Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 June, 2011

Love.23 : Reasons





            EDWIN memandang mereka silih berganti. Perasannya kini sukar untuk digambarkan. Rasa marahnya sudah membuak-buak selepas mendengar pengakuan Aditya dan Tamara sendiri. Dia benar-benar rasa tertipu.
            “Tamara, aku percaya dengan kata-kata kau tempoh hari. Harapan dan angan-angan aku tinggi untuk menghawini kau, tapi kenapa kau sanggup menipu aku?” mata Edwin sudah memerah. Tamara memandang Aditya sebelum menjawab soalan Edwin.
            “Bukan begitu. Aku takda niat nak mempermainkan hati kau, Edwin. Tapi waktu itu aku takda pilihan. Aku terpaksa,” Edwin terus bangkit membuatkan Aditya terkejut dan seraya bangkit.
            “Kau sepatutnya berterus-terang dengan aku waktu tu. Tak perlulah aku tunggu kau macam orang gila dalam wad! Kau sudah menghina keikhlasan aku, Tamara. Aku akan ingat sampai bila-bila!” Edwin menghempap tapak tangannya keatas meja. Hatinya betul-betul remuk diperlakukan seperti itu. Sesaat kemudian dia pun beredar meninggalkan Tamara dengan wajah terkejut. Tamara menekup mukanya dengan telapak tangan. Airmatanya jatuh kepipi.
            Aditya memaut bahu Tamara lalu duduk semula. Kepala Tamara dibawa ke bahu.
            “It’s okey, Tara. Saya disini!” ujar Aditya. Tidak lama selepas itu, tangisan Tamara terus meletup. Rasa bersalah yang amat sangat pada Edwin. Serius, dia betul-betul tidak berniat ingin memperlekehkan cinta Edwin terhadapnya.

            “SUDAHLAH, dah bengkak mata tu! Macam panda!” ejek Aditya sambil mengesat sisa air mata Tamara. Tamara mencebik.
            “Saya sedih tau, Edwin satu-satunya kawab baik yang saya ada. Tak sangka persahabatan kami putus macam ni aja,”
            “Siapa suruh dia jatuh cinta dengan awak? Dah Loki pun suka awak, Edwin lagi. Saya nak buat macam mana kalau diorang dua ni kejar awak?” rungut Aditya. Tamara memandangnya.
            “Tak mungkinlah Adi. Saya tak suka diorang pun!”
            “Jadi awak suka siapa?” Aditya memandang mata Tamara, mohon pengertian.
            “Saya suka awaklah!” Tamara mengakuinya tanpa berselindung. Bibir Aditya mengukir senyuman berbunga.
            “Betul? Kalau macam tu, korang tinggal dengan saya nak?” Aditya terus mempelawa. Tamara kerut kening. Kata-kata Edwin tadi sedikit membuatkan dia kecut perut. Lelaki kalau berdendam memang menakutkan. Tamara berfikir seketika. Tinggal bersama? Dia belum berfikir sampai tahap macam tu. Hubungan mereka baru saja bermula, dia tidak mahu terus melompat ke fasa itu.
            “Adi, saya bukan taknak. Tapi, hubungan kita baru saja bermula walaupun kita dah kahwin. Saya belum bersedia tinggal dengan awak,” tolak Tamara. Wajah Aditya berubah.
            “Tapi kita masing-masing suka antara satu sama lain, kan? Saya taknak awak jauh dengan saya Tara, saya takut,” Aditya sudah mencapai jemari Tamara. Tamara membalas genggaman tangannya itu.
            “Kenapa awak nak takut? Saya tak pergi mana-mana pun. Saya akan selalu ada disisi awak,” Aditya menggeleng. Dia tetap mahu tegaskan keinginannya.
            “Jangan, saya akan tanggung hidup awak, persekolahan Benjo dan Bel. Saya akan tanggung kamu,” ikhlas Aditya ingin membantu.
            “Adi, ini bukan pasal tanggung tak tanggung. Tapi saya sebagai kakak diorang tak boleh lepaskan tanggungjawab saya macam tu aja dan letakkan semuanya pada bahu awak. Saya taknak macam tu, saya besarkan diorang, jadi saya yang tanggung persekolahan diorang,”
            Aditya mengeluh kecil. Sekeras-keras dia, keras lagi kepala Tamara. Hanya ada satu jalan saja.
            “Kalau Tara taknak, tunaikan permintaan saya yang satu ni saja. Boleh?” kata Aditya.
            “Apa dia?”
            “Saya nak belikan awak rumah,”
            “Apa?” suara Tamara meninggi. Terkejut Aditya melihat reaksi isterinya yang melampau itu.
            “Kenapa terkejut sangat? Bukan saya pernah nak belikan awak rumah?”
            Tamara pantas menggeleng. “Saya tak boleh terima pemberian ni, terlalu besar,” Aditya mendengus. Geram dengan sikap berdikari Tamara itu. Dia faham sikap Tamara itu, tapi takkan semua pemberian pun dia nak tolak?
            “Apa lagi yang saya boleh bagi kalau semua awak taknak? Itu taknak, ini taknak. Last-last, saya pula yang awak taknak!” katanya seakan terasa hati.
            “Bukan begitu maksud saya, Adi. Tapi saya taknak menyusahkan awak. Rumah? Pemberian tu dah melampau!”
            “Suka hati awaklah!” rajuk Aditya lantas bangin dan ingin melangkah meninggalkan Tamara. Tamara terpinga-pinga. Pantas dia mencapai tangan Aditya.
            “Adi…” panggilnya dengan nada merayu.
            “Saya cuma nak bantu awak. Nak bagi adik-adik awak hidup selesa. Saya dah jadi sebahagian dari keluarga awak, jadi saya pun ada tanggungjawab juga. Awak fikir dululah, saya pun tak suka paksa awak. Nanti saya yang sakit hati,” akui Aditya. Tamara memandangnya. Ada betulnya kata Adi, dia dah sah jadi suami aku. Mungkin ini salah satu perkembangan dalam hubungan kami.
            “Okeylah, tapi saya tanya Bel dan Benjo dulu. Saya tak boleh buat keputusan sendiri,” akhirnya dia mengalah juga. Aditya tersenyum. Dahi Tamara segera dikucup.
            “Thanks Tara,” ucapnya.Tubuh kecil milik Tamara dibawa dalam dakapan hangatnya.

*****

            “HOI!” telefon bimbit yang bermain ditangan Aditya pantang terhempas ke meja dek terkejut dengan jerkahan Jeremy. Mata Aditya sudah membulat.
            “Wei, apa ni? Masuk tak ketuk dulu,” marahnya. Jeremy tersengih sambil duduk dihadapan meja Aditya. Telefon bimbit yang terhempas itu diletakkan ditepi. Nasib baik bukan lantai.
            “Aku dah ketuk banyak kali, tengok lebam dah tangan aku ni,” rengek Jeremy. Aditya menjengkelkan mata.
            “Apa kau fikir? Sampai aku masuk pun kau tak sedar? Angaukan Tamara?” peril Jeremy. Aditya sudah menggaru kepalanya.
            “Aku risau dia tak nak terima rumah tu,” Aditya mula meluahkan resah hatinya.
            “Berilah dia masa lagi, bukan senang dia nak buat keputusan. Kalau aku, memang dah lama aku terima tapi Tamara tu lain daripada yang lain. Kau harus bersabar dengan dia,” nasihat Jeremy. Aditya hanya mengangguk, mengakui kata-kata temannya itu.
            “Kalau aku datang rumah dia hari ni, tak apakan?” soal Aditya. Jeremy mengerut kening.
            “Sejak bila kau takut datang rumah dia? Selama ni kau main terjah aja,” peril Jeremy pula.
            “Bukanlah…aku takut kalau aku datang sana, dia tambah tertekan,”
            “Kau datang sajalah, Tamara kan belum ada kerja. Dia mesti tengah runsing juga tu,” nasihat Jeremy seakan faham situasi Tamara. Walhal, dia tahu semua itu dari Isabel. Setiap malam mereka akan bertelefon, tak pun berSMS.            
            “Kalau begitu, aku pergi dululah!” putus Aditya lalu bangkit.
            “Eh, jangan lupa bawa buah tangan!” pesan Jeremy. Aditya hanya tersenyum lalu menuju ke pintu selepas mencapai kotnya dipenyangkut baju. Namun belum sempat dia membuka pintu, sudah ada yang mengetuk dari luar. Pintu Aditya buka. Terpacul budak postman dihadapan pintu pejabatnya. Sebuah envelop kuning diberikan kepada Aditya. Jeremy menghampiri mereka.
            “Encik Aditya?” budak penghantar itu meminta kepastian. Aditya mengangguk.
            “Tandatangan sini Encik,” arahnya pula sambil memberikan pen kepada Aditya. Aditya pun meletakkan tandatangnya ditempat yang sepatutnya. Selesai itu, envelop tersebut diberikan kepada Aditya. Mereka pun bersurai.
            Aditya dan Jeremy memerhati envelop yang ada diatas meja. Takut-takut mereka membukanya.
            “Ada apa didalam, ya?” soal Jeremy. Aditya angkat bahu.
            “Aku buka ya,” Aditya seakan meminta kebenaran. Jeremy menyokong. Perlahan-lahan, ikatan itu dibuka. Aditya mengintai didalam. Tidak puas hati, dia pun menebalikkan envelop itu sehingga semua isi-isi didalam terjatuh atas meja.
            Membulat mata Jeremy melihat taburan foto-foto yang berada diatas meja. Jeremy mengangkat muka memandang Aditya. Wajahnya Aditya saat itu sangat sukar untuk digambarkan. Terkejut? Takut? Rasanya, perasaan Aditya bercampur-baur.
            “Adi…ini…” Jeremy tidak sanggup meneruskan kata-katanya selepas melihat ari mata Aditya sedang bergenangan.

            DENGAN perasaan yang sangat tertekan, Aditya mengetuk pintu rumah Tamara. Sesaat, pintu sudah dikuak dari dalam namun bukan Tamara yang membukakan pintu tapi Benjo. Aditya tersenyum.
            “Abang!” seronok sungguh Benjo melihat Aditya. Aditya pun melangkah bersama-sama sebungkus plastik.
            “Siapa Benjo?” Isabel terus keluar dari dapur.
            “Abang Adi!” jawab Benjo girang. Aditya hanya tersenyum.
            “Kakak takdalah, bang. Dia keluar sekejap,” kata Isabel seakan faham maksud kedatangan abang iparnya itu.
            “Dia ada bawa handphone Eme?” soal Aditya.
            “Ada, dia kata dia nak keluar cari kerja. Abang boleh call kakak suruh balik,”
            “Tak apalah. Kejap lagi baliklah tu. Abang datang sebenarnya nak jumpa korang,”
            “Oya? Kalau gitu Bel buatkan air dulu,” Isabel segera masuk semula ke dalam dapur. Benjo menarik abangnya agar duduk dihadapan meja kecil mereka.
            “Abang apa tu?” soal Benjo tidak sabar-sabar melihat plastik ditangan Aditya. Aditya tersenyum  melihat gelagat Benjo itu. Aditya pun membawa keluar kotak kecil yang ada dalam pastik itu lalu meletakkannya atas meja.
            “Wah…kek!” terjerit Benjo melihat kotak merah jambu itu. Aditya hanya tersenyum.
            “Tunggu kakak Isabel ya?” katanya lalu bangkit menuju ke dapur.
            “Bel, korang okey tak dengan pemberian abang tu? Maksud abang, Bel setuju?” soal Aditya sambil bersandar dikaki pintu dapur.
            “Entahlah abang Adi. Kalau ikut prinsip Bel, Bel takkan terima apa-apa dari orang lain. Tapi abang bukan orang lain, abang suami kakak, jadi abang ni dah jadi keluarga kami. Bel tak kisah, tapi tulah kakak memang tak suka orang bagi dia apa-apa,” cerita Isabel sambil menutup jag yang sudah siap dibancuh Nescafe itu.
            “Kenapa kakak Bel macam tu?”
            “Sebab Benjo, Benjo sebenarnya…” kedua-dua mereka segera berpaling kearah ruang tamu apabila terdengar objek terjatuh atas lantai.
            “Benjo!” terkejut Aditya. Isabel terus keluar dari dapur.
           “Benjo!” jeritnya lalu mendapatkan Benjo. Mukanya sudah kemerah-merahan dan panas mengalahkan orang demam. Dadanya berombak kuat.  Aditya sudah merangkul Benjo.
            “Abang…kek itu..” Aditya memandang kek yang sudah dimakan kecil.
            “Benjo alergik dengan tepung..” ujar Isabel. Aditya tersentak. Dia tidak sangka, kesilapan kecil itu membuatkan Benjo dalam keadaan begini.
            “Kita hantar dia ke hospital sekarang!” Aditya terus mengangkat Benjo dan keluar menuju ke keretanya. Seketika kemudian, Isabel pun keluar dengan fail biru ditangannya.

7 comments:

  1. musuh cinta adi da kurang sorang!! apa agknya yg ada dlm syrat tu yer??

    ReplyDelete
  2. suspen je
    gmbo ape tu?
    sambung lg ye

    ReplyDelete
  3. uihh... gambar skandal adi... muahahaaa..... sambung cpat2 okie..

    ReplyDelete
  4. gmbar apekah itu sehingga aditya nangis....?? byk persoalan yg masih jd tanda tnye...tp apesal la yer tamara tu ego sgt xnk trime pertolongan dr aditya....hish!

    ReplyDelete
  5. ala jgn la aper benda buruk yg jd antara adi ngn tara..
    waawaaa....
    x mo..xmo...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.