Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 May, 2011

Love.22 : It's Hard To Let Go




           AKHIRNYA, setelah 3 jam dalam kapal terbang peribadi Aditya, mereka pun selamat mendarat. Kini mereka sedang pulang ke rumah Tamara. Kereta sport kuning milik Jeremy berhenti dihadapan rumah Tamara.
            Tamara mengisyaratkan Isabel agar mengangkat Benjo yang tertidur itu masuk ke dalam rumah. Pintu bonet dibuka. Jeremy membantu Tamara mengeluarkan bagasi-bagasi mereka.
            “Tamara,” panggil Jeremy. Tamara angkat muka. “Awak okey?” soalnya.
            “Saya okey. Jumpa lagi,” kata Tamara lantas mengangkat bagasi yang tinggal satu lagi itu masuk ke dalam rumah. Jeremy hanya mengangkat tangan melambai Tamara. Kemudian dia pun masuk ke dalam keretanya lalu membawa kereta itu keluar dari perkarangan rumah Tamara.
            “Kak, tengok ni!” kata Isabel sambil memberikan sekeping sampul surat berwarna biru pada Tamara yang baru masuk. Sampul itu cepat-cepat disambar dari tangan Isabel. Tamara membuka satu-persatu sampul itu lantas membacanya.
            “Apa dia?” soal Isabel ingin tahu. Dahi Tamara sudah berkerut.
            “Ini surat Edwin,” jawab Tamara.
            “Apa abang Edwin cakap?” surat itu diberikan kepada Isabel.
            “Tamara…” baca Isabel. “Terima kasih kerana sudi terima aku dalam hidup kau. Aku takkan pernah sia-siakan kau. Aku akan buat kau bahagia seumur hidup aku. Aku dah boleh keluar hospital hari ini, tapi kau tak datang pun jemput aku. Tak apa, aku faham. Kau tentu banyak kerja. Aku tulis surat ini didepan rumah kau. Kau takda. Adik-adik kau pun takda. Maaflah terpaksa guna surat sebab aku tahu kau tak guna telefon bimbit…” Isabel memandang kakaknya. Tamara sudah tersenyum kelat. Isabel menyambung pembacaannya semula.
            “Kalau kau dah baca surat ni, aku nak bawa kau jumpa orang tua aku sebagai teman wanita aku. Bolehkah? Kalau begitu, kita jumpa di Resoran Aroma. Oya, aku tak tahu bila kau boleh baca surat ini so, Ahad ini, jam 2pm. Aku tunggu. Bye!” Isabel menamatkan pembacaannya. Surat itu dilipat semula. Kedengaran keluhan kecil Tamara. Isabel sudah menggelengkan kepala.
            “Bel dah bagitau hari tu, perkara ni akan jadi masalah besar. Kakak taknak dengar. Jadi, apa kakak nak buat sekarang?”
            Tamara mengeluh lagi. “Baiklah. Kakak akan bagitua dia perkara sebenar. Akak akan bagitau yang kakak dah berkahwin,”
            “Begitu saja?”
            “Jadi nak kakak buat apa lagi? Bawa Adi jumpa dia? Dahlah Adi taknak jawab panggilan kakak, entah-entah taknak tengok pun muka kakak ni,” katanya. Apabila terkenang sikap Aditya yang tiba-tiba berubah terhadapnya membuatkan dia sakit hati bercampur geram. Orang nak berbincang pun tidak boleh, malah mengelak.
            “Bukanlah… tunggu sekejap!” Isabel terus berdiri dan masuk ke dalam bilik tidur. Tamara hanya memandang. Seketika kemudian Isabel pun keluar bersama sebuah album lebar dan berwarna putih. Album itu diberikan kepada Tamara.
            “Nak buat apa album ni?” soal Tamara sambil membelek album perkahwinannya dengan Aditya.
            “Eee…kenapalah kakak Bel ni bodoh sangat? Bawa gambar kahwin kakaklah, jadikan sebagai bukti yang kakak dah berkahwin,” dia terus memandang adiknya. Tidak terfikir pula mahu membawa gambar perkahwinan mereka berjumpa dengan Edwin. Tiba-tiba hatinya resah menanti reaksi yang bakal Edwin tunjukkan padanya nanti.  
            “Bel tahu kakak risau, tapi kalau kakak tak selesaikan hari ini kakak dengan abang Adi akan dapat masalah besar. Ini sebenarnya masalah kakak, kakak takut nak menyakiti orang lain,” kata Isabel seakan faham dengan sikap kakaknya itu.
            “Kakak tahu itu,” Tamara menjawab lemah.
            “Jadi?” tanya Isabel menanti keputusan Tamara. Tamara memandang adiknya.
            “Kakak akan pergi,” jawabnya pendek lantas bangkit masuk ke dalam bilik bersama-sama album perkahwinan dia dengan Aditya.


            SALAH sebuah tingkat bangunan dalam Rich Cop. Menjadi riuh seketika. Kepulangan Aditya telah membawa banyak perubahan dalam syarikat itu dalam masa sehari saja. Rata-rata dari mereka kelihatan gembira, tapi ada juga yang tidak puas hati dengan perubahan yang drastic itu.
            “Tak sangka, akhirnya tercapai juga impian kita, kan?” ujar seorang pekerja wanita kepada temannya. Temannya itu ikut tersenyum. Memang tidak disangka kerana selama ini mereka dan pekerja-pekerja wanita selalu dipinggirkan disebabkan bos besar mereka itu tidak boleh mendekati mana-mana perempuan. Tapi sekarang, semua tingkat dalam bangunan itu sudah disamaratakan oleh bos besar mereka. Pekerja wanita dan lelaki berkerja ditempat yang sama. Namun begitu masih ada yang tidak berpuas hati, kerana tiba-tiba dipindahkan ke tingkat yang lain.
            Aditya yang sedang sibuk membelek fail tiba-tiba terganggu apabila bunyi mesej baru masuk ke dalam telefonnya. Mesej itu segera dibuka.

+ Abg Adi, ini Bel. Bel tau yg abg xkan jwb panggilan Bel, jadi Bel hntr msj. Harap x ganggu abg. Kalu abg x percaya, abg ble call.

            Wajah Aditya yang serius dan keras macam batu tadi terus bertukar lembut. Telefon yang digunakan Isabel untuk menghantar mesej padanya ialah telefon Jeremy. Pantas jari-jemarinya menaip balasan mesej Bel, kemudian butang hijau ditekan.

+ xapa. Abg percaya Bel. Ada apa?

+Tq. Bel Cuma nk bgtau yg kaka akan jmp dgn abg Edwin. Bel xnak ckp pnjg2 disini. Kalau abg nak tahu, abg blh pergi ke Restoran Aroma jam 2 ptg ini.

            Dahi Aditya berkerut tidak mengerti SMS adik iparnya. Edwin? Siapa Edwin? Aditya segera membalas.

+Siapa Edwin???

            Lama  Aditya menunggu balasan daripada Isabel tapi Isabel tidak membalas pun mesejnya. Hati Aditya tiba-tiba tidak keruan. Tara ada kekasih? Tak mungkin! Serentak itu Aditya bangkit meninggalkan meja kerjanya dan meluru keluar. Jeremy yang baru ingin masuk terundur semula. Nasib baik kepalanya tidak terhantuk pada daun pintu.
            “Adi!” panggil Jeremy kuat. Langkah Aditya mati.
            “Kau urusakan hal syarikat. Aku ada hal penting!” jawabnya lalu segera beredar.
            “Apa hal yang lebih penting?” ujar Jeremy tidak faham.

*****

            ADA dua jam lagi sebelum jam 2 petang. Tamara sudah pun bersiap untuk menuju ke Restoran Aroma. Sebenarnya bukan lama pun perjalanan dari rumahnya ke restoran tersebut tapi dia perlu bersedia lebih awal. Dia perlu sediakan dialog untuk berbicara dengan Edwin nanti, tidaklah dia terkulat-kulat menjelaskan situasinya.
            “Kakak jalan dulu!” Isabel hanya mengangguk lalu menghantar kakaknya itu sehingg ke luar kawasan rumah mereka. Sambil dia berjalan sambil itu dia memeriksa isi begnya, takut ada apa-apa yang tertinggal. Semua sudah lengkap, termasuk gambar perkahwinan mereka.
            Tiba-tiba Tamara tersentak saat terdengar deruan kereta kuat dari depan jalan. Dia segera bergerak ke tepi, takut-takut kereta itu merempuh tubuhnya. Seketika kemudian sebuah kereta Porsche merah muncul dengan kelajuan pantas, sesaat kemudian kereta tersebut mendadak berhenti dihadapan Tamara. Bunyi nyaring berkumandang dek geseran tayar pada permukaan aspal. Tamara sudah memedang dadanya. Sedikit takut dengan kejadian itu. Aditya? Dia mengerut kening melihat porsche yang dikenalinya itu.
            Aditya membuka pintu dan meluru kearah Tamara.
            “Awak buat apa dekat sini?” soalnya. Tidak semena-mena tangan Tamara terus disentap dan diheret masuk ke dalam keretanya.
            “Adi!” dia sedikit menjerit. Namun Aditya tetap meneruskan perjalannya, pintu dibuka dlalu menolak tubuh Tamara masuk ke dalam. Berdentum pintu itu ditutup. Tamara didalam kereta pelik memandang Aditya. Ada apa sebenarnya?
            “Adi, apa semua ni?” soal Tamara. Aditya diam. Tamara terus menyentap lengan Aditya agar berpaling kearahnya.
            “Kenapa ni?” soalnya lagi. Mata merah milik Aditya ditatap tanpa rasa takut.
            “Kau milik aku!” keras nada Aditya. Tamara tergamam. Tidak semena-mena, Aditya terus menekan padel minyak. Tamara apa lagi, cepat-cepat dia memasang tali pinggang keselamatan. Wajah sisi Aditya dipandang dengan dahi berkerut. Sesungguhnya, dia bingung dengan sikap Aditya. Apa benar ini Aditya yang aku kenal? Kenapa dia kasar dengan aku? Adakah aku sedang bermimpi? Kalau benar ini mimpi, tolong bangunkan aku. Aku sakit melihat Adi begini.
            Kereta yang dipandu Aditya berhenti dihadapan sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Tanpa berkata apa-apa, Aditya terus keluar dan menarik tangan Tamara keluar dari tempat duduk. Segala pertanyaan tamara hanya dijawab dengan pandangan tajam. Kunci kereta dilemparkan kepada bellboy yang menunggu dihadapan hotel tersebut.
            “Adi, tolonglah bercakap dengan saya. Saya takut tengok awak begini,” Tamara menyuarakan ketakutannya. Tapi Aditya tetap tidak memandangnya malah langkahnya terus dipercepatkan menuju ke kaunter.
            “Selamat datang, Tuan Aditya!” sambut pekerja tersebut sambil memberikan kunci bilik kepadanya. Tamara segera memandang Aditya. Dadanya terus berdetak laju. Apa Adi nak buat ni?
            Tanpa membalas, Aditya terus menuju kearah lif.
            “Adi..jangan buat saya begini. Kita bincang, apa terjadi sebenarnya?” rayu Tamara. Wajah Aditya masih serius.
“Sampai bila awak nak diamkan diri, Adi? Please Adi, talk to me,” tapak tangan Adi dicapai dan digenggam lembut. Setelah pintu lif terbuka, Aditya pun melangkah bersama-sama Tamara. Tamara menggelengkan kepala. Seraya dia melemparkan tangan Aditya.
“Kau nak buat apa sebenarnya? Kau nak badan aku sebab tu kau bawa aku ke sini?” kata Tamara keras. Tiada lagi bersaya-awak dengan Aditya. Pantas Aditya memandang Tamara.
“Ini yang kau nak? Okey, fine!” jerit Tamara lantas membuang beg sandangnya dan mula membuka satu-persatu butang bajunya. Aditya terkulat-kulat. Akibat terkejut dengan tindakan Tamara itu.
“Kau nak sangat, kan? Aku boleh bagi, tapi lepas ni kau takkan pernah jumpa aku lagi!” air mata Tamara sudah mula mengalir. Saat itu barulah fikiran Aditya kembali normal. Mendengar ugutan Tamara membuatkan hatinya kecut.
            No, no, no! Bukan, bukan!” pantas Aditya memegang kedua-dua tangan Tamara. Terasa tangan Tamara itu sudah menggigil. Tamara mengangkat muka memandang Aditya, saat itu airmatanya mengalir jatuh ke pipi. Dia mengetap bibir.
“Saya minta maaf…” pinta Aditya lembut lalu menarik tubuh Tamara masuk dalam dakapannya. Tamara menundukkan kepala dan membenamkan wajahnya ke dada Aditya. Bunyi detak jantung Aditya yang laju jelas dipendengarannya.
Aditya menutup rapat matanya. Belakang kepala Tamara diusap dengan penuh kasih. Saya minta maaf, Tara. Maafkan saya!


            ADITYA dan Tamara sudah pun menapak dalam bilik hotel itu. Masing-masing mendiamkan diri. Masing-masing menundukkan kepala memandang lantai. Sesekali Aditya memandang Tamara yang duduk dihadapannya.
            “Adi,” panggil Tamara. Pantas Aditya mengangkat mukanya. “Sampai bila awak nak diam? Awak takkan bagitau saya apa yang terjadi?” soalnya.
            “Saya sendiri tak tahu apa yang terjadi pada saya, Tara. Saya tak tahu apa yang mendorong saya buat awak macam ni. Yang saya fikir, saya taknak kehilangan awak,” ujar Adi. Tamara mengerut kening. Dia menghampiri Aditya dan duduk mencangkung dihadapan lelaki itu.
            “Kenapa awak yang perlu takut pula? Saya tak pergi mana-mana. Malah awak yang nak tinggalkan saya, bukan?”
            “Tak. Saya taknak tinggalkan awak,” pantas Aditya menggelengkan kepala.
            “Habis tu?”
            “Awak nak balik pada Edwin, kan?”
            “Edwin? Dari mana… Bel!” Tamara terus dapat tahu dari mana nama Edwin keluar. Dari mulut adiknya! Tamara mengeluh kecil lalu bangkit dan duduk disisi Aditya. Aditya menghadap Tamara.
            “Sebenarnya, Edwin sukakan saya. Dia ada ajak saya berkahwin,” cerita Tamara. Baru Aditya ingin menjawab, Tamara sudah menekup bibirnya. “Biar saya habiskan cerita ni dulu,” katanya seakan tahu.
            “Tapi, saya tolak sebab masa tu kita dah sign kontrak,”
            “Jadi, kenapa awak nak jumpa dia balik?” soal Aditya berbaur cemburu. Tamara pun menamatkan ceritanya dari Edwin masuk hospital sehingga dia dan Aditya terbang untuk ‘berbulan madu’
            “Dulu Loki, sekarang Edwin? Apa ni?” rungut Aditya kebudak-budakan.
            “Jangan nak salahkan saya pula. Saya tak buat apa-apa pun,”
            “Jadi awak nak pergi jumpa dia juga?”
            Tamara pantas mengangguk. Memang itu pun niatnya dari awal. “Sekarang dah 15 minit berlalu, jadi awak nak hantar saya atau tak?” kata Tamara.
            “Kalau saya taknak lepaskan awak?” Aditya tersenyum nakal.
            “Maksud?” soal Tamara tidak faham. Tidak semena-mena, Aditya terus menarik tangan Tamara dan menjatuhkan tubuh itu diatas katil Tamara tergamam.
            “Alang-alang kita dah ada dekat hotel…” pak! Belum sempat Aditya menghabiskan ayatnya wajahnya itu terus ditolak jauh-jauh dari mukanya. Tidak mahu Aditya berfikir yang bukan-bukan.
            “Jangan ingat awak jumpa saya hari ini, saya dah maafkan awak. Masalah kita belum selesai lagi,” ujar Tamara sambil bangkit. Aditya ikut bangkit.
            “Awak buat saya gila, Tara,” ujar Aditya perlahan. Tamara tersenyum.
            “Sebab itu kita perlu selesaikan masalah kita. Awak nak ikut saya jumpa Edwin?” Tamara sudah menghulurkan tangannya. Aditya tersenyum sekilas sebelum menyambut tangan Tamara. Seketika kemudian, mereka pun melangkah keluar dari bilik tersebut. 

*******************************************************
P/s: selamat membaca semua. Harap ada yg ble bagi feedback, ya? sy penat tau siapkan chapter kali ni :)
enjoy reading <3

9 comments:

  1. nice,
    nmpak mcm problem diorg ni hampir jumpa penyelesaian dah..

    ReplyDelete
  2. harap2 sume masalah diorg selesai :)

    ReplyDelete
  3. erm..
    nice..
    cpt2 smbg ye..
    biar la dorang cpt2 berama dlm erti kata sbnr..

    wait 4 the next chapter..
    :)

    ReplyDelete
  4. haha..yeay..adi mmg btol2 fall in love kt tara ye...yeay!

    ReplyDelete
  5. hohoho... Adi jealous ya!!! dah tau cinta kat Tara n tak leh hidup tanpa dia jgn la lpskan. kisah silam biarkan blalu. n tak sabar nk Tara bterus terang kat Edwin yg dia bukan nk jd kekasih Edwin sgt hrtu sbb tpaksa. tp dia tak kata apapa pun Edwin ngna mak dia yg salah faham. Skrg bawa Adi tunjuk kat Edwin dia bahagia dgn Edwin. klu Edwin benar2x cinta dia dia sharus doakan kebahagian dia bersama Adi. Good luck Tara n Adi. harap takde halangan.

    ReplyDelete
  6. best2.. hehe tp knape yer adi tglkan tara time berbulan madu??betul ker sbb urusan keje??

    ReplyDelete
  7. cpt lar continue story ny....ta sbor na bce next story....

    ReplyDelete
  8. hai naper la si adi ngn tamara nie ssh sgt nk luahkn isi ati msg2...
    adeh..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.