakan ditambah pula dengan kulitnya yang putih melepak.
“Saya Tamara,” jawab Tamara pula.
“Tamara? Terima kasih, ya?” ucap Tania lagi. Tamara menggeleng.
“Tak apa. Nasib baik saya jalan-jalan dekat area sini. Macam mana awak boleh ada dekat semak-samun tu?” soal Tamara. Tania ketawa. Terasa lucu bila terkenang kejadian tadi yang menyebabkan dia bersembunyi dalam semak-samun.
“Saya dikejar paparazzi,”
“Paparazi? Awak kerja apa?”
“Model. Saya datang sini sebab ada penggambaran, tiba-tiba pula berpisah dengan pasukan saya. Jadi para paparazzi tu pun tak lepaskan peluang nak tangkap gambar saya. Sebab tu bersembunyi sampai sini, telefon pula entah kemana terhumban, saya pun tak tahu. Malang betul,” cerita Tania diikuti dengan tawa. Tamara ikut ketawa. Patutlah cantik, model rupanya. Bukan senang nak jadi model. Kalau kerjaya yang melibatkan muka memang tidak akan terlepas dari paparazzi.
“Awak boleh berjalan tak? Awak menginap disini juga?” soal Tamara. Tania mengangguk.
“Awak menginap disini juga?” soalnya pula. Giliran Tamara mengangguk.
“Kalau begitu, saya papah awak. Hati-hati, ya?” Tamara terus mengangkat tubuh Tania, tangan Tania melingkari bahu Tamara, manakala tangan Tamara melingkari pinggang Tania. Perlahan-lahan mereka beransur pergi.

*****

            “KAKAK pergi mana?” Isabel terus mendapatkan Tamara sebaik saja Tamara melangkah masuk ke dalam bilik mereka.
            “Kakak!” Benjo pula seraya berlari kearahnya.
            “Kakak jalan-jalan tadi,” jawab Tamara seperti tidak bersemangat.
            “Yalah, takkan sampai malam macam ni. Bel risau tau!” kata Isabel, prihatin. Memanglah, inikan negara orang. Macam-macam perkara yang tidak diingini boleh berlaku.
            “Kakak tolong orang tadi, sebab tu lama sikit. Eme mana? Korang dah makan?” soalnya sambil membawa Benjo ke katil.
            “Macam mana nak makan kalau kakak hilang? Abang Eme keluar kejap,” Isabel menghampiri Tamara. Mata Tamara ditenung teliti. Ada sedikit bengkak.
            “Kakak nangis ya?” soal Isabel. Tamara hanya tersenyum. Bukan dia tidak tahu sikap adiknya yang sangat teliti itu. Bengkak sikit, dia sudah boleh tahu Tamara menangis atau tiada.
            “Sikit saja,” jawabnya sambil meletakkan sekeping kad di lampu meja tepi katil.
            “Kakak nangis ya?” soal Benjo pula sambil mencapai pipi kiri kakaknya. Tamara senyum lagi. Hilang resah dihatinya melihat keprihatinan Benjo terhadapnya.
            “Taklah. Benjo lapar tak? Maaf ya kakak keluar lama tadi,” Tamara mengusap dahi Benjo.
            “Takapa. Benjo nak makan dengan kakak,”
            “Kalau begitu biar kakak buat tempahan ya,” Benjo mengangguk laju. Isabel pula berlalu ke lampu meja. Kad yang diletakkan Tamara dicapai.
            “Kad siapa ni kak?” soalnya.
            “Oh, itu kad orang yang kakak tolong tadi. Dia model,” jawab Tamara sambil mula mendail. Dahi Isabel berkerut. Tania Lolita? Itu bukan… bekas teman wanita abang Adi? Memang tidak silap. Sebab menurut cerita abang Eme, nama bekas teman wanita abang Adi Tania Lolita dan pekerjaannya pula Model. Takkan ada nama yang sama dengan pekerjaan yang sama!
            Pantas Isabel memandang kakaknya yang sibuk bercakap dalam talian. Kak, apa semua ni? Bisik hati Isabel. 


*********************************************** 
P/s : sorry lambat sgt uploadnya..hehe..sikit eh? takapa..esok2 sambung..hehe..pelajar-pelajar yang sedang bercuti, selamat bercuti. Tak lupa juga kalau ada cikgu-cikgu yang sedang bercuti itu..hehe
selamat membaca semua <3 ^___^

4 comments:

  1. Ish..ish..ishh Adi ni... hahaa..
    Sambung!!!

    ReplyDelete
  2. betol tu..cepat sambung!!!!

    ReplyDelete
  3. penuh misteri.. huhu xsbr nk baca next entry..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.